CORETAN TERBARU NADH

Ada aku kau pandang hadap, tiada aku kau pandang belakang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini peribahasa. Saja aku nak kongsikan kat korang. Makna perbahasa ni cari sendiri boleh? Haha tak apalah disebabkan aku baik aku bagitau jugak. Maknanya kasih sayang hanya di hadapan tapi setelah berjauhan dilupakan. Ikut kefahaman aku, kalau pakwe di depan mata baru sayang bila kat belakang lupakan dia.

Aku baca cerpen sekali terfikir idea untuk entry. Peribahasa ni sangat indah. Tapi berapa ramai yang masih mengingati peribahasa melayu. Sibuk dengan falsafah orang asing. Aku baca banyak kali peribahasa ni. Memang tak tahu maksudnya. Mujur penulis bagitau kat nota kakinya.

Ada orang macam tu. Bila depan orang tu kita tunjuk kita sayang. Bila belakang orang tu berskandal dengan orang lain. Seronok sangat ke bila ada skandal? Ops aku lupa aku ada skandal. Zaman tengah miang dulu. Last-last aku tinggalkan BF terus dengan skandal.

Tapi tu dulu. Sekarang semua tinggal sejarah. Tak best bila ada skandal sebab hati kau mudah berubah. Macam aku. Tulah lain kali jangan ikutkan hati. Kita kalau dah sayang orang tetapkan hati. Jangan nak melayan sesiapa je. Walaupun hanya sekadar atas nama kawan.

Perempuan hati lembut. Senang sangat nak berubah. Jadi elok-elok ko sayang tunang kau tetiba kahwin dengan kawan baik sendiri. Tapi ada je yang kawan memang atas dasar kawan. Aku tak nafikan. Tapi kena cek jugak. Mana tahu kawan ada hati dengan korang.

Apapun jangan sayang kat depan orang tu tapi bila belakang orang tu berpasang-pasang skandal. Tak baik ooo. Sekian=P

7 comments:

Sis Lin said...

terlalu sensitif bila bicara pasal 'skandal' ni...huhuhuhu sangat2 takuttttttt!..

baik yg bercinta, baik yg bertunag dan yg berkahwin...kita tak tau apa kan jd belakang hari...

tp tak sama eh maknanya dgn 'talam 2 muka' ??? lain ek?

Unknown said...

hamboi engko..time sekolah lagi dok berskandal

Anonymous said...

kalo kite betul2 sayang dia knp nak pasang skandal? sy dulu buat mcm tu tanda sy x syg sgt kat dia huuu skanng dah tak buat pun solo molo huhuhu

Qaseh Dalia said...

tak jujur . tak ikhlas .hate

Cik Pulau said...

tak suka berskandal dan diskandalkan..
hahahaa...

K said...

dulu-dulu, time muda. uhuk2

p/s : hehe, darah muda, semua nak cuba :P

Sunah Sakura said...

i nak skandal ngan u je.. takpe kan? :p eh, kang malam Ym eks~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers