CORETAN TERBARU NADH

Dilema

Rasanya semua orang ada masalah. Semua pernah berada di persimpangan dilema. Dilema wanita kat tv pun ada. Apa tu dilema? Ikut kefahaman aku dilema tu macam kita terpaksa memilih antara dua jalan.

Contoh ada dua jalan dalam hidup kita. Satu yang luas dan satu jalan sempit. Mana kita nak pilih? Jalan kebenaran atau jalan kemungkaran? Memang orang selalu kata hidup ni pilihan. Kita berhak memilih jalan untuk diri kita.

Macam aku, aku memilih untuk menangguhkan pembedahan plastik. Oh bunyi macam serius. Sebenarnya boleh je aku dibedah minggu ni. Tapi sebab dah nak raya. Raya amat bermakna dengan keluarga.

Takkan aku nak duduk wad Hospital Melaka sorang-sorang? Lagi satu aku dilema nak dibedah ke tak. Seram kot dengar kena tampal kulit. Ambil kulit bahagian paha. Dulu masa mula-mula accident dia kata melecur kulit luar. Tak payah tampal kulit.

Ini dah lain. Aku jadi takut. Mesti sakit kan? Serius macam tak sanggup. Tapi nak tak nak aku kena selesaikan dilema ni secepat mungkin. Aku tetap kena bedah. Takkan nak sakit selamanya? Ada kebaikan kan? Cepat sembuh dan tak payah dressing setiap dua kali seminggu lagi.

Bila korang ada dilema, tak kiralah masalah apa. Mula-mula sekali tenangkan fikiran. Cuba berfikir rasional. Bincang dengan sesiapa. Fikir kebaikan dan keburukan. Setelah tu tawakal je. Mungkin itulah pilihan terbaik. Akhir sekali, redha setiap apa yang berlaku pastinya.

Ps: Dia buat aku risau.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Trend lakonan menjadi-jadi

Assalamualaikum semua. Lama tak bagi salam kan? Sejak pakai Tabby pinky ni. Macam-macam kena belajar. Korang jangan pelik dengan tajuk entri kali ni sebab penat aku memikir ayat. Haha susah rupanya pilih tajuk entri. Okey, masuk arena serius. Muka kerut. Emosi tegang.

Bukan apa. Aku terperasan sejak akhir-akhir ni banyak sangat trend pelik yang buat aku makin pelik dan hairan. Mana taknya semua dah terikut sangat. Trend lakonan atau bahasa pasarnya menipu. Trend menipu ni sebenarnya aku biasa dengar, tengok dan baca.

Contoh situasi:
Awak, tolong berlakon jadi isteri saya. Saya terdesak.

Awak, tolong saya tipu mak saya. Cakap awak makwe saya. Saya kena paksa kahwin.

Awak berlakon jadi makwe saya untuk dapatkan pakwe saya balik.

Awak, tolong bermesra dengan saya. Buat-buat bahagia. Ex saya pandang kitalah.

Okey, cukup setakat tu. Biasa kan? Aku tak tahulah trend apakah ini. Yang penting setiap kali aku baca aku akan agak yang mereka akan jatuh cinta akhirnya. Ada je orang jatuh cinta macam ni. Mungkin inilah takdir untuk mereka.

Tapi tak rasa bersalah ke menipu orang? Mempergunakan orang lain demi kepentingan diri? Membelakangkan hukum Islam demi cinta manusia. Cinta tak salah, yang salah kita. Kalau ada masalah cinta, kenapa kena libatkan orang ketiga? Tak kesian ke diorang ni?

Kalau aku, mana kita boleh elak kita elakkan. Usaha mendapatkan cinta semula boleh. Usaha nak selamatkan diri dari pernikahan tu boleh. Cuma niat takkan menghalalkan cara. Kalau salah cara kita, akan bahagiakah kita di kemudian hari? Renungkan ye ;-)

Ps: Sangat berharap dia tak macam ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kadal ke Kidal

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi penangan MaharajaLawak Mega terkesan kat aku. Kat Twitter orang sibuk kecoh malam tu. Tetiba aku terfikir sesuatu yang amat bermakna dalam diri ni. Huhu

Apa dia? Kadal atau Kidal? Ada yang tak tengok eh? Baiklah Kadal tu KANAN DARI LAHIR dan Kidal tu KIRI DARI LAHIR. Dulu aku seorang yang kadal. Senang cerita dominan tangan kanan. Banyak manusia tanya, sejak 27 ogos hari tu lagi.

Awak guna tangan mana?
Awak dominan tangan mana?
Yang sakit tangan mana?
Boleh ke awak menulis?

Dah lali rasanya. Lama dah benda ni buat aku terfikir. Aku kena kuat. Sebab aku seorang kadal. Aku sangat dominan tangan kanan. Tangan ni umpama nyawa aku. Sebab macam-macam aku boleh buat dengan tangan kanan berbanding kiri.

Tapi apakan daya. Semua dah tertulis untuk aku. Aku kena terima hakikat tangan kanan sakit. Keras. Tak boleh genggam. Menulis apatah lagi. Siapa tak sedih? Siapa nak sakit selama-lamanya. Bila buat fisio tangan berdarah dan sakit sangat. Bukan tak nak gerakkan tapi tak mampu. Rasa nak menangis sebab yang tanggung aku.

Sekarang aku adalah KIDAS. Kiri dari sekarang. Makan, masak, potong kuku, angkat barang. Semua kiri sekarang. Sangat kekok. Biar orang kata kiri tu kotor. Aku terpaksa endahkan sebab aku tak boleh guna tangan kanan aku. Patutkah aku terima hakikat aku kena KIDAS selama-lamanya? Serius sedih bila fikirkan.

Ps: Dia memahami akukah?

Tag dari BFF

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku kena tag lagi. Serius ramai sawan main benda ni. Aku terjebak sama. Haha okey tag dari CIK AIMI. 

1.ape name penuh anda?
Nama penuh seperti yang tertera di sini.

2.awak syg sye x?(sentap!!)
Haruslah sayang. Kawan dari sekolah kot.

3.kalu d hari minggu selain tdo dan membute ap lagi yg anda lakukan?? (jujur erk.. tp kalu xnk tu hak anda..haha)
Aku selalu berblog, tengok movie, jalan-jalan, memasak, baca novel. Semua ikut situasi dan kerajinan. 

4.pernah menipu x? nyatakan bila, d mana, dan bagaimana.
Haruslah pernah. Sepanjang hidup ada je menipunya. Di mana-mana jua aku berada. Bohong ni biasa spontan. Maaf aku manusia khilaf.

5.Lecturer/cekgu siapa yang anda sayang? kenape erk?
Sorang lecturer sebab dia sempoi. Boleh panggil dia Mak Ngah okey.

6.kalu stress buat ap?
Cepat cari ubat sebab kepala akan sakit.

7.pernah tk mndi pg n trus g ke kelas x?
Pernah je. Lagi-lagi tengah sakit ni. Hehe jujur sungguh aku ni.

8.binatang ap yg plg anda tkut?
Banyak sangat. Buaya kot. Buaya darat lagi aku takut. =P 

9.mana lg pnting? kwan atau bf/gf?
Family. Okey tak menjawab soalan. Ofcoz kawan.

10.jika dilanda masalah sape yg anda crik dulu..?
Kawan atau Ibu. Ikut situasi.

11.best tak soklan saya? haha
Best sebab mencabar sangat.

Sebagai penghargaan, aku nak tag semua yang membaca entry ni. Opah kena jawab. Haha soalan sama sudah. Malas sediakan soalan. Okey korang sila jawab ye =)
Ps: Dia nak ke jawab kalau aku tag?

Review Jawapan Teka Sebalik Gambar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gambarnya boleh tengok di sini. Macam-macam jawapan. Orang hangat tengok bola semalam. Diorang sibuk meneka gambar. Terima kasih korang buat aku tergelak. Jawapannya ikan duyung. Ni adik aku punya kerja. Buli si kecik ni.

Pemenangnya ialah jejaka. Dia menyamakan wanita dan kucing. Grrr geram rasa Sebab aku tak suka kucing wakaka. Ada yang dapat agak? Tengok header dulu mai.

 
Klik header untuk terjah





Okey blog sejuk mata memandang. Tersusun serta ringan. Lama dah aku baca blog dia ni. Memang tak syak lagi. Bolehlah berkenalan dengan dia pulak. Oh ya dia rider sama macam atok aku. Ehem atok kepunyaan Opah Mimito.

Ps: Dia busy hari ni.

10 perkara romantik aku teringin buat

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Okey masuk mood gedik. Sedang layan cerita jiwang. Tetiba terfikir banyak benda yang aku nak buat. Maksudnya, masa akan datang kalau diizinkan. Harap dapatlah ye. Nak buat dengan encik suamilah. #berangan

1. Naik basikal yang double tu. Ala yang dedua orang kena kayuh. Macam sweet je kan?

2. Naik belon udara panas. Walaupun aku gayat, tapi aku suka. Kan ada encik pendamping jaga. #berangan lagi

3. Berlari di pesisir pantai dengan pakai skirt labuh. Wakaka sangat gedik bukan? Suka pantai. Dengan suami lagilah rasa indahkan? Okey ada orang akan kata aku wajib kahwin. :-P

4. Memasak sama-sama. Ini sangat romantik. Ini tak isteri je bersusah payah masak kan? Korang rasa?

5. Travelling. Nak pergi negara orang dengan sebuah beg galas besar tu je. Bersama si suami jugak haha.

6. Berkayak. Oh sangat teruja berkayak dengan member. Dulu ada pasang angan-angan ni tapi belum kesampaian.

7. Jalan-jalan kat sawah. Oh sungguh indah bukan? Tengok ciptaan Allah. Aku suka sangat. Jom pergi Kedah errr.

8. Aku nak bergambar. Macam model tu. Ini lawak. Kawan aku selalu gelakkan aku bila aku suruh ambil gambar aku. Cis taulah aku tak layak. Tak apalah, harap bakal suami rela jadi tukang ambil gambar yang setia. Bukan untuk tontonan umum. Untuk kepuasan diri aku je. Tak salahkan?

9. Aku teringin bawak kereta dan mengelilingi semenanjung. Rasa tu cabaran untuk diri sendiri. Hebatlah kalau aku boleh drive lagi kan? T___T

10. Pergi haji atau umrah dengan si suami. Bak kata cikgu aku, hantaran paling baik masa nak kahwin nanti. Sengaja aku tulis bawah sekali. Nak tengok korang baca habis tak. Yang ni paling aku teringin. Suka sangat!

Okey, sesiapa yang tak ada idea bolehlah senaraikan macam aku ni. Seronok campur sedih. Aku tahu ada yang tak mungkin terjadi. Kita cuma merancang. Jangan putus harap dengan Allah. Selamat untuk korang ;-)

Ps: Mesti dia rasa gedik je aku ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Review Jawapan Teka-Teki 11

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Nampaknya teka-teki aku pasal kereta apa kena mandi wajib dah ada pemenang. Yang terpantas meneka dengan betul ialah Cik. Bukan si bujang. Blog dia baru diterjah seminggu ni. Best. Dia pun dah ubah sesuatu lepas aku tegur.

Teguran kadang-kadang perlu dilakukan demi kebaikan bersama kan? Alhamdulillah dia dengar nasihat. Aku dah follow. Ingat senang aku nak follow? Pemalas nak klik follow ni. Aku nak puji blog dia. Ringan, hitam.
Smart blog dia. Sebab header kot. Aku suka sangat. Ada drama konon.

Tapi serius korang pasti suka. Sebab penulisannya menambat hati aku. Macam bersahaja dan menghiburkan. Apalagi sila terjah blog bertuah tu.

Mai tengok header dulu okey? Alamak nampak selipar pulak =P
Klik sini
Si Gadis Jelita tahniah! Teka-teki kereta apa boleh mandi wajib? BMW jawapannya. Boleh Mandi Wajib. Haha terhibur aku sekeluarga tadi.

Ps: Dia kecewa pasukan bola dia kalah=P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers