CORETAN TERBARU NADH

Masih relevenkah BFF berlainan jantina?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Wah tajuk gempak. Tengok tajuk dah macam apa je aku rasa. By the way, aku nak kongsi quotes kakak penulis di Blog Warna Kaseh. BFF tu BEST FRIENDS FOREVER bagi sesiapa yang tak tahu.
‎"Tak ada istilah BFF antara lelaki dan perempuan tanpa perasaan cinta" Faraherda Razalan, 2012
Ada yang bantah ada yang setuju. Ada kata tak semua. Ada yang kasi contoh kawan baiknya sendiri. Bagi aku sendiri, aku tak percaya dengan diri aku sendiri untuk ada BFF dari kalangan lelaki. Pelik bukan? Aku tahu diri aku. Aku tahu aku mudah tersentuh dengan layanan yang terlalu prihatin, penyayang dari jantina berlainan. Takut perasaan suka, sayang, kasih dan akhirnya cinta menyinggah. Sedangkan lelaki tak rasa apapun. Aku tak mahu!

Aku juga tahu ada yang ada BFF berlawanan jantina dan tak ada perasaan. Dah kahwin pun macam tu. Aku tak boleh jugak. Rasa macam pelik. Mana satu suami mana satu BFF? Tak ke suami cemburu tengok isteri baik sangat dengan BFF. Setiap kali masak lebih untuk BFF. Kadang cerita pasal BFF. Jumpa selalu. Berbual mesra. Aku tak rasa ada suami yang begitu tak kisah dengan isterinya. Kalau aku, mestilah cemburu. Rasa kasih sayang terbahagi pulak.

Jangan marah aku sebab ini aku punya pandangan je. Mungkin korang selesa dengan BFF lain jantina. Aku bukan anti sosial atau anti lelaki. Tapi aku cuba adakan jurang antara aku dan mereka. Lagi-lagi yang dah kahwin, memang kalau perlu je aku contact. Aku tak mahu jadi punca perbalahan suami isteri, pakwe makwe. Serius aku faham apa yang diorang rasa dan aku tak mungkin sanggup rosakkan hubungan orang semata-mata nak pentingkan hubungan BFF aku. Aku masih kawan cuma tak serapat dulu. Mengerti kamu? 

18 comments:

Mohd Lokman Bin Ramli said...

faham2.. mula2 memang nak jadi kawan je tapi akan terdetik juga rasa cinta itu di dalam hati.

Noraim said...

mungkin betul la bff berlainan jantina ni tak kekal. contohnya sy! bkn sy yg ditimpa perasaan tp mslhnya disebelah sana.

akhirnya sy yg buat keputusan mengundur diri sr mereka.

Rapunzeel Cikilolo said...

saya pun tak percaya lelaki dan perempuan boleh jd BFF.

BF boleh tapi ada limit masa la...

BFF seorang perempuan adalah suaminya sendiri kot...

itu lebih baik :)

Anonymous said...

sy suka topic nie..

tpi blh klau sy tanya???

kalau hubungan bff kita menimbulkan spekulasi tidak baik mcam mana plk..

sy nie plajar sklh ,, & hbngn bff kitorg selalu menjadi cemuhan warga sklh...patut kerr klau sy terlalu menjarakkn hbng kitorg skrg..

harap2 writer blog bleh membntu..

HannaNabiella said...

lelaki & prmpuan tak boleh jadi BFF sebab cinta selalunya akan muncul diantara mereka..

#kawan bese jela..heishh =_='
jom singgah blog hanna
http://farhanabiella.blogspot.com/2012/11/wordless-wednesday-weird-is-awesome.html

Encik H said...

pasal bff berlainan jantina ni, ada tu memang ada..cuma kena control sikit biar pasangan tak terasa..

aku dulu2 ada sorang bff..tapi sebab rapat dgn dia, close dgn dia, sikit2 pun cerita pasal dia, gf aku masa tu terasa..aaa..yg aku taip entry "hari ini" tu la..

tapi sebelum and selepas2 tu aku ada jer bff ppuan..cuma lepas diorang kahwin, aku decide utk jauhkan diri..tak best la kalau laki diorang cemburu or fikir yg bukan2..

hnahdy said...

bbf berlainan jantina? Erm..ada ja perasaan sayang semua tu tp xla sampai bercinta. mcm tak ok je.

kkdang ada bff berlainan jantina best gak. xda orang kacau.geng2 dia geng2 hana gak..berani kacau hana..hehe

Anonymous said...

jawapan aku? sila rujuk FB ekekekeke

sebenarnya kan Iffah. my fren of fren ada juga yg BFF dgn kawan lelaki. Siap kongsi masalah bagai. memasing udah kawin. Aku pon rasa pelik juga macam mana derang kekalkan hubungan tanpa buat pasangan memasing jeles. Tapi kononnya dia lebih selesa bincang masalah tu dgn kawan lelaki dia tu compare dgn kawan perempuan dia. Entahlah.. setakat ni hubungan mereka baik-baik saja. Tapi mungkin juga bila dah masing2 berkeluarga, memang agak berkurangan lah kot hubung menghubungi tu...

aku dgn kawan2 lelaki yg lain pun dah jarang jumpa. paling2 say hi kat pesbuk hehe...

*Bagi aku lelaki mudah perasan. Kalau kita baik dgn dia.. mula la dia fikir lain-lain..


malas log in--> Nong Andy

Leeza dayasari [santai leeza] said...

susah nk ckp istilah ni. leeza pernah citer dgn iffah pasla kawan leeza yg akhirnya kami perselisihan fhm sbb gara2 dia baik dgn seorang mamat, siap bg pinjam keta bagai tu.
desas desus leeza dgr org kata dia tak tahu nk kekal dgn pak we dia or nk pilih bff baharu dia tu.
????

reenapple said...

aku dulu agak tersentuh bila ada kawan lelaki layan aku dengan baik, mulalah aku rasa suka dengn dia padahal dah memang habit dia layan pompuan dengan baik. Hahah.

and then sekrang, aku dengan dia cuma jd kawan je. Kalau ada masalh kitaorg share, kalau buat salah dia akan marah aku. Dalam erti kata lain dia macam abang aku.. Ehehehe.

tak semua bila kawan dengan berlainan jantina akan terbit rasa cinta atau sebagainya, aku akui itu. Tapi kalau pandai3 jaga hati dan perasaan, aku rasa tu semua takkan terjadi, ada perasaan pada kawan sendiri.. =)

#tak tahu apa aku merepek..

syakey said...

its depends on people nak takrif bff tu jugak. macam kami pon ada bff lelaki, satu geng orang kata. tapi takdelah sampai caring bagai. just tahu batas-batas. cuma orang kata, mereka lebih istimewa sikit sebab diorang lebih rapat.

tapi kalau yang dah hari hari ambil berat, sembang bagai sehari tak miss.

itu bukan bff dah tu. huhu

Rozuan Ismail said...

aku ada bff dan dia adalah wanita. kawan sejak dari kecil. tapi aku tak pernah ada perasaan apa2 pada dia dan begitu juga dia. tapi kami masih letakkan jurang bagi elakkan timbulnya fitnah

kiera'sakura said...

salah satu sebab akak tak suka nak ber BFF dengan berlainan jantina pasal nie. tkut klu tak dia yg berperasaan pada kita, kita yg berperasaan dengan dia. klu bukan perasaaan cinta pun tak byk sikit mesti ada perasaan cemburu antara satu sama lain. sebab itu lumrah hati. tapi tak semua orang berfikiran mcm tue. ada jugak yg boleh je BFF tnpa perasaan kan. mungkin nisbahnya 10:2

misz aisya said...

BFF lain jantina xkan same dgn BFF sejantina.

akan wujud perasaan lbh dri sorg kawan walaupun dlm tempoh yg singkat. depends. nak layan perasaan tu atau nak abaikan dan terus kekal sbgai kawan. :)

based on my own experience. :)

Amirul Verdasco Nadzri said...

pada aku relevan, tapi limitkan kepada perkara2 tertentu je. biasanya BFF akan share segalanya, baju, makanan, hobi, etc termasuk rahsia. selalu keep in touch, keluar makan, shopping, hang out, sume2 la. mesti nk buat sama2.

bila dah berlainan jantina, secara otometik, kena hadkan. takkan nak cerita jugak period lambat kat lelaki wlpn BFF? contoh je..huhu

bila dah kahwin, semua tu lagi nak kena jaga. cuba utk tak wujudkan sebarang rasa curiga dgn tak lagi jdkan yg blainan jantina ni sbg BFF. mencegah lebih baik, ye tak?

najiehah said...

ade la..n saye percaye sebab mama n papa saya cam tu..
papa x penah cemburu ngan BFF mama walaupun BFF mama tu lelaki..
senang citer..
dalam perkahwinan perlukan persefahaman n kerjasama yang utuh..
kalau tak mmg dah jadi kes cerai..
tapi alhamdulillah, mama n papa saya tak punya masalah dalam segi persahabatan..kawan mama, kawan papa juga..n sebaliknya..
xde rahsia...saya pun kenal dengan kawan baik mama n papa saya...
saya pun punya BFF lelaki..
setakat ni tak pernah ada masalah...

aku HaniAsyira said...

ngerti!! ada jugak kwn macam tuh.. nampak ok je dia BFF dgn laki tu..

kay_are said...

aku pun pernah je ade bff yang lain jantina dulu.. tapi bile masing masing dah ade hidup sendiri sume, takleh r samekan macam dulu lagi kan? =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers