CORETAN TERBARU NADH

Bila kehendak bertukar menjadi keperluan

Aku rasa aku nak jugak mencoretkan sesuatu walaupun internet memang teruk sangat. Super duper siput sungguh. Tapi sebab aku dah bangkitkan isu ni kat status Fb hari tu. Buat aku tak tenang. Nak jugak tulis untuk tatapan korang.

Apa kehendak? Kehendak ni sebenarnya mengikut nafsu je. Kalau kita nak makan burger contohnya. Lepas tu mak dah siap masak pun. Cuma kita je gedik nak mengidam makan burger jual tepi jalan jugak. Itu lebih kepada kehendak.

Keperluan macam rumah, pakaian, makanan. Kalau kita tak ada semua tu hidup kita susah. Serba tak kena. Kalau tak ada rumah nak tinggal kat mana kan? Tapi kalau duit sikit tapi nak beli rumah banglo yang gah memang tu bukan keperluan dah. Tu jadi kehendak. Dah tu tak sedar diri kan. Biar papa asalkan bergaya konon.

Masalahnya sekarang, bagi aku kereta adalah keperluan. Bukan lagi kehendak. Bukan sebab semua pakai kereta aku pun nak kereta. Semua ada kereta atas nama sendiri aku pun nak jugak. Ni kes keperluan mendesak. Aku memerlukan kereta untuk ke sana sini. Kalau yang belum tahu aku biasa guna kereta. Setahun mungkin. Cuma dah tinggal rangka sekarang.

Bila dah terbiasa ada kereta sendiri. Aku jadi cacat tanpa kereta. Nak pergi mana-mana susah. Kena berkorban banyak benda. Kereta secara tiba-tiba menjadi keperluan. Aku selalu dengar pengangkutan awam kan ada? Dulu ye, sebab kereta nak beli tak mampu. Sekarang kereta pun macam beli baju dah. Jangan bandingkan zaman sekarang dengan dulu. Lain sama sekali. Paling menyampah orang sibuk bandingkan zaman dulu. Kami hidup zaman kini, jadi fahami jiwa dan situasi orang zaman kini. Kehendak boleh juga berubah jadi keperluan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

37#Wordless Wednesday

Rindu semua. Sibuk mengalahkan wanita bekerjaya kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Di sebalik I.F.F.A.H A.F.E.E.F.A.H

Banyak aku nak coretkan sebenarnya. Semuanya tentang hadiah hari jadi. Rasa aku memang tak ternilai dengan wang ringgit. Sebuah persahabatan yang terjalin. Susah senang selama kami kenal. Lagi-lagi masing-masing ada masalah tersendiri sekarang membuatkan aku terharu dengan bait kata-kata untuk aku.

Iffah Afeefah nama diberi
Formal dan skema juga orangnya kadang-kadang
Fantasinya indah
Amat penyayang orangnya
Hatinya selembut dan senipis tisu

A "Ada" yang suka pada Iffah aka Missran
Fleksibel sentiasa
Emosinya kadang kala goyah juga
Entah bila bertemu prince charmingnya
Fahami hati dan jiwanya pasti kamu tergoda
Anugerah Allah. Kesabaran dan ketabahan di hatinya
Harapannya tinggi untuk menggapai cita dan cintanya

Sahabat aku coretkan segala kenangan dan gambar-gambar dulu kala. Saat kita belasan tahun hinggalah usia mencecah 23 tahun. Sampaikan aku terharu. Walaupun ada sesetengah kenyataan aku ubah ayatnya kerana tak sesuai untuk bacaan umum. Kalau nak kenal aku, hampir 100% betul kenyataan di atas.

Sahabat, terima kasih hadiah yang tak ternilai. Setiap kata dan gambar yang kau sematkan menampakkan kasih sayang yang melebihi segalanya. Aku tahu kau sayang aku. Aku kan sahabat terbaik kau. Aku sayang kau jugak. Aku harap kita sahabat selamanya. Sama seperti cincin BFF kita. Hati tisu sekarang T.T
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bila rindu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila rindu...terkenang mu sayang...terasa sayu...syahdunya jiwaku...lalala

Bila rindu menjelma. Semua jadi tak kena. 

Bila dah hadir rindu. Semua jadi serba kelu.

Adakah rindu itu perit hinggakan kita sakit bila ianya hadir? Semuanya bergantung pada hati. Hati yang merindu. Aku kata rindu itu indah. Indah sebab kita merasakan hadirnya perasaan yang indah. Kadang terbuai rasa dek kerana rindu.

Siapa tak pernah merasakan rindu? Mustahil bukan? Aku rindu seseorang. Aku rindu segala kenangan yang menggamit masa muda dulu. Aku rindu akan aku yang dulu. Aku rindu segalanya. Rindu bukan menyakitkan. Malah ia membahagiakan. Normalkan bila kita merasa rindu.

Kadang rindu buat kita semakin dekat. Ya rindu pengikat hati kita. Rindu pada alunan Al-Quran yang mengasyikkan juga membuatkan kita dekat dengan Allah. Rindu pada zikir munajat membuatkan kita menginsafi diri kita. Siapa kata rindu itu menyakitkan? Bila hadirnya rindu, aku bahagia kerana aku berpeluang merasai kerinduan yang memuncak kala ni. Syukur alhamdulillah =)

Part 17: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Akhirnya Ady berjaya menjejakkan diri ke Kota Metropolitan. Hatinya membuak-buak membisikkan rindu. Rindu yang teramat sangat. Tujunya hanya satu. Wanita yang sering menjadi pujaan hatinya. Wanita yang sering disebut-sebut dalam sedarnya. Wanita yang sering dimimpi dalam alam lenanya. Sunah!

“Abang balik Sunah,” senyum meleret. Berbunga hatinya. Setelah lama mereka terpisah hanya kerana insiden paparazzi. Dia tahu dia terlalu bodoh kerana melarikan diri seperti pengecut. Ya dia memang pengecut.

Zaquan melambaikan tangan. Dia meninggalkan Ady di tepi jalan. Ady berkeras mahu pergi sendiri ke rumah buah hatinya. Dia tahu Ady sudah tidak sabar bersua muka. Walau tak lama dia mengenali lelaki itu. Dia tahu lelaki itu tetap setia pada yang satu. Dia kagum dengan cinta mereka. Cinta yang diharapkan sampai ke syurga.

Xxxxx

Ketukan bertalu-talu memaksa Tasha bergerak malas. Dia terganggu. Sunah seperti biasa masih berkurung. Dia pun memang tak harap sesiapa yang membukakan pintu. Masing-masing sibuk terperap. Matanya tertancap pada lelaki berjambang. Dia takut!

“Deq, Sun keluar sekarang!”
“Apa dia?” Deqdeq datang terpisat-pisat. Suara Tasha sungguh lantang membuatkan tidurnya terganggu.
“Ada orang. Ada orang jahat datang!” Tasha menggigil. Sunah yang baru keluar terpinga-pinga.
“Ada orang jahat? Siapa? Kenapa hidup kita tak pernah aman?” Rungut Deqdeq.
“Entahlah Deq. I takut. I rasa baik kita report police!”
“Kejap. Mana you tahu dia jahat. Mungkin dia nak jual barang ke apa?” Sunah mempositifkan fikiran.
“Okey, you jenguk tingkap sekarang. Dengan ketukan macam nak robohkan pintu rumah. I tak rasa orang baik,”Deqdeq dan Sunah segera menjenguk. Ya, lelaki berjambang. Sangat dia kenali.
“Nanti I buka. I pakai tudung kejap,” Tasha dan Deqdeq hanya memandang tingkah Sunah. Pelik rupanya.
Xxxxx

Satu tumbukan mengena ke mata Mat. Dia begitu terkejut. Ady memandang geram.

“Kau buat apa kat sini? Tak puas lagi ke kau kacau hidup dia?”
“Aku…aku cuma…” Mat menggigil.
“Cuma apa? Kau jangan buat pasal lagi. aku dah tak teragak nak lapor polis. Dakwa kau. Masa tu jangan harap nak melutut merayu!” Ady mencengkam kolar baju paparazzi itu.
“Baik-baik aku pergi. Aku pergi,” Lelaki berjambang pergi tergesa-gesa. 

Ketika itu pintu terbuka luas. Kelihatan Sunah berdiri di depannya. Hati mula membisikkan kata rindu yang sememangnya takkan terluah. Naluri lelakinya memberontak. Ingin saja dia memeluk wanita yang dirinduinya. Namun, dia sedar ikatan mereka tidak menghalalkan hal itu. Sunah terperanjat.

“Abang!” Mata mula berkaca.
“Sunah, jangan risau. Lelaki tu takkan kacau kita lagi,”
“Abang! Lelaki mana pulak ni?” Sunah pelik.
“Lelaki tadi. Dia yang ketuk pintu tadi. Abang sampai terus dia mengigil. Mujur abang cepat,” Sunah masih blur.
“Bukan abang ke yang ketuk pintu? Bukan abang ke yang datang tadi?”
“Bukan, abang baru je datang. Tu si paparazzi tu. Dia tak habis-habis nak ganggu Sunah. Abang dah bagi amaran. Lagi satu abang dah fikir masak-masak pasal Sunah,”
“Ingatkan abang. Mujur tak cepat-cepat buka pintu tadi,” Keluhnya.
“Sunah, please. Hati-hatilah. Jangan nak tergesa-gesa buat keputusan. Mungkin sebab nilah kita jadi macam ni,” Ady meraup wajah. Jambang halus mula meliar di sekitar wajahnya.
“Sekarang abang nak salahkan sayalah?” Sunah mula geram.
“Bukan, abang cuma risau. Awak tu perempuan. Abang tak sanggup nak bayangkan apa jadi kalau Sunah tak ada…” Matanya berkaca. Keduanya kelu tanpa kata. Hanya hati yang berkata-kata. Tak terluah dek kata. Lama mereka begitu. Sunah rindu. Begitu juga dengan Ady.

Bersambung~~~~

Bila dah tak puas hati

Selalu kan bila tak puas hati aku akan diam. Diam dan terus diam sampai hati baik sendiri. Sebab? Sebab aku nak menjaga hati aku darii terus sakit. Itu cara aku. Aku bukan nak jaga hati orang sangat. Sebab hati aku pun tak terjaga.

Tapi bila orang lain tak puas hati. Aku cuba untuk masuk campur supaya hati dia tenang. Supaya dia rasa aku ada untuk dia. Bukan nak jaga hati. Cuma aku memang penyibuk. Aku memang suka fikirkan orang lain.

Kadang bila dia terasa aku pujuk balik. Padahal hati aku marah kat dia. Sampai aku raa bodohnya aku. Tapi sampai bila dia nak selesa macam tu? Selesa aku sentiasa ada? Aku tak nak sebab aku dia terus manjakan diri. Terasa sebab perangainya sendiri. Susah bila berada di persimpangan.

Sebelah kata pujuklah dia. Dia sedih tu. Sebelah lagi kata jangan manjakan dia. Dia kena pujuk hati sendiri. Sampai bila nak dimanjakan? Buat salah orang lain tak berani tegur demi jaga hati. Jadi aku tak puas hati pada diri sebab aku berbelah bagi.

Akhirnya aku diam. Diam untuk semua. Bila tak puas hati diam je. Jangan harap orang pujuk. Jangan harap sesiapa tenangkan hati sebab tak selamanya orang tu akan ada untuk kita. Berdikarilah dan jaga hati sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Dia sahabat kamu tapi...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
La tahzan lambat pulak hari ni. Maaf aku terleka dengan proses pemindahan rumah. Pindah homestay yang agak mahal sewanya tapi sangat berbeza jaraknya dengan rumah lama. Harap duit melayang hati pun puas. Okey masuk kisah persahabatan pula.

Kenapa aku tiba-tiba bercerita pasal persahabatan? Sebab Sunah pernah buat entry pasal sahabat. Adakah sahabat kamu untuk hari ni saja? Esok? Atau selamanya? Ada sahabat yang makin lama makin jauh dari kita. Tapi kenapa? Adakah kita yang salah? Diakah?

Tiga perkara yang aku nak tegaskan:

1. Muhasabah diri;
Kadang kita ni nampak kita terbaik. Tapi kita tak tahu dalam hati sahabat ada terguris dengan kata-kata dan perlakuan kita. Namun, kita sendiri bukan sempurna. Jadi haruslah bermuhasabah. Jika ada salahnya dari kita, apa salahnya kita mengalah. Turunkan ego dan minta maaf. Ego atau persahabatan lebih penting?

2. Terima perubahan;
Ada masa manusia berubah. Kita bukan tuan dan sahabat kita bukan hamba. Dia bukan semut yang selalu setia dengan gula. Dia hanya manusia biasa. Terima perubahan sikapnya. Jangan salahkan dia kerana ada masa manusia juga inginkan perubahan dan persekitaran yang baru.

3. Syukur;
Syukurlah anda masih mempunyai sahabat. Walau hubungan renggang macam mana pun. Dia tetap sahabat anda. Kalau dia marah sekalipun mungkin ada yang mengganggu rasa hatinya. Beri masa. Jangan terlalu mendesak kerana manusia sememangnya tak suka didesak. Syukur dia masih bergelar sahabat.

Kesimpulannya, jangan mudah bersedih hanya kerana krisis persahabatan. Kadang Allah beri ujian sekecil ini untuk melihat kesetiaan dan kesabaran kita dalam bersahabat. Mungkin kita pernah menyakiti hatinya. Mungkin dia tak selesa dengan kita. Mungkin dia perlukan sahabat yang baru tapi tak mungkin kita akan dilupakan kerana kita selamanya sahabat dia. Sekian.


36#Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mahkota buah-buahan

Semua pakat nak lepas tangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak faham sikap segelintir ibu bapa. Dah nak dekat sebulan aku perhatikan. Anak-anak terbiar di kawasan sekolah. Murid prasekolah dilepaskan jam 12. Masalahnya mak ayah tak nak jemput awal. Dengan alasan tunggu anak lain yang tahap 1 dan 2.

Waktu habis kelas anak lain kadang sampai pukul 2. Dua jam budak-budak berlari keliling sekolah. Ganggu pengajaran dan pembelajaran abang-abang dan kakak-kakak. Bila si penjaga datang nak jemput, sejam mencari anaknya. Tak jumpa. Entah mana dia menyorok.

Lama dibiarkan budak kecil berkeliaran. Pernah ada persoalkan kenapa tak kurung je bebudak ni kat premis prasekolah. Jawapan cikgu, tanggungjawab guru sampai 12 sahaja. Kalau semua nak jadikan prasekolah tempat asuhan kanak-kanak. Lama dah kitorang jadi pengasuh pulak.

Bukan apa, bila dah selesa macam ni. Semua pakat lepas tangan. Sekolah selamat kononnya. Tapi kalau dah anak dia ke hulu hilir. Panjat sana sini. Lari ke mana-mana. Kalau terlanggar kereta ke, siapa nak jawab? Kena culik lagi. Cikgu-cikgu bukan penjaga 24 jam. Kalau dah terhantuk baru nak tergadah orang jenis macam ni.

Ada anak jagalah baik-baik. Orang lain punyalah usaha nak anak. Kau ada anak biarkan je. Mentanglah prasekolah tak payah bayar. Makan tanggung. Kau selesa je. Inilah orang yang terlalu mengharap belas orang lain. Semua nak harap orang. Sendiri punya anak orang lain yang tolong risaukan keselamatannya. Geram!

Budak pun reti malu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Alkisah di prasekolah. Waktu selepas tamat pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah. Cikgu muda masuk ke dapur kerana ingin meminum air. Tiba-tiba dia terjerit lalu berpatah balik. Kanak-kanak lelaki yang berbogel terus berlari masuk ke tandas bersebelahan dapur. Kanak-kanak itu merupakan anak muridnya sendiri yang berumur 6 tahun.

Kesimpulannya, kanak-kanak pun reti malu bila perempuan nampak dia punya tutttt. Kita yang dewasa ni? Sibuk nak kejar fesyen yang kadangkala berpakaian tapi seperti bertelanjang. Jadi renungan kita bersama. Adakah akal kita sama macam kanak-kanak 6 tahun atau lebih rendah dari dia. Terasa atau tak itu urusan kau. Yang penting aku dah tegur dan aku takkan berhenti menegur=)

Part 16: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sunah kecewa. Malam berganti siang. Ady hilang sekelip mata. Dengan siapa? Sihat ke tak? Selamat tak lelaki itu? Semua dia tak tahu. Hati tak pernah segundah ini. Jiwa meronta ingin ke lapor saja ke balai. Namun, housematenya tegas menghalang. Sesalannya tak berkesudahan. Ady hilang. Jiwanya turut hilang.

Beberapa hari dia berkurung dalam bilik. Berteleku di tikar sejadah. Bermohon agar jiwanya dikembalikan. Dia teramat risau. Risau akan lelaki itu. Semua membuatkan dia terfikir. Mungkinkah ini petanda yang Ady dan dia tak mungkin bersatu. Mungkin tiada jodoh antara mereka.

“Sunah, jomlah makan. You lama dah terperap ni,” Tasha memujuk lagi dan lagi. seharian kawannya akan berkurung. Makan pula Cuma sedikit. Itupun sekali sehari. Payah benar melihat segaris senyuman. Benarlah kata orang cinta bisa membunuh jiwa.

“Betul Sunah. Akak dah masak spaggeti carbonara lagi. Jomlah sayang. Kita makan ye?” Suara Deqdeq meruntun hati. Air mata jatuh setitis. Lantas Sunah menyekanya. Dia tak boleh terus lemah begini. Dia perlu tunjukkan dirinya yang kuat agar semuanya takkan risau tentang diri dia lagi. Sunah bingkas bangun.

“Jom makan. Seronoknya ada housemate yang baik macam ni,” Ketawanya girang. Sunah tekad menyembunyi rasa kehilangan yang amat daripada mereka. Meskipun sukar, dia mahu kelihatan kuat. Dia percaya Ady tak suka melihat dia terus lemah.

‘Ady, awak kena balik dengan selamat. Promise me!’ ujarnya dalam hati. Ketiganya makan dengan gembira. Setiap suap diselang-seli dengan tawa gembira. Hatinya telah ditanamkan benih bahagia. Dia tak mahu terus bergelumang rasa sedih. Ady pasti akan kembali. Dia yakin sekali!

Xxxxx

Zaquan hanya memandang pelik. Ady terlalu diam. Dia terpaksa mengikut jejak lelaki itu. Ke mana saja Ady pergi. Entah mengapa persahabatan yang terjalin secara tiba-tiba mampu mengikatnya seperti ini.

“Ady!”
“Awat?” Ady menoleh.
“Apasal kau menung jauh bro?”
“Aku ingat kita kena balik esok. Lama dah aku menghilang. Kau jugak. Tak ada siapa risaukan kau ke?” Ady menguis pasir di depannya. Deruan pantai menenangkan hatinya. Pantai itu tempat mereka berteduh. Walaupun sunyi, dia tak berasa gentar. Mereka berdua. Lelaki pulak tu. Takkan takut dengan semua ni.

“Aku? Aku sebatang kara bro. Aku membesar di rumah anak-anak lelaki. Aku dah lama hidup sendirian macam ni. Kau pulak? Ada yang risau ke?”
“Ada. Aku pun risau akan dia jugak. Entah kenapa aku pilih untuk lari. Padahal aku patut jadi penjaga dia,” Ady mengeluh. Sikapnya kadang mengecewakan diri sendiri.

“Bro, kau kena ingat. Kau dalam bahaya, bukan dia. Kalau kau dekat dengan dia, dengan dia sekali terjebak. Bahaya bro. macam nilah, esok kita balik. Masa tu kita buat report. Dua orang tu takkan dapat ganggu korang lagi,” Zaquan bersungguh.
“Tapi aku…”Ady serba salah. Reputasi Sunah harus difikirkan. Dia tak mahu kisah mereka terbongkar. Lebih teruk lagi kontroversi akan tercetus. Semuanya demi maruah Sunah. Dia takut.

“Jangan risau bro. Aku yakin jalan ni je mampu selamatkan korang berdua. Tentang gosip, lama-lama berita ini akan terkubur juga. Orang akan jadi bosan cerita benda sama kan?” 

Zaquan seolah memahami hati Ady. Dalam diam dia mengagumi cinta Ady terhadap gadis itu. Dia masih belum mengenali siapa wanita di hati Ady.
“Kenapa kau begitu yakin Zaq?"
“Sebab mulut orang. Lama mana pun akan berhenti jugak. Tapi dengan syarat kau dan dia kena terima. Kau kata dia model kan. Maknanya dia public figure. So, nak tak nak dia kena berdepan dengan situasi macam ni. Baik negatif atau positif. Sebab tu aku lebih suka jadi rakyat biasa,” Jawapan Zaquan mengundang tawa Ady.
“Apasal kau gelak?” Dia tak puas hati. Ady sudah menekan-nekan perut sambil gelak besar.
“Kenapa weh?”
“Kau buat lawak. Adoi sakit perut aku kau tahu?” Ady sambung gelak. 

Sudahnya Zaquan mendiamkan diri. Dia malas hendak melayan ketawa Ady. Dalam hatinya bersyukur kerana setelah bermalam-malam Ady murung. Malam terakhir di sini barulah dia nampak sinar kebahagiaan. Dia cemburu dengan Ady sebenarnya.


Nota Iffah: Sampai sini dulu. Penat perah otak. Lama sangat cerita ni dituntut. Tapi tak jugak gerak. Ni adalah sikit buah tangan untuk mereka yang masih mengikuti cerita ini. Harap terhibur.

Jangan bodoh menilai cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tengah emo masa taip entry ni. Huh sakit hati membaca kisah sahabat blogger. Malas sebut siapa. Dia kena marah dengan aku kat komen dia. Masalahnya kita dah ada akal, hati untuk menilai erti sebuah cinta. Jangan sebab cinta kita bodohkan diri.

Banyak lagi pahala yang boleh kita kejar. Aku ingat ada dalam drama. Rupanya realiti pun ada. Sungguh geram okey. Kaum aku dibuli sewenang-wenangnya oleh insan bergelar lelaki merangkap bekas pakwe.

Lelaki: Awak, saya busy. Tolong belikan bunga boleh?
Perempuan: Okey, nanti saya belikan. Nak bagikan kat dia sekali ke?
Lelaki: Boleh juga. Ini alamatnya.

Kau tengok? Lelaki tak guna. Aku sengaja tukar contoh. Memanglah kau tak boleh lupa dia. Tapi perlu ke dia buli kau? Mentang kau baik. Kau rela. Dia boleh buat apa je? Tolonglah jangan jadi bodoh. Cinta macam ni patut dibuang kau tahu? Buat apa nak menagih pada yang tak sudi? Sebab tu aku rela single dari diperbodohkan macam kau. 

Tolonglah sedar yang jodoh pertemuan semua dah ditentukan. Sejauh mana kau cuba pikat hati dia kalau dia tak nak memang tak boleh paksa. Dia bukan suka kau. Dia suka membuli kau. Takkan tak nampak lagi? Katakan tidak pada lelaki yang tak guna macam ni!

Itu kan hak dia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang aku pelik dengan sikap manusia. Berani mengkritik tapi takut dengan identiti sendiri.Macam baling batu sembunyi tangan. Pengecut. Aku tak kisah orang nak kritik karya aku. Ya terima je. Tapi kalau dah nama pun ANON macam mana nak aku belajar dari kritikan tu.


Untuk baca komen dia. Kalau nak cacipun tak apa. Janji guna nama sendiri. Boleh aku tanya pendapat dia kan. Apa yang tak kena. Apa yang boleh aku perbaiki. Aku takkan mengamuk sebab tak profesionallah nak mengamuk hanya kerana seorang ANON. Saja aku publish komen ANON. Nak gelak di kemudian hari. Boleh macam tu?

Hak kamulah nak kutuk ke apa. Yang penting aku menulis ikut kepuasan hati. Seorang tak suka tak bermakna semua tak suka ye tak? Aku suka pun dah cukup sebenarnya =) Buat si ANON sila jangan jadi pengecut. Malulah orang baca komen kamu tu hehe.

Biar anak menangis sekarang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang dulu selalu kata "Biar anak menangis sekarang jangan kita menangis di kemudian hari."

Mendalam bukan maksudnya? Jadi jangan ikutkan sangat kehendak anak. Ada benda kena bertindak tegas. Contoh dia nak pergi main dengan kawan. Tanpa orang dewasa menemani. Tapi ibunya tak izinkan. Bila anak dah meraung nak jugak. Hati si ibu mula cair. Naluri keibuaan kan memang tiada tandingan.

Malam tu si ibu meraung sebab anaknya meninggal kena langgar kereta. Memang ajal maut di tangan Allah. Tapi sebagai ibubapa kenalah prihatin. Jangan lepas tangan. Soal keselamatan selagi boleh elak kita elakkan. Jangan sayangkan anak sangat sampai semuanya kita ikutkan. Sebab tu timbul pepatah kat atas tu.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Entry keibuan sikit kan? Haha sejak makin berusia ni kan=P Oh ya pasal cerpen. Maaf macam klise sikit. Tapi yang aku nak tonjolkan macam biasa ialah sweet. Kan aku memang sweet? Mengaku cepat! Haha

Cerpen: Hati ini bukan milikku lagi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan...kamu...
Sayangku jangan persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...
Lagu itu terngiang-ngiang di awangan. Entah mengapa seperti berhantu. Haziqah mengeluh. Risau hingga saat ini dia masih belum mempunyai calon. Umurnya kini mencecah 24 tahun. Dahulu dia sendiri berkobar mengatakan yang dia ingin menamatkan zaman bujangnya pada usia 24 tahun. Tapi sehingga kini Mr Rightnya belum juga dia temui.
xxxxx

"Jauh menung kak?" Qie menegur. Aqiel memang jauh panggang dari api perangainya dengan kakak seorang. Lembut kadang kalah perempuan. Tapi taklah bermakna dia sotong.
“Tak adalah. Jiwa masih kat sini,”
“Eleh ayat nak bombastik. Ni ada call tadi. Officemate akak suruh masuk kerja esok. Ada bos baru masuk katanya,” Haziqah mengeluh.
“Awat?” Musykil Qie melihat perubahan sikap kakaknya.
“Akak kenal malas nak datang. Bos tu sangat-sangat akak kenal. Aish kenapalah dunia ni kecik sangat hah Qie?”
“Amboi. Ni mesti skandal kan? Cepat bagitau siapa? Adakah…” Aqiel sengih-sengih. Haziqah sudah menjegilkan matanya. Dia tahu sangat adik dia tahu. Tahu tentang kisah silamnya itu. Mustahil dia punya semangat memandang lelaki yang pernah menggetar jiwa satu tika dulu.
“Macam mana Qie? Akak kena buat apa?” Aqiel hanya mengangkat bahu dan berlalu pergi.
“Tak guna punya adik!” Jeritnya perlahan.

Xxxxx

Suasana di pejabat kecoh. Maklum sajalah bos baru masuk. Lelaki muda pulak tu. Yang dara menggedik. Yang janda berhias bagai nak rak. Masalahnya yang berstatus isteripun tak kurang hebatnya. Haziqah mencebik. Dia seorang yang berpakaian kasual. Malas nak beria. Dia tahu lelaki itu sengaja memilih kerja sebumbung dengannya. Kata-kata lelaki itu suatu ketika dulu telah dia kotakan.

‘Bajet aku nak terharu’ Haziqah bermonolog.
“Assalamualaikum,”

Bala sudah datang. Haziqah menyengih. Dia malas melayan. Segera dia mengangkat dulang berisi gelas kosong ke pantri. Cukuplah kisah lama ditutup dalam buku. Dia tak mahu jadi bahan gosip.

“Hai takkan lama tak jumpa respon dingin macam ni? Haziqah Nur binti Saiful?” Idlan Farhan menanti di pintu.
“Apa lagi kau nak? Sibuk jelah. Kau kenapa nak kerja sama tempat dengan aku?”
“Wah sebab tu kau mengelak dari aku. Kau tak suka aku jadi bos kau ye?”
“Aah memang tak suka. Buat pengetahuan kau, kat KL ni melambak pejabat yang memerlukan pemimpin macam kau. Sibuk je,” Haziqah mara ke depan. Namun, terhalang.
“Memang banyak. Dengan kelayakan aku ni memang berebut orang nakkan aku. Tawar macam-macam. Siap nak bagi pakej isteri lagi. Tapi aku datang sini sebab kau,” Berdegup laju jantung Haziqah mendengarnya. ‘Sebab aku?’ Haziqah memandang Idlan meminta penjelasan.
“Sebab janji aku dulu. Kau ingat tak?” Haziqah diam. Dia ingat sangat. Sebab janji itulah dia menyimpan perasaan bertahun lamanya. Tanpa Idlan Farhan mengetahuinya.
“Kau takkan tak ingat kot. Aku ingat lagi aku kata kalau aku dah bekerja nanti aku nak kerja di tempat sama dengan kau Iqa. Kat bumbung yang sama. Aku nak sentiasa dekat dengan kau dan masa tu akan aku nikah dengan…” Kata-katanya dipintas laju.
“Cukup! Itukan kisah dulu. Masa tak maing-masing tak matang. Tak sangka kau serius. Aku tak sukalah kau kerja kat sini. Yang dulu, dulu punya ceritalah,” Haziqah menutup rasa. Debar makin memuncak. Peluh dingin menghiasa wajah. Segera dipalingkan wajah gementar. Bimbang dia ketahuan.
“Kau benci dengan aku ke Iqa? Aku buat semua ni sebab aku nak kotakan kata-kata aku dulu,” Nada kecewa. Haziqah menggigit bibir diam tak terkata.
“Bos buat apa kat sini? Jom potong kek,” Kak Wan sudah datang. Haziqah terasa lega yang amat.

Xxxxx

Hati ini bukan milikku lagi. seribu tahun pun akan ku nantikan kamu…
Haziqah dilema. Cinta usia remaja seolah tak boleh dipercayai. Namun, niat mengakhiri zaman bujang pada umur 24 jelas perlu dilaksanakan. Dia tersepit antara matlamat dan cinta.

“Patutke aku kahwin je dengan Lan dan matlamat aku pun tercapai?”
Haziqah berkira-kira. Janji Idlan membuatkan dia terus bertahan hingga hari ini. Dia tak berniat mencari lelaki lain walaupun matlamatnya sudah menghampiri. Dia keliru dengan perasaan sendiri. sama ada dia benar cintakan Idlan atau itu hanya janji semata. Dia buntu. Wajarkah dia kahwin tanpa pasti siapa di hatinya? Yang pasti janji yang dulu benar-benar mengikatnya hingga kini. Janji Idlan menikah dengannya. Hanya dengan Haziqah seorang!

Xxxxx

Suasana office kecoh. Idlan bawa seorang gadis kampung. Haziqah yang baru sampai pun terkejut. Tak sangka Idlan ada kekasih hati.

“Iqa, kau kan kawan lama bos. Takkan tak tahu apapun pasal bos? Adik dia ke awek dia ke?” Kak Za menyucuk. Haziqah menggeleng. Dia malas ambil port sebenarnya. Hatinya bagai disambar api marah. Takut terbakar lagi jika mendekatkan dengan limpahan minyak. Dia diam terus ke bilik air.
“Aku dengar Iqa dengan bos ada apa-apa dulu. Tu Iqa diam je bila bos bawak masuk perempuan lain. Cemburulah tu,”
“Aah comel sangat budak tu. Melayu habislah. Iqa tu bukan tak cantik tapi baju kalah lelaki. Malas nak pakai vogue macam kita. Bibir mana nak bertopeng. Macam hantu je tiap hari. Kalau aku jadi bos aku pun lari beb,”
“Eh kau orang ni mengata orang hantu pulak. Iqa tu cantik semula jadi. Tak payah nak make up pun tetap cantik,” Kak Wan datang backup. Haziqah yang makin membara di dalam tandas segera sejuk. Umpama api bertukar aiskrim. Sejuk je. Mujur dia tak salah pilih kawan.
‘Sayang Kak Wan!’ bisik hatinya.

Xxxxx

Haziqah menyusun file di rak Idlan. Sengaja dia masuk ke bilik bosnya itu. Hatiya membuak ingin tahu. Tapi ego menghalang. Akhirnya, dia ada di situ menyusun file tak henti-henti. Batang hidung lelaki tu tak juga kelihatan. Alih-alih dia yang kepenatan setelah mengemas seluruh pejabat. Mata pun layu. Otak inginkan rehat. Tubuh sudah tak mampu bekerjasama dan dia terlelap.

Xxxxx

“Tak apa. Biarkan air di situ. Oh ya, jangan ganggu dia,” Haziqah terpisat mendengar suara yang tak asing lagi.
“Eh kau kenapa ada kat sini?” Matanya digosok berkali-kali.
“Sebab kita dah kahwin sayang,”
“Tipulah. Kau ni. Mana kau pergi penat aku tunggu tau,”
“Sayang tunggu abang kenapa? Rindu eh?”
“Apa kau ni? Apa berabang dengan aku? Gelilah,” Haziqah memandang sekeliling. Rumah. Bukan pejabat. Tapi kenapa?
“Kenapa aku ada kat rumah ni? Ni rumah siapa? Eh kau bawak aku balik rumah kau kenapa?” Haziqah masih blur.
“Sayang, ini rumah kita. Ni bilik kita. Ni suami awak. Kita dah kahwin lima tahun dah. Sekarang umur awak 29 tahun. Awak accident, lepas tu awak lost memory jangka pendek. Jadi awak ingat sebelum kita kahwin je. Tak apa, tiap kali sayang lupa abang ingatkan. Okey sayang jom makan pagi. Sambil tu abang tunjuk gambar kahwin kita ye?” 

Penuh sabar Idlan menerangkan satu persatu. Bukan sekali bukan dua atau tiga. Bahkan setiap kali isterinya terjaga dari tidur. Ingatannya lemah. Gegaran di kepala satu ketika dulu benar-benar memberi impak kepada kedua pasangan tersebut.

"Habis siapa perempuan kampung tu? Kawan kau ke?" Idlan tersenyum mengenangkan kisah dulu. Haziqah cemburu rupanya. Disebabkan peristiwa adik sepupunya datang dia segera melamar Haziqah. Mujur dipermudahkan majlisnya. Idlan Farhan tersenyum. Haziqah di sebelahnya masih blur. 

“Sayang walau beribu kali pun sayang tak ingat suami sayang, percayalah sudah terukir di bintang tak mungkin hilang cinta abang padamu wahai Haziqah Nur. Cepat sembuh ye sayang!” Idlan memegang erat tangan Haziqah. Dikucup lembut. Hatinya tak berhenti berharap. Moga cinta mereka akan kekal hingga ke syurga walau begini pengakhirannya.
Tamat~~~

Nota Iffah: Sekadar mengubat kerinduan untuk mengarang.

Dan aku memang...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dan aku memang mengaku yang aku salah. Maafkan aku. Mungkin ada yang terguris. Terluka tak semena-mena. Walaupun tak ada niat langsung. Maafkan aku. Sempena usia meningkat, aku nak menyusun 10 jari ni memohon ampun dan maaf. Daripada sahabat sekalian. Samada yang rapat atau baru kenal.

Ya, mungkin pendapat kita tak sama. Mungkin cara aku tak boleh diterima sesetengah pihak. Maaf bukan aku berniat nak berahsia pasal hari lahir. Bagi aku banyak sebab kenapa aku perlu rahsiakan. Tapi pada mereka lain persepsinya. Jadi aku mohon ampun maaf. Mungkin cara kita berfikir dan menterjemah berbeza. Amat berbeza.

Lepas ni aku lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Ya, hati-hati kerana bukan semua kita buat orang boleh terima dan bukan semua orang boleh terima kita seadanya. Maafkan aku! Terima kasih mendoakan aku walaupun bukan pada hari istimewa aku =) Aku sentiasa ingat semakin tua usia kita semakin dekat dengan ajal.

#Terima kasih sebab doakan aku sentiasa.

SEGMEN ANDA BIJAK | UJI TAHAP GEOGRAFI ANDA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku join sebab RajaPropa punya segmen macam best. Nampak sangat tak ada kerja kan?
Klik sini okey

1.
a.Durian Daun, Melaka
b. Tanjung Bidara, Melaka

2.
a. Paya Ikan, Melaka
b. Sungai Siput, Perak

3.
a. Bukit Merah, Perak
b. Ayer Hitam, Johor

Saya suka baca blog Pak Cek Biola kerana penulisnya sungguh propa. Dia adalah raja segala propa. Proparazzinya beliau di realiti =P.


Jom join. Sila jangan tiru jawapan aku. Babap kang!

La Tahzan: Kisah anak dan emak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kasih seorang anak takkan bisa disamakan dengan kasih seorang ibu. Namun, ada juga si anak yang terseksa jiwanya kerana kasih ibu tak sampai padanya. Ibu seharusnya menjadi pelindung. Tapi apakan daya, ibunya tak menyayanginya seperti anak yang lain.

Usah bersedih wahai si anak. Sesungguhnya ini ujian yang Allah ciptakan untuk kamu dalam kehidupan ini. Kadang kita selalu fikir kita paling malang dalam dunia. Sedangkan ramai lagi yang terseksa jiwanya. Kisah mak ayah bercerai, mak bawa lelaki asing masuk rumah, pakwe mak meraba si anak. Si anak dijadikan pelacur. Macam-macam lagi.

Apabila duit mengatasi segalanya. Anak juga jadi mangsa. Kita harus tahu yang tak semua mak begitu. Memang wujud sebenarnya mak yang sebegitu. Apa yang kita perlu buat sebagai anak? Mahu jadi anak derhaka? Tentu tidak bukan. Jadi sayangi emak kita walau buruk manapun perangai dia, dia tetap mak kita sampai bila-bila.

Soal derhaka atau tidak bergantung pada situasi. Jika emak menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan agama patutlah kita melawan. Takkan nak jadi pak turut? Tetap ada garis panduan dalam kehidupan. La tahzan buat si anak. Doakanlah semoga mak kamu kembali ke pangkal jalan dan jangan sesekali membencinya kerna tanpa dia takkan lahir kamu ke dunia.

Nota Iffah: Terima kasih pada yang wish birthday tu. =)

15 Februari 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jenuh menanti hari sebenarnya. Selamat hari lahir diucapkan kepada rumet kesayangan aku. B, happy birthday. Hari ni kita tak dapat sambut sama. Kita pun praktikum jauh kan? Semoga panjang umur, murah rezeki. Hadiah nanti tuntut. Semoga jodoh kau dengan Mr Izzuddin berkekalan hingga ke syurga hendaknya. Kahwin bagi kad okey?

Dia rumet merangkap kembar sebenarnya. Birthday kami sama. 15 Feb. Orang pertama wish haruslah dia. Jumaat lepas dah wish awal-awal. Orang kedua Ezad Amir. Itupun terbagitau dia sebab dia nak balas jasa aku kononnya. Sekali dia buat surprise kat aku.

Terperanjat aku bila klik link INI. Terima kasih daun keladi, Jad. Dah tiga kali dia wish. FB, Entry dengan link ni. Yang lain maaf ye sebab tak heboh pun pasal birthday. Dah tua, malulah nak bagitau. Ramai jugak dah wish. Mungkin mereka adalah stalker. =P 

#35 Wordless Wednesday




Published with Blogger-droid v1.7.4

Cikgu demam!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk haruslah poyo. Oh aku telah dijangkiti virus. Demam melanda saat aku semakin mendekat usia tua. Nampak sangat diri dah tua kan? Biasalah musim demam. Sakit tekak sejak adegan sweet dengan kawan aku lagi. Habis satu sekolah heboh pasal aku demam. Mana taknya. Tidur 24 jam. Memang tak larat sangat. Batuk pun sampai perut sakit. *Sunah sangat memahami kot. 

Ramai sangat yang ambil berat masalahnya. Sampaikan guru besar pun tahu aku demam. Malu aku dibuatnya. Semua paksa pergi klinik ambil MC. Aku sayang MC aku. Kalau MC terlebih aku kena pergi sekolah ganti hari aku cuti. Siapa nak ke sekolah masa tu? Muka aku jelah terpacak. Tak memasal. Jadi jimatkan MC anda ya para guru praktikum sekalian. Lagipun isnin tak mengajar. Aku mengajar selasa sampai jumaat.

Pagi tadi ada budak Darjah 5 aka anak kepada pembantu pra tanya aku "Aik dah sihat ke?" Amboi malu aku dibuatnya. Sabar jelah. Nampak sangat semalam memang aku betul-betul tak sedar. Siapa yang datang. Apa yang diorang cakapkan. Dari pagi sampailah ke pukul 4 aku tidur. Hebatkan aku?

Kesimpulannya, jagalah kesihatan masing-masing. Musim demam sekarang ni. Esok ada event kat prasekolah tu. Nanti kalau aku rajin, aku uploadlah gambar anak murid yang comel-comel belaka. Gambar cikgu? Tak payah kot. Lagipun siapalah nak tengok cikgu yang tak sihat ni kan? =P Tolong doakan aku sihat cepat!

Semangat menulis

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Biasalah kalau tetiba rasa semangat tu hilang. Ada seorang sahabat kata dia dah tak semangat nak menulis. Yalah hidup ni ada turun dan naiknya. Kadang rasa letih nak menulis. Kadang rasa sia-sia. Entahlah perasaan kita memang sentiasa berubah-ubah.

Tapi nasihat aku senang je. Menulis kerana pembaca. Pembaca yang tak putus-putus datang walaupun tak tinggal jejak. Walaupun pembaca tak banyak manapun. Tapi mereka tetap perlu dihargai. Cara kita hargai ialah menulis, menulis dan terus menulis.

Mereka dahagakan penulisan kita. Tak kisahlah orang kata penulisan kita biasa je. Tak kisahlah ada yang mengkritik kata macam-macam. Yang penting, ada yang masih setia membaca. Jangan sebab semangat yang hilang kita pun terus hilang dari dunia penulisan.

Tiba-tiba jadi malu sebab ramai sangat memuji aku. Padahal aku rasa aku insan biasa je. Entahlah mungkin pandangan masing-masing. Buat Cikgu Dil terima kasih entry tu. Terharu* Tapi aku rasa penulisan aku bukan bagus sangat pun tapi kalau dah jadi sumber inspirasi kenalah tunjuk contoh yang baik kan? Haha perasan!

Ayat terbaik hari ni ialah "Meletakkan jiwanya di setiap penulisannya" by Saizuan di blog Gen2Merah=)

Maafkan kamu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hayati lirik dia. Memang terbaik. Entry ni buat seseorang. Tak pasal jadi isu besar pulak kan. Tak ada kisah sentap menyentap kat sini ye =) Sudah-sudahlah memikirkan benda yang tak penting. Baik memaafkan orang. Dapat jugak faedahnya. Ye tak?

Nota Iffah: Tak pasal timbul gosip lain pulak ni. Rasa macam retis wakaka. =P

3# Cinta antara blogger

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Akhirnya baru aku ada kesempatan nak mengarang. Inipun sebab ada mamat paparazzi sibuk menggosipkan aku kononnya ada pakwe blogger. Kang isu ni jadi besar pulak. Sabar jelah. Tak apa yang penting hati aku, diri aku Allah tahu. Yang lain ikut dioranglah fikir apapun kan?

Bila sebut cinta antara blogger ada yang mencebik muka, ada yang senyum sampai ke telinga. Memang ada yang tak percaya pada cinta alam maya ni. Tapi tak semua alam maya ni menipu. Alam realiti pun ada je yang menipunya. Kadang semua ni bergantung pada diri jugak.

Risiko percintaan memang banyak. Tak semestinya antara bloggger semata-mata. Jangan takut berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak. Jadi persiapkan diri dengan dugaan yang mungkin mendatang. Cemburu tu biasalah. Lagi-lagi kalangan blogger popular kan?

Cinta memang bukan untuk dipaksa. Cinta juga bukan kita yang minta. Dia datang tiba-tiba. Jadi tak boleh nak menghukum cinta antara blogger tak boleh dipercayai. Bila dah di alam percintaan, masing-masing kena pandailah bawak diri. Macam mana nak kekalkan hubungan tu.

Jadi tak semestinya cinta antara blogger tu tak bagus. Ada je yang dah kahwin pun. Semua bergantung pada jodoh. Niat kita jugak. Jangan sebab ia berdasarkan cinta alam maya, kita nak terus hukum cinta blogger ni tak boleh dipercayai. Percayalah dunia blogger ni hanya salah satu medium yang Allah aturkan untuk jodoh kita. Siapa tahu? Cinta antara blogger akan berkekalan ke syurga. Insyallah.

Nota Iffah: Serius tak larat T_T

Cincin dan tunang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku lama dah nak kupas isu ni. Sejak tahu sahabat-sahabat maya aku dah bertunang dengan pilihan hati. Tak kisahlah kisah cinta mereka macam mana. Janji sama-sama dah rela nak bersama kan? Oh siapa mereka? Tak boleh beritahu. Tuan punya badan asyik berahsia je kan. Takkan kita nak jadi lebih sudu dari kuah kan?

Balik pada kisah asal. Bila orang nampak cincin je kata dah tunang. Bila orang tunang je mesti ada cincin segala. Tapi masalahnya bila cincin tu dah dijadikan simbolik sesebuah hubungan. Maka yang single tak boleh bercincin ke? Itu kan perhiasan? Adakah orang yang memakai cincin adalah milik orang?

AWAS, WANITA INI SUDAH BERTUNANG.

Seolah-olah cincin tu ada amaran segala. Habislah orang single tak berani orang mengurat sebab ingatkan dah tunang. Maka, rajinkan mulut bertanya. Dah tunang ke belum? Kalau belum silalah mengayat. Tapi kan kalau tetiba tanya dah tunang ke belum kepada orang macam aku ni, mahunya sentap. Ada cikgu sekolah tanya aku. Aku jawab, pakwe pun tak ada kak. Dia terkejut. Aku senyum je. Tak berdosa pun tak ada pakwe =)

Cerpen: Dan sebenarnya...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
‎"Abang, saya dah sapu lantai, mop rumah, basuh kain, jemur kain, lipat kain, buat air, buat minum petang." Aku berkata sendiri.
"Kau apahal? Berangan nak jadi isteri dah ke?" Housemate aku menyampuk.
“Ala sibuklah kau. Penat aku mop tadi. Bocor baldi tadi tu,” Aku membebel. Mata tertumpu ke arah televisyen yang teruk kualitinya.
“La yeke? Aku tak tahu. Tak gunalah kita menadah tadi. Rajin kau ye?”
“Aku nak rajin salahke?”  Dia diam aku pun diam. Malas nak berbalas kata mungkin. Tekak aku makin perit sebab makan nugget tadi. Maklumlah minyak banyak sangat. Nugget jenama apa yang tak sedap tu. Mujur bukan aku yang bayar. Aku mengekek sendiri. Aku buntu sendiri.

Xxxxx

Tak sangka perbualan sebulan lalu akan menjadi kenyataan. Aku bakal bertunang. Tiba-tiba ada orang nak datang meminang. Aku kata pinang jelah. Kalau mak ayah terima aku okey je. Ingatkan dia bergurau.

“Kenapa pinang?”
“Kan saya dah kata. Saya serius,”
“Tapi saya…” Aku sendiri kelu. Terpaksa telan balik kata-kata yang aku luahkan. Tak sangka dia benar-benar serius. Yang aku peliknya mudah sungguh keluarga aku terima. Entah apa yang dia buat.
“Kenapa ni? Bukan awak ke yang kata boleh masuk meminang?” Dia pula bersuara. Aku menggigit bibir.
“Saya tak sangka awak serius. Macam nilah, saya tolak pinangan awak tu,”
“What? Jangan nak main-main pulak,” Dari getar suaranya aku tahu dia marah.
“Saya serius. Saya tak pernah berniat nak jadi isteri awak. Lagipun saya berhak tolak bukan?”
“Awak sengaja mainkan perasaan saya kan?” Dia mula marah.
“Saya ingat awak main-main. Macam nilah, kalau susah sangat bagi saya masa dua bulan. Kalau masa tu saya tak ada calon suami barulah saya pertimbangkan pinangan awak!” Aku nekad. Hati tak boleh dipaksa. Zahiril diam. Lama.
“Deal!” Talian dimatikan. Aku berpeluh dingin. Tiba-tiba rasa cemas. Mana aku nak cari seorang calon suami yang sesuai untuk aku. Yang terima aku seadanya.

Xxxxx

Semuanya serba tak kena. Mood aku memang hilang. Dua minggu berlalu. Aku masih memikirkan hal yang rumit dalam hidup aku. Tak sangka kerana mulut badan binasa. Aku mengetuk kepala sendiri. ‘Siapa suruh mulut cabul sangat’ Monolog aku sendiri.

“Aina…” Suara itu memanggil aku. Aku terkejut. Suara seakan dikenali. ‘Jangan kata dia!’ Aku perlahan-lahan menoleh. Dan…

Bersambung!

Nota Iffah: Aku tak larat nak menaip lagi. Tekak dah perit sangat. Nak mengajar macam manalah ni kan? Cerita ni bersambung ikut kreativiti idea korang. Komen sambungan yang korang nak. Aku akan pilih yang paling sesuai dan backlink ke blog dia. Selamat mencurah idea=)

Nota Tambahan: Boleh buat sambungan kat blog sendiri, boleh tinggalkan idea suruh aku sambung ikut idea. Tak ada tarikh luput yang rasmi. Sekian.

SWEET sangat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cerita seorang yang sangat sweet!: 

Dia seorang yang sweet. Walaupun agak gila-gila dan sengal. Tapi dia seorang yang caring. Oh sangat sweet! Dia potongkan ayam untuk aku semalam. Ya tengok terkial-kial nak potong kan? Selalu makan lamb chop ibu aku yang potongkan. Yang ni dia pulak. Mereka sangat sweet. Bukan nak mengada. Tapi diorang berkeras nak potongkan. Aku malu kalau orang nampak. Semalam dah malu besar.

Lepas dah potong dia bagi aku makan. Baru dia makan. Wah sweet kan? Tetiba aku sakit perut. Aku agak masuk angin sebab makan lewat malam. Dia siap kata nak belikan ubat. Suruh aku duduk rest dulu. Tapi aku kata aku okey. Jadi dia lupakan niat nak beli.

Dia memang sweet. Untunglah dapat isteri macam dia. Eh aku cerita pasal classmate aku. Dia sangat sweet sebab paksa aku taip entry ni. Jadi turutkan kata orang yang sweet tu. Aku taipkan jugak. Sweet kan aku? Kadang kita tak sedar tolong kawan pun amalan yang sweet. Ingat dalam novel je sweet ke? Jom jadi sweet=)

Sedih dan lagu

Entry ni untuk menjawab pertanyaan saudara Farhan Hanif.

"Kenapa sedih je mesti dengar lagu sedih berbanding mendekatkan diri dengan Allah. Terutamanya PEREMPUAN?"

Disebabkan aku juga seorang perempuan. Dan soalan ni ditujukan untuk aku. Biarlah aku cuba menjawab. Biasanya hati perempuan lebih sensitif berbanding lelaki. Ada je lelaki sensitif tapi majoritinya perempuan kan? Jadi bila sensitif, emosi akan cepat berubah. Cepat terasa. Cepat terkesan berbanding jiwa yang kental.

Bila sedih, biasanya orang perempuan(tak semua) akan layan jiwa yang sedih. Bila emosi menguasai diri. Macam tulah jadinya. Frust bercinta menangis sepanjang hari. Tak makan tak minum. Konon protes. Lagu pun lagu sedih.

Lagu sedih ni membantu kita bertambah sedih. Seronok bila sedih layan lagu sedih. Dia rasa lagu ni kena dengan jiwa dia. Dia rasa lagu ni sama macam kisah dia. Dia rasa seakan lagu tu faham perasaan dia. Itu yang susahnya.

Emosi sedih dan lagu sedih macam seiringan. Masa nilah jiwa kosong. Bila jiwa kosong, lebih mudah terpengaruh dengan hal negatif. Orang macam ni lebih cenderung buat perkara luar jangkaan. Sebab tu mereka tak memilih al-Quran sebagai peneman. Iman pun tak kuat nak hadapi masalah ni. Oleh sebab itulah mereka lebih cenderung dengan melayan sedih, mendengar lagu sedih dan berkemungkinan ingin membunuh diri erk! Minta dijauhkan kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Cinta pergi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila cinta pergi semua terasa pahit kan? Entry ni khas untuk mereka yang mempunyai cinta tetapi cinta pergi buat selamanya. Cinta bukan semata untuk pasangan kekasih. Cinta kepada suami, cinta kepada anak, cinta sesama manusia. 

Sedihkan cinta kita dah tak ada?

Bila cinta kini tak lagi untukku...
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa...

Lagu sedih pun menemani kita. Tapi sampai bila kita nak bersedih? Ya orang kata hidup kena diteruskan. Yang meninggal biarlah pergi dengan tenang. Tapi orang pandai cakap. Tapi yang rasanya kita. Yang sedihnya kita. Aku paling tak suka orang kata sabarlah. Sabar. Sabar.

Kadang jadi muak. Kita bukan nak dengar ayat sama dari semua. Kita perlukan sokongan. Kita perlukan kekuatan yang disalurkan untuk jiwa yang kehilangan cinta. Cinta pergi tetiba membuatkan kita terasa kosongnya jiwa. Tapi nasihat aku, menangislah sepuas hati. Sampai masa hati dah sedia, barulah teruskan kehidupan.

Kadang kita paksa pun takkan jadi apa. Sebab sedih menyelubungi. Masa nilah masa terbaik dekatkan diri dengan Allah. Allah lebih sayangkan cinta kita. Kita secara perlahan perlu terima hakikat itu. Hati memang tak boleh dipaksa. Aku pun pernah kehilangan cinta. Alhamdulillah aku tak sesedih saat kehilangan cinta berbanding kini. Allah tetap akan hadirkan pelangi selepas hujan. Percayalah!

2# Cinta antara blogger

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kali ni versi komen dimasukkan dalam entry dan ada ulasan sikit. Part 3 baru aku ulas keseluruhan ikut pendapat aku sendiri. Ramai sangat komen. Tapi aku ambil yang berkaitan je. Letih nak printscreen. Hehe untuk soalan gedik seperti;

Aku bercinta sesama blogger ke?

Jawapan:
No komen. Agak perasan #retis di situ. Tak ada bunga-bunga cinta ke apa. Isu ni timbul masa perjalanan blogger 2 hari 1 malam tu je.

#Semuanya bergantung pada jodoh kan chinta? Tapi ada jugak spesis yang tak percaya cinta alam maya. Buktinya ada di depan mata.

#Betul. Orang takkan sama. Lagipun soal hati dan perasaan memang tak boleh kawal kan? Jodoh pun kita tak tahu. Jadi tunggulah jodoh memasing. Komen ada banyak lagi. Aku penat nak copy semua. Boleh rujuk komen yang lain kat entry ni. Aku sibuk sekarang ni. Nak mengulas pun tak sempat. Sekian.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers