ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Laju kakinya melangkah pergi. Tak betah lagi dia menyaksikan
kedua-dua mempelai di singgahsana yang indah. Cahaya silau dari lensa bukan sahaja
menembusi anak matanya tetapi menerobos masuk ke tangkai hatinya. Remuk redam
tidak terkata. Lelaki itu sedang tersenyum. Itulah hukuman yang paling berat
dia rasakan ketika ini. Janji itu tidak semua boleh dipercayai. Apatah lagi hanya
janji di bibir cuma.
“Semoga kebahagiaan kau berkekalan hendaknya. Walaupun kau bahagia
atas kedukaan yang kau hadiahkan kepada aku…” Dania senyum dalam tangis.
Dia memandu laju tanpa tujuan. Matanya masih terbayang wajah
gembira lelaki yang pernah berjanji setia. Bukan hatinya saja dipermainkan. Malahan
hati keluarganya. Dania kecewa. Entah bagaimana dia boleh terjumpa lalu jatuh
cinta dengan lelaki yang hanya pandai menanam tebu di bibir.
“I janji dengan you. I akan sayang you sampai bila-bila. Tapi
sebelum tu, I nak kita bertunang. I takut you jatuh ke tangan orang lain. I tak
sanggup. I love you so much, Nia!” bait lelaki durjana itu kekal di ingatan. Demi
kasih Dania sanggup memujuk ibu bapanya dan keluarganya. Sebulan selepas itu,
mereka diikat. Perjanjian sudah dibuat. Dua tahun akan dating mereka akan disatukan
dengan ikatan suci berteraskan agama. Namun, segalanya berubah. Tak sampai satu
tahun. Dania menangis. Sesal tiada guna.
“I busy kat sini. I kan buat master. You mana tau, you tak tak
belajar macam I. Serius I tak boleh contact you selalu…”
Alasan demi alasan dia terima. Masih Dania bertahan demi
ikatan tali pertunangan mereka. Walaupun ramai sudah memberitahu tentang kelakuan
lelaki itu di luar negara sana. Sungguh dia masih percaya pada kata lelaki tak
guna itu.
“You lebih percaya kata diorang daripada i? You tahukan I buat
semua ni untuk kesenangan kita. Family you tak bangga ke bakal menantu dia
belajar tinggi-tinggi. Serius, I setia hanya dengan you sorang. Jangan percaya
diorang. Please, I tak ada masa selain study. Makan pun terkejar-kejar. You tak
tahu I macam bukan orang tau kat sini. Sakit rindukan you. Rindukan family. Masakan
melayu…” meruntun pula hatinya mendengar luahan hati lelaki keparat. Sungguh dia
cinta. Maka dia telan sahaja semua omongon lelaki itu.
xxxxx
Deringan telefon menyedarkannya. Tetapi, lambat dia
menyambutnya. Emosinya kacau.
“Hello...assalamualaikum… kau ok tak? Kau kat mana?” tiada
balasan.
“Kau jangan diam je, tolonglah jawab Nia. Aku risau dari
tadi. Kau kat mana? Aku pickup kau ye?”
“Nia, please say something. Aku risau. Mak ayah kau risau. Hariz
datang tadi…”
“Hariz…” Jijik rasanya menyebut nama lelaki itu. Untuk apa
dia muncul di hari bahagianya? Bukankah dia sedang sibuk layan tetamu.
“Aah dia datang. Dia dari KLIA tadi, terus cari kau. Perghhh
sayang gila dia dengan kau kan?” Dania mengeluh. Penipuan apa lagi yang dia
perlu dengar? Lelaki itu patut dapat anugerah pelakon lelaki yang terbaik. Banyak
sungguh sandiwara yang diciptanya.
“Serius Nia, aku jealous dengan kau. Tunang kau setia
orangnya. Betul-betul dia risau. Sebab aku tak tahu kau ke mana. Kau keluar tak
bagitau aku. Sekarang maybe dia nak ke rumah family kau pulak. Muka dia Nampak sangat
tak sabar nak jumpa kau.” Dania ketawa.
“Kau kenapa Nia?” Yusmira pelik.
“Jangan kata…” Dia tergamam.
“Nia… Nia… please cakap kat aku kau ke mana?” Dia cuba lagi.
Dia makin risau. Peluh dingin membasahi dahinya.
“Kau nak bagitau mamat tak guna tu kan? Aku takkan beritahu
kau…” Talian dimatikan. Yusmira menggigit bibir. Sah! Perkara yang sama
berulang kembali. Dia perlu memberitahu Hariz.
Xxxxx
“Sayang… buat apa tu?” Dania berpaling.
“Tak ada apa. Tengah tengok gambar kita ni. Kenapa muka saya
macam ni eh? Macam kena paksa kahwin dengan B…”
Hariz tersenyum. Dia tahu isterinya masih bingung. Bukan Dania
saja. Dia juga bingung. Tidak dia sangka begitu teruk kesannya terhadap Dania.
“Masa ni Nia tak puas hati dengan B. Sebab B cuit pinggang
Nia…” Gelak kecil. Tipu itu berdosa. Tapi dia sanggup demi Dania.
“Serius? Nakalnya B ni. Tengok tak cantik muka Nia masa ni. Kenapalah
orang tu ambil juga. Siap dia…” Hariz sendu tiba-tiba. Adakah ini pengorbanan
yang dia perlu buat demi cintanya terhadap isterinya. Dania mengalami masalah
serius. Adakala dia berhalusinasi. Adakala dia lupa apa yang dia alami kerana
dia berada di alam sendiri.
“Hariz…” Tiba-tiba Dania menangis teresak. Hariz memandang
saja. Dia dah biasa. Dia dah terbiasa dengan perubahan laku isterinya. Dua tahun
dia sudah menjadi kekasih halal. Namun, Dania adakalanya lupa siapa dirinya. Kadang
dia cuma ingat Hariz curang. Gambar kahwin mereka pun dia nampak pengantin
perempuannya lain. Doktor pun tidak dapat membantunya. Psikologi isterinya
memang terganggu. Namun tidak memudaratkan. Cuma adakala Hariz sendiri pening
untuk menangani masalah bila isterinya berkhayal.
“Sampai hati awak tinggalkan saya. Awak janji nak jaga saya.
Awak janji awak takkan curang… sekarang awak senyum bahagia dengan perempuan
hodoh ni…” Hariz senyum. Sudah masak dengan drama sebabak itu.
‘Perempuan hodoh itu awaklah sayangku…’ Hariz mampu bisik
dalam hati cuma.
“Harizz… saya rindu… sayang awak…” Gambar perkahwinan itu
dipeluk erat hingga dia sendiri tertidur.
“B sayangkan Nia sangat-sangat. B doakan agar penyakit saying
sembuh sepenuhnya. Walau apapun terjadi kasih saying B tak pernah pudar. Biarlah
B menunggu berapa puluh tahun pun. Janji Nia di sisi B selamanya. Sayang isteri
B…” Jatuh air mata lelaki di dahi si isteri tatkala bibirnya jatuh mencium dahi
Dania Erisya.
Cintanya bukan hanya kata-kata semata. Dia akan setia. Setia hingga
syurga. Itu janjinya pada diri sendiri. Hariz senyum memandang wajah polos
isterinya. Sayangnya tidak berubah. Walaupun Dania menuduhnya pelbagai
tohmahan. Dia tahu hati Dania hanya untuk dia walaupun ketika dalam dunianya
sendiri. Sekali lagi air matanya jatuh.
“Terima kasih Allah… Dania Erisya adalah hadiah terbaik
dalam hidupku ini. Aku akan jaga amanahmu sebaiknya. Terima kasih atas jodoh
yang kau berikan…” Air matanya begitu murah. Lantas dia kesat dan berlalu ke
bilik. Dia ingin sekali mencium tikar sejadah. Dia bersyukur dengan cinta yang
dihadirkan. Tak ternilai harganya. Dia bahagia kini. Itu yang paling penting. Dia
telahpun mematri janji bahawa dia akan cinta, sayang, kasih dan setia pada
Dania Erisya di depan Allah yang Esa.