“Sayang, wake up honey. Kita dah lewat.” Hati-hati Adwi mengejut isteri tercinta.
Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan. Bulan madu yang telah lama tertangguh. Mungkin penantian ini akan berakhir. Perkahwinan mereka dah mencecah ke lima bulan tapi banyak rintangan yang mendatang. Adwi tabah. Baginya perkahwinan bukan untuk keseronokan semata. Dia teringat ketika mula-mula mengenali Zahra.
~~~~~
“Buta ke apa?” jerit Zahra.
Pagi itu dia terlewat untuk hadiri temuduga. Setelah bergelar siswazah tiga bulan yang lalu, dia masih belum berjaya mendapatkan pekerjaan. Mak ayah sudah membebel untuk cari kerja atau bekerja sahaja di office family. Namun dia menolak. Baginya kerjayanya perlu dari berkat titik peluhnya sendiri. Lagipun orang pejabat sudah kenal dengannya sejak di bangku sekolah lagi. Malu! Peristiwa lama membuatkan dia tegar memilih menjadi penganggur berbanding kerja di pejabat nostalgia itu.
“Cik, awak yang langgar saya dulu. Saya rasa awak perlu checkup mata awak,” sinis kata-kata Adwi. Geram disembur begitu. Malu dek pekerja bawahannya yang masuk ke pejabat. Dahlah depan pejabat.
“How dare you!” Zahra jerit lantas menghayunkan file putih yang terjatuh ke badan mamat itu. Dan…
“Kurang ajar punya minah. Watch out! Aku takkan biarkan kau hidup tenang,” kata-kata itu berbisa tapi nadanya masih rendah. Adwi malu. Egonya tercabar. Pekerja hanya lalu lalang sambil berbisik-bisik. Adwi bergegas masuk ke pejabat. Amarah melanda jiwanya.
~~~~~
“Sal, awak boleh panggil peserta temuduga yang terakhir,” tegas Adwi.
“Cik, bos dah panggil. Hati-hati ya, hari ni mood kurang baik.”
‘Sempat lagi Cik Sal ni!’ membebel Adwi sendiri. geram masih terbuku di hatinya.
“Assalamualaikum, atuk nenek tumpang lalu boleh? Anakanda nak interview kerja ni,” Adwi terkesima. Lembut tuturnya tapi perempuan ni macam nak minta semburan free je. Aku hangin betullah. Eh lupa jawab salam. Dosa tau! Waalaikumussalam.
“Awak ni datang temuduga kan? Tapi nak buat lawak pulak. Why not you jadi pelawak je? But not in front me, I not interested with your joke!” Adwi sedikit pun tak berpaling. Dia masih menghadap panorama Kota Metropolitan itu.
“Encik, orang dulu-dulu cakap kalau tak suka bergelak ketawa nanti pendek umur tau,” jawab Zahra laju. Sengaja dia cipta. Atuk nenek dalam kuburpun tak pernah cakap macam ni.
Sekali mendengar kata-kata berani itu terus Adwi berpaling. Hatinya tertarik dengan wanita yang berani berkata sedemikian.
“AWAK??!!” kedua-dua terjerit.
Mujurlah pintu telah bertutup rapat. Kalau tak jatuhlah saham kemachoan Encik Adwi Zaquan, boss paling muda dalam Damasutra Holdings.
“Oh inilah perempuan yang mempunyai kesantunan bahasa yang tinggi,” perli Adwi.
“Eh, kenapa? Tak percaya ke? Oh bahasa saya sopan bila cakap dengan orang yang sopan je!” balas Zahra.
“Perempuan ni!” Adwi makin panas. Terus berdiri dan mendekatkan diri dengan wanita itu. Adwi sengaja ingin menakutkan Zahra. Tapi malangnya, Zahra berani.
“Kenapa encik?” Mereka beradu pandangan.
Benarlah kata orang dari mata jatuh ke hati. Adwi malang sekali tak terkata. Dek penangan mata bulat bewarna coklat hazel milik Zahra. Dia terpegun. Seolah ditawan kuasa cinta. Benar dia di awangan. Bukan kerna kecantikan wajah tapi kerna mata. Mata tak pandai menipu. Adwi telah jatuh cinta.
“Awak diterima. Esok boleh mula bekerja,” kata Adwi lancar. Dia kembali semula ke tempat duduknya. Bukan kerna terpesona tapi dia telah meneliti resume Zahra. Dia tahu Zahra boleh melaksanakan tugas dengan jayanya. Hatinya kian berdebar. Dia takut berhadapan dengan mata bewarna hazel itu. Sekali pandang ingin beribu kali untuk memandang lagi.
“Oh no,no. I can’t accept it. Saya masih ada maruah. Kalau encik rasa dengan bagi saya kerja kat sini, encik boleh buli saya. Jawapannya, TIDAK! Saya tak kebulurlah nak merayu-rayu minta kerja!” tegas Zahra. Dia mahu menangis. Sekuat manapun dia tak mampu mengikis sifat kewanitaan yang ada dalam diri. Dia berpaling dan menuju ke pintu serentak itu...
“Zahra wait! Saya ada alasan kenapa saya ambil awak kerja!” langkah Zahra terhenti.
“Tak perlu berdalih encik, saya tahu saya dah buat encik marah but…”
“Zahra, dengar dulu apa yang saya nak katakan,” Zahra kaku. Tak terkata. Adwi melangkah kedepan. Dia perlu cintanya berada disisi. Kehilangan cinta yang dahulu cukup buat hatinya perit. Dia tak mahu menjadi lelaki yang pengecut seperti dulu.
“First, you have a talent and a lot of experience. Second, rugi rasa melepaskan bakal editor yang mungkin akan berjaya menaikkan nama syarikat ini. The last one is I think I love you,” Adwi Zaquan tarik nafas panjang.
Zahra malu. Terkejut. Dia tak berani memandang kembali pemuda itu yang bakal menjadi bossnya.
“Awak gila!” serentak pintu itu di buka. Adwi terpaksa melihat Zahra berlalu. Dia tahu dia terlalu berterus terang. Tapi apakan daya gadis itu telah mencuri hatinya. Segala amarah lebur-seleburnya. Hanya kerana mata.
Post by,
Miss Ran