CORETAN TERBARU NADH

41#Wordless Wednesday | Konvokesyen IPG

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM


Dua berita GEMBIRA untuk IFFAH AFEEFAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
ALHAMDULILLAH
Pada sesiapa yang sama macam aku, masih ada peluang. Tunggulah surat dan berita gembira ini. Memang lama kan kita menanti untuk posting? Sabar itu ada ganjarannya. Ini belum tahu penempatan. Masing-masing doakan aku dapat dekat dengan family =)
PreConvo at Putrajaya
Panas terik lepas raptai kami berjalan sekitar PICC. Tak perlu photographer handalan. Guna phone pun boleh.
Setelah lima tahun masih kekal sengal kikiki
Akhir kata dari aku moga persahabatan yang terjalin kekal sehingga ke syurga. Dah dapat kerja tu bersyukurlah dan teruskan menjadi pendidik yang berwibawa. Untuk semua juga =)
Kamilah GENG SENGAL ABADI

Behave!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang aku nak taip hari ni berkaitan dengan personaliti, gaya hidup dan cara kita membawa diri untuk masuk sesuatu kelompok. Bukan kita, mungkin lebih menjurus kepada aku.

Sebenarnya aku dah perasan lama perangai aku memang agak kebudak-budakan sikit. Biasalah orang kata itu yang memeriahkan suasana. Kalau semua nak jadi serius, siapa nak jadi sengal? Iya tak? Tapi tak semua orang boleh terima cara kita. Lagi-lagi perempuan. Cuba kalau tak sopan sikit mesti kena sound baik punya. BEHAVE!

Aku selalu kena dengan adik angkat aku. Walaupun budak tu baru 16 tapi dia pulak lagi matang dari aku. Nak tak nak kenalah dengar cakap dia. Tapi kejap jelah behave lepas tu menggila balik. Aku tahu aku kena kurangkan kegiatan ketidakmatangan aku ni. Kang orang cop aku gedik, gila dan sebagainya.

Apapun aku nak berubah menjadi lebih matang. Gila-gila bila perlu. Jangan terlalu teruja sehingga lupa daratan. Jangan gila gamba. Eh apa kaitan? Nanti ada orang cop aku gila gambar. Ramai rupanya tak suka kat aku ni. Tak sangka. Yang penting aku ada moto baru, Kurangkan kesengalan tingkatkan kematangan. Amboi!

Cerpen: Pergi saja....

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Pergi!!!” Dentuman pintu kuat kedengaran. Di dalamnya ada suara perempuan sedang menangis kelukaan. Sakitnya bila ditinggalkan. Sakitnya bila dikhianati insan tersayang. Dan lebih sakit bila kebenaran terungkai setelah dia sah menjadi isteri kepada suami yang dia benci kini. Maira menangis kesedihan. Teresak-esak di balik pintu kamar utama. Bagaikan tiada penghujung tangisan itu. Sungguh beban yang tergalas di hati kecilnya sangat menyesakkan dada. Sesekali dia menarik nafas kasar. Tangisan tetap setia menemani si isteri.
Xxxxxx
“Maira…” Suara lembut menyapa gegendang telinganya. Yang pasti bukan suara si suami pendusta. Bukan suara serak lelaki itu. Matanya yang bengkak dibuka. Perlahan kelopak dinaikkan. Silau menebus pancainderanya.
“Maira… bangun nak,” Mak Lah menghulurkan tangan yang kudrat tak seberapa untuk membangunkan semula Maira dari pembaringan di lantai marmar yang sejuk tanpa alas.
“Mak Lah, jangan risau. Saya bangun sendiri… lagipun Mak Lah bukan kuat sangat… saya ni gemuk tau…” Perlahan Mak Lah berundur memberikan laluan kepada Maira. Puan muda dalam rumah besar ini. Dia sudah lama menantikan orang baru yang menyerikan rumah ini. Sejak kematian Datin Suhana, rumah ini menjadi sunyi. Redzwan sibuk dengan kerja. Datuk Reza sibuk dengan outstation. Tak pernah lekat di rumah. Katanya rumah lagi mengingatkan dia kepada arwah isteri. Pernah juga Redzwan bersuara untuk mengantikan tempat papanya keluar negara, tapi tidak dibenarkan sama sekali.
“Maira apa pulak cakap macam tu. Ni tuan muda panggil sarapan. Beria dia suruh Mak Lah… dengan isteri pun nak malu. Tahulah baru kahwin…” Mak Lah gelak sendiri. Maira hanya mampu diam.
‘Mak Lah, tak tahu apa-apa…’ Bisik hatinya.
“Mak Lah turunlah dulu. Nanti saya turun. Cakap kat abang, jangan tunggu. Nanti lewat pergi kerja…” Maira melemparkan senyuman dan berlalu ke tandas. Lama dia duduk dalam bilik kecil itu. Dingin pagi masih terasa. Tiada air mata lagi yang ingin dikeluarkan pagi ini. Beribu sesalan bermain di mindanya.
Xxxxxx
Ketukan pintu dari luar mengejutkan Maira Aqila dari lamunan panjangnya. Dia panik tiba-tiba.
“Ya…” Perlahan saja suaranya.
“Maira, jom bincang!” Tegas sahaja getar suara Redzwan. Maira termangu. Untuk apa mereka berbincang. Sekali lagi air matanya begitu murah untuk mengalir terus.
“Maira… please. Bagi abang tengok muka isteri abang. Dari semalam Maira berkurung…” Lembut saja kata-katanya. Maira tak juga berganjak. Dia tak mahu termakan kata-kata manis si suami. Walaupun mereka cuma berkenalan selama enam bulan. Lelaki itu terus memutuskan ingin mengikat perhubungan secara halal. Maira gembira sekali. Redzwan sweet orangnya. Walaupun rupa tidaklah setampan Aaron Aziz tapi sikapnya yang lembut dan pandai berkata-kata membuatkan Maira Aqila jatuh cinta.
“Sayang… sorry… apa yang sayang dengar semalam bukan 100% betul… abang… abang…” Maira merengus dari dalam.
“Awak tak payah nak sedapkan hati saya dengan cerita rekaan awak tu. Cukuplah saya dah termakan kata-kata manis awak selama ni. Saya ingat awak ikhlas terima apa adanya saya… saya ingat…awak betul sayangkan saya macam arwah mak ayah sayangkan saya…tapi…” Tangisan hiba jelas kedengaran. Sekali lagi Redzwan terduduk. Dia tak mampu melawan kata-kata isterinya. Ada betulnya.
Masa perkenalan memang dia hanya mahu menyakat Maira Aqila. Perempuan chubby yang bekerja yang sama bangunan dengan syarikat papanya. Tapi dia tak bermaksud untuk bermain-main soal nikah kahwin. Dia tahu perhubungan itu pada mulanya hanyalah drama. Dia ingin buktikan kepada Hakim dan Aizat yang dia sememangnya mampu mengorat sesiapa sahaja dengan kelebihannya. Bukan pada rupa tapi pada kata-kata manis yang sememangnya buat mana-mana perempuan bisa cair.
“Maira, abang nak pergi kerja dulu. Maira boleh pergi mana-mana buat masa ni. Abang izinkan… tenangkan diri… nanti bila Maira dah okey, datanglah semula ke sisi abang. Tempat isteri semestinya di sisi suaminya… Assalamualaikum…” Derapan langkah terakhir suaminya jelas kedengaran. Namun, Maira masih berdegil dalam bilik air itu. Dia masih dipenuhi dengan kuasa amarah.
Xxxxxx
Seminggu telah berlalu. Suasana di kampong memang terasa lainnya. Lagu judika sedang bermain di corong radio.
Berulang kali kau menyakiti…
Berulang kali kau khianati…
Sakit ini… cuba fahami…
Ku punya hati bukan untuk di sakiti…
Air mata sekali lagi menitis. Maira Aqila terasa rindu sekali dengan suaminya. Walau benci macam manapun dia dengan penipuan lelaki itu, tetap rindu terbit di hati. Kasihnya masih utuh. Cintanya masih hangat membara. Namun antara benci dan rindu dia masih dilema.
“Buat apa menangis sorang? Kan baik ada orang sudi hadiahkan bahunya…” Belum sempat Redzwan menghabiskan kata-kata Maira meluru masuk ke rumah semula. Dia belum sedia menerima lelaki itu semula. Setelah segala tipu daya terbongkar lebih seminggu lepas. Masih segar kata lelaki itu di ingatannya.
“Hai Maira… makin comel pulak lepas kahwin aku tengok kau…” Tawa lelaki itu sungguh sinis. Maira hanya melemparkan senyuman.
“Hakim, saya banyak kerja…” Segera dia meminta diri. Malas mahu melayan kawan suaminya Redzwan. Dia sememangnya tidak berkenan sejak mula dikenalkan. Namun, tak pernah dia menunjukkan rasa itu di depan Redzwan bimbang suaminya kecil hati. Hati suami perlu dijaga. Itu yang dia pegang. Walaupun cuma beberapa hari dia bergelar isteri seorang lelaki namun dia perlu berusaha menjadi isteri yang baik. Itu prinsipnya.
“Please Maira… dengar dulu apa abang nak cakap…” Maira duduk berteleku. Hati kata mahu tapi minda kata jangan. Sudahnya dia setia di balik pintu sahaja. Kalau arwah emaknya ada, pasti telinganya ditarik. Lawan cakap suami!
“Maira Aqila… abang mengaku abang memang salah. Hakim dengan Aizat cabar abang untuk mengorat Maira. Satu hari tu dia mengadu kat abang yang Maira sombong sangat. Padahal diorang cuma nak berborak. Tapi Maira selalu mengelak. Jadi diorang sangka yang Maira ni jenis sombong. Abang bermatian cakap Maira tak sombong. Sebab kita pernah berbual dan Maira mesra sangat masa tu…” Maira masih diam.
“Abang punya kereta tak ada bateri. Abang terpaksa naik bas dengan Maira. Lepas tu kan abang tak bawak duit kecil. Kelam kabut abang nak turun balik dari bas. Mujur ada Maira Aqila, tolong bayarkan. Sampai sekarang tiket bas tu abang simpan kalau Maira nak tahu… abang tak pernah cerita sebab abang malu…” Maira tersentak.
‘Maknanya dia memang sayangkan aku sejak mula?’ Hatinya berbisik.
“Ya, dari situ abang dah sedar kewujudan Maira Aqila… lepas tu Aizat dengan Hakim cabar abang. Mungkin diorang tak percaya yang Maira bukanlah jenis yang sombong. Abang pun sahut cabaran diorang. Tapi bukan sebab nak buktikan apa-apa… Cuma abang nak beranikan diri mendekati Maira… lama kelamaan hati abang jatuh sayang dengan Maira. Rindu tu sentiasa ada… sekarangpun masih ada…” Air matanya jatuh. Maira ingin sekali mendakap tubuh suaminya sekarang. Tapi kakinya tak mampu bergerak. Kaku di situ.
“Maira, demi Allah abang sayangkan Maira sepenuh hati. Tiada pelangi seindah dan secantik isteri abang. Pelangi yang mewarnai kehidupan abang yang makin kelam dihujani tiap masa. Sejak mama pergi, abang seperti anak yatim piatu. Walaupun sudah dua tahun pemergian mama, kekosongan itu sangat terasa hinggalah abang jumpa Maira…” Maira menghentakkan kepala di daun pintu. Tergopoh-gopoh Redzwan mendapatkan Maira di dalam.
“Maira… kenapa ni sayang…” Cemas sungguh wajahnya.
“Abang… ka…ki… sakit…” Muka isterinya berkerut menahan sakit.
“Kenapa kaki?” Laju je dia memegang kaki Maira. Maira mengaduh sakit lagi.
“Kenapa? Rasa macam mana? Abang panggil ambulans ye?” Hatinya tak keruan. Tiba-tiba Maira Aqila ketawa. Kuat!
“Abang ni… Maira sesemut je. Siap nak panggil ambulans…” Redzwan terduduk. Dia mula kembali tenang. Dan akhirnya dia juga ketawa.
“Kenapa lambat sangat datang? Penat tunggu!” Adu si isteri manja.
“Abang bagi masa kat sayang je. Lagipun abang sengaja nak bagi Maira rindu,” Maira menjeling suaminya geram.
“Eh tak baik tau jeling suami macam tu…” Maira ditarik ke dalam pelukannya. Rindunya sungguh tak tertahan. Seminggu dia kembali bujang. Seminggu dia terasa kehilangan. Namun, dia tahu dia perlu beri masa kepada isterinya. Dia juga tahu sakitnya dikhianati, dikecewakan. Sudah banyak kali dia rasa itu. Semuanya sebelum mengenal insan bernama Maira Aqila.
“Abang…”
“Ya…”
“Thanks… thanks for everything…” Air mata Maira bertakung lagi.
“Hai, kenapa makin cengeng isteri abang ni? Ada isi dah ke?” Tawanya meletus. Wajah Maira merah.
“Abang ni kan… mana adalah…” Dicubit lengan si suami manja. Terus air matanya kering sendiri. Dia tahu kenapa Allah takdirkan dia dengan Redzwan. Dan semua ini bersebab. Dia bersyukur sekali kerana jodohnya begitu serasi dengannya. Selalu ada saat dia sedih dan sweet yang pastinya. Lelaki idaman hatinya.
“Sayang abang!” Luahnya kemudian muka dibenamkan ke dada suaminya. Malu!
“Sayang sayang juga…” Senyuman sepasang suami isteri meleret. Tiada derita yang berpanjangan. Tiada kecewa yang tiada kesudahan. Dan tiada hujan yang berkekalan. Pergi saja segala kedukaan yang singgah di hati. Biarlah semuanya terkubur di situ. Semua pasti akan berakhir dengan kebahagiaan cuma corak kisahnya berbeza.

^_^ Dini, thanks kau buat aku rasa nak menulis lagi =)

Antara hujan dan pelangi

Hujan turun membasahi bumi. Adakala kita mahukan panas supaya kita mampu bergerak seperti biasa. Bekerja dan sebagainya. Tapi hujan juga diandaikan sebagai ujian. Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Ujian yang Allah turunkan semestinya bersebab.

Macam tu juga pelangi. Ada sebabnya Allah jadikan pelangi itu muncul selepas hujan. Allah beri sedikit dugaan dan Allah hadiahkan kehidupan yang indah seperti pelangi.

Macam kes samun kakak aku. Samsung galaxy S3 dan laptop di samun beberapa bulan lepas. Tapi sekarang dia menang lucky draw 6 barangan apple. Ipad, Ipod, Iphone 5 dan lain-lain. Banyak kan?
Tahniah kakakku! Tumpang gembira ;-)

Percayalah dan redha dengan ketentuan Allah. Pasti ada hikmah semua yang berlaku. Allah tarik sesuatu untuk berikan yang lebih baik dari itu. Jadi hadapi hujan dengan senyuman insyallah pelangi pula akan muncul mengindahkan harimu.

Konvokesyen aku datang!

Lama sungguh tak update. Pitam!

Sebenarnya aku nak beritahu semua yang membaca blog ni yang aku dah nak konvo. Yehuuu! Selamat konvo Ipah!

29.05.2013 di PICC Putrajaya. Datanglah ramai-ramai.

Orang kata belajar kat maktab perguruan ni senang. Aku pelik. Pernah ke diorang duduk belajar selama 5 tahun setengah kat sana. Dari asasi hinggalah final year degree. Dah rasa? Mudah?

Ramai yang masuk sebab elaun. Aku setuju. Tapi kehidupan kat maktab taklah mudah bagai dikata. Kami belajar juga. Cuma keadaan dalam maktab memang tak sama dengan universiti. Life campus sangat berbeza.

Di maktab sememangnya mendidik menjadi guru. Disiplin dibentuk. Kami tak bebas macam pelajar universiti. Kami ada kelas tiap hari sampai petang. Kami wajib pakai baju kurung setiap hari kecuali masa sukan. Tapi semua itu bersebab.

5 tahun setengah telah berakhir. Tipulah kata tak rindu zaman belajar. Kami bukan semata belajar jadi cikgu. Tapi kami juga belajar erti sahabat, tanggungjawab, erti hidup. Macam-macam lagi. Rindu!

Psst, kalau suruh aku belajar balik kat maktab. Jawapan aku....korang fikirlah sendiri :-P

Berhenti! Jangan bergerak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bismillah pembuka bicara. Aku sedar aku lama tak menulis. Maafkan aku. Aku bukan tak mahu tapi hati tak membenarkan diri mencoret aksara tanpa rasa yang sepatutnya. Jadi aku terhenti niat menulis sehari dua.

Aku mahu berkongsi satu nasihat yang berguna untuk aku dan korang juga. Aku sedang bersedih. Mereka juga sedang bersedih. Cumanya sebab untuk bersedih itu tak semestinya sama. Adakala kita takut menghadapi rasa sedih itu kerana kita takut kita tak mampu lawan rasa itu.

Sedangkan kita seharusnya kuat. Kita sepatutnya menghadapinya walaupun perit jerih kita lalu. Hakikat yang mengecewakan memang pahit untuk ditelan. Tapi sampai bila kita mahu larikan diri?

Hadapinya walau sakit. Sekurangnya kita sudah rasa sakit dan akhirnya lega. Rasa sedih akan beransur pergi. Ini tak. Kita masih main kejar-kejar dengan bayang sendiri. Masih takut untuk rasa kecewa. Masih kecut untuk hadapi risiko untuk dipunahkan harapan.

Percayalah sakit itu sementara. Walaupun ia sangat sakit, sekurangnya rasa itu akan berkurangan. Dari kita terus dibelenggu rasa takut dengan kenyataan.

Kau jatuh cinta. Kau takut akui sebab risau cinta ditolak. Tapi sampai bila-bila kau akan hidup dalam tertanya-tanya dan takut serta sedih. Sedangkan kau punya pilihan yang lebih baik.

Hadapinya walau payah. Itu risiko yang kau kena lalui walau apapun. Aku juga sedang belajar terima kekecewaan. Tak semestinya yang kita harap jadi kenyataan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita semua. Percaya janji Allah pasti! ;-)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers