CORETAN TERBARU NADH

Makanan paling dirindui bila di perantauan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pergi membeli belah semalam. Aku terfikir kalau aku di perantauan macam negara orang apa yang aku paling rindu. Aku rasa masakan ibu. Puan Latifah, baca dan sila kembang semangkuk. Hehe tapi untuk ke luar negeri macam tak ada harapan. Kecualilah aku ambil master kat sana kan. Ehem tak rajin.

Bila aku fikir-fikir balik, banyak benda yang tak ada di negara orang. Nak masak bahan pun tak ada. Macam adik aku yang duduk kat India. Dia tak boleh makan daging lembu. Sebab kat India tuhan mereka ialah haiwan yang kita makan. Maknanya diorang tak dapat sambut raya haji dengan meriah macam di sini.

Jadi, ibu aku bertolak ke India semalam untuk melawat abang aku dan adik aku yang jauh di perantauan dengan membawa rendang daging, tempoyak, sardin, kicap, maggi, ikan bilis, bunga kantan, daun kesum dan sebagainya. Penuh beg dengan makanan. Harap maklum.

Dan kami telah borong berbungkus-bungkus mee segera. Adik aku paling rindukan Ruski, Pama, Ibu Mee goreng. Kat sana mana nak dapat? Adapun KFC yang tak ada cheezy wedges. Memang payah duduk kat perantauan sana. Jadi, beruntunglah korang berada di tanah air sendiri. Syukur...

13 comments:

ahsfantasy24 said...

tu lah kan..
bila budaya tak sama, agama tak sama,
hujan emas di negeri orang, hehe :)

Rapunzeel Cikilolo said...

dugaan kan?

syahnaz said...

salam..adik kak india katne eh?sye pon dlu blajr kat india pas2 tukar kat cni sbb x sanggup dah ddk sana...

cintailmu89 said...

Sini memang kaya dengan makanan..
Sampai pusing2 tgk lauk kalau makan tgh hari tu..

kiera'sakura said...

sungguh la akak yg diperantauan nie pun rindukan masakakn mama yg sedap tue slurpppp

EL MARIACHI said...

kat mana mana negeri pun indah khabar dari rupa je...

Noraim said...

tak bermakna la raya haji kalau takleh makan daging lembu. haihh.

negera sndiri jgk terbaik kn kak.

#sy ni bkn setakat negara, negeri sndiri pn tak penah kuar lg. kuikui.

paripariputih said...

lau tak bersyukur tak tau le ==

hnahdy said...

abg n adik kat tempat yang sama ek.

kenapa xikut? kalau x bleh gantikan dengan hana.hehe

Anonymous said...

syukurlah kita di tanah air ni kan... boleh nak makan. ada seseteangah tempat jgn kan makan. kena bom lagi ada la..

eh.. macam dah lari topik pula hehe

~Nong Andy~

Musafir Jalanan said...

wahai cikgu2 sekalian tumpang tanye, . . . kalau seseorang yang ade diploma lepas tu dia nak jadi cikgu sekolah menengah, . . . . kene amik ijazah dulu ke ? . . . atau boleh terus pi mohon jadik cikgu ? . . . ape ea langkah2 yg perlu di buat? :)

kay_are said...

betul2.. memang bersyukur sebab dapat tinggal dekat negara sendiri ni.. makanan sume takde masalah.. janji halal kan =)

deno said...

ha'ah... syukur sgt2! :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers