CORETAN TERBARU NADH

Buat aku tersenyum

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang bila gundah, kau datang...
Jelas buat aku tersenyum...

Kadang bila sedih, kau kesat air mata...
Dan buat aku tersenyum...

Kadang aku termenung tak bersebab...
Sekali lagi buat aku tersenyum...

Kadang aku sakit kepala teramat...
Lawak kau buat aku tersenyum...

Kadang jiwa aku kacau...
Kau menari gangnam buat aku tersenyum...

Kadang aku kecewa...
Nasihat kau macam bangang dan buat aku tersenyum...

Kadang aku marah...
Kau marah aku balik dan itu buat aku tersenyum...

Kadang aku teringat ex aku...
Kau kata kau suka aku dan ia buat aku tersenyum...

Kadang aku menyanyi lagu muse...
Kau kata sumbang tapi tetap buat aku tersenyum...

Kadang aku menangis...kerana kau...
Kau minta maaf dan buat aku tersenyum...

Kadang aku cuba lari dari kau...
Kau tanya dan aku jawab sebab kau buat aku tersenyum...

Kadang aku tersenyum sendiri...
Kau kata aku gila dan itu buat aku tersenyum...

Kadang aku kata aku sukakan kau...
Kau kata aku tipu tapi kau tetap buat aku tersenyum...

Kini kau kata ingin meminangku..
Dan kata-kata itulah yang buat aku tersenyum... Lama!

#Entry ni rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena pun dengan aku. Nak buat cerpen malas, inilah hasilnya...

10 comments:

Nong Andy said...

baguslah dia dah buat ko senyum... tentu dia istimewa :D

hnahdy said...

Ehem... macam kena jah..hehe

boni kacak said...

hahaha.yelah tu tak ada kena mengena, tau2 ada je berita sensasi tentang dia..hehehehe :P

aku HaniAsyira said...

apapun still menjadi.. =)

cimöt said...

aku juga turrut tersenyum dan terus tersenyum..

tak boleh berhenti ni...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

rajin iffah menulis kan... hmm knp leeza tak mcm ni. haaaaa

reenapple said...

macam pernah alami.. kecuali yang terakhir tu.. egegeggee

Scarlett O'Hara said...

Janganlah malas2 tulis cerpen!

kiera'sakura said...

baru akak nak perasan Kau tue akak tp bila smpi bawah ada meminang terus =.= haahahaha memang akak iffah nie kuat perasaan kan hahaha :p

kay_are said...

betul ke rekaan ni? macam betul je.. kot ade yang tipu pun part menari gangnam tu kot.. yang tu memang tipu sangat.. =P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers