CORETAN TERBARU NADH

Berhenti berblog

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Aku nak berhenti berblog. Jangan terkejut. Bukan sebab ceyana si engineer suruh berhenti. Ini atas kerelaan hati. Aku dah mula sedar tekanan di luar memaksa aku berhenti. Tak larat nak mengejar dan dikejar.
Bebanan kerja. Siapa kata kami bakal guru tak ada kerja. Ada. 

Jadi untuk itu, aku nak lupakan blog. Niat aku ni rasa macam berbelah bagi. Entah lama mana aku akan bertahan tanpa blog. Harap korang doakan aku berjaya menyelesaikan tugasan akhir aku di tahun akhir. Di saat-saat akhir.

Student itu paling utama. Blogger itu kedua. Menulis cerpen tak tahu tempat ke berapa. Selepas ditegur pasal kajian tindakan yang aku tengah pulun. Ada baiknya aku biarkan blog ini buat seketika. Ya, bukan selamanya. Aku harap korang setia menunggu aku. *Konon

Doakan aku dapat siapkan jawab kuiz, assignment, thesis dan viva thesis dengan jayanya. Sikit je lagi Iffah. Bertahun kau belajar. Kuat! Semoga tekanan-tekanan yang mengganggu buat aku lagi semangat habiskan belajar. Korang doakan ye.

Mungkin sehari, dua hari, berminggu blog aku akan bersawang. Kalau ada entry mungkin tak sempat BW. Mohon mengerti…

24 comments:

cintailmu89 said...

ala iffah.. maafla..
jangan la gitu.. btw, pasal kad tu, maaf sangat2.. nama awak termiss..
maaf sangat2 ya =(

Sunah Sakura said...

i paham...i pun da tiba masanya untuk fokus 100% pada master...tapi kalau ada masa untuk berblog sekejap, ade la tu,..hehe

Aien Not Alien said...

utamakan yang terpenting dari yang penting iffah. good luck!

Anonymous said...

tkya berhenti. blog kan umpama diari. just simpan je la kalo taknak menulis :)

Shila said...

kami sedia menunggu.. *setia*.. :)

Unknown said...

tak apa tu iffah. utamakan mana yang utama. dah habes semua benda tu, leh la aktif berblog balik.. :) All the best in whatever u do yeahh :))

Fasihah Supian said...

semoga berjaya kak ifah! kita mesti kuat dan bersungguh2 ;)

Anonymous said...

Blog ni bukan keutamaan...
Untuk mengisi masa lapang boleh la...keh3...
Welcome to the club bebeh...kita serupa...=D

Efa Nur said...

selamat berjuang kembo!
semoga berjaya..yeaahh!! :D


Kak iman said...

ALA...ngpe nh..jgnla down..ktorg ada untuk awk la

Everything's Everythings said...

bagus tu fikirkan student dulu ^^
Tapi blog bila2 masa boleh visit, kalau tgh boring-boring atau free time update2 la ap2 pun ^^
InshaAllah kalau ak perasan, aku akan visit

Aziela said...

Betul. Fokus pada yang utama dulu. Lupakan blog seketika. Blog tidak menjamin masa hadapan. Perjalanan menjadi pendidik berjaya harus diutamakan.

Anonymous said...

understood and good luck. Once a blogger always a blogger.:)

نورعيم said...

akakkkk, jgn lama2 tinggal blog eh?

chayokk kak! insyaAllah akak blh buat.

Unknown said...

tak pa....tinggalkan dulu seketika...belajar lagi penting kan? Sy pon minggu depan dah mula semester baru, so kena berhenti blogging buat seketika huhuhu

kay_are said...

lawak r ceyana tu.. huu.. takpe2.. aku faham.. just fokus and utamakan mane yang lebih penting ok? gud luck dan selamat berjaya =)

Unknown said...

mohon jangan terus berhenti ye. seminggu sekali update pun ok.. asalkan jangan hilang terus

Unknown said...

hilanglah aku satu kawan ,
apepun gud luck n take easy beb :)

janganlah ko biarkan lama sgt bersawang ek..nati aku rindu..ekekekekke

Unknown said...

sy pun nak cuba abaikan blog buat seketika ni... tp, tak tahulah boleh atau tak...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/selamat-datang-juniors.html

Ce'gu JAERA said...

kami paham cikgu.. kami akan sentiasa menanti kemunculan entri2 menarik dr cikgu Iffah.. good luck yaa

Kira Sakura said...

ada masa free buat la entry, klu paksa diri lupakan blog lagi la perasaan nk menaip mkin mencanak naik. umpama diet makan nasi tp bila sekali dpt makan nasi dibedal mcm seminggu x jmpe nasi haaaa gitu la..

maszull said...

assalamualaikum iffah....kesian nyer letih yer slow2 iffah pasti akan dpt lakukan nyer...:)

Nong Andy said...

aku faham.. aku pon selalu mcm tu

Anonymous said...

tumpang tanya .. akak buat domain dot com guna server apa ..

berapa kos ..

haha saja tanya kat sini

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers