CORETAN TERBARU NADH

Kenapa cikgu suka bagi kerja sekolah?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sejak dua menjak nak dekat jadi cikgu, baru aku faham kenapa cikgu suka sangat bagi kerja sekolah. Kadang tak sempat nak main sebab kerja menimbun. Mana nak sekolah agama lagi kan? Kalau cuti sekolah, memang semua subjek cikgu berebut nak kasi kerja sekolah. Cikgu tak penat ke tanda jawapan nanti?

Jawapan?
1. Cikgu nak kamu pandai. Ya siapa tak nak anak murid pandai kan? Aku pun banyak kasi kerja kat budak prasekolah. Diorang patut tak payah ada kerja, tapi latihan lebih apa salahnya? Lagi-lagi yang menulis nama pun tak reti. Kenalah asah kemahiran kat rumah. Lagi-lagi cuti lama.

2. Cikgu tak nak ibu bapa kata bukan-bukan. Dulu selalu cikgu kena marah. "Anak saya belajar apa kat sekolah?" "Anak saya tak buat kerjapun," "Cikgu tak reti mengajar ke?" "Takkan cuti tak ada kerja rumah langsung?" Jadi sebelum jadi bualan ibubapa, baik cikgu bagi sedikit kerja supaya mak bapa yang tak tahu tu tahu. Bukan apa, orang reti cakap je, tapi tak pernah nak memahami bidang tugas cikgu.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia dah tetapkan pasal ni. Setiap subjek kena ikut rancangan. Kalau murid tak mencapai standard yang ditetapkan cikgu jugak kena. Jadi latihan itu perlu untuk murid menguasai bab-bab dalam subjek berkenaan.

Ingat cikgu tak letih nak tanda kertas ujian, buku latihan, latihan yang sampingan? Kita buat kerja untuk sorang dan cikgu buat untuk berpuluh-puluh orang. Jadi jangan merungut. Buat latihan untuk diri sendiri jugak kan? Akhir kata dari aku, majukan prestasi sendiri mengikut usaha sendiri. Jangan harap cikgu je =)

Nota Iffah: Takpe Azhar, take ur time. Aku dah sihat. Thanks yang risaukan aku semalam T.T

18 comments:

Nong Andy said...

jadi cikgu ni tugas yg mulia..

dulu aku nak jadi cikgu, sebab jadi cikgu best. keja sekerat hari. cuti sekolah panjang...
tapi tuhan tahu aku nak jadi cikgu pasal cuti sekolah pjg n keja sekerat hari saja. tak iklas jadi tuhan tak makbulkan aku jadi cikgu ekekekee....

*iklas la beri ilmu.. pahala byk menunggu :)

Gen2Merah said...

iya betull. hanya kita guru2 yang memahami segala2nya untuk murid2.. baik guru mahupun ibu bapa perlu lah saling bekerjasama utk saling lengkap melengkapi demi kebaikan anak2...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

masa kite kecik2 dulu, tak terfikir pun kebaikan kerja rumah.kalau cikgu bagi kerja rumah tak byk, really2 happy.kalau berlambak2 sampai tak sempat buat, habis sumpah seranah lebih2 lagi soalan math.haha~ sorry cikgu2 ku. XD

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul tu anak mama yg mengajar kat tadika pun terpaksa wat mcm tu juga kalau x budak2 tu masih x tahu menulis nama mereka sendiri...:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cikgu sampai rabun menanda buku..dah la tulisan macam cacing, sian cikgu cuba nak memaham..haha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

cikgu berat tugasnya...nk mendidik anak bangsa sebab tu tugas cikgu ni byk cabarannya

=)

Alieza Dayasari said...

masa praktikel dulu, selalu bg kerja sek... bertambah beban cikgu nk menanda. tp menyakitkan hati bila kerja sekolah diberi dibalas dgn helaian kosong.
ada pula yg ckp, mak suruh kemas rumah jaga adik. sedang dia anak tunggal. no komen lah...
ada yg pula kata balik rumah dh mlm.. mak suruh tidur... mcm2 alasan.

Asrul "iLham" Sany said...

jadi kerja cikgu ni penat... tapi kalau tgk anak2 murid berhasil, bangga...

:D

ahsfantasy24 said...

semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan..

murid kena didedahkan ttg perkara ni (:

Miss Xyz said...

ehem, baiklah cikgu... ^______^"

Rapunzeel Cikilolo said...

hahah! saya malas buat kerja sekolah cegu. denda la saye

# jokes around je :))

Anonymous said...

JANgan PERnah PUTus ASa JAdi CEKgu :)
p/s : WAALAikumsalam.TQ KERAna MEMahami.
KAT SiNi PUn KiTA MASih BOLeh berSAHABat Kn? :)

Boni JLL3 said...

tersangat-sangat setuju!!

mdmZ said...

selamat menjadi pendidik yang berdedikasi untuk anak2 bangsa...

Sophie Al-Yahya said...

hurmm.. Susah sebenanrya jadi cikgu.. Tambah2 lagi budak2 sekarang bukan macam budak2 dulu kan..

anamizu kaito said...

CIKGU tugas mulia. kesian cikgu.bkn sng goyang kaki je keje cikgu. banyak. anak murid baru takat kene buat kerjesekolah dah kecoh2 kat fesbuk.tah pape je.. =P






luv,
cik ana

kiera'sakura said...

xde cikgu yang xnk anak murid die pandai dan berjaya kan..

ehh iffah kenapa?

deno said...

Jasa guru memang tiada tandinga... deno tengok mak deno pun deno tahu mcm mana pengorbanan seorang guru utk anak-anak murid dia...

pernah satu ketika, deno rasa mcm mak deno lebih pentingkan anak murid dia sbb mak sibuk mengajar... siang ada kelas, mlm dan hujung minggu mengajar tusyen.. mmg guru byk berkorban.. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers