ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
|
Teaser! |
Sibuk
jari jemarinya menari di atas permukaan rata sejenis gajet yang sememangnya
menjadi igauan ramai. Iphone 5snya terseksa
kerana tak henti bekerja sedari tadi. Ada saja idea si pengguna menggunakannya.
Powerbank masih setia menemani gajet itu. Pemilik gajet itu masih tidak
mengendahkan manusia yang lalu lalang di sebelahnya. Bahkan sedikitpun dia tak
terganggu dengan kehadiran mereka. Mana taknya dia masih mementingkan sesuatu
di dalam gajet itu.
Adakala dia
tersenyum sendiri. Ketawa kecil menghiasi wajahnya yang comel. Jelas dia masih
berada di dalam dunianya sendiri. Dia tak pernah hiraukan orang lain. Dia
memang akui yang dia seorang yang anti sosial. Bukan berlagak sombong tapi dia
tidak tahu memulakan kata jika dengan insan yang belum dia kenali. Hidupnya
hanyalah ada adik-adiknya.
G:
Awak jangan senyum sorang-sorang boleh?
L:
Kenapa? Nanti orang ingat saya gila ke?
G:Taklah.
Nanti orang jatuh hati.
#pickupline
Haifa sungguh
ralit melayan post jejaka misteri di
dalam Instagram yang suka menunjukkan
gambar pemandangan yang indah. Juga bahasa yang santai dan sangat sweet. Terbuai sungguh rasanya bila
membaca ayat manis sebegitu. Sejujurnya dia tak pernah mempunyai seseorang yang
istimewa. Jadi inilah yang menjadi peneman dikala dia kesunyian. Mr Double A! Selalu buat dia tak terasa
keseorangan.
“Hei…” Mati
senyumannya. Ayat pickup line yang
menjadi ikutan di media sosialnya tadi hilang serta merta.
“Oh sorry…” Dia mencerun mata. Lengan
bajunya basah. Air perempuan itu tertumpah sedikit. Mujur saja tidak terkena
pada phone kesayangannya itu.
‘Nyawa kot!’
Helaan Haifa penuh kelegaan.
Pada mulanya
Haifa tidaklah begitu emosi. Namun, perempuan yang bersalah itu langsung tidak
meminta maaf. Lelaki selebet di sebelahnya pula menunjukkan riak kesal. Haifa terus
mencapai tisu. Dilapnya kasar. Sangkanya, sepasang kekasih itu sudah meninggalkannya.
Dia memang tak berminat untuk meneruskan perbualan. Dia marah amat.
“Cik, saya
minta maaf sangat. Kami jalan terburu-buru. Sorry
ye…” Terkejut Haifa Munira
dibuatnya. Kepala didongakkan. Wajahnya masam dan
berkerut seribu.
“It’s okay…” Itu saja yang mampu dia
luahkan. Padahal dalam hati meluap melihat muka perempuan gedik depannya.
Perempuan itu membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Tidaklah dia dengar.
Jelas, wajah perempuan itu mencuka.
‘Aku yang
patut marah. Perempuan senget!’ Bisik hatinya.
“This is my card, kitorang ada something urgent, just give me a call when
you’re really need…” Sebaik sahaja kad bertukar tangan, terus pasangan itu
berlalu.
“Akhirnya…” Lega
bunyinya.
Sememangnya dia cukup menyampah. Bila mana dia terpaksa membuka mulut
untuk berkomunikasi. Berat rasa mulutnya untuk beramah mesra. Apatah lagi nak
melampiaskan rasa amarahnya sebentar tadi. Dalam hatinya
turut merasa pelik.
‘Mengapa
lelaki itu memberinya kad? Nak mengorat? Mustahil!’
Dia hanya
memandang kad hitam di tangannya itu.
“Aizul Azlan’s
Photography…” Hanya itu yang terzahir di bibirnya.
Xxxxxx
“Kenapa you nak menangkan perempuan tu? You ni…” Terus disembur apabila masuk
kereta. Aizul menghela nafas lelah.
Dia malas
melayan karenah Qasrina yang makin menjadi-jadi. Ya, memang dia terpaksa
mengikut kemahuan perempuan itu dengan alasan keluarga. Qasrina antara calon
ibunya pilihkan. Keluarga mereka taklah mewah mana. Keluarga Qasrina pun sama.
Tapi entah mengapa Qasrina always act like a princess. Gedik dan bajet
kaya.
‘Kalau cun
macam Princess Anna dalam Frozen tak apalah jugak…’ kutuk hatinya.
“You dengar tak ni? Zul, I sakit hati sangat okey. Kita baru je
makan, you dah ajak balik. Then jumpa minah weird tadi lagi. Really annoying!
My god!” Omelan Qasrina bagai angin lalu. Dia cukup terpaksa keluar kerana
dia tak dapat mengelak lagi.
‘Kalau bukan
ibu buat drama air mata, memang aku dah membuta harini. Balik rumah ingat nak
lepak je. Ish bosan betul!’ Hatinya rancak berkata. Kereta dipandu tenang. Dia
malas melayan omelan di sebelahnya. Radio pun tenggelam dek kehadiran Qasrina
calon ibunya yang pertama. Ada tiga calon lagi menurut ibunya. Dia menggeleng
kepala.
“You memang!” itu je kata-kata terakhir
yang dia dapat dengar. Pintu ditutup kuat. Kaki dihentak tanda memberontak.
Aizul geleng lagi.
“Bu, tolonglah carikan abang isteri yang bukan macam ni…”
Aizul geleng entah keberapa puluh kali untuk hari yang
teruk ini.
Xxxxxx
‘Oh no! This is
disaster!’ Bisik hatinya.
Patut dia duduk je lepak Damansara Damai tadi. Siti Aminah
sudah cekak pinggang di luar laman.
Tahulah Aizul ada sesuatu bakal terjadi.
“Kamu tak reti keluar ke abang?” Suara ibu sudah menyapa
telinganya sayup.
“Tak payah nak diam berteleku dalam kereta tu. Ibu tak
marah. Cepat keluar…” Dia lembutkan
suara.
Tetamu ada di dalam. Tak bolehlah dia bertindak seperti mak
tiri. Air muka harus dijaga.
Walaupun gadis di dalam bukanlah anak kenalannya. Dia perlu menunjukkan
contoh yang baik.
“Oh ibu ni lain macam je baiknya. Ada udang di sebalik
mihun ke apa ni?” Sempat dia berkata
sebelum
melangkah keluar dari kereta Honda Civic Hybridnya.
“Assalamualaikum ibu. Kenapa ibu susah-susah je tunggu anak
ibu ni balik. Ada apa-apa yang
specialke?” Jantungnya dah berdegup laju. Risau!
“Aah sangat istimewa. Memang lama dah bonda tercegat kat
sini tunggu anakanda pulang.” Lagilah
peluh dingin membasahi segenap ruang mukanya.
‘Bondalah pulak ibu ni…’ Aizul kaget. Berdebar sungguh
rasanya.
“Jom duduk dulu. Bonda ada tamu…” Terus Siti Aminah
berjalan tinggalkan anaknya. Senyum
simpul di
bibir terlukis. Memang dia suka menyakat anak sulungnya.
Mana taknya asyik dia aje yang terkena.
Ada saja idea anaknya itu. Like
son like mother. Konon!
Xxxxxx
Langkahnya terhenti.
‘Padanlah Puan Siti Aminah behave semacam je tadi…’ Dipandangnya perempuan di depannya.
Muda!
“Hah Mastura… inilah anak bujang Mak Iti. Aizul namanya.
Dia nilah satu-satunya anak lelaki Mak
Iti…” Aizul dah mula gelisah.
‘Takkanlah ibu nak jodohkan dengan budak ni? Like seriously? Entah dah habis sekolah
ke tidak…’
Rungutnya dalam hati.
Aizul mula tak keruan. Puan Siti
Aminah perlu dihentikan. Kalau tidak makin
banyak plan tak
masuk akal demi nak dia kahwin hujung tahun ni jugak.
Dia teringat masa dia salam di pagi Raya Aidilfitri lepas,
ibunya minta menantu. Paling kurang
calon. Tapi sehingga bulan 10 ini dia tak bersungguhpun cari calon.
Ingatkan Puan Siti Aminah
bergurau.Sangkaannya meleset.
“Abang, inilah budak yang datang belajar masak dengan ibu.
Bagus dia ni. Walaupun tinggal dengan
abang dan kakak sanggup belajar masak. Macam nilah ibu
suka. Ibu suka orang yang nak masak.
Bukan setakat pandai tapi rajin masak,”
‘Lain macam je ibu punya ayat. Nak sindir aku ke? Dia jugak
yang suruh aku bawak Qasrina yang
tak pandai masak tu makan kat luar tadi.’ Berkerut dahinya.
“Baguslah tu dik. Mak Iti memang pandai masak. Pandai juga
berceramah. Free pulak. Okeylah ibu,
abang masuk solat dulu. Bye…….”
Sengaja dia membalas balik kata-kata sindiran ibunya dengan
ayat sinis juga.
Dia memang dah biasa begitu. Tapi tak bermakna
dia anak yang kurang ajar mahupun
derhaka. Itulah pengikat kasih sayang mereka berdua. Adik
perempuannya sedang futher study di
Jepun.
Xxxxxx
“Serius ke?”
“Kau nampak muka aku ni tengah mood bergurau senda di pasiran pantai ke macam mana?” Panas je
Telinga bila Aizul dengar ketawa kawan baiknya sendiri.
“Rileks bro. aku ingat Mak Iti memang teringin sangat.
Sampai budak pun jadilah. Untunglah kau
kalau kahwin dengan dia. Nanti orang kata bini kau awet muda…”
Dihujungnya ayat masih
bersambung dengan ada bunyi tawa.
“Kau memang. Aku ingat datang lepak sini legalah hati aku
ni. Kat rumah Puan Siti Aminah asyik
nak bakar line je.
Sakit pulak telinga aku mendengonye…” Aizul geram.
“Kaulah. Masa Mak Iti suruh cari kau main-main. Aku ingat
lagi. Kau ambik minah indon bininya
Bang Saad tu. Konon nak
troll mak sendiri. Sekali apa sudah jadi? Kau kena bantai dengan Bang
Saad.
Tak cukup dengan tu,Mak Iti pulak bantai kau…hahaha…”
‘Again!’ Makin panas hati Aizul. Tapi apa dia boleh buat.
Itulah kawannya susah senang. Kutuk
mengutuk. Ketawa sampai terkentut-kentut. Fahmi Amsyar!
“Kau ni. Barang lepas janganlah dikonang-konang…”
“Oh ya tadi kau kata nak cerita something selain Mak Iti. Apa dia?”
“Kaulah suka sangat dengan kisah mak aku tu apasal? Macam
kipas susah nak mati pun ada jugak
aku tengok…” Giliran Aizul pula ketawa. Bantal dibaling. Sempat
dia menyambutnya.
“Kau jangan…” Fahmi mula membuka langkah silatnya.
“Kau nak tahu ke tak ni? Aku sebenarnya dah jumpa calon
dah…” Kata-kata Aizul Azlan benar
benar membuatkan Fahmi terpaku. Tapi sekejap cuma. Ketawa
menghiasi ruang tamu rumah bujang
itu sekali lagi.
“Kau? Jumpa. Serius susah aku nak percaya. Masa mak kau
suruh cari liat bukan main. Ke kau main
terkam je sesiapa buat jadi bidan terjun?” Fahmi terus
menggeleng.
“Eh kau ni. Ni yang aku malas. Asal nak cerita kau potong.
Bila nak habis kisah cinta aku ni? Kalau
buat movie confirm tak
laku sebab meleret je. Watak sampingan suka menyibuk…” Giliran dia pula
ketawa melihat wajh Fahmi yang cemberut.
“Dahlah kau. Time susah cari aku. Time lepak makan yang grand vogues da vass cari minah gedik
entah apa namanya tu…” Rajuk Fahmi.
“Tengok. Potong line
lagi. Kenderaan berat ikut kiri bro. jangan asyik nak cantas je. Kau pelakon
pembantu je. Aku nak cerita pasal heroin tak selesai sampai ke sudah…” Mula dia mengomel '
panjang. Aizul Azlan sememanya banyak cakap. Lagi-lagi dengan orang
yang disenanginya.
Diam. Fahmi
buat isyarat menyuruh Aizul sambung cerita.
“Aku keluar
dengan Qasrina, masa tulah aku jumpa calon bini. Pergh jantung aku rasa
nyahfungsi…” Bersinar matanya menceritakan tentang gadis Iphone 5s yang tidak diketahui namanya.
“Cop! Izinkan
saya mencelah Yang Arif, ayat tu tak payah nak bombastic sangat boleh tak? Cair otak aku nak hadam!” Aizul
mengangguk lalu tersenyum. Dia berada di awangan. Langsung tidak dihirau
teguran Fahmi.
“Cara dia
tengok phone dia. Kusyuk. Comel je
bila tiba-tiba dia ketawa. Rasa macam nak cubit-cubit pipi dia yang bulat tu.
Eeeee…”
“Oi ini pipi
aku. Agak-agaklah bhai kalau nak cerita. Tangan jangan merayap. Sah! Kau
angau!” Fahmi tersenyum simpul dengan kesimpulan yang dibuat.
‘Angau?’ Dia
tertanya sendiri. Lama dia menggelamun hingga Fahmi mulai bosan. Cakap dengan
kawannya seolah cakap dengan dinding. No responds at all.
“Tahulah newbie bab cinta-cinta ni. Kemaruk
sangat rupanya…” Bebelnya dan terus dia berlalu masuk ke biliknya.
Xxxxxx
“Selamat pengantin
baru semoga kekal abadi… ewahhhh…” Suara itu dia kenali. Mana tak kenal. Rakan
sekentut merangkap pengapitnya hari ni. Semalam adalah hari yang mendebarkan.
Sebab sibuk praktis lafaz nikah. Risau ternikah dengan si adik. Mana taknya,
kakak Munira adik Mastura.
“Kau nervous asal? Macam tak biasa,” Gelak Fahmi.
“Memang tak
biasa. Aku first time kot nak nikah,”
“Bongok.
Bukanlah tulah. Aku kata kau macam tak biasa tengok orang nikah. Kau kan photographer. Takkan lupa kot minat
sendiri?” Aizul rasa nak sekeh laju-laju je mamat sebelahnya. Tapi apakan daya,
Puan Siti Aminah sedang menjelingnya. Tandanya, suruh dia behave. Cis! Dah nak jadi laki orang pun kena control dengan ‘mak tiri’.
“Mana Mastura
ye?” Tanya Fahmi tiba-tiba.
“Masak kot kat
dapur,” Jawapan selamba si pengantin benar-benar menguji imannya.
‘Sabar Fahmi
sabar… mentang dia dah jumpa jodoh. Lupa terus kat kawan dia ni. Dapat Mastura untung juga tu. Pandai masak. Muda lagi tu. Pakej!'
“Dahlah abang,
Fahmi. Apasal tercegat kat luar. Tok Kadi dah tunggu lama dah ni. Kang majlis
dah mula, pengantin belum menikah…” Puan Siti Aminah buat lawak. Yang sememangnya
tak sesuai dengan ksituasi cemas dan gabra yang dialami Aizul Azlan ketika ini.
Ketiak dia sudah basah. Si Fahmi lupa bawa payung pengatin.
‘Alahai nasibku…’
Sempat lagi dia mengeluh di dalam hati. Matanya sudah terpandangkan bakal
suri rumahnya.
‘Oh gadis Iphone 5s
ku…’ Meleret senyumnya. Akhirnya, mereka suami isteri. Sebelum hujung
tahun dia telah menemukan calon menantu Mak Iti dan juga calon
pilihan di hatinya. Rupanya semua
ini memang betul-betul plan ibunya. Memang
mastermind! Aizul memang salute dengan Puan Siti
Aminah punya brilliant idea.
Aizul Azlan
masih ingat ketika dia mengadu kepada ibunya tentang dia sukakan si gadis Iphone 5s yang dia sendiri tak
tahu siapa gerangannya. Pandai betul ibunya berlakon. Siap offer nak tolong
buat iklan lakaran muka gadis itu. Macam-macam! Dulu masa mula-mula memang dia
tak boleh terima.
Xxxxxx
“Sampai hati
ibu membelakangkan abang. Dulu ibu paksa abang keluar dengan Qasrina. Abang
ikutkan je. Lepas tu, ibu kenalkan dengan Mastura. Serius abang ingat ibu
memang nak kenenkan dengan dia. Abang risau sampai tak tidur malam tu….
Bila abang
cakap abang suka kat Munira, ibu diamkan juga. Siap ibu nak iklankan kat surat
khabar. Sikitpun ibu tak cakap Munira dan Mastura tu adik beradik yang ibu dah
lama pun kenal…
Ibu buat abang
malu. Malu sebab abang sorang je tak tahu apa-apa. Demi nak cari calon yang
menepati citarasa ibu… Ibu mainkan hati abang. Qasrina sengaja tumpahkan air
kat Munira. Itupun idea ibu kan? Supaya abang…”
Dia tak mampu
teruskan. Sesungguhnya dia benar-benar kecewa. Dia seperti boneka. Kisah hidup
dan cintanya dirancang oleh ibunya sendiri. Ini bukan cerita kahwin paksa. Ini
bukan tipikal mak ayah kenalkan lepas tu kahwinkan.
“Abang…” Air
matanya menitis. Sedikitpun dia tak ada niat untuk kecilkan hati anaknya. Dia
cuma nak lihat anak lelaki tunggalnya bahagia. Kisah putus tunang memang
memberikan impak besar kepada Aizul. Sebab itulah dia liat sangat bila Puan
Siti Aminah sebut soal nikah.
“Tapi
percayalah bang. Ibu mana tak nak tengok anak dia happy. Memang ibu tau anak ibu ni suka simpan bila dia sedih.
Kongsi hanya bila gembira. Ibu kenal sangat abang tu. Sebab tu ibu minta tolong
Qasrina…”
“Ibu tak payah
buat semua tu. Abang ni lelaki… abang boleh uruskan diri sendiri…” Keluhnya.
“Qasrina pun
satu…” Dia geram dan sebal.
“Qasrina tak
salah. Memang ibu nak kenalkan abang dengan Munira. Tapi abang tu, selalu
mengelak bila ibu cakap soal ni. Abang mana suka bila ibu masuk campur.
Terpaksa je muka bila suruh teman si Qasrina… kebetulan hari tu Mastura kata
Munira akan lepak minum sambil layan phone
sebab hari tu hari cuti dia…
Tapi ibu tahu
demi ibu abang mesti buat. Munira memang tak tahu apa-apa. Ibupun tak pernah
cerita pasal abang kat dia. Sebab tu bila abang cerita abang dah suka kat
Munira ibu seronok sangat. Ibu tahu abang mesti suka pilihan ibu…” Senyuman
terukir. Sejuk sedikit hati Aizul melihatnya.
“Ibu tak patut
buat macam ni. Bagitaulah abang terus. Penat abang cari Munira… sekali ibu
pinangkan dia. Mau tak terkejut abang semalam? Tak pasal abang mogok lapar,”
“Sebab abang
mogok laparlah ibu risau. Abang tu kuat makan. Kuat cakap. Bila tak makan ibu
risau abang gastrik. Bila abang berkurung rumah jadi sunyi sepi…”
Air mata
mengalir. Sebak sungguh. Dia benar rasa bersalah. Namun itu sahaja jalan buat
anaknya meneruskan hidup. Puan Siti Aminah tak mahu lagi melihat Aizul
mengabadikan diri dengan minat mengambil gambar hari bahagia orang lain.
Aizul memeluk
erat ibunya. Sungguh dia bertuah punya ibu seperti Puan Aminah. Dialah ibu.
Dialah bapa. Walaupun dia agak terkilan tentang cara pertemuan yang telah
dirancang, dia kini bahagia. Dia menjadikan Haifa Munira sebagai isteri pilihan
dan juga menantu pilihan ibunya. Dia sangat bersyukur kerana dia jumpa orang yang
pendiam. Orang yang cute bila ketawa.
Yang setia tanpa perlu menyatakan melalui kata. Dia hanya mengangguk tanda
setuju bila dilamar bakal mak mentuanya.
“Abang, jom
masuk" Tegur Haifa Munira dari belakangnya. Mr.
Double A senyum meleret.
“Sayang,
tengok bulan tu…” Haifa terus tengok ke arah itu.
“Cahaya bulan
nampak malapkan?” Pancingnya.
“Aahlah bang,
nak hujan ke?”
“Tak kot.
Bulan merajuk sebab sayang lagi indah dari dia…” Haifa Munira menjegil mata
namun sekejap cuma. Kemudian dia senyum. Dia berdiri rapat dengan suaminya.
Siapa sangka suaminya dan Mr. Double A orang yang sama. Aizul Azlan. Lambat dia
perasan!
“Sayang…
kenapa mata abang tetiba sakit. Silau je rasa…” Mukanya sudah berkerut-kerut.
Seperti pedih yang amat. Haifa mula gabra.
“Abang, kenapa
ni? Jangan buat saya risau…”
“Taklah…
isteri abang berseri-seri. Tu silau sangat tadi tu…” Pantas lengannya menjadi
mangsa cubitan.
“Amboi.
Garangnya dia. Dulu bukan main suka kalau abang post macam tu kat Instagram.
Sengih sorang siap. Sekarang bagi khas untuk dia sorang pun tak sudi…” Rajuk
hatinya.
“Abang ni.
Merajuk macam budak kecik…”
Lagilah panjang muncungnya. Kalah itik.
“Abang, abang cuba
tengok cermin tu. Ada bendalah…” Laju Aizul memandang. Risau tak terkata. Malam-malam
begini orang kata jangan ditegur. Dia tergamam seketika.
Saya
tak pandai berkata-kata macam abang…
Tapi
percayalah saya sayang abang seorang!
Nota cinta
yang tertampal cukup buat Aizul Azlan tersenyum bahagia. Terima kasih Allah
kerana mengurniakan cinta halal yang sungguh nikmat. Terima kasih ibu aka Mak
Tiri aka Mak Iti aka Puan Siti Aminah kerana sudi menjadi jambatan cinta Aizul
Azlan dan pasangan Haifa Munira. Terima kasih wahai gadis Iphone 5s kerana menjadi pelengkap hidup Mr. Double A!
‘Abang sayang
sayang juga. Insyallah hingga ke syurga…” bisiknya di dalam hati. Tangan
memeluk erat isterinya tercinta. Rasa bahagia menyelimuti segenap ruang yang
ada.
Tamat!
Ps; I'm back. Mohon angkat bulu ketiak nak kira siapa yang rindu nak baca belog ini. Siapa baca habis wajib komen, Muahaha gila kuasa!