CORETAN TERBARU NADH

Puasa pertama yang mencabar akal dan minda serta emosi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Puasa yang pertama betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai manusia. Yang pertama anak murid yang sangat aktif. Kalau lecturer datang observe memang gagal. Tapi sebenarnya skill mengawal kelas memang tak semudah teori yang kita belajar. Bila praktikkan memang tak 100% betul.

Tipulah kalau aku tak marah anak murid. Tipulah aku tak jentik langsung. Tipu sangat. Aku baik dengan mereka tapi pada masa yang sama kenalah tegas. Aku cuba mengawal amarah lagi-lagi bulan puasa. Nak-nak pembantu prasekolah tak ada. Kalau pembantu ada, budak takut nak buat bising.

Aku sebenarnya tak kisah budak-budak nak main ke apa. Tapi bila fikir balik, kami di sekolah. Tempat belajar. Yang ramai manusia di dalamnya. Bukan kami je ada. Nak tak nak aku perlu kawal supaya tak ada yang datang menjenguk. Kalau tegur depan tak apa, kalau belakang? Sentap!

Sangat mencabar puasa lagi bila ada orang buat lawak yang tak lawak. Sebenarnya apa yang kita tulis itulah yang kita maksudkan. Kalau melawak, kita akan cepat faham. Ini tidak. *HAHAHA itu macam plastik je nampak. Wake up! Kalau ya melawak, tak semua boleh terima lawak itu dan akhirnya sendiri yang mengamuk tak tentu. Bila kita melawak tahu pula tak boleh terima? Haila manusia =)

8 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

lawak sepastik di bln ramadan mmg xbuleh blah! hu3..

safurara said...

Lainkan bila kita sorg student dan kita sorg cikgu.sabar ye.hehehe.rara dulu g skolahbkalau boleh nk jmp kawan je.nk gossip.hehehe.

Unknown said...

jangan bergegar sekolah sudah . :P

Anonymous said...

Dugaan...

Moga ko terus bersabar.

Itu semua pengalaman

Org kata

Alah bisa tegal biasa








Nong andy

Unknown said...

Macam menarik cabaran-cabaran tu Ipah ekekeke... sabau la weh... ko kan kental orgnya ekekeke ^_^

boni kacak said...

susah juga jadi cikgu ni kan.hehehe. jentik pelajar pun rasa serba salah kan

Kira Sakura said...

klu org dtg buat lawak yg xlawak kt akak. akak gelak heeeeeeee je

kay_are said...

aku nak jage anak buah aku yang sorang tu pun pening, so memang dapat aku bayangkan cane susah nye nak control satu kelas.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers