CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Bunuh!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tawa si gadis kedengaran jelas. Bayangan si gadis sedang seronok bermain buaian dengan seorang lelaki tegap sentiasa memburu akal fikirannya.

“Kau diam kalau tak aku bunuh kau!!!” Jeritnya sambil menarik-narik rambut. Sakit itu tak dipedulikan. Dia meracau sendiri. Dia menangis. Ketawa. Semuanya sendiri. Tak siapa peduli teriakan itu. Cermin di hadapan dipandang lama. Air mata yang keluar tak lagi bermakna.

“Kau kenapa senyum kat aku? Kau tak serik-serik kan? Aku kata aku nak bunuh kau. Aku nak bunuh kau!!!” Jeritan itu bergema lagi. Kuat. Wajah manis gadis bertocang dua menjelma lagi. Kali ini gadis itu memakan gula-gula lollipop yang berwarna-warni. Bahagia wajahnya. Dan jeritan kembali bergema.
“Aku bunuh kau! Aku bunuh kau!!!! Perempuan sial!!!!!!!!!!!!!!!!! Prangggg” Dengan sekali tendangan cermin di depannya pecah berderai. Kaki berdarah tak dia hiraukan. Namun, tawa si gadis comel masih bergema. Terngiang di cuping telinganya. Jelas. Kali ini dia terduduk dan menangis. Sendu yang tak berkesudahan. 

Dia gadis itu. Dia gadis yang tersenyum bahagia. Dialah gadis yang pernah mengecap kegembiraan satu ketika dulu. Tapi itu semua sejarah lampau. Sebelum dia diperkosa dan dijadikan hamba seks luar tabi’i oleh ayahnya sendiri. Dia benci wajahnya sendiri. Yang tak pernah sedar hakikat yang bahagia itu sementara. Dia benci kerana bodoh menilai kasih sayang seorang lelaki yang gilakan seks setelah kematian isteri.

Kini dia sendiri. Di dalam bilik kosong. Putih serba serbi. Ayah sudah mati. Yang tinggal bayangan dirinya sendiri yang bahagia sekali. Itulah yang dia benci!

#Kistot ialah Kisah Kontot bertemakan BUNUH dibawakan oleh Iffah Afeefah sebagai si penulis. Reenapple yang suruh buat Kistot bersama-sama dengan Mimie Nong Andy...

16 comments:

Dikbee said...

kistot = kisah kontot... idea yg menarik. w/pun ceritanya pendek tp msg nya sampai...cian kat pompuan tu...

Hanny Abdullh said...

sian nya baca..tersentuh hati keibuan ku..

Akupenghibur.com said...

wow terpesona seketika :)

MalizaMah said...

kistot oh kistot.

Unknown said...

sumbang muhrim... bapak dia tu elok hukum sula jer eh....

kay_are said...

first time bukan cita chenta.. kejam2.. takut dengan bayangan sendiri ye.. menarik idea ko ni..

reenapple said...

kesian... tapi tak ada aksi bunuh pun? Ehehehe,

#aku tak tau apa nk tulis.. ehehe.,

Unknown said...

hhoho aku suka genre macam ni. dlm masa yg sama penulis leh lepaskan geram ekk

boni kacak said...

hasil karya yang sangat best.. saya suka :)

Anonymous said...

aku kesian kerana bapaknye..

die merana :(

walaupun bapakye mati , die ttp gila...

cikzaitul

hana hadi said...

kira trauma, halusinasi semua ada kan..

afzalsukasuki said...

simple dan menarik, kalau ditambah ropol2 kat tepi meja lagi nampak awesome. ehh?

p/s : aku tak boleh bayangkan trauma seorang anak yang dirogol bapa sendiri :'(

Ooh Deo said...

ermm.. iffah.. die bunuh guna ape?

Nong Andy said...

amboi korang citer bunuh2..

jilakak punya perogol.. sumbang mahram ni sebenarnya semakin banyak berlaku..

ko ni Iffah.. buat aku sedih la.. kesan truama akan di tanggung oleh mangsa rogol untuk selamanya.. kasihan.. lebih perit lagi ada yang smpai mengandungkan anak ayahnya sendiri.. pilu sungguh bila ingat mereka ni.. :(

aku harap.. mana2 gadis di luar sana yang menjadi mangsa rogol.. kembali lah kepada-NYA insha'allah dpt kekuatan utk meneruskan kehidupan..

Unknown said...

trauma budak pompuan tu.. kesiannya. perogol dah mati, dia masih terbayang-bayang :(

نورعيم said...

yeahhhh bunuh dia bunuh dia!

eh teremosi plak. huhu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers