CORETAN TERBARU NADH

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, 

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi. 



Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 

dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... 

Jika kau membiarkannya pergi, 
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
hanya jika dia sangat menyayangimu. 
Dia akan menurunkan rasa EGOnya. 

Wahai suami2, 
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, 
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat 
kau terperuk terlalu dalam . 

Wahai suami2, 
jika seorang isteri menangis keranamu, 
tolong jangan menyia-nyiakannya... 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. 

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu... 
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT 
yang dirasakannya keranamu ? 


Apakah keistimewaan perempuan ini? 
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. 
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN... 
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya... 
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya... 

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. 
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya... 
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya... 
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN... 
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. 
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal. 
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia". 




Post by,
Miss Ran 

Ibu oh ibu~~~~

Fikiranku melayang jauh.
“Macam mana nak bagi tahu kat ibu ni? Kata-kata ibu cukup jelas. Tak perlu ulang siar lagi, tapi macam mana aku aku nak jumpa orang begitu? Susahla nak jelaskan kat ibu. Ibu bukan faham. Kalau aku bagi tahu sekarang boleh ke ibu terima?” rungutan demi rungutan terkeluar dari bibir si gadis. Oh mungkin belum sesuai untuk panggilan gadis. Perangainya tak ubah seperti kanak-kanak. Apa orang tua kata? Tak matang pemikiran.

“Ah aku pedulik ape! Janji aku happy,” dengus si dia kasar. Suaranya serak-serak basah kadangkala menyerupai suara lelaki. Tapi dia sedikit pun tidak peduli jika ada suara-suara sumbang mengatanya. Baginya, itu adalah rahmat pemberian dari ALLAH swt.

Eh apa yang aku melalut seorang ini. Berbalik pada ibuku. Kahwin. Perkataan itu ringkas namun padat dengan makna yang mendalam. Orang lain cakap senanglah. Bukan dia yang kena. Keluarga kita berbeza walaupun bangsa kita sama. Agama kita samakan?


“Arghh kenapa bangkitkan isu ini? Umurku baru mencecah 21 tahun. Masih terlalu awal untuk memikirkan soal ini.”


Kalau setakat kahwin nak aje aku ni..auu miang tau..!
Tapi teman hidupku ini layakkah dibuat suami? Layakkah di mata ibu dan ayah?
Amaran awal telah diberikan.
“Kalau mencari calon biarlah berhati-hati. Yang penting calon itu mesti direstui.” Kata-kata ini dipetik dr FB ibuku sendiri.
Kedeboomm~
Nak mampus? Sempurna di pandangan aku tak semestinya sempurna pada pandangan ibu dan ayah? Betul kan?
Lagi satu yang buat jiwaku parah. Lelaki itu mesti di interview dulu. Lulus tak semua ujian. Adakah lebih mendebarkan dari exam kita? Yela semua hal akan dipersoalkan. Termasuklah kesihatan, tabiat, pegangan agama, adab blah1000x…
Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan untuk senyapkan diri. Jangan bebankan diri dengan masalah. Study pon belum habis. Da menggatal. Ahakzz~~~
KALAU KORANG DI TEMPAT AKU…APE YANG KORANG AKAN BUAT? 


Cerpen: Keranamu Pak Cik Tapa

“Woi korang nak keluar tak?“Jerit Ned lantang.
Sepi seketika.
“Kecohlah ko ned!” Balas Ieda.
“Ala aku nak ambil laptop akulah…jomlah korang!”
“Laptop ko dah siap format ke Ned?” Tanye Afi pula.
“Dah. Aku dah konpemkan dengan akak tuh…” katanya dengan belagak.
“Tulah ko. Penjahat laptop.”
Ieda bingkas ke meja Nadira. Seperti mahu bergosip lagaknya.
Siti yang dari tadi membaca novel, menyampuk perbualan mereka.
“Aah Ned, reti buat rosak aje.”
“Apelah korang ni. Aku baik tau” Nadira buat muka paling kasihan di abad ini. Masing-masing berasa loya melihat riak muka Nadira itu tadi.
“Eleh tagih simpati la tuh.. pergi kau bermain muzik di sana!” Ieda membuat lagak Ibu mertuaku.
Meletuslah gelak yang tak ingat dunia di dalam kelas. Kata student IPT tapi perangai kalah budak tadika KEMAS itu.
“Kurang ajarlah korang ni!” Ned terus berlalu. Dia seakan-akan merajuk dengan rakan-rakannya. Manakala tawa mereka masih bersisa. Tidak peduli akan Nadira yang juga dikenali sebagai Chief Geng Penjahat.
“Woi korang. Ned merajuklah.” kata Afi setelah tawa mereka berhenti. Risau lagaknya.
“Hah ni idea punya pasallah. Sape suruh buat macam tu,” kata Siti sambil menunjukkan jari telunjuk ke Ieda.
“Hei aku tak bersalah…aku tak bersalah…” Ieda tersenyum macam kerang busuk yang sudah hangus.
“Ieda pegi pujuk ketua kite tuh..kang die mengadu kat pakcik..baru ko tau.” Afi seakan mengugut. Geram dengan perangai Ieda itu.
“Apelah korang nie. Risau sangat kenapa? Takpe2 biar aku pegi kenakan die. Konpem tak majuk da.”
Ieda sememangnya berotak jahat. Kalau bab mengenakan orang memang dia pandai. Dan mangsanya ialah Ned. Siti bersetuju dengan Ieda. Afi senyap. Mungkin dia juga sedang berfikir untuk mengenakan Nadira. Afi setuju akhirnya. Tugasan yang tak berapa nak mencabar ini telah diserahkan kepada Afi. Maklumlah bab ini, Afi baik berbanding yang lain. Eceh..baik ke? Dua kali lima je mereka semua ini.
XXXXXX
Setelah berbincang, mereka sepakat mengenakan Ned. Stick note yang telah ditulis dipandang penuh makna. Kenakalan mereka tidak dapat dibendung lagi. Otak masing-masing memang jahat, bukanlah jahat sampai masuk penjara tuh. Kalau bab mengenakan orang lain, masing-masing banyak idea. Tapi kalau jawab exam, muka macam belacan hangus. Ala untuk buat sambal belacan itu. He he he…
“Ok semua ready?” tanya Ieda perlahan. Takut Nadira yang berada di luar kelas terdengar rancangan jahat mereka.
“Ready..” jawab Siti dan Afi serentak.
“Nah Afi. Jaga-jaga ye. Jangan sampai kantoi lak,” tegas Ieda.
Lalu stick note pun bertukar tangan. Double tape juga telah diletakkan supaya kuat sikit melekatnya. Mereka semua sedia maklum bahawa Nadira seorang yang ganas. Sekali toleh jatuh lak kertas tuh. Afi pegang kertas itu kuat.  Debar di dada kian kencang. Peluh mula menitik. Penyakitnya datang lagi. Itulah kelemahannya. Takut sampai begitu sekali. Lama menunggu Afi menyelesaikan misi mereka. Akhirnya, berjaya juga. Ned senang hati setelah bergayut dengan pakwe kesayangannya. Aduh… kalau dah bergayut, suara pun tak dengar. Orang dilamun cinta kononnya.
XXXXXX
“Nadira, apa yang melekat kat tudung kamu tu?” tanya Cikgu Salina. Dia merenung stick note itu. Masing-masing sedang menahan gelak. Nadira terpinga-pinga.
“Apa dia cikgu?” tanya Nadira pula. Tangannya segera mencapai sesuatu. Namun gagal jua. Tangannya tidak sampai. Kalau sudah nama pendek… hehe.
“Ini kerja siapa?” Cikgu telah memegang stick note itu. Masing-masing sudah cuak. Afi apatah lagi. Muka seperti hendak meneran ehem-ehem aje. SENYAP…Itulah keadaan yang jarang berlaku di kelas NS1.
Cuba teka apa yang beraku selepas itu? Bermulalah ceramah yang panjang lebar yang bisa mencairkan tahi telinga budak-budak ini. Puan Salina memang begitu. Terlebih sifat keibuannya. He he he…
XXXXXX
“Woi kita pergi naik apa?” tanya Afi. Afi dan Ieda sudah bersetuju dengan Nadira untuk menemankannya keluar hari ini. Nadira tersenyum sendirian.
‘Berjaya juga aku pujuk diorang ni’ terdetik di hati Nadira. Kemenangan berpihak kepada dia. Dalam hati sempat juga dia berterima kasih kepada Puan Salina kerana telah membantunya.
“Orang tua-tua cakap, biar muka tak lawa tapi jangan PEKAK MELAMPAU-LAMPAU” jerit Ieda di telinga Nadira. Sebal hatinya. Penat dia dan Afi membebel, minah ni syok senyum sorang-sorang.
“Adoi...sakit telinga aku. Kenapa kau ni? Tak boleh tengok aku senang sikit ke?”
“Kau yang salah. Siapa suruh tak jawab soalan aku?” kata Afi geram
“Padan muka mu!” Ieda terus keluar pagar. Malas layan Nadira dan Afi bertekak.
“Yela…aku yang salah. Aku dah call uncle. Jangan risau k.” jawab Nadira tanpa rasa bersalah.
“Apasal kau tak jawab awal-awal? Memang sengal.”
Tak lama kemudian, Uncle datang. Tersengih-sengih melihat Nadira and the gang. Darling dia ada, seronoklah itu. He he he…
XXXXXX
“Miss laptop awak ni banyak masalahlah” kata abang rambut belah tengah tu.
Ieda dan Afi sibuk mengumpat di belakang. Rambut abang itu memang tak boleh blah. Kelakar gila. Selamatlah tak terburai ketawa kat situ juga. Kang kecil hati orang tua tu.
“Apa masalahnya bang?” tanya Nadira pula. Laptop itu sememangnya sudah lama. Laptop oranglah katakan.
“Semua sekali. Dah tak boleh selamatkan.”
“Beli barulah, dik.” Abang itu memberi saranan. Dan apalagi? Seronok Nadira tak terkata. Dia memang menginginkan saat itu dari semester satu dulu.
“Ok bang. Berapa?” senyumannya meleret. Begitu jua rakannya yang lain.
XXXXXX
“Wei Ned, dah call darling ko ke?” tanya Ieda setelah masing-masing melabuhkan punggung di tepi jalan raya.
“Kan uncle kata tadi dia ada hal. Kalau nak dia jemput, kena tunggulah.”
“Call lah orang lain. Takkan nak tercongok kat sini.” Afi sudah tidak selesa. Bahangnya tetap ada walaupun sudah pukul 5 petang.
“Afi ko try call Uncle Uppu. Aku call pakcik SmartShop.”
“Semua busylah. Macam mana ni?” Nadira mula tak senang duduk.
“Ada sorang lagi yang korang tak call” kata Ieda sambil mengesat peluhnya.
“Siapa?” hampir serentak pertanyaan mereka.
“Pak Cik Tapa…”
“Ala orang tua tu ke Ieda?” lemah suara Afi.
“Dah tak ada orang lainlah. Aku pun tak suka naik dengan dia.” Ieda mula menunjukkan muka menyampah.
“Ok2 call ajelah” kata Nadira memberi kata putus. Setelah itu, terus jari jemarinya mencari number  Pak Cik Tapa.
“Dia kata on the way…”
XXXXXX
15 minit kemudian.
“Lamanya, takkan on the way lagi?” Ieda sudah angkat punggungnya yang terbakar dek simen yang berhaba.
“Aah la..cuba ko telefon lagi Ned” kata Afi.
“Inilah janji melayu. Macam manalah melayu nak maju. Hidup menyusahkan orang lain aje.” Rungut Ieda geram.
“Korang, jom makan pisang goring. Air tebu pun ada tu”
“Ko ni Ned, laju aje bab makan,”
Afi memandang ke arah kedai yang bertentang dengan mereka. Air liurnya dah nak meleleh ni. Seperti orang mengantuk disorong bantal. Hatinya meronta-ronta inginkan air. Segalanya nampak sedap di matanya.
 “Jomlah, dahaga gila aku ni,”
Mereka bertiga berlari anak menyeberangi jalan raya yang dipenuhi kereta yang lalu lalang.
XXXXXX
“Kita minum dah. Makan pun dah. Mana pakcik ni?” Nadira sudah panas hati.
“Itulah aku tak suka dengan perangai Pak Cik Tapa ni. Janji je tau tapi hampeh!”
Ieda juga sakit hati. Pengalaman dulu sudah membuatkan dia tidak suka naik kereta Pak Cik Tapa. Janji tinggal janji. Sudah 40 minit mereka termangu di sana. Namun, batang hidung pakcik itu sedikit pun tak kelihatan.
“Ned, telefonlah uncle balik. Aku rasa dia dah free. Tak nak tunggu pak cik tu lagi” Afi kesal sebab tersadai lama di tepi ni.
“Lama dah kita ni. Kalau minta sedekah, dah kaya tau,” Ieda berkata dengan muka seposennya. Sempat lagi mengarut.
Tak lama selepas itu, uncle menjemput mereka. Mereka pun membebel kat uncle. Tak pasal-pasal uncle yang kena. Kesian…
Masing-masing sakit hati. Mereka tak faham apa yang Pak Cik Tapa buat sampai lama sangat dalam perjalanannya. Tetapi apa yang penting, dalam otak mereka still lagi tertanya-tanya sampai sekarang… Adakah kami yang bersalah???

Nukilan owner blog





Post by,

Miss Ran 

Toki...hampa...


Jiwaku kacau ketika ini.
Mungkin sebab mata yang mebengkak menahan sebak.
Apalah nasib aku nikan? Tapi apa boleh buat, dah nasib.
Kadang-kadang aku terfikir, ada tak alat yang boleh scan hati orang.
Oh aku tertekan dikala ini~~~
Somebody could you take me away from this problem?!

ps: LAGU TOKI NI MEMANG SESUAI DENGAN JIWA KALA INI
Ni linknye..nk upload tak dpt2 lak! hehe



Post by,
Miss Ran 

Cerpen: Satu tika dulu~~~

“Ibu, macam mana ni? Ipah takutlah,” ketika itu tangan menggigil tak terkata.
“Buat apa nak takut? Bukan lamapun. Awak tu dah nak belajar. Kenalah berani!” isyarat mata Puan Latifah sudah menggerunkan.
Nak tak nak terpaksa aku pergi jugak. Lalu ku kuatkan langkahku jua ke Dewan besar yang tak berapa nak besar itu. Takut setinggi langit. Yelah anak mak. Semua perkara nak bergantung dengan mak. Nak kata manja tak adalah tapi mungkin keyakinan diri tak ada lagi masa itu. Umur pun setahun jagung lagikan.
Berdebar-debar tak terkata pabila aku mula melangkah. Ku toleh ke belakang sekelip mata ibu dan bapaku hilang dari pandangan.
“Mana ibu ayah ni?” raut wajahku sudah berubah keruh. Rilekslah takkan kena daftar sendiri nak nangiskan? Buat malu orang kampung aje!
Aku bergerak perlahan sambil mata melilau mencari kaunter yang akan menjadi kelas aku kelak. Akhirnya! Mataku tertancap pada seorang auntie berbangsa Cina. Garang semacam aje muka dia ni. Hehe
“Betul ke aku ni? Takutnya,” aku membebel lagi.
“Mak aih ramai jugak orang beratur,” muka aku dah makin murung. Rasa takut memang dah lama menyelubungi. Rasa nak bunuh diri time tu jugak. Hehe…
Dulu aku memang penakut nak mampus. Tapi kalau jalan sorang-sorang tengah malam or pergi tandas malam-malam tak takut pulak. Yelah budak perempuanlah katakan. Semua nak berteman. Tak ada bodyguard tak sah. Tapi aku bukan macam tu ok! Aku cuma penakut berdepan dengan orang lagi-lagi yang baru nak kenal.
Nak dijadikan cerita aku beraturlah belakang orang yang agak besar jugak badannya. Adalah dua tiga orang di hadapanku. Dengan high heel ‘BATA’ mari. Memang kaki sakit tak terkiralah. Hehe
Elok-elok aku beratur tetibe ada sorang minah kerek bajet vogue datang memotong. Ini sudah lebih ni. Sesuka dia je potong line aku. Penat kami beratur. Tapi yang aku pelik kenapa dia nak potong aku? Kenapa tak orang depan lagi?
Hati mana tak marah beb? Tapi aku diamkan aje. Malas nak kecoh-kecoh. Gerun je tengok pemakaian dia. Up to date la konon. Make up jangan ceritalah. Cantik and very the vogue!
Tiba-tiba aku rasa aura membahang arah hadapan. Aku terkaku. Pandanganku teralih ke luar dewan. Yah! Itu dia. Mak singa sudah marah. Siapa? Emak kepada ipah iaitu Puan Latifah @ Kak Pah. Mak den dah mengamuk itu. Budak depan ni saja buat aku kena marah dengan ibu. Apalagi kalutlah aku yang memang jenis kabut ni. Time tu jugak aku minta tolong orang depan aku yang agak besar. Bukan nak mengutuk tapi kenyataan. Hehe
“A…aa..awak...” sayup-sayup aje bunyinya. Tanganku menepuk sedikit bahunya.
Dia menoleh seh. Cuak beb!
“Erm boleh bagi saya pergi dulu tak? Mak saya dah marahlah,” muka aku memang tak payah dinafikan lagi. Kesian habislah. Kalau muka seposen dah buruk apatah lagi muka aku yang tak bernilai ni.
Budak tu pandang pelik. Tapi Allhamdulillah dia bagi jugak aku potong dia. Aku tak taulah macam mana aku jadi kebelakang and minah vogue tu makin kedepan.
‘Lama pulak minah ni!’ hati sudah panas. Dahla potong aku, lambat pulak. Bikin masalah aje.
Lama jugak kami tercongok depan madam ni. Uruskan itu ini. Dewan tu pulak kipas je ada. Memang season tempat yang akan aku huni ni. 5 tahun setengah babe. Lama nau!
“Nama saya Iffah Afeefah binti _____. Saya berasal dari Kajang, Selangor. Saya masuk sini sebab minat. Hehe…” dalam hati memberontak. Yelah tu minat. Bukan sebab ibu suruh ke? Hehe

Bisakah aku? 3

Farihana tersedar. Lantas di merenung sekeliling yang begitu asing baginya. Bilik indah itu sungguh mewah. Tak terlintas dihatinya dapat lena di katil sedemikian rupa.
“A..aku kat ma..a..na?” kepalanya berdenyut kencang. Terus dia menyelak selimut tebal. Mujur pakaiannya masih baik tapi ada kesan carik.
“Arggghhhhhh!!!!!” jeritnya sekuat hati. Terkocoh-kocoh Fareez naik ke biliknya.
“Jangan risau. Kau selamat!” tegas.
“Kau siapa? Kenapa aku ada kat sini?!” Tanya Farihana laju. Peluh dingin mula menitik.
“Kau tak perlu takut. Kau bukan orang baik-baik. Aku takkan cemarkan diri aku dengan menyentuh kau!” Fareez angkuh.
Tangisan mula jelas kedengaran. Hanya sekelip mata dia dipandang jijik. Apa yang dia telah lakukan sehingga dirinya diperlakukan tak ubah seperti sampah.
Fareez mulai gelabah. Dia sengaja menduga hati wanita tak berdosa itu.
‘Argh apa yang kau buat. Bodoh betul!’ kutuknya sendiri.
“Sudah-sudah ambil makanan kau ni. Makan!” Fareez berlagak bagus. Dia perlu meneruskan lakonannya. Biar perempuan itu dapat pengajaran. Dia sangat benci pada perempuan murahan, yang tiada harga diri. Sehingga sanggup membiarkan tubuhnya diratah mana-mana lelaki perosak. Aku takkan biarkan! Aku benci!!!
XXXXXX
Farihana cuba melangkah ke kamar mandi namun tak berdaya. Tubuhnya longlai dan kepalanya pusing. Dia cuba mengingati peristiwa semalam. Jawapan yang diharapkan daripada lelaki misteri hanya tinggal tanda tanya.
“Parti apa ni sayang?” Farihana mula hairan. Segala perlakuan sungguh asing baginya. Seperti parti liar. Lelaki dan wanita sibuk bercumbu-cumbuan di khalayak. Di sebelah sudut lain, terdapat tarian yang sungguh jijik. Terasa martabat wanita direndah-rendahkan.
“Sayang, sekejap I nak jumpa kawan I. you tunggu ye,” senyuman bermakna. Namun dia tak dapat menafsirkannya. Bunyi muzik terlalu kuat. Dia mulai lemas dalam kelompok itu.
“hai cik adik, sorang je ke? Cik abang ni boleh temankan,” tangan lelaki itu seraya terasa dibahunya.
“Ish apa sentuh-sentuh ni? Saya datang berdua. So excuse me!” jelingan maut diberikan kepada jantan miang tadi.
“Yang, kenapa muka monyok ni, meh kita minum. Oh jangan risau air ni selamat,” senyuman yang sama kembali. Farihana hanya tersenyum. Lalu disuakan botol air mineral ke mulutnya. Seperti sangat dahaga lagaknya. Mungkin rimas dengan gangguan tadi. Sekejap sahaja matanya mulai layu dan akhirnya…
XXXXXX
“Tak…tak..tak mungkin! Azhar baik. Tak mungkinnnnnn!!!!” jeritnya. Serentak itu, air mata sudah melimpah dari empangannya. Esak tangisnya semakin kuat kedengaran.
Farihana terkejut. Kecewa. Sakit hati. Rasa dikhianati dan terasa dirinya bodoh. Ya tepat sekali perkataan itu. Dia terlalu bodoh menilai cinta Azhar. Perkenalannya selama setahun tidak diduga berakhir begini. Terasa dirinya diperbodohkan selama setahun lamanya. Dia tak sangka Azhar yang dia kenali sebenarnya lelaki durjana.
“Azhar!!!!!!!!!” jeritannya makin kuat.
Sementara di ruang tamu, Fareez yang leka membaca surat khabar juga terkejut. Pak Mat terkocoh-kocoh masuk ke rumah.
“Tuan…tuan ada apa?” Tanya Pak Mat seakan panik.
Orang tua itu sudah lama berkhidmat untuk mereka. Walaupun sudah kelihatan tua, tapi tenaga untuk membuat kerja sentiasa ada. Tambahan pula, sikapnya yang rajin dan penyayang buat Fareez selesa dengan Pak Mat.
“Tuan, Pak Mat Tanya ni. Tuan boleh senyum dengar jeritan perempuan tu?” Tanya Pak Mat lagi.
Dia sungguh hairan dengan perlakuan Tuan Mudanya itu. Sentiasa bersikap tenang. Tak pernah sekalipun Pak Mat nampak Tuan Muda Fareez serabut walaupun dalam keadaan yang genting.

ps: cerita ini mungkin akan jadi cerpan...sebab sang penulis kekeringan idea. lagipun sang penulis tak mahu dilabel sebagai syok sendiri...hehe teruskan membaca!



Post by,

Miss Ran 

ADUHAI SAYANG-SAYANGKU

Nak ditelan mati mak
nak diluah mati bapa
hai kenapa
pabila berdepan dengan sayang-sayangku
aku tak mampu

Lantas tintaku terhenti
penaku seakan kaku
aku jadi bingung
bingung dengan perasaan sendiri

Adakah diam lebih baik
dakah aku diibaratkan
seperti menjaga kain orang lain
aku tak mampu berkata-kata
aku lemah dalam berbicara
aku kelu tanpa suara

Duhai sayang-sayangku
mengertikah kamu tentang hati
hati yang lara
hati yang parah
sungguh aku tak kuat
tak kuat untuk meluahkan
apatah lagi menasihatimu

Jika kau faham akan hati ini
pastilah kau tak begitu
pastilah aku tak begini
pastilah kau dan aku
kan menjadi pejuang
pejuang yang hebat
pejuang untuk dirimu
pejuang yang tahu
akan kebenaranNYA
kebesaranNYA
sungguh aku lemah
aku perlukan MU
bantulah hambaMU ini
Ya ALLAH!!!!





Post by,
Miss Ran 

Aku tak lemah dan aku tak kuat

Jika aku dapat undurkan masa pastilah aku tidak begini...
Tersorok...tersudut di ruang sepi...
Terasa kosong setiap kali... terasa waktu pantas berlari...
Laju meninggalkan ku sendiri...tanpa ku menyedari...

Setiap omongan tak bisa mencairkannya...
Bahkan ais jua tidak mampu memadamkannya...
Malah makin membara...seperti hangatnya mentari
Namun ia taklah selesu pagi ini...

Hangat dan membakar seluruh jiwa...
Aku sakit...aku penat...aku letih...aku lara...
Kenapa aku terasa sepi sekali...
Seperti aku di dunia sendiri...

Jiwaku merintih...merayu tapi tiada yang ada...
Yang ada seakan tiada...
Sungguh aku tak mengerti...
Adakah percaturan ini akan terhenti...

Aku tidak mahukannya...aku tidak perlukannya...
Aku tak mahu menongkah arus hati...
Aku tak mahu menurut kata hati...
Aku tak mahu disisihkan lagi...ku sendiri...

Terjatuh dari berdiri...
Tersepit di kanan kiri...
Terlantar kaku di sudut tepi...
Jeritan tak ku sedari...

Tangisan tak ku mulai...
Seakan aku yang bermimpi
Mimpi yang tak pasti...
Aku mendongak lagi...

Ku renung ke dasar hati...
ku tertanya pada diri...
Apakah aku bisa kembali...
teguh berdiri...

Supaya aku senyum sendiri...
Supaya aku punya hati...
Supaya aku gembira lagi...
Supaya dia ada di sisi...

Supaya aku tidak sendiri...
Supaya ada dia, aku, kami...
Supaya aku tak rintih lagi...
Supaya aku tak terasa sunyi...

Dan aku serta dia bahagia jadi...
Namun akan tamatkah ceritera ini...
Ku sendiri masih tidak pasti...
Semoga bahagia milik kami =)




Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers