CORETAN TERBARU NADH

Perihal mimpi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cerita pendek tentang mimpi.

Ada seorang wanita dan seorang lelaki berkawan baik. Mereka akrab. Kalau ke mana-mana pasti berdua hinggakan orang tersalah anggap yang mereka punya hubungan yang istimewa. Setiap hari mereka akan menghubungi satu sama lain. Tapi mereka tak pernah mengakui mereka saling merindu. 

Satu hari pertelingkahan berlaku. Wanita itu tersalah cakap menyebabkan lelaki itu salah faham. Sejak itu, lelaki itu menjauhkan diri dari kawannya. Jauh hati mungkin. Wanita itu tak mampu lagi memujuk lelaki itu untuk berhubungan dengannya.

Selang tiga hari lelaki itu kembali muncul. Kali ini wanita itu cuba menegurnya. Namun tak juga diendahkan. Lelaki itu benar-benar ingin memutuskan persahabatan mereka. Giliran wanita itu pula terasa hati dengan kehilangan lelaki itu. Hari demi hari berlalu. Lelaki itu tak muncul juga.

Wanita itu ego mengakui yang dia sebenarnya merindukan kehadiran lelaki itu. Dia mendambakan hubungan mesra yang terjalin dahulu kala. Namun semuanya sia-sia. Sampai satu ketika, dia termimpikan lelaki itu. Lelaki itu hanya menghubungi adik wanita itu. Dan pesanannya begini;

"Salam, saya kawan kakak awak. Kirimkan salam saya pada dia. Kata kat dia jangan tunggu saya lagi. Saya sihat dan baik-baik je. Suruh dia jaga diri. Saya takkan kembali. Tapi saya akan jaga dia dari jauh. Percayalah saya tak pernah lupakan dia..."

Wanita itu sangat bahagia walaupun cuma pesanan dalam mimpi. Yang pastinya dia sangat berharap mimpi itu jadi realiti. Dia juga harap lelaki tu benar-benar sihat dan baik-baik saja walaupun di mana dia berada sekarang. Doanya tak putus-putus untuk lelaki itu. Dan dia juga berharap lelaki itu juga akan mimpikannya semula. 

Tamat. 
*Mimpi itu mainan tidur je ke? Atau ada makna tersirat? Aku pun tak tahu =)

15 comments:

a said...

moga lelaki itu sihat2 shaja dan ipah tak risau... klu rindu, doakan die.. aku pon mimpi tdi, aku pon harap jadi kenyataan.. aku mimpi gulai ayam kg.. sedap jek aku tgk.. hahaha

Unknown said...

ehem ehem. hihi. petanda ape tu eh. hihi. :P ada gak mimpi jd realiti ;)

hana hadi said...

sedih plak.. adakah lelaki tersebut sudah berteman.. hehe

Nur Zulaikha said...

tak tahu knp tiba2 kte rase nk menangis bace cerita ni walaupun mimpi..apakah????

Tie HT said...

orang kata, kalau mimpi dekat2 subuh tu ada maksud..kalau lepas dari tu wallahualam..

zaxx said...

harap2 iffah mimpikan wa..eh? hehe
mimpi mostly mainan tidur, kadang2 rentetan proses pemikiran ita..rindu dia ea..;)

Kira Sakura said...

mungkin betul lelaki tue maksudkan nya macam tue.

Nong Andy said...

okey.. aku join happy dgn mimpi dia :)


mimpi biasanya mainan tidur aja :)

byk teori pasal mimpi ni sebenarnya

Unknown said...

Mimpi itu adakalanya hanya mainan tidur... tapi aku percaya ada juga antara mimpi-mimpi itu ibarat petunjuk untuk kita... tapi jangan sampai jadi amalan kurafat dah la... semoga lelaki dlm mimpi tu sihat2 jer hendaknya eh.. kbai

ewanthology said...

sebelum tido jgn lupa basuh kaki...... eh

Dayang Deno said...

kadang2 ada mimpi yang ada maksud tersirat dan tersurat.. eh2, dah macam belajar KOMSAS pulak. hehe

Unknown said...

Mungkin ada maksud atau mungkin terlampau rindu.

Unknown said...

mungkin sebab terlalu rindu ..

Mizz Aiza said...

mimpi tu mainan tidur.. mungkin dia terlalu merindui lelaki tu.. sebab tu sampai termimpi2 kot.. hehe.. :D

Encik H said...

aku pernah baca somewhere..kalau kita mimpi kat someone, means org tu tgh rindu kat kita..xtau la sejauh mana kesahihan benda ni..

tapi aku sendiri pernah alami situasi yg sama..aku mimpikan sorg kawan lama, yg dah bertahun x jumpa, then few days lepas tu, tiba2 surat drpd kawan aku sampai..either kebetulan ataupun apa, aku pun xtau la..tp berkali2 gak terjadi..

so dalam citer ni, aku rasa that guy rindu kat that girl..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers