CORETAN TERBARU NADH

Bukan kita tentukan

Kita kena sedar yang segalanya yang berlaku bukan kita tentukan. Kita merancang kemain hebat tapi kalau Allah tak izinkan ia takkan jadi. Tapi jangan nak mengamuk sakan. Anggaplah itu takdir dan ada hikmah tersembunyi.

Jarang orang mengakui kesilapan sendiri. Itu biasa. Tapi sebaik manapun kita merancang, tapi Allah tetap perancang terbaik. Jadi kita kena redha. Jangan tak dapat sesuatu yang dingini kita merajuk hentak-hentak kaki bagai. Belajar terima hakikat yang kita hanyalah hamba Allah. Tiada kuasa menentu segala. Sekian.

Nota Iffah: Makin sibuk. Belum mengajar tapi penat dah terasa. Internet pun macam merajuk je. Sorry korang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Mana datang idea menulis cerpen?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ramai yang tanya mana datang idea buat cerpen?
Kenapa kreatif sangat?
Kenapa mesti sweet je?
Kenapa selalu buat cerita tak tercapai dek akal?

Macam-macamlah. Aku tak ada jawapan sebenarnya. Kadang bila nak menulis idea tak nak keluar. Tapi bila dah mula ideanya terus jadi lain. Serius rancang macam ni jadi macam tu. Kadang nak buat pengakhiran sedih tak menjadi sebab macam gagal je kan. Mungkin kelebihan aku di pengakhiran gembira.

Tapi kehidupan mana ada selalunya indah. Ada dukanya. Orang selalu kata. Cerita novel bolehlah gembira sangat. Dalam kehidupan harian tak pun. Tapi bak kata seorang pembaca. Dia kata nak ikut citarasa siapa masa menulis? Penulis atau pembaca? Aku nak jawab dedua.

Sebab? Aku adalah penulis dalam pada masa yang sama aku pembaca. Aku faham apa pembaca nak. Aku nak sama macam diorang. Aku tahu sekarang trend kahwin paksa. Walaupun benda sama ulang kali tapi diorang tetap nak baca. Bandingkan dengan cerita isteri berkorban untuk suami lumpuh dan anak-anaknya. 

Kreatif atau tak terpulang pada kita nak jalan ceritanya mana terpulang kat keinginan kita dan pembaca. Ramai tak suka baca cerpen persahabatan sebenarnya. Aku pun. Jadi apa salahnya selitkan unsur orang tak suka dalam cerita cinta. Jadi ada dua cerita dalam satu kan? Kreatifkan diri anda okey?

Cikgu geli

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk pembuka bicara petang. Aku sebetulnya baru sampai pukul 5.30 tadi. Sebab dari sekolah pergi ke hostel. Jumpa lecturer dua tiga orang. Baru dapat balik rumah. Sejam jugak dari Melaka. Penat sangat. Cabaran sebagai cikgu praktikal pada hari pertama.

Aku nak cerita pasal anak-anak murid kat sekolah tu. Rata-rata selsema. Biasalah kalau bebudak berhingus. Ya memang geli. Mujur ada PPM yang memang sporting. Dialah yang tolong lapkan. Guru pembimbing kitorang katalah jadi cikgu tak boleh geli. Kalau budak terkencing terberak kita uruskan kalau PPM tak ada.

Gulp! Aku masih belum biasakan diri. Tapi kalau dah tak ada siapa aku balun jugak. Sebab anggap macam adik sendiri. Adiklah. Bukan anak. Kitorang kan muda lagi. Tapi serius jadi cikgu Prasekolah, cikgu pendidikan khas memang tak boleh geli. Cabaran kan? Korang penggeli tak? 

Nota Iffah: Sangat busy. Idea nak menaip pun kontang. Sadis kan? Kalau aku ada masa aku balas jejak korang. Daaaa...

SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google
Ya aku tahu. Bila bercakap tentang persahabatan ramai yang mengeluh. Sebab bagi mereka persahabatan tu leceh. Leceh bila kena jaga hati. Leceh ada yang terasa hati. Tapi kan, sahabat tu penting dalam hidup kita. Ada yang kata sahabat tu cermin.

Ada dua maksud bagi aku:

Satu: 
Cermin yang menampakkan diri kau sendiri. Maknanya, bila nampak dia kau mesti nampak kat diri kau. Sebab tu orang kata pilih kawan. Kalau kawan sengal, kita pun turut jadi sengal. Kalau kawan merompak, tak mustahil kita turut bersubahat atau merompak sama.

Dua:
Cermin yang menampakkan keburukan dalam diri kita. Ini kita pandang cermin. Mesti kita belek muka, baju dan sebagainya. Dah kemas belum. Tapi kalau sahabat sebagai cermin ni, umpama menegur kita jika tersilap kata, tersalah perbuatan. Sahabat yang ni sukar dicari. Sahabat yang sama-sama menegur untuk ke arah kebaikan.

Jadi sahabat sangat penting.

Google
Carilah sahabat yang baik. Insyaallah kita akan jadi baik juga. Tak rugi kan memilih sahabat? Aku sayang semua sahabat aku tak kira realiti ke maya. Bagi aku setiap hari adalah hari sahabat. Sekian.

Siaran langsung dari Rembau, Negeri Sembilan

Alhamdulillah selamat sampai walaupun sesat. Mana tak nya baru sekali tengok hari tu. Kenapa aku di Rembau? Sebab esok bermulalah episod baru aku di sekolah. Aku praktikal 3 bulan. Sekolah kat Tampin.

Dugaan mencari rumah sewa. Ibu bising sebab sekolah jauh. Rumah jauh. Tapi nak buat macam mana? Dah nasib. Lagipun rumah ni saudara kawan aku. Jadi ada jiran tok wan dia. Rasa lebih selamat.

Aku di rumah kampung yang atap minangkabau tu. Hebatlah. Siap ada tingkap zaman dulu. Aku suka rumah lama. Unik bagi aku. Rasa macam pergi Taman Mini Melaka yang penuh jenis rumah di Malaysia. Seronok suasana kampung kan?

Nota Iffah: Ramai rindu kehadiran dia. Tapi maaf. Aku dah buat keputusan. Banyak benda dan sebab yang membuatkan aku nak hentikan siri dia. Dia pun memahami aku. Jadi korang hormatilah keputusan aku ni. Hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gurau pun ada batasnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi tajuk bukan main lagi kan. Maklumlah sejak umur hampir nak meningkat. Memang patut berubah jadi lebih matang dan baik. Aku nak matang dari segi pemikiran dan penulisan. Oh boleh ke? Cuba dulu baru tahu. Sebenarnya aku nak sentuh isu bergurau. Gurau senda. Lawak. JustKidding atau sekufunya.

Aku rasa benda ni semua dah tahu. Tapi pura-pura tak tahu. Nak berlawak pun kena tengok tempat dan masa serta orang yang dengar. Kadang kita bergurau orang fikir serius. Kadang kita serius orang kata kita buat lawak. Aku dah biasa kena. Padahal aku tak rasa itu lawak.

Ada juga isu sensitif yang tak boleh dijadikan bahan lawak lebih-lebih lagi untuk perempuan. Isu apa? Isu kahwin, isu jodoh, isu saiz badan, isu rupa paras. Semua yang sensitif dan berkaitan dengan perempuan tak boleh sebenarnya. Nanti jadi salah faham.

Lawak 1:
Aku kalau nak kahwin, aku nak kahwin dengan kau.

Lawak 2:
Jodoh kau lambat sebab kau pendek jadi orang tak sedar kewujudan kau.

Lawak 3:
Will you marry me? _____ Perempuan kata_____I will._____Dia kata_____JUST KIDDING! HAHA

Lawak 4:
Apasal kau makan banyak? Tak takut gemuk ke?

Apa-apa jelah lawak yang pada lelaki dan sesetengah perempuan rasa kelakar. Pada aku tak kelakar langsung okey. Jangan cuba bermain kata yang melibatkan perasaan. Kang perempuan tu syok sendiri. Kau bagi harapan secara tak sedar, akhirnya dia yang kecewa. Tak semua lelaki dan perempuan begini. Sekian.

Ombak Rindu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku suka lagu ni. Kalau nak tahu cerpen Setelah Aku Terima Nikahmu satu dan dua aku dengar lagu ni sebagai pemangkin semangat nak menaip. Ya sangat susah nak menulis dengan jiwa. Terima kasih yang membaca T_T

Cerpen: Setelah aku terima nikahmu II -Tamat-

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik sini untuk cerita sebelumnya
Keadaan rumah sunyi. Kunci rumah masih ada padaku. Mujur saja aku tak tinggalkan. Perlahan aku buka. Rumah kemas. Aku curiga kerana aku sudah menyepahkan sebelum keluar tadi.

“Jangan-jangan ada penceroboh?”
“Tak. Bukan penceroboh,” Suara di belakang buat aku terkejut.
“Abang buat apa kat sini?” Aku cuak. Kekuatan aku makin memudar melihat suami sendiri di depan mata. Seakan lunyai segala perasaan dendam melihat wajahnya.
“Aik kenapa Za tanya? Ni kan rumah abang. Mestilah abang kat sini. Za pergi mana tadi? Dengan beg segala?”
“Pura-pura tanya pulak,” Aku jadi bengang tiba-tiba. ‘Takkan dia tak baca nota kecil tadi?’Hati tertanya.
“Abang macam nampak Za kat pasaraya tadi. Betul ke?” Izmir memandang aku tajam. 

Hati berbolak balik. Aku jadi lemah. Aku rasa ingin ke pelukannya dan menghamburkan rasa yang bergelodak di hati. Namun, ada suara membantutkan rasa rindu.

“Siapa tu bang?”
“Isteri abang. Meh nak kenalkan. Za, ni adik angkat abang. Abang membesar dengan dia sampai dia umur 5 tahun,” Aku memandang sebentar. Hati bagai dicarik-carik. Perempuan muda inilah yang aku nampak tadi. Dialah yang membuatkan aku merana dari pagi. Namun, isyarat suamiku untuk bersalaman aku terpaksa patuh. Lalu aku menyalami tangan dia.

“Kalau Za nak tahu, abang paling rapat dengan dia. Sampaikan orang ingat kitorang suami isteri. Kan Mia kan?
“Aah Kak Za. Kami memang kamceng. Balik sekolah abang bawak mandi sungai. Lawak je abang tak reti berenang. Terpaksa panggil orang tolong sebab abang Mir lemas,” Keduanya ketawa. Hati aku mendidih serta merta. Perempuan ini hanyalah adik angkat. Tapi rapat sangat. Aku diasak cemburu.
“Tak apalah, korang boraklah dulu. Akak nak naik mandi. Penat kerja dari pagi tadi,” Sinis suaraku. Aku menaiki tangga tanpa menghiraukan jelingan Izmir. Aku tahu dia marah dengan sikapku yang sebegitu.

Xxxxx

Ketukan pintu bertalu-talu membuatkan aku rimas. Kamar kami terganggu seketika. Lantas aku bangun membuka pintu. Seperti yang dijangka Izmir datang. Mukanya tegang. Aku tahu perbualan kami belum tamat. Aku buat muka selamba. Terus lompat ke katil semula.

“Kenapa ni?”
“Abang jangan tanya benda yang abang dah tahu boleh tak?” Aku membentak.
“Apa yang abang dah tahu? Pagi tadi kat pasaraya. Itu Za kan? Kenapa abang panggil tak menyahut? Abang balik tengok rumah bersepah. Kenapa? Za marah kat abang ke?” Aku diam.
“Jawab Za!” Izmir betul-betul dihadapan aku. Aku gerun pula. Nafas ditarik sedalamnya.
“Ya, memang Za ada. Nampak kemesraan adik dan abang kononnya tu,” Sinis aku menjawab.
“Apa masalahnya? Itu adik abang. Bukan orang lain. Don’t tell me Za jealous dengan Mia?” Sengihan Izmir membuatkan aku lebih geram.
“Apa? Tak kuasa nak cemburu. Abang nak peluk ke cium dia pun silakan. Za lagi suka,” Aku melawan.
“Jangan cabar abang Za,” Kata-kata dia langsung tak aku endahkan. Terus lelaki itu keluar. Aku diam. Benarkah mereka ada hubungan istimewa? Aku curiga. Lantas aku perlahan mengintai ke bawah.
“Abang, awal turun. Tadi kata nak mandi?”
“Tak jadi. Kak Za tu menyanyi dalam bilik air. Alamatnya esok baru sudah,” Keduanya ketawa. Aku geram.
‘Berani kutuk isteri sendiri?’ monolog hati.
“Abang isteri abang cemburu ke kita berdua rapat macam ni?” Suara Mia manja. Aku makin geram.
“Biarkan dia cemburu. Dia tu cold hearted. Mana nak rasa apa. Dahlah jom kita makan dulu. Tunggu dia boleh kebulur abang,” Mia ketawa lembut. Aku dengar mereka berborak lagi. Lagi dan lagi. Api cemburu makin menjadi-jadi. Lantas aku turun juga.
“Eh kak. Dah mandi? Meh makan sama. Nak Mia sendukkan nasi?” Aku nampak Izmir sikitpun tak kisah.
“Tak apa. Akak boleh buat sendiri. Mia tu tempat duduk akak,” Sengaja aku tegur. Mia segera bangun namun Izmir menghalang. Pergelangan tangan Mia digenggam erat. Mata aku tak salah lihat. Sewenangnya mereka membuat drama. Namun, aku gagahi jua.
“Tapi akak punya tempat. Mia boleh makan sebelah sini,” Mia bersuara lembut. Aku menjadi semakin menyampah.
“Dahlah Mia. Makan jelah. Perut akak masuk angin pulak kalau asyik berebut kerusi,” 

Semua kembali senyap. Aku makan ala kadar. Sengaja membiarkan pinggan tak basuh. Kejam tak kejam. Aku tak suka berkongsi suami. Aku nak Izmir pilih antara dua malam ni juga.

Xxxxx

Kanak-kanak berlari mengejar antara satu sama lain. Aku tersenyum melihat keletah mereka. Sayang sekali itu bukan anak aku. Ya, mana mungkin aku ada anak. Peristiwa lama mengimbau diri aku kepada segala kepahitan dulu.

“Eh termenung kenapa ni?” Izmir menegur. Tangan aku dipegang erat. Dia seakan memahami. Aku bersyukur mempunyai suami sepertinya.
“Tak ada apa bang. Seronok tengok budak-budak ni main,”
“Janganlah sedih sayang. Kita usaha lagi okey?”
“Kalaulah malam tu Za tak bergaduh dengan abang. Semua ni takkan jadi. Maafkan Za, bang. Za tak tahupun yang Mia tu anak kepada mak susuan abang,” 

Mata aku mula berkaca. Keegoan akhirnya memakan diri sendiri. Aku memaksa Izmir memilih antara aku dan Mia. Izmir tercabar dengan kelantangan suara aku. Dia memilih Mia untuk menyakiti hatiku. Aku keluar dari rumah tergesa-gesa. Akhirnya aku kemalangan. Kesan kemalangan yang masih ada. Kesannya sungguh parah hingga membuatkan aku menyesal tak sudah.

“Hei, kenapa nangis ni? Semua dah ditakdirkan sayang. Kalau tak sebab kemalangan tu kita akan bercerai. Sayang nak ke? Pasal anak tu rezeki pasti akan ada kalau kita rajin berusaha dan bertawakal kepada Allah,” Aku menangis.

Suamiku dipeluk erat. Erat seakan tak mahu dilepaskan. Cinta memerlukan pengorbanan. Aku tak sanggup mengorbankan ego aku akhirnya mengorbankan satu nyawa berharga. Ya, anak aku mati. Aku keguguran saat kemalangan. Aku tahu anak itu pasti tak mahu ibu seperti aku dan kerana itulah dia memilih untuk ke alam lain. Aku redha.

“Abang akan tetap sayang Za sampai bila-bila. Abang tak pernah salahkan Za sebab anak kita tu. Walaupun kita kahwin bukan atas dasar cinta, tapi kita berjaya pupuk dan semai rasa cinta tanpa kita sedar. Abang cintakan isteri abang satu-satunya. Jangan cemburu lagi sayang. Abang tak sanggup kehilangan buat kali kedua,”

Aku menangis bahagia. Pelukan takkan pernah terlerai umpama kisah cinta kami berdua yang takkan berakhir. Aku akan jaga hubungan ini sebaiknya. Aku janji.  
TAMAT!!!

Nota Iffah: Aku berjaya tamatkan cerita ni. Tak ada sad ending sebab tak reti. Apa-apapun aku minta maaf sebab memang tak boleh nak penuhi permintaan dan kepuasan hati semua orang. Aku buat sekadar yang mampu je.

Ps: Slot akhir untuk siri dia. Lepas ni dah tak ada kisah dia. Tak payah berteka teki lagi. Kesian korang dah bosan kan? Korang ucap selamat tinggal okey?

Selalu cemburu dengan orang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah rasa cemburu? Sakit kan? Kita nak tapi tak dapat. Yang kita nak dia ada. Lagi parah kalau dia macam sempurna dari segala segi sampai kita rasa cemburu. Ya sangat cemburu dengan kelebihan yang dia ada. Parah kalau hati asyik mengatakan cemburu. Seakan tak bersyukur dengan yang dikurniakan Allah.

Aku tak menafikan aku juga ada rasa cemburu dalam diri. Ada yang kata cemburu untuk kebaikan tak mengapa. Jangan cemburu untuk yang jahat. Cemburu yang sampai berbunuhan. Cemburu sampai mengkhianati kawan menjadi lawan.

Misalnya;

KES 1: Aku cemburu dengan kau. Kau boleh menulis tanpa putus-putus ideanya. Kau punya penulisan yang membuatkan orang rasa nak menangis. Aku suka penulisan yang boleh buat aku menangis. Aku dapat cucikan mata aku ni.

KES 2: Aku cemburu tengok kau berjaya terbitkan novel. Sedangkan aku tak. Kenapa aku tak suka mengarang seperti kau? Kenapa aku tak boleh jadi seperti kau? Menulis dengan kepuasan beserta komitmen?

KES 3: Kau cemburu dengan aku kerana aku suka menulis hingga buatkan orang berangan untuk bahagia. Kau cemburu tengok penulisan aku yang kau katakan sweet. Kau cemburu aku pandai olah hingga menjadi kisah cinta yang sempurna dan berakhir dengan bahagia selamanya.

Tapi buat apa layankan rasa cemburu. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Gunakanlah kelebihan itu untuk berjaya. Jangan cemburu jika kau belum berjaya. Usaha lagi. Jangan cepat putus asa. Aku cemburu tapi aku tak dapat berbuat apa-apa. Sebab aku manusia biasa. Cemburu itu normal. Aku terasa bahang cemburu itu. Aku mengaku kini aku cemburu melihat semua berjaya.

Ps: Cemburu dengan penulisan dia juga.

Itu bukan cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cinta bukan bererti bila susah baru kau cari dia. Itu ambil kesempatan namanya!

Ya, aku bercerita pasal cinta lagi. Mana taknya. Kenalah ikut tema blog sekali sekala bukan? Aku masih geram dengan sikap seseorang. Ya terlalu bodoh. Sampai orang ambil kesempatan pun tak kata apa. Senyap je. Biarkan diri diperbodohkan. Digunakan untuk kepentingan diri.

Kalau dah suka. Susah nak jangka. Aku benci orang yang suka ambil kesempatan. Mentanglah dia baik. Orang tu ambil peluang. Lagi-lagi lelaki. Memang mintak kena lempang je buli kaum hawa ni. Tak baik tau. Cubalah cinta biar ikhlas. Jangan harap balasan. Mentang perempuan tu baik, kau gunakan dia?

Ps: Dia harus tahu.

Selamat Ulang Tahun Sahabat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google
Rasa tak puas wish kat FB. Memandangkan kami sama-sama blogger. Dia dah buat aku terharu masa komen. Ya komen perangsang untuk makin maju. Walaupun agak sengal dia ni. Tapi kira okeylah. Aku memang menantikan entry dia. Tak kisahlah lucah 18SX pun. Sebab sangat lawak okey. Siapa dia? Encik Jad. Nama manja aku kasi. Kan Jad kan?


Selamat hari lahir. Aku ingat kita sebaya. Ke tak? Aku pun baru bakal makwe jadi aku tak korek pulak. Okey itu gurau. Kami kawan. Ayat retis kan? Semoga Jad makin banyak idea nak menulis. Aku suka cara kau Jad. Serius. And thanks nasihat kau tu. Sangat berguna!

Profile picture
Ensem tak dia? Haha
Nota Iffah: Mamat ni suka kalau orang puji dia hensem. Cepat puji okey?

Ps: Birthday dia lama lagi.

Cerpen: Setelah aku terima nikahmu I

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Aku terima nikahnya Zahnita binti Zahar dengan mas kahwinnya, RM 8,000 tunai,”

Dialog sama terngiang-ngiang dari tadi. Sungguh aku gundah. Lelaki itu seakan ditaktor. Aku jadi gerun dengan sikapnya kadang kala. Kejap baik kejap boleh menjadi harimau lapar. Majlis pernikahan aku biasa saja. Tak semewah orang lain. Kami kahwin atas dasar sama-sama ingin melengkapi hidup.

Dia punya rumah, kereta dan kerjaya. Namun tak punya hati yang terisi dengan cinta wanita. Aku juga. Aku anak orang kaya yang tak perlukan apa-apa. Papa sendiri tak mahu aku bekerja. Papa sangat sayangkan aku. Mungkin aku sajalah anak dia. Segala keputusan papa ikutkan saja. Mujur saja suami aku pandai berlakon. Nampak sangat dia benar-benar cintakan aku tapi hakikatnya?

“Kau buat apa kat sini?” Sergahannya mengejutkan aku. Ingatan pada papa terus lupus serta merta.
“Saya rehat. Penat dari tadi berdiri,” Pakaian pengantin suami aku masih melekat dibadan. Cumanya kelihatan berkedut sedikit.
“Kau ingat kau sorang je penat. Jom teman aku. Kawan aku yang datang semua nak tengok kau. Kau ingat aku tunggul kat bawah tu? Harap je dah kahwin. Bini pun macam tak ada,” 

Bebelan dia aku dengar saja. Malas aku nak menyampuk. Kaki melangkah longlai. Tangan aku digenggam kemas. Aku tahu lakonan bakal bermula. Entah mengapa setiap kali aku berlakon, aku rasa semuanya macam realiti.

Xxxxx

Suara-suara lelaki mengganggu kosentrasi aku membetulkan busana pengantinku. Sarat dengan labuci. Malah kainnya meleret hingga menyukarkan jalan aku. Izmir berjalan tanpa peduli aku.

“Hye guys. Kenalkan ini bini aku, Zahnita,” Semua berpaling ke arah kami. Aku jadi malu.
“Cop! Ita kan?” Ita anak Datuk Zahar?”
“Kau kenal bini aku?” Suara Izmir berubah serius.
“Apa pulak tak kenal? Dia ni kat kampus bukan main famous. Kau lupa ke aku dengan dia satu fakulti?” Azhan teruja. Aku sengih saja. Kantoi pulak.
“Oh, aku lupalah. Bini aku cun. Takkan tak famous kan?” Perbualan meraka aku tak hiraukan. Diam tak berkutik di sebelah lelaki tegap. Tangan masih berada di genggamannya membuatkan aku lemas. Lama mereka berborak. Ada kala aku jadi bosan. Hendak menguap terpaksa aku menahannya.
“Sorrylah geng. Kalau terkurang ke apa eh? Aku sediakan mana mampu je,”
“Mana yang mampu? Ini dah cukup grand bagi aku. Kau pun kahwin sekali seumur hidup kan,” Celah Zahid. Aku tahu namanya sebab name tag dia tak bukak.
‘Apalah pergi kenduri kahwin pakai name tag segala. Buat malu je’ aku membebel sendiri dalam hati.
“Okeylah kami gerak dulu. Zahnita, you nampak anggun. Lagi-lagi bila pakai tudung macam ni. Tahniah ye,” 

Aku senyum nipis. Terasa tangan aku digenggam lebih erat. Ada yang marah. Ya, aku berhutang beribu penjelasan untuk suamiku. Mereka beransur pulang. Lega!

Xxxxx

Malam dingin menghembus bayu. Sejuknya hingga ke tulang. Aku duduk di tepi pintu. Entah mengapa malam ni sangat rasa lainnya. Mungkin aku dah punya tanggungjawab besar. Walau kami saling menetapkan syarat. Tak bermakna perkahwinan ini tak berlandaskan agama. Itu aku tak mahu. Aku takut bergelumang dosa. Niat kahwin pun dah salah. Aku takut. Cukuplah dosa menipu papa kesayangan.

“Papa…” Air mata aku mengalir tiba-tiba. Ada tangan menyeka air mata aku. Membuatkan aku tersentak.
“Awak,” Malu.
“Kenapa nangis? Kau menyesal ke kahwin dengan aku ni?” Masih kasar bahasanya. Aku senyum dan geleng.
“Taklah. Sekali saya dah tekad, saya akan tetap teruskan,” Ujar aku perlahan.
“Kau tahukan kita buat semua ni sebab kita single. Kita tak ada rasa cinta langsung. Jadi aku harap kau boleh bersabar. Mungkin untuk setahun dua hinggalah sama-sama jumpa pasangan hidup sebenar,” Aku tersentak. ‘Sebenar?’ monolog hati.
“Awak…saya ada request,”
“Apa dia? Aku boleh nak tunaikan. Janji jangan lebih-lebih,” Lelaki di depanku sangat berbeza saat pertama kali bertemu.
“Saya nak panggil awak dengan panggilan yang sesuai untuk suami. Lagi satu…”
“Stop! Kau nak panggil aku apa? Abang? Sayang? Please aku geli benda macam ni. Lagipun kita dah bincang. Hubungan kita nampak mesra depan orang lain je kan,” Protes. Aku tahu dia bukan nak setuju dengan cepat. Tapi aku hanya ingin menghormati seorang lelaki yang bergelar suami. aku harus pujuk dia. Aku harus cari jalan.
“Kenapa kau diam?” Izmir menegurku.
“Saya cuma nak panggil awak abang. Sesuai sebagai suami. lagipun kita kena biasakan diri. Takut tersasul panggilan,” Aku nampak dia diam memikir. Aku harap berhasil rencana aku. Ya, rencana tersembunyi. Aku tahu dia pasti bisa setuju.
“Baiklah,”
“Yes!” Spontan aku melompat girang.
“Yang kau seronok sangat kenapa? Panggilan je pun. Lagipun aku tua dari kau. Lagi?” Izmir memandang aku. Aku terasa getaran di dada.
“Itu je setakat ni. Nanti ada apa-apa saya cakap kat awak eh abang,” Aku malu.
“Okey, aku rasa aku pun kena bahasakan diri abang kan? Baik kita praktis sama-sama. Tapi abang nak panggil awak apa?” Berdesup jantung aku mendengar kalimah abang. Mudahnya jalan aku kelak. Aku senyum.
“Panggil Za. Sebab tak ada siapa panggil saya macam tu. Cukup buat suami saya seorang,”
“Apa-apa jelah. Abang nak pergi mandi. Peluh je malam ni,” 

Suamiku kelihatan kekok. Aku tahu. Misi seterusnya akan dimulakan esok hari pula. Aku senyum lantas membaringkan diri di atas tilam empuk. Aku tahu kami kena menjaga batas. Aku malas dengar bebelan dia. ‘Goodnite abang!’

Xxxxx

Aku melangkah malas ke kereta. Cuti aku dah berakhir. Seharian aku menghabiskan cuti dengan menonton drama korea secara marathon. Harapkan ada suami macam tak ada. Lelaki itu dari pagi semalam lesap. Aku cuba tak ambil peduli. Tapi aku tak bisa.

“Kerja?”
“Aah,”
“Kenapa tak semangat ni? Tak sihat ke?” Izmir menghalang laluan aku. Tangan kasarnya menyentuh dahi laju. Aku malu.
“Tak demam pun. Kenapa Za?” Aku diam.
“Abang tanya ni. Za kenapa? Tak payahlah pergi office hari ni. Sini masuk balik,” Entah mengapa aku ikut je rentaknya. Seolah dipukau. Ya, dipukau suami sendiri. layanannya sangat berbeza saat malam pengantin kami dengan sekarang. Aku seakan terbuai mimpi yang tak berkesudahan. Izmir, aku sukakan kau. Hati aku memberontak ingin mengatakannya. Tapi akalku menghalang. Lantas aku mendiamkan rasa ini sendiri.

Xxxxx

Kecohnya pasaraya pagi itu. Aku segera mengeluarkan list. Hari ini aku teringin nak masak Ikan Bawal tiga rasa. Aku ingat pesan arwah mama. Kalau nak pikat hati suami kena pikat perutnya dulu. Aku senyum.

“Abang, ikan ni nampak freshlah,” Aku senyum je melihat gadis itu memilih ikan bersama pasangannya. Nampak manis sekali. Aku cemburu tiba-tiba.
“Eh, Mia nak beli ikan? Bukan Mia tak suka makan ikan ke?” Suara itu aku kenali. Aku diam mencuri dengar. Ya salah. Tapi aku inginkan kepastian.
“Ala abang ni. Ikan ni untuk abang. Mia nak masakkan untuk abang,” Manja sekali kedengaran di telingaku. Pedih teramat sangat hati ini.
“Untuk abang? Amboi pandai Mia ambil hati abang. Ni sayang Mia lebih ni,” Izmir ketawa perlahan.

Aku nampak perempuan tu menepuk bahu suami aku sendiri. Drama apa yang mereka sedang lakonkan. Aku benci. Aku benci. Lantas ikan yang aku pegang dari tadi aku campak. Kasihan ikan tak berdosa itu. Dengan tangan tak dibasuh aku segera beredar. Aku dengar suara Izmir memanggil. Tapi aku tak mahu berpaling. Hati sudah makin parah. Ya, aku yang salah kerana menyimpan rasa buat suami yang tak menyintai isterinya sendiri.

Xxxxx

Aku kemaskan segala barang aku di rumah ini. Aku tinggalkan nota kecil buat insan yang bergelar suami. aku sedih. Ingin lari dari rumah yang mencipta pelbagai kenangan. Aku pasrah. Biarlah dia dengan pilihan hatinya.

Ps: Halalkan makan minum saya. Abang, semoga berbahagia. Surat penceraian abang boleh tolong proseskan nanti saya sain. Jangan risau.

Aku melangkah pergi. Tinggallah kasih tinggallah sayang. Sayangku Izmir, aku doakan kau bahagia. Walau aku yang menderita. Kau bahagiakanlah dia lebih dari kau bahagiakan aku satu tika dulu. Aku bersyukur berpeluang menjadi suri di rumahmu. Walaupun aku tak berjaya menjadi suri di hatimu. Hatiku tersiat-siat namun masih mengukir senyuman. 

Aku tahu, suami aku akan bahagia bersama pilihan hatinya walaupun aku menderita. Salah aku kerana mengharap panas hingga ke petang namun lupa hujan pasti datang di tengahari. Salah aku kerana mencipta angan-angan. Semuanya salah aku yang membenarkan hati menerima cinta setelah aku terima nikahmu. Benarlah kata bidalan cinta tak mungkin bisa dipaksa. 

Walau cinta yang hadir indah buat sementara namun aku pasrah. Aku rela demi cinta yang sebentar cuma. Aku bukan bodoh menilai cinta. Cuma aku tamak ingin memiliki cinta pada yang tak sudi. Izinkan aku semat cinta ini dalam hati selama-lamanya. Izmir, aku cintakan kau wahai suamiku. Kau takkan pernah dengar kata-kata keramat ini kerana telah aku tanamkan ia jauh ke lubuk hati. Aku senyum ketika mukaku kebasahan dek linangan air mata. Berbahagialah wahai hati walau cinta Izmir bukan milikku.

Bersambung...di sini.

Nota Iffah: Amacam? Jadi tak kisah sedih yang aku cuba garapkan? Tak sweet dah kan? Tak reti buat kisah sedih. Jangan marah ye. Kritikan korang aku terima secara terbuka. Marilah kritik hasil aku ni. Atas permintaan aku sambung nanti cerita ni. Jangan marah okey.

Ps: Dia pasti akan baca.

Bila nak drive?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Banyak soalan yang sama aku terima sejak sihat ni. Antaranya;

Iffah nak drive?
Iffah dah drive ke kat rumah?
Pergi sekolah nanti drive sendiri ke?
Boleh ke drive sekarang ni? Tak trauma?
Kau berani ke nak drive?
Tak nak cuba drive ke?

Banyak je soalannya. Tapi bukan bermakna aku #retis. Bila orang tanya teruja nak tahu. Apa lagi orang yang merasa. Haruslah teringin nak drive. Teringin nak ada kereta sendiri. Teringin nak pergi jalan ke Sedenak drive sorang diri macam hari tu. Semua teringin. Lama dah aku tak drive since 27.8.2011.

Aku tak drive sebab tangan aku tak pulih sepenuhnya. Genggam pun tak boleh. Pegang sudu pun kekok. Sunah, Nadh, Taufiq Helios, Syed, Zamir, Khairi, Abang Ady, Finaz, Mira nampak macam mana rupa aku makan. Jadi aku tak ada keyakinan nak genggam stereng kereta. Aku takut terlepas. Aku takut tangan tak kuat. Aku takut kemalangan lagi. Ya aku takut semua kemungkinan negatif.

Korang doakanlah tangan aku kembali normal fungsinya. Tapi kan tapi akhirnya aku drive Proton Perdana pada 26.1.2012. Aku tekadkan hati pergi sebab nak cari jeruk yang dah dibayar. Mahal kot. Jadi drive sendiri ke JJ Balakong. Sebenarnya cuak jugak. Tapi hati berkobar. Layankan je. Alhamdulillah selamat pergi dan balik walaupun masalah timbul seperti yang aku ceritakan di entri ni.

Ps: Dia tak tahu. Malas kasi tau.

Tips berdepan dengan ujian

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak kisahlah ujian apapun. Yang penting korang kena ikut tips aku kasi ni. Paksa pulak kan? Sesuai dengan sahabat aku yang sedang takut nak menghadapi ujian.
1.  
Yakin
Kena yakin pada diri. Katakan yang kita mampu buat. Jangan sebab hilang yakin, maka kita terfikir tentang kegagalan. Belum cuba belum tahu. Dah asyik fikir gagal, nanti gagal baru tahu. YAKIN!

2.      Jangan panik bila buat salah
Ya, kalau orang dah buat salah selalunya akan panik. Macam mana ni? Ala apa aku dah buat? Blah blah blah. Jangan panik. Buat slamber je. Kalau salah padamlah jawapan tu. Mula balik. Kalau test kereta, salah betulkan dan buat macam biasa.

3.      Doa banyak-banyak
Yang ni wajib. Mintak tolong dari Allah. Supaya dipermudahkan segala urusan. Tapi biasalah dah gagal baru nak doa biasanya. Dah silap baru nak sedar. Apa salahnya rendahkan ego tu doa mintak tolong Allah. Bukan susah sangat kan?

Semoga tips ni berhasil untuk korang. Ia berhasil untuk aku. Aku bercakap ikut pengalaman. Gagal sekali bukan selamanya kita gagal. Serius! #taktipu

Ps: Dia tak gagal rasanya.

Aku terima nikahnya...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sumber Fb
Ps: Dia ingat senang agaknya.

Kalau itu takdirnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sangat geram. Aku geram sampai rasa nak pecahkan cermin kedai tadi. Aku sebenarnya keluar berdua dengan adik aku. Duit memang cukup-cukup. Sebab aku dah belanja macam-macam masa pagi tadi. Kakak aku janji masukkan duit tapi sampai petang duit tak dapat. Dia kata Maybank ke BSN lambat.Jadi sampai kat Giant kitorang memang bajet betul dengan modal. Memang lega sebab amanah ibu dah dibeli. 

Sampai je kat kereta boleh pulak alarm kereta tak ada bateri. Kitorang cuba pelbagai gaya tak dapat. Sampai berbunyi alarm kereta. Terus telefon ayah. Lama cuba akhirnya senyap jugak. Ayah dah suruh beli bateri kat kedai jam. Aku pun cepat-cepat patah balik. Sekali harga bateri RM 12. Kami mana cukup duit. Nak keluar duit BSN memang tak dapat. Bukan boleh keluar kurang RM 50. Maybank ada beratus pun hampeh sebab kad bank aku tak ada selagi IC tak buat. 

Okey aku gelabah cari duit. Sampai syiling pun kami kumpul. Ada RM 8. Aku suruh kasi kat budak kedai tu. Kata ada masalah sikit. Ambil kunci bukak kereta. Korek-korek jumpa RM 2. Sadis kan? Mujur aku ada call ibu suruh datang. Tu pun lepas kena bebel. Kami ke yang salah? Kami menjalankan perintah. Duit yang guna semuanya duit aku yang seciput. Mana nak datang duit lagi? Lepas bayar budak tu pulangkan baki syiling. Berlagak dengan TAB dia. Siap jawab call depan kami. Hello, buat malu je jawab call guna TAB gabak tu macam telefon biasa. Dia lupa kot saiz TAB besar mana.

Tapi serius. Orang hanya memandang. Ingat kami ni sengkek sangat ke? Aku bengang tengok sikap manusia yang ada. Selamba tengok macam tak ada apa jadi. Kurang RM 2 je pun. Takkan kitorang nak menipu pulak. Dah siap bawak kunci kereta. Takkan pakai kereta curi? Semua prejudis. Aku pun tak nak mintak tolong dengan orang sebegitu. Hanya mampu memandang. Kalau dia susah? Tengoklah berapa ramai yang hanya memandang je. Moody~~~

Ps: Pesanan buat dia dan yang lain, jangan lupa sediakan duit kecemasan walaupun pergi kedai dekat dengan rumah. 

La Tahzan: Jika rezeki bukan milik kita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

La tahzan kembali lagi. Kali ni nak menyentuh tentang rezeki. Aku nak berkongsi kisah seorang sahabat yang mahukan sesuatu namun takdir tak berpihak kepadanya. Dia sedang bersedih ketika ini.

Seorang sahabat telah lama bercita-cita membuka kedainya sendiri. naik turun bank untuk meminjam wang. Pihak bank akhirnya telah bersetuju. Namun, ada syarat yang perlu sahabat penuhi. Syarat itu umpama menghumban sahabat ke tali gantung. Berat sebelah. Ya sangat sukar meminjam wang.

Setelah lama dia berfikir dan berbincang akhirnya dia membuat keputusan untuk terima tawaran bank itu. Walaupun pada mulanya dia takut mengambil risiko. Namun, apabila dia membuat keputusan sedemikian, pihak bank telah menarik balik tawaran tersebut. Makanya, sahabat ini kecewa kerana pihak bank seakan menindasnya.

Apa yang aku boleh katakan ialah bersabarlah sahabat. Mungkin ianya bukan rezeki kita. Walau usaha macam mana pun kita nak dapatkannya, hanya Allah yang menentukan pengakhirannya. Bila jadi begini, kita kena redha. Redha dan menerima takdir Ilahi.

La tahzan buat mereka yang tak dapat apa yang diingini. Terutamanya tentang rezeki. Kita harus ingat, rezeki Allah yang tentukan. Rezeki itu bukan di tangan kita. Jangan bersedih kalau nasib tak menyebelahi kita. Berdoalah semoga Allah turunkan rezeki kepada kita.

Ps: La tahzan buat dia juga.

Spontaneous Thursday#24

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Ada orang kata nak masuk meminang, aku terus reject awal-awal. Padanlah muka dia, werk.

Ps: Dia kata suka aku tanpa sebab. Puihhh.

Cakap jangan sebarang cakap

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Serius aku emo tadi. Aku emo sampai rasa nak lempang-lempang pengomen tu. Bukan di blog aku yang pastinya. Memang dasar Anon! Grrr. Sengaja publish lambat supaya hati tak emo sangat.
Yang tak tahu senanglah cakap. Aku pantang betul orang tak tahu apa-apa tapi bajet tahu semua benda. Kadang kita ni harap je ada akal tapi tak reti nak fikir. Sebab tu orang selalu cakap, cakap jangan sebarang cakap. Nanti terima padahnya.

Situasinya begini;
Kawan aku ada nak terbit novel. Tapi risau sebab kontrak yang diberi macam berat sebelah. Hal ini kontrak seumur hidup. Maknanya selama-lamanya kau akan terikat dengan syarikat sama. Jadi kenalah fikir baik-baik. Takkan nak main setuju je.

Tolonglah guna akal bila komen. Dahlah aku siang malam dengar dia risau pasal kontrak tu. Siang malam dia cari orang mintak pendapat. Kau senang-senang nak tuduh macam-macam. Kau reti apa? Setakat keluarkan duit. Kau tak ada hak nak cakap kalau hujung pangkal pun kau tak tahu. Sekian entri emo dari aku. Sekarang aku dah tak emo pasal layan TWITTER #eh.

Ps: Kalau dia, dah lama aku ketuk pakai buku!

Cerpen: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Senyumannya mati tiba-tiba. Lama mata terpaku pada susuk tubuh yang amat dikenalinya. Tunangnya! Menjadi tunangan tanpa rela membuatkan dia tak bahagia. Sehinggakan benci makin bertambah-tambah.

“Assalamualaikum,” Ujar lelaki itu. Senyuman manis dihadiahkan namun tiada balasan dari Tasnim.
“Aik takkan tak nak jawab salam kot,” Sengihan melebar. Lelaki itu seakan tak mengerti sakit hati Tasnim kala ini.
“Apa kau peduli?” Sombong dan angkuh nadanya. Zikri senyum. ‘Gadis ini terlalu angkuh’ Hatinya berbisik.
“Jangan terlalu angkuh wahai cik tunang. Takut kamu sendiri menyesal dengan kata-katamu kelak,” 

Kata-kata itu benar-benar mengganggu emosinya. Dia sebenarnya dipaksa membeli barangan untuk dijadikan hantaran semasa hari pernikahan nanti. Tak sangka pula tunangnya turut hadir. Betul-betul ganggu emosi. Dia diam. Malas bertekak. Segera dilajukan langkah. Tergesa-gesa Zikri mengejar langkah gadis itu. Cinta takkan hadir tanpa kita sendiri yang membenarkan ia melalui pintu hati kita. Zikri masih menanam angan-angan bahawa mereka akan disatukan atas nama cinta.

Hampir semua kedai Tasnim dan Zikri lewati. Namun tiada yang berjaya dibeli. Sengaja dia membuli zikri. Biar Zikri menyesal menerima dia sebagai tunang. Kata-kata abahnya seperti Hitler. Tiada pilihan kecuali terima. Hati Tasnim membengkak. Dia geram. Lalu amarahnya dicurahkan kepada lelaki malang yang rela menjadi tunangnya biarpun mereka tak pernah mengenali antara satu sama lain. Bahkan rasa cinta masih belum ada. Tasnim tersenyum. Idea jahatnya muncul.

“Aduh!”
“Kaki aku ni…” Zikri melihat kaki gadis itu. Dia mula risau. Segera dia meminta izin untuk pergi membeli minyak. Lariannya tangkas. Hampir saja hati Tasnim cair dengan sikap tunangnya. Dia bangun dan segera menyorok. Dia sebenarnya mahu melarikan diri. Tapi entah mengapa. Kaki terhenti di situ. Mungkin ini melihat ketulusan hati lelaki bernama Zikri. Diam dia tak berkutik.
“Tasnim…Tasnim…Anim mana Anim ni,” Lelaki itu menunduk kecewa. Tak sangka dia berjaya diperbodohkan oleh insan bernama Tasnim. Jauh di sana Tasnim mengalirkan air mata. Ada sesuatu yang menyelinap dalam sanubarinya. Segera dia menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan tangisan menemani. Dia teringat suatu peristiwa yang tak mungkin dia lupa.

Xxxxx

Suasana tegang. Semua menantikan kehadiran Tasnim. Zikri menyesal pula kerana telah mengkantoikan tunangannya. Memang bukan niatnya. Cuma dia berasa risau. Lantas dicarinya ke rumah keluarga Tasnim. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tasnim tak pulang-pulang. Marzuki mengamuk sakan. Dia tahu Tasnim yang mengenakan Zikri. Zikri puas memujuk namun gagal.

“Dahlah abahnya. Nak maghrib dah ni. Jom kita solat dulu,” Mariam memujuk perlahan. Zikri mengiyakan kata-kata bakal mak mertuanya.
“Jom bah. Kita sedia untuk solat,” Marzuki mengangguk lemah. Hatinya masih membara. Malu dia dengan bakal menantunya. Apalah dosanya mendapat anak degil seperti Tasnim. Dia tahu Tasnim protes. Tasnim memang begitu sejak kecil. Dia faham sangat. Timbul pula rasa menyesal membuat keputusan perkahwinan bagi pihak anaknya.

Solat berjemaah diimamkan oleh bakal menantu. Benarlah orang kata nak pikat anak kenalah pikat keluarganya dulu. Suara lunak mengalunkan kalimah suci didengar penuh khusyuk. Tasnim sedar dia dah terlewat. Maghrib pun belum dilaksanakan. Tapi dia masih berdiri di luar. Terpaku dengan suara lelaki itu. Diintai dari luar siapakah gerangannya. Namun, gagal. Dia melangkah laju menaiki tangga.

“Tasnim!” Suara mak.
“Ya, mak. Tasnim nak naik mandi dan solat dulu,”
Terus emaknya kehilangan kata-kata. Abah memandang sepi. Tasnim kaget lantas meneruskan perjalanan.

Xxxxx

Zikri beransur pulang. Dia tahu Tasnim telah selamat. Lega hatinya. Dia tahu dia harus banyak bersabar demi menjaga amanah yang bakal dipikul.

“Tasnim!” ujar Marzuki tegas. Tasnim bersedia walau apapun kata-kata yang akan terpacul dari mulut abahnya.
“Ya bah,”
“Kamu tahu kamu dah buat apa?”
“Tahu bah. Anim minta maaf,”
“Baguslah tahu. Abah nak tanya kamu betul-betul. Kamu benci sangat ke dengan budak Zikri tu?” Berdesup kata-kata itu memanah ke jantungnya. ‘Bencikah aku?’ monolog sendiri.
“Jawab soalan abah Anim!”
“Tak benci bah,” Air mata mula bergenang. Dia takut sebenarnya.
“Dah tu? Kenapa kamu buat macam ni? Sengaja malukan abah dan mak ye?” Marzuki mendengus kasar.
“Tak. Tak! Anim tak niatpun. Orang cuma tak suka dia. Tak kenal tapi tiba-tiba jadi tunang,” Diluahkan juga.
“Tak kenal kamu kata? Kamu tak kenal Ayie? Ayie yang kamu rindu tiap malam tu? Ayie yang suka ajak kamu mandi sungai tu?” Tasnim terpana.
“Abah jangan tipu oranglah,”
“Tipu apanya. Kan Anim ada kata kat mak yang Anim nak kahwin dengan Zikri sorang. Lupa dah ke?” Mak mencelah.
“Tipulah. Ayie dulu kurus kering je. Zikri tu lain. Ini zikri lain,” Tasnim separa jerit.
“Ikut kamulah Tasnim. Abah dengan mak dah cuba ikut kemahuan kamu. Berhari-hari kamu nangis masa kita pindah rumah dulu. Anim tak suka dia dah? Kalau macam tu esok abah cakap dengan budak Ayie tu. Putuskan pertunangan ni,” Abah beri kata putus. Tasnim terduduk. Kepalanya bercelaru. Macam-macam terlintas di otaknya. Peristiwa lama kembali lagi.

Xxxxx

“Ayie tunggu!” Tasnim berlari mendapatkannya.
“Ala Anim ni. Kenapa nak ikut Ayie?”
“Anim nak mandi sungai jugak. Ayie kan dah janji,” Mulutnya muncung.
“Bila masa pulak? Ala Ayie nak mandi dengan Syed, Soleh dengan Zamir. Anim kan budak-budak lagi,”
“Ala Ayie nak ikut. Anim mandi tepi-tepi je okey?” Dipujuk juga.
“Abah Anim tahu tak ni?” Tasnim segera angguk. Padahal abahnya tak tahu menahu. Perempuan lembut seperti Tasnim memang suka berkepit dengan Ayie. Baginya Ayie adalah kawan terbaik.
“Okey, Ayie bawak. Tapi ingat jangan ikut kitorang pergi tempat dalam,” Keduanya berjalan ke arah sungai. Kelihatan kawan-kawan Ayie sudah bermandi manda. Tasnim cemburu. Dia tak mahu Ayie bermain sama.
“Ayie jomlah teman Anim mandi kat sini,” Seakan merengek. Ayie mendengus geram.
“Tasnim kan dah janji tadi. Ayie main dengan diorang. Anim duduk sini je okey. Janji?” Belum sempat Tasnim menjawab Ayie sudahpun melompat ala-ala penerjun negara. Seronok mereka bermain air. Tasnim cemburu. Dia juga mahu.
“Ayieeeee!!!!” Suara Tasnim kedengaran. Dia hanyut. Selepas itu dia tak sedar. Tasnim sedar apabila berada di rumah. Puas Ayie dimarahi abahnya.

Xxxxx

Hari ini dalam sejarah. Sedar tak sedar hari pernikahannya berlangsung juga. Tasnim sedar abah dan emaknya buat semata-mata kerana dia. Dia tahu dia suka Zikri. Cuma semuanya terlalu mendadak. Dia tak sangka Zikri dan Ayie orang yang sama. Dia jatuh cinta buat kali kedua setelah mendengar alunan suara Zikri malam itu.

“SAH!” Lamunannya terhenti. Akhirnya dia bergelar isteri kepada Zikri. Ayie yang dirindui selama 10 tahun lamanya.
“Salamlah apa tunggu lagi,” 

Suara-suara nakal buat Tasnim lagi berdebar. Tangan kasar dihulur. Tasnim menyambut perlahan. Kuasa elektrik terasa padu. Saat dia mencium tangan suaminya, dia dapat rasakan debaran yang kencang. Barulah dia tahu, cintanya tak pernah terpadam. Walaupun orang anggap itu hanyalah cinta monyet.

“Assalamualaikum isteri abang,” Kata-kata itu memanah jiwa. Bisikan itu disertai dengan ciuman kudus di dahi. Tasnim yakin hanya dia seorang yang mendengar bisikan itu.
“Marilah bergambar. Apa tunggu lagi,” Suara sumbang lagi. Tasnim melirik kepada suaminya.
“Anim, dengan lafaz bismillah, abang dah pinang Tasnim. Sejak dulu lagi,” Bisikan demi bisikan didengar membuatkan Tasnim terharu.
“Serius? Bila?” Teruja.
“Masa Anim pergi tinggalkan Ayie satu tika dulu. Ayie dah bersumpah yang bila dah besar Ayie terus nak pinang Anim,”

Meleret senyuman Tasnim dan Zikri. Rahsia mereka berdua. Tasnim tak sangka suaminya juga mempunyai rasa yang sama sejak dulu lagi.

“Dengan lafaz bismillah juga, Anim terima pinangan abang. Terima kasih abang!” Tasnim menjengket lalu dibisikkan ke telinga suaminya. Bahagia milik mereka. Cinta monyet bukanlah cinta mainan semata. Ada juga cinta membawa ke tua. Cinta yang berlandaskan hukum syariah paling utama. Cinta yang disemai dengan nama bismillah insyaallah kekal ke syurga.
Tamat!

Nota Iffah: Nong Andy, aku berjaya karang. Agak geli kan cerita kali ni? Haha idea berdasarkan lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah. Seronok buat cerpen kalau ada geng. Jemput baca karya Nong Andy di SINI. Macam cerpen SAHABAT tu. Ada 3 versi lagi. Karya Nadh, Karya Sunah dan Karya aku. Jemput baca ya semua=)

Ps: Dia mula menulis juga.

4# L.O.V.E

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

"Cinta itu pelik. Kejap dia datang kejap dia hilang. Macam chips more kan?"


Nota Iffah: Cerpen: Ku pinang kau dengan bismillah akan dipublish malam ni. Nantikan ye =)

Ps: Dia berjiwang kat komen entry 2#L.O.V.E. Kata je aku jiwang. Dia pun sama.

Tiada beza kasih sayang mereka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu kita sebagai anak terasa ada wujud perbezaan bukan? Yalah dia dapat ni. Kita tak dapat. Adik ibu sayang lebih. Kita macam dianak tirikan. Banyak kisah benar yang emaknya memang menganggap dia macam anak tiri padahal anak kandung. Kerja berat semua suruh dia. Yang teruk semua dia.

Itu antara maknya dan anaknya. Mungkin ada permasalahan antara mereka. Mungkin layanan saja begitu tapi hakikatnya tak. Tapi seteruk manapun layanan dia pada kau dia tetap kasi kau makan kan? Tempat tinggal? Kalau nak dihitung duit yang habis untuk seorang anak. Mahunya berpuluh juta.

Tapi pernah tak kita fikir apa yang mak kita buat tu ada kebaikannya. Dia bukan saja-saja nak melebihkan sesiapa. Mungkin terlepas pandang. Dulu aku pun rasa macam ni. Nak-nak adik beradik aku ramai. Perempuan 6 lelaki sorang. Kadang cemburu jadi perkara biasa. Tapi wajarkah cemburu? Dulu aku selalu rasa macam tak penting dalam rumah sendiri.

Lepas accident baru sedar yang seorang ibu sayang anak-anaknya. Walaupun kasih sayang tu tak nampak dari mata kasar. Tapi aku dah boleh rasa. Jadi jangan nak bandingkan kasih sayang mereka. Tiada bezanya. Kalau tak sayang masakan korang boleh hidup di dunia. Baik mak korang gugurkan je masa mengandung. Ye tak? Jadi jangan beza-bezakan. Ia boleh menjauhkan korang dengan keluarga sendiri. Fikirkan.

Ps: Dia tak rasa kot.

Lelaki tak suka perempuan menangis

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google
Betul ke lelaki tak suka perempuan menangis? Aku musykil. Tolong jawabkan untuk aku=)

Ps: Nak dia jawab jugak tapi dia malas sangat nak drop comment.

Aku jadi penulis

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lama dah aku nak umumkan. Tapi takut tak jadi. Maklumlah bila aku dah bebetul jadi penulis baru aku post pasal ni. Nampak header kat bawah ni?
Klik untuk terjah
Aku sebenarnya ada post status pasal dilamar, dirisik dan dipinang. Nilah bendanya. Bukan pasal kahwin okey. Sab bos blog WARNA KASEH telah melamar aku jadi penulis tetap kat blog ni. Kira blog jiwa jiwang. Penuh dengan cerpen dan enovel dari pelbagai penulis.

Aku memang lama berminat nak join benda macam ni. Sebab tu suka hantar karya kat S7W sebagai guest. Kira okeylah dari syok sendiri kat blog sendiri kan? Jadi korang jemputlah baca nukilan kat sana. Best semuanya. Oh ya kalau nak kenal aku yang mana satu ada gambar kat ruang PENCERITA. Lama tak upload gambar sendiri. Kekok!
Selamat Membaca
Oh ya sokonglah apa yang aku buat ni. Dan juga sokonglah 13 penulis yang lain. Okey? Nadh dengan Sunah je tahu awal pasal benda ni. Thanks jiran sebab sokong. Sunah pun =)

Ps: Dia pun tak tahu lagi pasal ni.

3# L.O.V.E

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sahabat, cintai aku seadanya jangan pernah hati berubah menjadi cinta sang kekasih..kerna aku nak kita bersahabat selamanya...

Ps: Dia pun sahabat dan aku harap begitu sampai bila-bila.

Galakkan maksiat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Susah bila jadi public figure. Ramai kenal. Ramai nampak. Ramai perasan. Bila salah sebut terus kena caci. Terus jadi isu. Tapi fahamkan apa yang dia nak sampaikan. Jangan terus judge orang tanpa usul periksa. Boleh jadi fitnah tu.

Kadang manusia memang suka fikir mudah. Padahal apa yang nak disampaikan itu adalah sebaliknya. Macam orang buat troll. Bukan suka-suka dia buat. Ada motifnya. Jangan senang-senang kata dia galakkan maksiat. Korang pun dah besar panjang. Boleh fikir. Apa maksud sebaliknya? Kenapa dia taip macam tu? Kenapa macam ni?

Kalau aku kata jangan korang nak buat jugakkan? Baik aku kata pergilah buat maksiat sana. Dapat berseronok. Ada orang belai dan blah blah blah. Adakah aku menyuruh korang buat maksiat? Dakwah ni mudah je. Tak payah nak rumitkan otak. Sendiri mau ingatlah bila orang buat ayat perli macam tu. Kemahiran menaakul takkan tak tahu?

Ps: Dia berduka lara. 

Cerpen: Sahabat sampai bila-bila

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Jom jumpa nak?” Umi mengajak aku. Aku senyum. Teruja sebentar.
“Bila?”
“Jumaat ni,” Aku memikirkan sejenak. Mahu melompat kala ini.
“Okey, insyaallah tak ada halangan nanti kita jumpa. Siapa je pergi?”

Perbualan itu terus rancak. Segalanya sudah terbayang di mata. Seronok tak terkata. Sahabat akan berjumpa dan bermesra bersama. Itulah saat indah yang aku nantikan selalu.

Xxxxx

Lama kami menantikan kehadiran sahabat lelaki. Ya mungkin orang akan risau bersahabat dengan lelaki. Tapi tidak aku. Aku tahu dia boleh menjaga batas antara kami. Yang nak jumpa bukan berdua. Persetankan pandangan masyarakat. Kami tak salah. Persahabatan tak salah.

“Lamanya. Mandi ke apa ni?” Aku mula membebel.
“Ala saya tunggu mesej dari korang. Tak ada hint. Tu lepak lama kat rumah,” Haziq membela diri.
“Kita nak pergi mana ni?” Umi menyoal. Aku geleng kepala. Lantas memandang mamat yang sibuk membuka pintu kereta.
“Saya ikut je,” Haziq tersengih macam kerang busuk. Aku memandang Umi. Ada sesuatu yang dia ingin katakan. Tapi dia berat hati. Biarlah aku saja yang utarakan.
“Jom pergi KL Sentral. Ada MPH bookfair,”
“Saya tak kisah. Jomlah, nak bawa korang berjalan dengan gembira hari ni,” Umi tersenyum malu. 

Kereta Produa Kelisa terus menuju ke Kuala Lumpur. Murninya hatimu sahabat. Sanggup bersusah payah kerana memenuhi keinginan kami. Aku senyum sendiri. Banyak benda dibualkan. Banyak sangat sampaikan aku tak pernah bosan duduk sepanjang perjalanan menuju kota raya.

Xxxxx

Kami berjalan, melihat dan mentafsir. Mula sampai dah rasa kecewa. Aku pujuk hati Umi. Mungkin tiada rezeki kami. Book Fair sudah tamat. Namun, takdir Allah menemukan kami dengan MPH book fair. Kami gembira tak terkata.

“Tengok!”
“Aahlah. Jom tengok buku,”
“Mesej Haziq, kang dia risau kita tetiba hilang,” Aku mengingatkan Umi. 

Aku dan Umi sama-sama gila buku. Cuma genre buku kami berlainan. Tapi tak mengapa. Janji minat membaca itu ada. Baucer digenggaman Umi dipandang sepi. Aku cemburu. Namun, jadi manusia seharusnya tidak tamak. Aku redha. Banyak buku. Mata menjadi rambang.

“Apa yang dibeli?” Haziq menegur.
“Tak ada. Umi tu banyak diborong. Mentang ada baucer,” Aku sengaja menekankan soal baucer yang diberi kerajaan.

Kami terus menyelusuri gedung ilmu tersebut. Aku tiada rasa membeli buku kala ini. Lantas menelek sahaja. Haziq juga mencapai satu buku. Keduanya sama citarasa. Aku tak.

“Eh buku ni sesuai untuk korang,” Aku menunjukkan buku gerbang pernikahan. Banyak pula buku pasal kahwin hari ni. Aku mula tersengih sendiri.
“Apa pulak? Untuk Umilah,” 

Keduanya berlawan kata. Tapi taklah sampai bertikam lidah. Aku bahagia punya sahabat begini. Yang sentiasa ada menemani susah senang. Yang sentiasa sokong walau jauh dari pandangan. Yang prihatin tak kira masa dan tempat.

xxxxx

Umi mula mengadu sakit perut. Aku gundah. Diam dia di tempat duduk belakang.
“Umi, okey tak ni?”
“Aah kalau tak okey kita berhenti beli ubat sakit perut,” Haziq mencelah. Umi melarang. Sepanjang perjalanan hanya aku dan Haziq berborak. Umi dibiarkan rehat seketika. Sesampainya kami di kedai makan. Haziq terus ke kedai berdekatan. Niatnya untuk membeli ubat. Ya ubat untuk Umi. Aku menyokong saja.
“Nah ini je ada,” Umi terharu. Aku juga.
“Ala kenapa beli? Susahkan awak je,”
“Apa pulak susah? Kalau saya ada kuasa, saya nak je sakit tu biar saya tanggung,” Aku dan Umi sama-sama terkedu.
“Jangan merepek boleh tak?” Umi lesu.
“Betullah. Kesian tengok awak sakit macam ni,”
“Aah Umi. Susahkan korang je datang jauh ke sini,” Aku mula rasa bersalah. Jauh mereka berjalan. Keduanya masih penat. Aku tahu. Sengaja mereka sembunyikan.
“Apasal pulak? Tak menyusahkan pun. Awak sakit. Takkan saya sanggup bagi awak naik KTM sorang-sorang?” Haziq selalu menunjukkan sifat kebapaan. Aku terharu.
“Dah Umi, cepat pergi sapu ubat kat perut tu,”
“Aah, tandas ada kat sana,” Aku menunjukkan arah. Risau. Tak pernah-pernah Umi sakit begini. Umi pergi. Aku merenung ABC yang mencair. Aku tahu Umi batuk tapi aku benarkan juga dia makan ABC. ‘Apa punya kawan aku ni’ Getus hatiku.

Kami berpisah petang itu. Aku tak henti menghantar mesej. Risau keadaan Umi. Ingin saja aku mengikut mereka pulang. Namun janji pada keluarga harus aku tepati. Hati gundah memikirkan Umi sebenarnya. Mujur saja Haziq melaporkan setiap masa. Umi berehat. Aku malas mengganggu. Aku harap sangat sakitnya akan hilang. Haziq memang mengambil berat. Aku tahu aku tak perlu risau dengan adanya dia di sisi Umi.

xxxxx

Semalam masih segar diingatan aku. Kami bertiga bersama meredah hutan batu bandar metropolitan. Ya cuma bertiga. Dia seorang lelaki dan kami perempuan. Lagaknya seperti abang. Buat kami rasa selamat bersamanya. Walaupun orang kata jangan mudah percaya orang.

Walaupun kenal hanya di alam maya, eratnya kami umpama tali yang diikat mati. Tiada apa yang bisa menggoncangkan ikatan suci ini. Siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat? Aku menidakkannya. Kami sahabat selamanya.Umi, Haziq dan aku. Sahabat sampai bila-bila. Aku selalu terngiang-ngiang kata-kata Haziq hingga kini.

“Korang kena pergi majlis kahwin saya, kalau tak merajuk sampai bila-bila!”
“Aku janji aku akan pergi,” Aku menanam janji. Walau tak tahu bilakah masa itu akan tiba. Adakah nyawa dikandung badan. Aku tetap berazam aku akan pergi. Umi juga begitu. Persahabatan bukanlah untuk suka semata-mata. Aku sayang persahabatan yang terbina ini.

Tamat!
Nota Iffah: Cuba genre berbeza. Perspektif berbeza. Hayatilah karya yang tak seberapa ini. Ini kisah benar=)

Ps: Dia dan aku bersahabat juga.

Merayu dan dipujuk rayu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku ada seorang sahabat. Sejak tahun lepas isu ni dibahaskan. Sampai tak selesai jugak masalah dia. Ya aku tahu aku kawan yang teruk. Tak dapat membantu apapun. Tapi banyak sebenarnya aku nak cakap dengan dia. Sekarang dia sedih. Usaha selama ni sia-sia. 

"Ada beza merayu dan dirayu. Kau kena terima hakikat tu," Aku kata kat dia.

Banyak kali aku ulang benda sama. Masalahnya kita nak mintak tolong kat orang. Jadi kitalah pergi merayu. Kalau orang tak nak tolong kita, nak buat macam mana? Paksa? Aku tahu susah untuk berjaya. Tapi kitalah kena tebalkan muka dan merayu.

Lainlah kalau kita dipujuk rayu. Berbeza sangat layanannya. Kita macam puteri. Yang merayu seperti pengemis. Ada sebab aku benci merayu. Orang nampak kita macam hina sangat. Mentanglah kita merayu kat dia. Cuba kalau kita dirayu. Dia pulak macam pengemis kan?

Jadinya kawan-kawan ingatlah. Memang besar perbezaannya. Jangan samakan kita dengan yang lain. Tak apa orang nampak macam pengemis pun. Yang penting kita berusaha kan? Orang berasa gagal sebelum usaha adalah loser. Sekian.

Ps: Dia buli aku. Kesian kan aku?

Cinta dari jauh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Awak...
Saya nampak awak dari jauh
Hati mula rindukan awak
Nak tegur saya jadi takut
Sebab awak mana kenal saya...

Awak...
Sebenarnya lama dah saya pendam
Nak beritahu pun segan
Awakkan ramai peminat
Mesti awak anggap saya peminat semata...

Awak...
Sejak pertama kali saya jumpa awak
Saya dah mula suka
Tak pernah salahkan awak
Sebab tak balas rasa saya ni... 

Awak...
Saya betul-betul suka awak
Lama dah saya simpan
Cuma nak awak tahu lambat
Sebab saya takut dikecewakan...

Hati saya mudah hancur
Awak...
Saya dapat rasakannya
Yang awak takkan suka saya
Sebab tu saya cinta awak
Cuma dari kejauhan
Maafkan saya awak...

Nota Iffah: Tiada kaitan dengan penulis.
Ps: Dia lawak. Penat aku gelak =)

Pandangan kau dan aku berbeza

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu sangat kan bertelagah pasal pendapat. Kadang sampai bertikam lidah. Tapi untuk apa? Menegakkan kebenaran? Kenapa cakap yang tua dilawan? Cakap yang muda dibantah? Normal kan kalau orang berlainan pendapat?

Aku dan kau pun sama. Berbeza pendapat. Aku dengan cara aku. Kau juga begitu. Tapi aku tak salahkan kau atau korang. Sebab aku percaya perbezaan itu unik dan unik akan membuatkan kita lain dari yang lain. Aku rasa macam ni. Kau kata macam tu.

Korang pernah kan alami? Jadi perlu ke nak berbalah hanya kerana sedikit perbezaan? Aku terima cara kau dan kau harus terima cara aku. Mungkin aku lebih suka pendam kalau pendapat kita lain. Mengalah bukan bermakna kita kalah. Cuma tak nak panjangkan isu.

Isunya pendapat tak sama. Masalahnya korang tak bosan ke kalau ada orang mengiyakan je apa kau cakap? Tolonglah realiti tak semudah itu. Lain orang lain cara. Lain orang lain pendapat. Jadi diri sendiri. Hormati pendapat orang. Kau akan gembira walau akhirnya kau juga mengalah. =)

Ps: Dia pun lain pendapat dengan aku tapi kami tetap okey. Kan Encik Anon? Haha

Macam mana nak pikat perempuan kasar?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hai blog ni tak sudah-sudah dengan pertanyaan yang pelik-pelik. Sabar jelah aku. Kadang lawak je bila baca balik. Mula macam mana nak pikat wanita idaman. Dah bagi jawapan. Tanya pulak pendapat lelaki pasal perempuan kasar. Ini lain pulak. Macam berkesinambungan pulak kan?

Tak apa memandangkan aku tak rajin nak buat research sekarang, aku jawab ikut pandangan aku. Aku bukan lelaki ye. Aku terasa jugaklah. Sebab aku tak lemah lembut. Aku kasar. Jalan tunggang langgang tu biasa. Terus kena reject kejap lagi ni kang. =P

Bagi aku tak sukar pun nak memikat hati perempuan. Asal kena dengan gayanya. Lagi-lagi perempuan perwatakan kasar. Sebenarnya dalam hatinya ada taman. Er bukan merujuk kepada penulis ye=P. Tapi kan korang percaya je jodoh. Kalau korang dah usaha tapi tak berhasil maknanya dia bukan untuk korang okey?

Ps: Tanyalah dia si Anon macam mana nak memikat ni? Dia hebat bab ni=P

Sana sini pasal tunang kahwin

Hari ni seharian bersama rakan blogger lagi. Rasa tak puas nak borak tapi sebab memasing kejar masa. Thanks semua yang jumpa tadi. Yang hantar ke Kajang terima kasih daun keladi. Maulidur Rasul kita jumpa lagi. Insyaallah.

Tadi ada kenduri. Sepupu tunang. Tua setahun dari aku. Alhamdulillah. Harap jodohnya cepatlah ye. Benda baik apa salahnya dipercepatkan. Ehem tapi masih pelik sebab tunang pun beria.

Biasalah adat melayu, hantaran kena ada sirih junjungnya. Kalau tak hantaran tak lengkap. Umpama badan tanpa kepala. Aish lemah aku bab adat. Mana taknya ramai orang takut nak kahwin sebab duit. Masyarakat kita yang menyusahkan sebenarnya. Dalam Islam tak pun.

Aku tengah sedih ni. Tak ada siapa pun tanya aku bila nak tunang dan kahwin. Bila giliran aku? Semua sibuk tanya pasal belajar. Pasal tangan. Uwaaa muka ni tak layak ke kahwin? Haha sabar jelah. Orang lain bosan tanya pasal kahwin. Aku tak ada pun yang tanya.

Ps: Tak habis-habis dengan dia. Korang mesti bosan kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers