CORETAN TERBARU NADH

Bisakah aku? 2

“Hai dah lama tunggu?” perempuan itu tersenyum nipis lalu masuk ke pintu yang sedia dibuka oleh Fareez. Ala-ala filem romantik gitu. Senyuman paling ikhlas diberikan. Namun dalam hati? Tak siapa tahu.
“Taklah lama sangat. Adalah dua tiga helai janggut I tumbuh,” perli Farezz. Serta merta gelak besar pecah dari mulut mungil perempuan disebelahnya.
‘Kus semangat, nasib tak ada sakit jantung. Tak kuasa aku perempuan ni. Daring tak bertempat.’ Fareez bermonolog.
“Ops lupa pulak I, where are we going?” lagak orang putih.
“we are going to die!” balas Fareez. Terkaku perempuan itu. Dengan muka memang kalah kucing nak beranak.
‘Tahu takut. Hahaha’ gelaknya dalam hati.
XXXXXX
“Mama tak kira! Reez kena layan Syarifah Maria baik-baik. Dia anak VVIP, bukan macam kawan Reez yang macam tomboy tu,” juih Datin Rozana.
“Sebab dia anak VVIPlah Fareez kena layan dia? Macam tu?!” suaranya meninggi sedikit.
“Ma, saya dah 27 tahun tau! Bukan budak-budak lagi tau,” dia berang.
“Perempuan murahan tu sah dah bagi ubat guna-guna kat Fareez!” tuduh mamanya.
“Mama!!!” bergema jeritan Fareez Hakimi.
“Fareez! Sejak kawan dengan budak tu, Reez pandai melawan mama. Mama ni mak Fareez tau!” jerkah Datin Rozana.
“Mak? Maksud makpun Farezz tak tahu. Yang Reez tahu Reez cuma ada mama. Mama yang sibuk dengan meeting, mama yang selalu sibuk dengan outstation! Sekarang mama bagi tahu Fareez siapa mak? Siapa???” tengking Fareez.
Dia terus berlalu keluar dari rumah bangle mewah itu. Dia tidak betah lagi tinggal di sangkar buatan mamanya. Cukuplah sudah 25 tahun dia terseksa. Kalau dahulu dia masih belum berani bersuara. Namun, cercaan mamanya terhadap Ann tidak boleh diterima. Ann yang dikenalinya sejak lima tahun lalu banyak memberi sinar bahagia dalam hidupnya. Melalui Ann dia dapat kenal apa itu sebuah keluarga. Melalui Ann dia kenal itu sahabat. Mereka seperti belangkas. Walaupun usia jauh memisahkan namun mereka tetap bersatu. Tetapi hanya sebagai teman tapi mesra.

XXXXXX

Farihana berasa masa terlalu lambat meninggalkannya. Jauh sudah langkahnya berlari. Namun tidak sedetikpun hatinya lupa pada seseorang. Setiap kali teringatkan kekasihnya. Luka lama berdarah kembali. Sangkanya panas sampai ke petang, hujan di tengah hari. Lantas memori yang tersimpul rapi terurai kembali.
Lima tahun sebelumnya…
“Hai sayang,” suara itu amat dikenali. Farihana berpaling. Rambutnya yang diikat tocang kuda berayun mengikut rentak tuannya.
“Lewat lima minit” mukanya sengaja dimasamkan.
“Ala baby, I bukan sengaja. You pun tahu I makan gaji aje.” Bukan sukar baginya menuturkan kata-kata manis. Telah beribu kali dia menggunakan kata-kata itu untuk semua gadis-gadis yang telah layu di pangkuannya. Cuma yang satu ni liat sikit. Nampak je mentah tapi tegas. Farihana gadis lincah berusia 19 tahun yang dikenali melalui rakannya sangat muda dan bergetah lagi. Pada mulanya dia mengaggap gadis ini mudah diuruskan namun ternyata jangkaannya silap.
“Apa yang you menungkan?” Farihana merenung kekasihnya itu.
“Tak ada apa sayang. Jomlah kita ke rumah kawan I tu.” Dalam hatinya melonjak keriangan. Malam ini pasti dapat!



Post by,
Miss Ran 

Senang cari




Bisakah aku?

“Fareez!” satu jeritan sudah cukup memekakkan telinga Fareez.
Siapa tak kenal Ann atau nama sebenarnya Farihana. Suaranya yang serak-serak basah sudah dikenali. Fareez memalingkan wajah ke arah rakan baiknya Ann.
“Fareez…kau ni kan. Tadi bukan main berjanji dengan aku. Sekarang apa jadi?”
“Hana…janganlah marah aku…” kata Fareez penuh mengharap.
Macam nilah kawan…aku tunggu dekat sejam tau!” bentak Ann. Dia sangat bengang.
“Hana sorrylah. Tadi my mum call. Very urgent. I can`t help it.” Sayu kedengaran. Fareez melutut.
Beberapa pasang mata memerhatikan gelagat mereka. Jika yang tak mengenali mereka mungkin menganggap mereka pasangan kekasih namun hakikatnya…
“Alasan!” Ann terus meninggalkan Café World di jalan Hang Tuah. Panggilan Fareez tidak dihiraukan. Hatinya bengkak memikirkan dia terpaksa berdiri di sebelah keretanya yang rosak.
Petang itu, berbekalkan duit poket yang tak berapa banyak dia hantar kereta ke workshop sendirian. ‘Itulah merajuk lagi, padan muka aku’ omelnya sendirian.
“Janji konon…tapi tak datang- datang. Bengangggg aku!!!” Jeritannya sayup kedengaran.
Kesakitan hati Ann masih jelas terasa. Bukan sekali dua lelaki itu membuatnya ternanti-nanti bagai buah tak gugur. Salah dia juga kerana tak pandai bergaul mesra dengan lelaki lain. Hanya Fareez yang boleh go on dengan angin Ann yang macam taufan tak kira musim. Ann bukanlah panas baran tetapi kalau dia sudah marah, orang yang pekak boleh juga dengar suaranya yang agak seksi itu. Bayangkan!
“Arghhh! Semua lelaki tak boleh pakai!” sambil membaling batu ke dalam kolam buatan ayahnya yang mempunyai 20 ekor ikan Koi.
“Adoi, lupa pulak! Habislah ikan ayah aku,” sengihnya dan terus membuka seribu langkah.
XXXXXX
“Ann sudahlah. Yang ko beria sangat ni kenapa?” pujuk Mashitah.
“Mas, ko tak faham. Aku tunggu bagai nak rak. Tengah-tengah panas lagi. Siapa yang tak sakit hati?”
Ann mendengus kasar. Sebal hatinya memikirkan Fareez.
“Ann janganlah macam ni. Fareez kan dah minta maaf. Apa lagi?”
“Pergi jalan dia punya maaf. Aku marah ni. Ko kawan aku ke dia?”
“Ann bawak mengucap, Ann. Risau aku,” Mashitah mengeluh.
Setelah beberapa kalimah disebut barulah hati Ann tenang sedikit. Ann terus menarik nafasnya untuk melegakan amarahnya.
“Ok..ok. Aku dah ok”
XXXXXX
“Fareez! Reez!!!” terkejar-kejar dia sambil melaungkan nama teman tapi mesranya itu. Fareez yang sedang berada di kereta Personanya.
“Aik pekak betul si Reez ni, takkan tak dengar aku jerit macam hilang laki,” sambil mempercepatkan langkahnya ke arah jalan besar. Peluh mula menitik. Dari kejauhan lagi dia melambai-lambai namun hampa. Fareez terlalu leka.
“Jagalah kau Reez! Pura-pura tak nampak aku pulak,” bebelnya lagi.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Drama apa yang sedang dilakonkan? Siapa jadi heroin? Siapa hero?
Air Soya yang dipegang sedari tadi terlepas jua dari pegangan. Dia tak terkata. Malah belum dapat meneka perasaannya ketika itu. Teruja? Jauh panggang dari api. Dengan perlahan langkahnya ke Café yang berdekatan. Tak mampu melihat drama sebabak itu. Air mata wanitanya gugur ke tanah jua.
Tinta Penulis: Ini sebenarnya nak buat cerpen tapi mcm pjg pulak...nak tnye pendapat korang nak wat cerpan ke novel?



Post by,
Miss Ran 

Cerpen: Badan Oh badan

“Bedebuk!!!”
“Adoi” satu mahluk besar rebah ke bumi.
“Malang betul nasib aku hari ni!” rungut Dian perlahan. Dia cuba bangun. Saiz badannya yang agak besar telah menyukarkan dirinya untuk bangkit semula.
“Siapalah yang bawa sial kat aku ni pagi-pagi lagi dah jatuh.” Bebelnya sendirian.
Dian seorang gadis bertubuh comel. Bukan setakat comel tetapi dua kali ganda comelnya. Saiz badan XXL itulah membuatkan ramai yang mengenali Dian, seorang gadis pintar.
“Hai Dian comel. Terjatuh ye. Kesian…” lantas suara-suara sumbang ketawa berdekah-dekah kedengaran.
Dian lali. Ejekan itu sudah selalu didengar. Walauapapun yang terjadi Dian redha. Dia bangga menjadi dirnya. Saiz badannya tidak pernah di jadikan alasan untuk kembangkan potensi dirinya.
“Aku memang comel pun,” balas Dian dengan gah sambil bangun dari lantai koridor. Namun pemilik suara-suara tadi sudah jauh meninggalkan Dian. Dia termangu seketika.
XXXXX
“Manja mama bila nak balik?”
Suara di corong telefon N90nya bertanyakan hal yang sama. Mama…mama…
“ Yup ma. This week tak balik ma. Banyak kerja nak dibuat.” Nada suaranya diubah menjadi manja seperti anak kecil.
“Laaa…kenapa?tak boleh ke buat kat umah. Mama rindulah kat anak mama sorang ni…blah…blah…” telefon dijauhkan dari telinga.
Dian bosan diperlakukan macam anak kecil.
‘Mama ni tak penat ke membebel kat aku…huh…don’t try this at home ok.’ Dian ketawa kecil.
“Yan…yan…yannnn, dengar tak mama cakap ni? Kamu ada lagi tak ni?” suara puan Linda makin kuat.
‘Alamak kantoi pulak’ katanya sambil garu kepala yang tidak gatal.
“Ye yan dengar ma. Tadi ada membe panggil,”
“Yela tu. Macam mama tak tahu. Mama tak kira. Yan kena balik jugak. Lagipun kita ada tetamu istimewa. Jangan lupa tau!” Puan Linda masih berkeras.
“Ok mama. Yan balik.” Nadanya tak seceria tadi.
“Macam tulah anak mama. Okeylah, papa kamu panggil mama. Jangan lupa tau!.....”
Ayat seterusnya Dian tidak mampu mendengar lagi. Suara mamanya yang nyaring mampu tembus lima buah bangunan sekaligus semakin perlahan dan terus tiada. Punat merah ditekan dan badannya dicampakkan ke atas katil.
“Aaahhh benci betul aku”jerit Dian sepuas hatinya.
XXXXX
“ Masuklah Datin Rabiah, Datuk Syafik.” Pelawa Encik Ikhmal.
“ Alamak tetamu papa dengan mama dah sampai. Aku baru nak melantak ayam golek ni. Kacau daun betul” rungut Dian. Seleranya terganggu. Di ruang tamunya, kelihatan seorang jejaka yang amat dikenali.
“Ya ALLAH. SyahFitri. Apa dia buat kat rumah aku ni.” Dian mula tak tentu arah.
Mana tidaknya lelaki yang dia minati sejak masuk Universiti Putra Malaysia dulu. Kini dia sudah berada di akhir tahun.
Dian mula mencuri dengar perbualan orang tuanya itu. Namun mulutnya tak berhenti mengunyah kentang goreng. Tiba-tiba perutnya rasa senak. Terlebih makan agaknya.
“Adoi sakitnya perut aku,”
Kaki Dian berlari kearah tandas yang berdekatan.
XXXXX
Di ruang tamu pula, perbualan masih rancak kedengaran. Suasana menjadi lebih serius. Tiada lagi gelak tawa antara mereka.
“Macam nilah Ikhmal…Linda. Anak kami, Syah ni sudah tahun akhir. Kami memang berharap sangatlah kamu berdua dapat menunaikan permintaan kami yang besar…” kata-kata Datuk Syafik terhenti apabila terdengar bunyi kuat dari arah dapur.
“Ya ALLAH, apa bunyi tu?” kata Puan Linda separuh menjerit.
“Lin nak periksa sebentar.”
“Aunty, saya nak ikut.” Kata Syahfitri dengan sopan kerana dia juga kepingin tahu apa yang ada di sebalik tirai dapur itu.
XXXXX
“Yan anak mama!!!” jerit Puan Linda terkejut.
Dian yang terbaring di lantai basah kelihatan malu. Syahfitri yang diminati telah berada di depan matanya dan dia terbaring. Keadaan yang sangat memalukan. Tiba-tiba dapat satu idea iaitu…
“Yan…yan… anak mama. Bangun sayang.” Terasa pipinya ditepuk-tepuk.
‘Sakitlah mama. Wahai kandaku cepatlah pergi. Malu…malu…’ jeritnya dalam hati.Tak lama kemudian Dian diangkat ke ruang yang selesa untuk berbaring. Seperti benda yang empuk. Mungkin katil Bibik. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan setelah pasti semua tiada di situ.
“Opocot mak kau meletup!” jerit Dian. Tangannya sudah melekap ke mulut. Di pintunya terdapat susuk tubuh manusia. Siapa lagi kalau bukan jejaka hensem.
‘Wah aku nak pitam lagi…’
“Dah, jangan nak berlakon lagi. Aku tahu ko tipu tadi. Aku nak ko dengar betul-betul.” Serius nadanya. Syahfitri berwajah lonjong, kulitnya cerah, rambutnya terpacak. Sekali pandang persis Shah Rukh Khan versi cerah.
“Ko dengar tak perempuan??” suaranya tinggi.
“Hah” terkejut Dian. ‘Asyik sangat meneliti wajah orang. Kan da kantoi…’
“Aku tak suka rancangan family kita. Semua tu mengarut. Aku nak ko pujuk mak bapak ko untuk reject. Ko faham?” wajahnya bengis. Hilang kemachoaannya seketika.
“Aku tak faham. Apa yang nak di reject?” tergaru-garu kepalanya.
“Apasallah ko bengap sangat. Aku kata aku tak suka. Ko kena bagi tahu kat mak ko tu kau tak nak KAHWIN dengan aku. Senang kan?”
“Suka?”
“Kahwin?”
“Siapa yang nak kahwin?” Dian masih blur.
“Kau dengan aku kena kahwin…tapi aku tak nak. Aku tak suka. Dah faham cik adik?” syahfitri meraup mukanya. Tekanan otaknya melayan karenah perempuan.
“Ooo kita kena kahwin. Nape ko tak suka?” blur lagi.
“Dahlah malas aku layan ko. Yang penting aku nak ko reject peminangan tu nanti kalau tak tahulah nasib ko!” ugutnya.
Sedar tak sedar air mata Dian mengalir deras. Tidak sangka dirinya begitu hina dimata Syahfitri. Dia pura-pura tidak faham kerana ingin melihat sikap sebenar Syahfitri. Namun, segalanya terbukti. Lelaki itu tidak sukakannya dan tak ingin berdamping dengannya. Malam itu menjadi malam sendu untuknya.
XXXXX
“Kenapa Syah buat mummy macam ni? Apa kurangnya Yan?”
“Syah tak suka dia.” Ringkas sahaja kata-katanya.
“Kenapa? Sebab dia gemuk? Macam tu cara Syah nilai hati budi orang ya? Mummy tak sangka.” Datin Rabiah berlalu pergi. Dari jauh Syah tahu mummynya kecewa dengannya.
“Daddy tak tahu nak cakap apa lagi. Mulai sekarang Syah buatlah keputusan syah sendiri. Daddy tak nak campur.” Daddynya turut kecewa.
Syahfitri terduduk. Seakan menyesal dengan tindakannya. Dia terlalu bodoh menilai cinta. Safira yang diidamkan ternyata curang dengan kawan baiknya sendiri, Ameer. Dian pula terus sepi setelah kejadian malam itu. Dengar khabar, Dian membawa dirinya ke London. Syahfitri merebahkan dirinya dengan penuh sesalan. Di hatinya, masih menanti Dian yang di pandang rendah kerana XXL. Dalam tidak sedar dirinya telah jatuh cinta pandang pertama semasa melihat Dian terbaring di dapur suatu ketika dulu. Namun, ego mengatasi segalanya.
XXXXX
2 TAHUN KEMUDIAN…
“Cik Dian, terima kasih kerana menjadi model produk kami. Saya berharap awak akan temui cinta sejati awak.” Kata Doktor Meng Hat.
“Terima kasih, saya hargai pertolongan doktor.” Dian tersenyum puas. Badannya makin solid. Kalah mama. Gelaknya dalam hati. Untung Dian kerana bertemu dengan Doktor Meng Hat di tepi jalan semasa cintanya di reject mentah-mentah.
Kini wajahnya telah menghiasi dada-dada akhbar dengan mempromosikan produk kelangsingan untuk kaum XL plus-plus. Jus mate ternyata berkesan setelah berusaha sehabis daya.
“Gedebuk!!!”
“hoi jalan pandang depan la.” Kata lelaki serabai didepannya.
‘Ish mamat ni nak kena. Dia yang langgar aku.’ Bebel Dian sendirian.
“wah lawanya. Maaflah, saya yang salah.” Kata lelaki itu sambil tersengih-sengih.
“hoi mamat. Aku lawa baru nak minta maaf. Kalau gemuk? Sampai mati pun ko salahkan aku kan?” balas Dian geram. Lantas berlalu. Mamat tadi masih terpinga-pinga. Orang ramai melihat ke arahnya. Semua menyalahkan lelaki itu.
“Dian….diannn tunggu.”
“Siapa pulak panggil aku ni. Ada orang cam aku ker?” rungutnya.
“Do I know you?” cermin mata di tanggalkan. Syah…
“Saya syah, kenal lagi?” wajahnya agak cengkung dan tak terurus. Wajahnya begitu mengharap namun Dian pun tak pasti apa yang diharapkan setelah lelaki itu membuangnya.
“Maaf, tak kenal. Saya busy. So goodbye.” Dengan angkuh Dian berjalan. Baju blaus yang disarungkan menampakkan seperti isteri orang kaya.
‘Biarlah. Bila lagi nak vogue? hahaha’
XXXXX
“Yan, mama ni. Yan balik sekarang. Papa yan mengamuk…tut…tut…tut…” talian teputus.
“Kenapa mama dengan papa ni?” Dian pelik.
Sejam kemudian, setibanya Dian di rumah. Kelihatan ramai orang di luar rumahnya. Seperti ada kenduri. Jangan-jangan papa…
“Mana pengantin perempuan? Lambatlah. Kan akad nikahnya petang ni?” mak Andam membebel lagi. Riuh rendah rumahnya. Dian nak pitam. Papa mengamuk? Siapa meninggal? Pengantin?
“Gedebuk!”
“Yan anak mama. Wake up honey. Kita kena bersiap cepat. Ada lagi sejam nak ke masjid.”
“Kenapa nak ke masjid ma?” Kepalanya pusing lagi.
“Awak nak nikah. Pihak pengantin lelaki dah gerak. Kita tak siap-siap lagi”
“Kenapa tergesa-gesa?kenapa tak bagitahu Yan dulu. Yan tak nak ma.” Tangisan mula kedengaran.
“Ikut cakap mama. Yan bersiap dulu.mak cik siapkan anak saya ye.” Kata mama dan berlalu pergi. Dian kecewa.
“Aku nikahkah dikau dengan Dian Aliyah bin Ikhmal dengan mas kahwinnya Rm80 tunai.”
“Aku terima nikahnya Dian Aliyah bin Ikhmal dengan mas kahwinnya RM80 tunai.”
“Sah?...sah…sah…”
Air matanya bergenang. Kini di bergelar isteri orang yang tak dikenalinya.
“Dian, maafkan abang. Tak beritahu sayang awal-awal. Maafkan abang.” Lantas hinggap kucupan suci di dahinya. Mata dibuka dengan penuh debaran. Dan…
“Awak?”
“pengantin pengsan!!!”
Terima kasih cinta. Saya akan hargainya. Syah terima kasih sudi terima saya walaupun dulu dah kena reject. Mama, memang suka buat anak mama pengsan kan? Hek3 to my little angle, Dina Liliana. Jangan makan banyak-banyak nanti gemuk macam ibu.
Diari ditutup. Dian melihat badannya sekilas.
“Adoi membazir aje pergi London Weight management dan minum Jus Mate“ rungut Dian.
Badannya berubah menjadi XXXL setelah lahirkan Dina. Alahai badan. Badan direbahkan dan di tariknya selimut.
“Selamat laki aku tak kisah.”

Tinta penulis: garapan ketiga saya...harap korang terhibur...cerita ini rekaan semata-mata...ambil yang jernih dan buang yang keruh...



Post by,

Miss Ran 

Cerpen: Ketika Cinta

Hari ini genaplah usia Liya 19 tahun. Tepat jam 12.00 malam kawan-kawannya telah membuat surprise party. Dia amat gembira. Dia bersyukur kerana ada yang sudi menyambut hari jadinya. Tetapi Liya tetap bersedih kerana insan yang istimewa dalam hidupnya sedikit pun tak ingat hari keramat itu. Liya sungguh berjauh hati dengan sikap buah hatinya. Pilu hatinya mengenangkan peristiwa itu. Alasan busy menyiapkan projek sudah lali didengar. Mustakim namanya langsung tidak menggambarkan peribadi orangnya. Agak kurang sopan kata-kata ini. Namun itulah hakikatnya.
XXXXX
“Sayang?” Tanya Liya sendirian.
“Aku sayang dia ke?”
“Aargghh!!”
“Aku ade pakwe tapi mcm tak de. Tensionnn…”
Liya terbaring sambil memandang ke arah telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Dia masih melayan perasaannya. Dia sebenarnya di dalam dilema. Seribu penyesalan wujud di benak fikirannya. Niatnya sekadar berkawan dengan seorang lelaki akhirnya memakan diri sendiri. Benarlah kata orang, lelaki dan perempuan sukar nak jadi rakan yang baik. Buktinya Liya sendiri. Niatnya ingin menambah kenalan lelaki memandangkan dahulu dia bersekolah di sekolah yang mejoritinya perempuan. Dia sudah jemu dengan persekitaran itu. Namun setelah lama mengenali seseorang itu, maka timbullah bibit-bibit rasa cinta. Liya sememangnya mempunyai seorang kekasih hati. Namun sejak kebelakangan ini, dia sering kesunyiaan. Kekasih hatinya sudah jarang menghubunginya.
XXXXX
Bermulalah episod cinta antara dia dan Haikal. Haikal, lelaki yang sentiasa menemaninya tanpa mengira waktu. Walapun Liya tidak pernah melihat rupa sebenar temannya itu apatah lagi berjumpa dengan Haikal, namun Liya yakin Haikal orang yang dia paling sayangi.
“Tiya sayang..” kedengaran suara garau milik Haikal di corong telefon.
“Iye..”
“Nape ni? Macam ade prob je?” Serkap Haikal tiba-tiba.
“Tak ade pape la wak.” Balas Liya perlahan.
“Awak jangan tipu. Saya tahu. Awak tak nak cerita ke kat saya??”
“Awak nie. Tahu-tahu je kan kalau saya ade masalah.”
Liya tahu dia memang tidak boleh menyorokkan apa-apa hal dari Haikal. Segalanya dikongsi dengan Haikal. Airmatanya merembes keluar. Hilang segala rasa malunya. Sendunya jelas kedengaran di corong telefon.
“Tgk tuh. Kenapa ni?? Ceritalah kat saya.”
“Saya.. saya nk putus dengan pakwe saya. Saya tak sanggup curang dengan dia. Saya syg awk.”
“Saya tak paksa awk. Kalau awk rase itu yang terbaik. Awk teruskanlah. Saya mmg sayangkn awk. Awak tahukan?”
“Saya rasa bersalah. Tapi sikapnya yang membuatkan saya buat begini.”
“Awk..masalahnya sudah tiga bulan dia tak contact awk. Awk nk tggu die smpai bile?” Suara Haikal sudah mulai meninggi. Liya gerun mendengarnya. Setelah lama terdiam barulah dia bersuara.
“Saya nak clash. Cukuplah dengan penantian saya ini.” Balas Liya yakin.
“Ok, thanks. Saya sayangkan awk.”
“Saya pon same. K la wak. Saya nk msj dia jap.”
“Jgn lame2 nti saya jealous.”
Senyuman bahagia terukir setelah mendengar penyataan Haikal. Segera Liya mematikan panggilan itu. Hatinya tekad untuk memutuskan hubungan mereka. Sms dihantar sebagai pengganti dirinya.
-Awk..saya nak putus. Cukuplah selama ini saya aje y beria-ria. Saya harap awk dapat jmpe pgganti saya. Mungkin jauh lebih baik dari saya. Belajarlah bersungguh-sungguh. Saya doakan awak bjaye dlm hdup.-
Liya terus menekan sent.
Dia terus tidur. Dia tak mahu melihat balasan mesejnya itu. Lenanya berteman linagan air mata. Walaupun dia mempunyai Haikal, namun pakwenya itu adalah cinta pertamanya. Mungkin dia terlalu mengharapkan kesetiaan dan keprihatinan daripada pakwenya. Dalam hati dia berharap agar Haikal sentiasa menemaninya dan tidak melukakan hatinya lagi.
XXXXX
Mustakim membalas mesej Liya. Sungguh kecewa bunyinya. Namun Liya sudah membuat keputusan dan dia tidak akan tarik balik perkataannya. Haikal begitu gembira dengan berita itu. Liya tahu Haikal orang yang paling gembira.
“ THANK YOU!!” jerit Haikal seperti kanak-kanak.
“Janganlah jadi mcm budak2 wak. “
“Tiya, awak tahukan lama saya tunggu saat ini.”
“Wak..boleh janji dengan saya tak??”
“Janji ape wak?”
“Janji awak takkn tinggalkan saya.”
“Janji sayang.”
Bibir mulus Liya mengulum sebuah senyuman manis. Cukup untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. Walau begitu Haikal tidak pernah menyuarakan isi hatinya untuk menjadi kekasih Liya secara rasmi.
XXXXX
Mustakim hanya mendiamkan diri. Mungkin pasrah dengan keputusan Liya. Bagi Liya hidupnya lengkap bila bersama Haikal. Tiap hari hidupnya dihiasi dengan mesej-mesej dari penyeri hidupnya. Liya benar-benar jatuh cinta. Benarlah kata orang cinta itu buta. Tanpa mengenal raut wajah Haikal begitu juga Haikal yang belum pernah melihat gambar Liya namun cinta mereka tetap subur seperti tumbuhan yang disemai.
“Alamak ada mesej la pulak”
Bunyi itu menandakan ada mesej masuk. Segera Liya mencapai handsetnya lalu melompat ke atas katil.dia begitu yakin Haikal yang menghantar mesej itu.
-ai cyg. Nga watper tuh?-
-nga rindu awkla-
-ye ke?patutlah sy rase cam ade y mmanggil2 gitu-
-ishh perasan-
-eh btul la kan. Malu2 lak die-
-yela awk je y btul-
-ai mjuk ker, sy grau2 la-
-mne ade mjuk-
-sori la wak-
-takde la. Sy ok-
-btul ok?buah ati sy da mkn lom?-
-lom la wak-
-pegi makan seblm sy marah!-
-yela2 sy mkn. Takut sy kalo awk mara. Nti smbg k-
-tau pon takut. Ok-
Liya menggeliat. Dia begitu malas untuk ke dewan makan. Seperti makan adalah suatu beban berat yang perlu digalas. Sikap malas perlu dibuang sebelum dia kena marah dengan Haikal yang sememangnya panas baran. Haikal pula selalu memarahinya. Kadang-kadang terguris hatinya dengan kata-kata kesat dan kasar. Namun hatinya tetap setia bersama Haikal walaupun dilayan begitu. Dia tahu Haikal tidak sengaja.
XXXXX
“Oit, jom p makan.” Sergah Liya.
“Apelah ko ni Liya. Bagilah salam dulu.” Bebel Mia.
“Ala ko ni. Mcm tak bese lak.”
“Yela tuh. Jap tunggu aku pkai tudung. Tadi aku tgk ko cam tak nk mkn jek. Asl tetibe nk lak??” soal Mia pelik.
“Haikal marah aku tak mkn…”
“Hah! Patutlah beria nak makn. Haha padan muka ko..” bls Mia.
“Ko bkn nk bela kawan ko ni..”
“Buat ape nk bela ko? Bazir jek”
“Sampai ati ko…”
“Lek ar sis. Aku plik la. Cmne la ko ley bercinta dalam fantasi. Due2 tak knl mke.”
“Aku tak tau la. Aku mmg sygkan dia sgt2. Tak kisah pon dengan rupa dia.”
“Aku takut bila ko kenal muke die ko tak leh terime die. Ko pahamkan maksud aku?” jelas Mia.
“Tak adelah. Jgn risau k.”
XXXXX
“Liya..kebelakangan ni aku tgk ko senyap jek. Kenapa??” tanye Win.
“Aah la. Aku peliklah Liya. Ade prob ke??” tanya Mia pula.
“Haikal…”balas Liya pendek. Nada suaranya berubah. Kedua-dua kawannya seperti dapat menangkap hal yang ingin Liya sampaikan.
“Apa yang die da buat kat ko?” Serkap Win.
“Aah mesti die wat something kat ko. Die ade perempuan lain ker??” soal Mia pula.
Tiada balasan dari Liya. Yang ada hanyalah bunyi sendu. Air mata Liya mengalir deras. Mereka hanya mampu memujuk Liya supaya bersabar walaupun masih belum tau perkara yang sebenar. Liya menceritakan hal Haikal. Haikal memaki Liya hanya kerana Liya bertanya tentang perempuan lain. Haikal mengatakan bahawa Liya menuduh Haikal mempunyai wanita lain.
“Kurang ajar betullah! Dia ingat kawan aku ni ape?” balas Mia geram.
“Sudahlah mia. Die tak sengaja tuh.” Jawab Liya.
“Ko jangan nk menangkan die. Die tu tak layak dipanggil lelaki. Dayus!” balas Win pula.
“Sanggup die keluarkan kata-kata kesat kat ko? Bodoh punye jantan!” kata Mia dengan kuat.
“Korang..jgn a cmni. Aku ok la.”
“ Mulai hari ini jgn layan die. Ko sepikan diri, biarkan dia terasa kehilangan ko.” kata Mia.
“Biar dia belajar menghargai dan menghormati orang perempuan!” sambut Win pula.
Win dan Mia, kemudiannya berbisik-bisik dan serentak itu mereka mengangkat punggung masing-masing.
“Tapi aku…” belum sempat Liya menyudahkan kata-katanya. Kelihatan dua sahabat baiknya berlalu pergi dari biliknya. Mereka sangat marah. Kini Liya harus memilih antara cinta dan sahabat.
XXXXX
Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah
Lagu ini terus tersemat dalam sanubari Liya. Walaupun berulang kali dimainkan namun hatinya tidak bosan mendengar dan mengamati bait-bait ayat lagu itu. Mungkin itulah situasinya sekarang. Liya melayan perasaannya sehingga tanpa dia sedari air jernih menitis dari tubir matanya. Perlahan air matanya diseka. Dia tidak mahu terbuai dengan perasaannya. Bimbang juga kalau-kalau rakan baiknya melihat kesedihan yang selama ini diselindungi. Liya bergegas ke bilik air untuk membasuh mukanya.
XXXXX
Beberapa tahun kemudian segalanya berubah. Liya mula mengenal identiti diri. Betullah kata orang masa bisa mengubah segalanya. Lama Liya termenung. Bunyi bising suara kanak-kanak telah mematikan lamunan panjangnya. Seraya Liya tersenyum melihat gelagat mereka.
Cinta, kasih serta sayangnya kepada insan bernama Haikal tetap subur. Walaupun kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Azzad, namun Liya tidak melupakan Haikal. Haikal telah menjadi sebahagian daripada kenangan terindah buatnya. Mujur sahaja Azzad suami yang amat memahami. Bahagia akan datang dengan sendirinya. Tak perlu dikejar kerana sudah tertulis sejak azali setiap insan dijadikan berpasangan. 


Tinta penulis cerpen: Karya kedua..harap terhibur dan ambil pengajarannya!



Post by,

Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers