CORETAN TERBARU NADH

Menangislah bila perlu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau nak menangis, menangis jelah. Buat apa nak malu dengan tanggapan orang? Menangis itu juga satu nikmat Allah beri. Aku selalu sedih sampai air mata tak sudi nak keluar. Hati menangis bagai nak rak. Raut wajah je menunjukkan rasa. Air mata kering.

Itu lagi sakit. Sekurangnya air mata mampu melegakan rasa yang kita simpan. Sekurangnya dengan menangis, orang tahu kita sedang sedih. Ini bila menangis, takut kena cop cengeng. Takut mata bengkak. Takut orang tahu. Macam-macam. Ego satu lagi.

Dulu aku selalu menangis sembunyi-sembunyi. Tak nak orang tahu. Sampai nak nangis pun tutup muka dengan bantal. Tutup mulut dengan tangan. Menangis masa air pancut tu jatuh. Jadi cover dengan bunyi air. Ego punya pasal. Tapi sekarang, apa itu menangis? Air mata jatuh setitik aku dah sapu cepat-cepat. Tak reti nak menangis dah. Sebab selalu paksa diri jangan menangis. 

Susah nak dapatkan balik nikmat menangis tu. Aku rindukan rasa itu. Hurmm jadi korang, nangislah bila perlu. Jangan paksa diri untuk pura-pura jadi kuat kalau sebenarnya memang tak kuat. Allah kan ada?

17 comments:

Sunah Sakura said...

yu menangis tak baca entri i tadi? :')

i belum dapat berhenti menangis ni.........T_T

thanks aminkan sekali..

Anonymous said...

bila dah tua-tua ni salu menanges sebab cemburu ada orang suka kacau tunang aku.

kadang-kadang rasa tak best. masa tak tunang tak kacau pulak...

NIA SI DRUMSTICK said...

nia kalau menangis mmg ssh nk stop..org pon ckp nia ratu air mata.haha

Unknown said...

nangislah dan ngadulah dgn si Dia yg setia mendngar rintihan kita :)

reenapple said...

setuju!!! kdang3 sebab bila dah selalu menangis, kita tak mampu nk mengalirkan air mata lagi.. =).


masa bc ni, mata aku berair.. (aku tgah selsema)

hana hadi said...

susah nak nagis..huhu

MalizaMah said...

kalau boleh tak nk nangis lah.. hmmmmmmm

~N@N@~ said...

selalu menagis bilaa tgk cter hindustand hehe..kdg2 emosi cepat terusik selalu jgk nagiss waaaa....hukhukhuk

~N@N@~ said...

waaa selalu ngis bilaa hati cepat terusikk...hukhukk

Yana Sakura said...

senyum lah selagi mampu untuk senyum walaupun kita punya alasan utk sedih..dan menangis lah apabila takungan air di tubir mata itu tidak dapat ditahan lagi...kadangkala biar la kita kalah dgn ego itu..kerana air mata itu menjadikn kita tenang..Ingat lah..Allah kan selalu ada dgn kita..menangis la semahu-mahunya depan dia..xyah nak malu2..

kaangkala melalui menangis juga kita akn dpt kekuatan kan? =)

Dayang Deno said...

deno kuat nangis bila sakit... dan bila doktor cucuk 5 kali pun tak dpt2.. apa lagi? nangis la sbb sakit..

Tie HT said...

la tahzan inallah hama ana :)

kay_are said...

aku rase pompuan nangis tu normal tapi kalau laki nangis? err.. pernah gak aku nangis sebab something tapi sorang member cakap kat aku air mata laki ni mahal.. so lepas tu aku terus tak nangis sangat dah..

Encik H said...

aku pernah alami situasi camni..terlalu lama tak menangis sampai aku lupa apa nikmat time menangis..

maklum la, lelaki kan..ego tinggi..susah nak menangis..apa pun benda yg jadi, aku still boleh hadap..rasa macam tak berbaloi untuk menangis pada perkara remeh..

but then bila mak aku meninggal, time tu aku rasa nikmatnya menangis..perasaan yg dah lama hilang, muncul tiba2..memang cukup syahdu kot time tu..

after that day, aku selalu pesan kat orang..kalau nak menangis, jangan tahan2..sebab menangis tu adalah terapi untuk hati..jangan sampai kita lupa nimat menangis tu macam mana..:)

u will never know the true happiness until u have truly loved..and u will never know what pain really is, until u have lost it..

Felly Sophia said...

Aku paling senang untuk memangis, tapi paling pandai juga untuk sembunyikan tangis.

seribupilihan said...

memang selalu menangis..klu tadah boleh setempayan kot..hehe..:-)

Kira Sakura said...

sebab tue akak rajin nanges :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers