CORETAN TERBARU NADH

ACROPHOBIA punya pasal =='

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terima kasih kat budak ni, sebab dia aku terbuat entry. Dia cerita pasal fobia. Aku pun ada. Ada idea. Ah sudah tak berhenti menulis dalam satu hari. Akhirnya aku save as draft. Bila aku bosan, aku post. Simple!
ACROPHOBIA~~~
Ini yang aku nampak kalau aku di tempat tinggi
Kat Sunway Lagoon, aku berjaya jalan suku jambatan tergantung tu je.. KBAI
Tengok gambar pun dah gigil kepala lutut!!!
Kat genting ada, tapi aku tak pernah naik!
Aku pernah cuba buang rasa takut tu akhirnya macam gagal je. Aku rasa macam nak terjatuh. Rasa tak selamat.  Mohon jangan ajak aku buat benda yang menakutkan macam kat atas. Korang ada rasa takut pada ketinggian? Boleh geng dengan aku ==' Tapi aku terasa nak pergi genting. Jom! Eh!
*gambar dari google

Oh Tuhan, sungguh aku rindu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rindu adakala melemahkan diri. Rindu adakala memakan diri. Rindu adakala menyesakkan hati dan sanubari. Ada apa dengan rindu? Salahkah bila hati terdetik dan ah aku sedang merindu seseorang. Ego menghalang aku. Rindu hanya mampu ku simpan rapi dalam diri. Perit!

Rindu pada yang tak sudi. Ibaratnya kau main layang-layang tanpa angin. Sungguh layang-layang takkan mampu terbang tinggi. Layang-layang masih kekal di tanah walaupun berkali-kali ia berusaha. Itulah takrifan rindu yang tak berbalas. Rindu yang kau saja rasa. Rindu yang akhirnya menanam rasa derita dalam diri. Akhirnya, bila kau tekadkan hati, rindu itu pergi. Jauh-jauh. Kini kau bisa tersenyum dan berkata "Pergilah kau dari hidup aku... rindu sudah mati untukmu..."

Rindu pada yang merindukan kita. Manisnya terasa. Bahagia hingga tersenyum sendirian.Hinggakan kita mahu menjerit kat seluruh alam yang kita sedang merindukan seseorang. Bukan cinta kalau tak rindu dan rindu pula hadir tak semestinya untuk orang yang bercinta. Siapa kata kalau rindu itu untuk pasangan bercinta? Kita mampu rindukan keluarga. Kita mampu rindukan kawan yang rapat. Kita mampu rindukan seseorang yang istimewa walaupun kita dan dia tak ada istilah cinta.

Jadi rindu ini untuk semua. Ayuh katakan pada semua yang kamu sedang rindukan seseorang. Ayuh bilang... "Oh Tuhan... sungguh aku rindu!"

*Aku takkan on9 beberapa hari ni. Kalau on9 jugak itu akulah tu. Bukan hantu ehh!
*Balik kampung jenguk mek sedang nazak.
*Entry ni jiwang, aku tahu. Gian nak menjiwang. Kbai

Kistot: Jetol dan Jemah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pintu aku buka. Jetol dan Jemah terus berlari mendapatkan satu sama lain. Aku menutup pintu semula. Dikbi sedia menanti bahan basah yang aku beli di Mybin. Segera aku beri kepadanya.
"Jemah, aku rindu kat kau..." Jetol peluk erat. Air mata menitis.
"Jetol... aku pun... lama tak jumpa kan?" Tangisan makin kuat. Pelukan makin erat. Lama mereka berpelukan. Umpama kekasih yang bertahun tak jumpa.
"Eh, korang ni buat drama sebabak kenapa? Jom kita ke dapur..." Aku pula bersuara. Naik rimas apabila melihat mereka berpelukan.
"Alah kejaplah. Bagi kami melepas rindu yang membara. Lama dah tak jumpa kan Jetol?" Jetol menangguk laju. Belum sempat Jetol menyampuk. Aku terlebih dulu pegang kepala mereka tarik ke dapur.
"Hish ayam-ayam ni kalau dilayan makin menjadi-jadi drama swastanya. Aku dahlah busy nak perap ayam lagi, nak buat salad lagi. Esok dah nak pergi barbeque kat Segamat. Tak sempat aku nak masak kang" Aku membebel sendiri dan meletakkan ayam tersebut ke dalam sinki. Ain sudah siap sedia untuk sembelih keduanya.
"Ain nah, kau sembelih Jetol... aku kerjakan si Jemah. Eloklah kita sembelih awal-awal, sebelum kawan dia si Omar datang cari. Memang takkan jumpa weh..." Aku dan Ain sama-sama gelak jahat. Demikianlah kesudahan cerita tragis ayam bernama Jetol dan Jemah. Aku dan Ain berjaya membakar mereka di Segamat Johor.

Tamat. Nak gelak jahat boleh? Maaf Dikbi, Umar, Ain, Zaitul dan Zaimah ini hanya gurauan semata-mata. Rindu kat korang. LOL

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers