CORETAN TERBARU NADH

Kenapa lelaki kalah dengan airmata perempuan?

Sungguh tertarik aku dengan keyword ni. Memanglah asyik cerita pasal lelaki dan perempuan je kan? Takkan lelaki dengan lelaki? Korang gay? Cukuplah cerita pasal liwat meliwat ni. Yang salah tetap salah. Selebihnya biarlah Allah yang hukum. Ye tak?

Kembali pada topik. Aku cerita berdasarkan pengalaman je. Sebab memang rata-rata lelaki yang aku kenal takkan sanggup tengok perempuan mengalirkan air mata. Tak kisahlah siapa. Lagi-lagi orang tersayang.

Kenapa jadi macam tu? Aku rasa diorang ni tak sampai hati. Maklumlah dah sayang. Setiap orang ada rasa sensitif. Cuma tahap je berbeza. Kadang tengok perempuan nangis sebab hilang barang pun diorang cuba redakan tangisan tu

Walaupun perempuan sememangnya terkenal dengan senjatanya iaitu air mata. Lelaki tetap akan mengalah. Yang ni kena tanya pihak lelaki. Barulah tepat jawapannya. Jadi para lelaki kenapa korang selalu kalah bila berhadapan dengan air mata seorang perempuan? Jawab jangan tak jawab!

Ps: Dia pun sama je.
Published with Blogger-droid v1.7.4

17 comments:

Unknown said...

air mata pompuan bisa buat lelaki cair

Rawkzell said...

Bila perempuan menangis, lelaki jadi rasa bersalah tak tentu hala walaupun lelaki jarang rasa bersalah.hahah

Jer hari ada sekali terbuat... terrrrr.... sorang nangis dalam kelas. serious rasa bersalah..

Entah la , airmata perempuan tu macam special kan?


cmmnt here :)

reenapple said...

errr... entah la...

pompuan akan kalah tak dengan air mata lelaki???

Eera Shera said...

lelaki cpt jwb..suwit je bila laki memujuk ;)

.........cP~ said...

Tapi, tak semua lelaki macam tu. Ada yang tak ada perasaan langsung tengok air mata.

maszull said...

assalamualaikum iffah...wah kaum lelaki kena jawab soalan dr iffah ni...:)

Asyikin said...

jumpa lelaki yang betul betul boleh menangis sebab kita lagi payah nak cari :)

Unknown said...

tak suka menangis depan lelaki. Oh tidak... Hee..

Nong Andy said...

Teori lagi :

Kalau budak menanigis kita x tahan nak dgar.. cepat2 kita cuba penuhi permintaannya. Agaknya lelaki juga ada kesan yg sama bila perempuan mula memangis.. :)

Tapi setuju juga dgn Jerr, air mata perempuan special.. wah! suka komen jerr itu :p

kurus said...

ye ke ??
bukan lelaki x suke perempuan yg lemah dan kememeee nie huuhu

Ce'gu JAERA said...

air mata itu kan senjata kaum wanita. itu sebab kaum lelaki selalu kalah dengan penangan senjata itu... ehehehehe.... (",)...

yaaa, air mata wanita itu lah ada connectionnya dengan hati ego seorang lelaki... Dalam peperangan, lelaki boleh membunuh ribuan musuhnya. Tapi dalam hati, dia tetap akan kalah dengan pujukan dan air mata seorang wanita..

itulah kelebihan dan kekurangan untuk kaum adam dan Hawa saling lengkap melengkapi.. (",)

Elly Jade said...

iffah penah jadikan air mata jd senjata x?hihi

Faaein Talip Roy said...

soalan untuk lelaki jadi lelaki lah yang kena jawab..

akak pun tak tau gak ni.. hehehe..

aamalinaazman said...

tunggu bakal suami nanis depan mata la baru nak tye nape
kekekeke :p

Unknown said...

Ex Ina pernah bagitahu kenapa.Dia cakap sebab dia rasa bersalah sangat-sangat bila nampak perempuan nangis depan dia especially orang yang dia kenal and sayang.Huhu.Tak tahulah lelaki lain rasa macam mana kan.

Kira Sakura said...

akak penah buat lelaki menangis.. errrrrrrr

Anonymous said...

sape kak? anak akak yg msih baby tu ke..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers