CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Kenduri Kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenduri memang meriah. Lebih-lebih lagi kenduri kahwin. Indah nian singgah sana pelamin. Hanif tersenyum bahagia. Intan memalingkan wajah. Siapa sangka bekas kekasihnya kini ada di sana. Bersama wanita impian yang dikejarnya. Intan membatu kaku.
“Oit, lama sampai?” Intan menggeleng. Sofia tersenyum.
“Makan jom? Mehlah lepak kat meja kitorang,” Sofia menarik lengan Intan. Dalam serba salah dia mengikut.
“Kitorang? Ramai ke geng yang datang?” Intan mengerling kearah Hanif semula. Hatinya perlu ditenteramkan. Jiwanya sakit namun dipendamkan. Cukuplah kisah dulu bermain di ingatan. Payah benar dia mahu menerima sakitnya hakikat cinta terputus di tengah jalan.
“Tak. Ini bukan geng sekolah kita. Ni geng UTEM Hanif…” Ujarnya perlahan. Intan mengeluh. Dia malas nak berkenalan dengan orang baru. Lebih-lebih yang berkaitan dengan Hanif.
“Korang, kenalkan ini Intan. Member kamceng aku. Intan, ini Munir, Hafiz, Zaid, Tasya, dan Mira. Kira kami sekelaslah…” Senyuman melebar. Intan hanya tersenyum dan menundukkan wajah. Mata Zaid seakan berbicara dengannya. Cuma dia tak mahu perasan sendiri.
“Sofi, aku nak gerak dululah. Kirim salam Hanif dan isterinya okey? Tiba-tiba rasa muallah…” Intan makin rimas dengan pandangan menikam Zaid. Dia perlu beredar.
“Aku pun nak balik. Munir nanti kau hantarkan diorang balik sekali okey? Risau mak aku sorang kat rumah…” Zaid bersalaman. Intan gabra. Segera dia melajukan langkah.
“Zaid, kau nak balik saing Intan ke? Bolehlah hantarkan dia sekali…” Sofea memberi cadangan. Terhenti langkah Intan.
“Apa? Taklah. Aku nak cepat. Bye korang!” Zaid berlalu. Intan masih di situ. Bengang. Permainan apakah yang berlaku sekarang? Dia perasan atau hanya berperasaan? Lalu dia meninggalkan majlis dengan sayu dan pedih di hati. Bukan saja ditinggalkan kekasih, malah memalukan diri dengan tersalah tafsir renungan sang lelaki.

Ps: Aku tak ada niat nak raih simpati pasal tangan aku tu. Aku tak harap korang susah hati sebab aku. Maaf, aku tak patut cerita dalam blog. Cukuplah aku menerima diri aku seadanya bukan?

Tentang tangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang kita tak nampak yang terbaik untuk kita, jadi orang tunjukkan yang terbaik dari sisi pandangan mereka.
 Okey itu status aku di FB. Sebenarnya aku terfikir semula. Ya, orang memang nampak apa yang kita tak nampak. Sebagai contoh, jumaat lepas aku hantar Cheese Powder kat blogger, Kak Lydia Miza. Borak dari petang sampai ke Maghrib. Macam-macam isunya. Antaranya, tangan. Ya, tangan aku. Bagi nasihat kat orang pandai je aku ni. Nasihat kat diri sendiri?

Kak LM tanya pasal tangan. Masih pergi jumpa doktor ke? Apa nak buat? Bila nak bedah? Kenapa nak biarkan je? Macam-macam. Aku senyum. Tak tahu nak jawab apa. Sekali aku kata, "Mungkin kena ada suami kot. Baru ada motivasi nak membedah, mencantikkan tangan, memulihkan ke apa," Aku edit sikit ayatnya. Lupa. Dia jawab "Kalau dia nak Iffah, dia mesti kena terima seadanya. Tangan macam ni pun kena terimalah..."

Aku terfikir lagi. Ada ke lelaki nak terima senang-senang je? Ya, ini cerita benar. Bukan dongeng. Cacat. Kalaupun bakal suami terima, tak tentu mak mertua dan keluarga dia terima betul tak? Nak sarung cincin terkejut tengok tangan aku ni? Haha ada yang sakit jantung kang. Takpun, mesti ada perli-perli, "Ini boleh perah santan ke tak ni? Boleh buat kerja tak ni?"

Aku terfikir lagi. Bila masa aku nak pulihkan tangan sendiri. Orang lain reti nasihat, yang merasa? Hurm aku malas nak fikir tapi aku terpaksa fikir. Kalau iya tangan aku boleh dibaikkan dengan pembedahan, sanggup ke aku mengharungi pembedahan, kesakitan, kesengsaraan kali kedua? Sanggup kena tahan wad? Aku geleng laju-laju.

Jadi, tunggu masa dan ketikanya. Hati aku yakin membetulkan semula tangan ni. Serius aku dikenali di tempat belajar dengan tangan ni. Aku ialah budak yang kena jawab exam pakai laptop, aku adalah budak yang terbakar tu. Tengok tangan je junior kenal aku ni senior. Padahal aku tak pernah bertegur sapapun dengan dia. Hanya kerana tangan... Boleh buat kistot ni heee~~~ Korang jangan risau, aku masih boleh terima diri aku seadanya =)

Review: Merpati Putih Bulan Mengambang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Review dimulakan dengan Bismillah. Aku risau. Aku taip. Aku padam. Penerbit sedang memerhati. Aku bimbang salah taip, lain jadinya. Tanggapan kita berbeza. Terlalu jurang. Aku enggan ulas panjang. Tapi dipaksa juga. Inilah hasil reviewnya.
Lawa bukan?
Secara dasarnya; cover cun. Aku jatuh cinta berkali-kali. Selak muka satu. “Ah kertas dia lain macam. Kuning tapi berkualiti. Taklah macam buku novel English yang buruk-buruk tapi mahal nak mampus,” Aku bicara sendiri.

Baca satu ayat demi ayat. Aku nampak sesuatu. Kesalahan teknikal. Mata aku peka begini.
…Saying…
…Cuma…
…Berjaya…
…berfoya foya…
…ragah… (gagah sepatutnya bukan?)

Jarak dekat. Noktah. Koma. Semua aku perhati. Penat tengok teknikalnya. Aku kembali melihat isinya. Maaf aku manusia biasa, nampak saja kesilapan yang ada. Baca semula. Tamat sudah satu naskah merah hitam putih ini. Senyum* terus kepada penulis dan penulisannya boleh?

LINA JALIL
Aku paling suka “Waktu kita mula kenal” Muka surat 9 hingga 10. Aku senyum saja. Simple tapi kena dengan jiwa aku pastinya.

APAI
Si adik yang perlu belanja aku kepci seketul dua. Aku suka juga. Walaupun penulisannya dengan orang yang aku kenal tak sama. Tapi aku suka. Lain. Tapi masih bisa dihadam dan dicerna otak. Aku suka yang ini “Aku adalah hero” muka surat 56 hingga 58. Aku rasa ia bangang. Hero yang bangang. Bisa buat aku ketawa sendiri.

HAMDA ARAZI
Yang ini pun agak selamba penulisannya. Dalam berimaginasi. Aneh. Aku tak tahu gaya apa yang dia mahu terapkan tapi aku jatuh suka. “Poin” muka surat 118 hingga 123. Memang bernas poin yang diberikan. Aku dapat sesuatu dari situ. Tahniah!

SHAIKA NADWAH
“Ralat” mukas surat 127 hingga 129. Aku suka part ‘Aku lebih suka menyendiri dari biar hati dirobek rakus berkali. Aku lebih suka,” Aku sangat suka. Kena dengan aku sekarang.

AIDEED MOSLEY
Aku cari. Aku belek. Aku cuba fahamkan semula. Aku blur. Akhirnya aku mampu tersenyum saat aku jumpa satu cerita. “Mengharapkan nasib itu adalah malas” muka surat 174 hingga 176. Ayat yang paling memikat ialah ‘Merealisasikan semua mimpi pelik yang hebat itu adalah satu kebahagiaan.’

Kesimpulan, aku baca dari depan ke belakang. Dari kulit ke kulit. Patah balik, Ulang baca. Aku faham. Aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Terus terang aku katakan ia susah dihadam oleh minda aku. ia jauh lari dari tanggapan aku. Ia tak sama macam Zine Pilihan yang aku baca. Ia lain. Bukan genre aku. bukan makanan aku. Dan itulah kata akhir untuk buku ini. 

Relationship

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sumber

Hidup tak susah sebenarnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bagi aku hidup tak susah. Kita yang menyusahkan hidup kita sendiri. Hidup ni kan pilihan. Kita pilih. Bukan orang yang pandai-pandai tentukan. Kita pilih dan bertanggungjawab atas keputusan yang kita pilih.

You are what you think.

You are what you are.

You are what you eat.

So don't blame others.

Aku harap bila kau dah tetapkan hati dengan pilihan. Kau kena kuatkan hati, terima apapun yang mendatang. Risiko pasti ada. Hidup seakan perjudian. Kita pilih jalan ni apa akan jadi? Kalau kita pilih jalan tu apa jadi? Awal-awal dah buat senarai kemungkinan  yang akan berlaku. Baik buruk. Positif negatif.

Senang cerita macam kisah si penjamin dan penghutang. A berhutang B jadi penjamin. A lari dari bayar hutang. B tolong bayarkan. Sebab itulah tugas penjamin. Kita yang pilih untuk jadi penjamin. Kita yang pilih jalan tu. Ikhlaskan hati. Terima impak keputusan yang kita buat seadanya dan jangan salahkan orang lain. Sekian ingatan dari aku untuk aku dan korang juga.

Kistot: Kawan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku memandang lama buku itu. Debu sungguh. Lama sudah tidak aku membuka. Lantas mata tertancap pada gambar. 
"Eee ni kerja Maszlah ni," Aku bebel sendiri.
"Apa yang awak bisingkan tu pah?" Aku senyum menunjukkan buku tersebut.
"Ini hah, gambar kawan saya lukis. Tak sangka dah lima tahun kami berpisah..." Aku senyum lagi. Buku beralih tangan. Suamiku ambil. Ketawanya berderai tiba-tiba. Aku juga turut ketawa.
Lukisan Masz
"Pandai Masz lukis ye sayang?" Aku mengangguk. Air mata jernih jatuh ke pipi. Rindu sunggu aku pada teman-teman. Lima tahun setengah aku bersama suka dan duka. Dalam lipatan kenangan pelbagai cerita tercipta antara kami semua. Bukan Masz sahaja. Malah ramai. Aku rindu!
"Hai, apasal touching pulak awak ni? Kan minggu depan ada reunion dengan budak-budak ni. Masa tu bolehlah nak lepas rindu ke apa..." Bebel suamiku pula. Aku mengesat air mata. Senyuman terukir semula.
"Memanglah. Tapi takkan sama. Masz dengan Geto tak tahu jadi datang tak. Katanya belum beli tiket lagi..." Aku sugul.
"Aik takkan belum beli? Tiket dari Sabah mahal beli lambat-lambat..." Suami aku pula yang merungut. Aku meletakkan buku di rak semula.
"Tak apalah bang. Masing-masing dah berkeluarga. Dah nak ada anak. Jadi, tak hairan kalau ramai tak pergi reunion tu..." Dalam hati sedih teramat sangat. Ingin sekali aku berjumpa dengan mereka semula.
"Hai tak jumpa diorang pun tak apa. Abang kan ada?" Sempat lagi suamiku berseloroh. Ternyata ia membahagiakan. Senyuman dihadiahkan. Citaku tercapai. Suami yang bertanggungjawab dan kelakar memang lama menjadi idaman kini sudah halal buatku. Aku tersenyum sendiri. Rindu pada kawan terubat jua.

#Kistot ialah KISAH KONTOT. Macam cerpen tapi lagi pendek. 

Fesyen buat kita berani

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Berani ada dua bahagian. Positif atau negatif.

Berani berfesyen mengikut syarak itu sangatlah dikagumi.

Berani berfesyen hinggakan mata orang dua tiga kali pandang amatlah memalukan.

Pakai tudung tapi macam serban, leher nampak, baju ketat? Apakah itu dinamakan fesyen? Fesyen islamik ke? Itukah?

Berani berfesyen sebegitu amatlah menjelikkan. Serius memalukan diri sendiri. Umpama membodohkan diri dan memanggil orang untuk mengutuk fesyen bertudungnya itu. Tolonglah, kesian dengan mata yang memandang. Nampak aurat, terkutuk lagi. Kan dah berbakul dosa orang memandang. Ish. Aku pelik sungguh fesyen sekarang. Sangat-sangat pelik.

Kistot: Panahan cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“What? Memanah? Aku mana pernah memanah weh…” Tia sudah merungut. Ikutkan hati, dia malu untuk memanah. Dia tahu dia akan membodohkan dirinya saja. Tak pandai tapi menggatal nak cuba.
“Ala, sekali je. Lagipun ini untuk berseronok je,” Paan memujuk lagi. Paan atau nama sebenarnya Farhana memang agak ganas. Otaknya selalu luar dari jangkaan.
“Jom…” Tia tidak dapat mengelak lagi. Dia terasa tangannya ditarik. Dan dia terjebak kini. Sebelahnya ada lelaki yang sibuk mengajar bagaimana cara menggunakannya. Naik segan Tia dibuatnya. Paan teruja sekali.
“Okey tarik bahagian merah ni kuat-kuat…” Tia serba salah. Lelaki itu terlalu dekat. Jantungnya berdebar.
“Tia, apahal semua tak kena sasaran? Tengok aku punya,” Berlagak nadanya. Namun, Tia tak terasa apapun. Jiwanya melayang. Bukan itu fokusnya kini.
‘Paan! Aku dah terkena panahan cinta…Oh tidak!’ Dalam diam Tia tersenyum sendiri. Lelaki disebelah dijeling seketika. Senyuman itu terukir lagi. Kali ini keduanya tersenyum sama. Bahagia!

#Kistot itu Kisah Kontot. Kistot itu tidak ada kaitan dengan penulis. Rekaan semata-mata~~~

Gerai jejantas Tesco ke MC

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kali ni aku nak promote tempat makan yang sedap dan murah. 
Terliur bukan?
Okey, menu yang kami pesan ialah ABC tapi dia kasi special pulak. Layankan je. Orang dah buat kan?Lepas tu kami order burger ayam. Sebenarnya dedua tak suka burger ayam. Tapi sebab dah tak ada. Reda jelah. Tapi sedap jugak. Licin makan kot. Lepas tu ada rojak yang pedas. Pedas tahap akulah. Korang sure kata tak pedas.

Sedap dan murah. Untuk sesiapa yang nak datang Melaka, aku bawak makan kat atas jejantas jelah. Maklumlah student. Haha tapi sambil makan ditiup angin sepoi-sepoi. Lepas tu tengok gelagat pemandu di bawah yang pelbagai ragam. Usha kereta idaman. Memang terbaik!

Yang penting layanan! Layanan makcik tu superb. Ramah tamah. Tu sudu ABC pun dia kasi dua. Sebab tahu kami makan share. Masa bayar, siap bagi gegula sorang satu. Hadiah katanya. Yalah, selang sehari datang makan lagi. Memang sedap nak kata apa lagi kan? Tahu kat mana? Jejantas yang menghubungkan Tesco Melaka dengan Melaka Sentral. Memang ramai pelanggan. Ramai juga yang berdating kat atas. Romantiklah konon!

IKLAN CHEESE POWDER

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dah kata. Korang dah baca. Apa lagi? Akhirnya aku berjaya membeli cheese powder untuk dijual. Sebab banyak orang re order, akupun teruskan perniagaan kecil-kecilan ni. Uih sehari, 30 paket terjual. Masyuk ke? Tak tahulah.
Itu diaaaaa
Aku jual sebab fikir orang nak je. Adik aku siap nak bawak ke India sana. Apa tunggu lagi. Sementara stok di tangan masih ada. 200G per paket. Mampu beli. Sedap. Jimat. Yang penting memang sebijik sama rasa dengan Cheezy Wedges di KFC. Cuma bancuh dengan air panas dan hidangkan dengan mayonis serta kentang. Lazat!
Insyaallah beli banyak lagi dapat murah. Cepat, sementara stok masih ada. Nak order stok baru, mahu berzaman nak dapat. Nyummi! Untuk buat korang terliur... aku tolong google rupa cheezy wedges yang menggiurkan. Aku ada snap pic, tapi ia dalam tab yang berkilo meter jauhnya dari aku. So cilok jelah gambar orang.
Nyum nyum nyum
Kalau tanya kat kedai mana ada jual? Aku tak tahu. Aku pun ambil stok dari orang. Yang aku tahu, tugas aku mengedarkan kepada penggemar cheese sauce!
Nak tahu harga, klik kat TAB MENU CHEESE POWDER di atas!

Awas! Hati fragile

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hati ini macam kaca, kawan aku cakap. Sekejap je boleh berderai kalau terlepas dari genggaman. Macam tu juga perempuan, sekejap je dah cair. Sekejap je boleh jadi keras macam air batu.

Kawan aku kata lagi, kalau dah retak, bila sambung takkan sama lagi. Aku angguk. Betul jugak. Tapi kan, kaca tu kalau retak sekalipun ia akan menciptakan satu imej kaca yang menarik. Hiasan kaca retak-retak gitu. Biasa tengok kan?

Cantik dipandang. Jadi? Apa bezanya dengan hati? Hati kalau retak, dicantum semula jadi hati juga. Cuma luarannya nampak lain. Mungkin lepas ia retak takkan sama dengan sebelum retak. Tapi bila fikir balik, ada baiknya hati retak. Pilih positif.

Hati fragile bak kaca, kaca retak hati pun bisa retak. Kaca disambung, hatipun boleh sambung. Kaca retak lagi cantik dari kaca yang sebelumnya tapi hati? Hati makin cantik kerana satu pengalaman telah menjadikan hati itu lagi kuat, kukuh, cantik, tetap, tekal dan lain-lain. Jadi, tak salah kalau hati kita fragile bukan?

Nama betul aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Disebabkan Awin mencetuskan cerita nama aku ni betul ke tak hari tu. Aku terbuat entry lagi. Heee... Rasa semua dah tahu, sejak berapa tahun aku dah mula menggunakan nama betul. Kalau dulu Miss Ran. Rasa tak matang bila ingat semula. IFFAH AFEEFAH BINTI ______________. Kenapa guna nama betul?

1. Ayah bagi.
Yalah, ayah bagi penat-penat tak nak guna. Bangga dengan nama sendiri. Walaupun nama kau Senin ke, Timah ke apa ke. Yang penting kau ada nama. Kat blog ramai sangat yang 'Tanpa Nama'. Kesian aku tengok.

2. Maksud yang baik.
Kalau panggil MR, Miss Ran, Ran. Tak ke tak ada maksud tu? Eloklah panggil nama sebenar. Maruah diri. Maruah diri. Secara tak sedar, korang mendoakan aku untuk menjaga maruah kesucian diri. Korang juga perlu jaga 'Iffah korang. =)

3. Cantik.
Tak aku nafikan. Nama aku memang cantik. Sedap disebut. Macam nama kembar pun ada jugak. Iffah dan Afeefah. Haha tapi tuannya tak secantik nama. Aku sedar hakikat itu. Tapi peduli apa. Ini nama aku dan aku bangga.

Apapun, terpulang. Ada orang suka nama samaran. Macam misteri gitu. Ada yang siap nama bapak lagi. Aku takut tulis nama penuh, habis stalker kejar aku sampai ke tempat belajar dan rumah. Bahaya o zaman sekarang ni. Jangan main-main. Jaga diri, jaga iman, jaga nama.

Antara kebaikan berblog walking

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Abaikan muka mamat itu
Sebenarnya aku nak kongsikan kebaikan blog walking. Lama dah tak buat kerja gila macam ni. Sejak jadi student sem akhir. Lagilah tak ada kesempatan. Apa aku buat? Aku bukak bloglist aku dan blogwalking je. Dengan balas jejak si pengomen. Tapi hari ni aku nak blogwalking guna orang lain punya bloglist pulak. Macam kat atas. Encik Boni, harap anda tak kisah eh? Wakaka eh blog dia bertukar wajah pulak. Baru perasan ni. Hee...

Okey, sambung entry ikut tajuk.

Antara kebaikan berblog walking;

1. Kenalan baru.
Ini sangat penting. Aku suka berkawan. Semakin luas perjalanan kawan aku, makin mesra alam aku rasa. Tak salah bukan kawan ramai-ramai?

2. Cuci mata.
Tengok blog orang comel-comel. Cuci mata sikit. Kot-kot ada mamat ensem kan. Haha. *tipu

3. Ilmu baru.
Lain orang lain ragam. Lain blog lain isinya. Bukan ada ilmu je, isu semasa, nasihat dan sebagainya jugak memberi kebaikan untuk kita secara tak sedar.

Oleh itu, marilah berblog walking. Dari kau pergi window shopping lepas tu nangis sebab terbeli sesuatu yang tak diperlukan. Baik dediam depan laptop. Takpun tolong mak basuh kain. Oh aku kat hostel, jadi istilah tolong ibu tak ada untuk minggu ni heeee...



Review: Untuk 3 hari (TERBAIK)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kisah ini adaptasi novelis terkenal Ahadiat Akashah.

Sebenarnya aku tak pernah baca novel dia. Kawan aku ceritakan kisah novel dan makin aku berminat nak tengok. Adakah bosan seperti Lagenda Budak Setan? Tidak! Tidak sama sekali. Serius aku suka. Mungkin sebab jiwa ke arah perkahwinan tengah memuncak sekarang ni.

Kenapa aku suka?

1. Lawak. Walau ada part serius, bila buat lawak ia jadi sangat kelakar. Emosi berubah tetiba.
2. Sedih. Memang hampir saja air mata nak terkeluar, nasib aku macho. Serius memang sedih bila maknya nak lepaskan anak dara dia masa nak akad nikah. T.T
3. Pengajaran. Banyak sangat. Cinta tak semestinya bersatu. Jangan permainkan jodoh ketentuan Allah ciptakan. Cinta itu memberi. Banyak! Korang kena tengok dan nilai sendiri.
4. Kisah keluarga. Ya, aku benci dengan mak si Afin. Keji. Kejam. Memang ada mak macam tu. Mungkin kita tak nampak.
5. Kisah suami yang baik dan jahat. Ada dua suami. Korang boleh bandingkan sendiri. Memang tabiklah keromantika de amor Afdlin. Terbaik dari ladang!

Pelakon memang memberikan lakonan yang mantap. Aku suka! Haha rasa nak pergi tengok lagi je. =P Yang lain, sila pergi menonton. Sangat tak rugi bagi penggemar cerita kahwin, cinta, romantik, kelakar, jiwang macam aku. Aku kasi 4.5 bintang. Marilah terjah panggung. 

Aku mengalah akhirnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku berubah akhirnya. Okay fine! Aku sabar. Aku cuba. Aku usaha untuk memahami yang baru. Oh yang lama, rindu tetap rindu. Sayang tetap sayang. Jangan kata aku curang. Aku cuma terpaksa berubah. Korang mesti lama dah berganti kan? 

#Sedih sampai kena lap hingus kat baju Kak Kiera sayang T.T~~~

Kistot: Cinta Sekuriti (Tak berapa kontot)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari itu aku keluar melepak di KLCC. Ia sangat seronok. Sampaikan aku lupa yang aku baru pertama kali jumpa dengan sahabat maya. Selalu sangat orang kata, alam maya bukan boleh percaya sangat. Tapi tidak aku. Yang penting aku bahagia dengan cara aku sendiri. Persetankan kata orang.

“Haih busy mengalah menteri kau ni…” Zaitul sudah menyiku aku. Aku meletakkan kembali handset nokiaku ke dalam beg.
“Aku kan peniaga berjaya. Haruslah busy, bukan macam kau…” Aku mengenakan dia semula. Kaki terasa lenguh.
“Iya, dia penjual Cheese Powder bah,” Mimie pula menyampuk. Aku tersenyum. Kemudian kakiku disilangkan. Aku bersila di atas bangku yang tersedia. Bangkukah? Aku pun tak tahu apa namanya.
“Penat ke weh?” Zaitul memandang aku pelik.
“Aah kaki lenguh. Tadi kan aku naik LRT, kena berdiri lama. Mujur tak pakai heels,” Ketawa aku. Sahabat aku juga ketawa bersama. Borak seperti sudah lama kami berjumpa. Padahal baru 20 minit lepas aku ternampak 2 batang tubuh menanti di tepi escalator.

“Kaki turun!!!” Terkesima kami dibuatnya. Perlahan aku memandangnya dan menurunkan kaki. Ya, aku salah kerana bersila di tempat eksklusif begini. Lelaki itu berlalu.
“Hoi macam gampang je ayat dia. Bukan tak boleh nak tegur baik-baik…” Zaitul geram. Mukanya jelas tidak puas hati. Aku masih lagi tergamam. Kurang ajar. Itu kata-kata yang sesuai untuk lelaki yang beruniform tadi.
“Betul bah,” Mimie juga bersetuju. Aku senyum.
“Kau nak aku marah dia ke? Aku pergi sekarang…” Aku menggeleng. Malas panjangkan cerita.
“Kau ni. Kurang ajar kot. Tegur pun biarlah elok-elok. Ini tak. Ingat besar sangat pangkat dia nak cakap macam tu kat kau?” Emosinya tak terkawal. Aku biarkan saja dia meluah rasa.
“Dahlah. Biarkan je dia. Salah aku jugakkan?” Aku redakan suasana tegang. Sekelip mata situasi kami berubah. Aku cuba menahan Zaitul dari cari pasal. Kang ada adegan tumbuk pulak. Dah macam KL Gangster nanti.
“Kau baik sangatlah. Kenapa nak halang aku? Kalau aku, lama dah aku marah dia. Tak beradab langsung. Tegur baik-baik kan lebih sopan? Ish…” Omelannya aku biarkan saja. Janji amarahnya hilang. Aku sebenarnya tak reti marah depan-depan. Apatah lagi memang salah aku. Tempat ini tak sesuai untuk aku barangkali.
“Tak apalah, benda dah lepas pun…” Aku masih lagi cuba menjernihkan keadaan.
“Oi kau beria menangkan dia kenapa? Kau suka dia ke?” Mata aku terus terjegil.
“Hoih tak ada maknanya… dia yang nak mengorat kau tu. Tu dia datang marah aku..” Mimie ketawa sahaja. Orang bujang dengan yang sudah kahwin lain gayanya.
“Apasal pulak aku? Dia tegur kau, maknanya dia syok kat kau. Adakah kau pun suka dia? Oh cinta si sekuriti…” Zaitul berdekah ketawa. Aku menggumam rasa. Entah kenapa rasa nak piat je telinga dia ketika ini. Ada ke patut aku digandingkan dengan sekuriti.
“Tahu mak aku, mahu pengsan dia dengar…” Aku turut sama ketawa.
“Apa sekuriti?!!” Zaitul bergaya ala-ala cerita P. Ramlee. Aku tak tahan ketawa. 
Akhirnya, mood kembali seperti asal. Yang penting seharian aku dikenenkan dengan sekuriti yang kurang sopan lenggok bahasanya. Aku juga yang terkena tempiasnya. Mentanglah aku single, semua pakat nak padankan dengan aku.

“Jangan lupa mimpikan sekuriti kau malam ni…” Zaitul sempat lagi menghantar pesanan ringkas. Akhirnya, aku terlelap mengenangkan kisah itu. Kisah suka duka seorang single mungkin. Aku senyum lagi.

Cinta tak kenal usia, pekerjaan, paras rupa, wang atau apapun... tapi manusia yang membezakan untuk kepentingan tertentu...

Surat: Tolonglah wak!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Surat untuk awak, awak dan awak yang membaca...

Awak...
Saya tulis surat lagi. Maaf saya tak boleh menahan diri. Rasa tak lengkap kalau saya tak sampaikan pesanan saya ni. Harap awak baca sampai habis!

Awak...
Tolong jaga diri. Saya tak ada 24 jam untuk awak. Awak kena jaga diri. Awak jangan ingat tak ada orang sayang kat awak. Saya sayang awak. Semua orang sayang awak. Awak jangan terlalu ambil mudah dengan diri sendiri. Jaga diri betul-betul.

Awak...
Kalau awak pergi dulu, saya tak tahu nak cakap apa. Saya tak sanggup membayangkannya. Awak mungkin belum pernah rasa bagaimana situasi antara hidup dan mati. Saya tak nak awak rasa apa yang saya rasa. Saya tak nak peristiwa itu berulang kat awak. Itu sangat trauma dan menakutkan.

Awak...
Tolonglah. Saya merayu. Jaga diri. Pentingkan yang terpenting dulu bila awak berdepan dengan hidup dan mati. Tolonglah, kalau betul ajal sudah tiba... Saya reda. Saya terima. Tapi saya tak boleh terima ajal itu berpunca dari kecuaian awak. Tolong jaga diri... Saya mohon...

Kata-kata lahir dari hati,
Iffah Afeefah 2012

Hiburan semata-mata

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang tengah serabut? Stress? Pening kepala? Rehatkan minda, jom menyanyi lagu rakyat versi kasih sayang. Jangan baca, nyanyi okey?

Nyanyi ikut rentak lagu “can ma li can”
Sayang oh sayang ohoi
sayang oh sayang ohoi
sayang o sayang
rindu-rinduan

di mana dia buah hati saya
buah hati saya yang comel sekali
di mana dia cinta hati saya
cinta hati saya sopan sekali

Sayang oh sayang ohoi
sayang oh sayang ohoi
sayang o sayang
rindu-rinduan

di sini dia buah hati awak
buah hati awak pengaranglah jantung
di sini dia cinta hati awak
cinta hati awak cantik umpama patung

Sayang oh sayang ohoi
sayang oh sayang ohoi
sayang o sayang
rindu-rinduan

kalau dah kita suka sama suka
lekas-lekaslah jumpa ayah bonda
kalau mereka sudah saling restu
boleh kita kahwin sekaranglah juga

Sayang oh sayang ohoi
sayang oh sayang ohoi
sayang o sayang
rindu-rinduan...

Nota Iffah: Aku tahu korang terhibur dengan lagu ni. Jangan tanya siapa yang karang. *Korang dapat agak. Ini sumbangan idea dari seseorang untuk seseorang. Teater drama beliau malam ini!

Antara suami, isteri dan minat yang terhalang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sahabat aku ada bertanya...

“Apa pandangan kau pasal perempuan kena mengalah ikut suami? Macam kau kena lupakan blogging dan facebook kerana permintaan dia?”
“Aku tak kahwin lagi. Tapi aku cuba jawab berdasarkan pendapat dan cara aku…”
Selebihnya biarlah jadi rahsia kami berdua. Sekarang aku nak tahu pendapat korang, sama ada suami kepada blogger, isteri kepada blogger, suami isteri blogger, pakwe kepada blogger, makwe ke tunang kea pa jelah yang berkaitan dengan maya khususnya.

Wajarkah isteri menurut perintah suami sebab suami tak suka isterinya blogging dan facebooking?

Atau, ada pilihan lain?
Atau jangan kahwin langsung?
Atau kahwin dengan pilihan yang menerima minat blogging dan facebooking?
Atau korang ada pandangan lain?

Bantu sahabat aku, insyallah ramai akan dapat sesuatu dari perbincangan ini. Aku sebenarnya rasa bersyukur sebab aku masih belum jumpa lelaki yang menghalang minat aku yang satu ni. Yalah calon pun tak ada, nak halang apanya? =P

Review: Dah jodoh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ehem
Simple review;
Seronok baca. 
Ringan dan santai.
Cerita ni lain dari yang lain. Sebab jodoh bersilang.
Masih sama dengan konsep cinta lepas kahwin.
Hero yang sangat baik, sampaikan rasa ada ke lelaki macam ni?

Aku bagi 3.5 bintang daripada 5. Sebab? Konflik dia tak banyak. Tak sedih pun. Cuma rasa macam fantasi sebab gembira memanjang. Maybe, next time penulis boleh garapkan cerita realiti yang sedih dan berkonflik. Okey itu je. Boleh baca novel ni, tak rugi pun. Inipun aku pinjam dari Naniey. Malas nak beli sejak pokai ni kan heee~~~

Siapa aku sebenarnya?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada orang kata aku tak sama kat luar dan kat dalam blog. Again! Aku dah lali semua tu. Sebab ini aku. Itupun aku. Tak ada istilah menipu atau hipokrit. Dia takut nak hang out dengan aku sebab ingat aku garang, tegas dan serius je dalam blog. Eh serius sangat ke aku ni? Dia kata aku tak cakap banyak dalam blog, komen kat FB atau sms. Heeee ('',)

Haha lawak. Tapi bila jumpa? Pegang tangan tak mahu lepas ooo. Terkejut agaknya dengan perangai aku sebenar. Well semula jadi berubah-ubah personality aku. Kejap garang, kejap emosi, kejap lembut, kejap tak senonoh, kejap si pembuli, kejap dibuli. Kalau korang okey, insyaallah layanan dan watak aku akan berubah jadi okey. Ceh.

Semua bergantung pada situasi dan jenis orang yang aku jumpa. Jadi, siapa yang nak kenal siapa aku, bolehlah ajak aku jalan-jalan. Tapi yang aku sedar, makin lama makin tak malu aku ni. Sebab jumpa orang tak kenal tanpa rasa ragu-ragu dah. Bila orang tanya, siapa kawan aku? Aku akan jawab kawan aku blogger. Yalah 70% kawan aku ialah blogger dan maya. Kalau dulu, takut nak mula berkawan. Tapi sekarang? Ish ish ish.

Review: Bisikan Kata Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lambat review nampaknya. Aku dah baca lama. Sampai lupa tajuknya. Penat menggoogle semula tajuk apakah itu. Akhirnya ketemu.

Novel
Cerita ni pasal adik kena kahwin dengan bakal abang ipar. Sebab akaknya mati dalam kemalangan. Tapi suaminya tak suka dia. Dia pun bawa diri ke luar negara. 4 tahun kembali dan sesuatu telah terjadi.

Bagi aku cerita ni biasa je. Jalan cerita dapat agak. Kalau perhati dalam-dalam. Lari luar negara 4 tahun sama dengan novel Adam Hawa yang heroinnya lari 7 tahun tapi ada ikatan sah lagi. Lepas tu adik ganti akak pun pernah baca. Mungkin sebab aku suka sangat baca novel. Bila asyik sama je, aku rasa bosan. 

Tapi aku tetap baca. Watak, perwatakan, jalan cerita dan konflik ada kelainannya. Aku beremosi masa baca. Sebab suaminya asyik menyalahkan isteri. Lepas tu membandingkan dengan yang dah tak ada. Serius rasa kesian sangat kat heroin. Apapun cerita ni berjaya buat perasaan aku bercampur baur. Kesimpulan, 3 bintang aku kasi.

To writer, jangan serik untuk menulis =)

Susah jadi single

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Semalam update status pasal ni. Aku tak puas hati kalau tak luahkan apa yang aku fikirkan. Jadi single itu susah korang tahu? Korang rasa senang? Silakan rasa begitu. Aku rasa makin lama single makin terbeban beberapa isu hangat.

1. Orang kata kita tak laku.
2. Orang kata kita jual mahal.
3. Orang suka kenen-kenenkan dengan orang yang kita tak suka sampai naik rimas.
4. Orang memaksa terima dia, dengan alasan sama-sama single.
5. Orang sibuk tanya soalan sama, bila nak kahwin?
6. Makwe-makwe pandang semacam je bila kita keluar dengan pakwe dia. Macamlah kita nak mengorat pakwe dia kan?
7. Orang sibuk paksa kita couple macam kita desperate sangat. Yalah orang sibuk bergayut, kita macam forever alone je kan?

Ada nak tambah? Aku dah rasa semua ni. Aku rasa kosong, kosong, kosong....

Sana sini blogger

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dikelilingi blogger. Aku hidup sebagai blogger. Mungkinkah jodoh aku juga blogger? Tettt. Bukan itu aku nak kongsikan. Aku cuma mampu taip nama mereka yang aku jumpa semalam dan hari ni. Lain blogger lain cerita.

Mula jumpa Zaitul yang sengal dan Nong Andy yang pemalu. KLCC besar kot. Diorang tercegat sambil mengecam aku. Ya, anda betul. Iffahlah ni. Gambar pun tak pernah nampak. Asyik nampak yang blur atau ditutup smiley kan?

Kemudian Pari-pari pulak muncul dari langit. Jumpa macam kenal lama. Padahal jenguk blog dia pun baru sekali. Sesi bergambar sakan dilaksanakan. Macam biasa, mohon muka aku misteri ya. Haha. Itu baru misteri nusantara. Betul kan?

Itu semalam. Hari ni?

Jumpa Kak Shida dan adiknya Pikah. Sama je dua beradik ni. Satu UKM tawaf hari ni. Jemput pula Cik Fizah Noor aka abam Rain kita. First time tahu dia perempuan. Tahu dia blogger. Baru add FB tengahari tadi. Terus ajak jumpa join pergi rumah Kak Lydia Miza yang comel. Barulah jemput anak teruna sorang. Along Usop dulu, kini tetap menten jadi driver aku. Dulu ada Nadh my jiran, kini dia sudah pulang ke pangkuan keluarga. Sob sob.

Akhirnya, lengkap cerita. Malas taip panjang. Malas tempek gambar. Sekian.

Tolong jangan asal lepas tekak kau je

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tolong jangan!
Selalu sangat aku tengok. Orang menyelamatkan diri dulu. Orang pentingkan diri dia. Orang tak fikir dah apa jadi dengan yang lain. Orang terlalu selesa dengan keselamatan diri. Keselesaan. Kesempurnaan. Keberanian.

Tolong jangan!
Aku penat dijadikan mangsa seterusnya. Kau lepas. Bagaimana aku? Kau selamat tapi aku? Terkontang kanting di belakang? Kau tak nampak semua tu? Kau biar air masuk lepas tekak dan aku dibiar dahaga. Kau memang pentingkan diri!

Tolong jangan!
Aku tahu kau tak perasan. Sebab tu aku nak sedarkan kau. Jangan terlalu selesa. Jangan terlalu fikirkan diri sangat. Tolong jangan buat aku macam ni. Jangan buat orang merana sebab kau. Kau jangan ingat diri kau je. Untuk kali ni, jangan asal air lepas tekak kau je. Aku pun dahaga sama. Kongsi suka dan duka sama-sama. Kata kawan?

Akhirnya

Aku kembali.
Otw pergi KLCC.
Jumpa Nong Andy yang jauh dari Sabah sana.
Jumpa Zaitul yang taklah jauh mana.
Jumpa siapa lagi eh...
Tak kisahlah tu jumpa sesiapa lagi.
Doakan aku berjaya sampai.
Tak sabar snap pic diorang lepas tu tampal kat blog.
Tapi sayang adik syah dan akak yana s7w tak ada.
Kalau tak cukup korum blogger cerpen hihi.
Ps:Kompem ramai tak bangun lagi masa aku naik train ni.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Izinkan aku pergi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Izinkan aku pergi...
Untuk sekali ini...
Sudah puas ditangisi...
Pergiku mungkin tak kembali...

#Tak ada mood nak buat apa-apa. 

Bila aku takut

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila aku takut, macam-macam terlintas. Tapi tak buat-buat jugak. Otak aku macam terhenti sekejap. Padahal kerja melambak. Esok nak bentang. Hari ni tukar isi pembentangan. Mahu gila aku. Lepas tu panel dah siap sedia dengan soalan peluru berpandu. Aku gabra. Takut. Aku takut aku tak kuat esok. Aku takut mulut terkunci. Aku takut aku punya penerangan diorang tak faham. Aku takut panel hentam habis-habisan. Aku takut keseluruhan isi kena ubah sebab tak mencapai standard diorang. 

Bila aku dah takut, semua jadi kacau. Korang doakan aku ye. Aku takut! Rasa takut ni macam takut nak kena bedah hari tu. Ishhh T_T. Ya Allah...

Program Derma Darah 2012!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Derma darah kali ketiga selama aku hidup. Terharu rasanya sebab berkesempatan nak derma lagi. Ada sekali tu tak lepas sebab hemoglobin tak cukup. Sedih tengok orang lain menderma. Alhamdulillah tadi pergi sorang-sorang. Lepas. Dapat gift lagi. Baju derma darah, Mug Milo, Air tin, air mineral, roti 2, sijil dan penanda buku. Tapi pastikan niat menderma sebab nak derma ye!

Berdebar sebab setahun lebih dah tak menderma. Maklumlah masalah kesihatan. Debar punya pasal aku dah buat benda memalukan tadi. Aku pergi baring terus. Dengan pakai baju kurungnya. Budak tu terkejut. Sebab seat tinggi jugaklah. Lepas tu dia bagi aku benda nak genggam.

“Eh dik boleh tukar seat tak? Tangan kanan tak boleh genggamlah…” Budak tu blur je. Aku tunjukkan tangan. Barulah dia kata, “Ooooo…”
Mujur pangkat adik-adik je. Mulalah sesi menemuramah pasal tangan. Agak sakit bekas cucuk tu. Macam bengkak.
“Esok VIVA tapi sempat lagi derma darah…” Kawan aku cakap. Aku senyum je. Bila lagi nak menyahut cabaran Program Derma Darah kan? Nak harap pergi derma kat hospital, memang taklah. Aku tak suka pergi hospital. Haha. Korang tak nak derma? Dengar kata satu Malaysia serentak sebab nak kutip 12 ribu paket darah tu dalam masa sehari. Ini baru 6 ribu. Cepatlah menderma!
Jangan kata saya takut jarum. Jangan kata saya dah derma dulu. Jangan kata apa-apa sebab bila korang atau sesiapa yang terdekat perlukan darah segera, jangan masa tu menangis sebab orang itu tak dapat diselamatkan...Pesanan ikhlas dari aku yang sayangkan beribu nyawa lain sebab aku tahu bagaimana rasa kehilangan orang yang paling kita sayang....

VIVA rabulah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku ada beritahu korang kan presentation thesis aku selasa? Salah. Rabu. Jadi aku ada sehari lagi untuk praktis bercakap. Gila. Debar. Kajian aku ni pun kena betulkan lagi. Mujur penyelia memahami student bawah dia memang suka kerja last minutes. 

Percaya atau tidak, di malam hari aku masih di library. Huiyo! Bebetul pelajar cemerlang ni. Haha berangan jela =P

Untuk entry L. Aku tak tahu siapa publish. Serius. Aku gelak je baca komen korang. Haha =)

l

Published with Blogger-droid v1.7.4

Putus cinta dan Unintended

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari tu semalaman aku kena bahan dengan kawan-kawan aku. Mana taknya, aku tetiba ternyanyi lagu Unintended yang selalu aku dengar 4 tahun lepas. Lama dah aku tinggalkan lagu tu yang penuh sejarah. Diorang tahu. Aku tak nak ambil tahu sebenarnya. Rasa bangangnya aku zaman dulu kala. Bodoh! Ya, aku tahu tu.

Tapi apa yang aku nak tekankan di sini, sebab lagu tu buat aku sedar. Tak ada gunanya layan perasaan kecewa. Buat penat. Membazir air mata. Membazir segalanya. Hati ni jangan dimanja sangat. Kalau melayan lagilah parah. Itu pengalaman akulah. 

Jadi kepada yang putus cinta, jangan ingat kisah lalu. Buka lembaran baru. Cinta itu membuatkan kau bodoh saat kau menangisi kehilangannya. Sebab cinta itu bukan untuk kau. Ada lagi cinta yang lain Allah dah aturkan. Jangan risau. Jangan sedih. Life must go on right?

Cinta sebelum masanya menyesakkan dada dan membebankan minda, baik lepaskan kalau cinta itu bukan untuk kita. Istikharah dan reda paling utama =)

Manusia dibutakan dengan kemewahan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tahu mesti ada yang akan terasa, tersentap, terkecil hati, marah, geram, bengang dengan aku lepas baca entri ni.Takpun kata aku cemburukan dia. Tapi serius aku rasa aku perlu suarakan juga. Makin ramai. Sangat ramai yang telah dibutakan dengan kemewahan duniawi.

Siapa tak suka duit? Aku suka. Lagi-lagi kalau orang bagi. Ya, duit orang. Perempuan yang jadi perempuan simpanan, cinta sebab harta, materialistik, selesa dengan duit, tak boleh hidup susah biasa akan terjebak dengan kemewahan yang orang taburkan. Ada je isteri yang rela je suami dia cari lain, janji wang belanja bulan-bulan masuk. Lelaki pun tak kurangnya. Jadi anak ikan, gigolo mak-mak datin, makan duit isteri, harap duit makwe dan banyak lagi.

Seronoknya berduit kan? Tak payah usaha susah payah dan dapat. Senang! Kalau yang gadai body tu memang sengal aka bodoh. Murah betul maruah kau ye? Oh lupa, kau cantik sebab tu kau dapat pakwe yang sanggup beri duit. Pulangan? Kalau tak bagi body pun, kau kena setia dengan dia. Dengar cakap dia. Takpun kau memang lembu dicucuk hidung kan?

Kadang aku rasa kenapalah bodoh sangat? Kenapa seronok sangat dapat duit yang bukan dari hasil kita sendiri? Tak fikir ke dosa pahala? Halal haram? Aku risau aku juga jadi macam mereka. Jadi aku cepat-cepat muhasabah. Biarlah mintak kat akak, mak, ayah ke, kena perli berjuta kali sebab asyik tak ada duitpun daripada guna duit orang. Serius aku tak sanggup. Aku takut hukum dari Allah. *ingatan untuk kita bersama.
Biar miskin harta jangan miskin ilmu agama. 
Biar papa di mata manusia, jangan papa di mata yang Esa.

Isu menggunting rambut untuk wanita muslim

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku memang lemah bab-bab macam ni. Isu ni selalu aku terfikir. Kenapalah susah sangat nak jumpa tukang gunting perempuan beragama Islam? Rata-ratanya mesti cina. Aurat! Itulah yang jadi masalahnya. Ada orang kata darurat, sebab tak ada jalan lain nak potong. 

Tapi bila fikir-fikir, dengan perempuan bukan Islam rambut itu aurat. Dengan lelaki apatah lagi. Aku naik segan bila masa kitorang survey kedai gunting rambut, lelaki cina bercerita kebanyakan perempuan yang datang potong rambut dengan dia perempuan melayu. Tak tahulah ada antaranya bukan Islam. 

Aku bermuhasabah diri. Adakah ini dipanggil darurat? Takkan? Kalau macam tu terhadlah tempat kita nak potong. Kadang tu suruh tutup sebab fikir aurat kita nampak. Biar seorang nampak, dari ramai. Tapi lain pulak jadi. Benda yang kita rancang ke lain. Masuk keluar lelaki tanpa rasa bersalah. Dia tak faham agama kita kan? Tak apa lain kali aku tegur dia.

Setelah setahun membotakkan rambut akibat tragedi Maria, aku tergerak hati nak botakkan lagi tapi ada orang tak bagi, sebab menyerupai lelaki. Ada sesiapa boleh tolong jawabkan, boleh ke tak?

Rajin ada makna tu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu aku dengar orang kata;
"Baik ada makna tu..."

Dalam cerita P Ramlee kalau tak silap. Tapi aku ubah sikit. Rajin! Bila sentuh topik rajin semua mesti fikir aku malas. Aku malas. Aku malas. Tapi sebenarnya aku nak mengaku yang aku memang malas membaca. Malas baca bahan ilmiah. Rajin pun bersebab. Yang thesis melambak dalam entry sebelum ni rajin baca bersebab. Bukan suka sangat baca pun. Naik pitam baca bahan ilmiah macam tu.

Lain situasi yang aku nampak pasal rajin ialah rajin sebab nak tunjuk dia buat kerja. Itu memang menjengkelkan. Orang lain bersusah payah di belakang tabir, kau pula nak menayangkan kerajinan kau kat seseorang. Konon kaulah yang paling rajin, kaulah yang buat semua itu. Itu salah. Rajin yang salah sama sekali!

Sikap rajin ni terpulang kepada diri kita sendiri. Macam mana kita nak pupuk kerajinan tu. Kalau asyik-asyik sebut MALAS memang MALAS sampai bila-bila. Ingat, jangan nak kata macam ni;

"Kau kan rajin, kaulah buat..." 

Habis, bila diri kau tu nak rajin. Asyik suruh orang je? Membuli tanpa sedar. Ya, mungkin orang yang disuruh tu buat. Tapi kau tak tahu ke di lubuk hati dia paling dalam dia benci dibuli. Mungkin dia tak nak tunjukkan sebab dia fikir atas dasar sahabat. Tapi orang kata kalau dah pendam lama-lama bila-bila je boleh meletup kawan kau tu. Jadi sendiri mesti ingat dan untuk diri aku jugak.
Nasihat hari ini: Tanamkan kerajinan, cantaskan kemalasan.

Bila aku rajin membaca

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Himpunan kajian tindakan seniorita
Fakta tentang aku dan buku.
1. Aku paling suka baca novel cinta. #sila muntah
2. Aku suka baca cerpen online.
3. Aku suka baca blog.
4. Aku paling suka baca buku kat dalam gambar di atas. #silajanganpercaya

Akhirnya, aku dapat online seketika. Hilangkan stress. Esok ada sambutan birthday untuk My Beloved Mentor. Jadi, lupakan pasal Viva selasa ni. Lupakan seketika. Please!!!

Paksa yang positif

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak semestinya yang kita paksa jadi hasilnya negatif kan? Cuba renung balik. 

Ibu paksa kita solat.
Ayah paksa kita solat.
Cikgu paksa kita solat.
Kawan paksa kita solat.

"Tak guna puasa kalau tak solat. Pergi solat dulu..." Ibu bebel.
"Puasa je kalau tak solat tak guna tau!" Roommate aku pulak yang bebel.
"Awak dah solat?" Dalam hati serba salah nak jawab belum solat sebenarnya.

Tapi, kenapa ramai yang solat tapi sering lakukan kemungkaran? Solat 5 kali sehari pun boleh buka aurat masa keluar rumah? Dengan alasan:

"Aku tak sedia lagi..."
"Mak aku tak kisah, kau kisah kenapa?"
"Habis kau tu sama je kan dengan aku. Tak tutup aurat dengan sempurna jugakkan?"
"Kau jangan nak berlagak baik. Solat pun on off..."

Habis tu sampai bila persoalan benda yang terangan wajib buat, kalau tak buat dosa, masuk api neraka kena seksa? Sampai bila nak tunding jari salahkan orang lain? Cari salahnya orang? Ego itu lebih agungkah? Salah ke kita mengalah demi kebaikan kita bersama? Lepas ni ada yang kata aku berlagak baik. Aku tahu.

"Dia ni macamlah perfect sangat?"
"Konon dalam blog, bolehlah tulis. Cuba buat tengok?"
"Reti nasihatkan orang je, diri sendiri?"

Ya, aku sedang nasihatkan diri akulah ni. Siapa kata aku baik? Aku tak kata. Aku cuma nak paksakan diri aku dan ajak kawan-kawan yang baca ni untuk paksa diri buat yang wajib. Selepas wajib barulah sunat. Kalau wajib pun tak mula dari sekarang, tunggu bila? Aku cuba paksa diri ke arah positif. Supaya apa yang aku usahakan tak sia-sia. Paksa jadi baik bukan mudah, tapi kalau tak cuba takkan berjaya bukan? 

Solat? Paksa itu perlu, sampai masa diri sendiri buat dengan ikhlas. Dari tak buat langsung bukan? Lagipun ada tokoh mengatakan, lebih dari 40 kali kita buat sesuatu perkara akan menjadi tabiat. Jadi jangan henti doa supaya kita boleh jadikan yang wajib itu tabiat, yang berdosa itu tebiat. Musahabah di pagi subuh.

Ps: Aku cuba tak update tapi gagal. Tangan ni gatal je nak BW tapi sorry, hanya update je mampu. Inipun berjela. Catat rekod sehari tak buka FB. Tahniah!

Berhenti berblog

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Aku nak berhenti berblog. Jangan terkejut. Bukan sebab ceyana si engineer suruh berhenti. Ini atas kerelaan hati. Aku dah mula sedar tekanan di luar memaksa aku berhenti. Tak larat nak mengejar dan dikejar.
Bebanan kerja. Siapa kata kami bakal guru tak ada kerja. Ada. 

Jadi untuk itu, aku nak lupakan blog. Niat aku ni rasa macam berbelah bagi. Entah lama mana aku akan bertahan tanpa blog. Harap korang doakan aku berjaya menyelesaikan tugasan akhir aku di tahun akhir. Di saat-saat akhir.

Student itu paling utama. Blogger itu kedua. Menulis cerpen tak tahu tempat ke berapa. Selepas ditegur pasal kajian tindakan yang aku tengah pulun. Ada baiknya aku biarkan blog ini buat seketika. Ya, bukan selamanya. Aku harap korang setia menunggu aku. *Konon

Doakan aku dapat siapkan jawab kuiz, assignment, thesis dan viva thesis dengan jayanya. Sikit je lagi Iffah. Bertahun kau belajar. Kuat! Semoga tekanan-tekanan yang mengganggu buat aku lagi semangat habiskan belajar. Korang doakan ye.

Mungkin sehari, dua hari, berminggu blog aku akan bersawang. Kalau ada entry mungkin tak sempat BW. Mohon mengerti…

Tolong orang luar negara keluarkan duit dari ATM

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kisah bermula masa aku dan kawan otw balik Melaka singgah keluar duit semalam. Bukan, kawan aku nak masukkan duit. Biasalah orang kaya. Dah gaji eh sekarang? Haha

Tapi aku dikerumuni orang-orang luar negara masa kat Atm. Mula seroang, dua, lepas tu ramai. Oh mai! Terkejut. Masing-masing nak mengorat aku dengan kawan aku ke apa? Terkepong aku dan kawan di situ. Aku tanya kenapa?
“Ini kasi keluar. Mahu 500 saja…” Aku memandangnya pelik. Tapi aku tanya jugak mana no pinnya.Sekali buat. Keluar. Kali kedua tak boleh keluar sebab limit sehari RM1000. Kali ketiga aka kad atm ketiga. Aku keluarkan RM800.
“Woi kasi buat sendirilah. Belajar. Apa mahu suruh orang? Nanti orang curi duit baru tahu…” Amoi Cina marah mereka. Aku senyum je.
“Duit banyak. Ambil pun tak apa…” Amoi tu bengang dan maki hamun. Kata berlagak. Doakan duit kena curilah apalah. Aku diam je.
‘Berkepuk juga duit abang-abang oversea ni…’ Aku terfikirlah. Kawan aku dah habis bank in. Datang 5 ke lebih orang kalau tak silap suruh keluarkan duit. Aku dah pening. Rasa tak selamat pun ada.
“Sini saya ajar. Mula-mula masuk ini…” Tangan aku tunjuk kad. Blah…blah..blah dan aku keluarkan duit. Bila aku mintak diri diorang tak kasi. Diorang mintak buatkan. 10 kad ada aku rasa. Naik gila aku.
“Kan dah ajar tadi. Buat sendiri!” Kawan aku jawab dan kami terus blah. Geram aku. Ya, aku memang penakut dan susah nak menolak permintaan orang. Apatah lagi orang over the sea macam mereka. Hak tuih!

Yang membuatkan aku musykil, mana diorang dapat kad atm eh? Bukan diorang tak ada ic ke? Dah tu bos, tak reti kasi by hand? Dah tu duit diorang lagi banyak dari aku pulak tu. Malu jugaklah sebagai rakyat Malaysia =)

Aku single dan aku okey!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Kenapa masih single? Orang lain sibuk tengok pakej perkahwinan. Kau bila lagi? Pakwe pun tak ada kan?" A tanya.

"Kau mesti jual mahal kan? Sebab tu tak ada calon..." B tebak.

"Kau tak risau ke kita tak ada calon lagi? Orang lain pakat bertunang dah..." Rungut C.

Lain orang lain takdirnya. Lain orang lain jodohnya. Lain orang lain rasanya. Perasaan cinta tu bukan datang bila kita paksa-paksa. Takkan jadi punya. Memilih? Sedangkan kita pun tak sempurna, perlu ke nak mengada nak sempurna? Kahwin? Tunang? Dah jodoh mereka sampai dulu buat apa kita nak halang? Sebab Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. 

Takkan nak fikir pasal jodoh setiap hari. Boleh meroyan aku nanti. Baik aku fikir habiskan study yang berbaki dulu. Aku tak kisah jadi aku harap kau pun tak kisah. Jangan risau sangat. Ibu ayah aku tak runsing pun. Kalau ada jodoh, aku kahwin. Tak payah risau sangat okey? Jadi andartu bukan satu kesalahan =)

Aku tak cemburu tengok orang berdua, sebab aku tumpang bahagia untuk mereka. Tapi aku tak rela menagih cinta suami orang demi mengejar gelaran isteri. Oh no! Tak sanggup! Minta dijauhkan. Cinta buat kita nanar, cinta juga buat kita sembuh kembali. Lagipun, kalau main tangkap muat je suami, tak ke jadi kes naya kat anak kalau suami tu tak sesuai sebenarnya?

Jadi, jangan risau sangat pasal orang. Diri sendiri tu kena risau. Dah kahwin tak menjanjikan apa-apa kan? Kes cerai berlambak tau. Jadi, beringat sebelum kena.

Mencari ketenangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Sumber: IluvIslam

Aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Riuh unggas tidak kuhirau
Letih badan jiwa kacau
Aku terdampar di satu kemarau
Menjerit umpama orang sasau

Kain dipakai ku carik-carik
Jiwa kacau bagai ditarik
Beku hati di panas terik
Tinggal hanya bunyi cengkerik

Kilau mentari bahang terasa
Titisan air berderai merata
Kini aku makin tak daya
Menanti ajal pasti kan tiba...

Ps: Faham apa maksud tersirat?

Cheese Powder

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ingat lagi pasal cheese powder yang makan dengan cheezy wedges tu? Aku dah jual lebih dari 100 paket. Banyak orang beli. Itu buat aku senyum. Untung tak banyak pun. Sebab aku bukan reti meniaga. Tapi lepas habis stok aku ingat dah tak nak meniaga dah.

Tup-tup adik aku balik dan kata nak jual kat kawan-kawan dia kat India. Kat sana mana ada cheezy wedges walaupun ada KFC. Aku jadi serba salah. Aku malas dah nak beli pukal dari kakak tu. Malas nak jual satu hal.

Sekali ada abang ipar rumet aku nak jugak. 30 paket pulak tu. Buat aku garu kepala. Nampaknya terpaksalah aku jadi agent sebenar. Motif entri ni ialah korang nak beli ke cheese powder dari aku? Tapi entahlah aku dapat jadi agent ke tak? Masih menanti jawapan orang atasan hurm. Boleh ke aku meniaga weh?

Tadi customer datang beli 6. Lepas tu dia nak beli 30 pulak. Banyak gila!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers