CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Senyumannya mati tiba-tiba. Lama mata terpaku pada susuk tubuh yang amat dikenalinya. Tunangnya! Menjadi tunangan tanpa rela membuatkan dia tak bahagia. Sehinggakan benci makin bertambah-tambah.

“Assalamualaikum,” Ujar lelaki itu. Senyuman manis dihadiahkan namun tiada balasan dari Tasnim.
“Aik takkan tak nak jawab salam kot,” Sengihan melebar. Lelaki itu seakan tak mengerti sakit hati Tasnim kala ini.
“Apa kau peduli?” Sombong dan angkuh nadanya. Zikri senyum. ‘Gadis ini terlalu angkuh’ Hatinya berbisik.
“Jangan terlalu angkuh wahai cik tunang. Takut kamu sendiri menyesal dengan kata-katamu kelak,” 

Kata-kata itu benar-benar mengganggu emosinya. Dia sebenarnya dipaksa membeli barangan untuk dijadikan hantaran semasa hari pernikahan nanti. Tak sangka pula tunangnya turut hadir. Betul-betul ganggu emosi. Dia diam. Malas bertekak. Segera dilajukan langkah. Tergesa-gesa Zikri mengejar langkah gadis itu. Cinta takkan hadir tanpa kita sendiri yang membenarkan ia melalui pintu hati kita. Zikri masih menanam angan-angan bahawa mereka akan disatukan atas nama cinta.

Hampir semua kedai Tasnim dan Zikri lewati. Namun tiada yang berjaya dibeli. Sengaja dia membuli zikri. Biar Zikri menyesal menerima dia sebagai tunang. Kata-kata abahnya seperti Hitler. Tiada pilihan kecuali terima. Hati Tasnim membengkak. Dia geram. Lalu amarahnya dicurahkan kepada lelaki malang yang rela menjadi tunangnya biarpun mereka tak pernah mengenali antara satu sama lain. Bahkan rasa cinta masih belum ada. Tasnim tersenyum. Idea jahatnya muncul.

“Aduh!”
“Kaki aku ni…” Zikri melihat kaki gadis itu. Dia mula risau. Segera dia meminta izin untuk pergi membeli minyak. Lariannya tangkas. Hampir saja hati Tasnim cair dengan sikap tunangnya. Dia bangun dan segera menyorok. Dia sebenarnya mahu melarikan diri. Tapi entah mengapa. Kaki terhenti di situ. Mungkin ini melihat ketulusan hati lelaki bernama Zikri. Diam dia tak berkutik.
“Tasnim…Tasnim…Anim mana Anim ni,” Lelaki itu menunduk kecewa. Tak sangka dia berjaya diperbodohkan oleh insan bernama Tasnim. Jauh di sana Tasnim mengalirkan air mata. Ada sesuatu yang menyelinap dalam sanubarinya. Segera dia menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan tangisan menemani. Dia teringat suatu peristiwa yang tak mungkin dia lupa.

Xxxxx

Suasana tegang. Semua menantikan kehadiran Tasnim. Zikri menyesal pula kerana telah mengkantoikan tunangannya. Memang bukan niatnya. Cuma dia berasa risau. Lantas dicarinya ke rumah keluarga Tasnim. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tasnim tak pulang-pulang. Marzuki mengamuk sakan. Dia tahu Tasnim yang mengenakan Zikri. Zikri puas memujuk namun gagal.

“Dahlah abahnya. Nak maghrib dah ni. Jom kita solat dulu,” Mariam memujuk perlahan. Zikri mengiyakan kata-kata bakal mak mertuanya.
“Jom bah. Kita sedia untuk solat,” Marzuki mengangguk lemah. Hatinya masih membara. Malu dia dengan bakal menantunya. Apalah dosanya mendapat anak degil seperti Tasnim. Dia tahu Tasnim protes. Tasnim memang begitu sejak kecil. Dia faham sangat. Timbul pula rasa menyesal membuat keputusan perkahwinan bagi pihak anaknya.

Solat berjemaah diimamkan oleh bakal menantu. Benarlah orang kata nak pikat anak kenalah pikat keluarganya dulu. Suara lunak mengalunkan kalimah suci didengar penuh khusyuk. Tasnim sedar dia dah terlewat. Maghrib pun belum dilaksanakan. Tapi dia masih berdiri di luar. Terpaku dengan suara lelaki itu. Diintai dari luar siapakah gerangannya. Namun, gagal. Dia melangkah laju menaiki tangga.

“Tasnim!” Suara mak.
“Ya, mak. Tasnim nak naik mandi dan solat dulu,”
Terus emaknya kehilangan kata-kata. Abah memandang sepi. Tasnim kaget lantas meneruskan perjalanan.

Xxxxx

Zikri beransur pulang. Dia tahu Tasnim telah selamat. Lega hatinya. Dia tahu dia harus banyak bersabar demi menjaga amanah yang bakal dipikul.

“Tasnim!” ujar Marzuki tegas. Tasnim bersedia walau apapun kata-kata yang akan terpacul dari mulut abahnya.
“Ya bah,”
“Kamu tahu kamu dah buat apa?”
“Tahu bah. Anim minta maaf,”
“Baguslah tahu. Abah nak tanya kamu betul-betul. Kamu benci sangat ke dengan budak Zikri tu?” Berdesup kata-kata itu memanah ke jantungnya. ‘Bencikah aku?’ monolog sendiri.
“Jawab soalan abah Anim!”
“Tak benci bah,” Air mata mula bergenang. Dia takut sebenarnya.
“Dah tu? Kenapa kamu buat macam ni? Sengaja malukan abah dan mak ye?” Marzuki mendengus kasar.
“Tak. Tak! Anim tak niatpun. Orang cuma tak suka dia. Tak kenal tapi tiba-tiba jadi tunang,” Diluahkan juga.
“Tak kenal kamu kata? Kamu tak kenal Ayie? Ayie yang kamu rindu tiap malam tu? Ayie yang suka ajak kamu mandi sungai tu?” Tasnim terpana.
“Abah jangan tipu oranglah,”
“Tipu apanya. Kan Anim ada kata kat mak yang Anim nak kahwin dengan Zikri sorang. Lupa dah ke?” Mak mencelah.
“Tipulah. Ayie dulu kurus kering je. Zikri tu lain. Ini zikri lain,” Tasnim separa jerit.
“Ikut kamulah Tasnim. Abah dengan mak dah cuba ikut kemahuan kamu. Berhari-hari kamu nangis masa kita pindah rumah dulu. Anim tak suka dia dah? Kalau macam tu esok abah cakap dengan budak Ayie tu. Putuskan pertunangan ni,” Abah beri kata putus. Tasnim terduduk. Kepalanya bercelaru. Macam-macam terlintas di otaknya. Peristiwa lama kembali lagi.

Xxxxx

“Ayie tunggu!” Tasnim berlari mendapatkannya.
“Ala Anim ni. Kenapa nak ikut Ayie?”
“Anim nak mandi sungai jugak. Ayie kan dah janji,” Mulutnya muncung.
“Bila masa pulak? Ala Ayie nak mandi dengan Syed, Soleh dengan Zamir. Anim kan budak-budak lagi,”
“Ala Ayie nak ikut. Anim mandi tepi-tepi je okey?” Dipujuk juga.
“Abah Anim tahu tak ni?” Tasnim segera angguk. Padahal abahnya tak tahu menahu. Perempuan lembut seperti Tasnim memang suka berkepit dengan Ayie. Baginya Ayie adalah kawan terbaik.
“Okey, Ayie bawak. Tapi ingat jangan ikut kitorang pergi tempat dalam,” Keduanya berjalan ke arah sungai. Kelihatan kawan-kawan Ayie sudah bermandi manda. Tasnim cemburu. Dia tak mahu Ayie bermain sama.
“Ayie jomlah teman Anim mandi kat sini,” Seakan merengek. Ayie mendengus geram.
“Tasnim kan dah janji tadi. Ayie main dengan diorang. Anim duduk sini je okey. Janji?” Belum sempat Tasnim menjawab Ayie sudahpun melompat ala-ala penerjun negara. Seronok mereka bermain air. Tasnim cemburu. Dia juga mahu.
“Ayieeeee!!!!” Suara Tasnim kedengaran. Dia hanyut. Selepas itu dia tak sedar. Tasnim sedar apabila berada di rumah. Puas Ayie dimarahi abahnya.

Xxxxx

Hari ini dalam sejarah. Sedar tak sedar hari pernikahannya berlangsung juga. Tasnim sedar abah dan emaknya buat semata-mata kerana dia. Dia tahu dia suka Zikri. Cuma semuanya terlalu mendadak. Dia tak sangka Zikri dan Ayie orang yang sama. Dia jatuh cinta buat kali kedua setelah mendengar alunan suara Zikri malam itu.

“SAH!” Lamunannya terhenti. Akhirnya dia bergelar isteri kepada Zikri. Ayie yang dirindui selama 10 tahun lamanya.
“Salamlah apa tunggu lagi,” 

Suara-suara nakal buat Tasnim lagi berdebar. Tangan kasar dihulur. Tasnim menyambut perlahan. Kuasa elektrik terasa padu. Saat dia mencium tangan suaminya, dia dapat rasakan debaran yang kencang. Barulah dia tahu, cintanya tak pernah terpadam. Walaupun orang anggap itu hanyalah cinta monyet.

“Assalamualaikum isteri abang,” Kata-kata itu memanah jiwa. Bisikan itu disertai dengan ciuman kudus di dahi. Tasnim yakin hanya dia seorang yang mendengar bisikan itu.
“Marilah bergambar. Apa tunggu lagi,” Suara sumbang lagi. Tasnim melirik kepada suaminya.
“Anim, dengan lafaz bismillah, abang dah pinang Tasnim. Sejak dulu lagi,” Bisikan demi bisikan didengar membuatkan Tasnim terharu.
“Serius? Bila?” Teruja.
“Masa Anim pergi tinggalkan Ayie satu tika dulu. Ayie dah bersumpah yang bila dah besar Ayie terus nak pinang Anim,”

Meleret senyuman Tasnim dan Zikri. Rahsia mereka berdua. Tasnim tak sangka suaminya juga mempunyai rasa yang sama sejak dulu lagi.

“Dengan lafaz bismillah juga, Anim terima pinangan abang. Terima kasih abang!” Tasnim menjengket lalu dibisikkan ke telinga suaminya. Bahagia milik mereka. Cinta monyet bukanlah cinta mainan semata. Ada juga cinta membawa ke tua. Cinta yang berlandaskan hukum syariah paling utama. Cinta yang disemai dengan nama bismillah insyaallah kekal ke syurga.
Tamat!

Nota Iffah: Nong Andy, aku berjaya karang. Agak geli kan cerita kali ni? Haha idea berdasarkan lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah. Seronok buat cerpen kalau ada geng. Jemput baca karya Nong Andy di SINI. Macam cerpen SAHABAT tu. Ada 3 versi lagi. Karya Nadh, Karya Sunah dan Karya aku. Jemput baca ya semua=)

Ps: Dia mula menulis juga.

24 comments:

cik Kartun said...

Cinta monyet..? huhuhu
trjadi juga prtemuan semula cinta monyet dan di akhiri dlm sebuah prkwinan.. sgt la sweet kn ;)
*berangan jap :D

Nong Andy said...

Aku suka.... hehe!

Aku suka cinta yg dari zaman bebudak lagi.. best, sweet.. :)

mana ada geli hehe.. sweet je!

cerpen sahabat tu, nanti sy jengguk pula yg ada kat blog Sunah :)

reenapple said...

sweet.. cinta zaman budak3...

ah.. kau buat aku berangan lagi.. hehehe.=)

nasha sanza said...

cinta monyet saya tak jadi..nak cari cinta sejati pulak...hehe..touching bila baca..untung kalau ada lelaki macam tu...

aziekz said...

so sweet..mm,sape nk pnangku dgn bismilah..(berangan kejap)..pasti betul2 indah momen itu.. :)

mohdhazlan Dreadlock said...

Alhamdullilah jika kau jodoh ku :)

efa nur said...

bestnye cite nie.. rase cam nk kawen plak..
erkk..ade sape2 nk pinang sy x??hikhik :p



Blog Efa Nur :)

QasehSuci said...

syg...sweet sgt...ni buat berkobar nk smbg novel nie...hehehe

fRaMe+LenSeS said...

Lama x buat karya cinta . Jeles ng jiran

dill said...

comelnye cerita!

i like

dill.

Sunah Sakura said...

nice....lain dari selalu..ekeke

~Kirin Selama Perak~ said...

ZZZzZzz...tak sedih pon..HAHAHAA..#okbai

tomatokering :) said...

weeeeeeeeeeeeeeeee ^____^

S H I T E Q said...

eheh. sweet2 :D

FasiHaH SupiaN said...

memang berbakat nie..........

Cik Pulau said...

eh yu.. tajuk ni macam penah dengar je..
hurmm..

best la..
beruntung anim.. kecik2 dah dipinang orang. hahaha.. boleh pulak. adehh..

Eza Boom Boom :) said...

Hihi, boleh pulak dia tak kenal zikri tu time dah besar. Hee, dorang tak contact lansung ke?? Cewah, Eza pulak dah lebih2..

Eza suka crita ni. Best!! :)Cinta monyet jadi cinta sampai ke syurga.

kiera'sakura said...

comel sgt... slalu yg kita benci tue la sebenarnye kita suka dlm diam

~..Lesung Batu..~ said...

waaaa~~ nice la dak busuk!! heee

Paris Lipton said...

sweet la wehhhh fokus ni baca karya iffah yg petama, ok nk try baca yg lain tp tgh sakit pewuttttt~~ toilettt~~;p

Ruzzezanie said...

nice entri dear!!

Mieza said...

Assalamualaikum Iffah,
The sweetest moment...

akoo pae said...

huhu pandailah kamu mnulis..
akoo tegah usaha mgarang gak..tapi aritu tsangkut.sampai skarang tak sambung2..hee

Anonymous said...

aku meminang kau dengan bismillah.

bismillahirahmanirahim, sudikah kau menerima pinangan ku?

-dia-

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers