CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Diari seorang isteri V (Tamat)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk cerpen sebelumnya, rujuk di menu Koleksi Cerpen dan Cerpen Bersiri~~~ 


15.7.2012
Malam itu aku kena lempang lagi. Sebab aku keluar beli buku malam hari. Teruk juga pipi aku bengkak. Aku mengadu dengan Syakira. Aku kata sudah dua kali aku dilempang. Syakira marah. Kenapa tak report polis? Dia kata ini kes penderaan fizikal. Aku kena pergi hospital dan dapatkan bukti. Boleh dakwa Qaidir dengan bukti itu. Buat laporan keganasan rumahtangga? Aku bukan tak mahu. Tapi aku sayangkan Qaidir. Lagipun hal ini kecil saja. Lainlah dia belasah aku. Syakira pun tak terkata dengan keputusan aku ini.
20.7.2012
Buku itu aku telek. Aku baca. Rupanya jauh aku dengan tuhan. Begitu jauh jurang antara aku dan tuhan, juga begitu jauh hubungan aku dan Qaidir renggang. Aku sedar kekurangan aku seorang isteri. Bukan seorang isteri tetapi seorang muslim. Aku terasa jauh dengan Allah. Aku abaikan perkara wajib. Rumah aku lama tak bersenandung ayat suci al-Quran. Aku juga tak pernah pula dengar suamiku mengaji. Mungkin dia juga seperti aku. Terleka! Aku cuba baiki diri. Suami aku tetap sama!

25.7.2012
Aku ke surau berdekatan dengan rumahku. Telah banyak aku lupa sejak aku terlalu bahagia dengan nikmat kekayaan dan kesenangan yang Allah limpahkan. Suami aku tak pula puji perubahan aku. Aku masih buntu. Apakah perkahwinan kami masih bisa diselamatkan? Tolong aku Ya Allah!

1.8.2012
Sejak hari itu aku tak henti istikharah. Jawapan telah aku temui. Cerai! Itulah aku dapat. Suamiku tak punya hati dengan aku. Buat apa aku paksakan dia terima aku lagi? Aku tahu aku gagal menjadi isteri yang baik di sepanjang pernikahan kami. Mungkin aku hanya jadi kekasih buatnya bukan isteri. Aku takut untuk usulkan kata cerai. Aku mohon Ya Allah kuatkan hati aku!

2.8.2012
Aku berbincang dengan suamiku. Maaf, bekas suamiku. Dia rela menceraikan aku tadi. Dengan talak satu. Aku yang paksa dia pilih. Antara cinta atau rasa belas kasihan. Dia jawab dia tak mahu ceraikan aku kerana takut dengan title janda. Aku lagi takut dengan seksa Allah sebab tak menjalankan tugas isteri dengan baik. Aku dah gagal. Aku tak mahu keruhkan lagi keadaan. Biarlah Qaidir memilih kebahagiaannya selepas ini. Memang perit tapi aku rasa ada beban yang hilang. Bebanan dosa yang tak tahu entah diampunkan atau tidak. Cinta aku hanya untuk Allah kini. Izinkan aku bercinta denganNya terlebih dahulu T.T

9.9.2012
Kes cerai aku telahpun selesai. Cuma tunggu habis edah. Aku mampu tersenyum atas perpisahan ini kerana aku temui cinta sejati. Salah aku kerana terlalu senang dengan nikmat hinggakan lupa nikmat itu akan jadi racun pada aku kelak. Kini aku bebas. Qaidir kelihatan sedih melepaskan aku tadi. Entah mengapa, aku sayu dengan melihat wajah bekas suamiku. Abang, maafkan Isya. Anggaplah semua ini pengajaran buat kita berdua. Semoga berbahagia wahai Qaidir.

12.3.2013
Aku temui bahagiaku. Aku jumpa cinta Allah. Aku jumpa seorang lelaki yang tulus hatinya. Seorang lelaki yang sayangkan aku apa adanya. Seorang lelaki yang sanggup menunggu aku. Dia sanggup mengambil aku sebagai isterinya setelah semua ranjau dia tempuhi. Aku juga. Kini aku bisa tersenyum bahagia. Salah aku telah lama aku perbetulkan. Salah dia aku tidak ungkit lagi. Ternyata perpisahan sementara membuatkan cinta kami makin utuh. 

Aku akui cintakan Qaidir. Yang membuatkan aku terimanya semula ialah aku cintakan dia demi Allah tuhanku. Dia juga sabar menunggu aku mencari identiti diri sebagai muslimah sejati. Dia kembali bergelar suamiku. Dia banyak berubah. Sama sepertiku.

Dengan ini, aku akan simpan kau wahai diari. Akanku buka lembaran baru untuk rentetan seorang Isteri yang berpegang pada agamanya. Aku akan simpan kau diari. Selamat tinggal dan terima kasih menemani aku sepanjang aku bergelar isteri kepada Qaidir yang lama.

 Tamat~~~
Nota Iffah: Ramai bagi idea. Aku cuba menulis berdasarkan perkongsian orang. Siapa orang itu biarlah rahsia. Aku pilih ending inipun sebab dia. Realitinya begini. Aku jadi takut menulis lebih panjang. Takut tersalah fakta. Takut terbuat orang terasa dan sebagainya. Anggap jelah garapan ini untuk ambil iktibar dari apa yang aku sampaikan. Jangan asyik cari salah orang, keduanya kena muhasabah diri. Sekian, terima kasih atas kesetiaan anda semua menanti sambungan.

Saya sangka dia orang kaya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Saya sangka dia orang kaya. Naik BMW X SERIES Rupanya, itu kereta curi. Saya dah terlanjur menikahi dia. Kini saya menyesal kerana tertipu dengan kekayaan depan mata," Ujar seseorang dalam imaginasi aku.

"Siapa suruh pandang harta kekayaan? Kalau benar dia kaya sekalipun, yakin ke kau akan bahagia dengan kaya itu? Lagi satu nasihat aku. Jangan hanya pandang luaran aka don't judge a book by its cover! Padan muka!" Okey ini pun aku reka. 

Moral of the story? Sila fikir sendiri~~~

Cerpen: Diari seorang isteri IV

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk cerpen sebelumnya, rujuk di menu Koleksi Cerpen dan Cerpen Bersiri~~~

29.6.2012
Muzik tak cukup menenangkan jiwa aku yang sedang kacau. Aku cuba ajak suami aku berbincang. Dia mengelak. Katanya tak ada apa nak dibincangkan. Aku cuba pujuk. Namun, masa itu mak dan ayah mertuaku datang melawat. Aku tak mahu mereka tahu. Malangnya, Qaidir yang suruh mereka datang memujuk aku. Pujuk untuk apa? Apa semua ni? Aku makin tertekan. Bapa mertuaku menyokong anaknya. Aku kini sendiri. Semuanya seakan menuding jari ke arahku. Aku menangis lagi.

1.7.2012
Aku nekad. Malam tadi aku bincang semula. Aku nak tahu sangat apa salah aku sampai dia buat aku macam ni. Aku dah tak larat hidup berdua kalau sengsaranya lebih dari bersendiri. Aku dah tak kuat nak mengembalikan cinta kami. Aku makin lemah. Dia tetap tak mahu berbincang. Aku nak lari dari rumah! Stress!

3.7.2012
Aku jumpa Syakira lagi. Kali ini aku bawa baju bersama dan juga kau diari. Aku nak tenangkan fikiran sebentar. Memang aku bukan isteri yang baik. Tapi, aku perlukan ketenangan untuk membuat keputusan. Cerai memang perkara yang Allah benci. Aku juga benci. Semua wanita di dunia benci. Tapi aku rasa aku perlu berpisah. Demi kebahagiaan bersama. Syakira tak terkata. Dia ada nasihat. Tapi dia tak ada di tempat aku. Jadi aku tak tahu nak dengar atau tak nasihat dia. Aku dilema.

5.7.2012
Suami aku cari dan paksa aku balik. Syakira pun paksa aku balik. Aku dengan berat hati tinggalkan tempat yang jauh lebih tenang dari rumah aku sendiri. Bukan rumah aku. Rumah Qaidir. Aku hanya menumpang. Qaidir mengamuk. Akhirnya, dia jawab juga kenapa dia pandang perempuan lain dan kenapa dia dingin dengan aku. Jawapannya sungguh kejam dan itulah hakikat paling pahit yang aku terpaksa telan. Aku tak larat nak tulis hari ini. Mata bengkak. Muka dah sembab. Seharian aku menangis. Aku kecewa dengan Qaidir, diri aku dan aku benci pada Rasya si perempuan simpanan itu!

6.7.2012
Aku malu pada kau diari. Rupanya Qaidir dah mula tawar hati dengan aku. Aku pernah kata aku nak berubah lepas kahwin. Tapi aku tak akur janji sendiri. Aku lupa, aku dah terlalu senang dengan penerimaan Qaidir. Aku lupa yang keselesaan aku tu mengundang sakit hati suami. Aku lupa aku bukan kekasihnya lagi. Aku isterinya. Aku ingat lagi kata-katanya “Awak mengaku isteri abang tapi abang nak tanya apa tanggungjawab seorang isteri? Apa yang Isya dah buat selama kita kahwin ni?” aku terdiam. Semuanya jadi berbalik pada aku.
10.7.2012
Setelah beberapa hari aku berfikir. Aku buat keputusan terima Rasya. Aku bangkitkan isu bermadu. Aku rela dimadukan kalau masalah itu berpunca dari aku sendiri. Namun, suami aku menghalang. Dia kata bukan Rasya isu sekarang. Isunya aku. Tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Kini aku kembali dengan pengambilan ubat. Aku stress memikirkan apa yang kurang aku sebagai isteri. Qaidir tak pula mahu berterus-terang. Bapa mertuanya makin mendesak aku redha jika Qaidir mahukan isteri baru. Aku pening!!!


14.7.2012
Aku muhasabah diri lama. Berhari-hari aku terkurung. Suamiku pun aku tak endahkan. Aku tak nak terganggu. Salah aku apa? Itu saja yang sering berlegar di minda. Serius aku buntu. Aku keluar malam itu, keluar membeli buku. Agak kelakar sebab dah mendung awan baru terhegeh-hegeh mencari payungnya. Buku Hubungan Suami Isteri menurut Islam. Aku cuba memperbaiki diri aku. Walaupun aku tahu, peluang untuk kami berbaik amat tipis. Tak salah mencuba bukan?
Nota Iffah: Aku dah cuba pilih cerai dan madu. Dua-dua perit. Tinggal satu pilihan yang aku kena tekankan iaitu usaha berbaik dengan suami. Korang nak ending macam mana? Cerai? Madu? Berbaik? Aku cuba tamatkan secepat mungkin!

Cerpen: Diari seorang isteri III

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sambung lagi. Part 1 sini. Part 2 sini. Selamat membaca. Kali ini rekaan semata-mata. Tarikh pun maju ke depan sedikit. Kata reka kan?

12.6.2012
Lepas insiden aku ditampar malam tu, suami aku kerap balik awal. Alasan dia, takut aku merayap keluar dengan entah mana-mana jantan. Aku suka dia macam ni. Cemburu! Oh ya, semalam 11.6.2012, doktor tu juga sokong pilihan ketiga aku. Aku makin bersemangat. Pengambilan ubat pun makin aku kurangkan. Semalam aku cari ubat aku, tapi tak jumpa. Entah mana aku letak. Ingat balik, please. Aku tak boleh tidur kalau tak ada ubat!

13.6.2012
Qaidir tak kerja. Aku pelik. Rupanya dia tahu pasal ubat-ubat aku. Aku tak nak dia tahu. Entah macam mana dia boleh tahu. Teruk aku dimarahinya. Aku cuba mempertahankan diri. Punca aku ambil ubat pun sebab dia. Dia tak boleh salahkan aku terus! Aku menangis lagi. Aku perlukan ubat tu tapi Qaidir sorokkan. Sampai sekarang aku berusaha memujuknya pulangkan ubat itu. Aku tak gembira biarpun Qaidir bercuti semata-mata aku. Walau dia ambil berat, aku tetap perlukan ubat tu. Adakah aku ketagihan?

15.6.2012
Lepas balik kerja, Qaidir ajak aku ke rumah mak mertuanya iaitu ibu aku. Aku mula merasakan benda tak baik akan jadi. Aku menolak secara baik. Aku tak mahu mak aku lihat aku begini. Badan aku susut. Semuanya sebab stress! Qaidir paksa aku juga. Akhirnya, aku di sini. Di rumah ibu aku. Di bilik malam pertama kami sebagai suami isteri. Bersama Qaidir yang pastinya. Aku seakan janggal seperti mula-mula kami kenal dulu. Adakah ini jalan yang Allah nak aku pilih?


20.6.2012
Separuh jiwaku pergi, memang indah semua, tapi berakhir luka, kau main hati ini dengan sadarmu, kau tinggalkan aku… Lagu ini sering berkemundang. Aku punya hobi baru. Dengar lagu sedih lepas tu menangis. Semua lagu sedih meresap jiwa aku. Kadang aku terfikir, sampai bila aku nak bersedih. Rupanya, bahagia di kampung halaman hari itu cuma lakonan Qaidir. Dia tak mahu tembelangnya pecah. Sampai hati abang!

22.6.2012
Dia pernah menyanyikan lagu dealova untuk aku masa kami bercinta dulu. Aku rindu suaranya yang merdu. Merdu bagi aku. Siapa lagi nak puji suami kalau bukan isteri? Aku ternampak satu video. Persis suara Qaidir. Disebabkan aku rindukan Qaidir, lagu ini aku pasang entah berapa kali. Ubat tiada lagi bersama aku. Yang ada cuma muzik. Aku perlu berjumpa dengan doktor itu lagi. Qaidir takkan beri semula ubat aku. Aku tahu dia macam mana.
 
25.6.2012
Aku jumpa doktor semula. Dia tak mahu beri ubat. Dia kata aku boleh hidup tanpa ubat. Buktinya beberapa hari aku dah lepas tanpa ubat. Aku merayu. Ubat umpama nyawa. Namun, dia tetap berkeras. Katanya demi kebaikanku. Dia kata aku tak boleh terus ambil ubat kalau mahu mengandung. Aku terfikir sejenak. Wajarkah aku mengandungkan anak Qaidir?

26.6.2012
Soal anak aku ketepikan dulu. Sebab hati aku masih lagi sakit. Ah, aku kira hidup aku dipenuhi dengan muzik. Kali ini aku terkena penangan lagu Rossa, Hati yang kau sakiti. Ah nak saja aku nyanyikan untuk Qaidir. Biar dia tahu isterinya terseksa. Terseksa dengan cinta yang diduakan. Seperti biasa, aku dengan dunia aku. Dia juga begitu. Kali ini Qaidir tak pula usung telefonnya ke hulu hilir. Aku tertanya-tanya mana pergi kekasih hatinya. Nak tanya, tapi takut. Aku takut hati aku yang sakit sudahnya.

Nota Iffah: Bersambung lagi. Aku harap next adalah penamat. Aku pun letih berteka-teki begini. Sudahnya, aku yang terjebak buat cerpen bersiri. Thanks to Allah, tanpa izinNya, aku takkan sambung sampai part 3 ni. Aku sedang usahakan ending berdasarkan perbincangan dengan kakak aku, kawan-kawan blogger dan komen dari pembaca.

Kalau diberikan pilihan, yang mana satu anda pilih?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Situasinya seperti ini dan ini. Suami ada perempuan lain. Padahal baru kahwin 6 bulan. 6 tahun dah menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah.
Kalau diberikan tiga pilihan, yang mana satu anda pilih?

1. Suami kahwini perempuan itu dan ceraikan anda. Kenapa pilih yang ni?

2. Suami kahwini perempuan baru dan awak tetap isteri pertama yakni hidup bermadu. Kenapa pilih yang ni?

3. Cuba tawan hati suami yang sudah beralih arah. Kenapa pilih yang ni?

Aku nak siapkan ending cerpen Diari Seorang Isteri. Harap lelaki ataupun perempuan, suami atau isteri boleh bagi jawapan serta alasan kenapa anda pilih itu. Aku nak cuba buat realiti seindah fantasi. Mohon bantuan semua =)

Cerpen: Diari seorang isteri II

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk cerpen sebelumnya klik sini. Ini adalah rekaan semata-mata. Kisah si isteri di realiti seperti sebelumnya tak sama dengan aku coretkan kali ini. Harap maklum. Sambungan cerpen ini dibuat atas permintaan ramai yang inginkan kesudahan cerita isteri malang. Jadi aku pulun juga reka sendiri. Tiada kena mengena dengan orang yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Image Detail
Cincin nikah aku
29.5.2012
Sengaja aku lekatkan gambar cincin aku. Aku rindu saat itu. Ingat lagi masa nak tempah cincin nikah ni, dia tanya kenapa putih pink? Kenapa? Aku tak jawab terus sebab malu tengok orang yang handle tempahan kami. Ini rahsia aku dan Qaidir serta kau diari. Sebenarnya, aku nampak amoi yang kerja tu pakai putih pink cincinnya. Sebab tu aku berkenan. Design memang lama dah aku nakkan. Ini untungnya suami kaya. Tapi sekarang, aku rela suami aku tak kaya. Hurm dugaan bukan? Yang kaya harta akan miskin dengan kasih sayang, yang miskin harta akan kaya dengan kasih sayang.

30.5.2012
Aku makin rajin menulis kan. Sebenarnya, tadi aku jumpa doktor tu lagi. Dia bagi nasihat kat aku. Aku tahu dia hanya menjalankan tugasnya. Aku juga tahu pengambilan ubat macam ni tak elok. Aku stress. Dia bagi aku dua pilihan, sama ada minta fasakh atau relakan je bermadu. Dia tak tahu betapa peritnya membuat pilihan. Dua-dua pilihan buat aku rasa nak bunuh diri. Aku benci akan pilihan! Akhirnya, aku menangis sendiri. Suami aku pulang tadi sedikitpun tak tanya khabar aku. Makin aku rasa sakit hati!

1.6.2012
Setelah aku fikir lama. Aku jadi makin pening. Mana taknya, kalau aku nak failkan fasakh, sekurangnya aku kena ada RM 40,000. Itu upah peguam. Aku mana ada wang sebanyak itu. Memang suami aku kaya, tapi takkanlah aku nak minta duit darinya tapi nak minta cerai dengannya? Logik ke? Kalau tunggu kerajaan, entah bila aku dapat selesaikan urusan fasakh. Aku buntu dengan pilihan ini!

4.6.2012
Lama aku renung akaun bank aku. Lebih kurang RM 27,000 semuanya hasil dari nafkah dan wang hantaran yang suamiku beri. Aku tak kerja demi dia. Ijazah yang aku terima aku simpan buat kenangan saja. Kadang aku menyesal kerana ikutkan kata suami. Sekarang, kerja tak ada. Duitpun orang punya. Aku tak mahu gunakan duitnya. Aku rasa terhina. Aku isteinya, bukan perempuan simpanan yang mahukan duit semata-mata. Aku tak mahu nafkah zahir saja! Aku rindukan belaian mesra darinya. Abang…saat ini kolam air mataku tumpah lagi.

7.6.2012
Aku keluar berjumpa kawan tadi. Kali ini aku tak memberitahu suamiku. Protes. Aku sengaja keluar malam. Supaya dia sedar aku tiada di rumah. Aku nak buktikan padanya aku juga wujud di rumah itu. Bukan sebagai tunggul tetapi isteri. Memang aku akui, dulu aku takut buat begini. Tapi keadaan memaksa. Aku terpaksa memilih untuk jadi isteri yang tak baik. Oh, berbalik pada cerita perbualan aku dengan Syakira. Dia kata bermadu lebih baik dari bercerai. Dia buat aku terfikir semula. Arghh kusut!

8.6.2012
Seperti yang aku jangka. Suami aku mengamuk sebab semalam aku balik masa dia dah tidur. Pukul berapa dia sampai aku tak tahu. Aku tersenyum puas masa menulis. Dia sedar ketidakhadiran aku. Dia sedar. Aku mahu dia sedar je yang aku isteri dia. Ya, Allah berikan petunjuk jalan untuk aku. Kini aku ada tiga pilihan. Apa dia? Esok aku cerita. Pipi sakit kena tampar dengan Qaidir tadi. Aku masih tersenyum walaupun ia sakit. =)

9.6.2012
Kini aku ada tiga pilihan. Yang pertama aku cerai. Mestilah sedih bukan? Aku tawar hati nak minta fasakh sebenarnya. Aku sayangkan dia! Pilihan kedua ialah bermadu. Madu memang manis tapi bagi dia. Bukan aku. Aku tak nak payung emas. Sebab hati aku tak merelakan pun. Aku tamak. Aku nak dia. Tak mahu kongsi. Siapa nak kongsi suami kan? Pilihan terakhir ialah aku merapatkan diri semula dengan dia. Aku mahu bercinta semula dengan dia. Mungkin kami terlalu lama bercinta hingga kemanisan cinta itu makin pudar. Tapi sekarang aku tak tahu nak pilih yang mana. 1, 2 atau 3? Kalau pilih yang ketiga, berjaya ke aku tawan hati Qaidir semula? Arghhhh! Runsing. Aku nak jumpa doktor itu lagi!

Nota Iffah: Mesti nak suruh aku sambung kan? Yalah, aku sambung. Yang pasti memang seronok menaip rekaan berbanding realiti. Aku mahu berfantasi, supaya realitinya akan menjadi seperti fantasi. Itulah yang aku harapkan!

Tips 1: Menulis cerpen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lama aku tak tulis tips dalam blog ni. Semalam ada blogger lain minta tips ini dari aku. Aku ni bukan reti sangat. Tapi dah orang mintak tolong. Aku bagitaulah apa yang patut. Aku nak kongsikan kat korang pulak. Ilmu buat apa nak simpan. Kalau ada penambahan ke cadangan atau bantahan korang bolehlah tinggalkan komen. Aku amatur. Belajar buat cerpen pun 2009 dulu. Itupun kelas BM asas. Okey teruskan dengan tips.

1.      1. Plot atau jalan cerita.
Plot, kita kena ada aliran cerita. Mula kita nak buat apa. Lepas tu ada perkembangan cerita, klimaks cerita. Ada saspen maksud, makin buat orang teruja nak tahu seterusnya. Lepas tu penutup. Jangan buat ending tergantung sebab pembaca marah dan suruh buat sambungan. *itu akulah tu.

2.      2. Watak dan perwatakan.
Watak kenalah ada. Watak “aku” juga watak. Jadi kalau tak ada nama watak lain. Hanya aku je yang korang nampak, maknanya itu wataklah tu. Cerpen tertumpu pada cerita si “Aku” semata-mata. Tak salah. Perwatakan boleh juga diterangkan melalui rupa, perangai, emosinya. Faham?

3.     3.  Sudut pandangan orang yang menulis.
Sudut pandangan terbahagi kepada dua.
-Satu sudut pandangan pertama iaitu hanya “Aku” yang bercerita. “Aku” akan menceritakan selok belok cerita kita tu. Maknanya, penulisan kita akan tertutup dari pandangan seorang “aku” semata-mata. “Aku” pergi mana. “Aku” buat apa. Dan sebagainya.
-Sudut pandangan ketiga pula sebaliknya. Penulis kena ceritakan setiap watak. Setiap watak ada cerita dan emosi sendiri. Misalnya; "Dia tersenyum memandang puteranya. Si puteri duduk bersimpuh. Putera datang dekat. Lantas tangan puteri dipegang erat. Putera bahagia. Puteri juga." Jadi dua-dua watak kena kita ceritakan pada masa yang sama. Cara ni susah sikit sebab kita kadang tak adil. Asyik lebihkan satu watak je. Agak sukar sebenarnya tulis sudut pandangan ketiga ni.

Okeylah, aku ajar tiga je dulu. Banyak sangat nanti korang pening. Harap dapat membantu korang yang minat nak menulis cerpen. Kalau ada yang tak faham, mesej je kat FB aku tu ye. Aku kongsikan apa yang aku tahu. Tak berniat pun nak berlagak sifu ke apa. Jadi kalau rasa salah, tegurlah. Aku amatur. Cerpen pun cikai je. Nanti tips lain akan menyusul=)

Idea datang dan pergi

Seringkali dengar rungutan kawan-kawan. Idea tak ada. Idea datang tak kena masa. Idea kemarau. Saat-saat genting idea tak datang-datang jugak. Semuanya rungut pasal idea. Bila dah jadi blogger, idea memang kena sentiasa ada. Kalau blogger tegar, mahu mati kutu tak ada idea buat entri baru.

Ada yang kata idea aku banyak. Melimpah ruah. Aku senyum. Taklah, idea aku mana ada banyak. Aku menulis ikut sedap je. Aku nampak aku tulis. Aku baca aku tulis. Aku dengar aku tulis. Aku ada kelapangan aku tulis. Idea datang terus aku tulis. Aku hargai setiap masa dengan menulis.

Bagi aku menulis adalah kepuasan. Jadi mati kutu kalau tak menulis. Tak ada idea? Duduk sejenak. Luangkan masa dengan kawan dan keluarga. Takpun bersujud kepadaNya. Sebab idea tu datang dariNya. Kalau tak dengan izin Allah, aku takkan dapat menggerakkan walau satu jari pun untuk menaip.

Cuba ingat balik, pernah tak kita bersyukur bila Allah bagi kita idea? Idea miliknya. Kita pinjam je. Kadang ada kadang tiada. Takkan nak marah Allah semata-mata idea yang tak kunjung tiba. Hargai idea sementara ada. Jangan lupa, idea bukan selamanya dengan kita. Bukan hak mutlak. Jangan bangga dengan idea itu kerana tanpa izin Allah, entah ke mana idea kita.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sampai bila?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sampai bila kita nak terus-menerus menolak realiti dengan sentiasa inginkan fantasi?
Nota Iffah: Aku pun tak tahu sampai bila fantasi terus menghantui hidup aku sedangkan kelak aku juga akan menghadapi realitinya.

Cerpen: Diari seorang isteri

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cubaan membuat cerpen berbentuk diari. Harap dapat memberi kritikan yang bermanfaat untuk semua.

11.11.2011
Hari ini aku sah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama Qaidir. Setelah enam tahun kami menyemai kasih. Akhirnya aku dan dia bersatu dalam ikatan yang suci. Aku bukan tak mahu mempercepatkan nikah. Tapi kami tak dibenarkan kahwin sebelum habiskan pengajian. Aku dan dia berkenalan sejak Matrikulasi lagi. Malam ini aku dan dia tak dibenarkan berjumpa. Usai nikah tadi, rombongannya ke rumah tumpangan yang Ibu aku uruskan. Kata mereka esok bersanding. Jadi tak payah berkepit dulu. Ah, aku rindu suami aku. Terpaksa pendam saja rindu aku. Yang penting aku masih merasai kehangatan bibirnya tatkala mencium dahiku tadi. Aku bahagia. Itulah saat aku nantikan.

12.11.2011
Aku dan dia bertemu lagi. Kami sedondon. Warna peach dipilih kerana suamiku mahu mengikut cara aku. Dia kata biarlah aku yang tentukan. Aku suka. Sebab dia tak cerewet. Mungkin selama enam tahun percintaan kami, dia sudah cukup memahami perwatakan aku. Aku suka bila dia begitu. Kami diringi ke pelamin nan indah. Semuanya aku yang tentukan. Aku cukup puas hati. Aku bangga menjadi permaisuri biarpun cuma untuk satu hari. Dia masih tak hilang senyuman di bibir. Senyuman itulah yang buat aku jatuh cinta kali pertama. Okeylah, aku tak mahu tulis panjang lagi. Suami aku masih menanti. Selamat malam diari =)

14.12.2011
Lama aku tak tulis bukan? Aku sibuk menjalani kehidupan. Adanya suami aku pelengkap kebahagiaan. Aku sampai terlupa tentang buku ini. Dia sentiasa menemani aku. Senyumannya saja bisa membuat aku bahagia. Bagaimana bisa aku luahkan kepada kau diari? Sesungguhnya aku bahagia. Kenapalah aku tak kahwin sedari dulu lagi? Cinta lepas kahwin sangat berganda kegembiraannya. Aku bahagia dengan pilihan hatiku. Oh lupa pula, aku dengan dia belum honeymoon. Masih terperap di rumah. Bila aku tanya dia, Qaidir akan jawab insyaallah akan datang. Aku jadi tak sabar! Teruja sangat-sangat.

7.1.2012
Tahun baru yang bermakna kerana aku isteri orang. Bukan lagi anak gadis yang sentiasa menyelinap keluar dari asrama kerana nak keluar dating. Nakal sungguh aku. Kalau masa aku Matrikulasi, sebelum aku dengan Qaidir, aku selalu cemburu kawan-kawan lain. Pakwe datang jemput dan hantar. Naik motor dan kereta. Lepas aku kenal Qaidir, giliran yang lain pula dengki. Qaidir anak orang berada. Keretanya mewah. Bukan seperti orang lain. Aku bangga saat itu. Selepas jadi isteri, aku tak pedulipun kereta apa suamiku pakai. Janji kami bahagia. Rindu aku pada zaman dulu.

20.1.2012
Akhirnya, aku dan suamiku dapat honeymoon. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke luar Negara. Venice. Kota percintaan orang kata. Sangat romantik. Sampaikan aku tak mahu pulang. Qaidir bawa aku ke sana cuma empat hari saja. Dia sibuk. Syarikat bapa mertuaku kini hak dia sepenuhnya. Banyak dia kena uruskan. Aku cuba untuk memahami. Yang penting honeymoon ini sangat bermakna kerana empat hari itu dia tak diganggu dengan bebanan kerja. Hanya aku dan dia. Sayang abang sangat-sangat!

8.2.2012
Aku mula terganggu dengan kerjanya yang menimbun. Adakala aku naik rimas sebab Qaidir membawa pulang kerjanya. Bukan aku tak mahu faham. Tapi aku tak suka dia menjadi workaholic. Aku sangat harap suamiku tak busy begini terus. T.T

25.3.2012
Hubungan kami makin renggang. Kali ini bukan isu kerja. Tapi isu anak. Bukan aku yang tak mahu anak. Tapi dia. Dia kata dia belum bersedia jadi bapa. Aku sunyi. Tiada teman. Dia balik rumahpun masih sibuk. Aku kebosanan. Bila aku mahu bekerja dia menghalang. Dia kata dia mampu tanggung aku. Aku rimas dengan semua ini. Aku mahukan suami aku semula. Bukan suami yang panas baran dan workaholic begini. Tadi kami bertengkar lagi. Sampaikan dia kata, kalau aku mahukan sangat anak, cari anak angkat. Aku kecewa. Aku mahukan zuriat sendiri. Ya Allah, lembutkan hati suamiku…

1.4.2012
Aku dan dia tak sehaluan. Dia pergi kerja saat aku belum bangun. Dia pulang kerja saat aku telahpun terlelap. Kadang aku tidur di sofa sikitpun dia tak endahkan. Kalau masa bercinta dulu, dia selalu cakap nak dukung aku kalau aku keletihan. Aku masih berharap dia boleh mengotakan janjinya. Aku harap sangat.

28.4.2012
Hari ini entah mengapa aku teringin keluar. Aku bosan kerana Qaidir tetap setia dengan kerjanya. Aku telefon tak pernah angkat. Jadi aku tinggalkan sms saja. Aku tak mahu jadi isteri yang nusyuz. Jadi aku meminta izin juga dengannya. Aku tahu dia izinkan. Aku faham perangai dia tak mahu diganggu sewaktu bekerja. Aku tengok wayang sendirian. Popcorn tidak aku beli kerana tak selera. Jika dulu, masa bercinta Qaidir akan belikan dan aku hanya tunggu untuk disuap. Kini aku sendiri.

29.4.2012
Sesuatu telah berlaku. Aku nampak kelibat suamiku. Dengan perempuan lain. Muda. Aku cemburu. Ingin aku sapa, tapi aku bimbang aku akan memalukan suamiku sendiri. Jadi aku diamkan saja. Tangisan menemani aku sepanjang perjalanan. Malam ini aku sepi. Qaidir tak juga pulang. Aku tunggu. Aku mahu penjelasan darinya.

30.4.2012
Aku dan dia perang besar. Benarlah seperti aku jangka. Dia punya perempuan lain. Dia kata dia sayang aku. Tapi dia juga sayangkan perempuan itu. Aku menangis. Aku kecewa kerana suamiku dah berubah. Qaidir tak mahu memilih antara dua. Dia sayangkan keduanya. Aku suruh dia lepaskan aku. Dia enggan. Aku tak tahu apa aku patut buat kini?

17.5.2012
Aku dah buntu. Suamiku masih berjumpa perempuan itu. Raisya namanya. Aku cemburu. Mustahil seorang isteri tak cemburu. Qaidir suruh aku bersabar. Sabar dan lihat apa yang akan jadi seterusnya. Aku tak boleh sabar. Perkahwinan kami belum sampai setahun sudah goyah. Aku benci rasa ini. Aku tak tahu mana nak tuju. Aku tak mahu cerita pada mak ayah di sana. Aku risau mereka akan risaukan aku. Aku nak cuba selesaikan masalah rumahtangga aku ini. Aku sayangkan Qaidir. Tapi aku tak boleh berkongsi suami. Aku tak sanggup!

21.5.2012
Aku nekad. Aku ke Hospital Kajang. Berjumpa dengan seorang doktor. Aku kira dia sebaya dengan aku. Anaknya seorang. Aku cemburu. Aku mahukan ubat penenang. Ubat yang mujarab untuk tekanan perasaan aku kali ini. Sungguh aku tak malu kerana aku nangis berjumpanya tadi. Dia juga turut simpati dengan aku. Aku tak tahu sampai kapan aku akan begini. Tekanan perasaan hanya kerana kaum sendiri. Aku tahu ramai akan cemuh aku sekiranya aku gagal pertahankan rumahtangga yang baru terbina ini. Aku tak tahu sampai bila aku mahu terus bergantung pada ubat. Suami aku tak tahu tentang ini. Aku tak mahu dia tahu. Langsung!

28.5.2012
Aku tak tahu apa kesudahan kisah aku sebagai isteri Qaidir. Aku tak mahu tahu. Yang aku tahu aku tak mahu tamatkan kisah kami di sini. Aku tak sanggup jadi janda di usia muda. Aku tertekan. Aku sangat-sangat memerlukan teman bercerita. Doktor psikiatri saja yang sudi mendengar masalah aku. Aku cuma bergantung pada dia setelah aku berdoa kepada Allah untuk tunjukkan jalan kepadaku. Aku harap Qaidir akan kembali padaku. Aku tunggu saat itu. Diari, aku mahukan suamiku semula. Aku mahukannya.

Tamat~~~~
Nota Iffah: Jangan minta sambungan kerana aku pun tiada idea. Ini adalah cerita benar. Menurut doktor pskiatri tersebut, memang ramai wanita bergelar isteri di Malaysia yang mengalami tekanan perasaan. Pasal kerjaya pun ada. Pasal campak bayi luar nikah pun ada. Jangan ambil remeh. Ini benar-benar realiti masyarakat kita sekarang. Doktor tu suruh aku buat sebab dia kata jangan asyik fantasi je. Jadi aku turutkan saja kehendak dia.

Apa itu jiwang?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Disebabkan aku asyik buat cerpen tanpa henti. Aku nak tanya korang apa itu jiwang pada pandangan korang? Ramai sangat kata aku jiwang semalam. Lepas tu ada orang kata blog aku ni jiwang. Ada pulak kata definisi jiwang dia lain.

Apa itu jiwang bagi korang? 

GOOGLE

Aku nak tahu sangat maksud jiwang sebenarnya. Apapun layan gambar ni. Mungkin ada rasa jiwang di situ =P

Cerpen: Kisah Cinta Ulat Buku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rujuk sini untuk versi Nong Andy dan sini untuk versi Reenapple.


Aku terlalu taksub mengejar cinta Ariman. Aku menjadi seorang yang gilakan buku kerana seorang lelaki. Aku berubah menjadi si ulat buku. Hari mingguku juga dihabisi dengan buku. Senyumanku tak pernah lekang dari bibir mungil aku. Aku jiwa kacau kini. Aku lupa yang aku punya Adam. Kembarku yang sentiasa setia menemani aku namun hanya kerana kegilaan aku mengejar Ariman, aku lupa Adam. Aku tak peduli pada Risa kekasih Ariman. Yang aku tahu, dekat dengan Ariman membuatkan aku puas. Seakan puas menakluki sesuatu. Aku tak tahu apa yang membutakan hati aku untuk terus terhegeh-hegeh dengannya.
“Oit berangan?” Aku berpaling. Risa datang. Aku benci dia. Kalau dia tak ada senang aku mendapatkan Ariman. Aku mengeluh perlahan.
“Taklah. Kenapa?” Aku malas melayannya saat ini. Kalau aku punya kudrat dan otakku tak waras lama sudah Risa makan penumbuk sulung aku. Sungguh! Aku benci dengan dia.
“Amboi, garang. Ni Ariman ajak ambil stok. Buku Mayang Setia yang baru dah keluar,” Aku berbunga kebahagiaan. Buku kegemaranku!
“Bila?” Aku teruja sekali. Risa mencebik. Aku peduli apa? Yang penting Ariman mengajak aku keluar dan buku Mayang Setia aku dapat miliki. Dua dalam satu.
“Tadi sombong. Sekarang nak pulak? Tapi boleh tak kalau kau tak payah ikut?” Soalan Risa membuat aku berkecil hati.
“Tapi kenapa? Bukan Ariman ajak aku sekali ke?” Aku tak berpuas hati. Aku pandangnya penuh pengharapan dan pengertian.
“Kau tahukan kami pasangan kekasih. Jadi aku nak privasi. Harap kau faham itu,” Katanya lalu meninggalkan aku sendirian. Aku terpaku. 
Ya, itulah fakta. Aku hanya penyibuk antara keduanya. Aku tak tahu kenapa aku mula sedar yang cinta aku untuk Ariman cumalah sia-sia belaka. Ariman bukan ditakdirkan untukku sejak dari mula. Aku kini menyesal kerana tak mendengar kata Adam dari dulu. Hatiku tersayat dengan hakikat ini. Cinta takkan mungkin kesampaian. Ya, Risa menang tanpa bertanding. Aku tak mahu lagi merebut cinta Ariman. Aku tekad!
Xxxxx
Seminggu aku telah meletakkan jawatan sebagai pembantu di Pustaka Biru itu. Seminggu jugalah aku tak ketemu Ariman. Entah mengapa tak pula timbul rindu pada Ariman. Mungkin, yang aku rasa selama ini hanyalah perasaan suka. Bukan cinta. ‘Ah aku keliru dengan hati aku lagi’ Rungutku dalam hati cuma.
“Neera ada sesuatu untuk kau,” Ujar Laila riang.
“Apa yang aku dapat?” Laila sengih-sengih hinggakan aku naik rimas. Kad itu aku rampas. Malas melayan karenah perempuan itu.
“Amboi SA nampak?” Laila mengganggu aku lagi. ‘Penyibuk!’ Getus hatiku. Aku pura-pura tak melayannya. Laila masih setia di situ.
“Lai, kau tahu siapa hantar?” Tanya aku sejurus selesai membaca bait ayatnya. Aku tertanya-tanya lagi setelah gelengan kepala dari Laila yang aku terima. Laila terus keluar. Seakan memahami aku yang tak mahu diganggu. Aku kusut. Kata-katanya benar-benar buat aku penasaran.
Cuba kau telusuri anak mataku, pasti kau akan dapat rasa kemanisan itu,” Berkali-kali aku sebutkan. Tiada klu. Tiada identiti si pemberi. Hanya sekeping kad dan kata-kata itu. Semuanya buat aku buntu.
“Takkan Ariman? Bukankah dia dah bahagia dengan Risa?” Aku mula berteka-teki. Sejak aku tergilakan Ariman, Adam juga menyepikan diri. Ada kawan pun aku lupakan. Semua gara-gara kekeliruan tentang cinta. Aku tahu aku bersalah dengan Adam!
Xxxxx
Aku nampak Ariman di situ. Tiada Risa menemani. Aku mengorak langkah mendekat kepadanya. Tiba-tiba aku terpandangkan Adam. Dengan seorang wanita. Tudung labuh. Sopan. Tak seperti aku. Timbul pula rasa cemburu. Adam punya kekasih tak beritahu aku langsung. Terasa jauh hati dengan sahabat aku seorang. Semua ada buah hati. Aku juga sendiri begini terus.
“Hai Neera. Kenapa?” Tanpa aku sedar Ariman di depan mataku.
“Tak ada apa. Saya cuma terpandang Adam,” Aku jujur padanya. Tiada apa yang perlu diselindung. Ariman dan Adam bukanlah tak kenal antara satu sama lain.
“Oh Lidia nama budak tu. Adam pernah kenalkan pada saya,” Aku terkejut.
“Bila?” Aku diapit syaitan yang menghasut. Aku cemburu dengan Ariman. ‘Kenapa bukan aku yang tahu terlebih dahulu?’ Bisik hati aku dingin.
“Dia tak cerita kat awak? Tu gadis pilihan keluarganya…” Belum sempat Ariman menyudahkan kata, aku berlalu pergi. Pergi mendapatkan Adam. Aku dipagut rasa cemburu yang teramat. Mustahil aku kawan baiknya tak tahu apa-apa tentang berita sepenting ini. Aku bengang.
“Adam!” Jerit aku. Adam dan Lidia berpaling serentak. Aku cemburu. Entah mengapa aku tak suka Adam melebihi dari aku. Aku patut kahwin dulu bukan dia. Aku patut ada segalanya kerana dia sudah cukup beruntung punya keluarga yang melimpah kasih sayangnya.
“Neera. Akhirnya, kau ada masa jugak jumpa aku kan. Kenalkan ini Lidia,” Adam tersenyum bahagia. Aku tersenyum kelat. Huluran salam Lidia, terpaksa aku sambut.
“Macam nilah kawan. Ada buah hati tak nak kongsi cerita pun,” Aku membisikkan ke telinga Adam. Tak mahu Lidia terasa.
“Oh maaflah beb. Kau tu yang busy sangat. Lidia, inilah kembar saya. Buah hati pengarang jantung saya, Neera,” Aku terpinga-pinga. ‘Masuk air apa budak Adam ni?’ Aku pelik.
“Oh inilah Neera. Adam banyak cerita pasal Neera kat saya. Tapi jangan risau. Semua yang baik-baik je tau,” Lidia cuba menyedapkan hati aku. Aku tahu itu. Dia cuba buat situasi kami tak kekok. Adam hanya tersengih. Dia hutang penjelasan pada aku. Penjelasan tentang buah hati pengarang jantung serta Lidia!
Xxxxx
Aku masih menanti tetamu pulang. Mama Adam suka buat majlis begini. Letih melayan tetamu tak terasa kerana aku dikejutkan dengan pengakuan cinta. Cinta seorang jejaka. Jejaka misteri yang mengganggu aku dengan kadnya. Walau kadnya cuma satu ia tetap bermakna pada aku.
Adam dan jejaka misteri itu orang yang sama. Itupun aku dapat tahu dari Lidia. Dia sudah cerita semuanya. Aku tersenyum lagi. Entah kali ke berapa aku tersenyum aku pun tak terkira. Hari ini dalam sejarah. Adam mengakui cinta pada aku. Pada aku! Bukan Lidia atau sesiapa. Aku senyum saja mendengarnya dari mulut Lidia. Padahal dalam hati membuak-buak rasa malu.
“Dahlah senyum tu. Aku malulah,” Adam mengambil tempat di sebelah aku. Kantoi pula aku senyum. ‘Mungkin dia ingat aku gila?’ Desis hatiku.
“Aku cinta kau tahu?” Buat aku terpana sebentar. Adam meluahkannya! Aku terdiam. Lama.
“So apa jawapan kau?” Aku memandangnya sekilas. Malu.
“Kau jangan diam. Jawablah. Aku tahu kau ada Ariman. Tapi kau kena ingat Ariman dah ada Risa…” Aku memotong kata-katanya.
“Tapi kau ada Lidia?” Aku cuba menduga hatinya semula.
“Tapi dalam hati aku bukan ada Lidia. Dalam hati aku ada kau. Sungguh aku tak tipu,” Tangan diangkat. Seperti mahu bersumpah. Aku ketawa saja. Lucu gelagatnya. Perlahan aku memberikan kad kepadanya. Kad sama yang jejaka itu beri.
“Kenapa kau pulangkan kad aku ni? Aku kena reject?” Aku geleng.
“Bukan, kau buka kad itu dan baca,” Aku masuk ke dalam rumah. Malu jika dia baca di depanku.
“Telah aku rasai kemanisan itu melalui sinaran matamu wahai Adamku,” Aku dengar Adam baca kuat. Terus aku larikan diri ke bilik. Malu. 
Pasti hati Adam juga berbunga sama sepertiku. Aku cuma harap ini adalah cinta. Bukan kekeliruan rasa semata-mata. ‘Aku cinta kau juga, Adam!’ Hatiku menjerit lagi. Harap Adam dapat dengar ini. Malam itu aku ditemani senyuman mekar di bibir sendiri. Cari punya cari akhirnya cinta ada di sebelah sini. Tak ku sangka sekali. Cinta bukan cuma fantasi , namun cinta bisa jadi realiti.


Nota Iffah: Idea asal Nong Andy. Dia tak buat ending lagi tadi. Jadi aku terbuat cerpen jugak. Maka ada 87 cerita yang ada dalam blog ini. Korang boleh rujuk kat pages atas ni. Letih untuk mensweetkan diri.

Cerpen: Putus tunang Part 3

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini adalah cerpen bersiri. Klik Part 1, Part 2 untuk cerita sebelumnya.

Selama dia bergelar isteri seorang lelaki, Dania bahagia. Bukan sebelum kahwin dia tak bahagia. Tapi setelah berumahtangga makin bahagia hidupnya. Kisah suram ditutupi dengan kehadiran si suami. Cinta yang disemai setelah halal amat membahagiakan. Walaupun Hanafi bukanlah cinta pertamanya dan perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Namun, Dania bahagia. Sungguh!

“Sayang…” Hanafi menyeru isterinya. Terlalu teruja berjumpa wajah kesayangannya. Dia akui dia jatuh cinta dengan isteri sendiri. Sebenarnya, sebelum mereka nikah lagi. Dia sedar dia menyintai Dania dalam diam semasa Syah menghubunginya. Saat itu, hancur luluh hati mengenangkan hati tunangannya milik orang lain. Sebab itulah dia terburu-buru memutuskan tali pertunangan. Bimbang jika diteruskan dia dan Dania tidak bahagia.
“Abang, sorry Nia kat dapur tadi,” Segera mendapatkan suaminya. Tangan kasar itu disalami. Sejurus selepas itu ciuman mesra dari Hanafi hinggap di pipi Dania. Dania tersipu malu.
“Buat apa kat dapur?” Dania senyum sahaja. Dia malas nak beritahu. Nanti tak surprise. Hanafi masih menunggu jawapan dari isterinya.
“Apa ni tak nak bagitau pulak? Baik Dania cakap sekarang, kalau tak…” Hanafi mengugut dalam senyuman. Tak lekang senyuman dari bibirnya. Senyuman nakal pastinya.
“Kalau tak apa?” Dania sengaja. Dia tahu Hanafi terfikirkan sesuatu. Dania senyum menggoda. ‘Menggoda suami sendiri tak salah bukan?’ Dania terfikir sejenak.
“Kalau tak abanggg….” Saat itu Dania kelemasan. Rangkulan erat mematikan niatnya untuk berahsia. Pinggangnya kegelian saat jari jemari kasar menyentuhnya. Hanafi menggeletek isterinya. Lama. Setelah Dania mengaku kalah, barulah Hanafi menghentikan perbuatannya. Malah, kedua ketawa senang. Dania dan Hanafi terduduk di sofa. Masing-masing tersenyum memandang. Hanya lirikan mata memahami hati yang bergelodak. Kisah mereka tidak berakhir di situ yang pastinya.

Xxxxx

Syah hanya memerhati rumah itu. Rumah yang dibayangi kebahagiaan wanita yang dicintai, Dania. Dia pedih melihat Dania kini. Hanafi sangat bertuah. Dia tahu terlambat untuk meraih cinta Dania semula. Dia tak tahu harus bagaimana lagi mahu Dania terus mendampinginya. Mengesat air matanya saat kesedihan. Menjadi pendengar setia saat tiada seorangpun yang mahu mendengar celotehnya. Menjadi sahabat yang tak mungkin meninggalkannya. Syah merindui semua itu. Dia tahu hati Dania sudah terisi.

Pisau belati berkilat di tangan. Dia mahukan hati Dania semula. Senyuman terukir di bibirnya. Mata bersinar. Langkah diorak ke rumah itu. Dania masih sibuk menjemur kain. Langsung tak perasankan lelaki itu. Dania masih khusyuk. Langkah Syah makin mendekat. Pisau digenggam kemas.

“Syah!” Suara Dania menyapa membuatkan Syah menyorokkan semula pisaunya di tepi seluarnya. Dia terus saja menyelit di tali pinggang seperti si pemburu yang pergi memburu mangsa. Syah senyum. Dania cuba berlagak biasa. Dia telahpun berkongsi cerita dengan Hanafi tentang Syah. Suaminya menyuruh dia berjaga-jaga. Syah memberi salam.
“Waalaikumussalam. Syah mana tahu rumah saya?” Dia cuba beramah agar tak nampak kaku. Dia tak mahu Syah terasa dipinggirkan.
“Syah tahulah. Sibuk nampak?” Syah memandang Dania lama. Dania jadi tak keruan.
“Aah tengah menjemur kain. Maaflah Syah, nak jemput masuk tak boleh pulak. Apa pula kata jiran nanti?” Dania sebolehnya mengelak dari didekati Syah. Mujur saja pintu gril terkunci. Dia sangat-sangat takut saat ini.
“Oh Syah faham. Kita borak sini pun dah cukup. Nia dah makan?” Dania senyum. Lega sedikit.
“Dah. Syah?” Dia pandang wajah cengkung Syah. Timbul pula rasa simpati.
“Belum. Syah tak lapar,” Nadanya lain. Syah seakan meraih simpati Dania. Dania pula berkira-kira mahu masuk dan telefon Hanafi. Dia tak mahu berlama-lama. Dia takut.
“Syah nak makan? Dania ada masak tadi,” Lembut suara Dania menyapa. Syah menggelamun. Dia membayangkan Dania menjadi miliknya. ‘Arghh Dania aku cintakan kau!’ Jerit batinnya.
“Syah…” Dania menyedarkannya semula. Syah mengukir senyuman. Dia bahagia dengan imaginasi itu. Sangat bahagia dan berharap fantasi menjadi realiti.
“Ya, Dania?” Dia memandang Dania semula. Wajahnya tanpa mekap. Wajah itu makin ayu berbanding dulu. Mungkin seri seorang isteri.
“Syah nak makan tak?” Kali ini suara ditegaskan. Bimbang dia dengan kehadiran Syah memporak perandakan rumahtangganya yang bahagia kini.
“Nak. Itupun kalau Nia sudi,” Syah senyum. Dia berpeluang dapat makan masakan Dania. Wanita pujaan. Dia teruja sekali.
“Dania ambilkan kejap. Syah jangan pergi mana-mana,” Syah mengangguk. Dia tak sabar. Pisau belati dicampakkan ke tanah. Dia tak mahu Dania tahu niat asalnya. Seperti selalu niatnya pasti tak tertunai. Dia pasti lemah bila berdepan dengan Dania. Sampai bila pun dia takkan sanggup membuat sesuatu terhadap Dania kerana Dania cinta pertama dan terakhirnya. Dania lama di dalam. Syah menanti resah. Kejap bangun kejap duduk. Dia risau. Dania keluar akhirnya.
“Sorry lambat Syah,” Senyuman manis diukir. Syah membalas juga. Dia tak sabar nak makan masakan Dania. Air tangan Dania pasti sedap. Dania hulurkan melalui celahan gril sahaja. Dia masih bimbang.
“Dania tak nak makan sekali?” Dania menggeleng lembut. ‘Maafkan aku syah!’ Dania beremosi.  Air mata lurut juga. Syah memandang pelik.
“Kenapa Nia?” Syah begitu mengambil berat. Kunyahannya terhenti.
“Saya tak apa-apa. Seronok tengok Syah berselera macam ni,” Dania menymbunyi rasa. Dia simpati. Namun, dia perlu buat juga. Matanya nampak kelibat polis. Dari jauh.
“Nia, sebenarnya Syah ada benda nak cakap dengan Nia. Sebab tu Syah datang,” Syah berkata lembut. Dania mengerutkan dahinya.
“Apa dia?” Dia ingin sekali tahu.
“Syah sayang Nia. Lama dah,” Ujarnya tanpa tawa. Serius bunyinya. Dania kaget. Dia terkejut.
“Syah tak main-main?” Dania cuba mendapatkan kepastian.
“Tak. Syah serius. Dania je yang terima Syah. Walau nakal manapun Syah. Terima…” Syah tak mampu sudahkan kata. Matanya tertutup. Dania menangis teresak-esak. Polis datang menyerbu. Lalu Syah dibawa pergi. Ubat tidur yang dia letakkan mampu membuatkan Syah lena. Mungkin tidur yang agak lama. Dania terpaksa membuat begini demi keselamatannya. Syah hilang dari matanya. Syah pergi menghadap hukuman yang disedia. Dania sudah lama menanti Syah datang.
“Maafkan saya, Syah!” Itu saja yang dia mampu lontarkan. Tangisan masih jelas. Kuat. Nyaring. 

Dania juga sayang Syah, kerana sayanglah dia terpaksa begini. Kejam. Namun, jauh di sudut hati Dania, dia mahukan Syah pulih semula. Pulih dari jiwa yang kacau. Pulih dari segala kepahitan hidup yang membelenggu diri Syah sepanjang kehidupannya. Dania sangat berharap.

Nota Iffah: Tamat dan tiada sambungan lagi!!! Hah jangan nak minta aku sambung. Rasa terjerut nak sudahkan satu part ni. Harap semua berpuas hati. Nak buat cerpen baru pulak lepas ni. Malas nak berteka-teki. Oh ya selamat hari lahir buat blog jiwang aku ni. Dah dua tahun rupanya. Apa jasa blog ini pada anda?

Review Blog PIJA HERBALIFE

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nur Hafizah  (Pija Herbalife)
Klik header ini!
Lama aku tak review kan? Kali ni aku nak review seorang lagi kawan aku yang berjaya jadi blogger. Tapi bidangnya jauh sangat dari aku. Sebab dia coach herbalife. Dia pengguna tegar herbalife. Setahun dah aku nampak dia menggunakan produk HERBALIFE. Kesan? Amat mengagumkan. Aku rasa nak tepuk tangan. Penat jugak pujuk orang yang rapat dengan aku untuk cuba HERBALIFE ni. Bukan mahal kalau dibandingkan dengan pemakanan kita yang tak seimbang tu kan?

[IMG_9481.JPG]
Inilah Pija
Dulu dia tak gemuk mana pun. Berisi je. Tapi sekarang dia dah kurus. Aku setiap kali jumpa dia konpem tengok badan dia. Sebab berbeza. Ketara perubahannya. Tapi bak kata dia, makanlah apapun kalau tak reti nak disiplin diri memang takkan dapat apa yang kita nak. Itu prinsip bila nak makan produk kesihatan ni. Sebab kita laburkan duit banyak takkan nak sia-siakan pelaburan kita kan?

Oh yang penting HERBALIFE bukan untuk kurus semata-mata! Jangan jumudkan pemikiran anda ye. Jadi kalau nak tahu kenalah terjah blog dia. KLIK SINI. Tengok apa yang ada. Kadang dia cerita pasal benda lain. Tak semestinya HERBALIFE semata-mata. Tapi aku suka gaya penulisan dia. Auww seakan tegas di setiap ayat. Sama macam realitinya jugak. Kan Hafizah kan? 

Bila kau nak kahwin?

Aku dikejutkan dengan pertanyaan begitu. Aku? Calon pun masih samar. Aku taklah terdesak sangat nak main sauk je bakal imam aku. Amboi semua dah cerita pasal imam diorang. Agak gedik jugak nak sebut imam jugak. Takpe, jodoh tu ada. Cuma perlu usaha dan tunggu.

Gosip aku nak kahwin tersebar di seluruh tempat aku belajar. Tempat yang dipenuhi perempuan. Jadi kepohnya semacam sikit. Muka aku ni ada rupa nak kahwin ke? Belum masanya nak jadi puan. Dengan kawan aku pun kena. Diorang tak apalah ada buah hati dah. Aku ni? Buah-buahan pun tak ada. Mana diorang dapat gosip murahan ni?

Rupanya kes kami pergi bilik kaunseling. Selalu orang pergi bilik kaunseling untuk memenuhi prosedur kahwin semasa belajar. Otak diorang, kaunseling dan kahwin seiring. Itu je isu paling utama pun kat sini. Kitorang datang lepak sambil minta tandatangan warden je. Tak lebih dari itu pun. Sebab ada nama tercatat kat buku pelawat, maka semua orang pakat tanya bila nak kahwin. Aku? Pengsan! Haha lawak!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Putus tunang Part 2

Ini adalah cerpen bersiri. Klik Part 1 untuk cerita sebelumnya.

Dania tersenyum bahagia. Namun hatinya parah memandang lelaki di sebelahnya. Dania yang dia tunggu. Selama ini hanya Dania menghiasi dinding hatinya.
“Dania…aku nak kau. Aku nak kau sorang!” Suara garaunya menyeru nama gadis pujaan. Syah menoreh gambar Dania bersama Hanafi. Dia geram! Rencananya gagal lagi.
“Kau milik aku,” Tiba-tiba tangisan hiba memenuhi segenap ruang. Tangisan seorang lelaki. Syah terduduk. Dia rindukan Dania. Rindu sangat-sangat. Cinta buat Dania takkan pernah lupus. Malam itu dia meraung. Malam itu dia mengilai. Cinta. Semua kerana cinta membuat dia begini. Syah rindukan cinta seorang mama. Syah rindukan cinta seorang kakak. Syah rindukan cinta si gadis bernama Dania. Dia rindu! Sebermula kisah dia mengenali Dania kerana dia berjiran dengan Dania sedari kecil. Setiap kali dia dilibas rotan, Dania akan memujuknya.
“Jangan nangis ye wak,” Kata-kata itu cukup buat Syah terharu. Dia menyangka Danialah cinta hatinya. Dania seorang yang menyayanginya. Walaupun mukanya berparut, Dania tak pernah takut. Dania saja yang terima Syah seadanya. Namun, segala berubah saat Dania dan keluarga pindah rumah. Syah jadi tak tentu. Dia memberontak ingin mengikut Dania pergi. Sudahnya, seluruh keluarganya mati ditetak. Gara-gara cinta buat Dania terhalang. Syah senyum puas. Kini, dia jumpa Dania semula.

Xxxxx

Majlis itu sungguh meriah. Hanafi segak berbaju melayu moden. Kot diluar sedondon dengan Dania. Dania bahagia. Juga Hanafi.

“Ramainya tetamu mama,” Bisik Dania perlahan.
“Aah, abang kan anak kesayangan dia. Kenalah jemput semua kerabat,” Dania mencebik. Hanafi suka perasan. Kadang dia tak terlayan karenah suaminya yang satu. Ya, suami selama beberapa jam baru. Habis nikah terus buat sanding. Tak payah dua kali kerja kata orang tua. Pasangan pengantin mengikut saja.
“Nafi, ambilkan beg mama. Kat atas meja dalam bilik persalinan. Ada duit upah untuk budak-budak kompang,” Mama mencelah. Hanafi terpaksa meninggalkan Dania sendiri di gerbang yang indah. Dewan itu masih penuh. Hingar bunyinya. Tetamu sibuk menjamah makanan. Dania tersenyum. Dia masih lagi menanti Faizah. Faizah yang katanya membawa kejutan hebat buatnya. Dania teruja.
“Nia!” Suara Faizah di belakangnya. Segera Dania memeluk erat. Bahagia bila hari bahagia disambut kawan baiknya.
“Izaaaa…lambat sangat. Aku baru nak tutup majlis tadi,” Guraunya. Dania masih bisa tersenyum tanpa sedar bersama Faizah, seseorang yang bertanggungjawab atas putusnya pertunangannya tak berapa lama dahulu. Dania tersinggung sikunya ke arah Syah. Mata Syah tajam menikam mata redup Dania. Dania terkejut.
“Hai, Nia masih ingat saya?” Dania jadi takut tiba-tiba.
“Sy…Syah..Syah kan?” Dania sukar berkata. Faizah hanya memerhatikan saja. Pelik juga dia melihat reaksi Dania sebegitu.
“Aah Syah ni. Lama tak jumpa awak. Dah kahwin pun sekarang,” Nadanya seakan rajuk. Syah cuba mengukirkan senyuman. Dia tak mahu Dania takut dengan kehadirannya. Dia cuma mahu tengok Dania dengan busana yang indah.
“Hai, ada apa-apa yang abang tertinggal?” Hanafi menyapa mesra. Dari tadi dia memandang lelaki itu. Parut di muka membuatkan dia syak sesuatu.
“Hai, saya Hanafi,” Salam dihulur. Syah menyambutnya. Tangan kemas sekali. Hanafi mula mencurigai.
“Saya Syah,” Itu saja balasan dari Syah.
“Ini Syah. Kawan Nia masa kecik-kecik dulu. Syah ni baik sangat. Tapi keluarga nak pindah rumah,” Dania menerangkan sedikit bimbang Hanafi cemburu tak menentu. Namun, jauh di sudut hatinya cuba menyahkan rasa takut akan sesuatu. Misteri tentang Syah yang disebut-sebut orang kampung. Dia takut sekali.
“Syah, terima kasih datang majlis saya. Saya ingat takkan jumpa awak lagi,” Dania cuba bersikap biasa. Syah tersenyum. Dia terasa dihargai. Sakitnya hati makin lama makin hilang. Dia gembira melihat Dania yang cantik dengan pakaian pengantin. Dia teruja. Hinggakan lupa misi utama dia hadir ke majlis itu. Akhirnya, Syah pulang dengan senyuman kebahagiaan. Dia bahagia melihat bidadarinya bahagia. Dia rasa bertuah kerana Dania masih mengenalinya. Dania tetap terimanya di saat orang membuangnya. Dia suka. Sebab Dania gembira, dia tak jadi menjadikan Dania miliknya sekarang. Bukan sekarang masa.
“Dania lambat laun kau akan jadi milik aku,” Senyuman penuh kepuasan. Dia akan menangi hati Dania. Dia mahu menang. Dia tak mahu bunuh Hanafi sekarang kerana dia nak rampas Dania dari Hanafi dengan membuat Dania jatuh cinta kepadanya. Itu matlamatnya. Sedangkan dia tak tahu yang Dania tak mungkin jatuh cinta dengan orang macam dia. Lelaki yang pernah keluar muka depan kerana membunuh seluruh keluarganya. Dania ketakutan.

Cinta takkan hadir jika dipaksa. Cinta juga takkan hadir jika kita mengancam jiwanya. Kerana cinta tak bisa dipupuk di jiwa-jiwa yang ketakutan. Cinta sunggun ironi yang pastinya. Cinta buat manusia buta mata dan juga hati. Kerana cinta, semua tergadai. Kerana cinta semua melayang. Kerana cinta juga kita bisa kehilangan cinta.
Tamat!

Nota Iffah: Aku sambung jugak sebab semua tak puas hati semalam. Oh ya, kenapa kurang memuaskan? Aku sedang sibuk menyelesaikan tugasan utama buat warnakaseh. Jadi dua cerpen sekaligus kena buat. Letih T.T

Published with Blogger-droid v1.7.4

Anak kepada mak

Jiran, sorry ai rasa kena buat entri berangkai jugak ni.

Okeylah, bermula pagi semalam aku dengan membaca cerpen reenapple. Sangat best. Lepas tu terbaca entry jiran. Anak mak. Ramai orang cakap dia anak mak. Aku bangkang. Kat komen dah berjela. Tapi nak kongsi dengan korang pulak.

Ada beza anak mak dan anak kepada mak. Kita semua anak mak kita betul? Tapi adakah kita semua layak digelar anak mak? Tak kan. Ke mana-mana usung mak ke hulu hilir. Tak jugak? Jadi kita ni anak kepada mak. Salahke menghargai mak kita setiap masa dengan sebut mak? Tak jugak.

Anak mak bagi aku, orang yang tak boleh buat keputusan sendiri. Semua nak harap mak. Mak kata A dia pun kata A. Sedikit pun tak bantah. Langsung tak reti nak berdikari. Bila takut sikit seru mak. Kalau pergi mana-mana rasa tak selamat kalau mak tak ada. Selalu akan dengar cakap mak 100%. Korang ada nak tambah?

Jadi tak bermakna kita asyik sebut nama mak kita, atau apapun yang berkait dengan mak kita adalah anak mak. Contoh: Nanti aku tanya mak aku boleh keluar tak. Adakah aku anak mak? Meminta izin dari mak wajib. Sebab kita dibawah tanggungjawab dia. Kalau dah kahwin lainlah. Contoh: Nanti saya minta izin dari hubby okey. Habis aku ni anak hubby ke?

Renungkan. Korang ada bantahan atau penambahan? Aku pun bercakap dari pemahaman je ni. Anak mak cuma gelaran. Tapi faktanya kita memang anak kepada mak kita. Penat dia lahirkan. Betul tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Putus tunang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini adalah cerpen bersiri. Klik Part 2 untuk cerita selanjutnya.


Hatinya pilu mendengar kabaran dari yang di sana. Sungguh sakit bila hubungan terputus begitu saja. Angkara siapa? Dia belum tahu kebenarannya. Yang Dania tahu, pertunangan diputuskan tanpa sebab. Itupun melalui ibunya di kampung. Hancur luluh hatinya mengenangkan tunang yang belum sempat dia kenali. Hanafi hanya sekadar nama. Entah mengapa hati terasa begitu sakit kala ini.

“Nia!” Faizah datang menerpa Dania. Segera pelukan kemas dihadiahkan buat sahabatnya. Dia tahu Dania kesedihan ketika ini. Lama mereka begitu. Bahu terasa basah. Namun, Faizah biarkan saja.
“Iza…” Dania cuba meluahkan sesuatu tapi gagal. Suaranya seakan tersekat di kerongkong.
“Syyyhh Nia. Jangan cakap. Nangis je kalau itu yang boleh redakan perasaan kau. Aku faham. Nangislah Nia,” Suara Faizah juga bertukar sebak. Dia juga tak sangka pertunangan sahabatnya putus di tengah jalan. Walaupun, Dania terpaksa mengikat tali pertunangan. Setiap malam dia nampak Dania bersujud memohon agar hatinya dibuka untuk Hanafi. Bila hati sedia menerima Hanafi, lain pula jadinya. Sungguh menduga hati dan perasaan Dania.
“Iza…apa salah aku? Apa dosa aku? Kenapa dia sanggup putuskan?” Esakan kecilkedengaran. Makin kuat tangisan itu.
“Hei kenapa menangis beria ni? Esok kau jumpalah dia eh?” Faizah cuba menenangkan Dania.
“Jumpa dia? Untuk apa? Malukan diri aku lagi? Iza, mak aku telefon nangis-nangis. Aku malu Iza. Aku benci dia!” Dania geram. Sekelip mata air mata kering. Dia bengang. Dia tak tahu apa puncanya. Bagi Dania, Hanafi melampau. Tindakannya terburu-buru. Benda penting begini boleh bawa bincang. Bukan ikut kepala sendiri.
“Dania, you must! Aku teman. Muktamad!” Faizah lebih dulu buat keputusan bagi pihaknya. Dania termangu. Akhirnya, dia mengalah dan ikut saja kehendak sahabatnya itu. Hatinya masih rawan dengan berita mengejut itu.

Xxxxx

Pertemuan empat mata. Faizah tiba-tiba mengadu sakit perut. Tandas berdekatan dikejar terlebih dulu. Tinggal dia dan Hanafi. Dania tak mengenali Hanafi langsung. Namun, setelah dia call dan bertanyakan tentang kedudukan Hanafi baru dia dapat mengagak yang mana satu bekas tunangnya. Debaran jelas di dada. Mata lelaki itu ditenung dalam. Satu penjelasan perlu diberikan. Dania menanti Hanafi membuka mulut.

“So, kenapa nak jumpa? Itupun lepas dah jadi bekas tunang?” Hanafi sengaja menekankan perkataan bekas. Dia bengang. Dia tak tahu kenapa bekas tunangnya sungguh muka tak malu. Sanggup datang jumpa setelah apa yang terjadi antara mereka berdua.
“Awak hutang saya,” Tegas nadanya. Hanafi mendengus.
“Hutang apa pulak? Cincin saya awak tak pulangkan,” Sinis pula balasannya. Pantas saja Dania mengambil cincin dalam begnya. Di letakkan di meja.
“Sorry saya tak suka barang terpakai. Awak boleh simpan atau jual saja kalau tak cukup duit,” Lagi sentap. Dania menjeling tajam.
“Awak ni kenapa Encik Hanafi? Awak tak puas hati dengan saya ke apa ni?” Sabar dia sudah ke penghujung. Lelaki itu sungguh kejam. Hatinya bagai ditiris-tiris saat ini.
“Awak tu yang kenapa? Ada pakwe tapi gatal-gatal nak bertunang dengan saya. Awak ingat awak boleh bahagia ke lepas kecewakan hati orang lain?” Hanafi berapi. Gerun Dania melihatnya. Belum sempat Dania menjawab, Hanafi sambung kata-katanya.
“Awak jangan lupa, what you give, you get back!” Panas perbualan mereka itu. Dania terdiam. Hanafi menarik nafas kembali. Ditenangkan hatinya semula.
“Okey, sekarang turn awak,” Nadanya sudah kendur.
“Saya tak terkata. Apa yang awak cakap pasal pakwe tu salah sama sekali. Saya mengaku saya pernah ada pakwe. Tapi itu semua dulu. Saya single. Saya tak rasa saya kecewakan sesiapapun!” Dania membangkitkan diri. Dia malas berlama di situ. Perbincangan mereka takkan ke mana. Hanafi dengan ceritanya sendiri. begitu juga dia.
“Duduk dulu. Please. Cakap bagi habis!” Tegas. Arahan diberi. Seakan menanti hukuman maut gaya Dania. Terus dia duduk. Risau bekas tunangnya yang bengis akan mengamuk pula. ‘Ada terbang jugak kerusi meja ni karang’ Dania berkata dalam hati.
“Okey, saya nak tahu kisah sebenar tentang pakwe yang awak maksudkan,” Dania mengeluh perlahan. Dugaan apa pula ini?
“Perlu ke cerita lama dicerita kembali?” Dania berat hati.
“Perlu!” Itu saja mampu membuatkan Dania kecut perut. Rupanya, ada seorang lelaki meminta putuskan pertunangan. Dia kata Dania curang semata-mata inginkan kekayaan Hanafi semata-mata. Sungguh kejam manusia. Yang peliknya, lelaki itu tak dikenali. Lelaki psiko.
“Awak kenal dia tu?” Dania bertanya.
“Tak. Tapi saya ada nombor plat kereta dia,” Dania dan Hanafi sebulat kata ingin mencari si durjana. Kisah mereka belum selesai. Pertunangan terjalin semula. Mudah benar hati lelaki membuat keputusan. Mujur saja hati Dania sudah terikat dengan Hanafi. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka berdua. Cinta walau macam mana pun kita cari, ia tetap akan datang sendiri. Cuma dengan siapa dan bila kita takkan tahu sehingga tiba waktunya.
Tamat~~~

Nota Iffah: Idea hilang sebab ada orang ganggu aku dari tadi. Sabar jelah. Jadi layankan je cerita pendek ni ye.

La Tahzan: Musibah melanda

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa sudah jadi?
La Tahzan kali ini agak sedih. Kalau aku yang tak kena pun sedih inikan pula yang mengalami sendiri. Harap bertenang wahai Iffah. Aku dikejutkan dengan berita salah seorang rakan blogger yang ditimpa musibah. Habis rumah keluarganya dijilat api. Hangus. Rentung. Tiada apa yang tinggal melainkan nyawa si penghuni. Semua ahli keluarga Ammar selamat. La tahzan buat mereka. Sesungguhnya ini ujian yang Allah turunkan buat kamu semua. 

Terbakar semua sekali
Kita takkan hanya mahu memandang tanpa membantu? Hulurkan bantuan seadanya. Selain wang ringgit, perkongsian entri, doakan dari jauh pun boleh. Hari ni hari Ammar. Entah esok lusa hari kita pula. Mohon sumbangkan kepada keluarganya. Moga niat kita dan bantuan yang dihulurkan diberkati hendaknya. Kuasa Allah siapa boleh duga. Sekelip mata nikmat hilang depan mata. Hargailah ia sementara ada. Bantulah selagi daya. Moga kita semua dapat jejak SyurgaNya.


Ini Ammar

Sebarang bantuan kepada keluarga Ammar boleh di salurkan ke nombor akaun di bawah:
CIMB BANK: 13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)
Maybank: 163082138960 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)
Cerita tentang kebakaran oleh Ammar di sini. Ada juga blogger lain buat entry. Klik sini.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers