CORETAN TERBARU NADH

Kanak-kanak ibarat span


Pagi ni ada Bengkel ibu bapa mengajar anak membaca di rumah. Tu guru pembimbing kami yang sibuk memberi pendedahan pada ibu bapa. Tengok? Sikit kan? Betapa tak prihatinnya ibu bapa tentang akademik anak mereka. Sebagai ibu bapa, wajarlah memberi kerjasama begini. Nanti anak dia tak pandai salahkan kita sebagai pendidik. Tapi berapa jam je anak-anak tu dengan cikgu?

Oh ya, kenapa aku kata anak seperti span? Sebab diorang tak tahu apa-apa. Setiap yang kita cakap, tunjukkan kepada dia semua dia masukkan dalam memori. Dia tak dapat bezakan yang baik dan buruk lagi. Sebab tu keluar pepatah, cikgu kencing berdiri murid kencing berlari. Kalau ibu bapa atau cikgu beri pendedahan yang tak baik, maka itulah akan jadi pada anak-anak. Sebab dia hanya menerima seperti span. Serap je baik ke buruk.

Contoh semalam, aku berborak dengan anak murid.

"Besar nanti nak jadi apa?" Aku tanya.
"Jadi pilot. Boleh terbang!" Ain jawab.
"Tak naklah jadi pilot. Mak kita kata perempuan jadi pilot selalu tak ada kat rumah. Nanti suami dia marah tau cikgu," Qilah.
"Bagusnya!" Aku kagum.

Tengok, macam mana nak dia beritahu. Macam tulah dia terima. Jadi kadang kita cakap merapu ke apa ke budak akan ikut. Terima tanpa syarat. Jadi jaga kata. Jaga perlakuan. Kita berada di mana pun kita adalah model. Bukan yang baik je dia ikut. Yang buruk pun. Renungan bersama. Bukan ibubapa pun kena peka pasal ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Definisi cinta dari perspektif berbeza

Cinta tak membutakan sebenarnya. Cinta membuatkan saya celik. Saya ingin lebih mengenali awak. Mendalami apa itu cinta. Cinta telah membuka mata saya yang pastinya- Remy Ishak dalam Keabadian Cinta. (Diubah mengikut daya ingatan penulis)

Cinta selalunya sinonim dengan perkataan buta. Cinta itu buta. Cinta tak buta tapi kita yang membutakan diri. Ataupun cinta membutakan kita. Cinta buta sebab tu kita takkan tau dengan siapa yang akan kita cinta.

Bila tengok si pekak Remy dan si buta Sari Yanti dalam Telemovie tu membuatkan aku berfikir sejenak. Ya, mungkin ada benar kata-katanya. Cinta tu mencelikkan kita. Bila dilamun cinta kita ingin mendalami sesuatu. Memahami sesuatu yang selama ni kita tak tahupun.

Misal kata cinta Allah. Apabila kita cintakan Allah, maka automatik kita ingin lebih mengenali siapa Allah. Bagaimana sifatNya. Apa kekuasaanNya? Adakah Allah boleh membantu kita dalam kesusahan mahupun kesenangan? Persoalan yang sentiasa berlegar membuatkan kita lebih celik tentang Allah. Lebih ingin mendekati Allah. Sedangkan tanpa cinta kepadaNya, kita langsung tidak takut dengan hukuman dariNya. Langsung tidak ingin mengetahui tentangNya. Maka cintakah kita dengan Allah? Adakah cinta kepada Allah juga membutakan mata manusia? Renungkan :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Maya namanya. . .

Seperti yang aku beritahu dulu aku dah lama nak drive kan. Sampai ayat "Ibu fahamilah jiwa anakmu ini, takkan selamanya nak jadi penumpang" Aku pernah taip kat entry. Kebetulan kakak aku baca. Dia pun repot kat ibu. Apalagi kisah bahan membahan dan ceramah serta tazkirah dimulakan.

Lama jugak nak boleh beli kereta. Inipun guna duit simpanan dulu. Nanti bayar sikit-sikit kat pemiutang. Aku bukan kaya. Cuma berusaha memenuhi keperluan diri. Memang macam susah. Tapi bila kita ada kemahuan di situ ada jalan. Alhamdulillah, terbuka pintu orang tua aku nak benarkan aku drive dan mempunyai kereta sendiri.

Jadi, jenis kereta apa. No plat apa semua aku biarkan mereka pilih. Warna kereta je aku pilih. Haruslah purple. Mistical Metalic tak silap aku. Mula nak ambil Saga Flx tapi semua macam tak berkenan. Jadi aku mengalahlah. Bukan nak kereta beria pun. Nak cantik-cantik pun bukan. Cuma untuk keperluan. Jadi janganlah mengharap lebih-lebih kan. Duit pun pinjam orang. Btw, Maya stand for myvi lavender.

#Tetiba rindu Maria! Sobs sobs sobs :'(
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Sepi tanpa sokongan

Jiwa seakan kosong. Apa guna kita berjaya namun tiada yang mengucapkan tahniah. Apa guna kita berusaha tanpa sokongan dari mereka yang berada di sekeliling. Pasti sedih bukan? Apalagi jika kita meminati sesuatu namun tak disokong orang yang rapat dengan kita.

La tahzan buat mereka. Kadang kita tak boleh mengharap sangat. Minat bersama sokongan keluarga mungkin akan membuatkan kita lebih bersemangat. Tapi tak semua yang memahami kehendak kita. Tak semua yang memikirkan hala tuju hidup yang kita pilih baik atau tidak untuk kita. Mungkin baik bagi kita tapi bagi dia sia-sia.

Sukar meneruskan niat jika ramai yang menghalang bukan? Rasa terbantut segala perancangan tanpa sokongan padu. Siapa kata manusia tak memerlukan semua tu? Siapa kata manusia boleh bersendiri meneruskan perjuangan tanpa direstui? Ya mungkin ada tapi sukar. Sukar berjaya.

Kita perlu muhasabah diri. Tanya sendiri adakah betul jalan yang kita pilih. Jika ya, kenapa masih ada yang menentabg. Rasionalkan semula keputusan mereka. Mungkin, apa yang kita pilih tak menjamin kebahagiaqn dan kejayaan. Mungkin, inilah pengorbanan yang mereka atau kita perlu buat untuk memuaskan hati semua. Sokongan itu penting namun ingat Allah sentiasa ada untuk kita. Kalau kita yakin dengan pilihan kita, insyaallah kita akan berjaya dan orang sekeliling akan mula menerimanya. YANG PENTING ALLAH BERSAMA KITA SELALU.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Koleksi cerpen romantik

Amboi siap masuk keyword ni lagi. Adakah cerpen aku banyak yang romantik? Err macam ye je. Tapi tak apalah ikut tema apa? Tema blog butapekakbisucinta. Apa salah ke aku bertemakan cerpen yang terlebih manis seperti gula-gula pelangi? Salah ke aku menerapkan unsur romantik?

Aku suka cerita jiwang. Aku suka filem cinta. Aku suka adegan yang "sweet" je. Sebab tu banyak cerpen aku macam dah kencing manis bila bacanya. Err tapi korang sukakan? Mengaku jelah korang pun jiwang. Haha.

Tapi romantik-romantik jugak. Kita kena sedar kita sebagai penulis ada sahamnya. Sebab tu aku sentiasa berjaga-jaga dalam menulis cerpen terutamanya. Risau budak-budak yang tak pandai berfikir mana betul mana salah terikut-ikut benda tak baik.

Kalau korang perasan cerita aku biasanya cinta selepas kahwin, cinta suami isteri, cinta secara halal. Takut bila kita ketengahkan cinta sebelum kahwin. Lepas tu pegang-pegang sana sini. Orang pun ingat kita menyokong perlakuan tu. Korang setuju?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Amboi belum apa-apa dah macam laki bini

Nak je aku tegur budak semalam. Entahlah. Maki ramai yang tak takut dosa sebenarnya. Kalau ditanya agama, ISLAM! Tapi? Pakai tudung, kaki letak kat paha si teruna. Amboi, sedap hati je.

Aku kalau jadi laki tu lama dah aku ambil kesempatan. Buatlah apapun, takkan kisahnya perempuan tu. Sedangkan tunjuk aurat sedikit pun diorang mudah terangsang. Inikan pula dah bersentuhan. Malam pulak.

Mak ayah jauh tak bermakna itu tiket berasmara dana. Bukan bermakna, Allah takkan tahu. Tempat umum dah macam tu, kalau tempat gelap dan sunyi tak tahulah aksi apa kan? Ibu bapa tolong awasi anak anda. Bila dah termengandung baru taknak mengaku anak. Bila buat macam tu tak ada pulak nak larang? Fikirkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: A man among men Part 3 (Akhir)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Nabila bertemu dengan Amani lagi. Kali ini disertai abang Amani yang masih lagi misteri. Entah mengapa debaran hatinya kuat. Bagaimanakah wajah lelaki misteri itu? Adakah sama seperti wajah comel Amani? Dia berteka sendiri.

“Kau buat apa kat sini?” Nabila mencebik. Lelaki itu sangat annoying baginya.
“Eh akak kenal ke dengan abang ni?” Nabila menelan air liur. ‘Jangan kata ni Syed Nasir Arman?’
“Ah, kenal gitu-gitu je,” Nabila menjawab. Hatinya hampa tiba-tiba.
“By the way, Abang Arman lambat sikit. Kenalkan ini Abang Aiman,” Nabila terkejut.
“Oh abang Amani jugak ke?” Aiman tertawa sinis.
“Taklah. Abang sepupu. Abang Aiman duduklah. Inilah bakal isteri Abang Arman. Cantikkan?” Amani masih tak mengerti. Masakan Aiman dan Nabila ingin membuka pekung di dada.
“Erm tak adalah cantik mana,” Aiman menyindir. Dia perasan akan perubahan drastik perempuan itu. Tudung sudahpun tersarung di kepala. Mungkinkah kerana teguran pedas hari itu perempuan miskin ni berubah? Segalanya berlegar di minda sang teruna.
“Oh terima kasih atas kritikan tu Encik Aiman. Oh ya, kenapa Amani bawak sepupu datang sekali,” Sinis juga kata-katanya. Wajah Aiman berubah warna.
“Saja. Abang Aiman ni rapat dengan kami dua beradik. Abang Arman kawan baik dengan Abang Aiman. Sekolah sama, kelas sama, suka awek sama…opss,” Aiman menjeling laju ke arah Amani. Kisah dulu biarlah jadi rahsianya. Untuk apa diungkit kisah memeritkan jiwa. Qaisara akhirnya dimiliki Arman. Namun, sebentar cuma. Mereka putus tetapi Aiman tak pula berebutkan Qaisara semula.
“Maaf lambat,” Syed Nasir Arman telah muncul. Debaran di hatinya makin memuncak. Nabila memandang sekilas. ‘Not bad’ kritikan diberikan hanya di dasar hati. Masing-masing berbual mesra hanya Nabila seperti kera sumbang di situ.

Xxxxx

“Aiman, kau tolong bawak Amani pergi kedai depan tu. Dia kata nak beli biskut sikit,” Arman mula mengarah. Aiman tahu, mereka memerlukan privasi sendiri. Lalu dia mengajak Amani berlalu pergi. Nabila hanya mencebik memandang kelibat lelaki itu. Sungguh menjengkelkan.

“Oh ya, Amani kata awak dah kenal Aiman. Macam mana boleh kenal?” Suaranya benar-benar serius. Nabila menyampah kerana kerap kali nama lelaki itu disebut.
“Tak berapa kenal pun. Tak penting. Oh ya, macam mana kisah kita ni?” Nabila malas bercerita lanjut tentang Aiman.
“Awak, jawab dulu. Macam mana kenal dengan Aiman?” Paksaan itu benar-benar menakutkan. Nabila terasa bakal suaminya bakal menjadi seperti papanya. Bengis.
“Kami terserempak. Dia annoying tau tak? Kami tak sebulu. Jadi awak tak payah nak tanya lagi pasal dia. Sakit hati saya,” Nabila bengang. Arman lega sedikit. Sejak kecil Aiman dan dia sentiasa mahu menang. Sentiasa berebutkan benda yang sama. Dia takut hati perempuan di depannya juga akan direbut Aiman.
“Nabila, maaf saya tak patut paksa awak macam tu. Oh ya, keluarga saya datang meminang hujung minggu ni okey?” Nabila hanya mengangguk. Dia tiada pilihan.
“Kenapa?” Arman perasan Nabila berubah sugul.
“Saya sebenarnya tak rela dengan perkahwinan ni. Tapi jangan risau. Saya tetap akan mendengar kata papa saya. Awak, boleh tolong saya?” Arman terkejut.
“Tolong apa?” Dia pula kecewa. Hati Nabila mungkin sudah terisi.
“Tolong selamatkan saya dari cengkaman ayah saya. Tolong jauhkan saya dari dia yang bengis. Tolong jadi suami yang boleh saya bergantung. Tolong buatkan saya menjadi isteri yang paling bertuah di dunia. Tolong…” Arman memandang wajah Nabila yang telah basah dengan air mata.
“Saya janji wak. Saya janji. Dah jangan nangis,” Arman serba salah. Sudahlah di khalayak ramai perempuan kesayangannya menangis. Dalam hatinya telah terukir janji menerima siapa saja yang menjadi isterinya dengan hati terbuka. Dia telah membuat tekad dalam diri. Cinta selepas kahwin pun indah. Jadi tak perlulah dia merasa terpaksa dengan perkahwinan aturan keluarganya. Arman sedia memperisterikan Nabila seadanya.

Xxxxx

Rumah bersepah. Nabila semakin pening. Hendak bergerak pun dia tak larat. Badannya tak sihat kebelakangan ini.

“Sayang, kenapa?” Arman baru saja turun tangga melihat isterinya cuba bangun.
“Saya nak kemas. Bersepah sangat rumah kita ni,” Nabila mencuba bangun sekali lagi. namun, dihalang suaminya.
“Dah, awak duduk je. Biarkan saya yang buat. Awak kan letih tu. Mana buah hati saya tu?” Nabila memuncungkan mulutnya ke arah tepi sofa.
“La, budak ni tidur celah ni kenapa?” Nabila ketawa. Anak kecilnya memang lasak. Habis rumah berantakan. Nadia Insyirah kepenatan.
“Abang macam tak kenal anak kita tu. Takut kena marah kot, sebab tulah menyorok tepi sana,” Ketawa bahagia. Gelagat anak kecilnya memang menghiburkan. Arman, seorang jejaka yang menjadi penyelamat. Boleh juga dikatakan hero. Kini, dia bahagia tanpa dibelenggu kuasa ditaktor. Dia bebas kini.
“Entah-entah sayang abang masa kecik-kecik pun macam ni tak?” Arman duduk di sebelah isterinya.
“Mana adalah,” Nabila segera mencubit lengan suaminya.
“Eh tak mengaku pulak tu. Abang mana ada macam ni. Si Syira kan perempuan. Maknanya dia ikut mamanya,” Arman tak habis nak menyakat.
“Mana adalah. Orang kata anak perempuan ikut perangai papanyalah,” Nabila membalas.
“Eh siapa cakap? Mana ada. Perempuan mestilah ikut perempuan sayang oi,” Ketawa Arman melihat isterinya mati idea. Nabila muncung sebentar. Geram pula dia. Lama suaminya ketawa. Suaminya sengaja, dia tahu.
“Eh abang, gelak-gelak juga. Ni kata nak kemas rumah. Bila nak buat?” Nabila berjaya mengenakan suaminya semula.
“Alaaaa baru nak seronok. Sayang ni…macam tau-tau je…” Ketawanya berdekah-dekah. Nabila turut sama ketawa. Hatinya berbunga bahagia. Malah makin gembira dengan hidupnya kini.

Kehadiran Arman seperti penyelamat. Penyelamat yang dikagumi. Kehadiran Inysirah menjadi penyeri rumah tangganya. Kini, dia punya keluarga sendiri. yang pasti, Nabila tak mahu mengulangi kesilapan lalu papa dan mamanya. Dia ingin menjadi mama yang terbaik buat Syarifah Nadia Insyirah dan isteri kepada Syed Arman Nasir yang taat dan setia. Nabila bahagia kini. Terima kasih Allah!

Tamat!!! Korang suka tak? Hidup tak seindah yang kita sangkakan. Namun, setiap ujian pasti ada sebabnya. Setiap yang kita lalui tak semestinya pengakhirannya menggembirakan. Tapi itulah rencah kehidupan. Ada sedih dan ada gembira. Kita hanya perlu bersyukur saja. Thank you Allah =)

Cerpen: A man among men Part 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Suasana romantik yang ditonjolkan restoran mewah tersebut langsung tidak menjentik hati Nabila. Tangisan semalam masih bersisa. Malam ini dia bakal menjadi boneka sekali lagi. Dia tetap menjadi pak turut. Dia tak punya kekuatan untuk lepaskan diri dari cengkaman papanya. Kadang dia simpati dengan nasib mamanya. Namun, mama sendiri memilih hidup begitu. Siapa dia nak masuk campur hal orang tua.

“Assalamualaikum,” Suara perempuan mengganggu fikirannya. Lantas otak dan minda kembali ke paksi asal. Nabila menjeling sejenak gadis muda di depannya. Berkemungkinan usianya baru menginjak 20 tahun. Nabila berteka teki sahaja.
“Waalaikumsalam. Awak siapa?” Angkuh bunyinya. Nabila malas melayan budak minta derma. Kadang bukan betul. Hanya mainan sindiket yang malas mencari rezeki halal. Malah mempergunakan kanak-kanak. Dia cukup benci hal itu.
“Saya Amani. Adik kepada Syed Arman Nasir. Maaflah patut akak jumpa abang tapi dia tak suka jumpa perempuan malam begini. Jadi dia wakilkan saya. Akak tak kisah kan?” Petah Amani berkata. Wajah tak melambangkan kematangannya dalam berbicara. Nabila kagum sebentar.
“Tak. Tapi betul abang awak hantar awak? Bukan sindiket ke apa?” Pertanyaan itu kedengaran lucu sekali. Nabila menggaru kepala menyedari keterlanjuran katanya.
“Tak apalah kak. Amani sukalah kat akak. Sweet, kelakar pulak. Untung-untung akak jadi akak ipar saya,” Nabila menelan air liur. Kata-kata budak perempuan ini benar-benar menyentakkan hatinya. Apa benar bagai dikata? Tapi lelaki itu sanggupkah menerima dia sebagai isteri kelak? Nabila terfikir.
“Amani, masih terlalu awal. Lagipun akak tak kenal pun abang Amani tu. Dah-dah nak makan apa? Akak belanja,” Hatinya berbunga. Telatah Amani membuah rasa bahagia walau sedikit cuma. Bahagianya jika keluarganya juga seperti Syed Arman Nasir. Dalam diam dia cemburu dengan lelaki yang tak dia kenali.

Xxxxx

Amani kerap menghubungi. Sungguh, perubahan demi perubahan Nabila berjaya lakukan. Selama ini tak pernah langsung orang mementingkan isu agama dengannya. Sejak Aiman mulut longkang menegurnya. Dia mula muhasabah diri. Ya, dia melakukan semua yang bertentangan dengan agamanya. Sebabnya cuma satu. Nabila memprotes sikap papanya.

Papanya terlalu ditaktor. Semuanya dia diarah. Sebab tulah dia memilih untuk memakai pakaian ala barat. Namun, harapannya sia-sia. Papanya sedikitpun tak kisah dengan perubahan drastik. Malah, membelikan lagi baju seperti itu. Hidupnya bagai terumbang ambing tanpa tempat untuk berpaut. Nabila pasrah. Dia terlalu berdosa. Sejak mengenal Aiman dan Amani dia berubah. Walau hanya sedikit, tapi dia bangga.

“Assalamualaikum,” Kini Nabila sendiri pandai memberi salam ketika masuk ke rumah. Mamanya bangga dengan perubahan itu. Tapi tidak papanya. Hanya wajah bengis dipamerkan.
“Ke mana tadi?” Datuk Syahreza mula bersuara.
“Jumpa kawan pa,” Disalami tangan papa sejurus setelah menjawab soalan.
“Kawan mana?”
“Kawan baru Bella. Namanya Amani. Dia baik sangat,” Nabila tersenyum.
“Baguslah anak mama happy. Mama suka. Nanti jangan lupa ajak Amani tu datang rumah ye?” Datin Maimun pula menyampuk.
“Awak jangan nak mengada ajak sebarang orang. Hilang harta kita dibuatnya. Hah kau Bella, macam mana dengan anak kawan papa tu? Okey?” Semuanya membeku. Suasana rumah tak pernah mendamaikan. Ada saja tak kena di mata Datuk Syahreza.
“Okey papa. Sebenarnya Amani tulah adik Syed Arman Nasir  yang papa kenalkan,” Nabila tahu dia harus berterus terang. Bimbang kalau-kalau angin puting beliung papanya singgah lagi. Matanya memerhatikan mama dibalik papa. Dia tahu mamapun takut juga.
“Oh Syarifah Amani? Baguslah kalau kawan dengan adik dia. Senang nak masuk keluarganya nanti. Bila boleh bertunang? Dah bincang dengan Arman?” Nabila hanya tersenyum. Lalu dia mendiamkan diri. Baginya, biar Datuk Syahreza yang menguruskan sendiri. Malas dia campur urusan papanya. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Bersambung lagi. Harap bersabar. Ada satu je lagi part. Tak sabar nak publishkan.

Hati berdebar

Pernah tak korang berdebar tiba-tiba? Entahlah. Jantung laju. Tangan sejuk. Dada rasa nak pecah. Pernah? Aku merasainya. Aku jadi takut tiba-tiba. Kenapa ye?

Adakah ini dikatakan fobia tentang sesuatu? Atau hanya mainan perasaan kita saja? Serius berdebar. Kadang rasa tak nak pandang pun tempat tu. Sebab takut. Takut nak pandang. Tangan seperti keras.

Kaki tak dapat digerakkan. Hati rasa tak sedap. Apakah petanda untuk semua ni? Adakah aku sudah mula fobia tentang sesuatu yang pernah aku lalui tak lama dulu. Aku jadi takut. Highway macam mimpi ngeri untuk aku. Padahal selama ni tak rasa pun macam tu. Hurm

Ya Allah bantulah aku. Tenangkan jiwaku. Hilangkan debaranku. Aku memohon kepadaMu :-(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bukan susah nak berdomain sendiri sebenarnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Memandangkan ramai yang respon tentang penghijrahan aku ke domain sendiri, aku terniat nak buat entri. Sebab apa? Ramai mengeluh. Ada yang cemburu. Ada juga yang membilang masa bilalah dia punya giliran. Nak ada domain sendiri mudah je. Cuma perlukan duit sedikit. Apalah sangat RM35 setahun kan?

Beza berdotcom ni cuma setiap tahun kena bayar sikit. Tu je. Tak payah tunggu orang hadiahkan pun. Hadiahkan diri sendiri pun tak apa. Janji blog tu sentiasa hidup. Sia-sia berdomain sendiri tapi dibiarkan bersawangkan? Rugi!

Aku berdomain setelah nak dekat 2 tahun berblogspot. Tak ada apa yang berubah. Cuma URL saja. Itupun kalau korang klik url lama pun akan ke url ni jugak. Tak ada masalah. Mudah seperti 1,2,3. Kalau tak tahu beli domain, suruh orang ajarkan. Bagi aku bila ada domain, kenalah konsisten, setia dan rajinkan diri bersama blog. Jangan biarkan ia sunyi. 

Bagi aku, tiada perbezaan kasta pun kalau tak pakai domain sendiri. Terpulang kalau rasa nak domain sendiri silakan. Tak payah rasa segan sangatlah. Orang yang berdomain sendiri bukan best sangat pun entry dia kadang-kadang. Termasuklah aku. Ikut kata hati korang okey?

Cerpen: A man among men Part 1

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Langkahnya mati di situ. Ditenung wajah lelaki bersuara garau dalam. Geram pula hatinya mendengar kata-kata sindiran yang terpacul dari mulut sang jejaka bernama Aiman Ridza.

“Say it again!” Getaran suaranya menampakkan kemarahan meluap. Aiman ketawa sinis.
“Aku darah melayu. Aku tak faham satu apa pun kau cakap wahai minah miskin kain,” Elma Nabila mendengus.
“Kau jangan buat-buat bengap. Orang tak sekolah pun fahamlah. Miskin kain kau kata? Kau tahu apa makna miskin? Kau tahu yang miskin tu sebenarnya kau. Buang masa aku layan kau. Baik kau blah dari sini,” 

Jelingan maut diberikan. Sedikitpun tidak menggusarkan hati Aiman. Malah menjengkelkan. Kata-kata Nabila baginya melampau. Dia tahu dia bukan doktor bukan juga jurutera. Cukup dengan Ijazah seni kulinari. Dia tahu letaknya nilai ilmu bagi perempuan itu. Apalah ada pada kerjaya tukang masak. Hatinya terguris. Namun, dia diamkan saja. Pandangan orang ramai menyesakkan dada. Ingin saja dia menampar mulut cabul milik wanita bertubuh sederhana tinggi.

‘Aiman sabar Aiman. Dia sengaja cari pasal dengan kau,’ Aiman bermonolog sendiri. Nabila menanti respon Aiman dengan harapan Aiman akan bengang dan pergi dari situ.
“Kau apasal tak blah lagi?”
“Ada aku kata aku nak pergi? Sekarang ni kedai makan ni bukan bapak kau punya. Jadi jangan nak suka-suka halau orang. Ingat aku tak ada duit ke apa?” Aiman membalas dengan tenang. Suara perlahan saja. Enggan dia malukan diri lagi. Amarah Nabila memuncak lalu dia sendiri pergi dari kedai makan itu.

Xxxxx

Malam terasa panjang sekali. Perbincangan  orang tua benar-benar menyesakkan dadanya. Nabila ingin membantah namun apalah dayanya. Dia merupakan anak tunggal kepada keluarga Datuk Syahreza dan Datin Maimun. Tak mudah untuk dia menolak permintaan orang tua. ‘Blind date’ seterusnya berjalan seperti yang dijadualkan.

Dia perlu jumpa dengan semua lelaki yang diaturkan keluarganya. Nabila hanya akan dapat menjadi pewaris tunggal sekiranya dia berjaya menemukan lelaki idaman dan berkahwin tahun ini juga. Nafasnya sesak mengenangkan nasib dirinya. Siapa kata orang kaya semestinya bahagia?

“Bella, dengar tak apa papa cakap ni?” Suara Datuk Syahreza mula memetir. Dia angguk lemah. Enggan menerima tapi terpaksa juga merelakan.
“Baiklah. Esok date kamu anak kawan papa. Dia baru balik dari Saudi Arabia. Chef terkemuka. Harap jodoh kamu dengan dialah. Senang papa nak buat bisnes kat Arab sana,” Ketawanya senang.

Setiap kata papa Nabila adalah muktamad. Tiada bantahan boleh dibuat. Tiada penolakan bisa diluahkan. Hanya anggukan atau jawapan positif yang mahu Datuk Syahreza terima. Datin Maimun membatu di sisi tak mampu menghalang lagi.

“Bella maafkan mama. Papa buat semua ni untuk Bella juga. Mama pasti Bella akan jumpa juga lelaki yang sempurna sebagai suami,” Air mata Datin Maimun bergenang.
“Mama, semua untuk Bella? Mama nampak ke mana baiknya untuk Bella? Mama nampak ke betapa bahagianya Bella bila dipaksa jumpa entah lelaki mana yang papa aturkan. Mama seronok dengan permainan aturan papa ni? Mama kejam!”

Nabila kecewa. Seperti selalu dia tersepit. Terdesak dan terpaksa menurut segala percaturan papanya. Di hatinya sungguh mendahagakan kasih ayah yang tak bertepi. Namun, sudah takdir mendapat lelaki bengis dan ditaktor seperti papanya. Hatinya masih mengharap seseorang akan datang menyelamatkan dia dari belenggu boneka ciptaan papa sendiri.
Bersambung...

Nota Iffah: Cerpen ni aku publishkan kat warnakaseh.blogspot.com dulu. Kan aku salah seorang penulis kat sana. Jadi menjawab soalan Puan Nong Andy kita, memang tak pernah baca. Ni baru publish ni.

Nak tengok, nak tengok, nak tengok!


Alahai ecah. Lama dah tak tengok. Comel je rambut ketot ni. Aku dah ubah. Kalau tak dapat tengok jugak cari kat youtube. "ECAH BACA DOA MAKAN"
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jika itu pilihannya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak, aku biasa je. Mana ada popular.

Kau salah orang kot. Siapalah aku dibandingkan dengan blogger lain?

Aku bukannya popular. Orang tak kenal pun siapa aku.

Selalu orang kata begini. Selalunya orang yang berkata sedemikian orang yang dikenali dan agak popular. Macam aku, walaupun hanya berapa kerat je kenal aku. Aku lebih suka memilih untuk mengaku tidak popular. Memang tak popular pun kan? Aku tak mengaku sebab aku tak nak bangga diri.

Tapi bila orang lain kata benda sama yang aku kata. Buat aku rasa tertipu. Menyampah. Rasa terherdik pun ada. Sedangkan orang tu lagi popular dari aku. Lagi hebat dari aku. Macam-macam lebihnya dia bandingkan dengan aku. Setelah refleks diri balik, aku pun sama macam dia.

Memilih untuk merendah diri. Tak berniat pun buat orang menyampah. Penafian tu lebih kepada cara untuk aku serta dia tak sombong, angkuh dan bangga diri. Cuma nasihat aku pada diri sendiri dan yang lain, jangan terlalu merendah diri sampaikan orang menyampah dengan kita. Buat macam biasa. Jadi diri sendiri lebih mudah. Tak payah pening kepala fikir =)

Ps: Entry ni umum. Tak ada kaitan dengan sesiapa. Sebab rata-rata yang aku kenal mesti memilih untuk rendah diri. Termasuklah jiran aku yang petakmalu tu. Selalu mengaku diri tak popular padahal??? Geram je aku haha.

Hidup jadi penumpang

Semua pernah rasa jadi penumpangkan? Bila kita wujud dalam perut mak lagi kita dah menumpang. Lepas lahir menumpang dengan kasih sayang mereka. Yelah masa tu tak reti apa lagi. Makan bersuap. Kencing pun orang basuhkan. Sampailah belajar merangkak dan berjalan.

Dah pandai berjalan, baru nak berlatih tak pakai lampin. Baru belajar hidup di kaki sendiri. Itupun duit belanja semua mak kasi. Sampai ke universiti pun menumpang dengan belas kasihan orang. Menumpang biasiswa, elaun atau pinjaman.

Segalanya kita buat terpaksa bergantung dengan orang lain. Sampaikan pergi ke fakulti ke mana-mana terpaksa tumpang dengan orang. Hidup sebagai penumpang memang peritkan. Rasa tak berguna sebab terlalu harapkan bantuan orang.

Sampai masa kita rasa nak bangkit berdikari. Tapi masa itu lama lagi nak tiba. Bila dah berdikari, kereta sendiri. Dapat merasa duit sendiri mulalah rindu masa zaman menumpang dulu. Tapi hina sangatke hidup sebagai penumpang? Sekarang pun kita masih lagi menumpang di bumi Allah. Ingat selamanya kita hanya penumpang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selamat tinggal gula-gulapelangi

Sob sob sob. Aku kesedihan. Nak tak nak terpaksa aku turutkan juga nasihat kawan-kawan. Jadi selamat tainggal gula-gulapelangi.blogspot.com. Lepas ni tak ada dah keyword tu lagi. Sedihnyaaaaaaa. Dah macam brand sebenarnya nama tu kan?

Oh lupa, selamat datang iffahafeefah.com. Amboi seronok sakan walaupun kesedihan. Sayang pulak dengan url lama kan? Domain sendiri. Dulu aku teringin. Lepas aku tak rasa nak pulak. Sampai satu masa aku kata biar blog pcm berdomain baru aku ikut. Sekali pcm dan berdot com. Aku tetap blogspot.

Tapi semalam ada insan baik hati. Nak hadiahkan aku domain. Wah terharu, teruja, segan, serba salah. Semua ada. Sebab banyak benda kena fikir. Tapi housemate aku kata, hadiah, ambil jelah. Aku pun ambil. Jadilah iffahafeefah.com sejak 22.03.2012.

Buat yang memberi, terima kasih banyak-banyak. Identiti dirahsiakan sebab dia kata dia ikhlas. Lagipun dia memang suka sedekah. Moga Allah limpahkan rezeki untuk si pemberi. TERIMA KASIH AWAK! ;-) Aku dah transform, korang bila lagi?
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Ujian yang menimpa

Ujian datang tanpa kita duga. Ujian kita tak sama. Mungkin akan sama. Tapi bergantung pada cara individu itu sendiri menghadapi ujian. Ujian datang bukan untuk membebani. Ujian bukan bala. Ujian bukan sesuatu yang diberikan untuk suka-suka. Setiap ujian ada hikmah disebaliknya.

La tahzan buat mereka yang ditimpa ujian. Jangan sesekali menyalahkan takdir. Jangan anggap Allah tidak adik kerana ujian yang mendatang. Ujian sebagai peringatan. Ujian sebagai penguat iman untuk menghadapi hari yang mendatang.

Sekiranya mempunyai masalah, Allah hadirkan cara penyelesaian tanpa kita sedar. Allah berikan pelangi selepas hujan yang turun. Allah beri jalan mudah untuk mengingatiNya. Jadi buat apa bersedih dengan ujian yang menimpa? Buat apa takutkan ujian yang merupakan kasih sayang Tuhan untuk kita. Hadapi ujian dengan senyuman.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cinta tak kenal siapa?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dah pernah buat entry macam ni. Tapi aku nak kupaskan isu ni supaya menjadi lebih besar. Supaya masing-masing dapat buka mata hati dan minda. Kita jangan ingat cinta indah semata-mata. Kadang kena fikir dari perspektif lain juga.

Hati dan perasaan memang susah nak kawal. Lagi-lagi bila bersangkut paut dengan cinta. Panahan mata menggoda. Dari kerana mata yang mempunyai kuasaaa...Oh aku tergoda...aku tergoda terkecewa...Tengok lagu pun dah menjelaskan mata dan hati sangat berkait rapat. Kawal hati dengan iman. Jangan biarkan ia dikawal dengan nafsu.

Cinta memang tak kenal siapa. Tapi kita ada akal. Boleh fikir mana satu cinta dari syaitan mana satu cinta yang Allah kurniakan. Jangan salahkan mana-mana pihak bila berlakunya curang atau seangkatan dengannya. Kalau tak ada angin masakan pokok bisa bergoyang.

Sama-sama tundukkan pandangan. Sama-sama jaga mata. Sama-sama jaga hati dan sama-sama jaga iman. Aku pun nasihatkan diri juga. ^_^


Asal murah beli

Amboi aku tengah gembira. Hati berbunga-bunga. Moga Allah lancarkan semua urusan di Kajang. Aku di Melaka hanya mampu berdoa je. Hehe terima kasih ibu ayah!

Sambung cerita pasal asal murah beli. Ada satu lagi tabiat manusia yang kadang kala memeningkan kepala. Otak dia fikir yang murah je. Nak jimat kononnya. Tapi sebab tabiat pelik ni membuatkan dia berbelanja lebih dari yang sepatutnya.

Eh buku ni murah. Sale lagi. Belilah nanti dah mahal.

Oh mesin basuh separuh harga beli satu. Murah je pun.

Tapi sedar tak sedar murah kita menjadi pembaziran. Konon jimat padahal membeli benda yang tak perlu. Susah jugak tabiat pelik macam ni. Cubalah jangan terlalu takjub nak beli benda murah. Dahlah beli benda bukan yang diperlukan. Pembaziran tau tak?

Jadi tenung diri. Adakah kita tergolong daripada manusia yang suka membazir demi mengejar harga murah?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nak buat antologi cerpenlah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey, sebenarnya aku teruja nak kongsikan berita gembira dengan korang. Masih lagi aku rahsiakan benda ni. Sebab takut tak jadi. Bukan pasal antologi cerpen. Haha pasal pengganti Maria. Lama aku pujuk family aku untuk benarkan aku drive semula. 

Diorang risau aku fobia. Aku punya tangan pun tak baik sepenuhnya lagi. Memang agak merisaukan di situ. Macam manalah tangan ni nak masak, nak bawak kereta, nak buat macam-macam. Bila aku kata OKU ibu marah. Sebab dia kata aku bukan OKU. tapi aku dah rasa macam OKU ni. Tangan dominan pulak kan?

Makan pun still pakai sudu. Serius rindu nak makan guna tangan kanan. Hari tu boleh pulak terkuis nasi guna tangan kanan. Dah 20 tahun terbiasa makan pakai tangan kanan kan. Apalagi aku cuba jugak kaut nasi tu. Malangnya misi gagal. basuh tangan dan makan pakai sudu. Sadis?

Berita gembiranya aku nak beli kereta. Tu je. Mungkin kena korek duit simpanan mana-mana untuk down payment. Mahal jugak kereta sekarang kan? Haha diri sendiri tak berduit ada hati nak kereta. Tapi serius, susah tak ada kereta. Untuk tahun ni ayah aku bayarkan dulu, dah kerja nanti sendiri tanggunglah. Memang mencabar okey.

Sebab tulah aku rasa nak terbitkan Antologi Cerpen. Agak-agak ada banyak tak duitnya? Haha kadang kita kena fikir jauh. Takkan nak harap duit ibu ayah lagi kan? Jadi kalau betul ada peluang aku bukukan cerpen-cerpen aku, korang jangan lupa beli. Support duit beli kereta hehe. Semoga Allah permudahkan kerja aku. Amin.

Light Raspberry Cheesecake

Assalamualaikum para pembaca.
Hari ni aku nak berkongsi resepi. Maklumlah lama dah tak share resepi kat sini. Semakin malas nak update blog sebenarnya. Tapi sebab sahabat blogger tegur mana resepi-resepi masakan? Lama tak letak.
Ini hasil setelah dihias oleh adik aku
Ni yang buat aku nak kongsi ni. Resepi asal dari Sunah Sakura.

Light Raspberry Cheesecake

Bahan A:
90gram gula kastor (aku guna gula pasir sebab gula kastor tak ada. Tapi aku kisar dulu bagi halus)
3biji putih telur gred B

Bahan B:
300ml susu segar (dutch lady full cream)
6 keping cheddar cheese (guna cheesedale) tapi aku tambah sekeping lebih.
110gram mentega

Bahan C:
3biji telur kuning gred B
110gram tepung gandum (ayak tepung)
1camca kecil esen vanilla (aku lupa letak)

Bahan D:
250gram Filling raspberry

Cara membuatnya:
1.Panaskan ketuhar 180 C. Lenserkan loyang dengan mentega.
2.Panaskan susu dengan api sederhana. Masukkan kepingan keju. Kacau rata. Setelah keju cair barulah masukkan mentega.
3.Pukul putih telur dengan gula hingga kembang. (Uji tahap kembang: Pusingkan bekas dan pastikan adunan tidak jatuh)
4.Pukul telur kuning, tepung dan bahan B.
5.Kacau perlahan semasa memasukkan bahan A. (Penting nanti bantat pulak kek tu)
6.Masukkan 4 senduk adunan selang seli dengan filling raspberry yang di letak menggunakan pipping bag. (kalau tak ada ambil plastik jernih. Potong bucunya sedikit saja)
7.Ulang langkah 6 hingga habis adunan kek tadi.
8.Bakar selama 50 minit menggunakan teknik 'Bain Marie' atau double boiler. (letak loyang lebih besar bersama air. Loyang kek diletak di atasnya. Suhu untuk bakar kek 175C.

Okey dah boleh cuba. Senang sangat. Aku bahagikan bahan A,B,C,D sebab mudah nak faham. Oh ya, aku dah buat tiga jenis kek keju.
1. Cheescake Blueberry menggunakan cream cheese.
2. Unbake Cheescake Strawberry juga menggunakan cream cheese.
3. Light Raspberry Cheesecake menggunakan cheddar cheese.

Bagi aku guna creamcheese banyak guna kos. Mahal kot. Jadi baik guna resepi ni. Sebab rasa sedap jugak. Ikut koranglah nak cuba ke tak. Yang penting sedappppp!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cinta penuh dengan kejutan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya aku nak ulas cerpen Hadirnya Pelangi nukilan sendiri. Ramai komen sebab ending tak seperti yang mereka jangka. Ya, memang aku sengaja mainkan perasaan korang macam tu. Cinta tak boleh dijangka. Kadang begini kadang begitu. Selalu penuh dengan tanda tanya. Kan? Kejutan demi kejutan kita akan terima.

Begitu juga dengan kehidupan. Kita boleh jangka tapi sama ada jangkaan kita tepat atau tidak bukan kita tentukan. Jadi berwaspada. Jangan terlalu mengharap. Cinta penuh debaran. Penuh dengan penantian. Kalau cinta benar-benar ikhlas tentulah berakhir ke alam perkahwinan dengan izin Allah.

Bersahabat tak semestinya bercinta. Ingat, ada je persahabatan tak bertukar dengan cinta. Ada juga bersahabat akhirnya bercinta dan gagal. Akhirnya, kedua-dua menjauhkan diri. Putusnya cinta putus jugalah ikatan persahabatan.

Cinta sesama saudara itu perlu. Cuma cinta untuk suami atau isteri sangat lain. Jadi tanya sama hati adakah cinta sebagai sahabat bisa menjadi cinta buat suami isteri? Memang wujud pun. Cuma kelainannya di sini, cinta sebagai sahabat tak bertukar kepada cinta yang lain. Itu fakta yang korang kena terima. Hidup tak seperti yang kita harapkan kadang-kadang. Begitu juga dunia cerpen dan novel.

Cerpen: Hadirnya pelangi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cerpen berdasarkan gambar ini. Nong Andy cabar aku. Aku join. Korang?
10 tahun yang dulu.

“Saya sunyilah kalau awak tak ada,” Shahila merungut.
“Eh awak kan ramai kawan. Kalau saya tak ada, diorang kan ada?”
“Ala mana sama!” Shahila menguis pasir di depan rumah Midi.
“Awak, saya janji kita akan jumpa lagi,” Midi bersungguh.
“Tak payahlah pergi,”
“Mana boleh. Ayah saya kan kerja,” Midi terdengar keluhan sahabatnya.
“Shasha ingat janji saya ni,” Midi berkata lagi setelah Shahila lama membisu. 

Perpisahan itu menyedihkan. Midi hanya ada Shahila. Begitu juga Shahila. Anak orang paling kaya di pekan kecil itu. Midi terpaksa meninggalkannya. Mereka berpeluk seketika. Kanak-kanak yang kehausan kasih sayang menangis melihat sahabatnya hilang. Shahila tak sanggup hidup sendiri.

“Midi!!!!”

 Xxxxx

“Apa awak cakap?” Suasana mula menegang. Mereka berdua seakan perang dingin seketika. Nur Shahila merenung tajam. Kheef Haziq membalas pandangan wanita pujaannya.
“Saya kata jom kita kahwin,” Keluhan berat dilepaskan Shahila. Kheef tahu tunangnya pasti tak bersetuju. Dia tahu benar.
“Kheef awak ingat kahwin ni senang ke? Awak tahukan kita muda lagi?” Dengusan kasar dilepaskan seraya ayatnya tamat. Kheef memandang semula wajah kesayangannya.
“Shila, kita dah bertunang pun kan. Jadi awak tunggu apa lagi?”

Shahila membuang pandangan jauh ke KLCC nun di sana. Berat hatinya memikirkan soal kahwin. Bukan dia tak cinta pada tunangnya. Namun, banyak perkara yang menyerabutkan otaknya. Masih belum selesai masalah yang ditanggung timbul pula masalah yang lain. Apa lagi berkaitan hidup dan mati. Dia mati kutu. Dia buntu. Dia cuma mengharap tunangnya bisa memahami. Tapi malangnya tiada siapa yang mampu meredakan gelodak jiwa yang ditanggungnya. Kerisauan terhadap sesuatu tak berkesudahan. Dia diam sendiri.

Kheef mengajaknya pulang setelah lama mereka menyepi. Kheef pula kecewa dengan respon negatif dari tunangnya. Kadang terasa seperti dia yang terlalu mendesak tunangnya. Fikirannya juga berselirat.

Xxxxx

Rumahnya gelap. Shahila tahu mama dan papanya belum pulang. Dia mengeluh perlahan saat kereta Honda Civic tunangnya berlalu pergi.
“Lambat balik Ila!” Suara itu bergema. Terperanjat Shahila seketika. Papanya memandang dengan wajah bengis. Dia tahu apa nasibnya malam ini.
“Ila pergi makan dengan Kheef papa. Papa kenapa bergelap ni?” Soalnya perlahan.
“Itu tak penting. Suka hati papalah. Kau sibuk kenapa? Aku tak ada anak dara yang macam ni. Balik malam. Tak ada jam ke apa?” Suaranya lantang. Mood lelaki itu bukan dalam keadaan yang baik. Shahila tersentak. Lalu diam memilih untuk membisu saja.
“Aku tak suka. Kau dengan mama kau sama je dua kali lima. Buat rumah macam hotel. Kalau macam nilah gaya kau, baik kau putus je dengan budak tu. Dia pun sama dua kali lima. Tak boleh diharap langsung!” Bebelan itu pedih didengar.

Namun, itulah makanan telinganya hampir setiap hari. Hampir setiap hari mamanya hilang. Hampir setiap hari dia terpaksa memekakkan telinga. Hampir setiap hari tangan yang dulu sewaktu kecil mengusap kepala dan membelai bertukar menjadi tangan pendera. Shahila pasrah.

Xxxxx

Restoran itu kelihatan lengang. Matanya meliar. Tunangnya tiada di situ. Shahila jadi serba tak kena.
“Lambatnya dia ni,” Rungutnya perlahan.
“Tunggu seseorang?” Suara menegur dari belakang. Dia terus berpaling. Senyuman lelaki itu sungguh menawan. Shahila menguntum senyuman tanpa sedar.
“Aah tunggu tu..eh kawan saya,” Gagap dia menuturkan. Entah mengapa hatinya berat melafazkan perkataan tunang dari bibirnya.
“Saya dari tadi perhatikan awak. Lama sangat dia buat awak menunggu. Kalau saya jadi dia saya takkan biar orang menanti saya. By the way, orang sini ke?” Tanya lelaki itu ramah. Shahila tersenyum lagi.
“Aah lahir kat sini. Duduk menetap sini. Belajar kat sini dan kerja pun area sini,” Zaid ketawa dengan jawapan itu. Perempuan ini berbeza.
“Oh ya, saya bukan orang sini. So, memang tak arif pasal tempat ni. Tapi memang baguslah saya jumpa awak. Boleh awak bawak saya kenal tempat ni. Ye tak?” Hati Shahila bagai dipancing dengan kata-kata itu.
“Boleh jugak. Saya memang suka orang nak kenal tempat saya ni. Bukan apa, siapa lagi nak bangga dengan tempat tinggal sendiri kan?” Zaid ketawa senang.
“Okeylah cik…”
“Shahila,” Senyuman terukir lagi.
“Panggil?” Zaid mengangkat kedua-dua keningnya.
“Ikutlah. Mana awak selesa,” Mereka bertukar kad.
“Okeylah Shasha. I have to go now,” Zaid mengangkat tangan melambai. Shahila terdiam.  Kenangan lalu mengusik jiwa.
“Midi? Awak ke tu?” Tanyanya sendiri. Zaid telah lama berlalu. Yang ada Kheef tunangannya. Matanya menyala api kemarahan.
“Midi? Apa semua ni Shila?” Dia menghempas punggungnya. Api cemburu mula meresap ke jiwanya. Bukan main gembira lagi Shahila melayan lelaki lain di depannya.
“Saya tanya ni!” Shahila diam membatu.
“Shila awak jangan diam macam ni. Now tell me, siapa lelaki tu? Sebab dia ke awak tak nak kahwin dengan saya?” Suaranya dikendurkan. Bimbang orang sekeliling mendengar. Nanti kedua-duanya mendapat malu.
“Dia cuma orang luar. Dia tak tahu selok belok tempat kita ni. Tu je. Lagipun apa kaitan dia dengan isu perkahwinan kita?”
“Oh sorry sayang. Saya tersalah. Mungkin syaitan menghasut saya mengesyaki awak,” Kheef meraup wajahnya. Shahila tersenyum. Dia lega seketika.
“Eh Kheef jangan buat-buat lupa salah awak ye,” Shahila mencerunkan matanya.
“Apa salah saya? Awak ni,”
“Kenapa lambat? Sejam dah saya tunggu. Macam nak gila. Mujur ada mamat tadi. Hilang sikit bosan,” Senyuman terukir indah. Kheef diburu rasa cemburu lagi.
“Sorry, ada emergency tadi. Awak tahulah kerja saya macam mana kan?” Kheef meraih empati dari tunangnya.
“Baiklah saya maafkan. Jom order. Lapar dah ni,” Kheef tersenyum. Mujur saja tunangnya memahami. Kheef bahagia bersama Shahila. Hilang letihnya di hospital tadi. Pelbagai karenah manusia di sana. Letih melayan.

Xxxxx

“Let divorce!” Shahila tergamam. Pertengkaran kedua orang tuanya sudah memuncak.
“Papa janganlah macam ni. Kesian kat mama!” Shahila merayu. Tangisannya makin kuat tidak diendahkan. Malah sepakan diterima. Mamanya, Maria hanya terpaku di tepi tangga.
“Kau diam. Sebab tu aku tak bagi kau kahwin. Aku tak nak nasib kau macam aku. Kami tak bahagia, tapi sebab kau aku tahankan je rasa marah aku ni,” Hasyim bengis lagi.
“ Kau perempuan! Mulai hari ni kau bukan isteri aku. Aku ceraikan kau dengan talak 3. Sekarang kau berambus!!!” Papanya menjerit seakan histeria. Shahila menangis lagi. Mamanya kini bukan lagi isteri papanya. Bermakna mereka takkan tinggal bersama.
“Fine, aku suka dengan talak yang kau bagi. Memang itu aku tunggu selama ni. Kau pun jangan harap nak rujuk aku. Aku tak sudi,” Maria mengambil barangannya yang bersepah di lantai. Kakinya ditahan.
“Mama nak pergi mana? Please mama. Ila nak mama. Ila nak papa. Ila tak nak macam ni,” Shahila merayu.
“Kau diam Ila. Kau nak tinggal sini atau kau nak jadi minah sundal macam mama kau? Hei Maria, kau jangan harap satu sen pun harta aku,” Hasyim mendengus lalu menaiki tangga. Mamanya pula menghempas pintu kuat. Kini Shahila benar-benar sendirian.

Xxxxx

Bangku kosong diduduki. Shahila menangis sendiri di situ. Baginya dunia tidak adil. Mengapa kekayaan dilimpahi namun kasih sayang tak pernah diberi? Kenapa harus keluarganya jadi begini? Mengapa papa dan mamanya tak seperti orang lain? Semuanya menjadi persoalan. Hatinya benar-benar parah.

“Hei awak janganlah nangis,” Tisu dihulur. Shahila mengambilnya. Hatinya terubat sedikit dengan hadirnya seseorang.
“Kalau benar takdir awak begitu, awak kena terima. Menangis macam ni seolah tak terima apa yang Allah dah tentukan untuk kita,” Ceramahnya bermula. Zaid lama di situ. Dia nampak Shahila kesedihan.
“Jangan cakap kalau awak tak kenal saya,” Shahila geram. Dia memandang ke arah lelaki itu.
“Zaid!”
“Ya, ingat lagi nama saya Shasha. Tak sangka jumpa awak lagi. Kenapa sedih ni?” Zaid benar-benar mengambil berat.
“Zaid, saya tak tahu mana nak mula. Saya sedih. Memang betul kata awak, saya memang salahkan takdir.  Takdir kejam. Dia pisahkan mama dan papa saya. Dia pisahkan mama dari saya. Dia tak pernah…”
“Syyyyyhhh…jangan cakap lagi. awak tak takut kena panah petir nanti?” Kata-kata Zaid benar-benar menyedarkan keterlanjurannya. Lama dia di situ. Bersama Zaid menenangkan emosi.

Xxxxx

From: My Fiance
Please, Shila jangan buat saya macam ni.

“Hai siapa mesej?” Zaid menghulurkan air.
“Kawan,” Shahila terus minum air itu. Terasa pasir. Menipu bukan hobinya tapi entah mengapa dia tak mahu beritahu Zaid.
“Kenapa tak balas? Kalau ada hal penting, bagitaulah saya,” Shahila sekadar menggeleng. Orang ramai berpusu untuk pulang. Mungkin semuanya tak sabar berjumpa keluarga. Tanpa sedar air mata Shahila menitis lagi.
“Hei, Shasha janganlah macam ni. Kang orang ingat saya buli awak pulak,” Zaid gabra. Dia takut kalau perempuan menangis. Senjata yang sangat digeruni.
“Saya teringat mama saya. Lama tak jumpa dia,”
“Awak nak jumpa? Saya boleh bawakkan,” Zaid mempelawa.
“Boleh ke?”
“Boleh tapi dengan syarat,” Shahila berdebar seketika.
“Apa dia?”
“Awak, Shahila Hasyim dan saya Zaid Hamidi akan pergi dinner,” Shahila ketawa lucu.
“Apa yang kelakarnya,” Zaid bingung.
“Taklah. Setakat dinner, saya tak kisah pun. Lagipun awakkan kawan saya,” Zaid tersentak.
“Kawan je?” Zaid kecewa. Hatinya mula tertarik pada gadis di depannya.
“Aah kenapa wak? Zaid, awak mengingatkan saya pada kenangan dulu. Saya pun ada kawan nama Zaid tapi dia dah pindah. Lama saya tunggu dia,”
“Awak…sebenarnya sayalah kawan awak tu. Ingat janji saya? Yang kita akan jumpa jugak?” Zaid senyum. Tiba masanya dia membongkarkan rahsia.
“Hah? Serius? Awak Midi?” 

Hatinya melonjak gembira. Bunga yang makin suram warnanya kini kembang berseri. Dia seronok. Di sisinya ada tunang serta sahabat. Allah maha adil. Walaupun hidupnya seakan hujan berpanjangan namun Allah tetap hadirkan pelangi untuknya. Cintanya pada Kheef tak pernah terpadam. Cuma persahabatan Zaid terlalu berharga buatnya.

Xxxxx

Senyuman tak lekang. Masih bersisa. Tetamu ramai yang datang memeriahkan. Namun, mama dan papa tidak sudi pun menghadiri hari bahagianya. Kendurinya hanya di sebelah pihak saja. Dia seperti sebatang kara. Mujur ada suami penyayang.

“Amboi, meleret senyumnya. Macam kain dia jugak,” Ketawa Shahila mendengar. Hanya dia yang sudi ketawa bila Kheef buat lawak. Orang kata lawak bodoh. Dia tetap mahu hiburkan hati suaminya.
“Ada-ada jelah. Abang, ramai lagi ke? Penat dah saya ni,” Kheef senyum. Disekanya peluh menitik.
“Sayang, kawan baik awak mana? Tak sampai-sampai pun. Lepas dia datang bolehlah rehat,” Kheef membantu mengangkat kain yang meleret. Dia tak suka benar baju begitu. Tapi apakan daya, permintaan orang tua susah nak ditolak.
“Hah tu pun dia bang,”
Zaid melambai dari jauh.
“Midi, awak lambat!” Shahila menjegilkan matanya.
“Sorry, anak dara make up memang lama. Tu pasal saya lewat,” Ketawa spontan dari kedua-dua pengantin.
“Saya tak tahu pulak yang Zaid Hamidi ni auwww,” Giliran Zaid pula ketawa.
“Hei, apalah laki bini ni. Bukan aku anak dara. Ni hah sebelah aku ni. Kenalkan Ainul,” 

Sengihnya menjadi-jadi. Zaid juga mempunyai pasangan kini. Sia-sia saja Kheef cemburu. Sememangnya persahabatan mereka suci. Tak syak lagi. kheef bahagia dengan Shahila begitu juga Zaid dan Ainul. Bukankah jodoh pertemuan telah ditentukan sejak azali lagi? Percaya pada jodoh. Itu yang utama. Moga cinta mereka mekar hingga ke syurga. Amin!

Cerita ini berdasarkan gambar di S7W. Rakan yang join adalah Nong Andy dan Reenaple. Jemput terjah okey. Cinta penuh dengan kejutan, kadang kita takkan sangka apa yang akan jadi seterusnya.

Kerana sayang aku turutkan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sayang dia tapi dia curang!

Aku sayang sangat dengan dia. Sampaikan dia tak ada aku tak boleh nak bernafas. 

Aku sayang dia walaupun dia sayang orang lain.

Aku sayangkan dia walaupun mak ayah aku tak suka dia.

Aku sayang dia sebab dia je yang boleh beri aku kebahagiaan walaupun aku tahu dia suami orang.

Semua hanya kerana sayang. Kerana sayang hamba turutkan. Dibuang emak dan ayah hamba tidak hairan. Janji cinta hamba padanya suci. Suci ke bendanya? Tolonglah cinta biarlah berpada-pada. Jangan sebab cinta semua jadi buta. Buta nak tengok impak sayang kita kekal sampai bila.

Jangan jadi bodoh. Cinta tak kenal siapa. Tapi cinta boleh beralih arah. Jangan sebab cinta kita konon cinta sampai mati, semua kita tolak ke tepi. Semua tak penting bagi kita. Ingat, jangan kerana sayang semua jadi kelam. Aku ingatkan diri sendiri jugak.

Hati-hati wahai sahabat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Semuanya tentang maya. Bila dalam maya semua nampak macam biasa. Sebenarnya ia luar biasa. Dunia tanpa sempadan. Kita berkenalan tanpa mengenali secara realiti. Kadang dunia ni menakutkan. Serius menakutkan. Kalau salah pilih jalan kelak merana tak berkesudahan.

Blogger, Tumblr, Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Tagged, YahooMesengger, Skype dan sekufu dengannya. Semuanya tentang maya. Apapun boleh jadi gara-gara maya. Kena saman? Perkara biasa. Kena culik, rogol dan bunuh sebab jumpa pakwe dari FB? Itu dah terjadi. Kena tipu jadi keldai dadah? Melambak dah.

Tapi kenapa masih ada yang sangat percaya dengan dunia maya? Kenapa ada yang sanggup memperbodohkan diri percaya seratus peraatus tentang dunia penuh tipu muslihat ni? Semua kegiatan nak tulis dalam blog. Semua gerak geri lapor dalam FB. Konon manusia paling up to date.

"Malam ni sunyi. Saya #foreveralone kat rumah ni. Bandar _________ sungguh bosan di malam hari"

Tengok, secara tak langsung orang tahu yang kau tu tengah sorang-sorang kat rumah. Lepas tu bagitau pulak tempat spesifik. Kalau lagi bangang letak gambar rumah atau hint supaya senang si penjahat datang menemani kau di rumah. Sekarang dunia makin kejam. Don't talk to stranger! Masih ingat? Tapi berapa ramai yang masih menegur orang tak dikenali dalam dunia maya dan "tiada rahsia" antara mereka? Sama-sama renungkan!

Cerpen: Dan sebenarnya... 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebelum meneruskan pembacaan part dua versi aku. Apa kata klik PART 1 dan kemudian terjah versi kawan-kawan aku.

Semuanya serba tak kena. Mood aku memang hilang. Dua minggu berlalu. Aku masih memikirkan hal yang rumit dalam hidup aku. Tak sangka kerana mulut badan binasa. Aku mengetuk kepala sendiri. ‘Siapa suruh mulut cabul sangat’ Monolog aku sendiri.


“Aina…” Suara itu memanggil aku. Aku terkejut. Suara seakan dikenali. ‘Jangan kata dia!’ Aku perlahan-lahan menoleh. Dan dia berada di depan aku kini. Tekak tiba-tiba terasa pasir di dalamnya. Satu kata pun aku tak terluah. Hanya isyarat mata yang mula lincah.

“Aina are you okay?” Suara Zahiril sekali lagi menggetarkan rasa. Aku tergamam seketika.
“Hai Airil,” Aku tersasul memanggil nama timangannya. Ingin saja aku menampar mulut sendiri. Zahiril tersenyum.
“Kenapa Aina? Tak sabar nampak nak panggil nama saya. Mujur tak tersasul abang tadi,” Ketawanya lepas. Aku bertambah malu. Dia sengaja memalukan aku.
“Zahiril tak kelakar okey. Kenapa awak datang ni?” Lemas ditenung begitu. Aku terasa bahangnya tiba-tiba.
“Saja. Saya ada hal tadi. Lepas tu nampak awek cun melecun sendiri. Sebelum orang mengorat baik saya sapu dulu,” Aku mendengus geram.

Dia sengaja. Sengaja cari pasal. Makin berbulu mata melihat muka bahagianya. Mana taknya, tempoh makin hampir menuju penamat. Aku takkan benarkan dia menang. Dia terlalu ego.

“Aina kenapa senyap je ni? Tengah kecewa sebab kena jadi isteri saya?”
Zahiril ketawa lagi dan itu benar-benar menjengkelkan hati aku. Lantas aku mengangkat punggung. Baiklah aku beredar dari dipermainkan begitu. Aku belum tewas. Zahiril masih tersenyum saat aku meninggalkan dia. Janji aku memakan diri kini. Aku benar-benar tak ingin tewas.

Xxxxx

Suasana tegang. Suara lantang aku mengejutkan seisi rumah yang sibuk menyiapkan persiapan hari bahagia aku kononnya. Sedarkah mereka yang aku menderita dan terseksa. Gara-gara kata sendiri.

“Apa Aina cakap ni? Aina sedar tak?” Papa mula mendekati aku. Aku rimas. Rimas dengan semua penipuan dan kemenangan Zahiril.
“Aina tak nak kahwin dengan Zahiril. Aina tak nak perkahwinan ni diteruskan. Papa please!”

Aku menangis kuat. Semua tetamu termangu dengan tangisan aku. Aku tak sedar apa yang berlaku. Yang aku tahu aku dipimpin masuk ke bilik. Semua orang mula nak berceramah free. Pot pet pot pet yang memedihkan juga aku dengar. Bisa namun aku gagahi kerna aku tak sanggup memberi kemenangan pada Zahiril.

Aku benci melihat permainan cintanya. Bermula dengan kata manis. Kemudian asakan peminangan mendadak. Akhirnya aku sendiri kalah dengan kata sendiri. Aku dan dia akan menikah dua hari lagi. Aku tak mahu tewas. Aku masih perlu gagalkan permainan terancang Zahiril. Aku benci dia. Aku benci!

Xxxxx

Segalanya tak seperti yang aku rencanakan. Malah aku diam menikus. Tunduk merenung labuci yang sarat. Dengan sekali lafaz aku menjadi miliknya. Dengan sekali lafaz hidupku berubah 360 darjah. Dengan sekali lafaz jugalah dia dan aku disatukan atas satu ikatan yang suci. Dengan sekali lafaz cintanya meluntur segala egois diri. 

Aku senyum dalam bahagia. Aku menangis dalam suka. Aku ketawa tanpa kata. Aku bahagia kerana aku menjadi milik dia. Zahiril, lelaki yang aku benci pada dasarnya bertukar suka. Dari suka merubah cinta. Hanya sekelip mata aku akui yang aku telah kalah. Aku tewas dengan dia, suamiku. Aku tewas dengan ego sendiri. Aku tewas namun aku bahagia.

“Assalamualaikum,” Salam dia beri. Aku menjawab dalam hati, Aku cinta aku suka dia. Namun, aku diamkan saja. Enggan dia tahu dulu. Malu menyelubungi saat cincin tersarung kini. Perlahan aku mencium tangannya penuh syahdu. Air mata wanita menitis saat itu. Tiada saat yang lebih indah bagi si dara.

“Hai kenapa nangis ni Aina? Kecewa ke sebab awak kalah?” 

Kata-katanya mengundang tawa. Terasa air mataku dikesat perlahan. Jarinya yang berjasa. Aku menghadiahkan senyuman terhadapnya lantas cahaya kamera menyilau mata kami berdua. Terasa cahaya kebahagiaan mula menyuluh hidup aku kini.

Xxxxx

‎Peluh menitis perlahan. Lantas aku menyekanya.

"Abang, saya dah sapu lantai, mop rumah, basuh kain, jemur kain, lipat kain, buat air, buat minum petang."
“Ya abang tahu Aina. Setiap minggu abang dengar dialog sama. Sayang tak bosan ke?” Zahiril mendapatkan aku.
 “Ala biarlah nak ulang banyak kali pun. Dahlah weekdays Aina kerja tak sempat nak buat. Hujung minggu ni jelah Aina ada peluang tau, jadi abang jangan nak merungut," Aku mula membebel.
“Abang tahu sayang abang ni memang isteri mithali. Tak rugi abang pinang cepat-cepat,” Suami aku ketawa. Aku turut tertawa sama.
“Yalah paksa orang terima dia kan?” Aku balas pulak.
“Amboi, ni ikhlas tak terima abang ni? Aina jangan nak buat abang nanar tau,”

Jelas gusar nada suaranya. Aku ketawa kuat. Masakan aku nak melepaskan jodoh yang sememangnya untuk aku. Dan sebenarnya memang aku telah lama jatuh cinta pada suamiku kini. Aku cuma ego dan malu pada awalnya. Cinta yang aku dambakan kini menjadi milikku. Aku cuma berharap agar cinta ini akan menjadi jambatan untuk menuju cinta yang hakiki pula. Aku bersyukur dengan hadirnya cinta insan bernama Zahiril!

Tamat!

La Tahzan: Lain dari lain

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa perasaan kamu bila kamu seperti lain dari mereka yang lain? Pasti sedih menyelubungi. Rasa rendah diri sudah pasti. Tapi mengapa ditangiskan takdir yang menimpa? Bukankah setiap manusia ada bahagiannya. Lain manusia lain ujian yang Allah berikan.

La tahzan buat diri sendiri dan mereka yang mengalami rasa ini. Mungkin akan rasa ganjil. "Kenapa aku begini?" "Malu bila orang melihat kelemahan aku," Segala monolog yang negatif mula bermain di kotak minda. Adakah kamu menyesali dengan takdir yang tersedia buat kamu? Usah bersedih dan jadikan ini sebagai motivasi diri.

Bersyukur kerana kamu masih lagi bernyawa dan dapat menumpang di bumi Allah yang Esa. Ramai lagi yang bernasib malang. Jangan sebab kelemahan kamu dari segi fizikal mahupun mental membuatkan kamu sesal untuk hidup. Ingat setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Muhasabahlah diri kamu. Kamu hidup untuk apa? Jika benar kamu mempunyai kekurangan fizikal ataupun mental, apa kata kamu seimbangkan dengan kelebihan. Memang orang akan memandang lemahnya kita. Tapi disebabkan kelainan dan kelemahan kita takkan nak terus merendah diri dengan kelemahan yang ada? Takkan kita nak berdiam diri apabila kita dibeza-bezakan hanya kerana kelemahan yang ada? 

Bangun dan senyumlah pada dunia. katakan pada mereka kamu juga sama seperti mereka. Bukan insan yang lemah. Bukan sekadar manusia yang pelik yang hanya bisa dikeji mahupun raih simpati. Bangun dan berdiri gagah dan teruskan menuju matlamat sebenar kamu dalam hidup ni. Persetankan kata manusia kerana kita sebenarnya sama semuanya.

Senjata berharga para isteri dan ibu

Jeng jeng mesti ramai tertanya-tanya apakah senjata itu. Aku tengok Vanila Coklat buat aku terfikir senjata berharga ni. Yalah selain tengok Amir yang romantik, sweet dan sangat tinggi. Ada juga yang menarik hati aku.

Apa dia? Senjata wanitalah. Ibu bukan main suka dengan senjata ni. Habis ketawa sampai berair mata. Sebab dia punya senjata terbaik. Berani nak buli isteri atau ibu? Sebab senjata nilah orang lelaki lemah je kan.

Air tangan, masakan dan seangkatan dengannya. Itulah senjata berharga. Cuba kalau mak merajuk tak nak masak, siapa nak masak? Tu pun kalau korang pandai masak dan masakan setanding mak. Kalau tak? Makan luar lah jawabnya. Jadi jaga hati ibu atau isteri anda. Tanpa mereka, berlaparlah jawabnya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kepuasan memasak


Semua pakat buat entry pasal masak. Jadi aku pun nak sambung jugak. Memandangkan aku ada post status pasal hal yang sama. Agak-agak korang apa perasaan tukang masak bila tengok pelanggan makan tak habis? Sedih kan? Mesti dia rasa masakan dia tak cukup bagus untuk memenuhi citarasa pelanggan. Itu makanan berbayar.

Kalau kita sebagai suri rumah. Yang kerjanya masak untuk keluarga? Kalau tak habis, apa perasaan si tukang masak di rumah? Sedih? Ya, macam tu jugak aku. Bila malas memasak, orang suruh aku masak. Bila aku masak, tak ada pula yang nak habiskan makanan. Seolah masakan aku tu tak diperlukan. Bila dah jadi macam tu mulalah rasa malas kembali.

Ya aku tahu hati kenalah ikhlas. Tapi kepuasan memasak tu makin pudar. Penghargaan kadang kala perlu. Disebabkan aku mengejar kepuasan, jadi aku rajin masak hari ni. Menunya ialah ikan bawal masak tiga rasa dengan sambal goreng jawa. Resepi bantai je. Aku pun main campak je. Tapi rasanya bolehlah ditelan.

Disebabkan dua sahabat maya. Sunah dan Kak Ipar aku sibuk menulis entry pasal memasak. Aku pun terajin nak buat entry ni. Insyaallah kalau kita ikhlas memasak, pahala akan dapat kat kita. Kalau korang tahu, aku dah dapat tahu senjata seorang isteri. Siapa nak teka apakah senjata itu? Jeng jeng jeng!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Penulis dan pembacanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Penulis hebat mampu mengubah hidup pembacanya, Ezad 2012

Aku terfikir sejenak. Adakah aku penulis hebat? Atau aku hanya manusia yang pandai berkata-kata di alam maya semata-mata. Jika aku penulis hebat, adakah orang yang terkesan hingga jiwa membaca setiap garapan emosi dan fikiran aku dalam blog ini? Adakah perubahan hidup seperti yang Ezad katakan di laman Twitternya? Terima kasih buat aku berfikir.

Happy birthday Yoo Chun die hard fan




Setiap hari ada wish hari lahir kan. Ini entri untuk adik bongsu aku yang paling manja. Paling heaven sebab kakak-kakak dia dah berduit. Kira tunggu suap je. Aku hadiahkan dia headphone. Supaya dia tak pekak sangat bila dipanggil. Suka sangat dengar lagu kpop, jpop kuat-kuat. Jadi bila ada headphone tak adalah pekak macam pakai earphone.

Kenapa Yoo Chun? Sebab adik aku peminat dbsk/tvxq atau jyj. Sejak 2009 lagi dia layan kpop. Jadi fanatik sangat dengan lagu kumpulan ni. Siap hafal lagi. Yoo Chun ada jugak berlakon cerita Miss Ripley, Sungkungkwan Scandal. Bagi aku boleh tahanlah lakonan dia. Sebab aku tak suka mamat tu. Adik aku gilakan sangat.

Entah apa comelnya dia. Tak kisahlah comel ke tak mamat tu. Yang penting, belajar tetap seiring ye na. Kakakmu mendoakan yang terbaik untuk Ena. Semoga akan dapat straight A untuk SPM tahun depan. Akak ni dah kerja baru adiknya ambil SPM. Rasa tua pulak diri ini. Tapi memang dah tua pun kan. Oh ya, aku nak tayang muka adik aku pulak.

Ps: Muka kami adik beradik memang berbeza. Jadi jangan terkejut tengok perbezaan yang ketara. HAHA
Published with Blogger-droid v1.7.4

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers