CORETAN TERBARU NADH

Anda insan terpilih


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
ENTRY MELEKAT

Ya sesungguhnya anda insan terpilih sebab baca entry ni. Lebih elok kalau anda ringan tulang membantu mereka yang memerlukan bantuan sumbangan.

Apa salahnya kongsi rezeki kita. Orang pemurah hati takkan rugi. Percayalah! Tolonglah ye.

Klik sini



Jiwa kacau

Pernah tak korang diamuk rasa serabut. Jiwa kacau. Tertekan kerana perlu memilih antara dua? Ya hidup ni adalah pilihan. Hanya kita yang mampu memilih jalan yang terbaik untuk kita.

Tapi manusia yang alpa memang selalu lupa. Yang sekeliling hanya memerhati. Dia rasa dia bagus tapi ada kelemahan juga dalam diri. Tapi dia sedar atau tidak bukan persoalan.

Yang nyata hati kata benci jiwa kata sayang. Kau membenci seribu kali tapi tidakkah terfikir yang orang yang dibenci pernah disayangi satu ketika dulu? Tak sayang dengan perhubungan bertahun terbina hanya kerana makan hati?

Dendam takkan buat kita bahagia. Percayalah. Buanglah jauh-jauh rasa negatif tu. Sampai bila nak lari dari masalah? Kalau ye pun benci jangan sampai berdendam sampai mati. Ingat kita hidup sekejap cuma.

Selalu hati cari salah dia. Tapi salah sendiri? Susah kalau orang suka ikutkan hati. Tak ingat kata pepatah? Ikut hati mati. Kau nak tunggu dia mati baru hati kau puas? Seribu kali kau benci sejuta kali kau dibenci.

Lupakan sengketa. Damai kan lebih baik? Jiwa tak kacau. Dosa mengumpat tak ada. Bahagia sampai ke tua. Kau sakit hati sekarang tapi sampai bila nak turutkan rasa? Orang lain bahagia kau derita. Mungkin inilah balasan yang Allah nak tunjuk sebab terlalu mengikut rasa. Sekian.

Ps: Dia tak begitu rasanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Personaliti

Uih bila cakap personaliti lidah mesti terbelit. Sebab jarang guna bahasa standard macam ni. Sokmo merepek je bahasa.

Aku rasa ada yang berubah sejak aku ditimpa musibah. Ya berubah. Aku jadi peramah melampau. Erk dulu aku memang pemalu. Apa orang kata "Don't talk to strangers."

Aku, orang memula kenal memang malu. Tapi sekarang banyak mulut. Haha orang tanya sikit banyak menjawabnya.

Mungkin sejak sebulan ramai tanya pasal diri aku. Ramai prihatin. Jadi ringan je mulut nak bercerita. Walaupun entah pakcik mana datang tegur.

Layankan je. Sampai tadi lecturer bahagian hal ehwal pelajar tegur aku. Dia kata banyak cakap kamu ni. Erk banyak ke? Aku tak selalu pun jumpa dia. Entah apa yang aku merapu dengan dia.

Sampai soal pakwe pun timbul. Aku single. Lagipun siapalah nak orang huduh macam aku ni. Dia cakap tulah soalan saya yang kedua. Aku ketawa. Tak malu pun kalau tak ada pakwe. :O

Ps: Dia tetap kata aku comel. Gila ke apa?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sampai bila

Sampai bila kau akan mengungkit?

Sampai bila kau akan berkira?

Sampai bila kau akan mengharap balasan?

Sampai bila kau terus begini?

Jangan. Kau takkan ke mana-mana dengan sikap begitu. Percayalah! Kalau kau rasa nak mengungkit terus ingat pada Allah. Adakah Allah mengungkit tentang segala rezeki yanh dia berikan sedangkan kau selalu kufur dengan nikmatnya.

Jika kau berkira ingatlah beribu orang akan berkira dengan kau. Lebih-lebih lagi semasa kau ditimpa musibah. Allah maha adil. Ingat tu!

Buat baik dibalas baik? Yeke? Kalau buat baik harap balasan? Buat baik semata nama? Buat baik sebab orang suruh? Buat baik tapi memilih? Nak tolong biar dengan hati ikhlas. Kalau tak sia-sia je keringat kau buat baik.

Aku cukup tak faham kenapa manusia suka sangat begini. Sedangkan kita hidup pun menumpang di bumi Allah. Setimpal ke ibadat yang kita laksanakan dengan rezeki dan nikmat yang Allah berikan? Sekadar renungan. Sekian.

Ps: Dia rasa dia tak comel.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Cinta dan benci

Ni bukan entry jiwang. Aku cuma rasa sedih ketika ini. Saja nak luahkan perasaan. Korang tak kisah kan? Sebenarnya aku tak tahu mana nak mula. Macam pelik. Selalu aku yang paling banyak celotehnya.

Mungkin ni tanda-tanda aku akan pergi. Pergi jauh dari blog. Pergi dari dunia maya dan pergi dari penulisan. Aku tak tahu nak cerita kat korang. Tapi apa yang pasti lagu geisha cinta dan benci memang kena dengan jiwa.

Kalau kawan aku masalah family. Aku juga ada masalah. Tapi masalah jiwa. Aku nak marah tapi tak sampai hati. Aku nak membenci hati tak bagi. Aku nak cinta tapi dia tak mengerti.

Aku penat. Letih dengan semua permainan duniawi. Banyak orang kata aku kuat. Aku kuat semangat. Kemalangan umpama mati hidup semula pun boleh ceria. Sibuk bercerita tanpa rasa fobia. Semua tabik dengan aku.

Tapi akulah paling lemah. Lemah bila berhadapan dengan situasi ni. Situasi benci dan cinta. Sungguh aku tak bisa sampai kapanpun tak bisa. Membenci dirimu. Cinta dan benci. Hurm aku tak tahu nak selesaikan masalah hati aku ni. Maaf entry ni emosi semata.

Nota Iffah: Aku tak tahu ko baca tak blog aku. Tapi penuh update dari aku je kat dashboard ko tu. Tapi aku nak ko tahu ko kawan aku sampai bila-bila. Kalau mati hidup semula pun aku nak kawan dengan ko. Aku tak tahu apa masalah kita. Aku harap sangat kita jadi macam dulu. Dah 4 tahun kita kenal. Tapi masih banyak rahsia yang aku tak tahu pasal ko. Aku bukanlah kawan yang baik. Maafkan aku :'(

Ps: Harap dia tak macam ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Dilema si gadis

Ohoi korang. Sebelum aku mula membebel panjang. Aku nak cakap berita kematian mak ayah kawan masuk paper. Korang boleh baca metro online. Sedih aku baca. Hurm.

Oh ya entry ni khas untuk seseorang. Kawan aku jugak. Merangkap nurse peribadi sejak aku sambung belajar. Jasamu dikenang! Dia ada masalah keluarga. Aku dah cuba nasihatkan tapi sebab aku tak ada kes ayah kahwin lain. Jadi aku nak mintak pendapat korang pasal dia. Korang baca luahan hati dia di bawah ni okey?

"Aku seorang gadis yang hidup dalam keluarga yang dingin. Mamaku suri rumah tangga. Papaku bekerja sendiri. Pada awalnya keluarga kami adalah keluarga bahagia. Namun segalanya berubah papa berkahwin lain. Setelah itu, papa dan mama selalu bergaduh hinggakan aku berasa kecewa, sedih berbaur."

"Aku tertanya-tanya kenapa semua ini terjadi. Adakah salah mama yang tak pandai menjaga keluarga atau salah papa yang terlalu asyik mengejar kekayaan. Keluarga kami berubah 360 darjah. Mama dan papa tak lagi bertegur sapa. Mama selalu meluahkan rasa hatinya kepada kami adik-beradik."

"Aku berasa tertekan setiap kali mama meluahkan rasa tak puas hatinya kepada papa. Jika dahulu akulah anak manja papa tapi kini hubungan kami begitu dingin. Jarang sekali kami berbicara."

"Jauh di sudut hatiku, ingin sekali aku menjadi anak kesayangan papa semula. Tapi halangannya bukan papa namun aku sendiri. Aku tau papa tak bahagia dan tertekan dengan situasi kini. Aku juga menyedari tanggungjawab aku terhadap papa telah kuabaikan."

"Sekarang aku masih tercari-cari jalan menjernihkan hubungan yang telah lama dingin. Di sini aku sayang di sana aku kasih. Antara mama dan papa aku tersepit. Semua adik-beradikku menyebelahi mama. Aku sendiri rasa yang papa bersalah. Tapi sampai bila aku ingin mengabaikan papa."

"Kalau kamu semua di tempat aku, apakah perkara yang kamu semua akan lakukan. Aku tak mahu campur tangan namun aku ingin mencari jalan untuk aku membahagiakan papa selagi hayat masih ada tanpa melukakan hati mama. Hati mama sungguh sakit kerana papa tak berlaku adil sepanjang beristeri dua. Apa yang harus aku lakukan?"

Nota Iffah: Kawan aku sedih. Aku pun tak tahu nak kata. Sebab yang merasai dia. Kita tak ada di tempatnya. Jika korang, apa yang korang akan buat?

Ps: Harap dia tak gatal nak berpoligami.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Spontaneous Thursday#10

Makcik: Kawan anak arwah ye?

Aku: Aah kawan dia.

Makcik: Yang bongsu?

Aku: Yang sulung makcik.

Nampak sangat aku muda. Adik dia umur 13 tahun tau hah :-P

Ps: Dia jeles la teeeww.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kejamnya manusia

Inilah orang kata sudah jatuh ditimpa tag. Orang sibuk uruskan pengebumian mak ayah. Diorang sibuk uruskan curi harta arwah.

Sakitnya hati ni. Kenapa ada jugak manusia tergamak buat macam tu. Kawan aku tu anak yatim piatu. Tak ada harta benda.

Tapi ada jugak orang ambil kesempatan atas kesusahan orang laib. Kesian kawan aku. Memang tak patut. Senang je hidup kau kan? Curi harta orang. Grrr geram. Sabarlah wahai sahabat.

Ps: Dia sakan shopping.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Siapa dia sebelum daku

Norshidah segera berlalu setelah mengalas perutnya di gerai Mak Siti. Temujanji yang dijanjikan pukul dua. Tapi dia masih belum membeli cenderamata yang sesuai. Hari ini detik bersejarah dalam hidupnya. Dia perlu menepati masa.

Telefon berbunyi. Segera dia menjawab.

"Awak kat mana tu?" Adzman mendengus. Lama dia menanti.

"Saya kat kedai lagi ni. Tak sedap hati pulak jumpa mak awak tak bawak apa-apa," Shida serba salah. Dia sedar dia terlewat.

"Awak ni janji macam mana? Mak saya dah nak sampai. Apa saya nak jawab?" Dia bengang. Dia merasakan yang kekasih tipunya tak akan menepati janji. Mujur saja wang upah hanya muka baru diberi.

"Sorry. Kan awak jugak cakap tackle hati mak awak. Saya nak beli something untuk dia. Walaupun awak tak suruh," Shida geram. Dia tahu dia hanyalah kekasih upahan semata-mata tapi dia juga punya hati dan perasaan.

"Saya bagi masa 15 minit. Kalau awak lambat, perjanjian kita tamat dan saya cari orang lain untuk ganti," Berderau darahnya mendengar. Dia sangat memerlukan duit itu.

"Kak berapa ni?" Tergesa-gesa.

"RM 138.90 dik," Shida terkejut namun tetap menghulurkan 3 keping not 50.

*****

"Mak, Man rindukan mak," wanita tua itu dipeluk erat. Shida masih tak nampak bayang.

"Yeke rindu mak ni? Mana buah hati kamu tu?" Puan Hanani memandang sekitar airport.

"Dia dalam perjalanan. Kejap lagi datanglah. Mak sorang je ke?" Puan Hanani tarik muka.

"Hai bakal menantu apa datang lambat. Kamu tau kan mak tak suka menunggu," pertanyaan anaknya dibiar sepi. Kerusi kosong di kejar. Risau orang lain pula ambil.

"Mak, dia bukan sengaja. Sakit perut. Salah makan kot,"

"Sakit perut ke memang sengaja tak nak datang?" Tiba-tiba sorang wanita datang menghampiri. Puwn Rohaya tersenyum. Adzman memandang dan kaget tiba-tiba.

*****

"Mati aku. Lambat sangat dah ni," Shida melajukan langkahnya. Sesak di lapangan terbang menyukarkan dia mencari kelibat kekasih tipunya itu.

Langkah semakin laju dan pranggggggg! Keduanya terduduk. Mata di sekeliling mereka memerhati pelik. Shida cuba untuk bangun. Namun, saat itu dia terpandangkan Adzman dan seorang wanita tua sedang berpeluk dengan wanita muda. Dunianya kelam.

"Awak tak apa-apa?" Adznan mencangkung di depannya.

"Eh Man. Awak bukan ada kat..." jari telunjuk menunjuk. Mulut ternganga tiba-tiba. Adznan memandang juga. Tertawa kecil.

"Kot iyapun bangunlah dulu saudari. Tak malu ke orang pandang kita?" Shida tersedar dan malu sendiri.

"Oh ya. Saya bukan Man. Saya Ad," Shida blur.

"Marilah saya kenalkan. Biar awak faham,"

"Tapiii..."

"Tapi apa? Bukan saya nak culik awak pun," Adznan ketawa.

"Eh teko saya. Mana teko saya?" Adznan terkejut. 'Peminat teko. Sama dengan aku'

"Errr awak. Yang tu ke?" jauh terpelanting. Shida segara pungut. Malang sekali teko itu pecah. Disebabkan kelam kabut dia tak sempat ambil kotakpun. Raut wajahnya jelas kecewa.

"Maaf, saya tak sengaja. Teko awak tu nanti saya gantikan yang lain," Matanya mula berkaca. Adznan panik.

"Awak jangan menangis please!" Adznan separa merayu.

"Awak tahu tak teko tu mahal. Ada satu unit je lagi. Tapi disebabkan awak, semua hilang sekelip mata. Duit melayang. Tak ada harapan yang tinggal," Tangisan makin kuat.

" Saya tak sengaja. Kalau pasal duit, saya boleh bagi. Tapi tolonggg. Tolong jangan menangis di sini,"

"Baik awak pergi. Saya nak sendirian. Awak dan orang yang muka sama dengan awak memang menyakitkan hati!" Shida duduk dan mengutip plastik berisi serpihan teko antik yang pecah. Adznan serba salah. Saat itu emaknya melaungkan namanya. Shida dibiarkan sendirian.

*****

"Abang, tak sangka secepat ni abang dah ada calon isteri. Ad jugak yang single," Adzman ketawa. Kalaulah adiknya tahu helah dia dan perempuan ini.

" Jodoh adik ada. Percayalah," Senyum sumbing.

"So bila nak nikah?" Mastura tersedak. Puan Hanani terus menerpa ke arah bakal menantunya. Sayang benar dia dengan Mastura. Baginya Mastura bagaikan bidadari.

"Mas okey? Kenapa sampai tersedak ni?" Mastura serba salah.

"Tak ada apalah mak. Ada orang sebut isu sensitif," Dengan selamba Adzman mengungkit hal nikah depan maknya. Mastura terperangkap. Adzman janji hanya berlakon sekejap cuma.

"Oh pasal tulah menantu mak macam ni. Bila Man dengan Mas nak langsung? Mak tak sabar dah ni," Senyum meleret. Bahagia Adzman rasa. Adznan cemburu dalam diam.

"Man okey je. Tanyalah Mas. Diapun ada familynya. Takkan nak ikut dan je," Jawapan Adzman rakan karibnya membuat Mas terikat. Antara janji dan nilai persahabatan mereka.

"Mas ada mak ayah lagi. Kalau boleh tanyalah mereka dulu," Segera Puan Hanani mencium pipi kiri kanannya. Seronok bukan main.

*****
"Kenapa tiba-tiba Mas?" Adznan bengang. Dia ras tertipu dengan Mastura teman sekelasnya.

"Saya tak tahu. Ni semua rancangan abang awak. Sekarang saya dah tak ada jalan lain. Mungkin inilah jodoh saya," Mastura sememangnya redha.

"Senang awak cakap. Kita pernah berkasih dulu. Awak lupa? Macam mana saya nak duduk serumah dengan awak? Itupun sebagai kakak ipar? No!"

"Ad, itu kisah lama. Saya pun dah tak nak ingat. Kisah cinta monyet kita biarlah rahsia. Abang awak sebolehnya nak tengok mak awak bahagia. Sebab tu dia setuju je,"

"Apa maksud awak?" Adznan terperanjat.

"Kami tak bercinta. Saya sebagai ganti perempuan upahan abang awak. Kebetulan saya terhutang budi dengan Man. Jadi inilah jalan terbaik membalas budinya selama ni," Mastura menyembunyi rasa. Rasa terpendam sekian lama.

"Baiklah jika awak sudah tetap pendirian. Tapi kalau kelak awak kecewa jangan menyesal. Sebab awak mulakan permainan ini. Untuk pengetahuan awak, saya pun bakal berkahwin. Jangan risau, lepas kahwin saya akan pindah keluar,"

Mastura tersentak. Namun dia pasrah. Hatinya sudah tekad. Jiwa raga telah diserahkan pada seseorang yang istimewa.

*****

"Will you marry me?" Shida tersentak. Teko antik lebih menarik minatnya. Lelaki itj. Lelaki di airport.

"Cantik teko ni. Mana awak dapat?" Adznan masih melutut menanti jawapan. Namun hampa. Shida masih memegang teko antik itu. Khusyuk sekali.

"Awak! Boleh tak pandang saya? Saya tengah melamar ni," Shida tergamam. Lupa tentang ayat keramat lelaki itu.

"Wait! Awak melamar saya? Jangan merepek. Takkan saya artis yang kena bang bang boom?" ketawa dibuat-buat. Peluh mula terbit.

"Norshidah, walaupun kita jumpa hanya sekali. Itupun secara tak sengaja. Tapi saya yakin awak adalah tulang rusuk yang hilang. Sudikah awak menjadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya, pengelap teko antik saya sehingga nyawa memisahkan kita? Sudi tak?" Shida menangis.

"Orang tua-tua kata diam tanda setuju. Menangis tanda apa pulak ye?" Adznan buat lawak tak berapa lawak. Shida mengesat air matanya.

"Mana awak tau nama saya? Mana awak tahu saya suka teko antik? Mana awak tahu saya single? Kalau saya dah bersuami macam mana?" Bertalu-talu soalan. Adznan ketawa.

"Awak ni. Kelakarlah. Entahlah. Saya pasang spy. Spy tu handsome. Single. Kaya pulak. Dia suka kumpul teko jugak. Lagi-lagi teko antik macam awak. Dia jugak..." Kata-katanya terhenti.

"Apa ni puji diri sendiri? Cakap jelah yang awak tu spy saya. Sekarang ni saya pelik satu hal je," Shida tersenyum.

"Apa dia wak?" Tak sabar rasa.

"Kenapa melamar saya guna teko? Tak romantik betul," Keduanya ketawa.

*****

Siapa sangka hanya kerana teko dua insan bersatu. Romantik bukan hanya sekadar kata-kata manis. Cinta bukan penghalang untuk mendapat sebuah kebahagiaan. Keserasian mampu menerbit rasa cinta. Hanya hati perlu dibuka untuk terima kehadiran cinta.

Nota Iffah: Cerita rekaan semata. Ni entry untuk PAM. Dia nak baca kalau cerpen ada teko. Inilah aku tunaikan hasrat dia. Semoga korang terhibur.

Ps: Dia nak bagi apa eh kalau melamar?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selamat datang

Aku tak tahu rencanaNya. Tapi yang pasti aku bersyukur. Selamat datang anak buahku ke alam dunia.

Alhamdulillah kakak aku selamat melahirkan bayi perempuan. Setelah 5 hari lewat melahirkan. Keduanya selamat.

Ibu akan fly ke Sarawak. Semoga ibu selamat dalam perjalanan. Indah percaturan Allah. Kesedihan berganti kebahagiaan.

Walau hati masih sedih tapi aku tetap boleh tersenyum bahagia. Teringin nak tengok anak buah aku tu. Ecah dah ada kawan. Yeah :-)

Ps: Dia lambat lagi nak ada anak buah. Tunggu anak sendirilah ye.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Mak kita dah tak ada

Serius sangat sedih ketika ini. Bayangkan mak ayah korang meninggal dunia serentak. Dengan mengejut pulak tu. Tetiba hilang tempat bergantung. Apa korang rasa?

Aku sedih sangat tengok kawan aku. Dia sedih tapi tetap tenangkan adik-adik dia. Tiga-tiga muda lagi. Macam mana nak teruskan hidup tanpa mak ayah di sisi. Sekelip mata semua berubah.

Aku doakan dia tabah. Setahun lagi nak habis belajar. Dia kena kuat. Adik bongsu baru tingkatan1. Mujur jiran ramai membantu tadi. Sedih sangat. Takut bila tiba masanya aku yang tak kuat.

Doakan kawan aku kuat. Aku merayu. Ya Allah tempatkanlah arwah di kalangan orang yang beriman. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kehilangan ibu ayah. Ibu ayah ipah minta maaf. Ipah takut tak sempat nak minta maaf nanti:'(

Ps: Dia:'(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Berita sedih

Aku pagi tadi bangun dengan keadaan terkejut sebab aku dengar orang meraung depan bilik. Serius macam mati laki. Aku malas sibuk. Mamai lagi masa tu. Rupanya yang nangis tu kawan aku.

Mak ayah dia kemalangan. Aku pelik kenapa teruk sangat menangis tu. Jadi aku buat biasa jelah sebab dia pun dah pergi. Aku call lepas mandi.

Sekali call dia cakap dia otw balik negeri sembilan. Mak ayah dia dah pergi. Aku dah sebak dan pelik. Aku tanya pergi mana? Dah meninggal.

Ada orang langgar lari. Ya Allah berat dugaan ni. Dia dah lah sulung. Semua perempuan bawah tanggungan lagi. Sedih sangat.

Sekarang aku dan kawan sekelas otw ke rumah dia. Tempat aku belajar sediakan bas. Aku tak pernah urus majlis macam ni. Harap sangat dia kuat.

Sama-sama sedekahkan Al Fatihah. Sedih dan terkilan lagi ni. Hurm ajal siapa jangkakan? Kuasa Allah tak ada yang boleh lawan.

Ps: Dia hurmm.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cermin

Bila cakap cermin mesti ingat perempuan. Mesti ingat melawa. Tapi sebenarnya aku nak kongsi pasal quote cikgu aku tadi. Dia cakap dalam Bi. Tak sure ayatnya macam mana.

"You are what your friends around you"

Atau erti kata lain awak adalah kawan-kawan sekeliling awak. Kawan yang rapat terutamanya. Aku biasa dengar ayat ni. Kalau nak kenal seseorang kenali kawan baiknya.

Macam kat blog neslo Jiji tu ada jugak tulis ayat ni. Kat widget about me Jiji tu kalau korang perasan. Aku setuju sangat dengan quote ni. Memang kenyataannya begitu.

Perangai kita tak lari jauh pun dengan kawan akrab kita. Kalaupun ada beza hanya sedikit. Dia baik maka baiklah aku. Aku ada kawan baik. Walaupun kami tak sama tapi bila kenal orang akan kata kami serupa.

Jadi pilihlah kawan anda dengan betul. Tak mustahil kalau kawan malas solat, kita pun terpengaruh dan jadi malas solat. Percayalah! Pengaruh rakan sangat kuat.

Ps: Dia tak banyak cakap tapi aku?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku bukan alien

Pandang sana orang tengok. Pandang sini orang perhati. Pergi mana-mana pun orang akan pandang. Semua mata menengok aku. Apa salahnya aku? Apa yang pelik?

Nak je aku jerit yang aku bukan alien. Aku manusia wei. Muka pelik tapi hidung masih ada. Tangan berbalut tak ada pelik pun. Kenapa semua nak pandang? Semua tengok pelik.

Ni bukan mahluk asing pun. Kenapa orang sekeliling prihatin sangat? Ye aku tak boleh merungut. Nilah yang aku kena bayar. Terima segala perhatian yang tetiba mendadak. Sebelum ni tak ada pun yang nak pandang.

Tapi walaupun macam ni aku bersyukur sebab aku masih hidup. Boleh jugak aku jadikan kisah hidup aku untuk semua. Ingat pesan aku. Bawa kereta hati-hati. Jangan memandu laju kalau mengantuk berhenti. Ingat orang tersayang.

Ps: Dia nak jadi driver aku tanpa gaji yeah :-P
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jawapan standard

Perempuan: Awak cantiknya beg tu.

Lelaki: Belilah sayang.

Perempuan: Tak ada duitlah. Ni dah kering.

Lelaki: Saya bukan tak nak belikan. Tapi saya tengah kumpul duit kahwin. Sorry ye.

Situasi 2

Perempuan: Kalau mak saya suruh kahwin macam mana?

Lelaki: Janganlah sayang. Awal lagi kan?

Perempuan: Saya dah makin tualah wak. (Muncung)

Lelaki: Janganlah merajuk saya tak reti pujuk.

Bosan betul aku dengan jawapan standard lelaki. Cuba terus terang je. Nak putar belit kenapa? Tau tak semua laki macam ni. Kang jiji sentap lagi. Tak semua ye aku tegaskan. Jadi lelaki, jawapan standard anda dah tak boleh guna pakai dah. Hoho.

Tapi memang ada yang tak reti pujuk perempuan kan? Sila jujur. Aku pun tak reti bab pujuk-pujuk ni. Sila jangan merajuk dengan aku. Haha.

Ps: Dia pun guna jawapan standard.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku stress bila

Aku stress sekarang. Geram aku dengan seseorang. Banyak kali dah jadi macam ni. Aku dah bertahun kenal dia. Sabar jelah. Kadang rasa nak maki. Tapi tak boleh. Rasa hormat aku dah makin pudar.

Korang pernah jumpa orang cakap dia je betul. Bila salah pun dia salahkan orang. Aku punyalah bengang. Kejap cakap lain kejap cakap lain pulak. Buat orang bengang je.

Aku tanya kat dia hari khamis lepas.

"Ada tak kat bilik? Saya nak jumpa,"

"Tak ada."

"Saya nak ambil barang saya sebenarnya,"

"Kan saya kata saya tak ada. Saya kursus kat luar. Minggu depan datang ambil,"

"Yelah, terima kasih."

Tadi dia marah aku balik. Dia kata dia ada kat bilik khamis petang tu. Aku punyalah panjat tingkat 3 cari orang lain untuk dapatkan kebenaran. Siap bersurat bagai. Dengan panas aku pergi sorang.

Dia fikir dia je betul. Aku stress betul dengan orang macam ni. Sabar jelah. Kan da termengumpat. Grr sakit hati!

Ps:Harap dia tak macam ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kalau dah memang begitu

Entry ni berkaitan dengan entry suka atau cinta. Dilema seorang sahabat. Antara suka atau cinta. Dah memang wanita mudah tersentuh hatinya. Mudah perasan. Dah memang fitrah lelaki yang suka melayan.

Jadi nak salahkan siapa? Betul kata mama zul. Itu hanya rasa suka. Kejap je akan bertukar rasa. Kalau betul cinta, mesti perempuan tu mesti setia pada lelaki itu. Itu hanya perasaan sementara.

Jadi wanita jangan mudah perasan. Kena ada benteng hati. Jangan mudah sangat jatuh suka. Lelaki memang ayat manis sentiasa. Berpada-padalah dalam setiap hubungan. Sebab suka boleh jadi cinta. Dari sahabat bisa jadi kekasih.

Aku juga tak nafikan aku suka lelaki manis kata-katanya. Walaupun dia menggunakan bahasa lu gua. Oh gilakan? Tapi itulah wanita. Mudah cair. Jagalah hatimu wahai wanita. Lelaki kadang tak sedar yang dia sudah buat kamu jatuh suka. Akhir sekali, hatimu yang merana.

Ps: Dia bermulut manis walaupun dia tak mengaku.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Melaram nampak?

Kalau korang perasan banyak benda terpengaruh dek anjakan paradigma yang dasyat. Apa dia? Fesyen. Segala jenis fesyen telah muncul. Bukan saja perubahan fesyen pakaian harian seperti tudung, baju dan kain.

Malah lebih teruk fesyen kain telekung yang kaum perempuan pakai untuk beribadat. Aku makin pening. Pelik dengan fesyen yang ada. Fesyen boleh tapi berlandaskan syarak.

Ini dah macam bukan telekung. Penuh kerawang sulaman berat. Dengan maniknya. Aku terfikir macam mana nak solat dengan keberatan telekung je satu kilo. Uih sebab tu ke ramai makin malas solat.

Nak berfesyenpun agak-agaklah. Takkan nak beribadat orang cakap melaram. Tak sesuai. Kita nak menghadap Tuhan. Tak payah fesyen sangat dengan telekung tu. Ni datang sebab nak tunjuk telekung dia paling mahal. Macam-macam. Niat dah salah. Renungkan. Pening karang entry dalam kereta.

Ps: Dia mana pakai telekung. Haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gadis dan bunga

Amboi. Siapa tahu lagu ni? Alah kawan aku duduk sebut kumpulan 24:7 kpop Malaysia nyanyi lagu ni. Tak dapat aku bayangkan. Lagu jiwa-jiwa ni sesuai dengan entry kali ni.

Kenapa asal sebut bunga je perempuan? Tak payah cari jauh. Blogger popular bernama Sunah. Kan dia sinonim dengan bunga sakura. Tu seorang. Ada lagi yang suka sakura. Pergi cari kat widget Sunahsukasakura. Kiera sakura, hana sakura. Ramai lagilah.

Ada jugak yang suka bunga lily. Tu opah aku. Opah mimito dan ehem-ehemnya. Cantiknya bunga. Tapi kenapa aku tak suka sangat eh? Tak adalah sampai letak background blog bunga-bunga. Bukan benci. Tapi tak minat sangat macam mereka.

Adakah aku bukan perempuan? Haha haruslah perempuan. Tapi kenapa perempuan sering dikaitkan dengan bunga? Asal nak pujuk perempuan kasi bunga. Kalau aku? Orang bagi ambil jelah. Sejak sakit banyak dapat bunga dan buah.

Aku tak ada jawapan untuk bunga. Yang aku tau, setiap orang ada minat masing-masing. Mungkin bunga tanda kelembutan, kasih sayang, cinta. Ada je orang lelaki suka bunga. Tak pelik pun. Ayah aku suka tanam bunga. Pelik ke? Takkan?

Jadi tak kiralah bunga dan gadis ke jejaka dan bunga ke? Minat tak boleh halang. Bukan berdosa pun kan? Selamat berbunga-bungaan ye kawan-kawan.

Ps: Bila dia nak bagi bunga ni? Haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Antara keju dan belacan

Pinjam tajuk cerita kat astro warna. Hehe ni kes jiwa lagi. Sesiapa yang sakit jiwa bolehlah tekan pangkah.

Manusia memang berbeza. Macam keju dan belacan. Dua-dua bagi aku sedap. Dedua aku makan. Tapi ada jugak yang tak makan. Macam nenek di kwmpung dan nenek di bandar.

Sorang makan keju. Sorang makan belacan. Tapi kenapa bila diorang berjumpa diorang boleh jadi kawan baik? Sebab mereka menerima seadanya. Mereka berdua sama-sama sedar yang mereka berbeza.

Jadi tak hairanlah kalau kita bagai langit dan bumi tapi boleh kamceng bagai bulan dan bintang. Haha suka hati buat peribahasa sendiri. Jadi kalau kita dan pasangan kontra pun tak apa.

Sebab perbezaan tu adalah unik. Aku pun pernah jumpa dengan orang yang berbeza dengan aku. Itu aku anggap sebagai ujian. Yang lain terpulang pada hati. Bila hati dah suka. Belacan ke keju semua dia makan.

Ps: Dia keju aku belacan. Aci tak? Haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kepuasan

Setiap hari aku dengar. Tiap hari aku tengok. Tiap hari aku terfikir tentang blog. Ye dunia blog makin suram. GA, Segmen, Contest dan macam-macam lagi dah tak meriah macam dulu. Segalanya berubah.

Yang mana blogger tak ada idea terus menyepi. Kalau dulu ada segmen boleh update satu entry. Boleh jana satu idea yang baru. Boleh berkenalan antara blogger. Boleh macam-macam.

Sekarang sahabat blogger yang rapat dengan aku pun ubah haluan. Menulis ikut kepuasan diri masing-masing. Ye aku tak salahkan diorang. Perubahan akan berlaku juga tak kira masa.

Aku? Masih menaip. Bukan hanya untuk kepuasan diri. Untuk tatapan pembaca. Walaupun aku tau tak ada pembaca yang ramai. Tapi aku suka. Izinkan aku menaip sehingga kepuasan itu memudar dengan sendirinya.

Ayah, ibu, abang aku, kakak aku mula membaca blog ni. Mula mengomen sesama sendiri. Mungkin nak skodeng. Asyik kena bahan. Ada selit pujian. Mungkin ibu tak sangka aku serajin ini. Tapi semua ni demi kepuasan. Kepuasan untuk semua. Korang macam mana? Kepuasan menulis untuk diri sendiri je ke?

Ps: Harap dia masih ingin menulis. Sebab aku ingin terus membaca.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Suka atau cinta

Aku tak nak jadi minah jiwang. Kawan aku ada masalah jiwa sekarang ni. Aku bukan nak berceloteh. Aku nak sampaikan masalah jiwa dia. Dia dilema sungguh. Korang baca kat bawah ni okey.

Aku selalu perasan. Bila orang (lelaki) layan baik sikit. Mula rasa lain. Suka ke? Entah. Bila lebih sikit mula rasa diri istimewa. Atau kata lain terperasan sendiri.

Masalahnya banyak kali. Bukan seorang je. Entahlah hati ni. Senang sangat jatuh suka. Walaupun tau itu takkan jadi. Hati tetap nak tahu pasal dia. Nak tahu apa dia buat.

Kadang rimas sangat. Sebab tak tahu ni hanya mainan perasaan atau sebaliknya. Ni ke dinamakan cinta? Atau hanya perasaan suka yang boleh datang dan pergi?

Nota Iffah: Kesian watak aku dalam cerita ni. Korang jawab bagi pihak. Aku tolong sampaikan yang dia rasa je.

Ps: Selamat pagi dia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Pemalas

Pernah ada orang cakap tak yang korang ni pemalas? Habis apa respon anda?

Kalau aku cakap aku pemalas, siapa percaya angkat tangan.

Kalau ikut hati seronok jadi pemalas. Tapi sampai bila nak ikut rasa malas tu kan?

Siapa pemalas baik mengaku. Kita boleh sama-sama basuh otak bagi kurangkan tabiat malas tu.

Kritikal punya pemalas! Tak elok dicontohi. Mood ke laut. Jadi entry pendek je. Sekian.

Ps: Mana dia ni? Pengsan ke apa.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Hanya kerana mata

"Awak ni buta ke apa? Mujur kereta saya tak calar," Angkuh sungguh. Nadzrie tersenyum sahaja. Dibiarkan wanita itu dengan lagaknya. Pantas dia menghulur tangan kepada wanita buta.

"Puan tak apa-apa?" Nadzrie prihatin.

"Tak. Terima kasih. Saya tak perasan ada kereta. Saya ingat..." belum sempat wanita buta menghabiskan ayat Syakira mencelah.

"What? Kau ingat jalan ni bapak kau punya? Dasar buta. Tak cukup ke buta mata? Nak buta hati pulak?" Nadzrie menggeleng. Wanita ini sangat melampau.

"Maaf cik. Saya rasa cik tu yang buta hati. Yelah, dengan orang istimewa macam ni pun cik nak gaduh. Dahlah memandu secara bahaya. Kalau saya tak ada tadi mungkin cik jadi pembunuh tau tak?" Suara lelaki masih tenang. Wanita buta hanya tersenyum.

"How dare you? Kalau dia mati pun aku peduli apa? Kereta aku lagi berharga tau? Kau dan perempuan ni sama je. Pergi matilah korang," Syakira menghentak kaki dan berlalu. Nadzrie memandang. Matanya masih tak lepas memandang walau kereta mewah berjenama Bentley itu lama berlalu.

"Encik terima kasih selamatkan saya. Mungkin Allah hadirkan awak untuk panjangkan umur saya. Jasa awak tak mampu saya balas," Nadzrie terpinga. Lama melamun.

"Sama-sama puan. Saya pun kebetulan je ada tadi. Kalau ada orang lain tak mustahil dia akan tolong,"

"Encik, terima kasih lagi sekali. Ini kad saya. Kalau ada masa awak datanglah. Saya akan belanja makan. Tanda terima kasih," Siti Hadhirah senyum sambil menghulur kad. Nadzrie sambut perlahan.

"Oh ada kedai makan. Hebat sungguh. Walaupun keadaan puan begini..."

"Encik, walaupun saya serba kekurangan. Saya tak pernah mengeluh. Sebab saya masih mampu melaksanakan kerja serta beribadat kepada pencipta. Oh ya saya dah lewat. Terima kasih lagi sekali. Assalamualaikum," Nadzrie tersenyum. Sungguh cekal hati wanita itu.

*****

"Daddy, sorry lambat. Ada perempuan buta ganggu Ira tadi. Ish serabut betul," Syakira menghempaskan beg di meja ayahnya.

"Syakira, daddy kenal sangat anak daddy. Lambat bangun. Lepas tu mula nak salahkan orang lain. By the way, kenapa dia ganggu pulak?" Datuk Soleh memandang anak tunggalnya.

"Daddy, dia boleh main lintas je. Mujur tak calar kereta tadi. Kalau tak mampu ke dia bayar? Dasar buta, miskin pulak tu. Lepas tu ada pulak hero hindustan marah Ira. Dia ingat dia siapa? Tak guna betul!" Syakira berapi. Datuk Soleh menggeleng perlahan. Penat nak didik anaknya. Entah di mana silapnya.

"Daddy dengar tak ni?"

"Daddy dengar. Ira janganlah bongkak. Ira tahu tak orang buta istimewa sangat. Jangan lupa mummy juga seorang yang buta. Ira patut bersyukur kerana Ira dapat melihat,"

Syakira terdiam. Lama mummy menghilang. Sejak kecil dia tak dapat merasai kehangatan pelukan seorang ibu. Mummynya dihalau keluar dari rumah agam oleh neneknya. Itu menurut cerita Daddy.

"Daddy, i miss mummy so much!" lantas Daddynya dipeluk erat. Tangisan mereka bersatu.

*****

"Nadzrie awak memang berbakat. Tak sia-sia ayah awak bersara awal," Datuk Soleh tersenyum.

"Tak ada apa nak dibanggakan Datuk. Ini hasil didikan ayah jugak. Lagipun saya jalankan tugas je," Nadzrie selalu merendah diri. Jauh beza dengan anaknya.

"Oh, sekarang lunch time. Apa kata Uncle belanja. Tak pernah kita berpeluang makan sama,"

"Eh apa pulak. Biarlah saya yang belanja. Apa kata kita pergi ke restoran Seri Iman. Saya lama nak pergi sana tapi tak berkesempatan," Datuk Soleh angguk.

"Nama tu..." Langkah Nadzrie terhenti.

"Kenapa datuk?" Datuk Soleh menggeleng lalu berjalan menuju ke pintu pejabat.

*****

"Hello. Daddy kat mana? Jom lunch," Syakira mula bosan. Kerja di butik tak pernah sudah. Butiknya hasil idea sendiri. Dia sukakan alam raja sehari. Sebab itulah dia memilih untuk menjadikan impiannya sebagai kerjaya.

"Daddy on the way nak pergi makan. Kat Bangsar. Nak ikut?" Nadzrie hanya tersenyum.

"Of course nak. Nanti Ira datang," Talian dimatikan.

*****

"Kak, abang Soleh ada kat sini," Maryam cemas. Siti Hadhirah terperanjat. Setelah 18 tahun dia menghilangkan diri. Tak pernah sekalipun dia berjumpa dengan lelaki itu.

"Nak Yam halau dia ke?" Maryam laju ke depan.

"Jangan Yam. Biarkan dia. Yam..." Namun tak sempat dia menghentikan langkah adiknya.

"Abang buat apa kat sini? Tak cukup ke abang susahkan keluarga kami?" Terpinga-pinga Nadzrie atas sergahan itu. Datuk Soleh bangun segera. Dia juga terkejut adik ipar iparnya ada di sini.

"Kenapa terkejut? Baliklah tempat abang. Abang tak layak makan kat sini," Siti Maryam tempik kuat. Siti Hadhirah laju keluar.

"Yam, Dhirah. Abang tak faham. Kenapa kamu berdendam dengan abang. Apa salah abang? Abang juga menderita,"

"Daddy, apa semua ni?" Syakira memandang pelik. Nadzrie tercengang. 'Anak Datuk Soleh rupanya.'

"Ira, duduk dulu. Nanti daddy terang. Yam, Dhirah duduk jugak. Nadzrie awak jadi saksi,"
Syakira mencebik. Menyampah dia dengan lelaki itu. Bukan dia tak kenal. Walau sebukan peristiwa itu berlalu. Dia masih ingat lelaki yang konon hero hindustan. Perempuan buta itu pun.

"Ira. Ni makcik saudara kamu. Adik beradik Mummy Ira," Syakira terkejut.

"Wait Daddy. Gurauan apa ni? Tak kelakar okey. Jangan kata perempuan buta ni my mummy dan lelaki miskin ni my cousin? Haha," Nada jengkel. Nadzrie tersenyum. Perangai tak berubah.

"Nope. Nadzrie ni bakal suami Ira. Dia anak Datuk Yusof yang daddy selalu cerita," Nadzrie pula terkejut. Sungguh terkejut. Senyuman disembunyikan saat muka Syakira menyinga.

"Sabar Ira. Daddy bersalah sebab rahsiakan hal ini. But perempuan ni bukan mummy. Dia adik kembar mummy. Mummy lama dah meninggal," Datuk Soleh nampak air mata bergenang. Syakira bangun dan terus berlari keluar dari situ. Sedihnya bukan kepalang. Nadzrie segera mengejar.

"Abang, kenapa abang rahsiakan dari anak saudara kami? Kenapa abang? Kesian budak tu," Siti Maryam sedih.

"Dia terlalu bahagia menanti kepulangan Kak Sunah. Abang tak mampu bagitau hal sebenar. Dia dah banyak menderita sejak kecil,"

"Jadi abang ingat rahsiakan kematian Kak Sunah mampu membahagiakan dia? Kami masih ada untuknya. Setiap hari kami berdoa agar kami ditemukan dengan anak saudara kami. Satu-satunya tinggalan arwah," Siti Hadhirah tersedu.

"Yam, Dhirah. Abang minta maaf. Puas abang cari kamu berdua. Tapi gagal. Mak abang sampai saat dia meninggal pun masih berdendam dengan keluarga kamu. Maafkan abang," Datuk Soleh menunduk. Kesalannya tak berguna. Isterinya meninggal. Anaknya pula teruk perangai.

*****

"Kenapa daddy? Rindu mummy eh?" Syakira jauh berubah sejak kejadian itu. Segala perubahan hanya Nadzrie yang dapat menjawab persoalannya.

"Taklah. Daddy bahagia tengok Ira bahagia. Oh ya, tadi daddy melawat mak saudara kamu. Mereka sihat je," Syakira tersenyum.

"Suami kamu mana?" Syakira menunjuk ke arah luar. Nadzrie sibuk membasuh kereta. Memang tak salah pilihan hatinya.

"Ira, daddy minta maaf. Daddy buat semua ni tanpa persetujuan Ira," Datuk Soleh memandang redup.

"Ira tak kisah. Memang mula-mula Ira tak boleh terima. Tapi disebabkan mata Ira dah lama terpandang Nadzrie sebelum Daddy jodohkan lagi, Ira terima,"

"Eh! Ira dah lama kenal Nadzrie tu?" Terkejut.

"Kalau Daddy nak tahu, dialah lelaki hero hindustan yang selamatkan mak saudara Ira tu. Lama dah Ira suka dia," malu.

"Eh apa yang diborakkan anak beranak ni?" Nadzrie mencelah.

"Tak ada apa bang. Bergosip dengan Daddy je," Keduanya ketawa. Nadzrie sahaja terpinga-pinga. Namun, dia bersyukur keluarga ini kembali bahagia. Siapa kata cinta pandang pertama tak wujud? Semuanya hanya kerana mata.

TAMAT

Nota Iffah: Payah karang dengan tangan berbalut ni. Sakit otot. Haha.

Ps: Dia suka aku pun suka.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Last minute!

Aku banyak idea sebenarnya tapi disebabkan kesibukan hantar adik ke airport. Lepas tu tabby dirampas kuasa oleh ibu. Aku duduk diam jela.

Orang kebanyakan suka buat kerja saat akhir. Bila dah kelam kabut macam-macam terkurang. Tertinggal itulah inilah.

Tapi walaupun banyak insiden last minute yang dah terjadi tetap jugak buat. Manusia memang macam tu. Tak pernah serik. Kita kena fikir kerja saat akhir banyak kekurangan dari kelebihan.

Aku semalam pening nak ajar adik aku buat fruit tartlet. Last sekali aku yang siapkan semua dengan tangan berbalut. Adoi adik-adik. Pening orang lain disebabkan kerja saat akhir ni.

Renungkan ye kawan-kawan. Jangan contohi sikap suka buat kerja saat akhir. Sekian.

Ps: Dia tak bagi aku berhenti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Blog itu risiko

Aku semalam terlebih emosi dengan seseorang. Maaf ye. Aku bukan apa, bila sebut berhenti blog aku jadi sensitif.

Yelah kita kenal dalam blog. Kita bersemuka pun sebab blog. Takkan nak berhenti blog semata teguran yang pedas.

Aku tak rasa teguran tu berbaloi untuk jadikan alasan berhenti berblog. Banyak lagi ujian yang akan datang. Cuba kenang balik matlamat berblog.

Kita cuba sampaikan mesej yang baik tapi tak semua orang dapat fahami. Tapi kalau setakat sorang dua yang tak faham terus nak putus asa.

Kalau kita dah pasang niat yang baik, insyaallah kita akan dapat apa yang kita hajati. Jangan cepat sangat patah semangat. Banyak lagi risiko yang kita kena hadapi.

Kesimpulan, kuatkan semangat. Blog memang banyak risiko. Blog bukan untuk suka-suka. Blog memberi seribu makna kepada kita yang bergelar blogger. Tetapkan matlamat kuatkan semangat. Sekian.

PS:Kuatkan semangat wahai dia
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku tak kenal

Amaran! Entry ini serius.

Aku pelik dengan manusia. Bila sebut nama artis A laju je kata kenal. Bila sebut blogger hiburan terus kata kenal. Selalu layan blog gosip tu.

Tapi bila tanya tokoh Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW kena bukak buku. Bila tanya pasal peristiwa perang badar semua termangu-mangu.

Salahke bila kita tak kenal seseorang? Contoh bila aku pergi gath, ramai tanya nama. Bila sebut miss ran dia kata tak kenal. Takkan aku nak marah dia pulak. Aku siapa? Bukan wajib kenalpun.

Jadi kalau dia tak penting buat apa kita nak ambil tahu. Tapi bila sebut pasal nabi kita takkan tak tahu jugak? Malulah dengan diri sendiri. Sibuk jadikan artis idola. Tapi lupa contoh teladan terbaik untuk kita semua.

Ps: Dia diam. Buat aku rasa nak diam.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cinta tak kenal siapa

Kalau korang masih ingat lagu Aris Ariwatan. Semalam aku dengar. Itupun masa tengok SY show. Ala Salleh Yaakob I Follow. Aku suka lagu tema tu. Bergoyang I follow I follow. Rasa comel je. Haha

Okey, serius. Bila cakap pasal cinta mesti orang tak lekang senyum. Sebab cinta memang sesuatu yang indah. Yang kata tak indah tu sebab dia putus cinta. Hehe aku tak pernah pulak frust sampai nak bunuh diri.

Tapi bila aku tengok satu telemovie pagi tadi. Menantu jatuh cinta dengan bapa mertua. Bapa mertua pun punya rasa yang sama. Kita nak salahkan siapa? Memang cinta tak kenal siapa.

Cinta datang tanpa dipaksa. Tetiba je kita jatuh cinta. Tapi cinta macam tu memanglah patut dihalang. Suami ada lagi. Duduk serumah lagi. Takkan dia nak biarkan isteri dia jadi mak tiri dia?

Cinta tak salah. Cinta tak buta. Kita yang buta disebabkan cinta. Kita yang biar cinta tu menguasai kita. Kalau cinta yang salah baiklah dihentikan. Begitu juga cinta antara adik beradik kandung.

Kesimpulan, cinta memang tak kenal siapa. Tapi kita harus tahu dengan siapa kita bercinta. Jangan cinta kaum sejenis. Dilaknat Allah kelak. Jadi ada akal fikir, ada iman elakkan cinta begini. Sekian.

Ps: Dia benarkan tak kalau aku kata aku nak berhenti? Hurm
Published with Blogger-droid v1.7.4

Pantun nikah kahwin

Pagi subuh keluar ke surau
Pergi dengan si mak dara
Kalau hati sudahlah angau
Lekas-lekas nikah segera

Rambut orang rambut kita
Hitam sama hatinya lain
Kalau sudah nekad jiwa
Rembat sebelum orang lain

Hidup kita hanya sementara
Selagi ada jangan sia-siakan
Kalau nak si anak dara
Adat merisik harus dilakukan

Jala ikan di tepi pantai
Tangkap hasil buat dagang
Nikah bukan perkara santai
Bila susah isteri didagang

Tanam padi di tengah sawah
Sambil bekerja sebagai kerani
Berusahalah kamu dari bawah
Semoga usaha Allah berkati

Ps: Bolehke dia berpantun? Haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Blog kita

Aku ada slogan baru untuk korang.

Blog kita identiti kita.

Apa tu? Sebenarnya antara sedar ke tak sedar blog kita ada readers. Tak kisahlah satu ke dua orang pun. Bila dia membaca, dia akan mengenali kita melalui penulisan.

Misalnya aku. Sahabat blogger yang melawat aku ada ungkit cerita lama. Masa diorang tak pernah jumpa aku. Diorang tak sangka yang aku muda lagi. Sebab tengok penulisan kat blog macam matang.

Aku tak salahkan diorang. Sebab apa yang kita tulis kat blog boleh melambangkan diri kita. Kalau kita tulis macam budak-budak mesti orang akan terkejut bila tahu umur sebenar.

Ada jugak blogger yang tegur aku. Dia kata bila kat blog penulisan formal. Tak ada bahasa sms. Bahasa pasar adalah sikit. Bila komen atau mesej bahasa sms. Sampai orang susah nak faham. Jawapan aku mudah je.

Blog ni medium penyampaian ilmu atau suara hati. Bila guna bahasa yang tak standard rasa bersalah pulak. Sebab kita pun tak tahu pembaca kita dari mana dan pemikiran macam mana. Jadi nak senangkan hati semua aku memilih memperkasakan bahasa kita. Sekian.

Ps: Dia kaya sekarang. Cepat suruh dia belanja.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Spontaneous Thursday#9

Akak gem: Tangan ko memang berbaulah Ipah.

Ipah: Senyum* Aku dah kata tangan aku busuk. Ko tak percaya.

Nota Iffah: Zaman sekarang ada ke orang nak mengaku kelemahan diri dia? Tangan aku yang sakit ni memang mengeluarkan bau busuk macam bangkai. Werk

Ps: Dia rajin belajar.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sikap masyarakat kita

Sikap apa yang terlalu menonjol bila sebut masyarakat kita? Tak tahu? Uih bukan orang melayu je. Satu Malaysia ada sikap macam ni. Cuma tak semualah. Tapi rata-ratanya memang ada sikap ni.

Sikap apa? Sikap suka prihatin yang berlebihan. Oh prihatin memang bagus. Nak-nak orang yang memerlukan bantuan. Orang yang dalam kesusahan. Orang yang kemalangan di jalan raya.

Sebab sikap prihatin merekalah jalan raya selalu sesak. Sebab mereka nak sangat ambil tahu tentang orang yang kemalangan tu. Hidup ke tak? Ada terkeluar tulang ke? Tapi kalau setakat nak ambil tahu tapi tak tolong baik kikis sikap prihatin tu.

Ada pulak yang bila tengok tangan berbalut, kaki susah nak jalan kat mana-mana sibuk tanya macam-macam. Yelah orang prihatin kan. Aku tak kata salah ambil berat pasal orang kesakitan macam tu.

Tapi janganlah berlebihan. Buat orang lain rasa rimas. Tanya pulak soalan yang sama. Kita ni manusia biasa. Kalau asyik kena soal benda sama bosan tak? Terima kasih sebab ambil berat. Tapi tolong, tak semua benda kita kena sibuk ambil tahu.

Kesimpulan, prihatin tu tak salah tapi sikap busybody haruslah dijauhi. Buat orang menyampah adalah. Sibuk sangat jaga tepi kain orang pun tak elok jugak. Cuba-cuba kurangkan keprihatinan yang terlebih tu ye.

Ps: Dia kembali aktif. Magik!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Lelaki tu buta ke apa?

Tajuk entry berdasarkan dialog seseorang. Aku terperanjat. Apakah salah kalau lelaki itu memilih perempuan yang serba kekurangan sebagai calon isteri? Salahke? Kalau semua lelaki dalam dunia ni nak kahwin dengan perempuan cantik parasnya. Yang tak berapa cantik nak kahwin dengan siapa? Perlu ke merendahkan orang lain sebegitu rupa.

Misal kata aku yang hodoh ni. Tetiba ada mamat meminang aku. Lepas tu aku tolak sebab aku tak sedia nak kahwin. Aku pun tanya pendapat kawan aku. Lepas tu dia kata lelaki tu buta ke apa sampai dia nak pinang kau? Adakah aku tak layak dipinang?

Kalaupun aku hodoh luaran tak semestinya dalaman aku hodoh kan? Buta ke mata lelaki yang meminang aku tu? Buta ke sampai tak nampak muka hodoh aku ni. Aku mana layak jadi isteri orang.

Jumudnya pemikiran kamu wahai sahabat. Cinta yang murni takkan mementingkan paras rupa. Hati yang kita cari hati yang bersih. Akhlaknya baik. Agamanya terjaga. Kata-kata yang baik sentiasa. Jangan cepat sangat kata orang hodoh takkan dapat kahwin.

Jodoh ni rahsia Allah. Kalau benar lelaki tu akan jadi suami korang insyaallah rupa yang tak berapa menawan belakang kira. Biar buruk rupa jangan buruk perangai. Buat orang tambah benci adalah. Jadi yang mana rasa dia kurang cantik jangan rendah diri. Kuasa Allah kita tak tahu. Doalah semoga korang bertemu jodoh. Wassalam.

Ps: Dia pandang pada rupakah?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Berat sangat ke?

Susahkan kalau hati dah berat. Berat sangat. Inilah sikap yang patut dikikis. Bila sebut derma masing-masing tarik muka sorok tangan. Bila kata nak sedekah mulalah cakap senyum pun dah sedekah.

Padahal selama ni tak pernah senyum pun bila jumpa orang. Kenapa berat sangat nak dermakan dalam bentuk kewangan saat orang memerlukan? Ini hari dia. Esok lusa? Siapa lagi nak kita?

Macam kes aku. Aku baru dapat tahu aku dapat bantuan kewangan dari tempat aku belajar. Aku sangat berterima kasih. Tapi yang sedihnya kawan-kawan aku yang tolong minta derma dari bilik ke bilik. Kalau tak entah berapa je dapat dari semua.

Kita bila orang susah susah sangat nak tolong. Lagi-lagi melibatkan duit. Ingat kedekut mana pun kita takkan cukup duit tu. Bila kita asyik fikir duit je dalam hidup ni. Hidup kita takkan pernah puas.

Orang yang pemurah hati takkan pernah rugi sebab rezeki tu Allah yang bagi. Bila-bila masa je boleh ditarik balik harta kita di dunia ni. Jadi buatlah amal jariah. Sedekahlah selagi mana kita mampu. Setakat seringgit takkan jejas belanja harian kita. Jom muhasabah diri bersama aku.

Ps: Dia tak kedekut.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nilai cintamu

Buat yang terlepas entry yang dulu klik je older post. Entry ni dibuat atas permintaan sahabat blogger yang sedang lara jiwanya. Kenapa aku kena taip? Sebab aku nak sedarkan 'dia' yang lupa tentang kewujudan sahabat aku.

Apa yang korang faham bila aku taip perkataan nilai? Cinta ni universal. Bukan cinta kepada pasangan semata. Jadi cukupkah bernilai cinta korang tu? Kalau benar hati korang dah tekad kata cinta. Takkan ada isu tak menghargai semasa insan tu ada di sisi.

Kau suka dia. Kalau boleh nak jadikan dia pasangan untuk mencari redha Allah. Tapi pada masa yang sama kau abaikan dia. Kau buat dia macam tak wujud. Manusia memang macam tu. Bila dia perlukan seseorang dia akan jaga sepenuh hati. Tapi bila orang tu dah setia di sisi dia, dia sedikitpun tak hargai.

Macam si A yang selalu teman si B makan. Setiap hari sampailah si B jumpa si C. Sejak tu si A dilupakan. Kisah mereka berakhir bila si A kahwin dengan si D. Barulah si B sedar yang sebenarnya dia suka si A. Tapi dia sendiri tak pernah nak hargai si A. Kau nak ke jadi macam si B tu?

Tolonglah hargai semasa dia masih ada. Bukan senang nak suruh orang sayang kat kita. Boleh ke kata macam ni?

"Aku tak kira kau kena sayang aku jugak!"

Takkan? Hargailah pasangan atau sesiapa saja yang sayang kat kita. Kau lupakan dia sekali esok lusa dia akan lupakan kau sampai bila-bila. What you give you get back! Kalau kau sayang dengan cinta yang terjalin antara dua hati, hargailah dia. Kalau kau rasa cinta kau nilainya seperti sampah di jalan baik kau lupakan dia. Hati wanita tak selembut yang disangka!

Ps: Berjangkit dengan kejiwangan dia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Surat terbuka untuk awak

Er nak bahasakan diri saya ke aku eh? Sayalah untuk lebih sopan dan tanda saya hormat awak yang lebih tua. Tujuan saya tulis surat ini untuk berkenalan dengan awak.

Dah lama saya dengar cerita pasal awak. Kawan saya merangkap opah dah cerita macam-macam pasal awak. Saya tau awak minat bola. Untuk pengetahuan awak saya tak suka bola.

Tapi demi awak saya pejamkan mata je. Bukan apa, siapa saya nak halang minat awak. Tapi apa yang seronok pasal bola tu? Setakat sebiji bola yang direbut je. Baik awak rebut perempuan untuk jadikan isteri. Okey saya gurau.

Disebabkan awak terlalu misteri saya terpaksa buat macam ni. Bila lagi kita nak berkenalan ye tak? Lagipun saya nak kenal je. Takkan saya nak buli awak pulak. Awak kan senior dari saya.

Okeylah awak. Setakat ni je surat saya. Harap sangat awak baca dan respon surat saya ni melalui komen kat surat ni. Saya menanti kunjungan awak kat muka buku saya atau kawan saya tu. Munculkan diri ye wak. Tak baik main sorok-sorok. Wassalam.

Yang menanti jawapan,
Iffah Afeefah aka Kak Ngah

Nota Iffah: Opah, ni suruh atuk baca. Kak ngah dah siapkan entry khas untuk atuk.

Ps: Dia jiwang haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Buat aku tersenyum

Sesiapa yang ada muka buku boleh baca status aku yang jiwang tu. Hehe bukan nak berjiwang cuma nak kongsi rasa yang ada. Aku ada buat entry pasal rasa. Rasa tu hanya aku je tau. Biarlah rahsia.

Entry ni adalah tentang rasa. Aku tersenyum dan terus tersenyum sebab insan-insan istimewa yang telah buat aku tersenyum. Walau dari kejauhan. Aku masih bisa tersenyum.

Terima kasih semua. Oh ya bukan susah nak buat orang tersenyum. Apalah salahnya korang bagi masa sedikit untuk orang yang yang rapat seperti keluarga, sahabat, jiran tetangga agar diorang bisa tersenyum. Korang senyum je dah buat diorang tersenyum kembali. Percayalah! Bak kata lagu tu senyum tak perlu kata apa-apa.

Mudah sangat untuk buat orang tersenyum. Kalau kita membahagiakan orang insyaallah hidup kita akan lebih bahagia kelak. Bukan susah pun. Cara nak buat orang senyum korang kena kaji sendiri. Renungkan ye.

Ps: Dia buat aku tersenyum jugak. Thanks!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bila rasa

Rasa ini
Berlegar-legar
Penuh selirat
Mencengkam dada

Rasa ini
Melelahkan diri
Menuntas jiwa
Melepas lara

Rasa ini
Takkan terhenti
Masih segar
Mendiam raga

Ps: Dia diam seribu bahasa
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hilang nikmat

Nikmat apa yang hilang? Banyak. Ingat lima perkara ni je.

Muda sebelum tua.

Kaya sebelum miskin.

Lapang sebelum sempit.

Sihat sebelum sakit.

Hidup sebelum mati.

Disebabkan aku tengah sakit. Ehem walaupun taklah teruk berbanding orang lain. Ia tetap satu ujian. Nikmat tu dah ditarik buat sementara waktu.

Aku tak boleh kena matahari. Berpayung. Tudung kena tutup muka. Sampai jalan terlanggar kerusi hospital. Belum orang lain tanya kenapa kena tutup muka. Pesalah ke? Lepas tu bila orang tengok mesti pandang dua kali.

Sebab muka ni. Muka tak seperti orang biasa. Bertompok-tompok. Dengan tangan berbalut. Semua tu membuatkan orang sekeliling pelik. Lepas tu ada yang tanya sebab sikap ingin ambil tahu.

Bila nak buat kerja kena mintak tolong orang. Semua yang aku boleh buat sendiri dulu sekarang tak boleh. Makan pun dengan tangan kiri. Bila nak mandi kena elak bahagian luka dari kena air.

Bila nak ambil baju berlipat pun tak boleh. Punya banyak nikmat yang Allah dah bagi masa dulu aku tak sedar. Bila dah kena bergantung dengan orang lain baru mula terasa seksanya tiada nikmat itu.

Jadi hargailah apa yang korang ada sekarang. Ingat lima perkara tu sebelum terjadinya lima perkara selepasnya. Kuasa Allah jangan disangkal. Bila-bila masa je nikmat tu boleh ditarik. Ingatlah
wahai teman. :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Yang bermula pasti ada hujungnya

Korang baca tajuk mesti malas nak baca entry ni. Jiwang? Tak. Bukan nak berjiwang. Kang ada yang menyampah. Cuma aku terfikir. Sampai bila aku nak berblog.

Ada orang marah sangat bila aku buat contoh nak berhenti berblog. Bukan ada niat nak berhenti tu. Aku pun nak tanya korang sampai bila korang nak berblog?

Bila bandingkan aku dengan rakan blogger yang lain rasa kerdil je. Apa yang aku sumbangkan selama ni. Apa yang aku tulis selama ni mampu memberi faedah kat yang membaca tak?

Atau perlukah aku tanya ada ke orang baca setiap patah perkataan yang aku taip selama ni. Yang pasti setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Cuma masa yang akan menentukan semuanya.

Ps: Dia dan aku berbeza.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Woi sedarlah diri tu

Tajuk macam nak cari gaduh tapi hakikatnya aku nak ajak korang bukak minda dan sedar diri. Kita hidup di dunia ni bukan seorang diri. Ramai.

Bukan kita je punya perasaan. Tapi semua orang ada. Bila berkata tentang perasaan ramai mengeluh. Terutamanya yang dah putus cinta. Ramai jugak yang putus cinta sebelum masa.

Maksud aku belum luahkan dah mengaku kalah. Tapi kadang kita kena sedar yang cinta memang tak boleh nak dipaksa. Sampai masa kita kena duduk dan muhasabah sampai bila kita nak tipu diri.

Sebab tu kita kena peka yang orang yang kita suka tu tak suka kita. Kita kenalah bersedia melepaskan walaupun berat hati. Bila kita melepaskan orang yang kita sayang mestilah harap dia bahagia.

Jadi cekalkan hati. Biarkan dia yang kita sayang memilih jalan yang dia sukai. Hati memang tak boleh nak paksa. Aku tahu. Perit untuk lepaskan tapi itulah hakikat yang kita kena terima.

Ps: Dia bagi duit raya. Terima kasih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Usah persoal isu halal

Aku bukan nak berlagak bagus tapi sebagai blogger prihatin aku nak tegur sikit. Kebanyakan blogger suka kongsikan maklumat.

Tak salah pun kalau nak kongsikan. Tapi kenalah pastikan apa yang dikongsikan itu benar-benar sahih. Kalau tak kita pun turut bersubahat menyebar fitnah.

Ada satu produk biskut dikatakan ada alkohol. Korang ada bukti ke dari jakim? Ada ke bukti mengatakan itu tak bolrh di makan?

Saudara ibu yang kerja di bahagian jakim cakap kadang-kadang itu semua fitnah supaya perniagaan produk tu gagal. Bila check di bahagian jakim tak ada pun nama ustaz yang mengatakan biskut tu haram bagi umat Islam.

Jadi kalau tak yakin jangan sebarkan. Kalau ragu-ragu jangan makan biskut tu. Jangan fikir isu halal tu hanya pada makanan.

Korang yak terfikir halal ke gaji yang korang terima bulan-bulan? Ada tak hutang yang korang tak bayar? Kalau orang tu halalkan tak pelah. Kalau tak? Belum lagi duit kopi aka duit rasuah?

Kesimpulan, kita kena peka tentang hal halal haram. Nanti nak jadi darah daging kan? Cuma janganlah asyik fikir haram tu pada makanan semata-mata. Renungkan ye. Aku pun ingatkan diri sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Yang tak lapuk dek zaman

Aku pun tak tahu kenapa aku pilih tajuk tu. Yang penting aku nak bicara tentang pengorbanan. Ye topik ni memang sokmo kita dengar. Berulang kali kat drama berpuluh ribu dah cerita pasal ni.

Tapi aku sebagai manusia yang bergelar blogger tergerak hati nak cakap pasal ni sebab aku komen kat status blogger yang bernama Katek. Siapa tak kenal PA Papa BEN suatu ketika dulu.

Alhamdulillah dia berubah. Untuk perubahan kita perlu korbankan sesuatu. Sebab tu orang asyik cakap bila nak berubah hati kena kental. Macam penagih dadah. Kenapa dia dah berhenti menagih berbulan lamanya boleh terpengaruh dan menagih kembali?

Semua bergantung pada hati. Hati kena kuat. Pengorbanan memang tak susah kalau hati dah tekad. Bila nak berubah kenalah korban sesuatu. Macam aku, kalau nak berhenti berblogging kena jauhkan diri daripada internet. Boleh ke?

Ps: Dia nampak comel bila. . .
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hai Semua

Hai. Testing. HAHA
Published with Blogger-droid v1.7.4

Part 3: Ya Allah!

"Bagi budak ni minum dulu," Suara lelaki yang sama kedengaran. Ya aku sungguh dahaga. Panas terbakar masih terasa. Tekak perit saat air ditelan.

"Muka saya macam mana?" Aku meraba wajahku. Menggerutu mungkin. Sebelum aku tak sedar aku nampak api menyambar muka. Aku yakin akan hal itu.

"Okey je dik. Minum lagi?" Wanita itu menyuakan botol air. Aku minum lagi.

"Rambut saya terbakarkan?" Aku memandangnya. Dia mengangguk. Malas layan barangkali. Aku masih banyak mulut saat kritikal begini.

Lampu berkelip datang ke arah kami. Aku mengagak ambulans sudah datang namun hampa. Bomba pula yang datang. Hati aku mengeluh. Sakit masih terasa.

Beberapa minit kemudia beberapa lelaki datang tanya hal yang sama.

"Awak sorang je dalam kereta? Ada mangsa lain?" Aku senyum dan geleng. Dia mungkin bomba. Aku agak je. Kepala makin berat. Rasa nak pitam. Tunggu ambulans dengan penuh sabar.

Nota Iffah: Pendeknya sambungan kali ni. Hurm tetiba rasa malas nak kenang kejadian tu.

Ps: Dia jadi datang ke tak eh?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rancangan agama

Bosan sungguh tajuk entry ni. Aku bukan apa. Pagi tadi tengok satu rancangan agama yang menarik kat tv al hijrah. Selain oasis channel ni bagus dalam menyebarkan ilmu agama.

Yang peliknya, orang kita khususnya yang beragama Islam selalu sangat mengelak untuk tengok rancangan macam ni termasuk aku. Aku memang memilih bila tengok sebab selalunya rancangan agama bosan.

Kenapa? Sebab orang tu tak dapat tarik minat orang muda untuk tengok. Sebabnya selalu ustaz dan ustazah yang berbicara di kaca tv terlalu tua dan penyampaian tak.menarik.

Tapi ustaz yang aku tengok pagi ni muda. Sangat bersemangat bila menyampaikan sesuatu. Satu keluarga aku menanti rancangannya. Hebat kan? Dia mengajar tentang cara membaca al quran.

Ustaz ni memang bagus. Namanya ustaz Don. Kalau tengok muka dia korang dah rasa bersemangat. Jadikan dia contoh dalam urusan kita. Terutama kepada yang bergelar guru. Bila cikgu semangat murid pun semangat.

Kalau tak percaya boleh bukak tv al hijrah jam 10 pagi hari sabtu. Kalau salah maaflah. Aku pun tak ingat sangat. Dah dua minggu berturut-turut kitorang tengok dia mengajar. Terus lekat ilmu. Tahniah ustaz. Korang tak berminat ke nak belajar dan tambah ilmu? Renung-renungkan ye.

Ps: Dia pun ustaz jugak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Trauma

Oh jangan salah faham. Tangan kanan belum pulih. Disebabkan balutan tak tutup bahagian jari jadi aku boleh menaip dengan jari kanan.

Aku nak bercerita pasal trauma. Aku teringat ada seorang cikgu sekolah yang melawat aku tak lama dulu tanya pasal trauma. Trauma ke nak bawa kereta lepas kemalangan tu?

Aku senyum seperti biasa. Tak kot sebab selama ni orang drive hantar aku ke hospital okey je. Dia terkejut. Dia pun cakaplah yang kita drive dengan orang drive tak sama.

Aku terdiam. Terfikir. Sama ada aku trauma ke tak. Aku kena drive dulu baru boleh jawab trauma ke tak. Kadang trauma ni bergantung pada orang. Kalau lemah semangat memang trauma memanjang.

Aku tak kata aku kuat semangat. Tapi ada sesetengah benda yang kita tak boleh nak sangkal kebenarannya. Setakat ni aku rasa kalau tangan dah okey aku berani je nak drive.

Tapi ada ke berani nak naik kereta dengan aku? Haha yang penting kita doalah semoga setiap apa yang kita lakukan dijauhkan bala. Aku pun takut jugak kalau trauma melekat kat aku. Yalah, payah pulak kena cari bakal suami yang rela jadi driver aku sepanjang hayat ye tak?

Kesimpulan, kita kena ubah pemikiran kita. Kalau negatif yang kita fikir negatiflah jadinya. Aku tak nak kata aku trauma. Aku takut. Baik aku cakap aku berani drive. Dapat jugak pengganti Maria kan?

Ps: Malu nak jumpa dia. Wargh:-D
Published with Blogger-droid v1.7.4

Eh nama tu penting ke?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hai semua aku nak membebel sikit. Bukan apa lama dah tak merepek dalam blog kan. Berita gembiranya ialah aku boleh taip guna tangan kanan. Walaupun slow oklah dari tak ada kan.

Kembali pada topik. Aku pergi jabatan fisioterapi untuk dapatkan appointment minggu depan. Dia pun tanyalah pasal luka. Macam mana boleh kemalangan. Lepas tu dia tanya nama aku.

Doktor: Nama apa ye?

Aku: Iffah Afeefah.

Doktor: Wah sedap nama tu.

Nurse: Aah pandai mak awak pilih nama.

Adik: Ayah yang bagi.

Aku senyum. Korang mesti menyampah sebab ingat aku perasan. Tapi cuba kalau kita tak ada nama? Macam mana? Sebab tu bila orang nak dapat anak kena fikir nama anak yang baik maksudnya. Ini nama nak gaya orang putih. Bila nak tulis nama kat buku latihan kat prasekolah tak reti.

Bila nak eja nama sendiri tak reti. Misalnya nama danish. Cuba korang bagitau aku macam mana nak eja nama tu. Kesian kat budak tu. Adoi.

Ps: Dia hurmmmmm. Bila dia nak dibongkarkan identitinya?

Spontaneous Thursday #8

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Abang: Alamak. Ada orang datang!

Aku: Hah?

Makcik dan pakcik: Assalamualaikum!

Aku tak sempat capai tudung grrrr. Muka baru bangun tidur cis! Mujur tak ada mamat hensem o_O

Ps: Merajuk dengan dia.

Gula-gula

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi aku selalu sentap dengan seseorang. Bukan apa, ada lelaki yang sejak dulu suka buat aku sentap. Dia bukanlah orang yang aku benci. Istimewa kot. Walaupun lama dah sentap.

Sekarang dia buat aku sentap lagi. Dia kata jangan guna gula-gula pelangi dah. Sekarang gula-gula dah hangus terbakar. Panggil gula-gula terbakar. Uih sentap oke. Sabar jela. Tahulah harta dah terbakar. Empunya blog ni pun terbakar. Tapi gula-gula ni tak terbakar pun

sabar Iffah sabar. Dia bukan orang lain. Ayah aku jugak. Haha maaf ayah. Kadang aku terfikir, sampai bila aku nak sentap kan? Kalau orang nak bergurau pun takut je. Contoh si HJ takut sangat dengan aku. Takut aku sentap haha. Aku sentap sokmo tapi kejap je.

Kesimpulan, jangan nak sentap sangat. Kalau orang tu niat nak gurau kita kenalah terbuka terima gurauan tu tapi kalau dia lebih-lebih ignore je. Buat penat hati kalau asyik sentap je kan.

Ps: Dia sibuk mungkin.

15# Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

google

Ps: Tak sabar jumpa dia.

Part 2: Ya Allah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Adik okey?" Seorang perempuan melihat aku yang tersandar lesu di dalam kereta miliknya barangkali. Aku senyum dan hanya mengangguk.

"Berapa orang dalam kereta tu?" Lelaki itu bertanya.

"Saya sorang je," Jawab aku lemah.

"Awak yakin sorang je?" Aku angguk perlahan. Tiba-tiba bunyi letupan. Aku terkesima. Takut untuk berpaling ke arah Maria. Rasa bersalah yang amat sangat.

"Nama siapa?"

"Iffah Afeefah,"

"Awak yakin ke awak seorang je dalam kereta?" Aku mula bosan.

"Tolong telefon ayah saya," Aku baru teringat telefon di tangan. Perempuan tu angguk perlahan.Tangannya pantas menekan butang hijau.

"Assalamualaikum, ni ayah Iffah ye. Anak encik accident di Seremban. Kami akan hantar Iffah ke Hospital Seremban,"

"Sakit!"
Nota Iffah: Bersambung. Payah guna tabby ni. Tunggu blogger datang ajarlah sabtu ni. Siapa nak melawat aku? Boleh kontek Sunah yer. Aku mengalu-alukan kedatangan semua=)

Ps: Dia takut makan ubat! Haha

Punca putus di tengah jalan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tetiba nak jadi Dr Love. Bukan apa, korang pun bosan asyik cerita pasal kemalangan je. Jadi aku nak tukar mood cintan mintun.
Banyak punca tapi aku nak kongsi 3 je. Dengan tangan kiri yang janggal. Susah nak taip woo.

1. Lebih-lebih
Masalah kritikal yang memang dibenci. Selalu orang bercinta suka kongsi macam dengan yang lain. Mula tukar status relationship. Lepas tu share status jiwang sayang disayang mintak kena lempang terus melayang. Oh sungguh annoy. Macam kau sorang ada pakwe atau makwe. Pasangan meluat dan menyampah akhirnya clash!

2. Terlalu mengharap
Selalu orang yang terlalu mengharap akan menyusahkan pasangannya. Ye, sebab dia mencari yang sempurna. Kalau bole nak serba serbi baik di mata dia. Yalah, nak jadikan bakal suami atau isteri. Takkan tak memilih. Tapi kalau dah lebih-lebih nak itu ini. Tak kena sana sini orang meluat jugak kan?

3. Selalu cari salah pasangan
Ni memang parah. Selalu jadi. Orang macam ni jenis ego. Salah orang dia nampak. Salah sendiri? Malas nak mengaku. Aku selalu sangat nampak situasi macam ni. Selalu je marah kalau pasangan buat salah. Bila time dia mula nak cover line. Tolak ansur kalau tak nak couple clash couple clash. 

Kalau dah kahwin? Takkan nak cerai suka hati jek? Ingat balik kenangan. Jangan asyik sentap jer. Jangan ingat kita je betul. Mengaku salah bukanlah teruk manapun. Maafkan dan meminta maaf amalan mulia. Simpan dalam hati buat parah je. Nak kekal dilamun cinta? Contohi Rasullulah SAW ye=)

Ps: Dia cari jodoh=P

Part 1: Ya Allah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
 
Tiada kata-kata






Apa jadi sebenarnya? Aku pun tak sedar. Yang aku ingat aku nak elak kereta depan yang tetiba je rasa dekat sangat. Aku tak tahu itu ilusi ke apa. Yang aku tau aku tak rasa aku terlelap pun. Hanya Allah yang tahu.
Aku pun tak boleh nak cakap. Pagi subuh tu aku tersedar dan aku di bahu jalan. Seperti dalam gambar. Aku nampak api. Banyak kat tepi dan depan. Aku terdiam dan cuba ingat balik apa jadi. Aku sedar aku dah langgar divider jalan tu. 

Aku pun bukak seat belt. Mujur boleh bukak. Aku pun tunduk cari selipar. Tak jumpa. Aku cuba bukak pintu pulak. Tak boleh. Aku tengok tingkap pecah. Aku bangun dan lompat dari tingkap tu. Alhamdulillah dengan izinNya ada suara menjerit ke arah aku.

"Adik, lari. Nanti kereta meletup!!!" Aku dengan tudung yang dah hilang. Rambut terbakar separuh. Macam hantu terbaar agaknya rupa aku masa tu. Aku pun lari ke arah highway. Dua lelaki lari ke arah aku yang terduduk. Kaki tangan mula rasa sakit. Aku dibangunkan dan dipimpin ke sebuah kereta. Aku hanya mengaduh sakit.

Nota Iffah:
Cerita ni bersambung. Tak larat taip panjang. Tangan masih berbalut. Muka makin gelap. Nurse bising sebab aku terdedah kat matahari. Tu gelap tu. Lagi gelap dari yang dulu. 

Ps: Dia menyepi. Aku mula risau.

Sabtu yang tragis

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kejam ke sebab pilih tajuk macam ni. Rasa baru semalam aku ditimpa musibah. Ramai rupanya tak tahu apa jadi pada aku. Tak tahu nak mula dari mana. Yang penting sabtu sebelum raya adalah kenangan yang memberi pelbagai rasa untukku.
Pagi tu aku bangun awal. Serius tak mandi pun. Terlalu teruja untuk pulang ke rumah. Pukul 4.30 pagi sebelum sahur aku terjaga. Aku bergegas untuk mengemas segala kelengkapan. Itu hari terakhir aku berada di rumah sewa yang lama aku duduki.

Pagi sungguh gelap. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat aku dan adiknya aku menghidupkan enjin kereta yang bernama Maria. Lama Maria berkhidmat untuk aku. Sehinggalah pagi subuh itu. Nyawanya mati saat aku terselamat. Kini hanya jasad yang rentung jadi tatapan aku.

Maria tinggal kenangan
Aku rindukan Maria. Rindu sangat. Inilah kisah hidup aku. Sesiapa yang tak tahu aku kemalangan. Maaf, bukan sengaja tak bagitau cuma tak berkesempatan. Inipun tangan kiri yang menaip. Aku tak cedera parah. Cuma terbakar bahagian muka, tangan kanan, lutut kanan dan kaki kiri. Masih dalam proses pemulihan.

Cuma aku dan handset je ada. Netbook pun tinggal mayat. Sekarang aku di Kajang. Masih bercuti. Makan pun masih tangan kiri. Doakan aku cepat sembuh. Boleh makan macam biasa.Yang penting boleh berblogging. Rindu sangat!!!
Ps: Dia pun terasa kehilangan aku.

10 perkara yang dirindui

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Menaip di blog setiap hari.

Makan guna tangan kanan macam selalu.

Bersosial di alam maya dan realiti.

Belajar macam biasa.

Masak macam-macam.

Main dengan anak buah yang nakal.

Berjalan sana sini tanpa perlu tutup muka.

Karang cerita yang tertangguh sekian lama.

Tolong ibu buat kerja. Kesian mereka susah payah tolong.

Makan macam-macam tanpa sekatan.

Tapi sekarang apapun tak boleh. Rindu nak buat semua ni. Kadang hati menangis. Merintih. Kenapa Allah pilih aku. Tapi siapa aku nak lawan takdir? Aku patut bersyukur. Nyawa masih ada. Untung aku diuji. Petang tadi ada cikgu cina cakap dengan aku. Tuhan pilih aku untuk ujian ni sebab dia nk tunjuk betapa berharganya hidup ni. Semua tak penting, yang penting aku masih hidup.

Aku pun nak korang kuatkan semangat. Jangan tangisi apa yang telah kita lalui. Semua berlaku ada hikmahnya. Jangan sedih sebab Allah akan tetap menjaga kita semua. Akhir kalam dari aku, Iffah Afeefah sangat bersyukur kerana aku masih berpijak di sini. Syukur!
Ps:Rindu dia.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers