CORETAN TERBARU NADH

Variasi jawapan untuk soalan "Bila nak kahwin?"

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk kemain panjang. Lama rasanya aku tak menaip menggunakan komputer riba. Skema sungguh ayat. Pedulikan hal itu. Sebenarnya aku nak kongsikan tentang perkara yang serius tak jemu orang bertanya.

BAB NIKAH KAHWIN!
Mesti muda mudi macam aku akan dihujani dengan pertanyaan tentang nikah, kahwin, nikah, kahwin, nikah, kahwin. Bagi yang bujanglah. Kalau yang dah kahwin ditanya macam tu memang minta ****lah tu.

Biasanya soalan berbunyi begini;
Kenapa cuti lama? Nak kahwin ke?
Yang ni bila nak kahwin?
Cuti sekolah ni tak ada rancangan nak kahwin?

Bila dah kerja tanya pasal kahwin. 
Soalan wajib!

Bila situasi mendesak, kita adakalanya boleh jadi stress memikirkan jawapan yang paling sempurna dengan soalan yang tak jemu orang tanya. Jadinya kita akan memilih antara dua jalan. Pertama, kita bersikap serius dan matang. Jawab dengan jujur. Yang kedua, kita buat lawak sampai orang tu tak ada modal nak balas. Oh yang ketiga memang penuh emosi. Awas!

Misalnya,
Bila kau nak kahwin ni?
Bila jodoh sampai, kahwinlah aku. *Ini serius!


Bila kau nak kahwin ni?
Bila kau free? Aku tunggu kau masuk minang je ni. *Speechless terus!


Bila kau nak kahwin ni?
Tengah cari calonlah ni. Kau tak tahu aku pergi sarawak, sabah, utara, selatan sebab nak cari calon. *Ini ayat bengang.

Oleh itu, pandai-pandailah korang jawab soalan nampak macam mudah tapi kalau dah sepuluh ribu kali lapan ratus kali dia tanya setiap masa. Apa maknanya itu? Soalan mudah tapi jawapan belum tentu tersedia ada. Semoga berjaya! Eh!

Kistot: Tuptup aku jatuh suka

Malam itu aku sibuk tak seperti biasa. Sedang asyik meniup belon dengan semangat yang lain macam. Wajah berkerut seribu. Sungguh ada perasaan lain yang menular dalam hati. Lagakku seakan kanak-kanak riang yang ingin bermain di taman permainan. Sungguh aku suka dengan warna warni yang ada di segenap ruang utama rumah ibuku.
"Tak payahlah beria. Majlis ini kita je yang ada," Pesan bapa. Aku senyum sahaja.
"Ala apa salahnya sekali sekala nak kembali zaman kanak-kanak kan?" Ibu pula kembali menyokong aku. Lagilah lebar senyumanku.
"Tingtong! Assalamualaikum..." kedengaran suara dari luar. Bingkas aku mendapatkan pintu. Lupa seketika yang aku sedang meniup belon yang besar.
"Hai Fara. Aku bawak kawan yang aku selalu sebut tu..." Mata aku tak berkelip memandang gerangannya. Sungguh seperti ada cahaya yang terang di raut wajahnya. Dan belon itu terlepas dari mulut mungilku. Angin di dalamnya terkeluar. Belon berterbangan seperti hatiku kala ini. Lantas anganku terhenti bila belon itu dengan laju menampar mukaku sendiri. Mati terus senyuman di wajahku. Malu menyinggah di lubuk hati. Ya, tup tup aku jatuh suka pada dia untuk kali pertama.
Namun, itu hanya rasa suka. Aku senyum dan padamkan rasa kerana aku cuma insan biasa sedangkan dia malaikat cinta yang cuma ada di dalam anganku bukannya alamku.
Tamat!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers