CORETAN TERBARU NADH

Baik untuk semua

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hidup ini pilihan. Kita yang memilih sama ada negatif atau positifnya pemikiran kita. Kadang kita terlalu memikirkan hal negatif hingga memakan diri. Kadang kita terlalu selesa dengan pemikiran positif sampai lupa hakikat hidup tak seindah yang kita harapkan.

Kita kena seimbangkan. Jadi, setelah menimbang sama rata. Barulah kita boleh memilih dengan tepat. Dan pilihan yang kita pilih baik untuk semua. Bukan ikut kepala kita je. Tapi pertimbangkan rasa mereka juga. Adakalah kita harus mengalah demi mencapai satu kata sepakat. Macam tulah bila berurusan dengan manusia. Give and take.

Walaupun keputusan baik untuk semua itu, memerlukan pengorbanan dari pihak kita, kita harus ikhlaskan diri. Supaya mereka senang. Bukankah kita punya niat nak menyenangkan hati semua? Jadi, tak apalah sekali sekala kita mengalah untuk kebaikan semua. Kalau dua-dua api, mahunya terbakar. Jadi kalau mereka api biarlah kita air. Itulah lumrah bukan?

13 comments:

cintailmu89 said...

Yup, tepat skali..
Tapi itulah.. X rugi pu berfikiran positif 24:7..

kay_are said...

aku setuju tapi still depend pada situasi gak. tambah lak, even cane pun keputusan yang kita wat.. baik cane pun.. still tak dapat puaskan hati sume orang kan?

deno said...

setuju sgt2 :)

Faizul Osman said...

dlm hidup ni kena ada sikap bertolak ansur... kalau semua nak menang memang teruklah jdnya...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza setuju... sependapat.... hidup ini mana mungkin dpt puas kan hati semua org.

Syira Qahira said...

salam,,,

hidup untuk dinikmati dengan hepi ;)

maitimie said...

kalau dgn berdiam diri dapat buatkan me dan kawan me macm dulu, me akan cuba.entri ni buat me sentap ~.~ kawan yang dulunya kawan. sekarang?
gelisah hati andai ini silap dari diri sendiri.

Hafizin Jamil said...

kita api, mereka air.. haha..

aku saja tak publish dekat google plus sebab tak nak orang ingat aku update.. :D

Nong Andy said...

positif, baik sangka.. itu perlu. Tapi kena ambil kira juga belah negatifnya.. tak leh la nak mnelulu positif saja.. macam org berniaga kena ingat risiko juga bukan ingat nak dapat untung saja haha.. contoh aja ya :)

nak senangkan hati org sekeliling? bermula dgn hati sendiri.. hati sendiri kena senang dgn apa yg kita buat.. kalau nak sakiti diri utk puaskan hati org lain, benda tu tak kekal lama.. lambat laun jiwa kacau penat sendiri :)

* aku tak tahu citer tersirat dari kata-kata yg tersurat. tapi aku harap semuanya baik-baik saja.. :D

paripariputih said...

tapi aku degil iffah == bak kata ada orang tu eh...

Rara Nasiha said...

ada sesetengah orang terlalu pikirkan perkara negatif. itu pun tak bagus jugak. sebelum buat apa-apa keputusan pun jadi terbantut, terlampau pikirkan negatif je.

محمد رازيق said...

tepat, jitu, padat. A+. hehe

kiera'sakura said...

tapi kalau kita jer selalu jadi air tp yg sana selalu nak jadi api susah gak. errr Kbai :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers