CORETAN TERBARU NADH

Siapa aku sebenarnya?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada orang kata aku tak sama kat luar dan kat dalam blog. Again! Aku dah lali semua tu. Sebab ini aku. Itupun aku. Tak ada istilah menipu atau hipokrit. Dia takut nak hang out dengan aku sebab ingat aku garang, tegas dan serius je dalam blog. Eh serius sangat ke aku ni? Dia kata aku tak cakap banyak dalam blog, komen kat FB atau sms. Heeee ('',)

Haha lawak. Tapi bila jumpa? Pegang tangan tak mahu lepas ooo. Terkejut agaknya dengan perangai aku sebenar. Well semula jadi berubah-ubah personality aku. Kejap garang, kejap emosi, kejap lembut, kejap tak senonoh, kejap si pembuli, kejap dibuli. Kalau korang okey, insyaallah layanan dan watak aku akan berubah jadi okey. Ceh.

Semua bergantung pada situasi dan jenis orang yang aku jumpa. Jadi, siapa yang nak kenal siapa aku, bolehlah ajak aku jalan-jalan. Tapi yang aku sedar, makin lama makin tak malu aku ni. Sebab jumpa orang tak kenal tanpa rasa ragu-ragu dah. Bila orang tanya, siapa kawan aku? Aku akan jawab kawan aku blogger. Yalah 70% kawan aku ialah blogger dan maya. Kalau dulu, takut nak mula berkawan. Tapi sekarang? Ish ish ish.

21 comments:

Shila said...

sama lah..!

tp aku kt dlm blog mcm xtau malu..

tp kt luar, pemalu kemain..!

kah3..

syiela said...

kawan alam maya ni bestkan.. saling sokong menyokong..


akak pun ramai kawan di kalangan alam maya tapi tak pernah kenal :)

maszull said...

assalamualaikum iffah...yer la kawan alam maya teringin mama nak jumpa iffah...:)

MalizaMah said...

Hmmmm... Ramai kwn x pa..

Izwa Kamaruddin said...

hehehehe..sama lah!

Nong Andy said...

Untuk aku yang kononnya pemalu.. memang ko kawan yang sangat mudah dibuat kawan.. selesa sangat. Aku rasa satu jer.... bahasa! hahaha.. tu yang jadi jurang bila bersemuka :p

Unknown said...

kawan ngan iffah best laaa.. hehe. walaupun kita tak penah jumpa lagi.. :)).. Hopefully one day dpt jumpa iffah :))

Unknown said...

samalah! hehe

Unknown said...

Heheh. Belum jumpa jantan nan satu ni. Mau lepas tu ajak lepak hari-hari. Hahah.

Apapun, biasalah, orang nak cakap hipokrit bagai, lantakkan. Asal betul jalan kita, peduli apa.

P/s: Done follow. Rasa nak hit back, ikut suka. Hahahah.

Anonymous said...

Heihei..Dezee kata orang disekeliling kita lebih mengenali kita yang sebenar.XD

msredcheesecake said...

Ada org dlm alam maya lain, live lain... Biasa kot... Akak kalau live pemalu sungguh...hahaa...

Sunah Sakura said...

ooo...salam kenal awak..teringin jumpa awak depan2....ngeeee

boni kacak said...

agak2 kalau kita keluar berdua, dua2 jadi tak senonoh agaknya.hahahaha

Unknown said...

sebenarnya iffah ni mmg baik.hikhik

Kira Sakura said...

pendiam tak banyak cakap??? #Pengsan hahahaahaha

reenapple said...

Haha. Aku tak sabar nak buat sengal dengan kau bila jumpa di alam realiti.. Huhu. =)

akubiomed said...

Kalau mudah mesra boleh jadi Yang Berhormat atau Blogger Yang Berhormat. :-)

Anonymous said...

kite nk jupe la klo cmnie..ahaha..

Rain said...

jeng jeng.. siapa saya! hehe

iffah ramah tamah. baik hati.

kay_are said...

kalau sesame jantina, memang takde aku malu kot.. masalahnye yang banyak bace entri aku pompuan je.. so harus lah malu =P

QasehnyaRania said...

hehe..normal la tu..
berubah ikt emosi ;D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers