CORETAN TERBARU NADH

Kenapa kena hargai blogger popular je?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Erk panjang tajuk. Kalau kita semua perasan, kita selalu cerita pasal blogger popular. Termasuklah aku. Aku selalu sebut bro ben, sunah, sifu mat. Sorry malas nak linkkan. Kejam? Diorang femes dah.

Kecik hati tak follower yang tak femes? Maaf. Biasalah manusia. Lupa diri kejap. Sendiri pun tak femes. Meh aku review nak? Tanda hargai follower aku. Tapi ada ke yang nak? Haha kenapa aku tulis diorang? Sebab mereka sudah follow blog saya. Lalala. Tapi nak bagi pikat hati pembaca sangat susah. Ye saya tahu sangat susah. Macam mana nak tackle hati 300 lebih follower aku ni? Grrr...
Post by,
Miss Ran 



Wahai kaum lelaki!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu orang persoalkan sanggup ke terima wanita ternoda? Kenapa kena wanita? Kenapa semua berkisar tentang wanita? Asal aurat je wanita. Asal terlanjur je wanita. Asal seksi je wanita. Sedar tak korang dah membuat diskriminasi pasal wanita. Sebagai wanita aku bangkang.

Ada satu entry. Dia kata dia tak nak terima wanita yang sudah berzina takut di kemudian hari timbul isu. Okey aku terima pandangan dia. Tapi aku penat baca entry-entry yang menjatuhkan wanita. Sedar tak korang? Selalu baca yang tak tutup aurat. Kaum apa? Wanita kan? Dedah lurah sana sini. Tudung kejap ada kejap melayang.

Korang yang lelaki beruntung sebab korang tak perlu jadi wanita. Susah nak jadi wanita. Aurat? Lelaki pun ada aurat nak dijaga. Kenapa asyik komplen pasal aurat wanita. Adakah aurat anda benar-benar dijaga? Jenas feat? Jeans longgar nampak yang dalam? Seluar pendek ala boxer masa main bola sepak? Erk bukan aurat?

Kenapa tak persoalkan isu kaum anda sendiri wahai lelaki? Kenapa kena terus menerus mencari salah kaum wanita. Kan menegur lebih baik? Aku tak sokong wanita buka aurat tunjuk sana sini. Tapi masing-masing ada aurat untuk dijaga. Jangan asyik tengok kain orang, diri sendiri tak sedar dia dah berbogel!

Pasal terlanjur kalau bukan terlanjur dengan lelaki dengan siapa? Yang beranak tu dari sperma siapa? Kalau betul orang yang dah terlanjur dapat dimaafkan. Alangkah baiknya kita dapat maafkan mereka, bawa mereka ke jalan yang benar. Kalau isu tu timbul kemudian hari nampak sangat kita tak ikhlas terima dia seadanya! Tengok diri anda dulu. Cukup sempurnakah nak judge orang wanita?

ps: Wanita tu mengandungkan awak tau. Kalau mak awak tak lahirkan awak tak kenal dunia. Tak tahu pun apa erti wanita. Hargailah wanita yang ada di muka bumi ini. Sentap mak pasal kaum mak. I pun wanita k!
Post by,
Miss Ran 

PENULIS SENJA TERAKHIR

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik sini k
Nak kembangkan lagi bakat yang ada jadi tak ada. Tak adalah. Peluang macam nillah mampu menggilap bakat bintang sastera. Cayalah=)

cinta sangat indah
jika kau tak mengerti
usahlah kau cuba redah
cinta tersemat dalam hati

kau usahkan bertanya lagi
kerna aku tak ada kata
yang mampu aku ungkai
cinta hadir tak kira masa

bukan untuk dipersenda
bukan untuk dikhianati
cinta untuk kita rasa
lantas simpan dalam hati

cinta bukan madah pujangga
cinta bukan helah dunia
cinta dari lubuk rasa
menyemai indah ketika derita

cinta bukan puisi kosong
cinta bukan laungan semata
cinta hadir tak langsung
cinta kuasa luar biasa

cinta itu milik kita
cinta bukan pasangan saja
cinta bukan untuk jaja
cinta hadir dalam jiwa

ketika cinta sayu menyeru
angin malam sangat menderu
ketika itu hati terpilu
menanti sapaan sang bayu

bukan omongan kosong belaka
cinta indah untuk dirasa
bukan hanya dijeling mata
cinta hadir tanpa diduga

usah kau tangis akan cinta
kerna ada yang akan tiba
mengganti kasih yang hiba
semoga dirimu terimanya

cinta boleh berganti
kasih boleh dicari
impian boleh dilakari
doa sebagai pengiring diri

kau jangan terus tewas
kau jangan jadi bangga
yang elok kau tebas
kelak kau jadi mangsa

Pesanan ini bukan rekaan
rasa ini bukan mainan
entry ini bukan tiruan
buat yang dalam percintaan

Karya asal saya sendiri...banyak guna untuk masuk contest sebelum ni. jadi jangan hairan asyik ni je=)
tagged:
Post by,
Miss Ran 

Buku Saya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Saya ada buku
buku saya besar
saya suka baca
baca buku saya

Sila nyanyi dengan irama burung kakak tua.

Sejak praktikum ni, aku makin kreatif pulak. Semua aku tibai jadi lagu. Yelah budak-budak suka menyanyi. Siap ajak nyanyi anak itik tokwi tiap-tiap hari. Kadang dah balik sekolah pun nyanyi. Malu mak bapak tengok. Anak murid siapa?

Haha tapi nakal-nakal diorang pun aku sayang. Siapa tak sayang. Rasa tak cukup masa nak ajar diorang. Tak pandai huruf pun ada lagi. Sedih je. Kadang nak je paksa diorang belajar. Tapi kita kena kreatif.

Macam-macam aktiviti diajar. Seronok diorang. Yang tak tahan sakit tekak menyanyi. Bebudak suka=). Suara tak sedap pun suka ya anak-anak? Cikgu dah hafal nama 25 orang murid. Tahniah untuk diri sendiri=P
Post by,
Miss Ran 

Anje? Eee uuuu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Serius telinga aku geli. Ni isu mak terlebih sayang anak ni. Tak faham kenapa mak ayah sekarang tak macam dulu. Dulu aku kena pukul, rotan, tampar. Kat sekolah cikgu rotan. Nama rotan ialah roti panjang.

Sekarang cubit sikit bagitau mak. Piat telinga nangis. Siap minum susu botol pergi sekolah. Tau susu botol? Botol susu baby tu. Tak malu. Mak manjakan sangat. Tu orang kata sayang anak tangan-tangankan. Tengok aku? Sihat je. Kena rotan sebab ponteng sekolah, tak mengaji. Sekarang hidup je lagi.

Risau sangat anak dia mati terdera. Dulu dia kenapukul jugak. Tak fahamlah. Susah kalau ibu bapa terlebih protect. Macam mana nak berdikari? Makin naik lemak adalah. Sabar jelah.

Jadi sebagai pendidik aku cuba tak menggunakan kekerasan dalam masa dua minggu ni. Tapi tangan geram je nak pukul. Marah memang dah lepas. Geram. Degil sangat. ABC tak pandai. Mengadu laju pulak. Berkat kesabaran aku belum pukul lagi. Nak je aku rotan weh. Gigil tangan dah ni=P.
Post by,
Miss Ran 

Cerpen: Cintaku tertinggal di semenanjung

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Geli tak? Entry jiwang
Pagi itu sangat dingin. Dengan malas Ifa bangun mengambil tuala. Dia berat untuk melangkah. Meskipun hari ini hari lahirnya. Tapi semuanya tak bermakna kerana si dia tiada di sisi. Sungguh sunyi. Bertahun lama menyulam kasih di semenanjung. Akhirnya lautan memisahkan jasad mereka. Ifa sedih mengenangkan separuh jiwanya di Sabah nun jauh di sana. Nabawan. Dia sendiri tak pernah dengar tempat itu. Sungguh dia sayu. 

"Happy Birthday!" Jerit rakanya. Bilik mereka di asrama berselang beberapa pintu sahaja. Ifa tersenyum tawar. Dia tak berasa hari itu seistimewa seperti tahun sebelumnya. Rania senyap. Melihat reaksi endah tak endah membuatkan dia terkedu.

"Abang gegel dah wish ke?" Rania mencuba lagi. Ifa tersenyum. Terkenang kekasih hatinya di sana. Meskipun masih dalam Malaysia tetap jauh untuk ke sana. 'Kalau aku banyak duit lama aku terbang ke sana' bisik hati Ifa. Rania diam seribu bahasa. Tahulah dia kawannya sedang kesedihan mengenangkan betapa jauhnya mereka.
xxxxx

"Woit, jom sambut nak?" Corong telefon membuatkan Ifa tersentak. Rania begitu bersemangat. Mengalahkan birthday girl gamaknya. 

"Malaslah. Makan bungkus sudah," Ifa jawab.

"Ala takkan tak nak keluar kot?" Rania tak puas hati.

"Tengoklah macam mana," Putus Ifa.
Rania kecewa. Dia teruja nak menyambutnya. Walaupun masing-masing mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan namun tergendala dek sikap acuh tak acuh. Beria bagai nak rak si Rania pun.
Rasa nak cekik je si Ifa ni!
Rania pergi menunaikan tanggungjawabnya. Dia masih ada tugas yang masih belum selesai. Sementara Ifa masih berduka cita. Jauh di sudut hatinya mahu saja dia terbang ke sana. Kini sudah terlalu banyak dia mengeja perkataan R.I.N.D.U.

"Nak order makan tak?" Rania call sekali lagi. Dia tak berpuas hati.

"Nak makan kat luar tak ni?" Tanya si Gebu Hernan. Hernan sengih. Bab makan laju.

"Kau dah tanya si birthday girl ke?" Rania bengang.

"Dah. Dia ajak pergi JJ," Nak pergi pulak. "Okey jemput aku." Rania teruja.


"Pergi naik kereta kaulah. Kitorang on the way dah ni," Hernan hanya menyampaikan amanat Ifa.


Rania mengeluh.


"Sampai hati korang. Aku tak kira jemput aku kat sini. Kereta aku biar je," Rania sedih. 'Apa barang pergi asing-asing?'


xxxxx
"Korang pergi dulu. Aku nak ke toilet," Ifa beri segala pekakas dalam poket seluarnya ke Rania. Rania hanya angguk. Lantas Hernan menarik tangan Rania ke kedai kek berdekatan.


"Aku nak Resepi Rahsia. Tapi kat sini mana ada," Si Hernan merungut. Hati Rania terdetik 'Macam dia yang ulang tahun hari ni'


"Kita beli kek kemetot jela. Kita bertiga je ni," Rania mencadang.


"Betul aku setuju," laju je setuju. Kek di depan mereka sungguh mengujakan. Ada pink, ada mocha, fruit, black forest.


"Kau nak yang mana nan?" Tanya Rania. Penat mereka memanggil. Tapi tiada yang melayan mereka dengan ikhlas. 'Ingat tak ada duit ke?' Rania bengang. Akhirnya, Ifa datang. Join memilih kek. Tak surprise. Beria dia ingin membayar. Tak bagi kedua rakannya membayarkan.


"Aku ada RM17.00 cukup-cukup," Ifa berlagak. Berebut nak bayar. Akhirnya cashier ambil duit di tangan Ifa. Rania dan Hernan bengang. Siapa nak belanja siapa?


"Jom makan," Rania menelan air liur. Dia baru je santap tengahari tadi. Belum sempat proses.


"Jom," Hernan laju je. Rania senyap. Dia masih berfikir nak makan ke tak. Akhirnya mereka berjaya menghaboiskan kek yang penuh krim kat luar.


xxxxx
"Eh kenapa banyak miss called ni?" Rania pelik.


"Call tanya nak apa?" Ifa menyampuk. Hernan mengangguk.


"Helo bagi aku cakap dengan dia jap," Rania terus beri telefon kepada Ifa.


"Hah kek untuk aku?"


"Siapa bagi?"


"Pakwe?"


Rania dan Hernan tercengang. Takkan abang Gegel kat sabah dah balik kot. Dua-dua curi dengar. Dan memang kek dah ada kat bilik. Menanti untuk cair. Maklumlah kek resepi rahsia.


"Jom balik sekarang," Rania laju.


"Kejap aku nak beli barang," Ifa mengelak.


"Kata kek nak cair?" Hernan sampuk.


"Aku ada nak beli barang,"


Ifa berjalan laju. Dia masih tak percaya kek ada di biliknya. Kawannya pula membuat andaian sendiri. Abang Gegel beli onlinelah. Pos lah.


xxxxx
Malam sebelum hari lahirnya Ifa cuba kontek Abang Gegel. Tapi tak dijawab. Mungkin line tak ada. Fikirnya dia akan menyambut hari lahir seorang diri. Mesej dari kenalan masuk. Tapi tak mampu membuat hati berhenti mengeja R.I.N.D.U. Happy Birthday to me. Mesej itu di hantar ke pakwenya. Sejurus selepas itulah barulah mereka dapat bercakap dengan telefon. Masing-masing melepas rasa rindu membuak di dada.


xxxxx
"Memang ada kek," Kata Hernan.


"Bagus betul. Walaupun jauh tetap usahakan bagi hadiah. Kek lagi. Sedap!" Kata Rania. Kebetulan kek cheese oreo yang ada di depan mata.


"Tulah harap pakwe kau? Dah berbulan tak ada hadiah yang dijanjikan," Ifa perli. Rania sengih. Cemburu juga.


"Pakwe aku tak macam kau," 'Best ada pakwe macam ni kan?'


Kek itu sangat besar. Semua dah tak larat makan. Ifa mengagihkan kepada semua kenalan. Sedap tapi muak. Itulah kata-kata Ifa. Rania bersetuju sangat. Pakar kek kononnya.


xxxxx


"Sayang terima kasih keknya. Tak sangaka kamu bagi juga hadiah walaupun kamu jauh," Kata Ifa.
Kawan yang lain terus berlalu pergi membiarkan dua merpati sejoli bermadah cinta.


Harap mereka bahagia selamanya=)
Selamat Hari Lahir kawanku Masz aka Ifa. Ni hadiah hari jadi dari aku untuk ko!.Aku nak beli hadiah tak bagi=P

Post by,
Miss Ran 


Kenapa lelaki lebih suka pilih wanita berusia?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku bukan nak kata apa. Tetiba teringat kat sekolah tadi. Anak murid aku. Semalam ayahnya jemput. Muka muda awal 30 an aku agak. Hari ni maknya pula jemput. Umur agak-agak korang berapa? Awal 40 an kot. Gila!

Aku terkejutlah. Memang jauh beza. Anak umur 6 tahun. Aku fikir produktif juga mak dia. Hehe tapi mebuatkan aku tertanya kenapa lelaki tu nak kat perempuan jauh lebih tua umurnya. Rupa? Macam makcik-makcik. Maksud aku tak adalah vogue ke apa. Simple. Wanita tak berfesyen senang cerita. 

Menurut soal siasat aku tadi dengan cikgu budak tu. Mak budak tu dah kahwin dulu. Tapi cerai. Tapi tak tahulah cerai mati ke hidup. Tapi ayahnya bujang masa kahwinlah. Sekarang makcik tu ada dua anak hasil perkongsian dengan suami baru. Agak-agak korang apa yang ada pada makcik tu membuatkan suami dia memilih dia menjadi pilihan? Janda. Ada dua anak sebelum ni. Jauh lebih tua.

Aku pun buat kesimpulan sendiri. Salah jangan marah. Bagi pendapat je.

1. Dia nak anak instant. Pakej mak dan anak.

2. Dia kesian kat ibu tunggal yang memerlukan sang penjaga di sisi.

3. Dia memang jatuh cinta pandang pertama dengan mak kanak-kanak tu.

4. Dah tak ada anak dara nak kat dia.

5. Memang taste dia orang yang jauh lebih tua umurnya.

6. Dia suka perempuan lebih tua kerana matang pemikiran.

7. Suka sebab wanita itu dah berkahwin dan dah ada pengalaman hidup berumah tangga.

8. Dia ikut cakap mak ayah dia yang suruh dia kahwin.

9. Dia rela kahwin dari jadi bujang terlajak.

10. Dia frust sebab cinta si dara yang menyeksakan jiwa.

Pandangan korang apa? Betulkah lelaki suka wanita yang lebih tua?
Post by,
Miss Ran 

Segmen: DECO DECO BENG BENG BOONG

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Santai Bersama BEN ASHAARI
okeh klik banner ini
Rasanya saya punya blog sudah cukup ringan. Apa lagi jom terjah! Haha meh review meh. Talak kesah punya!!!
Post by,
Miss Ran 

Jackie Chan died!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
A Los Angeles hospital has reported that Jackie Chan has passed away. The legendary Hong Kong actor who appeared in over 100 films died last night following a heart attack. He was promoting his most recent film, 'Kung Fu Panda 2'. Doctors say his heavy schedule was causing extreme stress and putting too much pressure on his heart. Chan was scheduled to fly to Hong Kong today to begin shooting on his next film '1911'. 

Serius aku tak sure. Macam tipu. Jom sama-sama kita cari kebenaran berita ini!

Post by,
Miss Ran 

Siapa kita nak halang takdir?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku baca status member kat fb. Tetiba aku teringat kisah-kisah dulu. Pasal dirinya yang tak bersyukur. Yang asyik mengeluh. Yang selalu tertanya-tanya kenapa takdir begitu kejam.

Korang pernah tak dengar? Selalu sangat kan? Cerita-cerita melayu pun banyak cerita tentang takdir ni. Tapi apa hak kita nak lawan takdir? Ada orang kata bencana yang berlaku semua dah tertulis. Macam mana kita atasinya ia tetap akan berlaku.

Kalau takdir kita meninggal esok. Ada orang nak halang? Kata kenapa takdir pilih kita mati esok. Kenapa bukan orang lain? Kejam betul. Masih tak puas nak hidup. Takdir ni jahat.

Ada rasa macam tu? Tapi kita ada cara untuk mengubah takdir kita. Eh bukan syirik. Tak baik tau. Ni caranya yang berkesan. 

Menurut Tsauban RA, sabda Rasulullah SAW:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa."

Jadi banyakkan beribadat, berdoa. Allah akan dengar doa kita cuma makbul ke tak sendiri mau ingatlah. Kita jangan putus-putus berdoa.Ini doa masa sakit, masa dalam kesusahan. Lupa doa masa sihat, masa kaya?

Jangan kita alpha kerana mati itu pasti. Sekian.

Post by,
Miss Ran 

Part 4: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cinta tak boleh dipaksa. Benar kata orang. Aku tak patut paksa dia ikut telunjuk aku. Aku bukan raja dan dia bukan hamba. Kami hanya teman tapi mesra. Couple itu haram. Aku cuba tak mendedahkan diri dengan perkara maksiat yang dikeji Allah S.W.T.

Aku pasrah. Aku pasrah dengan takdirMu. Sekiranya Ady Budika bukanlah jodohku, aku terima. Sesungguhnya hati manusia bukan robot. Aku reda.

Diari hidupnya ditutup kemas. Sedih menghimpit jiwa. Air mata sekali lagi menitis. Sukar benar untuk terima hakikat itu.

"Mungkin dia bukan jodohku," Sunah berkata perlahan.

"Assalamualaikum, ada orang tak?" Sunah tersedar dari lamunannya. Suara wanita di luar seperti biasa dengar. Pantas dia mencapai hijab. Berjaga-jaga dalam segala hal. Lantas dilihat melalui tingkap. Gadis berselendang. Malas dia sedang bergayut. Sunah tak dapat meneliti wajah pengunjungnya. Malam hari pula. Penat Sunah mengendap-ngendap.

"Ya Allah!!!" Jeritan Sunah mampu mengejutkan kucing tidur di koridor apartmennya. Kedua-duanya sakan memeluk. Lupa sekejap tentang masalahnya. Jirannya yang sedang membuka pintu pelik melihat keduanya.

"Kenapa ni?" Masz tanya. Jiran Sunah yang baru aje kahwin hujung tahun lepas. Sunah tersenyum. 'Kak Masz makin berisi.' Terdetik hatinya.

"Kak Masz! Tak adalah. Ni kakak Sunah datang. Lama dah menyepi kat Kota London tu," ceria wajahnya. Masz tersenyum. Mereka bersalaman.

"Nama akak Masz. Ni namanya siapa?" Mereka berbual ramah. Cik Epal aka Suhaila, kakaknya Sunah tersenyum kadang ketawa. Cik Epal adalah gelaran yang sangat popular. Cik Epal sangat suka makan epal. Lebih-lebih lagi epal hijau. Sunah yang menggelarkan kakaknya begitu. 

"Kak Masz, cik abang mana?" Sakat Sunah. Kak Masz tersipu malu. Kak Masz memang peramah. Selalu saja Sunah nampak pasangan bahagia keluar dating sama. Cemburu rasa. Yelah mood honeymoon lagi.

"Suami akak kerja. Biasalah. Cikgu sekarang kerja tak sama macam dulu," Kak Masz tersenyum lagi. Dia begitu murah dengan senyuman.

"Eh Sunah nanti ajaklah kakak kamu melawat rumah sebelah ni," Sunah angguk. Cik Epal tersenyum. Keramahan jiran membuatkan dia percaya adiknya selamat di kawasan perumahan ini. 

"Okeylah Sunah. Akak nak kena masak ni. Cik abang lapar pulak nanti," Sunah dan Cik Epal hanya ketawa. Gembira melihat pasangan bahagia ini.

"Oh kak, jomlah masuk. Sunah lupa nak ajak masuk," Sengih Sunah macam kerang busuk. Cik Epal tersenyum lantas menampar perlahan belakang adiknya. Adiknya yang berwajah manis nampak berseri. Tawa sentiasa mengiringi wajah itu.
xxxxx

"Kak, Sunah rasa nak ajak akak pergi tempat kerja Sunah. Boleh akak join jadi model macam adikmu ini," Sunah beriya-riya.

"Erk akak malulah. Lagipun adik kakak cantik. Memang sesuai jadi model," Cik Epal membaling bantal. Geram dengan adiknya.

"Akak bukan apa. Tak nak kacau periuk nasi adik akak sorang ni," Cik Epal mula menggayakan tubuhnya di depan cermin besar. Cita-cita ada tapi terlalu busy menguruskan kerjaya. London adalah rumah keduanya. Kerja sebagai ahli perniagaan membuatkan dia terikat dengan jadual. Balik Malaysia hanya sekali-sekala. Suaminya juga seorang ahli perniagaan. Cik Ali Cik Mat atau dikenali sebagai Cikali.

"Akak berangan eh?" Sunah mengusik. Cik Epal tersenyum. Teringat suaminya Cikali.

"Abang tak balik Malaysia ke kak?" Sunah soal. 

"Abang kau tu busy. Kalah akak. Akak pun main balik je ni. Mak bising," Cik Epal tersenyum.

"Kenapa bising?" Alia mak mereka memang sangat suka bising. Tapi mak mana tak sayang anak.

"Mak bising. Ayah pun bising," Cik Epal cakap lagi. Sunah tertanya-tanya.

"Kenapa Pakcik Solihin bising?" Sunah suka menggelarkan ayahnya. Macam bapak orang lain je.

"Amboi panggil nama ayah macam tu je?" Tangannya mencubit pipi si adik. Sunah mengelak pantas.

"Akak balik pun sebab mak dengan ayah suruh balik. Ikutkan hati tak nak balik sekarang," Cik Epal bersuara perlahan. Sunah menyedari kelainan.

"Kenapa kak?" Sunah soal laju.

"Hari tu akak ada terserempak denga abang Cikali dengan perempuan lain. Katanya rakan sejawat. Iera Nadira katanya. Tapi akak nampak semacam je gedik perempuan tu," Cik Epal meluah rasa.

"Akak percaya abang?" Sunah mula membara. Sama macam Ady. Lelaki sama je!

"Akak belum siasat. Tapi akak terlepas cerita kat mak. Taulah Aliah Samad tu kepohnya kalah ayam bertelur. Tu akak terpaksa balik tu. Abang Cikali pun baru tahu akan nak balik masa akak dah sampai airport," Cik Epal bernada sendu. Sepantas itulah Sunah menghulur tisu. 

Sekuat hati wanita tetap akan lemah di suatu masa. Itulah yang dikatakan wanita dan air mata. Malam itu mereka berbual panjang. Tangisan mereka bersatu.

Artis yang terlibat:
ps: Jangan kecil hati. Aku bukannya terer bab menulis ni. Nak watak best tak dapatlah nak tolong. Ramai sangat. Kang tak tulis kecik hati. Bila tulis banyak pulak cerita. Kang aku tukar nama orang lain baru tahu. Aku buat untuk suka-suka. Jangan demanding!!! Arggghhh.
Klik pada:
PART 1
PART 2
PART 3
Post by,
Miss Ran 

Nak nangis tengok entry SIFU MAT

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Wargh kenapa aku cengeng?

Ni gara-gara Udang Sifu Mat

Makin lama makin aku rasa down.

Nak balik rumah.

Serius aku perlukan terapi.

Terapi memasak.

Rindu sangat nak memasak.

Hari-hari mengadap buku.

PS: Nak balik=(

Post by,
Miss Ran 

Dah terkena! Penangan Cikgu Shida

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Asyik-asyik cikgu Shida. Bukan apa. Kita dalam sampan sama cuma karekter kami di khalayak mungkin berbeza. Tapi serius aku cakap. Lepas aku tengok video-video dia yang aku rasa tak minat untuk menonton lagi. Atau terus tekan pangkah. Aku jadi terkena aura dia. Aura dia menusuk.

Aku rasa aku dah makin tak normal. Tak suka tapi itulah yang ada kat otak aku. Selalu macam tu. Pening. Aku tak suka. Bila aku nak nyanyi jangan pandang-pandang, laju je teringat video dia. Bila aku dengar lagu Jahat! Stacy AF tu terus teringat video dia dan muridnya. Betul ke manusia suka yang negatif.

Aku nak buat kajianlah. Negatif lebih menonjol dari positif. Macam lagu ni aku rasa annoying tapi itulah yang terikut. Sawan agaknya. Aku pening! Sesiapa pakar psikologi? Aku dah terkena penangan Cikgu Shida. Macam Yana. Ala bakal bini Ujang tu=P. Dia pun sama dengan aku. Nasib kita serupa YANA!

Sesiapa senasib meh mengadu domba di blog=P
Post by,
Miss Ran 


Orang ni bikin gosip!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gila. Mata laju je nampak gosip. Hangat. Panas oooo. Rindu nak bergosip ni. Bila nak sambung eh.

Gosip hangat weh.

Tengok sini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Ini blog Sunah ke Ady?
Haha aku rasa dia tersalah pandang kat bahagian atas tu. Entry terbaik dari Ady. TAPI INI TETAP GOSIP. 

Teringin nak sambung cerita mereka. Tapi busylah. Semalam je buat BBM sampai pukul 1. Ajar bagai nak rak budak-budak menyakitkan hati. Bukan semua. Sejuk hati bila dengar kanak-kanak I LOVE YOU CIKGU!
Post by,
Miss Ran 

Entry pilihan aku yang pertama

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku suka sangat. Entry ni bagi aku banyak faktanya. Kahwin dulu baru bercinta kan lebih baik. (Sedang kata diri sendiri). Aku terasa ni. Tapi bagus jugak. Sedarkan diri yang kapel tu haram. Sepuluh kali cakap mungkin akan tersedar.

Klik sini. Memang best. Aku suka. Like seribu kali. Jom singgah sana=)
ps: Poyo macam ada yang nak baca=P

Post by,
Miss Ran 

Niq bikin aku sedih

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang tau kan NIQ AFNAN nak stop semua. Mula aku tak adalah sedih sangat. Sebab tak rapat pun. Walaupun kita sekampung. Tapi entahlah. Sedih weh baca entry kawan-kawan dia. 

Weh sedih. Ada kawan backup baik. Sedoh kot. Kalau aku hilang tetiba agaknya ada ke orang nak buat entry untuk aku? Haha gila sedih. Aku nangis dulu!

Post by,
Miss Ran 

Cakap senang cuba buat?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang biasa tak dengan ayat ni. Aku pun termasuk dalam kancah ni. Penat rupanya bila kita berada kat tempat orang. Orang tak rasa memang pandai cakap. Tapi yang merasa? Huh aku penat.

Isu ni selalu je muncul. Kau cakap senanglah. Dah kita ni rasa barulah tau apa yang susah, apa yang payah. Sakit ni kita yang rasa. Penat sangat. Kadang kala rasa nak putus asa je. Ingat nak berhenti je buat benda ni. Tak ada apa semangat tetiba. 

Susahnya guru-guru aku ajar aku sampai dah besar panjang ni. Nak balas jasa pun tak ingat siapa cikgu yang ajar baca tulis. Aku bila jadi cikgu, kanak-kanak riang melampau membuatkan aku fikir tabahnya hati seorang guru. 

Huruf tak kenal. Baca tak nak. Suka loyar buruk. Marah tu ada. Sampai kemuncak marah aku hari ini. Bukan sengaja tapi sakit sangat hati bila orang tak dengar kata. Serius. Jadi masa orang cakap tolonglah hormat. Rasanya tak tertanggung. Aku penat mengajar. Baru seminggu. Pening. Izinkan aku tenangkan rasa gelodak di jiwa ni dulu.
Post by,
Miss Ran 


  

Orang tegur dengar!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hei aku bengang ni. Ikut hari nak tampar-tampar je. Fikir anak orang. Susah kalau orang tak reti nak terima pandangan orang. Dah salah kenalah betulkan.

Aku pantang betul. Kalau dah pandai jangan tanya aku. Buat senyap. Biar je dia dengan bodoh sombong dia. Manusia-manusia. Dah cukup baik aku tak marah. Aku tegur bebaik di ajar aku balik. Aku tahu BI aku teruk. Tapi aku betulkan maknanya aku tahulah.

Ingatlah. Jangan jadi bodoh sombong. Orang tak suka. Kita pun sampai bila-bila tak pandai. Jangan masa tu baru cakap kenapa tak tegur dulu? Time tu dah terlambat. Sorry. Ingat pesan aku, orang tegur dengar. Kalau tak nak terima jangan nak pandai-pandai betulkan. Sedar diri awak salah. Terimalah hakikat tu.
Post by,
Miss Ran 

Mari kita jangan poco-poco!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tapi menari cha-cha boleh. Nak belajar tarian simple pulak. Boleh ajar kat anak murid=)
So apa pandangan anda? Jawablah sendiri. Kredit to MR LOQMAN...
Post by,
Miss Ran 

Khas buat jiwa yang lara

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Serius lagu ni membantu mood anda pulih kembali. Aku tertekan! Asyik kena ajar BI je. Ingat senang nak buat lesson plan?


Post by,
Miss Ran 

Tukar LINK!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Buat pembaca sekalian. Tanganku menggedik menukar link. Haha supaya korang cam link aku. Senang. Sebut Miss Ran je orang kenal. Haha nak letak nama betul? Segan. Lagi satu panjang. Okey. Jangan terkejut cari blog hilang. Ada je. Tak tutup lagi =0

Linknya ialah http://inimissran.blogspot.com/. Okey tak? Haha sila jangan terkejut.
Post by,
Miss Ran 

Cinta dalam hati Part 3

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mata Zulfadli tak lepas memandang Hanan. Dia pelik. Tak mungkin terlalu cepat mereka sudah bertunang. Lagipun kenapa tak beritahu.

"Tak boleh jadi, aku kena siasat!" Zulfadli renung tajam. Manakala Hanan tak selesa. Dia tahu Zulfadli sedang memandang. Lakonan perlu diteruskan.

"Abang, nanti abang balik tinggal dengan mak ya?" Hanan senyum. Dikerlingnya ke arah Zulfadli yang berada di belakang bertentangan dengan mereka. Adli Hairuddin mengangkat kening. Lucu dia dengar perkataan itu. Jarang sekali dia bisa bercakap dengan Hanan. Hanan baginya gadis misteri. Walaupun sepejabat, selalu terserempak tapi tiada tanda mulut wanita di sebelahnya ringan untuk berbicara.

"Er ya, ya. Mestilah abang duduk rumah Hanan. Kan mak dah lama tak jumpa abang yang handsome ni," Sengih Adli. 

"Abang ni, tak habis-habislah," Ketawa kecil. Terpegun dia melihat wajah ceria Hanan. Selalu di pejabat serius. Adli leka. Hanan terperasan bosnya merenung ke anak matanya. Jantungnya berdebar.

"Abang, Hanan nak telefon mak. Nak beritahu abang nak datang. Mesti dia suka kan?"

"Mestilah. Bakal menantu terbaiklah katakan," Bosnya perasan lagi. Baru dia perasan Bosnya yang macam biskut kejap ada kejap tak ada suka perasan.

"Eh abang ni, perasan je tau," Hanan ketawa lagi. Zulfadli semakin bengang.

"Hello assalamualaikum mak. Ya Hanan ni," Ceria suaranya. Bos leka memandang. Zulfadli terus menelefon tunangnya. Malas dia melihat kemesraan bekas buah hatinya dengan jejaka kaya.

xxxxx
"Bos, oh bos," Hanan cuba mengejut. Tapi tak berjaya. Zulfadli jalan ke depan.

"Eh kenapa cik abang panggil bos?" Kantoi!

"Aah panggil abang. Panggil bos. Dia kan bos Hanan," senyuman Hanan sungguh manis. Zulfadli tak terpikat kerana dahulunya Hanan sangat gemuk. Tak cantik dipandangannya.

"Oh bos Hanan, Kenapa tak beritahu saya tadi?" Zulfadli mula syak sesuatu.

"Eh dah awak tak tanya. Awak kejutkan cik abang saya boleh," Zulfadli faham keadaan Hanan. Sebagai muslimah dia patut menjaga adab, batas dan pergaulan. Kalau orang lain, laju je tangan sentuh. Tapi bukan dia.

"Adli, Adli," Tangannya menyentuh perlahan bahu Adli. Terpisat-pisat Adli menggosok mata. Laju tangannya menggeliat.

"Ops, sorry Hanan," Muka bos memang tak tahan. Makin handsome.

"Kesian Hanan dari tadi kejut awak tapi tak bangun-bangun," Zulfadli menyampuk. Terkejut beruk Bos. Dia lekas mengurut dada. Mujur tak kantoi tadi.

"Hah, yeke Hanan?" Pelik.

"Aahlah abang nyenyak sangat. Ni kita dah berhenti kat kemaman. Nak sampai dah Kuala," Senyuman manis diberikan. Zulfadli masih terpacak di situ.

"Oh ya, Zul tepi sikit. Kami nak pergi minum," Katanya sopan.

"Baik cik Hanan, mempersilakan," Sengihan melebar. Zulfadli rindu nak bergurau senda dengan Hanan. Jelingan Adli menakutkan. Dia batal terus niat.

ps: Entry seterusnya...tunggu! Part 1 dan part 2 bagi sesiapa yang ketinggalan episod sebelum ini.
Post by,
Miss Ran 

Tak sangka lelaki minat e novel

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hehe aku bukan apa. Tak sangka dapat sambutan baik. Lagi-lagi ada mamat tu minat baca. Mungkin ada nama dia? Haha kalau novel mampu buat aku lebih maju. Why not? Memang aku nak jadi penulis pun. Tapi nasib tak menyebelahi. Kalau korang suka. AKu seribu kali ganda suka.

Seronok buat orang terhibur. Sejuk hati ni. Ingat nak pencen jadi pelajar. Nak jadi blogger versatile. Masak-masak pun nak, buat novel nak, cerpen nak, sajak, puisi, pantun. Segalalah aku nak. Nak berjaya. Siapa sokong aku? Haha tak ada? Okey fine. Aku tak popular. Aku nak timbulkan kelainan ni. 

Takkan e novel je. Kalau-kalau blog masuk majalah lagi best kan? Haha perasan. Ya berangan itu perlu. Dari lakaran imaginasi mencetus revolusi tau. Jadi jangan taku untuk berangan. Tapi ingat jauh mana kita pergi ingat pada yang SATU. Tegur aku jika aku silap. Sekian =P

Post by,
Miss Ran 

Cinta dalam hati Part 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Adli tu ke mana Masz?" Tanya Bos besar aka papa Adli Hairuddin. Masz tersenyum. 'Ni mesti kes tak beritahu papanya dulu. Main lesap je'

"Er dia tak maklumkan yang dia ambil cuti 5 hari?" Masz tanya kembali.

"Tak pun. Ke mana pulak budak ni nak pergi?" Datuk Ridzwan soal sendiri. Dia pening melihat kelakuan anaknya. Main ikut suka hati nak datang. Kejap-kejap hilang. Suruh kahwin tak nak pula. Datuk Ridzwan beredar.

"Kesian Datuk. Ada anak pun asyik hilang je," Masz mengeluh bagi pihak. Masz sebagai setiausaha pun pening. Mana taknya, asyik menghilang je. Sukar nak hubungi. Ni dalam masa 5 hari mesti telefon campak longkang.
xxxxx
"Hai Hanan," Sengihan melebar. Terkejut beruk Hanan melihat jejaka di sebelah. 'Tak mungkin!'

"Er buat apa kat sini?" Hanan pelik.

"Nak balik kampunglah," Jawab lelaki itu selamba. Hanan memandang sekilas kerusi bas. 'Punyalah banyak kosong. Takkan kerusi ni kerusi dia?' Hanan terfikir.

"Kenapa? Pelik ke? Kampung kita kan sama?" Soal lelaki itu lagi. Kini Hanan mulai rimas. Tak betah dia duduk berjam lamanya bersama lelaki yang pernah menggetarkan hatinya dulu. 

"Nan, awak nampak tak selesa. Rilekslah. Kita kan kawan sekampung. Lupa?" Sengih lagi. Hanan senyum tapi tak ikhlas. Malas layan. Hatinya berdegup kencang.

"Er tak adalah. Awak bising. Saya mengantuk ni," Lantas Hanan menutup mata. Menghilangkan debaran di jiwa. Lelaki di sebelah tak rasa ke apa yang dia rasa?

"Hanan, temanlah saya borak. Kesian saya," Hanan pura-pura tidur. Matanya pejam rapat. Lelaki itu menghala kad wangi ke arah hidung Hanan. Hanan mulai tak selesa.

"Apanya awak ni?" Dia buka mata dan sekali lagi terkejut. "Kad kahwin siapa?" Hanan meneguk air liur. Lumat hatinya melihat nama yang terpapar. Zulfadli dan Quratun Aini. 

"Aini?" Hanan terkeluar sepatah saja.

"Yup, Aini. Dia seorang yang berjaya mengetuk pintu lalu membuat si jejaka membuka pintu hati lalu memberikan ruang untuknya," Puitis sungguh. 'Bertuah si dia' Hanan tahan sebak di dada.

"Kenapa baru nak bagi?" Hanan tanya. Cuba menutup rasa yang gelojak di jiwanya. Hati mana tak sakit? Cintanya memang hanya bertepuk sebelah tangan sejak zaman persekolahan dulu. Zulfadli, lelaki yang disebelahnya kini merupakan tunangan orang. Tak wajar mereka duduk bersama. Apa kata tunangnya nanti.

"Hanan kenapa awak tak wish pun? Zulfadli pelik. Dia ingat Hanan akan melonjak gembira. Tapi sebaliknya sahabatnya membisu. Hanan beku. Tiba-tiba.

"Eh Hanan, buat apa duduk depan ni?" Lelaki lain muncul. Lain pula perwatakannya. Hanan terperanjat. Seorang lagi. Mahu pengsan di situ sekarang juga. Zulfadli pelik. Siapakah jejaka tampan bergaya ni?

"By the way, I'm Adli Hairuddin. You can call me Adli. This is Hanan, my fiance," Laju dia mempekenalkan. 'Bos macam dah curi dengar je.' Bisik Hanan. Ada penyelamat!

"Oh, Nan. Awak tak bagitahupun awak dah ada tunang. Bila nak makan nasi minyak?" Tanya Zulfadli sambil berjabat tangan dengan Adli. Adli tersenyum. Hanan masih membisu.

"Hujung tahun ni ikut perancangan. Dengar kabar Encik Zul pun nak kahwin, ya?" Adli pura-pura bergembira.

"Aah hujung tahun ni. Kebetulan terserempak dengan Hanan kat dalam bas ni. Encik Adli orang mana?" 

"Kampung Kepong. Sama dengan Hanan," Sengih lagi. Zulfadli terkejut.

"Sama? Kenapa tak pernah bersua sebelum ni?" Zulfadli seakan tak percaya.

"Oh sebab Tok saya je tinggal sana. Maklumlah semua anak cucu dah ada keluarga sendiri," Adli terangkan sedikit. Hanan bangun tiba-tiba.

"Abang, jom duduk seat belakang tu," Main watak juga. Bos nampak terkejut.

"Er lupa pulak. Tunang awak mestilah nak duduk sama kan?" Zulfadli menyembunyikan rasa hati. Pelik. 'Takkan wanita ini berubah hati? Bukan dulu dia pernah meluah rasa pada aku?' Zulfadli bangun memberi laluan.

"Tak apalah, encik Adli dan Hanan duduk di sini. Biar saya berpindah. Takkan nak duduk sama ye tak?" Kedua jejaka gelak.

PS: Bersambung! Klik sini untuk part 1. Dia buat hal lagi. Klik sini. Memang nak entry balas ke kak?

Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers