CORETAN TERBARU NADH

Kenapa jatuh cinta?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada yang datang kepada aku dan bertanya. Kenapa manusia jatuh cinta? Walhal dia tahu cinta itu mustahil untuk dia gapai. Mustahil untuk dia rasai nikmatnya. Kerna dari awal lagi cinta itu bukan untuknya.

Aku pun tak ada jawapan untuk itu. Jatuh cinta sesuatu yang kita tak boleh kawal. Kadang kita terbiasa pun boleh jadi jatuh cinta. Kita terpandang anak mata dia pun kita boleh jatuh cinta. Dia tolong payungkan kita pun boleh jatuh cinta. Macam-macam cara yang nampak tak munasabah tapi kita tetap boleh jatuh cinta.

Cumanya, terpulang kepada kita nak meneruskan rasa cinta itu atau mematikan segera. Bunuh saja perasaan itu kalau cintanya pada lelaki kepunyaan orang. Putuskan saja rasa cinta itu kalau lelaki yang dicinta tak mencintainya semula. Hentikan saja cinta mustahil ini serta merta. Jangan biar diri terlarut dalam cinta yang tak pasti hingga lafaz ijab dan kabul terlaksana. Selagi itu, jangan biarkan diri jatuh cinta dengan yang tak sepatutnya.

18 comments:

reenapple said...

Ada perbezaan di antara jatuh cinta dan jatuh hati.

Alif Haris said...

mungkin hanya terjatuh suka kot. kalau dah jatuh cinta susah sgt nk matikannya woo.. hehehe

Anonymous said...

aku terlanjur cinta :)

cikzaitul

deno said...

tak pernah bercinta

Hafizin Jamil said...

eh doktor cinta.aku nak domain.com juga la..hahaha

Tihara said...

selalu orang bagi alasan cinta kerana Allah, kerana jodoh..

hana hadi said...

a'a kan.. kalau or hensem lalu sebelah pun dah jatuh cinta.haha perasaan ja tu kan

boni kacak said...

saya setuju sangat2..hehehehe

TiranaAduka said...

salam ifah
Cinta itu yg lahir dari hati atas niat yg suci

Dah sampai ke brg ta kirim?maaf tanya

Yan Ty said...

tersuka je kot , jatuh hati n cinta ni lain sebenarnya definasi dia.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

jatuh cinta ni satu perkara yg tak dpt kawal.
so.... emmmm

Encik H said...

tak perlu ada sebab kot untuk jatuh cinta..

aku sendiri kalau org tnya knpa aku jatuh cinta kat dia, aku xleh nak jawab..sebab pada aku, bila kita sayang kat someone tu, kita akan suka semua tentang dia..:D

Rapunzeel Cikilolo said...

sokong ko iffah.

setelah aku nak berkahwin sebenarnya cinta dan jatuh cinta adalah dua benda yang jauh perjalanannya.

Anonymous said...

Iffah.. itu mungkin kena tanya doktor cinta tu.. :)


boleh ke kita matikan sesuatu yang tumbuh dalam hati atas kehendakNYa? hurm..

kadang ia hanya setakat dugaan dan ujian.. sebab tu kita perlu meminta petunjuknya bila 'Hati' kita menghala ke arah orang yang mungkin salah.. setiap sesuatu itu pasti ada yang tersirat dariNya kan?



-Nong Andy-

TiranaAduka said...

nice -nong andy

kiera'sakura said...

perasaan cinta itu fitrah semuapun boleh terjebak dalam perasaan tue. sama mcm iffah cakap. kalau cinta bukan pada tempatnya mohon la pada Ilahi agar diluputkan perasaan itu dari hati

kay_are said...

bende bende macam cinta ni memang takleh nak expect kot.. kadang2 tanpa disangka sangka perasaan tu datang kan..

Eza Faezah said...

Suka ayat ni, " Jangan biarkan diri jatuh cinta dengan yang tak sepatutnya " ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers