CORETAN TERBARU NADH

Nangis guling-guling

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masih update guna tangan kiri.

Sunah perasan je typo aku.

Terima kasih kawan-kawan yang mesej dan call. Tak lupa yang komen.

Aku sihat setakat ni.

Cuma muka bengkak dan kering sikit.

Sempat makan ketupat pagi tadi.

Sedap pulak. Aku asyik gelak je.

Ni semua adik aku punya pasal.

Asyik buat lawak je.

Lupa pulak, selamat hari raya semus.

Doakan aku cepat sembuh.

Tak larat nak pakai baju hijau ni hehe.

Babai semua.

Ps: Dia rindu ye?

Bila taip guna tangan kiri

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sihat. Berkat sokongan kwan-kawan.

Terima kasih semua.

Aku tak sangka aku msih hidup.

Syukur ya Allah.

Ngeri kalau nak aku cerita semua.

Bila dah sembuh semuanya aku akan kongsikan.

TERIMA KASIH SEMUA.

Nak melawat bolehlah. Aku dah putih. Hehe
Ps: Terima kasih kat dia jugak.

Terima Kasih Semua

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Terima kasih di atas keprihatinan korang semua, alhamdulillah aku selamat dan masih bernyawa. Syukur.

Mungkin aku tak dapat update seperti biasa, kerana netbook Asus kesayangan sudah terbakar dan meletup sekali dengan kereta tu. Sedih.

Tapi nyawa itu lebih bernilai dari harta benda, kan?

Itu sahaja, pesanan ringkas dari aku. Terima kasih lagi sekali. Aku terharu. Siapa sangka kawan dunia maya begitu prihatin, kan?

-ditulis dan ditokoktambah oleh pemegang amanah Cikgu Iffah Afeefah-

p/s : dia yang tulis ni

Unintended

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tengah cari iklan raya yang Zulhuzaimy berlakon. Wah suka kat dia sangat-sangat walaupun dah duda. Haha. Nak berebut dengan aku? Jangan. Dah bukak blog seseorang dengar pulak lagu MUSE ni. Sentap tetiba.

Kenapa?

Lagu ni banyak kenangan. Masa aku umur 20 tahun kot. Gila lama. Biarkan lagu ni berbunyi sambil layan perasaan. Siap member aku sound.

Teringat kisah silam ke?

Sentap. Haha. Ingat kat adik tu. Berapa ramai skandal dia sekarang? Hurm.
Ps: Dia tak suka perempuan tua =P Tuakah aku? Haha

Shoutmix lagi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada yang tanya aku pasal shoutmix lagi. Aku tak suruh korang buang pun. Cuma aku memang tak suka benda tu ada. Lainlah kalau entry korang aku dah komen. Lepas aku jejak balik takkan nak komen kat entry tu jugak kan.

Penipuan? Aku tak dapat nak terangkan macam mana. Tapi dia tak payah ke blog korang just copy paste dah jadi BW. Mudah sangat. Tapi kalau nak letakmjugak up to you. Alu tak marah pun kalau korang ada shoutmix.

Nada entry aku yang lepas macam marah eh? Aku tak garang haha. Korang pilihlah yang mana terbaik. Tapi ramai dah buang benda tu. Widget ni kalau banyak sangat menyibuk kat blog serabut jugakkan?

Ps:Dia tak nak bagi aku duit raya!

Perasan sungguh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku memang suka perasan. Ini entry tercipta setelah membaca entry JIJI dan komen Sunah. Grr memang aku mengaku aku suka perasan.

Jiji cakap laki suka perasan. Tapi perempuan lagi mudah perasan. Orang tengok sikit dah rasa orang suka dia.

Orang gurau-gurau manja kata orang minat dia.

Orang cakap comel kat kucing tapi dia pulak yang perasan comel.

Memang perasan comel. Perasan orang suka kat dia. Perasan selalu diperhatikan.

Semua adalah normal. Tapi aku tak pernah nak perasan comel macam orang tu. Sebab aku tau aku memang tak comel pun. Aku ada je buat entry pasal perasan. Macam dulu. Ada orang layan aku special sikit. Sampai aku tak senang duduk.

Siapa? Kak long tahu. Tapi tu kisah lama. Kami seperti biasa. Tak renggang pun. Risau jugak sebab aku memang suka perasan. Sensitif you! Jadi nak gurau agak-agaklah. Jangan terlebih buat orang perasan. Lepas tu mulalah cakap orang tu kuat perasan.

Tapi yang sekarang si HJ memang suka perasan. Dia rasa dialah "dia" di PS kat bawah entry aku. Lantaklah, janji dia tak bahagia. Kang dia dah tak ada siapa nak sakat aku kan? Jadi kontrollah perasan korang tu. Kang dibenci masyarakat pulak. Haha.

Ps: Dia pun suka perasan.

Saja bagi aku terharu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gambar ni telah dijadikan profile picture. Wah gembira dapat hadiah. Terharu. Walaupun seorang je bagi kad raya kat aku. Tapi tak apa. Cantik dia warna. Terima kasih Fahmi Iskandar. Sayang Fahmi lebih!

Erm pembalut hadiah pink tu cikgu pra bagi. Dalam tu ada beg anyam kecik. Boleh pergi pasar letak beg duit dalam tu. Kad raya tu aku suruh diorang buat. Semua pakat buat cantik-cantik bagi kat kawan aku, mak ayah diorang. 

Cawan dengan bunga tu pembantu pra yang bagi. Dialah yang tolong aku buat kuih raya dengan bebudak prasekolah dulu. Memang sporting. Siap nangis lagi tadi. Janganlah. Segan kami berdua.

Kad besar ada lubang sebenarnya lekat love tengah-tengah. Bila bukak love timbul. Tanjat gegirl. Yang bestnya ada semua nama anak murid aku selama dua bulan ni. Tulisan walaupun tak cantik. Tapi adalah kenangan dengan diorang. 

Gambar yang aku tayang pagi tadi adalah gambar sebahagian. Yang lain tak datang. Tak apalah. Tapi aku dah mula rindu mereka. Jangan tanya pasal budak perdana yang aku ajar PJ. Hampeh. Asyik kejar mintak duit raya je. Aku bagi singgit sorang. Yang darjah 4 due ringgit. 

Sekolah ni memang best. Cikgu-cikgu yang baik dan sporting. Wah tak nak balik asrama rasanya=P Yang penting kehadiran kami dihargai. Aku tak harap hadiah pun. Tapi terharu kot. Kad besar tu terbaik! Kenangan sampai bila-bila.

Ps: Dia cemburu sebenarnya.

Kritikan untuk aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni bukan entry bangga diri. Sesiapa rasa nak maki sila klik pangkah. Seperti yang semua dah maklum. Hari ni hari last aku di sekolah sebagai cikgu.

Lepas ni aku kembali menjadi pelajar. Ehem tak sedih pulak. Tunggu dah lama baru sedih kot. Aku kan kena observe lambat. Tak ada mood nak tengok komen lecturer. Sekali baca semalam.

Tanjat gegirl! Ada kritikanlah. Siap ada mention nama aku. Ehem* kami mengaar berpasangan. Jadi sama-sama handle budak-budak. Tahu apa lecturer aku tuliskan?

Afifah, anda ada potensi untuk menjadi guru yang cemerlang. Justeru itu anda perlu memahami secara mendalam kurikulum prasekolah. Dengan itu, anda dapat merancang P&P dengan baik dan berkesan. Kenali potensi diri dan kembangkan secara berperingkat-peringkat. Selamat maju jaya.

Aku dah terharu ni. Tak sia-sia aku payungkan dia masa hujan sampai mengajar dalam keadaan basah sehari sebelum tu. Huargh ada potensi? Hurm aku cuba. Tapi tak tahulah lecturer tu nak ambil hati je kan. Apapun setiap kritikan dia sebelum ni aku akan perbaiki.

Kritikan bukan bermakna negatif. Ada jugak yang positif. Terpulang cara kita menyampaikan kritikan berkenaan. Dengan ini, praktikum fasa dua melabuhkan tirai. Ada setahun 3 bulan untuk belajar lebih lagi untuk bergelar guru sebenar. Cayok!

Eksklusif: Anak murid aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hanya gambar menceritakan semua. Maaf aku halimunan. Muka overexcited kan. Malulah nak tayang. Kang ada yang meminang. Haha kawan aku yang tudung pink dah berpunya. Jangan mengorat=P
Senyum tak perlu kata apa-apa
















Ps: Dia tak percaya aku gemuk.

Shoutmix aku mana?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni bukan entry sesi membalas pantun ye. Aku sebenarnya malas nak balas satu-satu blog tu. Yalah aku pun dah tak ingat siapa yang tanya dan tegur pasal blog aku.

Terima kasih atas teguran. Aku nak jawablah ni. Sabar ye. Sebenarnya mereka tanyakan pasal widget shoutmix aku tak ada. Jadi susah nak tinggalkan jejak. Aku jawab kat dia berat blog jek. Dia kata bukan berat mana pun. Kalau letak lagu beratlah.

Yalah alasan apa aku nak kasi ni? Macam ni lah cik abang dan adik yang bertanya. Bukan aku sengaja tak nak letak. Dulu aku pernah letak. Masa blog aku background pink cat tumpah-tumpah. Sila ingat balik yang mana dah kenal lama dengan aku. Ehem*

Shoutmix bagi aku menyibuk je. Maaf terasa. Sebab blog aku ni dah penuh widget cerpen dan segala jiran tetangga. Dah tak muat nak taruk. Siap ada budak tu susunkan balik widget. Sebab terabur sangat. Kawan aku yang pakai Ipad 2 kata blog aku serius berat.

Padahal orang kata Ipad tu line laju. Laju dari netbook cikai aku ni. Asal aku bukak laju je? Padahal kami sebelah menyebelah. Sekarang pun separa berat blog ni. Kalau letak widget tu lagi berat dan semak. Sebab aku takkan jejak korang kat situ.

Sebab bagi aku orang yang tinggal komen kat situ biasanya tak baca entry. Asal ada je jejak cukuplah. Dah tu pernah timbul isu penipuan BW. Aku malas layan segala mak nenek berkenaan maka aku membuangnya dari hidup blog ini.

Korang tinggalkan je jejak kat komen takpun terus je ke FB aku IFFAH AFEEFAH II. Okey? Tak ada hal. Aku akan accept je korang. Ada masalah lagi? Tak ada. Bagus sangat=P Kalau nak jugak widget tu carilah kat blog lain eh. Aku taknak adakan. Sekian.

Ps: Dia tak sedar diri. Grr

ALTOPHOBIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya masing-masing ada fobia mereka tersendiri. Termasuklah aku. Banyak aku fobia sebenarnya. Antara kita sedar ke tak. Kadang kita pun nak melupakan je hakikat tu kan.

Yalah, orang akan mengata bila kita lemah sikit. Macam kau takut katak. Yang lain ketawakan sebab katak haiwan. Itupun nak takut. Memalukan. Peduli je kata mereka. Bukan mereka sempurna pun.

Mesti ada yang tak tahu apa maksud ALTOPHOBIA? Jawapan akan aku bagi kejap lagi. Malu jugak nak mengaku. Aku tahu korang mesti akan gelakkan aku jugak. Mujur aku perempuan. Kalau lelaki? Uih lagi kena keji.

Tapi dah memang hakikat kita ada fobia yang tak dapat elak. Macam kawan aku fobia katak. Sebab member sekolah dia bagi hadiah. Tapi suruh dia tutup mata dan tadah tangan. Dia rasa lembik, lembab macam tu. Bukak mata katak. Tak ke terkejut korang?

Aku yang dengar pun trauma. Kadang benda ni bukan kita mintak. Jadi jangan asyik mengenakan orang lain. Jangan asyik kata dia lembik sebab penakut. Sebab manusia sememangnya tak sama. Mungkin dia fobia dengan katak tapi dia tak fobia dengan kucing.

Apapun mari check apa maksud ALTOPHOBIA ni. Korang boleh kaji korang punya fobia kat sini. Thanks Deno bagi aku idea buat entry petang ini=)

Ps: Dia cemburu. Wakaka

Spontaneous Thursday #7

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Cikgu: Siap kerja boleh main permainan.

Anak Murid A: Cikgu, orang datang sekolah nak belajar.

Cikgu: %$#@@&*

Anak murid B: Memanglah prasekolah boleh main. Nanti dah besar tak boleh dah.

Cikgu: Angguk setuju.

Ps: Dia marah aku kata dia polis pencen. Wakaka=P


Sambungan isu tak puasa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Penat aku cari. Tak jumpa pulak. Jadi korang layankan jelah link yang aku bagi kat bawah ni.

Klik sini untuk hukuman bagi orang yang membuka puasa dengan sengaja tanpa sebab yang kukuh.

Klik sini untuk info tentang puasa.

Yang aku baca tu, orang yang berpuasa di bulan biasa takkan dapat keistimewaan seperti di bulan Ramadan. Jadi marilah berebut pahala yang berlipat kali ganda.

Aku sedih. Nipisnya iman hanya dengan godaan air terus nak berbuka. Senangnya nak berbuka eh? Kalau sakit boleh diterima. Kalau sebab tak larat? Ini bukan kisah kanak-kanak yang umur 7 tahun. Ini orang yang boleh jadi mak dah kalau kahwin.

Aku tahu ramai yang menantikan hadis tu. Maaf aku tak jumpa. Tapi yang link atas tadi aku rasa dah memadai. Ingatlah puasa di bulan ramadhan sebulan setahun. Mungkin ini ramadhan terakhir kita? Macam Sakinah dalam TV 3. Mana kita tahu kan?

Aku bukan ustazah. Tak layak. Kalau aku salah betulkan. Tu je pandangan aku. Serius aku rasa geram. Alasan berbuka puasa awal sesetengah orang ialah tak tahan sebab rasa nak pengsan. Tak tahan sebab dahaga. Tak tahan tengok orang yang tak puasa makan depan dia.

Kita kena tunjuk contoh yang baik kat orang bukan Islam. Nak tunjuk Islam agama yang indah dan tak membebankan langsung. Ini tengok air pun terus berbuka? Macam mana nak tahan godaan nafsu yang lain? Korang fikirkanlah.

Ps: Dia macam polis pencen.

Eh tak puasa ya?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni isu tak puasa.

Kalau tak tahan godaan dan berbuka puasa di bulan puasa okey ke?

Kenapa iman dia begitu lemah?

Aku ada baca pasal hadis tentang puasa ni.

Nantilah aku cari.

Busy sekarang. Kejap lagi aku transform jadi ustazah. Hehe.

Okey offline!

Ps: Dia keding!

Jawapan tafsiran

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google
Macam-macam tafsiran aku dapat. Sebelum tu mari kita tengok apa yang mereka tafsirkan melalui gambar di atas melalui entry yang INI. Mula dengan komen first yang buat aku gelak golek-golek.

H.J: anak kita ke?

Ku Azharku tafsirkan kesedihan... T_T

Lugeem: HJ: eh? hahaha.. dunia yg mkin cepat berlalu..

Azu: suram..tapi indah..;)

Atiqahperancangan masa depan anak ...agknya macam mana ye..cabaran yang akan datang 
..bertabahlah..

Fatinkanak-kanak diculik ..

Imbobodikejar bayang2.. :D

Sifu Immasing2 membawa haluan tersendiri..kanak2 perlu di pimpin ke haluan yg benar..yess..tahniah aku..aku betul tafsiran..haha

Cik Pulau: ai nampak bayang2.. tu je.haha

Merahitujambumasa depan keluarga kan

Wahidaaku nampak sweet family kot...haha!!

Hadi: pedophile? yang suka culik kanak-kanak lepas tu jadikan diorang mangsa penderaan tu? huhu

Bella: Takut dengan bayang sendiri??

Mr Thinker:kehidupan.

Boboi: anak cikgu dengan HJ, keh3

Jawapan ada satu je yang betul. Jawapan Wahida. Simple je. Bukan apa pun. Siap anak kena culiklah. Anak aku dengan sesiapa jela. Kelakar. Sebenarnya dalam fikiran aku tadi tu gambar kami sekeluarga. Opah yang tinggi, kaklong yang merajuk jadi dia pusing sana. Kak ngah yang kecik comei lote tu. Yang boboi pendek je tu. Haha.

Jangan marah ye. Ni keluarga olok-olok. Seronok ada opah yang selalu pujuk kami yang suka gaduh. Erk boboi tulah. Selalu buli aku. Kesian kan aku? Tapi jangan dilupa keluarga sebenar. Anak buah aku balik hari ni. Dah bijak pun dia. Hebat! Korang ada family kan? Sayangilah family korang tu. Hargai sementara masih ada =)

Ps: Dia pun suka buli aku.

Sila tafsirkan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Hanya dengan kata-kata. Sila tafsirkan apa yang korang nampak? Itulah yang ada di minda aku sekarang. Mari tengok komen siapa betul dan tepat dengan jiwa aku sekarang. Lalala~~~

Ps: Dia risaukan aku. Tak sangka=P

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Aku kembali bersegmen. Ini sebab adik boboi dah tag. Ini segmen AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Teringat zaman sekolah cikgu Sejarah mengajar tentang AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Mula aku tak faham kenapa kena belajar.

Tapi bila makin dah besar. Dah ada pengalaman mengajar anak didik yang juga ANAK MALAYSIA MERDEKA. Bila nampak mereka yang ketandusan ilmu tentang apa yang dimaksudkan dengan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.

Aku mengaku semangat menyambut Hari Merdeka makin lama makin kurang. Ini bukan salah sesiapa. Salah diri sendiri yang mula lupa tentang AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Kebetulan aku mengajar dua minggu berturut-turut makin lama makin semangat pulak nak mengaku AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.


Bila aku dengar video pengisytiharan kemerdekaan pada 31 OGOS 1957. Memang sangat bangga bila dengar sebab sememangnya AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Aku memang dilahirkan di MALASYIA. Aku bangga sebab hidup di MALAYSIA.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA menyeru kepada semua orang jangan hanya menyambut merdeka dengan konsert, dengan sambutan, dengan bunga api sana sini tapi hati tak pandai memahami dan menghargai perjuangan setiap tokoh kemerdekaan kita yang bersabung nyawa demi menyelamat negara dari jajahan penjajah.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA juga menyahut cabaran berkempen untuk semua pembaca menghayati apa erti kemerdekaan sebenar. Adakah kamu semua bangga mengaku yang kamu ANAK MALAYSIA MERDEKA?

Adakah cukup dengan hanya melaungkan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA? Cukupkah dengan mengaku kamu AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA kamu sudah layak menjadi anak MALAYSIA? Kalau benar mengaku AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA buktikan kepada nusa bangsa. Jangan hanya gah mengibarkan JALUR GEMILANG?

Yang penting AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Aku ada cara menyatakan yang aku memang bangga  dengan melaungkan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Yang lain-lain macam mana? Jika bangga, marilah sama-sama menghayati perjuangan tokoh terdahulu. Sekian.

ORANG YANG AKU NAK TAG:
Ps: Dia dah join. Korang bila lagi?

14# Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Kontroversi sungguh entry si retis. Aku? No comment. Gambar dari google. Untuk tahu lebih lanjut klik sini.

Hilang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku hilang
malam kian pekat
arah makin kabur
diam sendirian

Aku hilang
mentari terik terpancar
lelah menanti rasa
letih menyinggah lalu

Aku hilang
dalam ke dasar
jauh ke dalam
diam tak berkata

Autopublish. Aku senyap tanpa khabar hari ni. Harap maklum. Tengoklah bila aku rasa aku perlu online. Mungkin sehari mungkin lebih.

Ps: Dia hilang. Aku juga hilang.

Blog terpilih?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini adalah entry penghargaan. Rentetan dari entry segmen Papa Ben. Serius terkejut. Hanya dua tiga orang kata pilih blog aku sebab aku first join segmen. Tu tak kisahlah. Yang penting aku nak ucapkan terima kasih kat 32 orang ni yang sudi pilih aku. Makin ramai pulak. Wah tak boleh lawan HJ dengan Sunah. Mereka retis.
  1. Qesah Qaseh
  2. Korie
  3. Ikmal
  4. Wie
  5. Si Mata Panda
  6. Miss Hearty
  7. Natasya
  8. Nuur Mutiara
  9. Ercy
  10. Shiro
  11. Qaseh suci
  12. Alepridz
  13. Ixoora
  14. HJ konon babyface
  15. El Janna
  16. Miss Inna
  17. Paris
  18. Sunah retis
  19. Nadzirah K
  20. Hamdan
  21. Mak Dara
  22. Cik CT
  23. Budak Logam
  24. Inilah aku
  25. Budak Kelosa
  26. Mama Zul
  27. Ella
  28. Aishah
  29. Salim
  30. Ejat
  31. Shahira
  32. Asleez (Tak boleh bukak tak tahu kenapa)
Korang kena terjah mereka ni. Macam-macam komen diorang untuk aku dan kawan-kawan. Er aku tertarik satu komen. Dia kata aku menulis dari hati. Korang rasa? Aku tak sedar langsung. Seronok bersegmen. Macam-macam komen aku dapat. Terbaiklah. Aku sayang mereka suam-suam. Okey, terjah sekarang.

Ps: Adakah aku pilihan dia jugak? Er maksud aku blog pilihan.

Dikecewakan lagi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini entry penuh emosi. Sila klik pangkah laju-laju.

Aku emo sekarang. Rasa nak maki pun ada. Kecewa dan terus kecewa. Tak pernah aku rasa down gila. Tahniah, dia berjaya buat aku kecewa lagi. Aku semalam punyalah gembira ingatkan ni yang terakhir. Tapi tak berjaya jugak.

Susah kalau orang suka ikut kepala sendiri. Ikut dan dia je. Tak pernah nak fikir pasal orang lain. Ingat kita ni orang suruhan dia ke? Ingat kita ada banyak masa nak layan karenah dia? Tolonglah. Kau punya pasal aku jadi mangsa.

Aku malas nak sebut. Kang terbaca naya je. Yang penting aku makin hilang respek dengan kau. Ikut kaulah nak datang berapa banyak kali. Malas layan. Jangan tanya kenapa cincai je aku buat khamis nanti. Orang lain mood raya. Kau sorang je mood kerja tak sudah-sudah.

Mood kembali okey. Terima kasih jiran. Anda memang terbaik.

Ps: Dia kecewa sama macam aku.

Kuih ni sama tapi tak serupa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dari dulu nak post pasal kuih kegemaran aku ni. Tapi teringat balik lepas tengok entry seorang blogger semalam. Jadi aku nak bagitau korang yang aku suka makan kuih tako dan tepung pelita.

Aku baca satu entry dia tertukar dua kuih ni. Yup kuih ni pernah aku tertukar dulu. Ingat sama je. Sebab rasa dia lebih kurang je. Tak tahu apa bezanya? Aku tanya Ibu apa beza dua kuih ni. Rupanya bukan daun je tak sama.

Aku selalu buat yang ni dengan Ibu dulu-dulu
Tepung yang digunakan pun lain okey. Ini buktinya.

Klik sini untuk resepi tepung pelita.

Klik sini untuk resepi kuih tako.

Dah tengok? Satu guna tepung beras. Satu tepung jagung. Kuih tako biasa orang letak sengkuang cina.
Guna daun pandan
Nampak daunnya?
Dapat beza tak? Aku lagi suka kuih tako. Sebab ada sengkuang cina. Tapi kat bazaar banyak jual tepung pelita je. Sedih. Huhu selamat berpuasa kawan-kawan=)

Ps: Dia pernah makan ke tak ni?

Lelaki pelik bila

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

MANJA

Yeke lelaki pelik bila manja? Normal ke lelaki manja? Korang rasa macam mana? Bagi aku? Rahsia. Tunggu respon korang. Lagi-lagi dia. Dia manja okeh. Malas nak letak link. Kang dia malu. Wakaka.

Ps: Dia malu kalau bongkarkan rahsia dia.

Segmen: Kenangan Bersama Kad Raya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik sini
Kad raya?

Last dapat dua hari lepas. Kak Fadh bagi. Yeyeh, sila jeles. Tunggu kad Kak Mas pulak.

Dulu rajin bagi kad raya kat orang. Sampai orang jauh tu pun aku kasi. Tapi semua tinggal kenangan.

Sekarang dunia makin maju. Makin dilupakan. Last main gantung-gantung kad raya kat rumah masa umur 6 tahun.

Masa duduk kat Ipg Islam kat Bangi. Ada gambar lagi. Er tak boleh tunjuk gambar tu. Sebab ada budak tak pakai tudung lepas tu muka tepung gomak. Serius lawak.

Ingat lagi aku bagi kad raya kat member sekelas yang rapat. Selit-selit je kat buku. Last-last dia baca masa lepas raya. Sengal punya budak.

Kejutan tak menjadi. Tapi satu je aku suka kad raya. Boleh simpan sampai mati. Kad-kad lama aku masih simpan. Kenangan tu=)

Ps: Dia tak nak kasi kad raya ke?

Blogging itu risiko

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Huargh penat membebel kat anak murid yang konon hilang semangat. Aku serius ni. Jadi aku nak bebel kat korang pulak. Korang kena baca sampai habis jugak. Ini paksaan. Khususnya yang bergelar bloggerlah. Yang tak ada blog boleh klik pangkah.

Kenapa aku cakap blogging tu risiko? Sebab semua benda yang kita buat semua berkait dengan risiko. Kalau kau berani tanggung risiko teruskan berblog. Kalau tak tutup blog buat kerja lain. Main games pun risiko jugak. Kalau takut kalah jangan main. Senang. Sebab tu aku tak suka main games.

Sambung pasal berblogging ni. Bila kita ada blog mestilah nak blog ada follower, pembaca setia, pengomen tegar. Kalau blog sendiri tulis, sendiri baca dan sendiri komen umpama cakap sorang depan cermin. Tak ubah seperti orang kurang waras.

Seperti yang aku taip kat anak murid tadi. Antara risiko yang kita akan hadapi ialah risiko kehilangan...kekurangan...kesempitan..kekejaman...kesibukan...kelalaian...ketandusan...ketagihan...keburukan...Banyak lagi. Korang boleh tambah sendiri.

Jadi pesanan aku yang tak lama mana pun terlibat dalam berblogging ni, jadikan blogging medan membuktikan sesuatu. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Ingat tak semua boleh terima kita. Jadi hiburkanlah hati orang yang sanggup menerima kita dan blog kita.

Ps: Dia bagi aku task special pulak dah.

Bukan semua faham

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry kecelaruan emosi. Sila klik pangkah dengan kadar segera.

Bukan semua faham apa yang kita sampaikan. Kadang kita kena guna bahasa tersurat. Jangan nak berkias-kias sangat.

Kalau nak jumpa cakap nak jumpa. Kalau suka cakap suka. Jangan biar orang lain salah faham. Bikin orang lain jadi pening memikirkan.

Ikut kata lirik lagu Jangan menangis sayang Safura dan Oney. 

Kalau padi kata padi,
Tidak aku tertampi-tampi,
Kalau benci kata benci,
Tidak aku ternanti-nanti

Jadi berterus teranglah. Lagi-lagi dengan kaum hawa. Cepat sangat nak salah fahamnya. Lepas tu mulalah nak salahkan perempuan sebab menagih harapan. Padahal dia cipta impian. Haish!

Ps: Dia buat aku terfikir.

Kadang kala manusia inginkan...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya manusa menginginkannya. Kita sedar atau tak. Kita ingin penghargaan. Pujian. Kata-kata manis pelembut jiwa penyejuk rasa. Semalam ibu dipuji ayah lagi. Tahniah bu. Tapi tak berjaya memaksa ayah makan budu. Kesian. 

Ibu: Sedap jiran masak. Dah boleh bagi A. (Laksa johor)

Ayah: Ini pun tak payah kasi A. Bukak kedai Kak Pah Nasi Kerabu je terus. (Nasi Kerabu)

Ibu: Hai sejak bila puji-puji ni.

Ayah: Kalau ibu bukak kedai. Semua kedai tutup. Tak nak niaga dah. 

Kami gelak. Tengok. Pujian boleh eratkan kasih sayang. Pujilah seikhlas hati. Walaupun ego mengatasinya. Percayalah manusia memang perlukan teguran. Aku suka. Korang suka tak kena puji?

Ps: Dia buat aku makin tidak faham.

Blogger tegarkah aku?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku di Melaka ketika ini. Bukit Katil maybe. Apa yang jadi? Kenapa aku tak sampai rumah sewa lagi? Jawapannya Maria kekasih gelapku panas. Dia marah kot. Tak sihat manjang. Jadi aku tunggu dia reda. Kesian pulak dia sejam lebih berjalan.

Mana tak nya. Melaka kan banyak traffic light. Tu maria merajuk tu. Tak mahu jalan. Dia protes. Aku duduk tepi jalan bersama netbook. Siapa nampak? Itulah aku. Selamat jalan tak sunyi. Tunggu maria sihat balik. Dah lah malam ni aku seorang je kat rumah nanti.

Maria get well soon. Jangan merajuk lama-lama. Kesian kat aku. Aku dah lah tak reti memujuk. Kasihanilah aku ye maria. Aku dah rasa macam blogger tegar. Update tepi jalan. Adoi maria sayang. Please jangan. Cepat marah cepat sejuk ye sayang.

Siapa dapat teka siapa MARIA?

Ps: Dia risau aku ketawa.

Namaku IFFAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hai, namaku Iffah Afeefah. Umur aku 22 tahun lebih. Aku masih belajar. Sekarang dah tahun 3. Tahun depan insyaallah final year. Aku belajar di bidang prasekolah. Kalau korang tak tahu boleh rujuk kat pakcik Google yang serba tahu.

Aku blogger separuh masa. Aku sedang praktikal. Ada seminggu untuk ditamatkan. Aku garang. Itu kenyataan. Aku sebenarnya lama tak tulis pasal diri aku. Tapi disebabkan ada yang bertanya. Aku kenalah jawab. Tapi aku malas nak jawab banyak kali.

Jadi terhasillah entry perkenalan ini. Ramai sangat blogger baru yang ada. Jadi marilah kita berkenalan. Ada tanya aku geng Sharifah ke? Jawapan mestilah bukan. Nama aku seperti yang tertera di atas. Aku tak ada hidung mancung seperti golongan rupawan yang berpangkal nama Sharifah.

Aku manusia biasa. Kadang ada buat silap. Ya, jika ada yang kata aku hipokrit silakan. Bagi aku bila menulis kita tak boleh seratus peratus jujur. Sebab? Banyak mata memandang. Walhal benda kecil boleh jadi isu saman menyaman. Aku tak sanggup.

Aku tak sebaik yang korang sangka. Itu hakikat. Jadi segala nasihat yang aku coretkan untuk renungan aku juga. Bukan nak bajet best. Tapi kadang kala kita kena jadi macam tu. Yang terakhir aku nak berterima kasih kat korang yang membaca blog aku selama ni. 

Terima kasih yang rajin komen dan yang menjadi pembaca dalam diam. Aku terharu. Semoga apa yang aku buat dapat membantu korang di masa akan datang. Selagi aku masih bernyawa akan aku semaikan segala buah fikiran dalam blog ini. Penerimaan korang amat aku hargai.

Oh ya, korang boleh kenalkan diri korang pulak kat komen. Ini sesi berkenalan. Maaf ada masa aku akan terjah semula. Aku pun manusia jugak. Tak sempurna. Tegurlah aku sekiranya aku salah. Aku sedia terima walaupun akan sentap dulu. Sekian.

Ps: Dia buat aku geram. Hurm.

Egokah aku di mata kamu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jangan berdebar sangat. Ini entry bukan cerpen. Tajuk mesti mahu jiwang. Isu sekarang ialah ego. Wah ramai tersenyum. Tak apa. Aku tahu ramai ego dan takkan mengaku dia ego. Semua orang ada ego. Cuma tinggi mana ego tu.

Kenapa kena ada ego ni? Tak ada tak boleh eh? Sebenarnya ego ni membantu kita jugak. Cuba bayangkan kita tak ada ego? Wah ramai nak pijak kepala. Buli kita. Yup aku pernah rasa dulu. Sakitnya. Aku je tau. Nak kata tak nak tak sampai hati.

Sekarang ego makin lama makin tinggi. Kalau orang tegur aku akan tersentap dulu. Kemudian baru aku fikir betul ke tak. Ego yang berlebihan pun tak elok jugak. Yalah, kita hidup bermasyarakat. Orang akan benci jika kita terlalu ego.

Nasihat aku supaya kurangkan ego. Ego janganlah terlalu tinggi. Bimbang semua akan lari. Serius kalau salah mengakulah yang awak tu salah. Tak payah nak sombong. Kang gelar bodoh sombong marah. Ingat di dunia ni bukan kita je yang ada ego.

HJ kata aku ego. Aku mengaku jelah. Malas nak gaduh dengan ustaz tu. Yang penting aku memang ego pun. Walaweh hebatkan pengakuan aku? Mesti menyampah je HJ baca. Wakaka.

Ps: Dengan dia tak mungkin aku ego.

Lelaki benar-benar sayang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nasihat aku hari ini:

Lelaki benar-benar sayang kat kita dengan satu cara saja. Dia boleh berubah ke arah kebaikan demi pasangan. Misal kata merokok. Dia boleh berhenti merokok hanya kerana tak mahu pasangan, anak-anak menjadi perokok pasif yang akhirnya akan jatuh sakit kerana asap merbahaya. 

Memang ajal maut di tangan Allah. Tapi selagi kita mampu mengubah takdir. Tiada salahkan mencuba? Jadi kawan-kawan carilah lelaki yang benar-benar menyayangi anda. Pasti anda akan bahagia bersama menyulam cinta kepada yang Esa. Sekian.

Ps: Dia lelaki yang baik aku rasa.

Segmen Angah Ini Blog Jiwa Jiwa : Ertinya Cinta Pada Anda

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik header angah ni ye
Cinta? Bila kata cinta aku mesti tersenyum. Aku suka bab-bab ni. Kalau copy paste ayat sendiri kat header boleh? Haha pemalas punya budak. Okey-okey aku serius.

Cinta sungguh subjektif. Lain orang lain pendapat tentang cinta. Sampaikan tak ada satu falsafah cinta yang kena dengan jiwa orang yang berlainan. Cinta itu indah. Pastinya membuai rasa bila dihinggap anugerah Tuhan yang esa. 

Siapa yang tak mahu cinta hadir di dalam jiwa? Menipulah. Cinta yang mengasyikkan bisa membuatkan kita lalai. Sungguh cinta membawa bahagia dalam pada masa yang sama boleh menjerat diri ke arah kedustaan, kekecewaan dan pengkhianatan.

Cinta bukan tertumpu pada hati insan malah cinta ini luas jika nak diperkatakan. Namun sebelum cinta sesama manusia singgah apa kata kita sama-sama semai cinta kepada diri sendiri. Ramai sudah lupa cara mencintai diri sendiri. Cintailah diri kamu sebelum kamu membuka hati mencintai insan lain.

Cintailah diri seadanya. Cintailah diri dengan menggunakan seluruh anggota ke arah kebaikan. Cintailah diri untuk mendekatkan cinta kepada yang esa. Tolonglah cintailah diri kamu tanda kamu menghargai cinta yang Allah beri tak terhingga buat sekalian hambaNya. 

Cintailah wahai manusia. Tak rugi untuk mencintai, dicintai, menyintai, cintakan seluruh alam yang tersergam buatmu. Cinta itu terlalu agung jika mahu diperlekehkan. Cinta itu terlalu universal jika diceritakan. Cintailah yang maha mencintai. Wassalam.

Ps: Cintailah dia sebagai insan yang wujud di dunia ini.

Awas senjata rahsia wanita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ehem tajuk haruslah gempak. Aku buat entry simple je untuk korang hujung minggu. Payah asyik berfikirkan. Tapi ni nak kasi berfikir jugaklah. Haha tak boleh elak. Aci tak? Bila baca tajuk apa yang terlintas di fikiran korang?

Ya, simpan jawapan. Mungkin sama. Tinggalkan jawapan kat komen. Apa yang aku nak kongsikan berkaitan air mata seorang wanita. Oh murahnya wanita dengan air mata. Tengok cerita pun bisa menangis. Kalau lelaki? Putus cinta berkali-kali pun masih tahan air mata demi ego.

Tapi tahukah korang yang air mata adalah senjata sulit wanita? Ehem ada yang dah tahu. Ada yang belum. Aku ingat aku je yang fikir macam tu. Member aku seorang ni pun baru mengaku dia menggunakan air mata untuk tawan hati bakal suami dia. Ehem raya kedua dia nak kahwin.

Tahniah senget! Ikuti perbualan kami je ye.

"Weh, kau tak mintak nafkah kat dia ke? Kan wajib," Iffah (Nama sebenar) yang mata duitan. 

"Wajiblah bagi. Tapi takkan nak mintak kot," Senget (Perangai sebenar)

"Yelah, dah kahwin kan. Nafkah zahir batin haruslah ada," Iffah membebel lagi. Macam pandai sangat bab nikah kahwin ni.

"Aku pandailah mintak kalau dia tak bagi. Kalau bagi banyak mahunya boros aku nanti," Iffah angguk.

"Dah tu kalau dia tak bagi macam mana?" 

"Apa susah. Air mata kan ada?" Gelak jahat.

"Amboi kau. Suka je nak nangis," Iffah dah mula faham maksud rakannya itu.

"Dia tak boleh kalau aku menangis. Senang je nak dapat," Iffah tergelak bersama.

Okey, tamat kisah si senget yang dah nak kahwin tu. Tengok! Betapa dasyatnya penangan air mata kaum aku. Korang jaga-jaga. Air mata bisa meruntuhkan ego korang yang tinggi bagai nak rak tu. Ingat kaum hawa lemah ke?

Tapi bukan semua benda kaum hawa guna air mata. Kadang air mata tu ikhlas keluar dengan sendirinya. Tanpa dipaksa. Hati kami kan selembut hati tisu. Mudah tercarik, mudah hancur, mudah lunyai, mudah hanyut dibawa air deras. Apapun, air mata dan wanita itu sinonim. Hati-hati kaum Adam. Air mata kaum aku bisa mengubah anda=)

Suka post entry time syahdu begini=P

Ps: Dia suka menangis ke tak eh?

Gelagat di surau

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lagi. Aku berpeluang ke surau Saujana tempat tinggal aku ni. Banyak gelagat yang aku nak kongsikan. Kita share 3 situasi je eh.

Situasi 1:

Makcik A : Pijak atas garisan kuning tu. 

Makcik B: Menurut saja.

Aku: Diri sendiri punya saff tak betul ajarkan orang pulak. (Dalam hati) 

Aku tengok yang lain berdiri atas garisan kuning depan. Dia je berdiri garisan kuning belakang. Tak faham aku. Nak ajar orang sangat.

Situasi 2:

Makcik B: Betulkan saff.

Aku: Dalam hati lagi. Aik nak sembahyang dah. Tak nak rapatkan saff ke makcik ni?

Makcik B: Betulkan sejadahnya.

Aku: Ruang ada lagi lompong. Kalau Sunah masuk pun muat lagi. 

Makcik tu pentingkan sejadah dari saff. Hina sangat ke aku nak duduk rapat? Besar lagi kot ruang yang ada. Saff rapatkan ke kanan kan? Setahu aku itulah. Hurmm takkan aku yang nak rapatkan ke tengah?

Situasi 3:

Makcik C: Hati-hati solat. Telekung tu takut tutup dahi.

Ibu: Senyum.

Makcik C: Bila sujud dahi tak kena sejadah tak sah. Hati-hatilah.

Ibu: Senyap.

Aku hairan. Dari mana dia tahu solat tak sah kalau dahi tak cecah sejadah? Kalau ada hadis tunjukkan kat aku weh. Ke aku yang jahil?

Kesimpulan, aku tak suka sembahyang kat surau ni. Banyak sangat makcik yang suka ganggu emosi aku nak solat dengan hati ikhlas. Grrr.

Ps: Dia sembahyang terawih ke tak tu?

Pinang meminang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi laju korang klik kan? Sudah tiba masa untuk kahwinlah tu. Keinginan dah ada. Bajet tak cukup? Buat loan. Dengan ibu ayah pun boleh.

Ni aku nak tanya je. Kenapa orang lelaki khususnya suka bergurau pasal isu pinang meminang ni? Dah dua lelaki sebut-sebut pasal pinang. Bukan nak pinang akulah. Maksud aku sebut pasal pinang secara umum. Ehem* serius.

Aku sensitif atau diorang tak peka? Macam aku pernah cerita pasal kawan aku tu. Yang dia takut bertepuk sebelah tangan sebab gurauan lelaki terlampau. Kata nak masuk minanglah. Tunggu green light jelah. Apakah semua ini?

Ingat isu ni boleh dibuat gurauan ke? Kesian kat kawan aku tu. Terseksa fikir laki tu yang bergurau melebihi had norma masyarakat melayu dan Islam. Korang rasa normal ke bergurau macam tu sekali? Kalau aku memang tak ambil serius pun. Rasa lawak.

Tapi kalau orang lain? Korang rasa? Si HJ cakap sebab lelaki meminang dan perempuan tunggu kat rumah untuk dipinang je. Setuju ke?

HJ aku rasa aku kena publish jugak entry banyak. Kesian blog janda kejap tadi. Huhu. Selamat berbuka korang!

Ps: Dia pun pernah bergurau nak masuk minang aku. Adoi!

Bau badan!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry ni tercetus bila membaca entry yang ni. Berdekah-dekah aku gelak. Lepas tu muka serius balik. Ni bukan cerita lawak. Ni kenyataan. Buat muka serius. 

Korang ada terjumpa, ternampak, terhidup, terbiasa dengan orang yag ada bau badan? Kalau mandi pun ada. Kalau yang tak mandi memanglah ada bau semacam. Okey terasa! Haha bukanlah. Aku wangi. Sebab tu malas mandi. Haha.

Serius. Adakan? Habis apa korang buat? Nasihat dia? Jauhkan diri dari dia? Atau korang buat tak tahu je? Korang rasa macam mana? Aku nak korang je jawab. Malas ulas sekarang hehe.

Ps: Dia ada bau badan ke tak eh. Haha.

BLOG PILIHAN SAYA IALAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Senarai blog pilihan:
Sebab dia selalu tinggalkan komen kat blog ni. Selalu dah terjah balik. Terima kasih!

Suka blog korie. Selalu ada je dia nak kongsikan. Best!

Haruslah suka. Teman konvoi pergi serang UM ni hehe.

Sebab segmen dia selalu buat aku terfikir. Dia pernah kata aku kreatif!

Siapa tak kenal mamat gedik ni? Tuan tanah hijau merangkap jiran. Oh jiranku Nadh haha.

Budak bukan sebarang budak. Budak logam ni selalu terlajak tidur haha.

Ini retis. Kenapa kena pilih dia? Sebab dia aku kenal ramai orang dalam dunia blog. Sunah =)

Retis kuasa dua. Dia nak balik Madinah dah. Tak ada orang nak sakat aku lepas ni. Kan HJ kan?

Mama Zul. Dia selalu tertukar Iffah dengan Aimie. Aimie tu opah aku tau.

Pilih dia sebab dia ajarkan buat watermark. Tapi sampai sekarang tak terbuat lagi. Tak ada installer lagi.

Sebab dia suka blog aku. Haruslah suka blog dia jugak. Hehe

Padlie banyak buat aku terfikir. Lama sudah follow dia ni.

Ini? Tak kenal? Mari berkenalan dengan dia. Header flash tu. Ehem* Blog dia pun best. 


Okey, sudah senaraikan. Korang boleh terjah. Tengok apa yang best. Aku nak terjah jugak. Bagitau diorang terpilih. Wah bangga kan orang pilih kita. Terima kasih Mak Dara!

Ps: Blog dia ni pun best. Cuma dia tak join segmen ni pulak. Haha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers