CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Saiful Zamani

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Maaf saya tak dapat terima awak…” Saiful Zamani mengeluh. Bukan ini jawapan yang dia perlukan. Dia belum bersedia untuk terima penolakan. Wajah gadis itu dipandang dengan penuh pengharapan. Berharap agar hati si gadis berubah serta merta.
“Awak jangan buat muka macam tu. Saya takkan ubah jawapan saya, nah ambil balik bunga awak ni…” Angkuh sahaja Zara Aqilah berkata. Sedikit pun tiada belas di hatinya.
“Zara wait!” Saiful laju mengejar. Ditahan gadis itu dari terus mara ke depan. Bunga di tangan diberi semula kepada Zara Aqilah.
“Awak ni tak faham bahasa ke? Saya tak sudi… saya tak ingin nak berkawan dengan awak apatah lagi berkasih dengan awak. Sekarang, get lost!” Zara mencampakkan bunga ros tiga kuntum itu ke tanah.
Dengan pantas dia meloloskan diri dari drama sebabak. Bimbang teman lelakinya nampak kejadian itu. Bukan dia tak tahu Aqil Asyraf sanggup buat apa saja dengan berpaksikan rasa cemburunya. Zara Aqilah menutup pintu kereta deras dan enjin dihidupkan. Dibiarkan sahaja Saiful Zamani berdiri di tengah bangunan. Dalam hatinya terasa sesuatu yang aneh. Rasa bingung. Rasa menyesal dan yang pasti ingin berpatah balik ke arah Saiful. Namun, pantas saja perasaan aneh itu ditepis.
“Are you insane, Zara? Stupid!” Jeritnya sendiri.

Xxxxx

Saiful Zamani masih terpaku. Berdiri tegak tanpa kata. Matanya hanya tekun memandang bunga ros yang kian layu dimamah teriknya mentari. Mendung tiba. Namun, dia tetap tegak di situ. Guruh kedengaran sedikitpun tak menggentarkan hatinya. Lantas dia terduduk. Air mata yang jatuh sama lebatnya dengan hujan yang membasahi bumi gersang. Dan dia menangis lesu sendiri. Tiada siapa di situ. Cuma yang ada Saiful Zamani yang kecewa.

Kalah sebelum bertanding. Perih rasanya ditolak mentah-mentah. Zara Aqilah igauan setiap mata yang memandang. Rambut beralun berwarna sedikit keperangan. Tiada solekan tebal menghiasi wajahnya. Cuma gaya anak orang kaya jelas kelihatan. Setiap kali Zara melalui di depannya, pasti pandangannya kabur. Yang jelas cumalah si dia. Acap kali Zara berjaya mengganggu lenanya. Kini semuanya punah. Zara tergamak meninggalkannya dengan kejam.

Dia yang bodoh. Terlalu asyik dibuai angau sampai lupa di mana dia patut berada. Dia dan Zara jauh berbeza. Bukan hanya kaya dan miskin malah cara hidup sangat berbeza. Walaupun kad pengenalan mereka sama tertulis agama dan bangsa yang sama tapi ternyata itu bukan itu menjadi kayu pengukur peribadi seseorang. Saiful menggigil kesejukan. Tak berpayung dan dia sendiri dibasahi nikmat Allah yang tiada kuasa mampu melawannya.

“Encik, are you okay?” Suara halus menyapa dia. Tak mampu dia bersuara. Bibir seakan beku untuk digerakkan. Lantas matanya terpejam.

Xxxxx

Matanya terbuka. Asing sekali tempat yang dia berbaring. Mewah. Tak seperti hostel dia dan Faizal huni.
“Ada sesiapa? Hello…” Saiful cuba mencari kelibat seseorang. Dia buntu. Dimanakah dia berada, dan siapa pula yang mampu menjawab segala persoalan di minda.
“Hai Saiful. Awak dah bangun? Oh ya, bik tolong bawakan sup untuk tetamu ni… demam dia belum surut…” Saiful hanya memandang pelik.
“Siapa kau? Mana kau tahu nama aku?” Kepalanya terasa sakit.
“Aku Melinda. Ini rumah aku. Lupa ke yang kau pengsan semalam? Sengaja aku bawa kau ke rumah aku…” Belum sempat Melinda menyudahkan kata-katanya Saiful sudah mencelah.
“Kenapa kau bawa aku ke sini? Kita bukan muhrim. Kau pun aku tak kenal. Aku nak balik… aku nak…” Kepalanya sakit. Tangan menggengggam erat sebahagian kepala. Sakit teramat. Hujan itu nikmat tapi adakala memberi kesan negative kepada yang terkena tempiasnya. Saiful sedar hakikat itu.
“Maaf, aku masih belum mengenali agamaku sendiri. Tapi niatku baik. menolong orang kesusahan… tak boleh ke? Aku tahu nama kau sebab kad pengenalan kau ada aku lihat. Ingin sahaja aku hantar kau pulang tapi alamat yang tertulis tidak aku cam. Kedah bukan jauh dari sini? Jadi inilah pilihan tepat. Aku bukan sendiri di rumah ini. Ramai, jadi kau tak perlu khuatir dengan fitnah…” Melinda tersenyum melihat reaksi Saiful.
“Maafkan saya. Melinda, saya hargai. Tapi saya perlu pulang. Mesti housemate saya tengah risau…” Saiful menarik gebar yang menutup seluruh badannya.
“Jangan risau. Saya dah beritahu dia dan dia pun sudah dalam perjalanan pun…” Melinda mengukirkan senyuman lagi. Bibik datang membawa sup. Segera Melinda menghidangkannya di depan Saiful. Dia tahu Saiful tidak larat untuk bangun dari tempat dia beradu.
“Saya boleh makan sendiri…” Saiful menolak tatkala Melinda ingin menyuapnya. Dia makan perlahan-lahan. Dalam tak sedar sup telahpun habis. Lapar teramat.
“Cik Melinda, tamunya sudah sampai…” Bibik sekali lagi muncul. Dengan Faizal kali ini.
“Pul, kau ni kenapa? Buat aku risau jelah…” Faizal meluru mendapatkan dahi sahabatnya. Semalaman dia tak lena. Dia tahu Saiful bukan jenis tak pulang hostel. Walau lewat malam sekalipun, Saiful tetap pulang.
“Aku okeylah. Cik Melinda ni jaga aku. Jangan risaulah…” Melinda tersenyum melihat keduanya. Dia bahagia. Tak pernah dia lihat adegan kasih sayang sebegini. Apatah lagi merasainya. Jauh sekali.

Xxxxxx

Melinda makin rapat dengan Saiful Zamani dan Faizal. Namun, serapat manapun mereka, masih menjaga batas-batas agama. Saiful senang dengan kehadiran Melinda. Namun, cintanya untuk Zara masih mekar. Malah tak pernah terpadam walau sesaatpun nama Zara Aqilah di hatinya.

“Zal, aku nak tidur kejap…” Saiful berkata perlahan. Faizal terpinga-pinga.
“Weh kita kan janji nak jumpa Mel petang ni? Bangunlah…” Saiful tak mampu membuka mata. Matanya mengantuk sekali.
“Pul… oit bangunlah…” Faizal mengeluh. Lelaki itu benar-benar letih. Tangannya mencapai smart phone dan terpaksa membatalkan pertemuan itu.

Xxxxxx

Matanya meliar memerhatikan sekitar taman. Kelihatan bunga memenuhi segenap ruang dan berwarna warni di depannya. Indah di pandangan mata. Terasa ringan sekali tangan ingin memetik sekuntum bunga yang bersinar kilauannya. Sungguh memikat hati si teruna. Tatkala jari mendekati bunga, pedih menusuk luka. Sakit. Cecair merah likat mengalir lesu. Dan matanya terbuka. Badannya tegak duduk di katil.

“Hoi, kau kenapa tiba-tiba bangun macam ni?” Sergah Faizal kuat. Bukan apa, dia terkejut dengan pergerakan drastik kawannya yang sedang lena tidur di katil bujangnya.
“Hah…erm aku…ah tak ada apa…” Dalam mamai dia meraup wajahnya. Peluh yang memenuhi segenap mukanya disapu sekali. Keluh kesah kedengaran.
“Beb, kau mimpi ke apa? Dah, dah pergi mandi. Siapa suruh tidur petang?” Tawa dihujung kata kedengaran dari nada suara Faizal.
“Zal, aku rasa aku demamlah…” Faizal hanya mengangkat kening. Enggan percaya kata Saiful Zamani.
“Pul, kau jangan nak manja macam perempuan boleh tak? Tak kena hujan tetiba demam segala. Ke kau demam C.I.N.T.A…” Sekali lagi tawa memenuhi ruang. Saiful mengeluh. Perlahan dia cuba untuk berdiri. Berat sangat kepala terasa.
“Pul!!!!!!!!!” Itu saja yang telinganya dapat tangkap. Selebihnya hanya terasa tamparan halus di wajahnya. Saiful kelam. Mata terpejam.

Xxxxxx

“Saiful…” Matanya dibuka perlahan. Kepalanya masih berat.
“Mel, kenapa awak ada kat sini?” Laju saja dia bertanya. Mata Melinda sembab. Seakan baru lepas menangis.
“Pul, kau okey?” Suara Faizal pula mencelah.
“Aku okey je. Kenapa korang ni?” Saiful buat-buat ketawa. Dia sempat memerhati sekeliling. Tahulah dia kini berada di hospital.
“Pul, rehatlah ye. Kau kena banyak rehat…” Kata-kata Faizal kedengaran pelik di gegendang telinganya.
“Zal, jangan nak merepek boleh tak? Kenapa kau bawak aku ke hospital? Aku kan demam je?” Melinda bingkas bangun. Dia palingkan muka serta merta. Bimbang air matanya kelihatan.
“Mel, Zal kenapa ni?” Pertanyaan Saiful Zamani dibiarkan sahaja. Melinda mengesat air matanya.
“Mel nak balik dululah Saiful. Awak rehat je kat hospital ni…” Saiful bertambah pelik. Tiba-tiba Zara Aqilah pula muncul di depannya.
“Zara, awak pun ada?” Kepalanya sakit. Terasa mencengkam sakitnya.
“Yup, saya datang nak melawat awak. Mel yang beritahu… jangan salahkan dia…” Melinda menunduk. Dia tahu dia bersalah kerana masuk campur dalam urusan cinta sahabatnya. Tapi dia tak boleh diam diri melihat Saiful terseksa jiwa hanya kerana cinta tak kesampaian. Jadi, dia rela menjadi jambatan supaya sepupunya Zara dan sahabatnya Saiful boleh bahagia walaupun hatinya menderita.
“Cop apa semua ni Mel? Awak kenal Zara? Zara saya okey. Awak tak perlu datang melawat. Kita bukan ada hubungan apa-apa. Remember?” Saiful masih lagi dengan amarahnya. Kecewa yang tak berkesudahan.
“Mel minta maaf. Zal, jom balik. Saya hantar awak sekali…” Saiful terpinga-pinga. Dia perlukan penjelasan. Keduanya meninggalkan dia dan pilihan yang dia ada cumalah mendengar kata yang keluar dari mulut Zara.
“Okey, sorry pasal hari tu. Saya dapat tahu awak demam lepas tu. Saya tak berniat nak…”
“Cukup. Itu cerita lama. Bukan bermakna apapun pada saya sekarang…” Zara terdiam. Saiful perlu kuat menyatakan yang sebaliknya. Dia tahu, cintanya pada Zara bagai bahang mentari dengan dinginnya ais yang tak mampu bersama. Pasti salah satu akan kalah akhirnya.
“Lagi satu, Zara awak tak payah nak datang melawat saya macam ni. Saya okey. Lagipun saya dan awak tak ada kaitan kan? Saya tak pasti apa yang Mel sampaikan kat awak, tapi percayalah benda tu dah lama berlalu. Jangan sebab tu awak nak rasa bersalah…” Saiful Zamani sendiri kelam. Entah mengapa hatinya pedih menuturkan kata sedemikian.
“Maaf, saya tak patut datang. Saya cuma nak cakap, Melinda tu sepupu saya. Dia nak sangat saya jumpa awak. Dia kata saya perlu minta maaf dengan awak. Saya pun tak faham. Sebab dia dah beria-ia saya ikutkan je. By the way, Mr Saiful Zamani, awak jangan ingat saya suka kat awak hanya kerana awak tengah sakit. Saya cuma bersimpati… that’s all…” Zara Aqilah kecewa dengan dirinya sendiri.

Saiful pula yang terdiam. Sekali lagi dia ditolak. Kali ini benar-benar menyakitkan. Dia terlalu ego mengakui rasa sayang yang mulai tumbuh di sanubarinya untuk insan bernama Zara Aqilah. Dia tak mahu akui. Dia tak ingin kalah sekali lagi. Perit.

Akhirnya dia sendiri. Masih kekal sendiri. Bukan dengan Melinda dan juga dengan Zara. Cintanya pada Zara telah dia semadikan bersama. Kini tubuhnya kaku tak bergerak. Hanya menanti roh dicabut Ilahi. Sakit yang dia tanggung kini sampai kemuncaknya. Allah telah memanggilnya pulang ke tempat asalnya. 

Saiful Zamani menghembuskan nafas terakhirnya di hospital itu. Akhirnya, jasadnya beku. Kedengaran tangisan si ibu, Melinda dan kaum keluarga yang lain memenuhi ruangan bilik. Semua yang hidup pasti akan mati. Dan hari ini, Saiful Zamani meninggalkan dunia dan cinta kepada manusia yang bernama Zara Aqilah.  

Tamat. Aku tak tahu kenapa aku mengarang panjang lebar. Tapi, korang baca jelah. Nadh, ai mampu menulis macam ni je. Mood ke lain. Syah, Nong ini je mampu aku taip. Dalam tak sedar panjang beb! Yana,  tiga hari akak usaha. Ini hasilnya. =)

11 comments:

Unknown said...

K-Bai aku baca perenggan yg bawah jer IFFAH ==

fRaMe+LenSeS said...

Kejam nya pempuan. Getam geram. Nak
Hambik dia jadi watak jaat la nt dalam cita baru. Agagagagaga

Puyak said...

aku suke cerpen ni. serius.

reenapple said...

Apesal heronya mati macam tu je. Why why why why??

Memang cinta tak kesampaian..

Sedih sedih sedih.. =(

Dikbee said...

ala, kenapa mati???... bagi ler ending happy sket...

#tak sangka ko ada bakat terbenam yek iffah. kalau aku la, kelaut dah perginya cerpen ni...hihi

Sunah Sakura said...

errr....khusyuknya i baca...sampai habis pun khusyuk aje....dengan dahi berkerut....saiful tu sakit ape???




err...yu...i tergelak besar baca komen dik bee tu...yu ade bakat TERBENAM....err..ahahahahahahahah... errr...sorry sorry...kacau mood orang betul i ni... :P

Nong Andy said...

dia mati sakit apa eh?


berdarah sejuk betul la si Zara tu..

Iffah.. dah lama tak baca cerpen ko yang panjang2.. hehe..

MalizaMah said...

ehhh napa dh tukar jew design blog. cantik..

Yana Sakura said...

eeeee!! ego gila Zara Aqilah tu..kejam2!!

cian Saiful Zamani tu..wuwuwuw :(
adik teka dia mengidap barah otak mgkn..hukhuk..

apa salahku..remuk jantungku..ehh

#kabi..

Kira Sakura said...

kalau dah suka tue katakan suka. agaknya Zara sendiri keliru kan. tapi saiful tue sakit apa? ada sambungan kn? ;P

kay_are said...

ending die sedih sangat r pulak.. last2 tak kesampaian pun chenta saiful tu.. aku ingat ending die, die jadi suke dekat melinda tu.. lepass tu kawin ke.. sekali lagi tekaan aku salah.. lain jalan cite cerpen ko ni.. tapi menarik!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers