CORETAN TERBARU NADH

Azam 2012

Lawak sungguh tajuk ni. Sengaja aku buat entry khas untuk akhir tahun. Maklumlah semua orang sibuk dengan azam tahun baru mereka. Maaflah aku tak ada azam tahun baru. Kenapa? Sebab aku dah pasang azam masa tahun baru hijrah hari tu. Setiap hari aku dah berazam. 

Pelik bila orang sibuk dengan tahun baru ni. Apa yang seronok sangat dengan tahun baru masihi? Bila tahun baru menjelang pakat buat azam. Tapi sejauh mana azam tu tertunai? Kalau setakat pasang azam tapi tak berusaha mendapatkan baik tak payah. Buang masa je kan. Benda ni dah jadi kebiasaan. Kenapa kena berubah masa tahun baru je?

Patut kita berazam setiap hari. Berazam agar hari ini lebih baik dari semalam. Kalau pakat tunggu tahun baru nak berazam, alamatnya tak berubahlah korang. Setahun sekali je berazam ye tak? Tak payah nak ada azam sangat kalau tak nak tunaikan.

Jom kita buat azam hari-hari. Kan lebih elok macam tu? Orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk dari yang semalam. Renungkan! Ini hanya pendapat peribadi aku je. Sekian.

Ps: Lama tak dengar khabar dia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa kata lelaki tentang perempuan kasar?

Aku rasa aku tak layak nak jawab persoalan ni. Sebab yang layak mestilah lelaki. Oh ya aku pun nak tahu jugak pasal ni. Sebab aku pun bukannya lemah lembut ibarat perempuan melayu terakhir.

Tapi perempuan kasar tak semestinya tomboy atau pengkid. Kasar perwatakan tak semestinya dilihat dari pemakaian. Bagi aku kasar tak semestinya anti lelaki. Bukan bermakna dia tak nak kahwin kan?

Jadi lelaki sila jawab soalan ni. Tak elok ke perempuan kasar ni? Kalau korang dapat bini macam ni, boleh ke terima?

Ps: Dia aku tak tahu pulak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerpen: Benih-benih cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia masih menghadap laptop kesayangannya. Matanya tertancap pada skrin lama. Ayat yang sama dibaca berulang kali.


Air mata jernih diseka perlahan. Lantas tangan mengelik shut down. Perlahan dia ke ruang beradu. Seorang lelaki bernama suami sudah lama di alam mimpi. Ditariknya selimut menutupi dada dan mata terpejam. Ada sisa air mata di pipinya. Dia cuba melenakan diri namun sukar. Akhirnya, entah pukul berapa Safiyyah tertidur.

Xxxxx

“Kau tak boleh berterusan macam ni,” Amirah bentak. Dia masih geram dengan insan bernama Safiyyah yang terlalu lembut hatinya.
“Aku nak buat macam mana lagi?”
“Kau cubalah pikat suami kau tu. Takkan itupun tak reti,”
“Kau cakap senanglah. Kau kahwin atas dasar cinta. Aku ni? Kalaulah aku tahu suami aku tu ada yang punya. Takkan aku terima lamaran ni,” Safiyyah mengeluh.
“Apa kau kata? Kau nak mengalah sebelum berperang?”
“Kenapa? Salah ke seorang isteri membuat suaminya bahagia? Kalau benar Azril akan gembira bersama si dia. Aku rela. Aku rela Mira!” Amirah tergamam. Hati insan ini selembut baldu. Enggan dia meneruskan kata. Bimbang kolam air mata sahabatnya pecah pula.

Xxxxx
Abang, minyak habis. Saya keluar beli kejap ye.
SMS masuk mengganggu kosentrasinya. Azril mengelap peluh. Lama sudah dia tak bermain badminton. Letih tak terkata.

“Oi jauh menung bang?” Syahir menepuk belakang sahabatnya.
“Tak adalah. Aku letih sikit,”
“Aik lain macam je. Letih apa pulak?” Ketawa nakal menganggu jiwa lelaki Azril.
“Apa kau ni? Ke situ pulak,” Azril mengelak. Dia bimbang sebenarnya. Bimbang hatinya berubah.
“Apa pulak? Dah tak pernah-pernah kau pancit. Tahulah lama dah tinggal badminton. Tapi takkan cepat sangat letihnya. Aku baru nak panas ni,” Syahir berkobar.
“Aku nak balik awal. Kerja berlambak. Masa cuti nilah aku nak settle semua,”
“Amboi nak buat kerja ke rindu kat isteri. Apa khabar bini kau?” Syahir tetap menggangu tanpa memahami gelodak jiwanya.
“Baik kot,” Katanya sepatah.
“Kot? Kau ni apasal? Takkan pengantin baru bergaduh dah kot,”
“Taklah. Aku okey je. Jomlah last round. Aku nak balik kejap lagi,” Syahir mengalah. Mereka seakan melepaskan bebanan melalui pukulan demi pukulan. Azril puas!

Xxxxx

Hari cuti seperti biasa. Yang bezanya Safiyyah kini isteri orang. Dia sudah mengemas rumah. Niatnya mahu memasak tengahari terbantut. Gara-gara bahan memasak tiada. Rumah bujang selalunya begini. Rumah yang mereka diami milik si suami. Teringat masa mereka baru sehari bergelar suami isteri.

“Saya nak duduk rumah sendiri. Saya rimas dengan keluarga saya yang sibuk nak tengok kemesraan kita,” Safiyyah hanya menikus.
“Awak dengar tak ni?” Azril geram.
“Dengar,”
“Dah dengar tu setuju ke tak?” Keras nadanya. Seakan memaksa.
“Saya kan isteri. Seorang isteri perlu taat kepada suami. Lagipun saya akan ikut je ke mana awak pergi sampailah ikatan kita tak sah sebagai suami isteri,” Kata-kata itu seakan sejuk didengar. Namun, Azril diam seribu bahasa.

Safiyyah tersenyum mengenangkan suaminya. Bukan dia tak cinta suaminya. Sejak diijabkabul lagi dia sudah berjanji akan cuba menyemai rasa cinta untuk si dia yang bergelar suami. Lampu hijau membuatkan dia tersedar ke alam realiti semula. Lantas pedal minyak ditekan. Destinasi seterusnya ialah rumah mereka.

Xxxxx

“Lambat balik,” Teguran si suami mengejutkan Safiyyah. Mujur dia tak terlepas barang yang dibeli.
“Tak lambat pun bang. Kan saya baru je mesej abang. Masa tu saya baru nak keluar,” Safiyyah menjawab tenang.
“Banyak pulak jawabnya. Dah pergi masak. Saya lapar,” Azril berkecamuk.
“Baik bang. Abang naiklah solat dulu. Nanti dah siap saya panggil,” Lekas dia berlalu ke dapur.

Hati Azril tersentuh. Isterinya tak pernah bercakap kasar dengannya. Namun entah mengapa hatinya seakan keras untuk terima isterinya. Puas dia pujuk hati. Bukan dia suka menidakkan hak Safiyyah sebagai isteri. Dia tak mampu. Tanpa disedari air mata lelakinya jatuh menitis. Azril terus mendaki tangga. Bimbang isterinya nampak.

Xxxxx

“Waalaikumsalam mak,” Safiyyah melembutkan suara. Bimbang Azril terjaga dari lenanya.
“Aah abang tidur awal. Letih agaknya,”
“Apa? Berisi apanya? Mak ni orang baru je kahwin,” Safiyyah sedikit terasa.
“Ah tak apalah. Nanti orang kirim salamkan kat menantu mak tu,”
“Mak jangan risau sangat. Anak mak ni bahagia je,” Talian dimatikan. 

Dia terus ke katil dan cuba untuk tidur. Jiwanya rawan. Ingin saja dia menjerit kepada suaminya. Jerit mengatakan rasa hatinya sebenar. Rasa hati yang inginkan belaian seorang suami. Inginkan kasih sayang seorang lelaki yang sah untuknya. Safiyyah menangis tanpa sedar. Azril juga tersentuh. Namun, dia keraskan juga hatinya. Esakan kecil isterinya dibiarkan begitu saja.

Xxxxx

Suasana restoran begitu suram. Memang konsepnya begitu. Pokok penuh di sekeliling. Umpama makan di dalam rimba. Safiyyah menguatkan hatinya. Dia tahu perempuan di depannya mempunyai hajat besar. Hajat yang mungkin dia tak mampu penuhi.

“Safiyyah, awak tahukan kenapa kita berjumpa ni?” Athirah memulakan kata.
“Saya tahu. Saya juga tahu siapa awak Athirah,” Perempuan itu tersenyum nipis. Hati Safiyyah bagai dihiris.
“Baiklah kalau awak dah tahu. Saya tak minta lebih. Saya jadi isteri kedua pun tak apa. Itupun kalau Safiyyah sanggup bermadu,” Lembut tuturnya. 

Safiyyah terpana. Begitu tulus cinta seorang wanita. Sanggup menunggu kekasih hati walaupun sudah berstatus suami. Dia pula rasa dirinya perampas cinta antara Athirah dan Azril suaminya.

“Saya kagum dengan Athirah. Cinta Athirah buat Azril merana. Walaupun dia dengan saya tapi hatinya ada dekat awak. Saya tak mampu nak tandingi awak. Saya rasa baiklah awak tanya sendiri Azril. Kalau dia mampu kahwin dua, saya relakan. Kalau tak, saya rela undur diri,” Athirah terperanjat.
“Safiyyah, betul ke apa awak cakap ni?”
“Betul. Maaf saya ada hal lain. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum,” Segera Safiyyah berlalu dengan hati ditusuk sembilu. Pedih rasanya.

Xxxxx
Assalamualaikum abang, saya nak minta izin balik kampung seminggu. Abang buatlah keputusan cepat. Kesian Athirah menunggu.

Azril terduduk membaca sms dari isterinya. Hatinya mula berbolak balik. Sayang pada Athirah memang masih ada. Namun, hatinya mula kasih kepada Safiyyah. Dia buntu. Lantas dia memejamkan mata seketika. Kepalanya serabut dengan beribu persoalan. Adakah Safiyyah sanggup dimadukan? Adakah Safiyyah tak pernah simpan rasa sayang walau sekelumitpun. Hatinya menangis sendiri.

Seminggu tanpa Safiyyah mengajar dia erti perkahwinan. Erti kasih sayang dalam hubungan halal. Lantas dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan Athirah. Bagi memberitahu khabar tentang keputusannya.

“Assalamualaikum Irah,” Athirah menjawab salam lelaki itu. Adiknya duduk semeja.
“Adik saya, Aizad,”
“Azril,” Keduanya bersalaman.

Athirah juga tahu batas pergaulan. Sengaja dia membawa adik menemani. Selama ni mereka tak pernah bertemu berdua-duaan. Kalau bertemu mesti ada orang yang menemani. Kisah cinta kampus tak pernah lupus. Walaupun masing-masing bekerjaya. Namun, takdir tak menyebelahi cinta mereka. Azril memandang Athirah sekejap cuma.

“Athirah, saya dah buat keputusan. Harap awak boleh terima,”
“Baik saya dah sedia. Apa dia?”
“Saya akan nikahi awak. Hujung bulan ni saya hantar rombongan meminang,”
“Yeke? Alhamdulillah,” Aizad juga tersenyum.
“Ya, harap keluarga awak boleh terima saya. Saya nak tanya awak nak cincin risik dan tunang sekali ke asing-asing?” Azril malas berlapik. Dia mahu segalanya lekas selesai.
“Saya tak kisah. Janji awak sudi kahwin dengan saya,” Malu Athirah ditanya begitu.
“Kalau macam tu awak beritahulah family awak. Okey, saya balik dulu,” Azril mengangkat punggungnya.
“Kejap!” Laungan Athirah membuatkan Azril berpaling semula.
“Safiyyah macam mana?” Azril hanya melemparkan senyuman. Athirah kurang mengerti. Namun, Azril meneruskan langkah dan berlalu pergi.

Xxxxx

Barang-barangnya sudah tersimpan rapi. Safiyyah tersenyum hambar. Dia mengangkat beg menuruni tangga.
“Safiyyah awak nak ke mana?”
“Abang, kan abang nak bawak Athirah ke rumah ni. Jadi saya rasa baik saya menyewa kat tempat lain. Tak elok kalau Athirah nampak saya kat sini,”
“Safiyyah, kenapa awak baik sangat? Sampai suami awak pun awak sanggup bagi kat orang lain. Isteri apa awak ni?” Azril geram.
“Abang, saya isteri abang. Athirah pun bakal jadi isteri abang. Tapi saya rela bermadu demi kebahagiaan abang. Saya hanya nak abang bahagia,”
“Walaupun awak menderita? Abang tak nak teruskan perkahwinan ni,”
“Apa maksud abang?” Safiyyah terkejut. Adakah ini bermakna dia akan diceraikan? 
“Abang tak mampu bahagikan kasih sayang abang kepada dua wanita. Abang tak mampu nak tengok Safiyyah menderita dan Athirah terseksa. Abang dah buat keputusan!” Debar tak terkata.
“Abang, janganlah macam ni. Safiyyah tak sanggup ditinggalkan. Sejak kita bergelar suami isteri. Saya dah tanamkan benih cinta hanya untuk insan bernama Azril. Demi cinta saya yang baru mekar ni, saya relakan abang memadukan saya. Janji saya tetap bergelar isteri abang. Saya tak nak hubungan kita berakhir sampai sini saja,” Safiyyah menangis teresak-esak.
“Safiyyah, bangun. Kenapa macam ni? Kenapa awak tak berterus terang je kat saya pasal hati awak? Kenapa awak nak diamkan sampai melibatkan orang ketiga?”

Azril memeluk isterinya erat. Cintanya buat Athirah terpadam sejak pertama kali dia mendengar Safiyyah menangis. Cinta yang ada hanya untuk Safiyyah. Namun hatinya pedih melihat isterinya bagai tiada perasaan mengajak wanita lain berkongsi suami. Dia sanggup buat keputusan untuk menikahi Athirah kerana mahu memenuhi permintaan si isteri.

“Abang…”
“Ya sayang,” Azril bahagia.
“Macam mana dengan Athirah?”
“Tak apa. Abang tetap kahwin dengan dia,” Terkejut Safiyyah mendengarnya.
“Abang nak kahwin jugak?” Matanya berkaca semula.
“Aah nak kahwin dengan dia lepas isteri kesayangan abang ni tak ada kat dunia ni lagi. Itupun kalau dia nak kahwin dengan abang masa tu,” Ketawa Azril kuat. Safiyyah geram. 

Cinta buat suami yang semakin subur membuatkan dia lebih bahagia. Namun, jika ditakdirkan dia bermadu dia sanggup kerana cintanya. Kerana dia masih mengejar cinta Ilahi.

Nota Iffah: Kredit pada Encik Angah sebab ayat dalam blog dia membuatkan aku terasa nak menaip cerpen ni. Mungkin cerpen ni tak best. Apa yang aku nak sampaikan harap korang dapat. Macam Tentang Dhia pulak cerpen ni. Pengaruh TV betul hehe. Sejauh mana aku cuba untuk buat cerpen sad ending tapi tetap gagal. Tak reti T_T

Ps: Dia akan baca. Aku tahu.

Kata sayang yang tak terungkap

Saya sayang awak.
Saya cintakan awak.
I love you.
Wo ai ni.
Aishiteru.
Sarang hae.
Mahal kita.
Ti amo.
Mujhe tum se pyar heh

Semua ni nampak mudah disebut. Tapi kenapa masih sukar? Kerana ego dan batasan membuatkan ramai yang tak mahu mengungkapkan dengan kata-kata. Cukup dengan perbuatan. Tapi kalau hint tak jalan kenalah ucapkan jugak. Bergantung kepada seseorang.

Ada juga yang suka mengatakan cinta tapi rupanya hanya di mulut saja. Di hati lain ceritanya. Jadi tak semestinya cinta perlu diperkatakan. Cukuplah hati merasakan dan perlakuan menunjukkan rasa itu.

Macam cinta Allah. Asyik kata sayang Allah tapi ibadah yang disuruh tak buat tak guna jugak. Jangan pandai bermain kata saja. Buatnya tidak. Fikirkan!

Ps: Tak payah kata sayang kat dia kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kulit putih jadi hitam

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yang hari tu aku cerita pasal orang kulit hitam manis. Kali ni kita ubah topik. Kulit putih. Ada juga orang yang nak berkulit hitam. Seronok orang kulit hitam ni kan. Maksud aku kulit gelap. Yalah Allah dah elok-elok jadikan kita sebaik-baik kejadian, kita ubah lagi.

Apa yang diubah?

1. Kulit:
Ada jugak yang jalani pembedahan ke apa. Aku pun tak reti bab-bab ni. Untuk gelapkan kulit dia. Contohnya macam Louis Khoo pelakon Hong Kong yang berkulit gelap. Padahal dulu dia putih. Orang cina mana ada kulit gelap macam tu. Tapi kacak kan dia? Selamat kau memang kafir. Ada kan artis Malaysia buat? Islam pulak. Malas aku nak sebut.

2. Kening:
Kening tu tebal. Tak cantik. Bersepah-sepah. Bersambung macam lelakilah. Jadi dia memproses kening bagi lawa. Amboi lawa sangatlah kening sebaris je. Macam tak ada kening aku tengok. Allah laknat tau orang ubah kejadian ni.

3. Pembedahan plastik tujuan kecantikan:
Ini memang! Artis korea ramai buat. Aku tahu. Bentukkan hidung, tajamkan dagu. Bulatkan matalah. Macam-macam sanggup diorang buat demi kecantikan. Ada kan artis kita buat jugak? Ehem tak ingat dosa ke? Tapi ada pembedahan plastik yang dibenarkan. Macam aku tampal kulit. Macam budak sumbing. Macam telinga terbakar lepas tu cair. Doktor buat telinga palsu untuk dia. Jadi tak nampak cacat. Macam orang kena simbah asid, jadi buat pembedahan kembalikan wajah asal.

Kesimpulannya, bersyukur dengan nikmat Allah beri. Tak payah nak rasa rendah diri. Kata diri tu tak cantik. Cantik tu bukan kita yang nak menilai. Cantik tu Allah yang jadikan. Sampai masa akan ada seseorang yang terima kecantikan semula jadi kau tu. Dia je yang kata kau cantik. Tak apa janji ada kan? Allah tetap sayangkan kau yang pastinya.

Ps: Dia cantik? Wakaka

Cinta dalam hati Part 9

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Hanan cepatlah siap. Cik Abang kamu dah tunggu tu,” Hanan segera keluar dari bilik. Hari ni dia dah berjanji untuk membawa bosnya keluar.
“Dah siap mak. Apa abang-abang? Boslah,” Sengih Adli mendengar.
“Kamu berdua hati-hati keluar. Jangan buat kerja tak senonoh. Malu mak,”
“Makcik jangan risau. Anak makcik pandai jaga diri,”
“Betul kata bos tu,”
Keduanya masuk ke dalam kereta. Sebelum ke bandar, Adli Hairuddin bercadang untuk meneruskan pencariannya. Perjalanan ke bandar hanya memakan masa setengah jam. Mungkin jalan di Kuala Terengganu tak sesibuk di kota raya. Adli lama sudah menyimpan hasrat mencari seseorang. Baru hari ini dia berkesempatan. Semalam puas dia menerangkan kepada Hanan.

Xxxxx

Rumah banglo dua tingkat kelihatan sunyi. Adli cuba memberi salam. Tapi tiada yang menyahutnya. Peluh mula menitik. Hanan masih terjengah-jengah di celahan pagar.
“Bos betul ke alamatnya ni?” Diseka peluh di mukanya.
“Inilah alamatnya. Tapi takkan tak ada penghuni langsung,”
“Entah. Kejap saya nak pergi beli keropok lekor. Bos nak?”
“Boleh jugak. Hati-hati sayang,” Terhenti langkah Hanan. Bosnya makin berani bergurau sejak kisah lamaran di sawah padi.
“Assalamualaikum pakcik,”
“Waalaikumussalam nak,”
“Nak tumpang tanya, rumah ni memang tak ada orang ke?” Adli menyusun kata.
“Oh ada. Ada apa cari dia?” Pakcik itu memandang ke arah rumah. Dia mula mengeluh.
“Saya saudara jauh. Nak jejak dia semula. Pakcik tahu dia ke mana?”
“Tak apalah nak. Masuk dulu. Nanti pakcik terangkan,” Hanan yang baru sampai terlopong sebentar. Nak tak nak dia terpaksa menurut tingkah bosnya.

Perbualan dengan Pakcik Mustafa benar-benar memeranjatkan Adli dan Hanan. Rumah banglo itu merupakan rumah pusaka milik nenek Adli. Lama sudah Adli menjejaki nenek kandungnya. Akhirnya, pencariannya berhasil juga. Namun, ada lagi halangan yang perlu dia tempuhi.

Xxxxx

Telefonnya berdering. Hanan segera menekan punat hijau. Ibunya memesan beli barang. Maklumlah kenduri doa selamat sempena adiknya beroleh kejayaan akan dilangsungkan malam ni. Mungkin sekarang sudah ramai jiran tetangga datang membantu. Itulah kehidupan di kampung yang sangat berbeza dari bandar. Hanan dan Adli meneruskan perjalanan ke destinasi kedua. Bimbang emaknya bising pula.

Xxxxx

Keadaan seisi rumah hingar. Kalau rewang takkan senyap pula. Tak pelik orang kampung sebising ini. Hanan melangkah masuk ke dapur.

"Amboi anak dara ni. Seronok belanja?" Mak Milah menyakat anaknya.
"Ada-ada je mak ni. Ni orang dah belikan barang mak nak. Nak naik solat kejap. Asar nak habis dah ni," Segera Hanan bergegas mendaki tiga anak tangga. Sok sek makcik kampung tak diendahkan. Mulut orang mana boleh tutup.
"Hah Milah. Anan tu molek kalu jadi bini orang," Mak Milah tersenyum.
"Saya tunggu dia dirisik je. Kalau dah ada calon memang nak langsung cepat,"
"Dengan budak bandar tu? Amboi besan orang KL nampak," Mak Eton tak nak kalah.
"Kalau dah jodoh apa salahnya. Budak-budak tu berhak tentukan hidup sendiri,"
"Mu ni kasi muka sangat. Pahtu keluar paper kena cekup. Malu orang kampung kito ni," Sebilangan mengiyakan. Mak Milah tersenyum. Dalam hatinya berbisik sesuatu. 'Memang dah kena cekup pun'

Bersambung.

Nota Iffah: Orang Ganu maaf aku tak reti sangat dialek ni. Kalau salah tegur. Nanti aku betulkan kadar segera. Nak tanya member macam susah pulak. Hehe

Ps: Dia tak ingat dah cerita ni. 

Setelah 4 bulan berbalut

Tangan kanan aku
Nah sesiapa nak sangat tengok rupa tangan aku lepas pembedahan plastik 16.12.2011 lepas. Sekarang tak payah dressing dah. Genap 4 bulan. Fuh! Sekarang akan buat rawatan susulan fisio dan cara kerja untuk mengelakkan cacat sepanjang hayat.

Tangan kanan nilah nak masak, nak menulis, nak lipat kain. Nak angkat barang. Nak makan yang pastinya. Masih terkial-kial pegang sudu. Sadis! Sentap okey bila kakak aku cakap macam ni "Awak tu cacat tak payah buat kerjalah," lepas tu aku sentap kejap. Dia pun kata "Cacat sementara!"

Tapi syukur jugak sebab tak payah cuci luka dah. Tak payah tahan sakit pasal tu. Tak payah rimas asyik berbalut. Yang penting tangan ni dah lama tak mandi. Kesian dia. Busuk masyam haha.

Ps: Dia ada macam tak ada.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Spontaneous Thursday#22

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Sumber: Google

Ps: Dia tahu sangat pasal ni.

La Tahzan: Aku Kongsi Suami

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yang pasti bukan aku. Kahwin pun belum. Sebenarnya rasa tak layak je tulis pasal ni. Tapi disebabkan aku juga perempuan. Dah nama kongsi suami. Haruslah kaum hawakan? Bagi aku masalah ni bukan bukan jadi beban untuk kita tangisi.Tapi hati mana tak sedih kalau dapat tahu kita bermadu. 

Kalau aku pun aku pasti akan sedih. Ni yang belum kahwin. Yang dah kahwin mesti risau je. Kalau ada para pembaca yang mengalami masalah ini, aku harapkan agar kamu tabah. Janganlah kamu bersedih. Kamu akan bahagia walaupun terpaksa hadapi ujian sebegini. Perkara yang boleh membantu kamu mengusir kesedihan itu ialah;

1.      Sunnah Nabi: Poligami memang sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kita sebagai wanita dan hamba Allah kena redha. Kalau tak boleh terima hidup bermadu, maka ambillah penyelesaian lain. Jangan simpan dendam dan sedih dalam hati. Rosak hati nanti. Isteri yang redha suaminya berpoligami akan dijanjikan ganjaran di akhirat kelak.

2.      Pertahankan hak: Kalau benar suaminya tak mampu berpoligami, teruslah adukan kepada pihak yang berkaitan. Ada juga kes seseorang. Suami dia tak mampu tapi nak kahwin dua. Akhir sekali dia failkan penceraian dan tuntut harta sepencarian. Suami dia tinggal sehelai sepinggang dan dia masih bahagia walau hati sakit.

3.      Syukur: Syukur suami anda tak buat hubungan haram di sisi agama. Kadang ada bagusnya dia mengaku dia dah kahwin lain. Dari dia melanggan sesiapa untuk melampias nafsunya. Dia dapat dosa. Kita turut jadi mangsa. Kalau nasib tak baik kena HIV, AIDS.

Memang aku serba salah bila bicara soal ini. Tapi aku juga akan sedih jika diperlakukan begini. Adakala kita kena terima hakikat dan anggap ini ujian Allah kepada kita yang terpilih. Lain orang lain dugaan yang dia harus hadapi. Jadi la tahzan. Sesungguhnya Allah itu ada. Allah takkan menganiaya hamba-hambaNya. =)

Ps: Pengsan kalau dia macam ni.

Macam mana nak bercinta?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada seorang adik sedang menangis di tepi tasik. Lantas aku menyapa. 
Aku: Wahai adik kenapa menangis?
Adik: *Masih menangis.
Aku: Cakaplah mungkin akak boleh tolong.
Adik: Akak boleh ke tolong saya ni?
Aku: Insyaallah selagi mampu. *senyum
Adik: Saya nak tanya satu soalan je.
Aku: Apa dia?
Adik: Macam mana nak bercinta?
Aku: #@$^^&*@!
Adik: Kenapa kak?
Aku: Akak pun andartu dik. Manalah akak tahu macam mana nak bercinta.
Adik: Akak! *Menangis semula.

Okey semuanya aku tipu je. Konon buat dialog gedik. Apa punya keyword ni? Sibuk nak belajar bercinta. Aku pun masa zaman bercinta dulu tak pernah belajar nak bercinta. Main taram je. Lagipun bercinta untuk bebudak sekolah baik tak usah. 

Biar kita bercinta bila hati kita tekad nak kahwin dengan dia. Ehem* Jangan sibuk sangat nak bercinta kalau nasib diri tak tahu macam mana lagi. Kalau nak bercinta sebab suka-suka minta dijauhkan. Ingat sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak ada guna dik oiiiii.

Ps: Dia dah tekad dan nekad.

Kisah tragis kereta terbakar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masih ingat kisah tragis itu? 27.8.2011. Kereta yang dipandu aku terbabas dan melanggar divider highway Melaka-KL. Ya kereta terbakar dan meletup. Sekarang entah mana mayat si Maria (Kereta Wira) tu. Ni dah masuk bulan keempat aku kehilangan Maria. Sedih masih terasa. 4 bulan jugak aku berulang ke hospital. 12 hari aku duduk di wad. 

Jumlah hospital yang aku jejaki dah masuk 4 buah. Bermula dengan Hospital Tunku Jaafar, Seremban sejurus selepas kemalangan. 7 hari aku di sana. Bosan jangan kira. Raya yang disambut tak terasa seronoknya. Aku pergi meneruskan rawatan tangan minggu selepasnya di Hospital Serdang. Tiga minggu aku di rumah. 

Aku sambung pengajian dan sambung rawatan di Melaka pula. Hospital Melaka sudah jenuh aku jelajahi dua minggu sekali. Kadang tiga kali datang dalam seminggu. Kini musim cuti membuatkan aku terpaksa jejak semula Hospital Serdang. Nurse yang sama merawat. Dia paksa aku jalani pembedahan demi masa depan.

Aku pergi pula Hospital Sungai Buloh yang sememangnya jauh. Di sana aku dibedah dan terpaksa duduk 5 hari pula. Bosan tapi apa boleh buat. Kini tangan aku hanya tunggu kering tampalan kulit itu. Kulit peha pun semakin pulih. Lukanya hampir sembuh.

Semalam ada berita kemalangan pelajar UITM bertembung dengan atuk nenek. Dia meninggal kerana rentung. Ibu mengingatkan aku tentang sesuatu. Ya, syukur saja aku masih hidup. Sebenarnya lepas aku kemalangan tu banyak kes kemalangan rentung. Aku seriau membacanya. Harapan aku untuk 2012 ni agar aku lebih menghargai peluang hidup yang Allah berikan. Syukur T_T

Kisah tragis ini bukan untuk menunjuk-nunjuk atau meminta simpati. Cuma aku nak kongsikan betapa singkatnya hidup kita. Ajal maut di tangan Allah. Jangan kita alpa. Bayi pun boleh mati. Jangan hanya kata yang tua akan mati dulu. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara terjadi. Sekian.

Ps: Dia dah tahu.

31# Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sumber: Google
Ps: Nak hadiah dari dia.

Antara ayah dan ibu

Kisah ayah lain sangat dengan kisah ibu. Kenapa? Si ayah sibuk berahsia. Si ibu sibuk bercerita. Namun keduanya mempunyai rasa yang sama. Keduanya tetap berkongsi rasa serupa. Apa rasanya? Rasa sayang terhadap si anak. Lihat saja kisah mereka;

Situasi si Ayah:
Ayah: Nak air apa?
Anak: Milo ais je ayah.
Ayah: Pergi duduk dulu.
Anak: Ayah nak makan apa?
Ayah: Roti canai. Ada duit?
Anak: Tak ada*sengih.

Si anak ingin duduk berhadapan ayahnya. Kelihatan lelaki dewasa duduk bersebelahan kerusi kosong itu.

Ayah: Duduk sini. *ayah mengalihkan tempat duduk. Tak mahu anaknya duduk di sebelah lelaki.
Anak: Senyum. *menurut kemahuan ayah.

Tengok! Si ayah sanggup alih tempat semata tak mahu anaknya duduk dengan lelaki bukan mahram. Bagi duit tanpa banyak bicara. Layan seperti puteri. Walau kasihnya tak pernah terucap tapi ayah buktikan sayangnya melalui perbuatan.

Situasi si ibu:

Anak: Lamb chop.
Ibu: Tak padan dengan sakit.
Anak: Sengih*

Si anak terkial-kial memotong daging dengan tangan yang berbalut.

Ibu: Dah mari ibu buatkan. Kesian ibu tengok.
Anak: Terima kasih. Tengok, ibu sayang I tau.
Ibu: Mak mana tak sayang anak. Dah makan tu.

Kasih sayang ibu tak bertepi. Walau ulang sepuluh kali ayat yang sama dia tak pernah jemu. Dia tetap ucap sayangnya. Cuma anak je makin naik rimas. Tapi tak bermakna sayang tu hilang. Kesimpulannya, sayangilah mereka. Hargailah selagi masih ada. Jika tiada di dunia sedekahkan ayat al-Quran untuknya.

Ps: Dia tak tahu kategori ibu ke ayah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nak tunjuk hebat

Manusia memang macam tu. Nak tunjuk hebat kononnya. Padahal dia lupa ada yang lagi hebat dari dia. Siapa? Allah S.W.T. Ingatlah hebat manapun kita takkan dapat tandingiNya.

Tak percaya?

Tunjuk hebat di jalan raya misalnya. Cilok sana sini. Pecut tak ingat dunia. Macamlah jalan tu dia yang punya. Tup tup kemalangan. Ingat kuasa Allah tu ada. Sekali Allah kata jadi maka jadilah.

Masa tu tunjuk hebat kat hospital jawabnya. Tu pun kalau hidup lagi. Fikirkanlah. Aku ni tak puas menyesal lagi. Rasa paling lemah dalam dunia. Orang tak rasa takkan tahu. Jadi hargailah nyawa anda!

Ps: Dia pun.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hati merindu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Susahnya bila memendam rasa. Ingin diluah takut disalah ertikan. Ingin disimpan jiwa merana. Pernah kau merasai rindu itu? Rindu yang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata.

Aku juga sedang merindu. Cuma rindu itu hanya boleh dibiar berlalu bersama angin malam. Tiada seorangpun tahu rasa rindu ini buat siapa. Hanya Allah yang tahu siapa pemilik rindu yang aku alunkan ini.

Rinduuuu. Sungguh aku rindu. Jika kamu rindu, pejam mata. Rasakan rindu itu dan yakinlah pasti ada yang tahu rasa itu buat dia. Usah rindu hingga lupa asal kita. Jangan hanya rindu sesama manusia semata. Aku rindu semua.

Ps: Dia bukan yang pastinya.

Ada apa dengan putih?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Semua mencari kesempurnaan. Semua mencari kecantikan. Semua mencari yang indah. Namun adakah indah itu putih semata. Adakah putih melambangkan kecantikan yang ada? Asal yang putih je comel. Yang putih je cantik. Yang gelap dikatanya hodoh. Yang hitam dikatakan comot.

Selalu yang berkulit gelap terasa. Hanya kerana kata-kata nista orang sekeliling. Kadang mengalami kemurungan disebabkan wajah yang gelap khususnya. Orang lama bijak bermain kata. Bagi yang gelap pasti tersenyum lebar mendengar ayat ini;

Kalau hitam ada juga manisnya, putih-putih apa ada?

Ada juga lagu begini;

Yang hitam manis,
Yang hitam manis,
Pandang tak jemu,
Pandang tak jemu.

Jadi kepada yang berkulit gelap, hitam manis, sawo matang jangan bersedih kerana setiap ciptaan Allah itu indah. Jangan merendah diri. Jangan sangka yang gelap takkan ada yang suka. Kalau tak masakan orang kulit hitam menjadi pujaan hati gadis Malaysia kini? Hehe

Ps: Dia comel je.

Cerpen: Hanya kerana cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Kau kenapa?”
“Patut kau tanya soalan tu pada diri kau!” Shahila mendengus kasar.

Suasana sekeliling yang hingar tidak mereka pedulikan. Masa ini persahabatan sudah mula goyang. Semua gara-gara cinta.

“Eh! Apasal aku? Shah kau dah berubah. Sehinggakan aku rasa kau bukan yang aku kenal dulu. Kenapa?”
“Sudahlah Imran. Aku malas bertekak dengan kau. Kau pergilah. Leave me alone!” Shahila segera menutup bukunya. Dia perlu ke tempat lain bagi meredakan gelodak jiwa.

Imran hanya mampu memandang. Perubahan mendadak sahabatnya sangat terkesan. Dia tahu pasti ada perkara yang terjadi. Sepanjang 3 tahun perkenalan tak pernah si gadis berubah laku. Mereka sangat akrab. Atas nama persahabatan.

Xxxxx

“Shahila!” Suara Azizi bergema.
“Ya ayah,” Shahila menikus. Dia tahu dia salah.
“Kenapa dengan kamu ni?”
“Kenapa apa?” Shahila diam tak berkutik. Dia tahu ada yang tak kena.
“Yalah selalu sangat balik lewat. Anak dara tak elok keluar selalu,”
“Orang nak siapkan tesis. Kan dah tahun akhir. Ayah jangan risau sangat,”
“Mana ayah tak risau. Kamu tu asyik dengan tugasan kamu. Ayah tak nampak bayangan calon menantu ayah lagi. Umur macam kamu ni dah patut kahwin pun,”

Lagi-lagi soal kahwin dibangkitkan. Shahila, anaknya setia di sisi selepas kematian si jantung hati dua tahun lepas kerana kanser serviks. Azizi risau tentang anak bongsunya itu.

“Ayah ni tak habis-habis soal kahwin. Orang muda lagilah. Lagipun anak ayah ni mana laku,”
“Aik macam jauh hati je. Kenapa? Kena reject?” Seraya si Ayah ketawa.
“Amboi seronoknya dia gelakkan kita. Ayah, orang tak nak kahwin boleh? Nak jaga my pyaare daddy seumur hidup ni,”
“Shahila! Kamu jangan nak pandai-pandai. Kamu tak payah jaga ayah. Ayah ni dah tua. Mati tu bila-bila datang menjemput. Ayah tak nak tinggalkan kamu tanpa ada pohon untuk berteduh. Nak tak nak Ila kena kahwin sebelum habis belajar!” Ayah bengis. Gerun melihat perubahan ayahnya, Encik Azizi.

Xxxxx
Shahila pantas membuka langkah. Enggan hatinya yang sudah terhiris ditambah sakit lagi. Perih rasanya dikhianati teman sendiri.

“Shah please!” Tangan digenggam erat Wahida.
“Apa yang kau nak?”
“Aku serba salahlah. Imran macam tu kau pulak macam ni,” Tangan direntap.
“Kau jangan susahkan diri fikir pasal aku. Kau jaga hati Imran sudah!” Shahila tak betah lagi di situ. Air mata mula bergenang. Pengakhiran ceritera sahabat sungguh dia tak mahu namun dia terpaksa.
“Shah!!! Maafkan aku,” Dia menangis laju. Pantas nombor Imran didailnya.

Dia tekad dengan keputusannya. Pernikahan harus dilaksanakan. Bimbang banyak hati yang akan terluka. Kisah ini akan bertambah tragis dan sememangnya Wahida tak mahu itu berlaku.

Xxxxx

Malam terasa dingin. Air mata setia menemani. Shahila dikejutkan berita majlis pernikahan sahabatnya Wahida. Dia sengaja tak mahu pergi. Esok pagi Wahida akan diijab kabulkan. Dia? Masih sendiri. Ayahnya masih memujuk dia mencari cinta sejati. Dia terus mengelak selagi daya. Hati yang kecewa tidak bisa diubati.

Xxxxx

“Aku terima nikanhya dengan mas kahwin RM 15,000 tunai,”

Lafaz itu sah. Dia bergelar seorang isteri akhirnya. Demi memenuhi hasrat si ayah. Shahila nampak wajah tua ayahnya tersenyum riang. Dalam hatinya, syukur teramat sangat.

“Shahila maafkan abang,” 

Kata-kata itu bagaikan halilintar memanah sekeping hati. Tangan yang disua berat rasa hatinya ingin menyambut. Apabila terkenangkan ayah, lambat-lambat dia bersalaman dengan sang suami. Dia tak tahu permainan apakah yang tuhan aturkan untuk jodohnya? Dia pasrah akan takdirNya.

Xxxxx

“Abang nak outstation dua hari ni. Jadi awak duduk rumah ayah ye,” Imran ujar perlahan.
“Kau susah apa? Tahulah aku jaga diri. Anyway, tak payah nak bagitau aku kau nak pergi mana sekalipun. Rimaslah,” Shahila membentak.
“Ila, janganlah jerit. Orang sebelah dengar apa pula kata mereka,”
“Yang kau kisah pasal diorang kenapa? Kalau malu sangat kenapa nikah dengan aku?” Hatinya geram.
Imran memujuk hatinya. Dia tahu Shahila masih marah. Dia sememangnya senior merangkap sahabat isterinya satu tika dulu. Dia sangat faham rasa hati isterinya.
“Ila ambillah masa yang Ila nak. Abang tunggu. Lagipun, abang suami Ila. Hakikat itu takkan berubah sayang,” Tenang saja Imran. Lagilah hati wanita itu membengkak.
“Kau ingat kita kahwin ni sebab aku suka kau ke? Mati hidup balik pun aku takkan terima kau. Kenapa terhegeh-hegeh cari aku? Keenapa tak cari bini tua kau tu?” Rahsia sekian lama terpendam diluahkan akhirnya.
“Isteri tua? Kelakarlah awak ni. Awaklah isteri abang, Ila. Satu-satunya,”
“Pandai sangat kelentong aku. Habis Wahida buah hati kau tu nak campak mana? Outstation konon!” Imran blur. Shahila lari masuk ke bilik. Hati wanitanya terhiris lagi.

Xxxxx

Bunyi SMS masuk menganggu kosentrasinya. Shahila membaca sejenak. Wahida? Serentak dia bangun dan bersiap untuk keluar.

Shahila berdiri sebatu dari Wahida. Jijik rasa hatinya bersebelahan dengan orang yang sanggup tikam kawan dari belakang.

“Untuk apa kau jumpa aku ni?”
“Untuk aku leraikan segala kekusutan selama ni Shah. Aku dan Imran…” Belum sempat dia menyudahkan ayat Shahila mencelah.
“Sudahlah Wawa! Permainan korang dah tamat. Aku penat dengan lakonan ni. Korang buat rancangan ni sebab nak jaga hati aku. Kau suruh Imran nikah dengan aku. Kau ingat aku akan bersahabat dengan kau? Cukuplah Wawa. Aku penat. Anggap jelah kita tak pernah berkenalan!” Wahida menangis.

Seorang lelaki muncul menyapu air matanya. Shahila mula merasa jengkel. Masakan si isteri boleh berlaku curang di belakang suami. Dia terasa diperbodohkan.

“Wawa! Kau ni kan memang perempuan tak guna!” Jeritnya kuat. Dia mahu melepaskan amarah.
“Sudah! Saudari melampau. Saudari menghancurkan sebuah persahabatan hanya kerana cinta. Saudari menuduh Wahida tanpa usul periksa. Paling saya tak sangka saudari sanggup hina isteri saya. Apa salah dia?” Khairil bengang.

Shahila terkejut. Semuanya berlegar di minda. Satu persatu penjelasan dari mulut suami Wahida membuatkan dia terpana. Suami Wahida iaitu Khairil begitu marah. Shahila hanya mampu menangis beribu sesalan.

Xxxxx

Malam itu tangisan belum reda. Sengaja dia berkurung. Malu berdepan suaminya. Sebulan dia tak menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya. Berbulan lamanya dia menaruh dendam yang keramat. Bunyi ketukan di pintu tidak Shahila hiraukan. Dia kecewa dengan dirinya.

“Ila. Kenapa ni?” Air mata isterinya disapu. Shahila memandang suaminya perlahan. Terasa dirinya begitu berdosa.
“Abang…” Tangisan berlanjutan. Imran segera memeluk isteri kesayangannya. Dalam hatinya dipanjat syukur kepada Ilahi.
“Abang dah tahu semuanya. Abang gembira Ila dah berubah. Lama abang tunggu,” Senyumannya meleret.
“Abang, saya minta maaf. Saya tak tahupun abang suka saya sebenarnya. Saya tak tahu pun abang rapat dengan Wawa sebab saya dan saya tak tahupun yang abang bukan kahwin dengan…”
”Syyyhh sayang. Dah jangan sebut lagi benda dah lepas. Anggap jelah ini sebagai pengalaman yang mengajar Ila erti hidup. Abang dah bersyukur sangat tau. Akhirnya Shahila binti Azizi menjadi isteri abang yang sah dan terima abang sebagai suami,” Shahila senyum bahagia.

Segala kekusutan terlerai sudah. Hanya kerana cinta dia menjadi buta. Hati buta menilai kebenaran di depan mata. Cinta melebihi akrabnya persahabatan hingga menimbulkan fitnah dan prasangka. Akhirnya, kerana cinta jugalah menyatukan mereka semula. Shahila bahagia bersama Imran. Begitu jua Wahida dan Khairil.

Nota Iffah: Penat fikir tajuk. Akhirnya muncul saat akhir. Cerpen ini sepenuhnya dikarang dan ditaip menggunakan sebelah tangan iatu kiri. Sehari suntuk aku taipnya. Hargailah nikmat Allah beri sebaiknya dan gunakan ke jalan yang baik.

Ps: Dia nak baca ke?

Spontan yang malu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Situasi: Pejabat Andalusia Umrah dan Ziarah.

Keadaan sesak dan penuh. Seorang gadis terlanggar hujung kerusi dan menjerit sekuat hati.
"Adoiiii!" Dia senyum malu melihat seorang pakcik memandang pelik. Sungguh malu!

Korang pernah alami? Tindakan luar sedar kadang buat kita malu. Ia spontan dan memalukan.
 Ps: Dia suka buat aku malu.

Ayat memulakan perbualan dengan kekasih

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masa aku baca keyword ayat memulakan perbualan dengan kekasih serius aku gelak. Lawaklah orang yang cari ni. Ingat aku perunding masalah perhubungan dalam percintaan ke apa? Kalau nak sangat, pergi blog TERFAKTAB!

Apa sibuk sangat kat kekasih tu. Bukan boleh jamin kebahagiaan dunia akhirat. Tak terjamin pun. Aku malas menaip panjang. Jari lenguh. Seksanya orang ada satu tangan. Syukur saja anda sempurna anggota badan!

Ps: Dia ada seseorang istimewa yang pastinya.

Perbandingan dua kisah berbeza

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Idea tercetus dari kispen ini. Apa entah yang merasuk aku sampai terhasilnya entry ni. Bukan apa. Kispen itu sangat menarik dan ending sendiri kena fikir. Hebat. Kagum sebentar.

Kisah satu: Manusia membakar kucing kerana benci. Benci dengan suara manja. Benci dengan bulunya. Benci dengan kehadirannya.

Kisah dua: Manusia membakar diri (baca: merokok) kerana suka. Inginkan kepuasan, kemachoan dan melunaskan kegundahan.

Apa beza dua kisah ragam manusia ni? Keduanya sama kejam. Sebab keduanya menzalimi mahluk ciptaan Allah. Renungkan!

Ps: Dia tak zalim.



Only one word to describe me!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Only one word to describe me. 

Nota Iffah: Sila jujur. Itu je aku nak tahu dari korang. Sesi muhasabah diri kot. Errr dah-dah aku malu. #KBAI

Ps: One word for him: Cute!

Kat blog lain, kat luar lain?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Itu komen seorang senior IPG aku. Terkejut masa kenal dia. Sebab tak tahu pun dia senior aku. Maklumlah dunia realiti aku bukannya ramah sangat. Nak bertegur dengan orang tak kenal pun segan. Tak percaya tanya kawan-kawan blogger yang jumpa kali pertama. Hehe

Ini bukan kes split identiti ye. Ini bukan Mr Hyde and Jack. Ini insan bernama IFFAH AFEEFAH. Tak ada yang beza aku di blog dan realiti sebenarnya. Ramai kata aku menulis dari hati. Jadi tak ada istilah hipokrit dan sebagainya.

Cuma aku meluahkan apa yang tak dapat diungkap melalui realiti. Yalah pemalu. Jadi blog je medium bersuara aku. Selalu pesan kat diri sendiri. Jadi diri sendiri. Aku mengaku aku tak baik mana. Aku juga tak istimewa. Aku manusia biasa saja. Terima aku seadanya...

Ps: Dia tak kenal aku lagi.

Nak cerita pasal PMR

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dah lama aku ambil PMR rupanya. Dalam diam dah 7 tahun. Masih teringat betapa malasnya aku belajar masa tu. Erk sekarang pun. Nak tahu result aku? 1A je. Itupun KH. Hebat result akukan? Sikitpun aku tak sedih masa tu sebab memang aku pemalas pun.

Result penuh 1A 6B 1C. Setiap hari ibu bising suruh belajar. Aku buat tak tahu. Hinggakan aku nak SPM tahun tu tapi adik aku yang nak SPM tahun depan dah mula belajar gigih. Sampai sekarang ayat ibu masih sama. Risau dengan aku ni. Yang paling teruk result setakat ni akulah. 

Yang lain 8A. Aku tak malu pun. Rasa bangga dengan kakak-kakak, abang dan adik-adik aku. Semua pandai. Anak cikgu kan? Tapi tujuan aku taip ni bukan nak bangga dengan result PMR aku tu tapi nak bagi semangat kat adik-adik yang tak berjaya dalam PMR. Jangan putus asa. PMR hanya titik permulaan. Perjalanan masih jauh dik!

Aku teruk manapun masa PMR, SPM dulu tetap dapat masuk maktab. Belajar jadi cikgu. Insyaallah akan genggam segulung ijazah tahun depan. Insyaallah juga akan jadi cikgu 2013 nanti. Jadi kalau aku boleh, kenapa tak adik-adik yang kat luar sana. Usahalah. Rezeki Allah ada di mana-mana. PERCAYALAH!

Ps: Mesti dia rasa aku macam pakar motivasi pulak!

LA TAHZAN : LANGIT TAK SELAMANYA MENDUNG

Assalamualaikum dan salah sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam slot ini. Slot yang banyak timbulkan kontroversi. Tepat tekaan anda, Slot kali ini di tulis oleh penulis kedua. Hari ini kita akan membicarakan mengenai Langit tidak selamanya mendung. Bila tiba masa dan ketika ia pasti terang kembali dengan sinar mentari. Mentang-mentang sekarang musim tengkujuh. Bukan nak cerita pasal cuaca, tapi nak cerita mengenai Allah Maha Mendengar.

Di hari yang bahgia dan penuh berkat ini, saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda. Dia seorang insan yang sabar. Dia akan marah apabila terasa dirinya benar-benar tercabar. Suatu hari dia perlu melaksanakan satu tugasan bersama seorang rakan, mulanya dia berasa gembira kerana percaya mereka dapat melaksankan tugas tersebut dengan baik bersama-sama. Tapi lama-kelamaan dia berasa tidak tahan dengan sikap temannya yang suka menyakitkan hati melalui tutur kata.  Tapi dia hanya diam dan bersabar. Berfikir mungkin masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri.  Kadang-kala di suarakan juga rasa itu pada ibunya. Ibu kata “Bersabarlah. Serahkan segalanya kepada Allah”.

Akhirnya tugasan tersebut selesai dan dia rasa cukup lega. Namun rasa lega itu tidak berpanjangan, untuk tugasan kedua  nyaris-nyaris dia melaksanakan tugas itu bersama sahabat tadi. Pelbagai rasa yang tidak enak timbul tenggelam dalam hati. Nak berterus-terang bimbang mengguris rasa dan dia tiada pilihan lain. Tapi dalam sedar tak sedar, ada yang mendengar keluh kesah itu. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap keluhan hambaNya yang bersabar. Alhamdulillah Allah  mengurniakan dia sahabat yang lain untuk melaksanakan tugasan tersebut. Dan ibu berkata lagi   “SesungguhNya Allah itu sentiasa mendengar keluhan orang yang bersabar” Tak terhitung rasa syukur padaNya atas nikmat yang diberikan. Mendung tidak beerti hujan kerana bila-bila masa sahaja Allah boleh menghadirkan matahari. 

Sahabat-sahabat dan rakan pembaca sekalian, apa yang dapat saya ringkaskan daripada cerita di atas, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Maka bersabarlah dan berdoalah kepada Allah agar masalah yang anda hadapi akan selesai. Percayalah Allah itu Maha mendengar. Yakinlah setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Saya akhiri coretan pada kali ini dengan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 107 yang bermaksudTidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah?. Dan tiada bagimu selain Allah, seorang pelindung mahupun seorang penolong.


Ps: Dia patut baca ni.

Spontaneous Thursday#21

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sumber: FB REENAPLE
Ps: Dia pun sama kot.

Kenapa korang setia?

Kenapa hati tetap nak setia? Sedangkan hati kita pasti sakit sekiranya cinta atau setia tak berbalas. Benarkah hati yang setia tak meminta setia dari seseorang? Perit kan bila kesetiaan dibalas dengan kecurangan? Atau kedinginan layanan.

Ada orang kata jangan berani setia kalau takut dikhianati. Jangan setia pada yang tak sudi. Tapi bolehkah kita menghalang rasa setia tu dari sisi kita? Kadang bila terlampau setia kelak kita yang akan merana.

Bukan dalam babak percintaan je. Dalam seluruh aspek kehidupan. Setia pasti datang tanpa diduga. Terpulang sama ada kita nak terus setia atau sebaliknya. Cinta memerlukan kesetiaan. Tapi jikalau setia melampaui batasan pun tak wajar juga kan? Yang penting berpada-padalah.

Nota Iffah: Macam korang, setia baca entri aku, setia datang komen walaupun kunjungan tak berbalas. Setia doakan aku cepat sembuh. Setia dengan blog picisan ni. Sungguh kesetiaan korang amat aku hargai. T___T Nanti aku cuba balas jejak semua. Kini kembali menaip dengan satu jari hurm.

Ps: Dia pun tak sesetia korang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

30#Wordless Wednesday

google
Ps: Mana dia?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gelagat Ecah

Ecah sedang menari ikut lagu hindustan. Benarlah teori pendidikan kanak-kanak belajar melalui peniruan. Aku makin risau dengan Ecah. Aish! Aku tak ada mood nak blogwalking. Kenapa eh? Nak update pun malas hurm.

Ps: Dia ada adik
Published with Blogger-droid v1.7.4

Asyik gaduh

Aku ni sakit-sakit pun suka gaduh. Hari bahagia puan pengetua pun aku gaduh dengan dia. Kadang rasa melampau ambil beratnya. Aku naik rimas. Cadang nak makan kat luar tak berhasil. Sebab?

"Ipahkan sakit. Jalan pun tak betul. Tangan tu berat nak bawak. Ibu kesian kat awak je."

Okey, akhirnya sambut kat rumah. Pizza, sate. Huarghhh takkan sebab aku semua kena berkurung kat rumah. Penat! Penat nak gaduh. Malas nak bising. Yang stressnya ibu. Yang kena darah tinggi pun ibu. Aku tak nak asyik gaduh je.

Emosi ni hanya dirasai orang yang sakit dan asyik menyusahkan orang. Ipah! Sila cepat sembuh!!!

Ps: Hampir lupa pasal dia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sekeras-keras lelaki pasti lembut bila bicara tentang cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sekeras-keras lelaki pasti lembut bila bicara tentang cinta.

Siapa yang cari keyword macam ni? Disebabkan aku bukan lelaki. Jadi aku serahkan kepada yang lelaki untuk menjawab. Hah apa lagi. Jawablah =P Yang perempuan boleh je kalau nak jawab.

Ps: Dia malas nak jawab!

20.12.2011

Tarikh keramat buat bonda tercinta.

PUAN LATIFAH selamat ulang tahun yang ke? Tettt.

Tiada kata istimewa. Cuma terima kasih sebab lahir.

Tanpa ibu, mana ada insan bernama Iffah Afeefah.

Apapun yang ibu terasa hati, ipah minta maaf.

Ayat keramat dari ibu semalam:
Ecah, Cik de marah tu. Cepat simpan balik. Onnie pun takut dengan Cik de.

Ecah aka cucu
Onnie aka nenek kepada Ecah
Cik De aka Ipah.

Ibu, sayang ibu ketat-ketat. Sila terima hakikat yang anak yang ni je sanggup jadi cikgu ikut ibu dengan ayah hehe ;-)

Ps: Lupa hari lahir dia aci tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rumahku syurgaku

Gula-gula pelangi akan kembali aktif. Erk aktif lah sangat. Aku dah balik rumah. Akhirnya setelah bertapa 5 hari dalam wad yang selesa. Tapi rasa tak setanding dengan rumah ibu ayah.

Ingat iklan petronas? Ala yang budak kecil cakap "Kenapa saya suka rumah saya?" "Sebab dia best"

Comel je. Dulu kalau jalan-jalan mesti beli cerderahati. Ala yang kayu ke papan tulis-tulis. Kan ada tulis rumahku syurgaku. Aku dulu tak faham. Kenapa nak kata rumah tu syurga pulak.

Tapi sekarang aku dah iyakan. Memang rumah ibu ayah paling best. Sebab tu dia bandingkan dengan syurga. Syurga? Siapa tak nak masuk kan? Jadi sama-sama memenuhkan syurga di akhirat kelak.

Ps: Dia menghilang lagi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kasih ibu yang tak bertepi

Aku memandang sebabak demi sebabak. Hati aku rawan. Ingin saja aku jerit di situ juga. Ibunya masih setia di sisi. Aku cemburu. Ku lihat ke sisi ibuku tiada. Tiada yang menemani. Bukan aku mahu berteman. Cuma aku cemburu melihat kanak-kanak itu.

Ada ketikanya kanak-kanak itu berdengkur. Penat sangat gamaknya. Aku tak henti meneka sakit apakah dia? Kahak kedengaran terlalu banyak hingga menyukarkan dia bernafas. Ibunya tiada. Mana? Oh di bilik air bersebelahan saja.

"Ibu! Mana ibu ni?" Kuat memenuhi bilik yang kami huni.
"Ibu!" Tangisan mula kedengaran. Aku jengkel. Enak saja die menjerit sebegitu rupa. Sedang ibunya hanya meninggalkan barang seketika. Aku merengus.

Terkocoh-kocoh ibunya datang.
"Ibu ada ni sayang. Dah bangun ye?" Lantas hati aku terusik. Sedih.
"Ibu pergi mana?" Nada manja teramat buat aku mual seketika. Mujur saja dia kanak-kanak.
"Ibu ke tandas. Kenapa sakit ke?" Aku melihat kanak-kanak itu baring semula. Lesu kelihatan diraut wajahnya.

Begitulah keadaan seharian. Si ibu masih di sisi. Dalam bilik ini hanya ada 4 katil. Hanya aku yang dewasa. Yang lain mungkin masih kategori kanak-kanak. Semuanya ada ibu di sisi mereka. Hanya seorang ayah meneman si kecil.

Hati aku terdetik. Ke manakah lelaki bergelar bapa? Adakah hanya ibu penjaga setia? Tapi aku tahu hati ibu mana yang sanggup biarkan anak jauh keseorangan. Antara ibu dan bapa pastilah ibu lembut hatinya. Sebab tu hanya ibu beria menjaga. Bapa bukan tak sayang cuma kasih ibu melebihi segala.

Ps: Harap dia jadi bapa yang baik kelak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kalau malu tak dapat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang sekarang ada juga yang simpan rasa malu. Bukan orang dulu-dulu je ada perasaan malu. Cuma bezanya, beberapa kerat je yang ada lagi rasa malu ni.

Pernah dengar tak ayat ni;

KALAU MALU TAK DAPAT!

Malu nak dapatkan sesuatu. Contohnya aku nak makan durian kat rumah bapak mertua* olok-olok je. Tapi aku malu nak ambil. Sampai durian tu habis. Aku pun hanya mampu memandang. Kan? Sebab malu terlampau aku tak dapat merasa durian kuning keemasan tu.

Tapi cuba kalau aku ubah situasi ayat ni kepada situasi lain. Contoh;

KALAU MALU TAK DAPAT!

Aku nak merasa macam mana rasanya bercinta. Berdating. Pergi tempat-tempat romantik. Berkenalan dengan jejaka pilihan malaya. Segalanya aku nak cuba. Tapi aku malu. Malu dengan Allah. Dengan keluarga. Dengan kawan. Sekali kawan aku cakap; Kau malu tak dapatlah nak tolong. Nak cuba tak?

Tengok, sekelip mata ayat yang sama jadi dua perkara berbeza. Negatif dan positif. Cuma kita yang berhak memilih sama ada nak yang mana. Jadi jagalah perasaan 'malu' anda. Ada perkara yang perlu dan tak perlu malu. Jadi renungkan bersama!

Ps: Dia tak malu dengan aku.

Pantun Sakit Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini pantun basi. Aku dapat idea masa katek berpantun kat FB. Baru sekarang nak publish. Duduk hospital jenuh menanti hari. Malam ni tidur wad sorang. Tak sampai hati tengok orang jaga tidur kat kerusi. Sakit badan kot. Jom layan pantun tak seberapa ni.

Jiwa meroyan tak tentu hala
Sibuk fikir masalah dunia
Hati yang sakit ada ubatnya
Lapangkan dada kosongkan minda

Dunia ini penuh pancaroba
Kuatkan hati bersama-sama
Jangan hendak memendam rasa
Baiklah berkongsi suka duka

Hati perit sendiri merasa
Cakap banyak nanti terasa
Sejukkan hati yang binasa
Dengan Quran penuh kuasa

Ps: Hati dia kuat.

Tak bahaya ke jumpa blogger?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
NOTA IFFAH:Operation berjaya. Doktor bedah tu ambil kulit paha tampal kat tangan. Aku masih di wad Hospital Sg. Buloh. Doakan aku cepat sembuh. Rindu korang! Isu ni lama dah bernaung kat kepala aku. Amaran! Bahasa agak jujur dan tegas. Sesiapa tak boleh terima sila klik pangkah.

Jawapan aku sama sekali TAK BAHAYA.

Ikut pengalaman aku, ramai dah blogger aku jumpa. Berdua atau berkumpulan. Jadi aku tak rasa ianya satu yang bahaya. Mula jumpa Cik Pulau, Bro Ben, Bro Framestone, Bro Wacana, Bayu, Yana Nanako, Iera kan, Mas, PCM, Along Usop, Wan, Kak Mas, Sunah, Abang Ady, Nadh my jiran, Zulfikar, Deknaz, Kak Shida, Kak Aima, Tasha, Kak Deqdeq, Ujang, Cik Epal, RedMummy, Kyerull, Kirin, Ina si lesung pipit, Kak Elly, Boboi, Jiji, Budak Penjara.

Sorry pada yang aku tak sebut. Banyak kan aku jumpa? Melalui gathering ada, perjumpaan tak dirancang ada, diorang datang beraya kat rumah ada. Aku kenal mereka. Aku kawan dengan mereka melalui dunia maya ni. Aku kenali mereka dari cara penulisan mereka. Jadi untuk apa nak takut?

Malah aku rapat dengan mereka. Seolah kenal lama. Tapi tak semua aku rapat. Segelintir dari mereka. Aku cuma perlu hati-hati sebab tak semua orang jujur bila kita jujur. Jadi pesanan aku, bawak diri baik-baik. Kalau tak kenal rapat lagi jangan main ikut kata hati je nanti merana diri. Sesal tak guna lagi.

Ps: Dia pun aku dah jumpa.

Cara hilangkan cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku musykil punyalah indah cinta ni, ada pulak yang search keyword nak hilangkan cinta. Aku bukan pakar cinta. Jadi kalau nak hilangkan tu macam mustahil. Tapi nak melupakan si dia tu aku bolehlah bagi cara.

Antara cara berkesan yang aku pernah guna;

1. Buang segala bukti seperti gambar, hadiah, nombor telefon, friends FB ke apa dan sebagainya. Kalau makin sayang, makinlah susah nak lupakan. Kadang kita kena jadi kejam ye. Bukan apa, khususnya perempuan hati lembut. Semua nak buat tak sampai hati.

2. Cari kenalan baru. Bila kita ada kenal yang baru automatik kita akan perlahan-lahan lupakan dia. Maksud aku bukan pakwe atau makwe baru. Kawan. Kita memerlukan kawan rapat untuk luahkan rasa yang terpendam. Bila kita rapat dengan seseorang. Mudah je hati melupakan.

3. Cari kesalahan dia. Cari kelemahan. Ini selalu orang kata kejam sangat. Tapi kalau asyik fikir yang baik-baik nanti tak sampai hati. Lepas tu mulalah menyesal dan kembali kepada dia balik.

4. Akhir sekali dan penting, dekatkan diri pada Allah. Itu je cara terbaik. Sibuk cari cinta manusia padahal cinta Allah cinta hakiki lagi abadi. 

Jadi tak susah sebenarnya kita nak hidup tanpa dia. Senang je. Kalau sehari dia tak ada kita boleh bernafas, akan datang pasti kita akan dapat bernafas. Kecualilah ajal menjemput. Sekian.

Ps: Dia gembira bercinta. Aku suka.

La Tahzan: Jodoh Lambat Tiba

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jodoh bukan di tangan manusia. Tapi apa yang dirancang Allah kita sendiri tak tahu. Jadi la tahzan jika lambat jodohnya. Mungkin bukan kita yang merasai. Malah ramai lagi. Usah bersedih hanya kerana jodoh lambat tiba. Ingatlah tiga perkara ini;

Jangan bandingkan dengan orang lain. Ingat kita mempunyai nasib yang tak sama. Jodoh itu rahsia. Lain orang lain jodohnya. Mungkin ada yang menanti di syurga sana. Jangan cemburu dengan mereka yang menemui jodoh awal kerna menemui jodoh awal tak semestinya bertuah begitu juga sebaliknya.

Yakin dengan qada’ qadar. Rukun iman yang keenam jika kamu terlupa. Bukan nak kata apa. Ramai sangat lupa akan hakikat ini. Adakah anda benar-benar beriman? Kalau ya, perlukah kita mempersoalkan kehendak takdir? Jadi jangan bersedih atas apa yang berlaku. Terima ketentuan Ilahi buat kita.

Syukur. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Nikmat yang kita sendiri tak perasan. Nikmat apabila dapat berkhidmat kepada orang tua. Kalau dah kahwin awal, tanggungjawab sudah semakin banyak. Ruang dan waktu bersama ibubapa akan lebih terhad.

Ingatlah Allah maha adil. Pasti ada sesuatu yang tersirat yang mata kita takkan mampu nampak dalam percaturanNya. Yang kita nampak yang buruknya. Tetapi yang baiknya? Jodoh lambat atau tidak semua kehendakNya. Jangan pernah sesali kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita hambaNya.


Nota Iffah: Doakan esok semua berjalan lancar!

Ps: Dia percaya pada jodoh. Aku juga.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers