CORETAN TERBARU NADH

Pura-pura

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang kita kena berpura-pura. Ya, pura-pura menampakkan diri itu kuat sedangkan dalam hati hanya Tuhan yang mengerti. Pura-pura untuk menjadi normal sedangkan abnormalnya kita saja tahu. Pura-pura jadi gagah sedangkan kaki sudah lemah. Pura-pura tak terasa apa-apa sedangkan dalam hati dah macam tsunami melanda.

Kenapa?

Sebab kita. Kita tak mahu simpati. Kita tak mahu empati. Kita tak mahu orang nampak kelemahan kita. Kita tak mahu orang kesiankan kita. Kita tak mahukan semua itu.

Jadi pura-pura sentiasa ada. Jangan anggap mereka gembira hanya kerana senyuman meleret di wajah. Jangan anggap mereka kuat, hanya kerana mereka masih mampu membuat lawak saat orang kesedihan.Anggapan kita tak semestinya betul. Dan apa yang kita lihat tak semestinya 100% benar. Itu hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa ada kepura-puraan.

13 comments:

paripariputih said...

aku kalau boleh aku nak bior org cakap aku ni hati kering, tak de perasaan, dan kepala batu?? eh ha ha ha

misz aisya said...

hidup kan perlu dinikmati. kalau layan sangat perasaan sedih tu, tak best lah hidup kite. huhu. :)

░♥si lampu neon♥░ said...

pura pura benda lain boleh..kalau orang pura pura baik ni lg bahaya :P

kiera'sakura said...

hiottttt apsal nie? cite kat akak klu tak akak geletek smpi terkentut

Leeza dayasari [santai leeza] said...

susah ooo nk pk sgt hal org. konsep roomate leeza, malas nk kwn dgn ramai org. cukup ada 2 org kawan yg baik dan memahami n boleh diharapkn.. (ceh ceh leeza salah seorangnya).. sbb dia kata kwn ramai2, nk jaga hati lg, nk pk lg. stress..........

CikZaitul said...

pura-pura tak baca n3 nih.. :)

boni kacak said...

100% saya setuju dengan awak :)

محمد رازيق said...

setuju. secara tak langsung, pura2 tu juga serba sedikit membantu diri untuk menjadi kuat. tanpa mengharapkan simpati

Anonymous said...

pura-pura tu boleh... tapi jgn byk sangat.. kadang kita memang kena pura-pura tentulah ada sebab-sebab dan alasannya. itu normal.

tapi jgn pura-pura tabah sangat. Sebab kalau terlalu pendam nanti meletus susah jadinya. tak salah tunjuk lemah pada insan yg boleh terima kelemahan kita cthnya kawan baik kita kan?kan?

*kadang-kadang aku pura-pura sabar tapi sebenarnya dah nak pengsan menahan sabar hehe...


~Nong Andy~

Rozuan Ismail said...

jangan tunjuk yang kita lemah pada orang lain.

KorN said...

pura2 untuk kita sedapkan hati orang x mengapa.. tapi pura2 untuk sakitkan hati orang tu yang akan jadi maslaah tu...
#btw, kalerful sungguh blog iffah ni..

=P

reenapple said...

aku setuju ini. =)

kay_are said...

aku bile melibatkan kewangan selalu gak berpura pura.. contoh macam dah kering sangat poket.. tapi bile famili tanye.. jawab ade je duit lagi.. huu..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers