CORETAN TERBARU NADH

Cerita temuduga SPP di Putrajaya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Skema betul tajuk entri. Ramai sudah kongsi cerita termuduga. Aku je belum. Baru sudah pagi tadi. Bangun sebelum subuh lagi. Tak pernah-pernah bangun seawal tu sejak menganggur ni. Fuh! Ingat nak pergi sendiri, tapi mak aku simpati jadi dia hantar dan tunggu. So nice of her! Dia memang semangat bab pendidikan, kerjaya anak-anaknya.

Sampai pukul 7, beratur panjang. Lepas tu kasi IC, lesen memandu. Best part, ialah scan mata. Huiyooo, kagum aku. Biasalah, selama ni pakai cap jari je kan. Rupanya maju jugak negara aku ni. Lepas tu semua berpusu masuk ke blok masing-masing. 

Masuk situ ada pegawai yang ramah dan mesra alam. Habis satu bilik ketawa dengan telatah dia. Macam biasa, check semua. Masa ni nervous aku meningkat. Pegawai tu suruh aku tandatangan kehadiran. Aku dengan muka tak bersalah mintak pen dari dia.

"Eh cikgu pun tak bawak pen? Macam manalah awak ni..." Kuat pulak tu dia cakap. Habis semua pakat gelak. Aku memang pergi mana-mana ada je perangai sengal serba tak kena. Punyalah cun pakai hari ni. Malu kat pakwe-pakwe handsome dalam tu.

Tak sampai lima minit nama aku dan lain-lain dipanggil masuk. Apa cepat sangat? Tak sempat nak berdebar pun ==' Beratur, akhirnya berenam dipanggil masuk bila bunyi loceng. Macam biasa mula-mula kena kenalkan diri. Aku orang pertama memandangkan semuanya menikus. Yakin je bercerita. Buat macam rumah sendiri.

Serius mula-mula agak santai. Aku pun tak gementar sangat. Semua soalan boleh jawab. Tapi yang paling aku tak dapat jawab dia tanya pemegang hos air pili bomba tu apa namanya? Sebab aku kata masa sekolah aku masuk Kadet Bomba. Haruslah aku tak ingat, selamat semua orang dalam tu tak tahu. Banyak topik dia tanya. Semuanya berdasarkan cerita masing-masing.

Soalan cepumas ialah pasal Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Aku memang tak belajar sangat pasal ni. Yang asas je aku ingat. Jadi jawab berdasarkan pengalaman je. Tapi semua bakal guru yang sekali dengan aku tadi semua boleh jawab. Semua santai dan bersahaja. Cuma adalah yang gagap, gigil dan sebak. Itu lain cerita. Aku tenang. Entah, mungkin sebab keyakinan diri aku memuncak kot. Walaupun tak tahu banyak, tapi aku tetap jadi diri aku. Heee...

*Chicken pox masih aktif, tapi tak gatal macam hari tu wuwuwuwu


24 comments:

Kira Sakura said...

ape nie cikgu tak bawak pen :p

Alhamdulilah semua pun dah selesai

ejulz said...

Ingatkan scan mata check rabun ke x.. hehe.. mcm nak g intebiu askar la pulak. hehe.. gud luck.. :)

hana hadi said...

erk. nak masuk pejabat kena scan segala ka.. mencabar soalan pili bomba tu..hehe

tahniah dah berjaya...lepas ni nak buat apa lah..hehe

Unknown said...

Alhamdulillah selesai pun nebes akak iffah kan..Good luck, in shaa Allah, msty dpt punya job tu.. ^_______^

Puan Eka said...

good luck iffah...

hehehehe kupe pen tu biasa

Syazana Zainn said...

oo bakal cikgu la ni :)


gud luck ok :)

aDisH.sHidA said...

check mata utk apa ye iffah...

lain kali bawak pen ye ke mana2..cikgu apa nie..lepas nie pen merah kena sentiasa ada hehehee


alhamdulillah semua dah selesai..harap2 iffah dapat la posting kat negeri pilihan ye

jgn lupa belanja akak dapat gaji pertama nanti hehe

Unknown said...

mujur la tak sempat nak bedebar..kan??heheh

Unknown said...

Aku rasa keYAKINan ko tu begitu tinggi setelah ko menerima sms peribadi aku dipagi2 hening lagi suci tu IFFAH dengan kata-kata semangat YOU CAN DO IT JAMES BOND 007 ekekeke.. mentabah weh ada scan2 mata bagai.. la la la la... tak pun mesti masa ko menjawab ko terbayang wajah mulus suci aku kan?? Dan dengan tenang segala persoklan yg diajukan dapat jer ko jawab, sbb aku dah turunkan skill2 mengayat dan FBI aku ke ko.. hahahah harap maklong semoga ko dapat job tu weh.. insyallah amin >..<

Sunah Sakura said...

ciannya cikgu tu ada chickenpox..hihi..all the best youu

Cik Pulau said...

diorang nak tgk confident je. betul ke tak, tu lain citer.. hahaha

4feet8 said...

hehe.. pengalaman sy interview org pun pening sbb sampai ketandusan idea nk soal apa bila calon sehari smpi 10 org.. hehe..

semoga tuah menyebelahi iffah.. ;)

Nur Zulaikha said...

waktu hari guru nnt kene bg hadiah pen la ..hehehe

mas saari said...

good luck cikgu

Unknown said...

apesal tak bawak pen???? g keluar dr bilik ni..."kalo au pegawai tu la'
wakaaaakaka

NIA SI DRUMSTICK said...

alahamdulillah..selesai..so now tggu result je la lg kn?
all the best yew.. :)

Admin said...

Mesti lega takleh nak gambarkan kan?
Hehee..

Unknown said...

lalallala.. pakwe hensem xsempat nak gurat..
eh kbai. ekekkekek

Nong Andy said...

aku dah baca n3 ko ni kemarin.. cuma tak sempat nak komen rasanya..


baguslah ko kompiden.. aku masa interview memang rasa kompiden yg merundum kebiasaannya.

aku harap ko dapat la menamatkan tanaman anggur ko yg tak kunjung berbuah tu kekekekkeke

نورعيم said...

Alhamdulillah semua berjalan lancar kan :)

Dayang Deno said...

tak bawak pen ifa? alahai.... cikgu kan selalu ada pen dalam beg.. hehe... btw, good luck ifa! deno doakan :)

Dikbee said...

aku rasa ko boleh jawab ngan konfident sbb byk bergaul ngan org kan...melalui pergaulan, InsyaAllah byk pengalaman

Encik H said...

kesimpulannya, SSP tu apa? kau memang mintak kerja jadi cikgu ke?

kay_are said...

temuduga dah setel so tunggu je result nanti ok.. ape pun, gud luck!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers