ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Group Masih Cinta
aku pandang tanpa berkelip. Rasa berpinar kepala ini memikirkan Big Boss Masih Cinta yang tak jemu
menjodohkan aku. Setiap kali ada lelaki baru dia kenal mesti dia sibuk nak ‘kenen’.
Kadang rasa nak lepuk je kepala dia. Aku bukan marah. Tapi setiap kali dia jadi
ejen cari jodoh mesti tak berjodoh. Apa punya badi dia bawa aku tak tahu.
“Hoi menung apa tu beb?” Zaitul datang menepuk bahuku. Terus
rasa nak gugur jantung.
“Amboi, dah siap buat Teh Tarik Masih Cinta ke?” Aku segera
menutup skrin smartphone yang berada
di tangan.
“Aku masak air je okey. Kau yang kena buat. Kau kan anak
didik PPP… aku try dari tahun lepas tak jadi macam PPP ajar…” Merungut pula
dia. Aku mengeluh. Malas betul buat air. Sampaikan Umar kawan kitorang cakap
aku tukang buat air. Entah apa yang diorang rasa sedap entah. Dengan malasnya
aku bangun dan ke dapur.
“Kau kenapa muka lain macam ni? Kang PPP dengan anak dia
balik muka macam ni. Apa pulak kata dia?” Mukanya aku pandang kejap.
“Nampak sangat ke weh?” Aku cuak.
“Yup. Aku kenal ko dah lama. Ceritalah kenapa?” Zaitul
selalu berada di sisi aku saat aku menangis. Saat aku ketawa. Dia umpama
penasihat kanan aku yang setia bersama aku susah senang. Penasihat kiri aku
mash di dalam bilik. Entah apa dibuatnya.
“Aku tanya ni. Kau ni… berangan je kerja…” Bebel Zaitul. Ain
muncul. Panjang umurnya.
“Amboi Ain. Lamanya mandi. Mengelat ke?” Aku sengaja ubah topic.
“Ebu aku telefon. Tanya bila nak balik Ganu. Aku cakap tak
tahu. Malas betul nak balik…” Aku dan Zaitul serentak ketawa. Macam rumah ini
kami punya. Tuan rumah lesap beli nasi lemak.
“Ain, ko duduk dengan PP je. Temankan dia. Aku dengan Iffah
esok kerja…” Zaitul berkata dengan gelak bersisa.
“Kejam korang!” Ketawa bersambung lagi.
Xxxxxx
Malam itu aku tak senang. Jam hampir ke pukul 12 tengah
malam. Aku masih belum bisa lelap. Skrin smartphone
ku buka semula. Notification from
Facebook Messenger.
“Salam” Si dia memberi salam. Macam tahu-tahu je aku belum
lena.
“Ye ada apa?” Salamnya aku jawab dalam hati.
“Tak jawab pun salam saya. Awak buat apa?”
“Salam tu bukan wajib ditaip. Saya dah jawab dalam hati…”
“Garangnya… hari tu saya minta nombor awak… awak tak bagi
pun?”
“Ooo serius ke nak nombor saya? Buat apa?”
“Saja. Saya nak kawan dengan awak…” Jujurnya dia ni. Aku mulai
hilang sangsi. Dari hari pertama dia menegur aku di Group Masih Cinta. Aku ingat dia Antara lelaki miang yang sibuk nak
menggatal. Facebook ni bukanlah 100%
betul. Banyak fake account. Aku
risau suami orang je ni. Memang pantang aku kalau suami tak setia.
“Awak…” Dia menegur lagi.
“Ya apa dia? Saya sebenarnya tak suka kawan dengan lelaki
sebarangan. Awak ni suami orang ke? Ada makwe? Kalau ada hentikan jelah saya
nasihatkan awal-awal. Saya tak suka lelaki tak setia ni.” Panjang aku taip. Geram
rasa bila fikirkan. Walaupun aku tahu dari post
dia di group dia baru putus cinta. Tapi aku masih lagi ragu.
“Saya single dan saya serius nak kawan dengan awak. Saya suka
kat awak. Saya tak suka tengok awak bergurau dengan lelaki lain kat group tu…”
Terpegun aku.
“Jangan risau kalau tak percaya kita boleh jumpa sekali
dengan PP…” Aku terus membulatkan mata.
Lagi sekali kepalaku terasa berpinar.
“Saya tak suka lelaki yang pandai cakap je. Kalau awak suka saya
buktikan…” Titik! Aku tak mahu lagi bermain kata dan cinta.
“Okey. Apa buktinya?”
“Kita jumpa dulu…”
“Boleh. Lepas tu apa?” Aku cabarnya.
“Lepas tu kita couplelah
kalau awak suka saya jugak…” Senangnya dia cakap. Aku pening.
“Saya tak suka couple.
Kalau awak serius nakkan saya… buat cara elok.” Aku offline. Malas aku fikir. Dia mungkin bukan serius. Couple? Zaman dulu mungkin aku akan
terima. Tapi sekarang bukan lagi begitu caranya. Aku tak mahu bercinta lagi. Serik!
Xxxxxx
Aku meneruskan hari seperti biasa. Enggan melayan perasaan
yang tak berkesudahan.
“Pop!” Segera ku capai smartphoneku.
Mesej dari dia.
“Salam, saya tak tahu macam mana nak cakap…” Aku geram.
“Cakap jelah. Apa dia?” Lambat betul dia bertindak. Bisik
hatiku.
“Apa kata saya masuk meminang awak je?”
“Betul ke aku cakap ni…” Dia bebel sendiri dalam private message di Facebook. Aku tergamam. Terkejut sungguh dengan kenyataan dia
sebentar tadi. Cepatnya! Terus nak masuk meminang? Aku menampar pipi sekali.
“Awak biar betul? Agak-agaklah meminang. Jumpa pun belum…”
Balas aku selamba. Sedang hati bagai nak gila debarnya.
“Jomlah jumpa. Kita jumpa ramai-ramai kalau awak takut…” Aku
terdiam lagi. Debaran makin jelas terasa.
Akhirnya, kami berjanji untuk berjumpa. Alhamdulillah. Hati aku
makin yakin untuk memilih dia sebagai teman hidupku. Setiap soalan Zaitul dan
PPP aka Pari Pari Putih dijawab dengan tenang. Aku lebih banyak berdiam. Walaupun,
malu masih menebal. Aku makin yakin dengan keputusan aku.
“Dialah calon paling sesuai!” Itulah tekadku. Malam itu juga
aku ceritakan kepada ibuku. Pelbagai soalan diajukan. Ibu kelihatan masih ragu
dengan keputusanku. Mungkin terlalu awal sesi perkenalan kami.
“Suruh dia datang rumah. Kita kenal dulu orangnya macam mana…”
Itulah kata akhir ibu. Aku terasa ingin sujud syukur. Allah telah mudahkan
jalanku. Syukur sekali lagi.
Xxxxx
“Kalau semua setuju, bolehlah sarung cincin. Panggillah Iffah
keluar…” Suara ibuku jelas dari ruang tamu. Debaran sungguh tak terkawal. Ku jenguk
perlahan. Ramai di luar menanti aku.
“Cepatlah, bakal mak mertua dah tunggu tu…” Cikgu Mim
merangkap kawan ibu menggesa aku. Sekilas aku pandang Zaitul.
‘Begini agaknya debaran Jai masa bertunang dulu…’ Bisikku
sambil berjalan perlahan dan duduk di kusyen empuk. Betul-betul di hadapan
emaknya.
Dua cincin disarung di jari manisku. Cincin pemberiannya aku
pandang lama. Kini aku bergelar tunangan orang. Bagaikan sebuah mimpi panjang. Cerita
aku dan dia tidaklah semanis rekaan yang pernah aku karang sebelum ini. Tapi aku
tetap terasa manisnya. Sungguh jodoh itu benar-benar rahsia. Siapa sangka
perkenalan singkat ini bakal di ikat dengan lafaz ijab dan kabul beberapa bulan
lagi.
Walaupun semuanya tidak dirancang, malah aku pun tak sangka
secepat dan semudah ini jodoh sampai namun aku tetap bersyukur. Jodoh setiap
hambaNya pasti ada. Cepat atau lambat. Serahkan segalanya kepada Dia yang
berkuasa menentukan segalanya.
Xxxxx
“Kenapa tunang tak beritahu?” Tanya seseorang. Sugul
wajahnya.
“Sebolehnya aku memang nak rahsiakan kerana aku percaya
sebaik-baik pertunangan adalah elok dirahsiakan tetapi demi menjaga hati semua
pihak. Aku cuma beritahu orang terdekat. Cukuplah sekadar beritahu. Insyallah walimah
nanti aku jemput semua. Biarlah satu dunia tahu aku isteri dia. Doakan ye!”
“Baiklah… aku doakan…” Dia berlalu pergi. Aku tahu dia
kecewa. Tapi kalau dia percaya pada jodoh, dia akan terima berita ini dengan
gembira. Aku terima tunangku bukan untuk sesiapa tetapi untuk aku. Aku yakin
dialah jodoh yang dinantikan selama ini. Alhamdulillah.
Tamat!
Ps: Cerita ini berdasarkan kisah benar si penulis blog. Namun
ada sesetengah rekaan semata-mata. Cukuplah cerita sebenar aku, dia dan yang
terdekat sahaja tau. Kisah kami mungkin tak romantik. Kisah kami mungkin tak
menyentuh tapi percayalah aku paling suka kisah kami berdua. Doakan kami cinta
sampai jannah ye!