CORETAN TERBARU NADH

Mesir, adik ipar aku?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan Islam.

Tengok title dah tahu aku nak cerita pasal apa. Aku bukan minat sangat isu luar negara. Lagi-lagi tak ada kaitan dengan aku. Tapi hati aku tetiba terpanggil nak tulis entry ni. Bayangkan kita punya saudara ada di sana? Aku dah mula takut. Bila-bila masa je ada orang akan bom sana sini. Yang penting seseorang yang amat ku kenal belajar di sana. Bayangkan? Famili dia selalu datang rumah. Dah macam famili dah. Kalau ada jodoh dengan adik aku memang itulah calon untuk dia. Tapi memandangkan keadaan Mesir sekarang aku jadi takut. Takut kehilangan mungkin. Bukan aku suka kat budak tu. Suka sebagai kakaklah. Bakal kakak ipar yang prihatin kan?

Tak tahu apa cerita kat sana. Budak tu ada telefon adik aku di India. Sebab Mesir telah putuskan perkhidmatan internet dan telefon. Tapi India dapat pula dihubungi. Jadi segala kejadian dia akan laporkan kepada adik aku, adik aku bagitau kami dan kami bagitau kat mak dia. Susahkan? Mujur talian ke India tak disekat. Kesian diorang. Kena berkurung. Makanan pula makin kurang. Mesti dalam ketakutan sekarang. Aku jua risau sama. Kalaupun bukan kenalan tapi aku memikirkan saudara seislam, satu malaysia. Aku gundah gulana sekarang. Minta perkara tak elok dijauhkan. 

Aku menyeru kat korang semua marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk mereka. Semoga keadaan ini beransur pulih. Serius aku takut akan sebuah kehilangan!

Post by,
Miss Ran 

Satu Jam Saja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan Islam.


Entry yang pendek.
Satu jam saja.
Pernah dengarkan?
Lagu indonesia. Band mana entah.


Tapi aku nak ceita lain.
Aku nak tengok movielah.
Apa kaitan dengan lagu?
Sebab tajuk ceritanya sama.
Tak taulah. Adik beradik kot.
Apapun jom layan~~~




dah habis tengok nanti aku cerita macam mana okeh!


PS: Agak cemburu melihat mereka ke gathering SB. Aku pemalu orangnya. Tengok ICEBREAKING boleh mati kaku. Ni pulak lalui sendiri kan? Malu tapi mahu!



Post by,
Miss Ran 

Special Giveaway from Moscow




Syarat-syaratnya
  1. Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member   kan?)
  2. Anda dijemput menjadi follower http://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)
  3. Post satu entry ttg giveaway ini di dlm blog anda "Special Giveaway from Moscow" dan link kpd blog ini ( copy syarat penyertaan dr  no-1 hingga seterusnya)..dan kalau rajin letak enty berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..tak nak paksa..:) 
  4. Tag 5 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag. 
  5. Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan  giveaway dan (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda supaya senang saya contact. 
  6. Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011.
  7. kalau nak join klik sini
1. done!
2. also done!
3. Dalam proses!
4. tagged:absakulah nonotgemtingk.u hehe
5. Tinggalkan kat sini boleh? degil ni

kebaikan:

Dapat hadiah.
dapat trafik free.
dapat tambah entry baru.
dapat menjana kekreatifan contoh suka berpantun masa contest.
dapat berkenalan dengan orang lain.
dapat mengisi masa lapang.
dapat melibatkan diri dengan dunia maya secara tak langsung.
dapat promosi blog.
dapat bertanding secara sihat.(kalau pertandingan entry paling best lah)

keburukan:

tak menang apa-apa buat orang menyampah kat owner blog.
orang tak nak datang blog sebab ramai sangat yang join.
menyusahkan orang buat benda yang remeh. (macam-macam songeh)
kadang-kadang tak perasan pun contest tu dah umumkan pemenang.
lucky draw yang tak best.

Post by,
Miss Ran 

Ada apa dengan warna?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SELAMAT SEJAHTERA BAGI YANG BUKAN ISLAM

Aku tertarik untuk bercerita pasal warna. Kenapa? Masa BW tadi ternampak gambar seorang perempuan yang sangat suka pada warna PINK. tak hairanlah kan. Perempuan ramai suka pink termasuklah aku. Hah kantoi. Ingatkan dulu je aku suka pink. Gua metal beb. Haha sekali bila tengok picture tu ternyata minat PINK belum lupus rupanya.

Antara barang aku yang warna pink. Selipar bilik, tuala(tak guna sekarang), ubat gigi (pink purple), baju tshirt sehelai eh 2 helai, baju kurung adalah beberapa, tudung bawal, cadar berserta comforter dan sarungnya, cadar baru beli pink dan hijau sikit, inner shawl, selipar jamban dulu pink sekarang tukar biru, lipstik, lip gloss, gunting kecil, eyeshadow. Setakat ni jela. Lupa dah hehe.

Tapi disebabkan minat gila kat baju pink geng blog pink. Aku dengan sukacitanya menempahnya dengan syarat kena join geng itu. Habislah dah tak brutal. Haha gurau je. Blog pink apa? Tengok chatboxlah.

Pink kan nampak lembut. Suci gitu. Ye je aku ni. Taklah depends kat minatlah. Kalau tak minat apa pun tak boleh jalan. Buat lelaki yang minat pink silakan. Tak ada yang nak marah. Janji kenalah sedar diri juga. Takut-takut jadi sutun pulak. Tau ke cerita tu?

PINK is colour. Whatever you choose you can't deny it. MENGAKU AKU MUET cukup-cukup makan. Kalau grammer tunggang langgang jangan marah eh. Wakaka macam mana melayu nak maju. Belum apa-apa dah ada yang komen yang negatif.

PS:::GUA MINAT PINK TAPI GUA BRUTAL. YEAH! (signature pun pink k. Nampak sangat pinknya)


Post by,
Miss Ran 


Bagaikan semalam

bagai semalam aku mula bernafas
bagai semalam ibu menyusukanku
baru semalam aku diusap lembut
bagai semalam kau hadir di sisiku

detik itu tiba lalu rosak semua
hamparan itu kian pudar
titik noda mula menular
aku kian parah di sini

bagai tercabut nyawa ini
bagai melimpah air mata 
bagai sukma tak mewangi
hanya aku bersendirian

lenaku terjaga hiba
kian menyiksa jiwa
mematah sendi-sendi
melemahkan rasa dalam diri

sungguh semuanya tiba-tiba
baru semalam aku terasa
hanya aku yang tak sedar
yang aku tak punya siapa-siapa

kini hanya aku sahaja ada
dengan sisa cinta di dada
melontarkan diri berteleku
memohon perlindunganMU

Post by,
Miss Ran 

Bloglist Iqbalhakimi | jom terbang!!

jom klik untuk terbang

Anak Mak senah cantik
anak kak siti dah molek
blog anda sangat unik
saya asyik datang balik

ini ikan sangat panjang
kulitnya berbelang-belang
saya suka cerita gebang
apalagi jom kita terbang

kepala ayam kepala itik
kepala dipenggal sekali saja
blog ini sangat cantik
buat hati nak intai saja

kaum Hawa sangat hebat
kaum Adam tak kalah juga
header bro memang hebat
macam nak header juga

Pergi beli yis roti tebal
nak buat sarapan pagi
sempoilah blog bro Iqbal
buat kita nak datang lagi

kategori : pelajar miskin kaum Hawa

Post by,
Miss Ran 

Berhenti berharap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan ISLAM.


Aku dah berhenti berharap.


Putus asa.


Penat.


Tak sabar lagi.


Orang cakap sabar.


Orang cakap jangan putus asa.


Aku cakap aku dak tak boleh sabar.


Aku cakap aku dah penat bertahan supaya tak putus asa.


Dan kata-kata terakhir aku kepada ENCIK N.


Get lost! Aku dah meluat dengan kau. Lantak kaulah. Malas bukak website ENCIK N lagi!!!!


ps: Tak ada mood apabila rumahku dijadikan hotel.



Post by,
Miss Ran 

Contest cintai alam sekitar

klik banner untuk join



Langkah-langkah menjaga alam sekitar:

1. Membuat kempen tentang kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya alam sekitar dengan berkesan. (Buat sebab dan akibat jika kita tak menjaganya)

2. Mendenda sesiapa sahaja yang membuat pembakaran terbuka. (Dendaan dalam bentuk rotan atau penjara. Kalau denda duit orang kaya bolehlah lepas tangan)

3. Memperbanyak aktiviti kitar semula di kalangan masyarakat. Pemimpin kena main peranan.

4. Gunakan konsep 3R iaitu recycle, reuse, reduce. (Sebenarnya ada lima yang saya tahu tapi tak ingat pulak)

5. Mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan dengan ketat. Pastikan dendaan di laksanakan bagi yang ingkar.

6. Membudayakan kitar semula di sekolah. Guru harus main peranan. (Nyahkan tong sampah supaya murid sedar pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar)

ps: itu saja setakat ni. kalau ada penambahan saya akan inform.
Post by,
Miss Ran 

Segmen Syok Sendiri

image
klik gambar encik ben untuk join


Ketika ditemu bual oleh pemberita. Saya ditemani oleh abang.


Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
Miss Ran

Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
Sebenarnya saya suka sangat tengok cerita Conan Edogawa. Bagi saya watak Ran dalam cerita itu sangat bagus dan setia. Seorang wanita yang serius dan matang dalam menyelesaikan masalah hidupnya.

Kenapa anda berblogging ?
Saya suka mengarang cerita. Saya suka berpuisi tapi sekadar dalam bentuk tulisan. Saya lebih banyak menulis di dalam alam maya berbanding menghantar karya-karya ke syarikat yang berkenaan.

Siapakah pemberi semangat anda ?
Saya sendiri. Saya sangat yakin dengan bakat yang saya ada. Kadang-kadang ada yang mengkritik hasil nukilan saya. Tak juga memuji. Semua itu saya terima. Saya jadikan ia pendorong kepada kepuasan saya sendiri.

Sudah berapa lamakah anda berblog ?
Belum setahun jagung pun. Pada 28.5.2010 saya telah memulakan dunia blogging.

Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
Kawan saya sendiri. Beliau sangat gemar menulis novel dan cerpen. Saya selalu mengikuti perkembangan cerita beliau. Kadangkala saya juga memberikan kritikan demi kebaikannya. Cita-cita beliau sangat besar dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk berblogging.

Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
Kenangan manis saya ialah saya dapat menambah ilmu sekaligus saya dapat belajar macam-macam perkara baru dalam alam maya ini.

Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?
Setakat ini masih belum ada kenangan seperti itu. Kalau adapun saya akan anggap ia sebagai ujian daripada Allah S.W.T kepada hamba-Nya.

Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
Saya dapat pengikut yang sentiasa mengikut perkembangan saya. Bukan hanya klik butang follower(pengikut) tanpa membaca setiap cerita terbaru dari saya.

Selain berblog , apakah minat anda ?
Saya suka membaca novel. Bagi saya novel itu suatu hiburan disamping memberi kita seribu satu impak dan situasi alam dunia sebenar yang kita belum tentu dapat merasainya.

Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
Saya akan mengutamakan pelajaran saya terlebih dahulu. Jika ada masa terluang barulah saya menghadap blog. Satu hari tinggal umpama setahun pula rasanya.

Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini .
Pada pendapat saya. Blog adalah media yang baik dalam menyampai segala ilmu. Terpulang kepada kita sebagai penulis dan pembaca untuk mempengaruhi pembaca. Jika baik niat kita, Insyaallah apa yang kita nak sampaikan akan terus ke sanubari pembaca.

Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri.
Nasihat saya mudah sahaja. Life is choice. Anda yang memilih sama ada kesudahan cerita anda berakhir dengan gembira atau kedukaan. Allah telah memberi jalan. Terpulang kepada kita sama ada neraka jahanam atau syurga yang indah dijanjikan ALLAH S.W.T. untuk hambaNya yang bertaqwa.

nuffnang
Post by,
Miss Ran 

COLOURFUL CONTEST

klik untuk join k
Warna warni kan?



HIDUP INI COLOURFUL KERANA


hidup ini sangat warna warni
ceria tanpa bersendiri
hanya teman menemani
saat kau tersisih

hidup ini sangat warna warni
aneka ragam manusia kini
sama-sama naik sendiri
tapi ramai hasad dengki

hidup ini sangat warna warni
kian lama kian berseri
makin cantik merah pipi
seumpama sang bidadari

hidup ini sangay warna warni
ada yang kurus ada yang tinggi
biar kita tidak berseni
tapi kita tetap berdiri

hidup ini sangat warna warni
umpama tiang tegak berdiri
dipukul angin tak beralih kiri
dihentam hujan tak dini

hidup ini sangat warna warni
penat sudah hamba meneliti
dalam dunia sukar dicari
kebahagian yang hakiki


 kalau nak join sila klik ini.

Post by,
Miss Ran 

Pencarian Blog Paling Ringan, Ideal Dan Berat 2011

klik banner pakcik luncai untuk menjoin k!

Dengan rasa berat hatinya aku menjoin contest? Entahlah nak panggil apa. Si luncai ni mengajak semua orang kampung join menda ni. Bukan susah mana pun. Rajin-rajinkan diri buat entry. Si luncai tak tipu punya. Hehe (Aku promot lebih ni. Ada bonus tak?)

Aku dengan bangganya mengatakan yang blog aku ringan eh tak ideal kot. Sebabnya macam-macam mende aku rasa penting. Jadi nak tak nak kenalah letak. But aku rasa dah cukup ideal dah ni. Tak berat macam gajah tak ringan macam rama-rama hehe.

Dengan tak malunya aku mengetag member-member sekuliah erk geli lak. Member sekelas. Calon-calonnya ialah My ketuaAkauntan kelaspelukis jalananpelakon klip video kau mawarkubudak pintar cerdasakak topup.

Cukuplahkan luncai? Banyak-banyak tak sempat diorang nak join nanti hehe~~~ Sambil-sambil promot member!

Post by,
Miss Ran 

Kehilangan paling terasa dalam hidupku - Contest Ady

klik untuk join

Kasih ku tak kesampaian,
jumpa tak kesempatan,
hati dalam kepiluan,
menangisi sebuah kematian.

sakit masih terasa kini,
luka masih berdarah lagi,
pergimu ada pengganti,
tapi dirimu tak dilupai.

sedihku melihat gambarmu.
sayu hati mengenangkanmu,
terlalu muda untuk pergi dulu,
tapi itulah takdir Tuhanku.

Semoga kau tenang di sana,
diapit bidadari syurga,
ku akan panjatkan doa,
semoga arwah tenang selamanya.

(Tangisi kematian tidak elok tapi jika hati mula menangis tak ada yang dapat menghalang!)
Post by,
Miss Ran 



Salam? Askum? Semekom?

Untuk renungan..

Tazkirah - PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya??

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM

dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM” (ni dah tau ni jangan cakap macam ni lagi eh)

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada Fadzillah Kamsah ye” contoh lerr… (weh yaya selalu kirim salam macam ni kot. serius)

Dan bukannya : “Kirim salam kat Sameon yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Sumber : Share dari cik yaya.



PS: Lama dah tau cuma tak ada artikel yang sahih hehe~~~


nuffnang

Post by,
Miss Ran 




Follower MR

Tengok tajuk pun dah agak aku nak cerita pasal apa kan? hehe


Gian betul nak menaip haha.


Ops sorry. ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA bagi yang bukan Islam.


Lama rasa dah meninggalkan dunia blog ni. Kesibukan melanda diri ini.


Balik cuti yeahhh. Duit pun masuk yeah. 


Tapi yang tak best nya aku balik-balik kena berjaga sampai pagi tolong ibu buat kuih. 


Kenapa?


Sebab hari ni adalah hari persandingan kakak aku yang kedua. Belah lelaki pulak. 


Juah tempatnya. Kat Kluang Johor. Agak penat.


Dahla jammed tadi. Accident kat highway Seremban KL. 


8 buah kereta kot berlanggar. Mesti laju. Jarak pulak dekat sangat.


Tapi tak teruk. Just langgar depan belakang. Tak nampak yang cedera parah.


Tapi ambulans datang. Stuck lama kat situ. Maybe yang cedera dah bawa ke hospitals seremban kot.


Ayah aku pun nyaris nak berlanggar tadi. Sebab hujan. Jalan licin. Tak clear nak tengok depan. Selamat.


Kalau tak terkuburlah blog ni. hehe


Ish melalut cerita pasal lain.


TERIMA KASIH kepada semua yang follow aku, tak kiralah popular ke tak ke, ikhlas ke tak ikhlas ke (yang duk suruh aku follow dia balik haha). 


Tak terkecualilah. 100 orang tu! Nampak jakun? Biarlah aku excited ni. hehe


ps: Aku sedih tengok nuff tak bertambah pun. Tapi aku tak kisah. Sebab dah ramai jenguk blog aku. Tu dah memadai. Buat apa nak tamak-tamak kan?


sekadar suka-suka:::


nuffnang

Post by,

Miss Ran 

Lagi Sayang... Lagi Diuji


"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." [B](Surah Ar-Rum: 36-37)[/B]

[B]Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu[/B]

Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah [B]berpunca dari kelalaianmu sendiri.[/B] Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. [B]Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka?[/B] Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

[B]Ujian Ini Nikmat Keimanan[/B]

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." [B](Surah Al-Ankabut: 3-4) [/B]

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, [B]mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?[/B]

[B]Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah[/B]

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, [B]maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.[/B]

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: [B]Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.[/B]

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!

sumber: iluvislam

Ps: Aku makin lama makin diuji. Ini tanda ALLAH masih sayangkan hamba-hambaNYA.
nuffnang

Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers