CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Sepi si tua

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku memandang sepi cuma. Nak berkata tak mampu. Nak bergerak ku kaku. Wajah tua yang tak asing lagi cuma mampu ku renung dalam-dalam. Lemah tak bermaya wajahnya yang terlantar. Apa salahnya? Hingga dia tersadai sendiri. Aku juga masih punya pelawat walaupun hari bersilih ganti. Tapi dia? Dia keseorangan. Gering sendiri.

“Nurse, macam mana patient ni? Ada ahli keluarga datang?” Perempuan itu menggeleng. Lengkap berbaju putih kemas namun ku rasa agak seksi. Aku hanya memandang sayu dari kejauhan.

“Awak okey?” Tanya doktor setelah dia meneliti laporan tahap kesihatan aku. Aku cuma mengangguk. Fikiranku masih lagi menerawang jauh. Rasa kasih dan kasihanku tertumpah ke wajah nenek tua yang katilnya bertentangan dengan aku. Adakala aku mendekatkan diri. Memberi dia minum saat dia dahaga. Memberi urutan saat dia gelisah tak mampu lena. Aku jatuh kasihan. Apatah lagi dia tiada yang melawat. Menjaga keperluannya apatah lagi.

Pernah aku tanyakan, mana perginya anak dia. Dia cuma menggeleng dan mengalirkan air mata sayu. Aku tak jadi meneruskan niat bertanya lebih lanjut. Bimbang aku pula yang tak mampu menahan sebak di dada.

“Ada rasa sakit tak masa berjalan? Buang air?” Aku menggeleng semata.

“Awak kenapa sedih? Patutnya awak happy tau, sebab esok awak dah boleh keluar. Nanti saya senaraikan ubat untuk awak. Bagitau ahli keluarga lain. Selamat menyambut hari raya ye Iffah…” Lagi sayu aku mendengar perkataan raya dari mulut lelaki itu. Doktor Borhan setia menjaga aku selama empat hari aku di sini. Terlantar gara-gara keracunan makanan.

“Saya suka. Terima kasih doc. Tapikan, saya nak tanya sikit boleh?” Aku mula melontarkan seribu persoalan. Rupanya pihak hospital sengaja menahannya di wad kerana tiada siapa pun pedulikannya. Malah di nursery penjagaan orang tua pun sudah tak mampu menjaganya. Walaupun nenek itu sakit tua, tapi pihak hospital dengan rasa belas, menumpangkan nenek itu. Aku yang mendengar cerita itu terus menangis teresak.

“Sampainya hati anak-anak dia…” Itu saja yang lahir dari mulutku. Itu semua cerita setahun yang lalu. Saat nenek itu masih bernyawa. Kini dia telah pergi menghadap ilahi. Aku doakan dia tenang di sana bersama Sang Pencipta.

Setelah aku mendengar kisah anak-anak nenek itu tegar menghantarkan nenek itu ke pusat penjagaan orang tua dan langsung tak menjenguk apatah lagi memberi wang pembiayaan, aku tekad meminta keluargaku membawa nenek itu pulang. Biarlah aku sebagai saudara seislam menjaganya. Aku pun tak pernah merasai kehangatan kasih sayang seorang nenek. Nenek itu dijaga oleh keluargaku hinggalah saat terakhirnya. Aku bangga kerna aku berkesempatan membahagiakan dia walau sekejap cuma. Nenek itu tak bersalah kerana punya anak sebegitu. Bukan salah didikannya, bukan salah asuhannya. Cuma inilah ujian yang Allah turunkan untuknya. Nenek pergi dengan tenang buat selamanya. Hingga kini aku masih mendoakan dia di sana. Semoga bahagia yang abadi milikmu, Nek!

#rekaan
#peringatan
#hargai



Entah apa tak kena dengan aku hari ni...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak meluahkan perasaan aku rasa serba tak kena. Sejak pagi sebelum pergi kerja lagi. Berikut adalah rentetan kesilapan yang aku lakukan.

1. Aku keluar pagar siap kunci, aku pakai kasut kerja padahal kena pakai kasut sukan sebab harini konon nak ajar PJ.
2. Aku terlupa pakai name tag, masa aku ingat aku dah kunci 2 mangga dan aku patah balik pergi ambil.
3. Aku lupa pakai lipstick, patah balik bukak mangga pertama. *Aku kena pakai sebab nanti nampak kusam dan tak bermaya. Lagipun barulah ceria macam anak murid kan?

Itu kisah pagi tadi. Kisah kad raya dan pos pula.
Siapa tuan mereka?
Aku siap print alamat, ada dua hamba Allah lambat bagi, terpaksalah aku tulis tangan dengan tulisan buruk. Lepas tu aku pun pergilah beli sampul dan tampal alamat kat sampul dalam kereta. Serba tak kena aku jadinya. Sampai aku berhenti dan aku ambil keputusan pergi pejabat pos dan beli setem. Konon balik rumah nak tampal elok-elok.

Sekali bila pergi aku terpandang gam kat pejabat Pos tu. Aku pun terfikir nak gam. Patah balik ke kereta ambil kad dan sampul serta alamat. Tengah menampal, boleh pulak gam meleleh sebab terbuka penutupnya. Aku pun tadah guna kertas yang ada. Aku gam jelah pakai jari yang selebihnya.

Kemudian aku nampak satu kad tak ada alamat, puas aku fikir. Rupanya Paripariputih tak ada lagi. Kebetulan alamat dalam handphone yang ada dalam kereta. Patah balik ambil handphone dan salin alamatnya laju-laju. Tulisan sangat buruk. Lepas tu aku terpandangkan span basah untuk lekat stem, tapi setem pulak ada kat purse yang telah aku campak dalam kereta sebab tangan penuh. Kembalilah aku ke kereta semula.

Lepas tu aku putus asa. Letih dengan kecuaian sendiri, aku pun gam sampul dan setem dalam kereta dengan tak selesanya. Senget benget setem aku tampal. Aku serabut sangat masa tu. Akhirnya, siap juga 20 keping kad selamat dicampakkan dalam box merah. Tinggal satu sebab alamatnya di Kajang. Pandailah aku pusing cari rumahnya. Yang terasa nak kad dari aku, ampun maaf. Aku bagi yang cepat bagi alamat je. Lagipun pos dua puluh keping pun dah serabut. 

Kbai.

Iftar bersama blogger Kay_Are

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku rasa ramai yang kenal mamat ni. Ehem popular dalam kalangan gadis-gadis. Sabtu lepas aku dan family blogger mengiftarkan diri di kedai Tomyam area gombak. Lagi? Mohon tabah dengan keaktifan dan keakraban kami.

Sebelum tu aku plan baik punya dengan family blogger aku tu. Nak iftar sama untuk terakhir kali pada Ramdan kali ini. Yalah, minggu depan masing-masing ada rancangan sendiri. Inipun korum tak cukup. Jadi jejaka bertuah bernama Kay_Are telahpun aku ajak dengan muka tak malunya.

Sebenarnya aku pernah jumpa dia di Wedding Nadh dan Kak Kiera bulan 11 tahun lepas. Setakat jumpa jelah. Tak sempat bertegur sapa pun. Kali ni memang berpeluang berborak dengan dia dan sempat skodeng kereta merah dia tu. Idaman aku kot. Harap satu hari nanti aku boleh menyelit dalam kereta tu. Tumpang orang punya pun jadilah haha.

Siakap stim
Kami makan besar malam tu. Orang belanja sebab bonus melimpah ruah. Alhamdulillah, orang tak kedekut rezekinya Allah murahkan. Oleh itu, marilah tengok gambar makanan. Wajah Kay Are? Aku tayang kejap lagi ekeke.
Siakap 3 rasa
Kesimpulan dari perjumpaan ringkas ini ialah jangan takut berjumpa blogger. Bukan dia nak gigit kau pun, blogger pun manusia biasa. Kadang alam maya lebih bermakna dan akrabnya melebihi yang realiti. Percayalah. 70% kawan aku adalah dari alam maya dan komen Kay Are pasal family blogger aku tu, "Korang macam rapat sangat. Macam family..." See? Belum jumpa belum tahu, belum cuba belum tahu juga ekeke.

Tibalah masa menunjukkan wajah blogger Kay_are atau link blognya kazreal.blogspot.com.
Terima kasih Dikbi sebab belanja kami.
Terima kasih PPP and family sebab datang makan LOL.
Terima kasih Ain sebab datang membulatkan diri LOL.
Terima kasih Naim sebab sudi jugak kau datang walaupun kau buta ......... *kau je faham LOL.

Accident lagi dengan divider

Aku tak tahulah apa badi aku dengan divider highway. 2011 aku langgar divider. Tahun ni aku menyagat kereta kat divider. Nasib tak ada apa jadi tadi. Aku syukur sangat tak ada apa jadi.

Tahun dulu pun bulan Ramadan. Tahun ni pun. Nampak tak kaitannya? Tapi kali ni aku bawak slow sebab hujan lebat sangat dari Jelebu-Kajang. Bila kat LEKAS tu makin lebat.

Aku rasa kereta aku dah macam nak ke tepi. Aku pun pusing stereng dua tiga kali. Bagi elak divider tu. Akhirnya, kena juga. Terseret dari depan sampai belakang. Bunyi macam orang main racing tu. Aku terus tekan lampu kecemasan. Turun masa tu jugak.

Aku risau pintu tak boleh buka. Aku tgk calar agak teruk. Aku pun bawak lagi slow. Tukar lane tengah. Kat tepi tu memang banyak air bertakung . Jadi kepada sesiapa yang lalu LEKAS jangan lalu lane kanan. Sebaiknya berhenti tunggu hujan reda.

Allah bagi aku peluang untuk hidup. Bukan kedua. Tapi ketiga. Aku sangat bersyukur. Walaupun sedih kereta bercalar yang sangat teruk. Nyawa lagi penting. Cedera kereta aku boleh bayar, cedera diri tiada harta yang mampu membayarnya...

Ada orang... edit gambar...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada orang kurus, edit gambar jadi gemuk.
Ada orang muda, edit gambar jadi tua.
Ada orang ada muka, edit gambar bagi tak jelas dipandang mata.
Ada orang muka biasa, edit bagi makin comel dan gebu.
Ada orang muka kacak, edit gambar tutup macam penyamun.
Ada orang muka tak kacak mana, edit bagi nampak macam kasanova.

Pelbagai ragam. Pelbagai gaya. Pelbagai cara. Yang penting pasang niat yang positif. Jangan ada yang dengki. Jangan pula yang busuk hati. Ada sebab mengapa mereka memilih untuk edit sebegitu. Siapa kita nak menentukan dosa pahala mereka? Yang mana negatif, kita doakan dia berubah. Yang positif kita boleh jadikan dia teladan. 

Tutup muka bukan saja mengelak dari dikenali, ia juga mengurangkan risiko bahaya bila di luar. Misalnya, ada orang benci sangat dengan aku, tup tup dia nampak aku tengah berjalan sendiri di KL Sentral. Bahaya zaman sekarang. Buatnya dia psiko. Nak culik aku ke kan? Buat tebusan? Tak ke naya? Hati-hati! Macam-macam boleh jadi =) 

You're My Sunshine!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gambar hiasan semata
Sebelum aku ajar budak-budak menyanyi. Marilah aku ajar korang menyanyi dulu. Mohon nyanyi. Sportinglah sikit ye dak? Menceriakan suasana puasa yang letih, lesu, suram. Terimalah liriknya...

You are my sunshine my only sunshine

You make me happy when skies are grey

You'll never know dear how much I love you

So please don't take my sunshine away


Thanks makin ramai yang komen setelah G+ dimansuhkan. Kesimpulannya, koranglah penyeri blog aku ni ececeh sweet macam gula-gula sebalang tak?

Tak mesra pengguna betul!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Baru sehari aku tukar comment box dari yang biasa kepada G+. Yang aku dapat cumalah 3 komen. Paling penting dua orang pengkomen tegar aku komplen tak dapat mengomen. Sedih sangat diorang tak boleh tinggalkan komen.

Itulah tangan gatal lagi nak try yang baru. Nampaknya tak semua yang baru itu seronok. Adakala baiklah setia dengan yang lama. Oleh itu, aku kembali ke pangkal jalan. Harap lepas ni tak ada yang meroyan tak boleh tinggal komen dah. Anon pun boleh tinggalkan komen.

Walaupun aku semakin malas berblog, berblogwalking, mereka tetap setia berkunjung ke teratak sepi ni. Siap berlumba-lumba nak komen. Bukan aku buat Top Commentor pun. Tapi keikhlasan mereka tu amatlah aku sanjung tinggi. Terima kasih banyak-banyak atas kesetiaan korang. Terharu mak noks. *tissue please (srot srot srooooot) =P

Situasi-situasi seperti 'Sarang tebuan jangan dijolok'

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang kita ni makin orang marah makin menjadi-jadi dia nak sakat. Sedar atau tidak, dia telah mencetuskan rasa kurang senang dan seterusnya menambah bara di hati. Antara situasi-situasi yang biasa jadi ialah;

1.Dah tahu tanya lagi...

A: Kau tengah buat apa? *A nampak B tengah makan.
B: Aku tengah tidur. Kau tak nampak? *B bengang!

2. Banyak pula tanya...

A: Kau free tak sekarang?
B: Tak sangat. Kau nak apa?
A: Kau rasa aku nak apa?
B: Aku tak ada masa nak berteka-teki dengan kaulah. Baik kau blah dari sini sebelum kau pulak kena fire...

3. Dah tahu orang marah lagi dibuat...

A: Aku kan dah cakap banyak kali aku tak suka kau buat macam ni.
B: Ala kau bukan tak tahu perangai aku kan?
A: Habis perangai aku kau tak nak ambil tahu pulak? *A terus blah dengan hati sebal.

4. Gurauan yang tak lawak...
A: Apasal kau selalu keluar dengan dia?
B: Dah dia kawan aku. Tak boleh ke?
A: Tak boleh. Aku cemburu tengok korang rapat hahaha...
B: Ada aku kisah?

5. Dah tahu orang marah, lagi nak dicabar...
A: Kau ni marah sangat dengan aku kenapa? Rilekslah.
B: Kau tak rasa apa aku rasa. Senanglah cakap.
A: Meh marah aku. Apa yang kau tak puas hati sangat? Marahlah, marahlah...
B: Kau annoying. Kau suka buat ikut kepala kau. Kau tak sedar ke kawan-kawan ko taknak kawan dengan kau sebab perangai kau yang super annoying. Kau nak sangat aku cakap kan? Kenapa kau diam? Tak boleh terima hakikat? Dah kau jugak yang nak tahu sangat kan? *B terus meluahkan rasa tak puas hatinya.

Okey, korang boleh tambah sendiri di bawah. Ini cuma pendapat aku. Sebab tu aku kata aku bagai sarang tebuan. Ditengok boleh diusik jangan. Ada masa kita kena peka dengan situasi. Ada masa kita perlu serius. Ada masa kita perlu memahami. Ada masa kita perlu diam. Jangan ingat orang boleh terima kita tanpa syarat. Semuanya berlaku bersebab. Jangan ingat semua orang suka dengan kita dan jangan ingat kita je betul dalam segala hal. Renungkan dan selamat menjalani ibadah puasa. =)

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mohon mengklik ini banner untuk menjoin dan berpeluang mendapat wang tunaiiiiii!
Jawapan tekaan : RM 57.15
Tunggu dulu!

Marilah meneka bersama. Mana boleh aku sorang je pening meneka berapa jumlah syiling di atas ni! Apa tunggu lagi. Ikut je syarat mudah kat bawah ni. Lai lai kumpul duit raya =)

Contest ini akan tamat pada 5 Ogos 2013 Jam 11.59 Malam

Matang dan usia tidak seiring

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dua tiga hari ni memang menyirap darah je. Habis pahala puasa. Apabila matang tidak hadir bersama usia, maka perangai sangat tidak matang akan muncul. Walaupun anak dah berderet, umur dah lanjut.

Ini soal kematangan berfikir. Macam mana kita memahami apa yang orang lain sampaikan tanpa perlu ada rasa sentap. Ini tidak. Baru ditegur yang lebih muda, dah mula meradang. Emosi mengawal minda. Bak kata lecturer aku, orang yang berjaya akan mendahulukan akal barulah emosi.

Dalam Islam pun ada menyatakan bahawa jangan buat keputusan ketika marah. Inilah hikmah yang dia patut lihat. Melenting tak kena masa. Mata nampak sudut yang negatif. Itulah orang tua-tua kata, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Kalau betul kita buat kerja kita, orang takkan menegur. Kalau orang tegur, terima dengan hati terbuka. Jangan cari salah orang dan menutup salah sendiri. Grow up!

Usia separuh dari aku tuanya, tapi aku rasa aku lagi matang dan bertanggungjawab. Sedarlah what you give you get back. Tak percaya? Allah dah aturkan jalan sebaiknya untuk kita. Contoh mudah, kau tak jaga orang tua kau, insyallah kau dah tua nanti anak-anak kau takkan jaga kau dengan alasan komitmen kerja. Tolonglah ingat, dunia ni bukan untuk kejar duit semata-mata. Renungkan dan selamat berpuasa.

Puasa pertama yang mencabar akal dan minda serta emosi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Puasa yang pertama betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai manusia. Yang pertama anak murid yang sangat aktif. Kalau lecturer datang observe memang gagal. Tapi sebenarnya skill mengawal kelas memang tak semudah teori yang kita belajar. Bila praktikkan memang tak 100% betul.

Tipulah kalau aku tak marah anak murid. Tipulah aku tak jentik langsung. Tipu sangat. Aku baik dengan mereka tapi pada masa yang sama kenalah tegas. Aku cuba mengawal amarah lagi-lagi bulan puasa. Nak-nak pembantu prasekolah tak ada. Kalau pembantu ada, budak takut nak buat bising.

Aku sebenarnya tak kisah budak-budak nak main ke apa. Tapi bila fikir balik, kami di sekolah. Tempat belajar. Yang ramai manusia di dalamnya. Bukan kami je ada. Nak tak nak aku perlu kawal supaya tak ada yang datang menjenguk. Kalau tegur depan tak apa, kalau belakang? Sentap!

Sangat mencabar puasa lagi bila ada orang buat lawak yang tak lawak. Sebenarnya apa yang kita tulis itulah yang kita maksudkan. Kalau melawak, kita akan cepat faham. Ini tidak. *HAHAHA itu macam plastik je nampak. Wake up! Kalau ya melawak, tak semua boleh terima lawak itu dan akhirnya sendiri yang mengamuk tak tentu. Bila kita melawak tahu pula tak boleh terima? Haila manusia =)

Cerpen: Sayangnya...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Aik baru habis mengajar ke ustaz?” Suara rakan sekerja sayup kedengaran. Aku menggagah diri untuk mendengar tiap butir bicara mereka. Sambil mata masih ralit dengan gajet di tangan.
“Yelah kak. Macam mana kerja tadi? Beres?” Suara dia benar-benar aku kenali.
“Tak mungkin!” perlahan saja suara aku terbit sendiri.
“Beres dah. Patutlah bagi salam kat akak tadi. Dalam diam ada makna. Kau tengok ni Zah. Bertuah punya budak…” Kak Lai membebel. Ustaz itu hanya ketawa.
“Alah kak. Macam tak biasa… akak tak jawab lagi soalan saya ni…” Lelaki itu menggesa tentang isu sama. Aku mengagahkan diri memandangnya.
“Dahlah. Zul kalau mintak tolong kemain lembut suara. Cair akak mendengar. Mujur akak dah tua…” Tawa lepas. Aku telan air liur. Zul! Siapa tak kenal Zul. Guru ganti yang pernah mengajar aku satu ketika dulu. Kini menjadi rakan setugasku. Umur kami pula tak jauh beza. Aku sebenarnya pernah ada rasa suka. Crush!
“Zul, ni cikgu baru. Dia baru lapor diri hari ni. Kau bagi dia buku sekolah. Biar dia baca sementara tunggu Pengetua datang. Lambat pulak ‘mem besar’ ni datang.” Aku mula gabra. Peluh dingin mula menyapa. Sungguh aku tak senang duduk. Mungkin Cikgu Zul tak kenal aku, tapi aku ingat dia. Sangat ingat!
“Cikgu baru ke?” Aku tunduk semata. Angguk tidak. Geleng pun tak.
“Nah buku ni. Dari mana?” Dia mengambil tempat di salah satu kusyen yang ada. Lagilah aku gugup. Perlahan aku menjawab pertanyaan.
“Aah cikgu baru. Saya asal Gombak…”
“Oh Gombak, rumah mak saya kat situ…” Gembira suaranya mendengar nama tempat itu.
“Cikgu…” Aku mula memberanikan diri memandangnya.
“Ya saya?” Aku jadi kelu.
“Awak…saya macam kenallah. Kita pernah jumpa kat maktab ke sebelum ni? Saya pun sambung belajar sekarang ni…” Ceritanya tanpa dipinta.
“Cikgu Zulfitri. Takkan saya tak kenal kan?” Aku mula berani.
“Kita kenal ke? Maaflah saya memang pelupa sikit. Maktab Raja Melewar ke?” Cikgu Zul masih kekal ramah sama seperti dulu. Yang berbeza hanyalah gelaran. Dulu cikgu kini ustaz. Janggal aku!
“Kat sini orang panggil saya ustaz. Oh ya, siapa nama awak?”
“Zakiah Hanis…” Itu saja mampu aku ucapkan. Siapa tak berdebar jumpa orang yang pernah disukai satu ketika dulu. Tingkatan 4 adalah tahun honeymoon. Jadi, guru-guru banyak fokus untuk SPM tahun itu. akhirnya, kami dapat guru ganti baru. Guru Bahasa Melayu yang bernama Zulfitri. Lepasan SPM. Best student lagi.
“Hanis? Awak belajar kat Gombaklah kan? No wonder awal panggil saya cikgu. Dulu saya memang ada jadi cikgu ganti. 3 bulan,” Dia mengangguk sendiri. Aku tersenyum.
‘Sekurangnya dia ingat!’ hatiku berbisik gembira.
“Betullah tu. Cikgu masa tu muda lagi. Jasa cikgu saya kenang sampai bila-bila…thank you!” Aku pula yang mula rancak berbual.
“Amboi ayat novel sungguh. By the way, lepas kerja jadi cikgu tulah saya tergerak hati nak sambung belajar. Tapi bidangnya tak sama. Awak pula ajar apa nanti?”
“Bahasa Melayu… seronok jumpa cikgu balik…” Aku menzahirkan rasa. Bukan setakat seronok, sangat seronok. Rasa ingin melompat bintang je ketika ini. Jantung mula berdetak deras.
“Okeylah Hanis. Saya ada meeting kejap lagi. Selamat bertugas ye. Bangga saya anak murid saya sebaris dengan saya pangkatnya…” Aku turut tersenyum. Terus terlupa gajet di tangan terlepas dari genggaman.
Xxxxx
Seminggu yang sibuk. Macam-macam hal aku perlu uruskan di tempat baru. Ada saja kerja menanti. Biasalah graduan panas-panas dari oven katanya.
“Hanis, nanti pergi pejabat. Nak isi data online. Benda tu penting tau…” Senior memberi pesanan. Aku hanya mengangguk. Adat di tempat orang. Masuk kandang kambing mengembek. Begitulah sebaliknya. Langkah aku laju ke pejabat. Bimbang orang ternanti-nanti.
“Ha, datang pun. Kenapa lambat cikgu Hanis?” Sekali lagi dia aku temui. Jangan kata dia yang nak isikan data aku? getus hatiku sendiri.
“Cikgu, kelas saya habis lambat tadi. Murid lambat hantar kerja…” Aku memberi alasan kukuh. Memang begitulah hakikatnya.
“Awak ni. ada-ada je. Meh nak isi. Masukkan kod sekolah dengan kata laluan. Macam ni…” Aku ralit mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Aku benar-benar gila.
“Hanis, awak ni faham ke tak? Saya tanya terkebil-kebil je…”
“Faham cikgu. Sorry, benda ni baru bagi saya…” Aku cuba cover kesalahanku. Padahal aku punya fikiran sudah jauh terbang ke langit yang membiru.
“Okey macam nilah. Tengok saya punya profil. Klik nama saya, tengok macam mana saya isi…” Aku terus memerhati setiap data dengan tekun.
‘Status perkahwinan…sudah berkahwin…’
“Cikgu kahwin tak ajak!” Aku cuba memurnikan rasa hati. Walaupun perit terasa kini.
“Nak ajak macam mana. Saya kahwin dua tahun lepas. Awak pun lost contact kan?” Cikgu Zulfitri cuba menangkan dirinya sendiri. Aku tersenyum tawar.
“Tahu. Saja je usik cikgu. Dah ada anak?” Laju aku bertanya.
“Belum ada rezeki…” Suaranya pula hambar.
“Sayangnya…”
“Tak apalah Hanis. Rezeki tu insyallah akan ada. Saya dengan isteri saya tak pernah putus asa. Tapi biasalah mulut orang, selalu je ada suara sumbang. Awak belum kahwin kan?” Dia tukar topik.
“Aaa belum. Saya tak terfikir pun lagi cikgu. Kerja lagi utama…” Dalam hati aku sudahpun berlagu pilu. ‘Sebenarnya saya tunggu cikgu…’
“Awak ni… kahwin tu kan sunnah. Jangan tak nak kahwin pulak bila jodoh sampai. Rugi tau jadi orang single. Saya ni, jumpa yang berkenan terus nikah. Buat apa nak pening kepala. Bercinta bagai nak rak. Janji sehidup semati akhirnya putus tengah jalan. Betul tak?” Cikgu Zul masih ramah. Masih banyak cakap sama seperti dulu. Masih tak pernah faham isi hati aku. Sama juga seperti dulu.
“Betul…”
“Awak kalau tak ada calon, saya boleh kenalkan kawan-kawan saya yang bujang. Trust me, kahwin ni seronok. Rugi lambat-lambat kahwin tau…” Gelak sakan Cikgu Zul. Aku masih tersenyum. Itu je mampu aku balas. Akhirnya, cinta aku tetap tak kesampaian. Kecewa sangat. Seperti luka ditabur garam. Begitulah sakitnya rasa ini. Tapi aku tetap doakan Cikgu Zulfitri berkekalan jodohnya dan dikurniakan cahaya mata dengan segera.
“Selamat tinggal cintaku…” Air mata mengalir saat aku melihatnya berpelukan dengan isterinya. Sungguh aku tak betah untuk melihat kemesraan mereka. Akhirnya, aku buat keputusan pindah sekolah setelah sah jawatan. Kini tiada lagi berita darinya. Entah apa khabar cikgu itu. Betullah kata orang, crush always remain crush.

TAMAT…

*Adakala reality amat payah untuk diterima tapi itulah hakikat sebuah kehidupan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Kita kawan kita lawan!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang aku boleh cakap pasal diorang ni? Apa yang korang nampak itulah diri mereka sebenar. Nampak macam kebudak-budakan tapi semua matang bila topik serius atau sedih. Kalau berjalan, mesti orang lain akan pandang. Bising teramat sangat. Cakap semedang boleh dengar. Inilah pengubat duka lara. Peneman kala sunyi. Dunia maya tak berseri tiada diorang. Dunia realiti sentiasa teringat kembali. Korang adalah yang terbaik antara yang baik. Mungkin ada yang tiada dalam gambar, tapi percayalah bila mana nama korang tersemat kat hati aku. Maknanya korang pun sebahagian dari hidup aku. 

Jelebu dan bergelar guru

Itulah tempat yang tertera dalam surat penempatan. Perasaan bercampur baur. Sedih pun ada. Blur ada. Gembira? Entah. Sejujurnya aku belum boleh terima kenyataan yang aku perlu ke tempat ini. Jauh dari keluarga dan rakan.

Lain benar rasa bila dah bergelar cikgu. Dulu belajar main-main. Seronok sangat bila murid panggil cikgu. Rasa nak melompat. Sekarang? Lain sangat. Rasa terbeban satu tanggungjawab yang besar.

Jelebu. Sebuah pekan kecil pada aku. Memang tak ada apapun. Jalan bengkang bengkok itu biasa. Pergi mana-mana rasa jauh semata. Tempat orang yang ganjil aku rasa. Serius aku tak pernah jejak kaki ke sini.

Apa yang aku lakukan? Cuba berubah untuk menyesuaikan diri. Janggal itu biasa. Dipulaukan itu ada terasa. Orang baru. Muda. Freshie. Ada degree pulak. Memang orang akan cop bukan-bukan. Itu normal. Aku cuba hadam gaya hidup di sini. Aku harap aku akan terus mampu bertahan.

Redha adalah perkara utama yang aku harus lakukan tika dan saat ini. Ada hikmah semua ini. Ada ganjaran menanti esok hari. Tiap hari menyedapkan hati diri sendiri. Di tempat terpencil ini. :-)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers