CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Posting

"Kau dapat mana?" Dira menanyakan sahabatnya. Risau juga kawan yang baru kahwin terpaksa ke Sabah mahupun Sarawak.
"KL! Kau pulak?" Senyuman manis terukir di bibir Wirdani.
"Aku nogori. Tapi baguslah kau dekat dengan suami... Bolehlah cari rumah dah..." Dira tumpang bahagia.
"Tapi tak tahu lagi area mana. Lagipun rumah kat sini mahal..." Dira angguk tanda setuju.
"Ala jangan risau. Kau okeylah KL. Ada classmate aku kat Sarawak. Dahlah mengandung. Jauh dari laki. Selamat aku tak kahwin lagi..." Wirdani terkejut.
"Serius? Kesiannya dia. Siapa lagi dapat sana? Ingat yang tak kahwin je duduk sana..." Dira turut mengeluh. Ini semua luar jangkaan.
"Aku ingat posting kira yang bujang je potensi Sabah Sarawak. Tapi itulah... Ramai nak kahwin awalpun sebab nak lari dari kena mengajar kat sana..." Dira melontarkan fakta. Bukan dia tak tahu. Majoriti sememangnya berfikiran begitu. Lagi-lagi perempuan.
"Aku pun tak sangka dapat KL. Mungkin sebab batch aku yang pertama untuk bidang Pemulihan..." Dira tersenyum. Tangannya memegang smartphone. Segera mata terlihat berita di salah satu group discussion di laman sosial.
"Wir kau kena dengar ni. Keputusan hari ni tak sah. KPM akan memaklumkan keputusan penempatan yang rasmi esok hari..." Dira mengeluh. Wirdani juga. Akhirnya mereka kembali berdebar. Adakah masih di tempat sama? Atau nasib mereka sama seperti yang lainnya. Manusia merancang tapi rancangan Allah adalah yang terbaik. Dira kecewa. Wirdani juga. Lega itu cuma seketika. Penantian itu yang lama. Sabar dan terus bersabar. Allah lebih tahu yang pastinya.

#doakan aku dan kawan-kawan aku berkenaan hal posting ni ye...

8 comments:

Unknown said...

Insyallah... doa dan tawakalah.. itu yg terbaik... klw dapat jauh pun harus la redha.... yg penting kau bakal jadi cikgu kan... ke memilih... tapi x de apa2 pekerjaan...?? tepuk dada tanya selera :)

Unknown said...

semoga berjaya dalam hidup ;)

Unknown said...

kalau dah minat hantar kemana2 pun tak pe..kan?yang penting dapat mendidik anak bangsaa...

zaxx said...

gudluck kak pah..:) weyh memang ta sah la keputusna skang? aloooo takutnya..ktne la aku kena campak lak nnti..:)

Dikbee said...

iffah... hopefully ko masih dapat kat nogori...

Kira Sakura said...

kesian kan yg pregnant tue kena posting jauh cm tue. akak yg jauh sejam nie pun dah derita rasanya. blh doakan yg terbaik jela

Nong Andy said...

Perit bagi yg dah kawin tu...

Tapi ko dpt n9 o.k la tu...

kay_are said...

sempat lagi buat kistot pasal posting ye.. sekarang dah tau dah kan? =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers