CORETAN TERBARU NADH

Saya sayang sahabat saya!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Indah sangat bila kita dipenuhi insan-insan yang menyayangi kita. Yang sentiasa ingat akan kita. Walaupun cuma dengan kata-kata, ia tetap berharga. Apalagi kalau yang bersusah payah pos hadiah sempena hari jadi aku yang lepas. Terima kasih tak terhingga. Hanya Allah mampu balas segala yang korang kasi kat aku. Apapun jom tengok gambar =)
KAK KIERA DAN NADH
Buku ni memang tak terfikir pun nak beli. Sebab tajuk dia menakutkan. Errr... Rupanya dalamnya, tak adalah menakutkan pun. Kisah suami isteri melayari bahtera rumah tangga. Sweet kisahnya, walaupun baru baca 2 muka surat. 
PARI PARI PUTIH
Hari tu mampu pakai sehari. Tak tahan gatal. Sememangnya kulit keturunan manja memang leceh. Bukan gatal sebab rantai, memang gatal sebelum tu lagi. T.T Tapi aku akan simpan rantai ni baik-baik. Unik kan?

DIKBI SI LESUNG PIPIT
Dikbi kasi brooch. Eloklah, aku nak kerja nanti memang kena pakai. Merelip betul. Memang cikgu-cikgu lelaki pandang dua kali. Eh! Kbai. 
UMAR NURFITRI *cengkam eh*
Kejutan 16 Feb lepas dengan sebiji kek. Aku makan sikit untuk jaga hati tukang beli. Penat diorang rancang nak buat kejutan. Tapi memang terkejut pun. Tak sangka!
KOPI PASTA aka MIKO
Mati-mati aku ingat miko buat kad tu untuk aku. Rupanya tempah. Lawa kan casing handset tu? Warna pelangi, istimewa untuk aku. Err apakah? Mohon jangan skandalkan kami =P

AIN BLUE WENDY
Bukan kolam renang aku nak tunjukkan kepada korang. Baju yang aku pakai tu hadiah dari Ain. Beliau ada jual baju online. Kira aku bertuahlah, dapat percuma. Minggu lepas dapat, minggu berikutnya terus pakai. Ladiesnya erk!
ZAITUL AKMAR MARIMAR
Aku anggap ini hadiah hari jadi walaupun kau kata tak. Aku pakai sampai buruk rupanya. Mohon ko bertabah je ye.
NORAIM ISMAIL
Dari langkawi key chain ni datang. Wuwuwu tak pernah sampai lagi. Sangat cemburu!

MIMIE NONG ANDY
Ini baru sampai dari Kota Kinabalu. Aku bukak nampak tabung kek! Wah aku suka tabung. Lepas tu aku nampak frame, dalamnya ada kalendar yang dicetak wajah kami berlima. Jetol, aku, Nong, PPP dan Shinta. Lepas tu aku nampak warna putih. Ingatkan telekung. Bajulah. Siap ada sulam nama aku dan gelaran cik pelangi. Aku gali lagi, dan aku jumpa GULA-GULA PELANGI. Besarnya. Separuh muka boleh tutup kau! Tapi boleh aku tipu anak saudara aku, kata itu mainan tak boleh makan. Aku belum ambil gambar, takkan nak kasi dia makan dulu. No way!

Terima kasih daun keladi, tahun depan bagilah hadiah lagi. Eh! 
Kalau ada yang pos lagi, aku buat entry lain okey?
ZAITUL AKMAR MARIMAR

27 comments:

Unknown said...

seronok ekk dapat banyak hadiah...hoho..tp sorie lah..sy tak bagi apa pun kat akk..huhu

Lina said...

ok.. aq cemburu...

Unknown said...

cet... kata jer aku tak baca novel I LOVE U STUPID tu padahal dia lagi teruk dri aku baru baca 2 mukasurat jew... hahahah at least aku dah settel satu bab la la la la la

misz aisya said...

how lucky u are! mungkin hadiah tak mahal tp ikhlas dari hati yg buat kita happy :)

Yana Sakura said...

fuyooo!!! 9 jenis adiah..sume comel2.. bestnyer la ade owg kasi adiah..wink2 :)

<--- hadiah xdpt menandingi nilai sebuah persahabatan yg terjalin kan..

Tie HT said...

alhamdulillah, murah rezeki..happy belated besday :)

Lina said...

byknya hadiah.... mmg retis la ko ni...hihi

NIA SI DRUMSTICK said...

comel nyee casing tu..colourfull..=)

Anonymous said...

wah..aku nak jugak tu hadiah buku tuh..
ehh..

hehehhe

kemahen hadiah miko , sipa tempah..untunglah...ekekekek ..

cikzaitul

Nong Andy said...

kopi pasta memang suwit orgnya hahaha... casing pelangi tu Iffah memang padan dgn ko :) ko kan cik pelangi.. hehe

Unknown said...

Wahh banyaknyaa hadiah peminat bagi..ahahhaha :D nnt post 1..hihih

Unknown said...

Assalamualaikum ^^

Meleleh air aku tengok hadiah hadiah ko. Especially hadiah miko. Awww sho shweet, sho nice kad n casing pelangi tu. Miko pliss nanti besday aku, ai nak cenggitu jugak. Hehehe.

Btw, semoga ko yg bernama Iffah sentiasa dibawah lindunganNya. Senyum selalu sepertimana aku yang selalu tersenyum untuk ko dan sahabat blogger kita yang lain.

Dikbee said...

ok... aku perasan komen aku tak de padahal aku dah komen... mohon check kot2 masuk spam...

#byknyer hadiah ko iffah... jeles aku. mmg dah tahap retis kan

AmyZana said...

Happy belated birthday! ^^ Biasanya orang bila makin besar makin sikit hadiahnya. Birthday kita pun dah nak dekat tak lama lagi. Nak hadiah :p

Sunah Sakura said...

kejinya yu ni cakap kat anak buah gula2 tu mainan...hahaha...

eh, cantik lah baju yang ain bagi tu...

MalizaMah said...

waaa seronoknya. jeels juga ni. heeee

Unknown said...

Alhamdulillah. murah rezeki tuan blog..

ejulz said...

waaa bnyknya adiah.. hehe

tag kat sini.. L) http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/03/segmen-siapa-blogger-bertuah-by-anak.html

Nurul Says said...

alahai bertuah solehah..selalu dpt hadiah!!

Unknown said...

fuyoooo ni mesti em emm tnda tgn dah mahai nih hihi bestla...nak adiah!!

Nur Zulaikha said...

akk..kte pun ade buku kt ats skali tu..hehehe

Unknown said...

uhuk2...aku tersedak baca komen2 kat atas ni. tak tahu kenapa...ok bai itu jer..

kay_are said...

banyaknye hadiah ko dapat.. untung r disayangi ramai ni kan? jeles gile!

a said...

wah..sukenye dapat adiah banyak2..
>.< kan dah ramai yg jeles..kih3..retis katakan..

reenapple said...

tak sempat beli lagi hadiah kau. Aku tak boleh keluar ke bandar lagi. Wuwuwuw. Mohon tabah menanti.

Kira Sakura said...

sebab banyak ilmu dalam tue yang akak nak kongsi dengan iffah ;)

Naniey TJ said...

sronok giler dpt hadiah yang banyak....owh....i pon nak jugak..... ttbe rse sdh...xda org nk bg hadiah bufday i... sedih kn.... #hrp2 thn ni ipah paham maksudnya....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers