CORETAN TERBARU NADH

Temporary feeling

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hati kita memang sukar dijangka. Kadang suka kadang menyampah. Yang peliknya kita boleh punya rasa berbeza sekelip mata.Cakap benci dalam diam suka. Cakap suka sebenarnya dalam hati sudah mengutuk sakan. Pelik bukan?

Perasaan sementara selalu ada. Bukan aku je pernah rasa. Kawan aku pun. Ya, perasaan yang sekejap. Cuma tiba-tiba kita rasa suka sangat dengan seseorang, ambil tahu pasal dia, risau pasal dia, rasa nak berbual selalu dengan dia. Macam-macam perasaan dalam satu masa. Padahal kita dah ada yang punya.

Pelik? Curangkah kita? Tak. Bukan, ia cuma perasaan sementara. Kita jatuh suka dengan cara dia tak bermakna kita cintakan dia. Mungkin satu dua hari kita akan cari dia, telefon dia, chat dengan dia. Kita tunjukkan minat kita kat dia, dan bila dia tak memberi respon yang baik. Secara tak sedar rasa suka itu hilang. Ya kejap cuma. Sebagai rasa persinggahan. 

Tapi kalau kita layan perasaan itu. Kita terlalu mengejar rasa suka itu, lama-lama ia bukan perasaan sementara lagi. Sebab kita berusaha dapatkannya. Macam kita minat kucing, tapi tak membela lama-lama minat tu hilang. Kalau kita bela kucing itu, makin lama jatuh sayang dan cinta pada kucing itu. Jadi, kalau dah ada yang punya, tak perlulah layan perasaan ini. Biarkan rasa itu cuma persinggahan. Biarkan ia...

IKEA MEATBALL KAMI DATANG!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti yang aku kata kat entry sebelumnya, aku menghilang. Aku muncul dengan entry bergambar jelah. Asyik bercakap tak henti. Tekak pun sakit. Nak taip pun jadi malas. Sesiapa yang tak dapat join jangan terkilan. Ada masa jumpa lagi. Okey?
Kami yang terawal sampai
Meatball idaman hatiku
Best buddy yang kekenyangan
Mereka blogger dan bukan blogger
THE CURVE, DAMANSARA, KUALA LUMPUR
Ucapan aku paling pantas dan padat untuk mereka.
Anis: Jangan jadi macam akak, si hati tisu =P
Zaitul: Sudah mula rindu kau. Kirim salam kat adik kau, kata terima kasih banyak tumpangkan tidur satu malam.
PPP: Terima kasih semua nasihat, kasih sayang, perhatian dan sudi konvoi dengan aku.
Norain: Walau baru kenal, tapi dah tahu dah anda suka fesyen kah3
MK: Terima kasih bawak coklat dan sudi dibuli oleh aku kah3.
Shawn: Pendiam. Aku kira kita tak berbual? Eh
Akmal: Selamat Hari Lahir Bro. Jaga awek elok-elok.
Cik Mat: Jangan lupa birthday saya! Haha.
Mija: Thanks jadi tukang ambil gambar yang setia.
Potia: Seganlah. Haha terima kasih sudi melayan karenah kami yang segala macam ni.
Anas: Bertabah je ko dengan bloggerian kan?
Syakir: Aku rasa kau pun dah jemu jumpa aku, terima kasih sudi snap pic kami banyak-banyak. Aku memang gila gambar tapi aku tak suka upload gambar. Itu fakta!
SALAM SAYANG DAN RINDU DARI AKU, IFFAH AFEEFAH DAN KALAU UMUR PANJANG, ADA KESEMPATAN KITA JUMPA LAIN KALI. TERIMA KASIH SEMUA =)

Padah terlalu teruja

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku jenis cepat teruja. Contohnya, nak jumpa blogger ke apa ke. Gila teruja. Tapi pasti ada benda yang tak sedap hati muncul di saat akhir. Aku dah alaminya dan yang peliknya aku ni degil. Tak makan saman. Haha aku teruja lepas tu sedih. 

Sebab tu orang kata jangan terlalu banyak ketawa nanti sedih terasa. Dan aku akuinya. Memang sebelum sesuatu yang dirancang jadi, berminggu aku teruja. Bila hari nak sampai hati sayu, sedih. Ada perkara yang tak baik muncul. Aku tak tahu apakah itu petanda atau sebenarnya kebetulan saja?

Yang aku dapat jadikan iktibar, jangan terlalu teruja. Sebab bila kita seronok sangat, kita lupa yang kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang itu Allah. Allah takkan bagi apa yang kita nak, dia akan bagi apa yang kita perlu sahaja. Dan aku mengerti lalu keterujaan itu berkurang sedikit. Ingat janji Allah? Ingat, semua nikmat ini hak Allah. Bila-bila je boleh ditarik semula. Setelah kurangkan teruja, baru aku tahu yang aku terlampau seronok sampai lupa nak bersyukur T_T

*Aku akan offline dua hari ni. Perjumpaan dengan member di Ikea dan sekitar Damansara. Mohon rindu =P

Alhamdulillah lahir sudah anak yang kedua

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mohon bertenang. Bukan aku yang melahirkan anak. Kakak aku yang kedua. Anaknya yang kedua. Kakak aku yang kedua melahirkan anak sulung yang bernama Qaireena Az-Zahra yang manja. Sopan dan selalu dibuli. Walaupun dia lagi tua dari Amna(anak akak aku yang ketiga), lagi bambam, lagi tinggi. Tapi dia manja. Kesian dia dah jadi kakak walaupun dia masih kecik. Rezeki anak ni bukan semua boleh dapat kan? Jadi bersyukur =)

Meh tengok gambar adik Ayin yang tiada nama.
27.12.2012
28.9.2011
Kenapa tarikh tak sama? Sebab gambar yang bawah tu Ayin. Yang atas tu adik dia. Sama kan? Haha

5IN1: Culik, rompak, rewang, doa dan kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku lupa nak kongsi cerita aku dengan makcik-makcik kampung rewang sebab nak buat doa selamat. Doa selamat tu tujuan utamanya untuk memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, sebab nenek aku yang diculik dan dirompak telahpun selamat dijumpai 4 jam selepas kejadian. Memang aku masa tu tengah berjimba dalam kereta dengan PPP dan Miko. Mereka saksi dimana aku risau nak mati.

Dipendekkan cerita nenek aku diculik oleh dua orang tak tahu jantina, aku tak tanya. Dia muka orang baik-baik katanya nak bagi duit kebajikan untuk orang-orang tua. Jadi, orang tua yang mudah percaya orang ikutlah mereka. Lepas tu habis rantai dan gelang emas, duit dalam beg lesap dan nenek aku ditinggalkan di Masjid dekat dengan Maktab Islam Bangi tu. Kalau jalan kaki balik rumah memang peluh jugak. Jauh tak jauh sangat tapi mujur ada orang kenal nenek aku dan call anak-anak beliau. Prihatinnya awak. Tahniah!

Okey masuk kisah rewang pulak, aku paling menyampah masa rewang dengan makcik-makcik sebab diorang suka gosip. Ada je tak kena di mata seseorang. Yang ni mengumpat biras, ipar duai semualah. Mengumpat mak mertua pun ada. Dah tu sebab aku dan adik aku je anak dara yang maknya tak sampai lagi. Jadi dari sampai asyik kena buli. Suruh sapu taik cicak, mop lantai, basuh ayam, buat air ikut selera dia. Blah, blah, blah. Dah tu macam-macam dia cakap, ayam kampung buat sup sedap. Itu ini. Akhirnya? Dia tak buat apapun. Mulut je bising. Rimas aku!

Doa selamat pulak, jemput orang masjid. 5 orang je datang dan yang lain datang makan je. Memang macam tak prepare majlis tu. Anak beranak cucu cicit ramai kot. Tak payah pening jemput orang luar sebenarnya. Apa guna orang lelaki yang ramai tu? Nak bagi makan kat orang pun lima je? Itupun masa masak ada pergaduhan berlaku antara laki bini. Sebab nak masak bahan tersedia, api dah bukak. Orangnya masih layan gosip dan borak-borak kosong. Angin satu badanlah dedua. Sabar jelah tengok drama sebabak itu.

Akhirnya, topik hangat masa kini. Bila nak kahwin? Orang tu ada lagi tak? Setia menunggu ke? Bila aku senyum kata tak adalah. Dia kata, takkan tak ada. Blah, blah, blah. Oit takkan hidup ni pasal kahwin je? Mentang anak dia nak kahwin bulan depan. Anak awak 24, saya 23. Lain okey. Ibu ayah tak risau, orang lain yang lebih-lebih. Aish =..=' Itu je cerita aku untuk rentetan kisah dari 15 Disember hingga 25 Disember lepas.

Hope...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Pergi dan belajar menghargai...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang kita letih. Letih mencari apa yang dinamakan penghargaan. Payah bukan main kan? Sakitnya bila kehadiran kita sedikitpun tak mengundang bahagia. Malah kadangkala tak dihargai. Mungkin kita sendiri terlalu selesa dengan diri sendiri sampai lupa yang orang sekeliling tak mahu kita ada. Rimas. Lemas.
Sedihnya! Kenapa bila kita bersungguh-sungguh menceriakan orang, orang tak nampak kehadiran kita. Orang tak hargai pun apa yang kita usahakan.

“Kau apahal menyibuk?”
“Kau kenapa? Rimas aku!”
“Asyik muka kau je, tak ada orang lain?”

Ia sakit. Sakit yang amat mendalam bila rasa kita tak dihargai. Kadang kita rasa yang kita tak diperlukan di sisinya. Cukuplah dia dengan hidupnya dan kita dengan hidup kita. Orang kata perpisahan mampu membuatkan seseorang kembali menghargai kita. Tapi sampai bila?

“Aku diam. Kau cari. Aku ada kau abai. Aku bising kau rimas. Aku ketawa kau jelek. Aku senyum kau tak nampak. Aku menyendiri kau buat hal sendiri. Sekarang aku nak pergi, tak tahulah bila aku tak ada kau akan belajar menghargai…” Monolog Betoffah, 2012

Adik lelaki? Kau hado?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang kata dah sempurna kehidupan aku ni. Ada ibu, ayah, kakak, abang dan adik perempuan. Suami? Will becoming. Eh! Tapi aku tercari-cari sesuatu iaitu adik lelaki. Aku teringin nak adik lelaki. Tak tahu apa rasa ada adik lelaki. Mohon cakap aku tak reti bersyukur. =(

Tapi Allah tu adil. Dia hadiahkan aku dua orang sekaligus adik lelaki. Walaupun tak ada pertalian biologi tapi kami ada kimia. Pitam! Mohon yang lain jangan jeles dengan kesengalan adik-adik aku. Dua-dua ni aku kenal dalam dunia maya. Alah entry luahkan tu. Ada aku mention adik kembar lelaki kan? Itulah adik-adik aku.

Sorang kat Temerloh sana sorang kat Muar. Diorang sebaya. Umur 21. Tapi aku agak dua-dua tak nak komitmen lagi sekarang. Sila jangan mengorat. Jangan tanya pasal gambar. Sebab adik-adik aku ni pemalu macam kakak diorang. Haha agak perasan di situ. Tapi serius, aku sayang adik-adik aku. Perlu ke mention nama? Er tak payahlah kot.

Motif entry? Aku nak bagitau korang aku dah ada adik lelaki. Jadi aku tak perlu cemburu dengan orang lain yang ada adik lelaki. Syukur sebab aku kenal dua-dua mamat ni. Walaupun satu masa akan datang diorang dah tak nak rapat dengan aku, tak nak tegur aku, aku tetap akan anggap diorang adik-adik aku. Aku sayang adik-adik aku... T_T

#Harap diorang tak baca. *Pitam*

Aku bukan tomboy

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sebenarnya bukan nak layan sangat cerita Aku bukan tomboy. Tapi tertengok sambil melayan FB. Tetiba debu masuk mata tengok cerita ni. Apakah? Kenapa aku macam perempuan sangat ni. Sikit-sikit menangis. TDDMKA!

Ah boleh pulak mati idea masa menulis. Aku nak bagitau yang aku sebenarnya bukan tomboy jadi jangan fikir bukan-bukan pasal aku. Eh bukan-bukan. Aku speechless! Aku cuma nak kata, aku nampak luaran je kasar tapi bukan tomboy. Tak adalah rasa nak jadi lelaki pulak. Itu je.

Bila aku tengok si Farisya (Scha Al Yahya) kena maki dengan bakal mak mertua dia, aku terfikir tak semua orang boleh terima perempuan kasar. Kadang mungkin bakal suami tu terima, mak ayah lelaki itu? Family laki tu? Jadi untuk jalan selamat, cuba jangan biasakan dengan perlakuan kasar.

Apa boleh buat aku memang kasar?

Senang, ubah sedaya yang kau mampu Ipah. Lagipun perangai tu boleh diubah. Sopan depan mak mertua, depan laki sendiri jadi diri sendiri balik. Boleh ke macam tu? Berpura-pura sepanjang hayat? Jadi tepuk dada tanya diri sendiri. Sampai bila nak jadi kasar sampai orang lain takut nak dekat? Okey ini sesi monolog diri.

#PPP ada kasi wasiat pasal ini. Sampai sekarang aku masih terfikir tentang hal ini T.T

Boleh tak tak nak kahwin?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gila kau soalan cepumas! Ada orang cakap kat aku dia tak nak kahwin. Dia kata kahwin bukan mudah. Melibatkan tanggungjawab dan segala macam masalah. Bagi dia kahwin tu rumit sampaikan dia tak mampu nak melangkah ke gerbang perkahwinan pun. Dia kata bila kahwin kena memahami pasangan, duduk serumah bukan macam bercinta dulu-dulu.

Lepas tu nak ada anak, jadi suri rumah, jaga makan pakai suami. Jaga suami supaya tak ada kes curang. Jaga macam-macam sampaikan dia takut dia stress dengan kehidupan lepas kahwin. Dia kata kahwin tu tak indah macam dalam novel. Kes suami dera isteri, suami tak bagi nafkah, suami cari perempuan lain.

Dia takut untuk melalui fasa-fasa itu. Dan sekarang dia dah tawar hati dengan perkahwinan. Mungkin pengalaman dia mengajar. Dia tak nak kahwin hanya untuk bahagia sehari dua. Lepas tu cerai berai. Dia tak nak!

Kata aku; Jodoh ni Allah yang tentukan. Kalau betul dia tak dapat calon suami yang sesuai untuk menikah, redha jelah. Kalau ada, mungkin bakal suami dia akan membuka mata hatinya untuk terima hakikat kehidupan lepas kahwin tak adalah menggerunkan sangat. Cuma kita sendiri yang kena usaha mencorakkan supaya ia bahagia hingga ke syurga. =)

Semoga murah rezeki

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Macam biasa aku sebagai suri rumah tangga. Rutin aku memasak, menjaga dua budak ketot, hantar adik aku tuisyen, beli barang dapur, basuh baju, basuh pinggan, jemur baju.*semua kalau rajin dan bergantung pada hari tersebut*. Yang wajib, online =)

Bukan itu aku nak cerita, itu saja mukadimah kerja aku selama jadi penganggur. Siapa kata jadi suri rumah tak penat? Tetiba aku rasa nak cari kerja part time. Errr... Okey sambung cerita, hari tu aku ada beli ayam dua ekor. Sebab aku angkut dua ketot, jadi aku kena cepat beli dan balik.

Tak tahu salah aku ke pekerja kedai yang terlebih mesra ke aku terambil ayam orang lain. Sedangkan aku beli dua. Bila dah basuh semua, baru perasan ada tiga pedal. Maknanya? Ada tiga ekor ayam. Penat sangat sampai tak perasan pun ayam banyak ke sikit. Jadi aku yang baik datanglah keesokan harinya nak bagi duit. Nak pulangkan ayam memang tak dapatlah kan?

Apa abang tu kata?

Aku: Berapa semua?
Abang: RM24.00
Aku: Sebenarnya semalam saya ada beli ayam. tapi terlebih sekor. Nak kira macam mana ye?
Abang: Hah? Beli 3 ekor?
Aku: Bukan. Saya beli 2 ekor. Tapi bila balik baru sedar lebih satu. Macam mana nak kira ye? Ayam tu tak besar sangat saiznya...
Abang: .........
Aku: .........
Abang: Tak apalah. Halalkan je...
Aku: Ni saya bagi RM 10 jelah.
Abang: Tak pe, tak payah =)

Speechless! Bagus gila orang macam ni. Ikut hati memang aku nak bayar je. Tak kisahlah berapapun. Memang ramai yang tengah beratur dengar je perbualan kami. Bagus orang kedai tu. Mohon Allah limpahkan rezeki untuk mereka. Jarang jumpa orang macam ni kan? Selalu 20 sen pun berkira. Oh ya, kedai runcit tu dekat Saujana Impian, Kajang. Siapa yang duduk area situ tahulah kedai yang mana.

#Aku malas beremosi kat blog lagi. Aku tahu ada yang baca dan risaukan aku, itu yang aku tak nak =)

Bila rasa tak diperlukan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku jarang menangis. Tapi lepas aku kenal dia, aku agak tiap hari mata aku masuk debu. Entah kenapa, masih ada sesuatu yang tertinggal dalam hati aku. Orang kata jangan sayang sangat nanti kecewa sendiri. Tapi macam mana nak kontrol perasaan sendiri? Mohon kasi tau aku. Aku bab hati dan perasaan selalu kalah. Bukan pasal pakwe okey!

Bila aku risau aku akan menyibuk. Aku mana reti tengok je dari jauh. Tapi tulah tak semua faham cara aku. Aku tak naklah orang naik rimas. Tapi susahnya nak kontrol rasa ambil berat tu. Akhirnya, aku diam. Diam dan terus diam. Sampailah aku terasa sendiri sebab tak diperlukan.

Aku tau korang mesti fikir aku pelik. Inilah diri aku. Dan bila aku dah rasa tak diperlukan aku akan pergi jauh dan bawa hati tisu yang dah rabak ke tempat lain. Jauh dari semua. T_T

*Aku agak aku sedang menangis ketika ini*

Terlalu banyak berfikir

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kebelakangan ni aku rasa aku terlalu banyak berfikir. Mungkin tak. Mungkin memang aku jenis banyak berfikir. Kejap fikir yang tu. Kejap fikir yang ni. Kejap fikir masalah orang. Sampaikan aku jadi stress sendiri sebab memikir je.

Sesekali rasa dah layak jadi pemikir. Punyalah banyak fikir. Orang kata banyak fikir ni tak elok. Tak berfikir lagi tak elok. Nak buat macam mana aku memang suka berfikir. Lebih-lebih lagi dalam menyelesaikan masalah orang lain. Itu paling aku rajin fikir.

Ya, tak bagus untuk kesihatan emosi aku. Sebab selalu memikirkan masalah orang, sampai lupa yang diri sendiri ada masalah. Aku akan cuba bantu sedaya upaya walaupun tak tahu sehinggalah nampak kes mereka hampir selesai. Sampaikan lupa yang diri sendiri punya masalah tapi tak berusaha nak selesaikan. Jangan ingat orang tu ketawa memanjang tak ada masalah. 

Aku rasa banyak fikir boleh buat kita sedih tiba-tiba. Aku pernah alaminya. Macam-macam terlintas kat otak membuatkan aku sedih sendiri. Masalah orang masalah aku, tapi masalah aku tetap masalah aku. Dan masalah aku sekarang ialah terlalu banyak berfikir.

#Adakah ini entri? Mungkin hanya monolog dalaman aku. Mohon jangan terlalu banyak berfikir Ipah!

Prank Call

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang tahukan prank call tu apa? Aku suka sangat dengar panggilan hangit, salah nombor, panggilan adoiyai. Tapi aku lupa dalam aku gelak, orang yang dapat panggilan tu sangat sakit hatinya. Sebab tertipu. Sakit bila hati ditipu. Marah! Geram! Kecewa! Rasa dikhianati kepercayaan walaupun kejap.

Aku pernah kena. Satu tu kawan yang baru aku kenali. Tawaran novel katanya, tuptup ia tipu semata-mata. Ya aku tahu aku bodoh pergi percaya bulat-bulat.

Kali kedua kawan aku yang aku sayangi. Dia tak tahu kot aku benci prank call sebab pengalaman itu pahit sekali untuk dikenang. Dia kata ada tawaran mengajar di sekolah agama. Sedangkan memang aku tengah tunggu panggilan dari KPM untuk diambil kerja. Jadi aku percaya je apa dia kata.

Ya aku akui memang aku marah, sentap, sedih, kecewa. Tapi aku muhasabah balik. Takkan sebab ini kami nak bergaduh kan? Mungkin dia rasa itu kelakar. Tapi bukan pada yang terkena. Lagi-lagi yang melibatkan perkara serius macam ni. Jadi untuk korang juga, mohon jangan buat prank call kepada sesiapa pun. takut hubungan korang keruh hanya sebab itu. Bila nafsu amarah menguasai, kawan pun boleh jadi lawan. Selamat aku masih sayangkan sahabat aku tu. Dan aku boleh tersenyum kini. Tak marah dah. =)


Bersama Mama Zuma 3 hari dua malam!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pada tanggal 15 haribulan 12 tahun 2012 iaitu hari sabtu aku telah membuat sesi lawatan ke Kenduri Kahwin Liahisma Tusdiana Ismail dengan pasangannya Izhar Ibrahim. Moga korangnya jodoh kekal hingga ke jannah aku doakan. Maaf tak dapat berlama di Rembau. Cantik pelamin, bilalah giliran aku pulak ehhh!

Aku dengan pasangan gay aku iaitu Noor Zaitul Akmar Marimar merangkap best buddy aku, telah meredah jammed teruk dan sesat hingga ke Gombak semata demi Mama Nu Zime, PPP atau Zuma panggilan baru yang aku kasi. Patut pukul 3 event start. Tapi apakan daya, kami berjaya menyesatkan diri hingga pukul 4. Terus terang aku kata selama ni ada driver yang sanggup bawak aku ke KL. Jadi first time hidup sebagai driver ke KL. Mohon yang hadir lebih awal maafkan kelewatan kami.

Gath berjalan lancar. Aku tak nak cerita banyak. Yang sentap biarkan pendam. Yang happy kita simpan. Yang emosi diam-diam. Yang gelak kita gelakkan. Aku nak mention semua nama yang hadir. Ikut masa mereka pulang ke teratak masing-masing. Yang datang 15 orang kalau tak silap.

Aida Omar:
Aku baru nak berkenalan dengan kau pasal kita sebaya. Ohmaigod  ohmaigod akhirnya ada geng!

Rien dan pasangan:
Aku sempat bercakap sepatah dua. Adakah aku yang terlebih ramah atau Rien yang pemalu? 

Puyak dan Wawa:
Aku gembira dengan kau Puyak. Tapi apakan daya, aku tak boleh jadi gay ko. Ko kan dah ada yang punya. =P Kirim salam kat Wawa comel tu. Bertabah je dia borak dengan aku yang kepoh ni =P

Korn:
Ni pakcik ni tengah jalan kat pasar, suka block pandangan. Tinggi betul budak ni. Mohon Korn tak takut nak cakap dengan aku lagi ehh.

Syakir: 
Ini madu aku. Eh rahsia rumah tangga mana boleh cakap kat orang kan? Btw thanks sebab jadi gentleman walaupun kejap masa jejalan otw pasar tu. Aku ingat ko nak curi dengar gosip haha. =P

Kunci Locker:
Fuh. Tak tahu nak cakap apa. Bulat betei mata ko dik. Mohon bertabah dengan akak sorang ni. Walaupun ko tak panggil aku akak, aku terima je. Mohon jangan double tettt lagi okey?

Mk Syahir:
Aku bertabah je nak tegur si Admin Apakah? Sempatlah jugak menjadi paparazzi berkenaan dengan admirer yang berumur 11 tahun ehhhh? Tettt.

Amirul:
Aku tak tahu nama Fb dia. Payah kemain. Yang penting dalam diam, kuat jugak menyentapkan hatiku. Mohon ko jangan panggil aku noona pulak ye =P

Jiwa Lara:
Aku lupa nak ucapkan terima kasih sebab kasi keychain bernama Jaitul ke Jaitul? Ehh. Mohon bertabah dengan hadiah dari PPP kah3. Rahsia kita tetttt~~~

Razanah Anis:
Anis, mohon jangan sentap lama-lama dengan akak. Akak kan dah berjaya temankan Anis tidur malam tu Ehhh~~~

Miko:
Bertabah je aku dengan mamat seorang ni. Btw Miko ni memang sangat pendiam. Dan aku sangatlah peramah. Mohon ko boleh terima apa adanya aku. Aku bukan sempurna pun weh =) Aku tahu ko masih terkejut dengan realitinya seorang Iffah =P

Akmar Marimar:
Aku tak tahu kenapa. Aku rasa kita ada kimia. Biarlah orang pandang kita berdua macam Gay sejati. Tapi percayalah aku sayang kau sorang. Terima kasih untuk 3 hari yang bermakna. Aku rasa sebak ketika ini. Okbai!

PPP: 
Well, pertemuan kali kedua kita bukan? Banyak benda aku nak cakap, nak kongsi dengan kau. Tapi apakan daya malam pertama kita peluk-peluk. Malam kedua aku sempat urut-urut ko je. Dan pagi hari terakhir aku hanya mampu melemparkan senyuman untuk kau dan pelukan bermakna. Aku harap aku ada kekuatan nak pergi gath lagi. Nak jumpa kau lagi. Aku harap sangat T_T

Kepada semua yang hadir, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab terlebih kasar dalam berbicara, terkurang sopan dalam tingkah, tersentap tak semena-mena, terpukul tanpa isyarat, terkepoh macamlah rumah tu aku yang punya. Aku minta maaf kalau korang tak selesa dengan adanya aku. Itulah diri aku. Bak kata PPP, Pah jangan ganas sangat. Macam mana lelaki nak dekat kalau macam ni. =P Tapi itulah realitinya aku. Aku tak mintak korang selesa dengan kehadiran aku cuma nak mintak maaf. Sebab aku manusia biasa, ada juga kelemahan yang tak terkata. Akhir kata, harapan aku terhadap 15 termasuk Mama Zuma, Cik Mat dan anak mereka Mija jangan serik jumpa aku lagi. 
Dari kiri gambar yang berdiri: Mirza (Anak PPP), Amirul, Miko, Mk Syahir, Korn, Kunci (Adik aku tu), Syakir (Madu aku tu eh), Tengku Nizam (Pasangan Rien)
Dari kiri gambar yang sedang duduk: Jiwa Lara, Anis, Iman (Menantu Ppp), Aida, PPP the retis, Akmar Marimar (My BFF), Rien Rose, Aku yang agak ayu di situ, Puyak (Bakal gay aku), Wanie aka Wawa kawan si Puyak

Copy paste pun ada gayanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kali ni aku nak luahkan rasa hati tentang penggemar COPY and PASTE. Tak dinafikan benda ni selalu jadi. Aku tak tahulah ada orang pernah plagiat aku punya entry ke apa. Yang aku tahu, aku dah cuba prevent dari dicuri. Share boleh. Tak ada masalah.

Sebenarnya, aku pun suka ambil ayat orang, gambar orang, kata-kata hikmah atau apa-apa yang menarik hatiku. Tapi aku selalu akan kreditkan kepada empunya. Misalnya aku kata pasal cinta, aku copy ayat Zaitul. Aku tulis kat hujung tu nama dia, tahun bila. Macam buat penulisan ilmiah jugak.

Tapi ini tak. Dengan tak bagi signal, main copy lepas tu paste tak lama aku post. Yang penting tiada dikata pun aku yang tulis. Agak sentap di situ. Aku bukan berkira sangat. Aku memang kongsi status, kata-kata, entry untuk orang baca. Tapi bila aku post benda sama dengan diam selang beberapa minit tanpa kreditkan kat aku. Aku rasa hiba.

Pulak dia lagi ramai peminat kan. Memang kecewa. Salah ke sebut, kawan I kata blah, blah, blah kalau tak nak mention nama aku sangat. Kalau minta izin copy aku tak kisah sangat. Cuma, copy pun agak-agaklah. Jaga hati kawan ni sikit. Sikit punya susah aku fikir ayat, dia senang-senang ambil. Dia tahu tu idea aku, orang lain?

Haish baru aku faham macam mana perasaan orang diplagiat. Mohon, korang kalau suka ke apa sekalipun, kalau malu minta izin kasilah kredit sikit. Idea ni bukan sesenang nak dapat. Paksa otak jugak. Kalau main senang ambil, tak ke macam kau pencuri ke? Ish bawak-bawaklah bertaubat. Kali ni aku halalkan. Esok lusa pandai-pandailah nak hidup. Nak cilok pun post la seminggu lepas tu. Masa tu mungkin aku dah lupa. Weh tacing kot!

Luahkan itu perlu kadangkala

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku ada dua adik lelaki. Mungkin ramai tak tahu. Mereka blogger. Kembar pulak. Eloklah dapat akak yang penyayang macam aku. Tak adalah, cuma aku nak cakap, dedua suka simpan rahsia. Bila macam tu, si kakak yang terlebih risau. Aku tahu, dua-dua tak nak orang risau tentang masalah diorang. Tapi aku risau jugak sebab tak terluah buat hati parah.

Itu aku nasihatkan kat diorang. Jangan simpan banyak sangat. Hati padat. Lemas. Penat. Tak berdaya. Diorang ni ego memasing. Konon tak nak susahkan orang. Aku rasa buat macam ni lagi susahkan hati orang. Aku pun risau memanjang. Entah apa dia fikir. Apa masalahnya sebenarnya?

Sebab tu aku kata luahkan itu perlu kadangkala. Kadang rasa stress terbeban, kita kongsi dengan orang kita percaya. Tapi ingat, ada jugak yang kawan makan kawan. Bahaya. Hati-hati takut terlebih luahkan nanti mati. Jadi buat apapun kena berpada-pada. Ingat, luahkan itu perlu pada orang yang tepat, dengan masa yang sesuai dan jangan terlalu menyingkap rahsia diri yang mengaibkan. Sekian.

Cerpen: Hati Menangis

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia merenung ke luar jendela. Tanpa sedar matanya berair. Bergenang sebenarnya. Tapi egonya tak pernah benarkan dia menangis. Pantas mata beralih ke lain. Dia sebenarnya teringat akan gurauan seorang sahabatnya.

“Baik kau bagi tangan je. Lagi-lagi jari manis boleh terus sarung cincin sekali…” Zaharah tergelak.
“Aku takkan bagi tangan aku kat sesiapa, nanti diorang pengsan pulak,” Balasnya juga dalam gurauan. Kawan lelakinya terdiam. Dia mula sedar hakikat itu. Kekurangan pada tangan Zaharah. Dia mulai rasa bersalah yang amat. Haikal mengeluh.
‘Apa aku dah buat ni?’ desis hatinya.
“Aku tak pengsan pun, Ara!” Iman menyampuk.
“Iman dahlah jangan cerita pasal ni lagi… Tutup cerita,” Senyuman Zaharah ukir semanis mungkin. Iman hanya mengangguk.
“Weh Ara. Maaf. Tak berniat kata secara negatif. Baru teringat. Hmmm…” Zaharah masih lagi ketawa.
“Kau buat aku rasa nak nangislah Haikal!” Zaharah cuba mengawal rasa melalui ketawa. Itu saja helah yang dapat dia lakukan saat hati sedang dibasahi hujan kerana sedih.
“Ya aku bersalah… Ampun…” Kata Haikal. Dan dia rasa bersalah yang amat. Zaharah tak sanggup menyusahkan perasaan orang yang dia senangi. Lantas dia mengukir senyuman.
“Yes, berjaya aku kenakan kau. Selalu kau je menang kan?” Sekali lagi tawa menghiasi segenap ruang. Tawa dia sendiri tak pasti ikhlas atau tak. Dia rela jika dia sendiri menangis. Tapi bukan sahabatnya.
“Iman, tengok dia ni. Tak apa, hari ni hari kau…” Gelak jahat kedengaran. Iman turut ketawa. Dia pun lega sedangkan hanya Tuhan sahaja tahu betapa ribut petir melanda jiwanya saat itu. Hatinya menangis. Pilu mengenangkan kisah sebenar. Mereka kembali ketawa. Seperti tiada apa yang berlaku. Zaharah cuma mahu melihat mereka senang. Bukan sedih. Dia bukan jenis sebegitu.

Xxxxx

Dear diary,
HAI! Boleh tak aku nak coretkan kisah aku di sini? Aku rasa lama dah aku tinggalkan kau kan? Hari ni aku sedih sangat. Ya, 12.12.2012. Ia amat menyakitkan bila aku nak nangis tapi tak mampu mata mengeluarkan airnya. Aku sebak tapi aku tak punya kekuatan untuk luahkan tentang kegusaran aku. Kesedihan aku. Aku tak mahu orang yang aku sayang turut sama risau dan sedih. Aku tak sanggup.
Kalau kau boleh bercakap, mesti kau marah aku kan? Tak apa. Aku tahu kau susah hati pasal aku jugak. Tapi itulah. Jadi gila aku kalau tak luahkan kat sesiapa. Aku bukan tak percaya dengan diorang. Aku cuma tak nak diorang sedih. Aku sedih. Aku tak nak aku jadi bertambah sedih. Kau faham kan?
Aku masih macam dulu. Pura-pura kuat, pura-pura tak terasa, Somehow, aku tak rasa letih pun. Kau kenal aku siapa bukan? Aku tak suka menyusahkan orang yang kenal aku. Lagi-lagi yang aku sayang. Got to go babe, Haikal telefon. Nak pujuk akulah tu. Daaa diary!

Buku diari dibiar terbuka. Deringan itu mati. Zaharah memandangnya kosong. Sekali lagi deringan itu berbunyi. Nyaring. Lagu Missing You yang dinyanyikan oleh G-Dragon dari kumpulan Kpop terkenal, Big Bang sedang rancak berbunyi. Zaharah bangun dan capai smartphonenya dengan malas. Dikerling nama si pemanggil. Hatinya kacau tiba-tiba.

“Ada apa?” Salam si pemanggil dibiar sepi.
“Amboi garangnya awak ni…” Zaharah mengeluh. Menanti kata lain yang akan meluncur laju dari mulut lelaki itu. Oh bukan, buaya itu.
“Perlu ke saya berlembut dengan orang yang bertanggungjawab atas kesan di tangan saya hah?!” Zaharah menengking. Sudah lama lelaki itu mendiamkan diri. Tangannya melecur terkena air panas yang dcurahkan oleh isteri lelaki itu. Zakuan yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Tangannya berparut setelah melecur tahap kedua. Penderitaan itu dilalui selama 2 bulan lamanya. Lukanya tidak dalam tapi peritnya tetap ada.
“Ara, saya… saya nak minta maaf…saya…” Kata-kata Zakuan dipotong laju.
“Kau nak minta maaf? Itupun setelah tangan aku dah pulih? Hei jantan aku tak perlukan kata maaf kaulah. Sebab kau aku jadi macam ni. Sebab kau aku tak berani nak dekat dengan lelaki. Sebab kau!!!” Bagaikan histeria. Dia menderita dalam diam. Dia sakit hati melebihi sakit lecur di tangannya. Perit sekali.
“Saya akan bertanggungjawab. Lama dah saya fikir. Saya akan jaga awak sebagai isteri saya yang sah. Saya akan lindungi dan tebus kesalahan isteri saya lakukan. Tolonglah Ara… saya tak sanggup hidup bergelumang dengan rasa berdosa terhadap awak… saya tak sanggup…” Esak kecil kedengaran. Kali itu tiada apa yang dapat Zaharah katakan. Dicampak berderai smartphonenya. Dan serentak itu die menangis setelah sekian lama dia menangis.

Xxxxx

Meriah sungguh hari itu. Siapa sangka hari yang bahagia itu muncul juga. Setelah awan hitam berarak mengunjungi kamar hatinya. Beribut petir dia lalui. Demi mencari sebuah pelangi yang tampak indah di hatinya. Zaharah tersenyum. Dia melihat pasangan di sebelahnya. Manis berjanggut. Matanya sepet sungguh menawan ketika ini. Syahir mengerling si isteri.

“Awak kenapa?” Senyuman masih terukir. Dia perlahan mencari tangan si suami. Erat pegangannya.
“Lah takkan tak boleh sabar tunggu malam? Isteri siapalah ni…” Ketawa kecil terukir. Pantas saja lengan suaminya dicubit.
“Saya bukan macam abang. Fikir ke lain je. Saya cuma nak… erm… terima kasih kat abang…” Syahir ketawa saja.
“Dahlah benda lama buat apa nak kenang. Abang ni memang sweet abang tahu,” Sekali lagi Zaharah cuba mencubit namun ditepis laju.
“Tangan ketam ni sejak dah halal, laju je nak mencubit…” Giliran Zaharah pula yang ketawa. Tapi sebenar-benarnya dalam hatinya benar-benar bahagia miliki Syahir sebagai suami. Lelaki yang sanggup terima apa adanya dia. Walaupun parut itu hodoh dan kesannya selamanya, Syahir tak pernah ambil kisah kerana sayangnya pada isterinya tak berbelah bagi dan semua itu hanya kerana Allah.

Pernah dulu Zaharah tanya, kenapa pilih dia bukan orang lain yang sempurna fizikal dan baik akhlaknya dan jawapannya benar-benar membuka hati Zaharah untuk terima cinta baru selepas Zakuan.
“Setiap hari saya berdoa untuk dijodohkan dengan orang yang solehah, yang akan membahagiakan saya bukan di dunia semata-mata. Malah dia juga akan menjadi bidadari yang menemani saya di Syurga kelak. Dan permintaan saya dikabulkan bila saya nampak awak. Itulah jawapan Allah untuk doa saya. Saya tak mahu kita menjadi ajnabi terlalu lama. Benda baik patut dicepatkan bukan? Jadi terima tak pinangan saya yang tak romantik langsung?” Air matanya menitis kerana kenangan yang sangat manis untuknya. Manis sangat sehinggakan air mata bisa mengalir.

“Aih sayang, kenapa menangis?” Zaharah terpaku. Takungan air matanya pecah lagi.
Perkataan sayang yang telah lama dia tidak dengar dari mulut arjuna. Kerana kata sayang itulah dia kehilangan kesempurnaan fizikal. Zakuan yang dulu dia sayangi sebenarnya sudah berkahwin. Zakuan yang dipuja itu rupanya telah menipunya. Dan Zakuan juga telah membuatkan Zaharah nampak seperti perempuan sundal yang merampas hak kaumnya sendiri. Sayang itu seperti virus baginya. Dia takut dengan kata sayang itu.

Namun, segala ketakutannya terhenti saat pelukan seorang suami erat terasa. Kuat. Kemas. Dia terasa amat selamat. Dia jauh dari segala tangisan yang tak mampu dia luahkan. Dia jauh dari kata cacian orang sekeliling dengan keadaan parut itu. Dia jauh dari rasa takut digelar perempuan tak laku. Dia jauh kerana dia ada sang pelangi yang sentiasa menutup pandangannya dari melihat yang tak indah kerana pelangi itu telah menjanjikan suasana indah di dalam hatinya dan hatinya tak perlu menangis lagi.

#Kenapa aku menaip? Sebab aku rasa nak menaip.
#Kenapa aku taip cerita macam ni? Sebab aku nak luah sesuatu.
#Kenapa tak kahwin dengan Zakuan atau Haikal? Korang fikirlah sendiri.
#Kenapa macam ada kaitan dengan aku? Sebab aku suka gunakan pengalaman sendiri dan tokok tambah dalam cerita.
#Kenapa aku tak nak sambung cerpen ni? Sebab inilah penamatnya, kalau nak panjang pergi karang sendiri hahaha ~~~

42 tahun dah? Gilalah wei...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa. Janji peduli orang kata. Haha. Buat insan yang bergelar wanita bekerjaya pada usia 42 tahun iaitu Nor Zaimah atau lebih dikenali sebagai Pari-Pari Putih. Aku panggil PPP je. Dan lebih otai lagi, aku beraku kau dengan dia. Dia dah boleh kira akak sebenarnya. Kalau mak macam over sangat kan? Aku pun dah tua. Oh aku lupa. Sebenarnya aku nak wish birthday dia yang ke 42 tahun hari ni iaitu 12.12.2012.
Saegi chuka hamnida! Saranghae PPP! (Aku bantai je ejaan korea)
SELAMAT HARI JADI PPP. Semoga kau terus bahagia bersama orang-orang yang kau sayang dan sayang kau. Jangan terlalu risaukan orang lain. Risau jugak kat diri sendiri. Aku harap kau akan maintain muda sentiasa. Tak sabar nak jumpa kau calit kek kat pipi kau yang gebu itu. Boleh ke? Tak ada kek pun tak apa, aku jirus kau pakai sup kaki saiz 8 cc; Zaitul. Ah lagi satu, jangan risau sangat pasal aku dan _ _ _ _ _. Nanti ia datang. Jangan risau sangat. Aku masih bahagia macam ni weh. Nanti kalau dah ada, tak dapat berjimba lama-lama dengan kau kan? Ehh!

Walaupun dah ramai dah wish, aku je ketinggalan. Tapi tak apalah. Aku tahu kau akan hargai entry aku kan? Oh ya, aku nak bagitau korang yang aku sayang dia. Walaupun aku kenal dia masa raya hari tu, sekali jumpa rapat macam bertahun dah kenal. Lagi satu dia baik, bagi kami makan puas-puas. Hope, hubungan persahabatan ini terjalin hingga ke jannah. Aku sayang kau PPP! Wah gitu!

Jom wish kat blog insan ini <------------- a="a" href="http://pari-pariputih.com" nbsp="nbsp" target="_blank">pari-pariputih.com

Masalah gambar lagi?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
PERHATIAN !! satu nasihat untuk perempuan sahaja. Jangan approve akaun bernama Aida Arissa Bukhari.. dia dikenali sebagai Tauke Chun. dia didakwa mencuri gambar-gambar perempuan di facebook sebelum masukkan ke dalam blog ape cer. dia buat cerita Seks Melayu untuk jatuhkan maruah perempuan.Hati- hati , dia suka mencuri ...gambar cun , bertudung , seksi dan lesbian, bogel dan masukkan dalam blog di......a.... Kalau anda sedar gambar anda ada didalam blog dia , anda kena buat report polis sebelum pergi aduan kepada cybersecurity malaysia.. Sila sebar kan kepada teman2 , serta adik beradik , saudara mara , keluarga tersayang ! 
Bagi aku hal ni tak besar sangat pun. Maksud aku, jangan nak gabra tak tentu. Marah bukan kepalang. Kadang kita kena reflek diri sendiri. Kenapa benda ni jadi? Bukan sebab kita ke? Yang sakan upload gambar. Walau apapun alasannya, gambar perempuan memang mudah mendatangkan fitnah. Itu antara sebab aku dah tak post gambar nampak muka. Aku bukan nak bajet alim, aku cuma kawal diri aku dari terus lupa tentang bahayanya fitnah terhadap diri sendiri. 

Nama timangan Iffah Afeefah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tergerak hati lagi nak merepek pasal diri sendiri. Aku tak tahu kenapa semangat blogging aku ke arah menceritakan pasal diri sendiri. Mohon korang tabah baca. Seperti yang korang tahu, nama dalam IC aku seperti yang tertera di url atas tu. *ehem*

Iffah Afeefah. Orang kata macam kembar punya nama. Macam pusing-pusing sama je bunyi dia. Ejaan je lain sikit. Huruf yang ada pun sama. A F H A E. Lima huruf je yang aku perlu tahu untuk tulis nama sendiri. Okey tak kelakar. Jadinya apa je nama timangan yang ada untuk aku? Aku tacing haha.

#Ipah
Keluarga panggil. Kawan-kawan rapat.

#Pah
Kawan blogger yang sekepala, selenge dan sengal iaitu Zaitul.

#Pipa
Ni PPP yang kasi. Baru je dilancarkan panggilan ini. Haha.

#Pip
Masz kawan kat maktab selalu memendekkan nama orang. Naniey jadi Nan. Apipah jadi Pip.

#Pipah
Naniey  TJ yang tulis Setitis Kasih Darmia yang suka panggil dengan nama tu. Pipah, Pipah, Pipahhhh... Selalu siap berlagu kalau dia panggil ada udang disebalik batu.

#Iffah
Kawan yang tak rapat. Lagi tua. Lagi skema. Memang dia suka panggil nama aku ejaan penuh dan sedap didengar.

#Efa
E dibunyikan E, bukan I. Tu makcik je. Efa...

#Afif
Ini masa Masz sengal nak jadikan aku lelaki. Afif dan Apip samalah tu.

#Pah Pipah
Ini masa hangatnya zaman Pah bedah orang gaji 41. Gaya panggil sama je dengan Pah Bedah ye Mak Incik. Ini adik aku yang kat Manipal selalu panggil.

#Noy, Gil dan sekutu dengannya
Kakak aku dan adik bongsu aku selalu panggil macam ni. Noy stand for annoy dan Gil untuk Gila. Kami memang selalu panggil macam ni. Harap tak kantoi dengan Ibu. Haha

#Akak pelangi
Ini Reenapple gedik nak panggil aku akak pelangi sebab aku suka sangat dengan pelangi. Walaupun ada orang kata blog aku macam kuih lapis. Aku pasrah =P

#Pipapipo
Ini Pakcik Amir kat Masih Cinta panggil aku. Sebabnya semalam kan ada pemain bola Thailand nama Apipoo. Jadi dia kembarkan nama kami. Sabar jelah T_T. Mohon kisses ye Az_Story ehhh.

Aku rasa dah tak ada nama timangan. Akak sweet, akak jiwang sekutu je dengan Akak pelangi. Aku tak tahu ada nama timangan lain pulak kan. Korang ada nama timangan yang best sikit tak untuk aku? Pusing-pusing sama je kan? Haha =P Mesti nama timangan korang lagi best T_T. Tabah jela aku ni haha.

Tentang bola

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lagi aku cerita pasal bola. Bukan nak cerita pasal Wan Zack Haikal. Bukan juga Shahrul Idlan. Farizal? Bukan. Ini bukan entry khusus untuk mereka. Ini entry khusus untuk mereka yang bermain bola dengan seluar pendek.

Seluar pendek nampak lututlah bang!

Mohon panjangkan seluar? Macam susah je. Bila dah namanya uniform, memang susah nak ubah kalau yang atas tak benarkan. Aku tahu tu. Pernah alami rasa terpaksa dedahkan aurat tanpa rela. Tapi kan boleh buat sesuatu kan?

Kita kan ada hak bersuara?

Tak boleh? Diam tutup mulut? Aku pernah nampak seorang pemain tutup aurat dia dengan pakai seluar dua lapis. Aku kagum. Tapi takkan sorang je nak berusaha ke arah kebaikan kan? Aku harap lepas ni ada lagi yang akan sedar yang lutut itu juga aurat. Bayangkan tergolek sana sini nampak sampai paha? Wow seksi sangat!

Jadi apa tindakan kita? Mereka?

Lelaki dan pink?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Euwwww!!!

Okey itu respon aku mula-mula jumpa satu mamat ni pagi tadi. Pink sangat baju dia. Baju tshirt tak ada lengan dan shocking pink. Diulang shocking pink.
Macam ni warnanya
Okey dah dapat bayang? Belum lagi. Korang google jelah gambar nyah. Haha. Serius lelaki tu sempoi je. Tak nampak macam nyah pun. Misai janggut ada. Kulit sawo matang. Aku tak adalah nak hina dia ke apa. Aku cuma tak boleh terima pink sebegitu untuk lelaki. Lagi-lagi kulit gelap. Aku pun tak berani pakai warna macam tu.

Kalau soft pink boleh tahan lagi kot. Tapi apapun bukan berdosa kan? Lagi-lagi dia tak ada menunjukkan nak jadi perempuan dengan pemakaian sebegitu. Cuma mata aku ni terganggu. Korang yang lelaki suka pakai pink? Dan kenapa? Yang perempuan pulak boleh terima ke lelaki dan pink?



Kasarnya perempuan tu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang pernah jumpa tak perempuan kasar cara cakapnya, kasar perbuatan tapi pemakaian tak nampak macam pengkid atau tomboy. Kalau dress up macam lelaki kita tahulah cara dia kasar kan. Ini pakai baju kurung, maki orang, cakap suara lantang, gelak kuat, jerit tak tentu hala. Macam dia sorang je ada. Personaliti agak kelelakian tapi taklah berjiwa lelaki.

Pernah?

Mesti korang akan kata kasarnya perempuan tu! Ganas gila. Tak malu ke jadi perempuan? Patut perempuan sopan santun. Malu-malu. Tapi zaman sekarang makin ramai perempuan kasar perlakuan dan percakapan. Sampaikan orang pun takut nak dekat. Kang kena debik macam mana? *debik tu pukul*

Itu kalau kita cuma perhatikan perilaku mereka. Kalau lelaki yang nak mengorat? Confirm takut sebab silap cakap, kakiku di mukamu. Tak pasal-pasal kena tampar kan? Tapi kenapa mesti takut? Kasar macam manapun perempuan tu, hati dia lembut. Tetap akan menangis kalau sedih. Cuma dia tak reti tunjukkan kat orang.

Perempuan kadangkala kasar untuk jadi pelindung dirinya. Bila dia rasa tak selamat, dia akan cuba jadi orang yang ditakuti dan nampak macam sukar dibuli. Perempuan seperti ini memilih dengan siapa dia perlu kasar tindakan atau percakapan. Perempuan ini juga menjadi kasar supaya dia tak nampak lemah di mata lelaki. Ego untuk serlahkan kelembutan dia. Mungkin... Oh ya, Zaitul kata jinak-jinak merpati.

Apapun tanggapan korang tentang kasarnya seoarang perempuan itu hak korang. Cuma yang aku tahu, lagu 150 juta itu ada makna tersendiri. Salah satu liriknya ialah "Aku punya manja kau saja boleh rasa". Jadi beruntunglah lelaki yang memiliki perempuan seperti itu. Nampak kasar tapi dalam hatinya ada taman. Untuk perempuan-perempuan di luar sana, just be your self. Cuma jangan keterlaluan =) Pesan untuk diri sendiri juga.

Pelangi dikatanya kuih lapis?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mungkin pada sesetengah blogger akan faham dan tahu blogger mana yang aku akan cerita. Aku sebenarnya  dilanda taufan dalam hati. Risau, gembira, kecewa, geram dan semua itu bergaul menjadi rencah hidup aku kebelakangan ni. Aku pernah terfikir nak buat entry khas untuk blogger ni kerana 'kehilangannya' yang tiba-tiba. Tapi rasa macam over pulak.

Semua risau. Semua tertanya-tanya mana dia pergi. 2 minggu? Ke 3 minggu dia menghilang tanpa khabar.  *tak ingat* Orang-orang yang prihatin pasal dia sibuk PM, SMS, CALL tapi semua tak ada balasan. Aku juga ada PM dia. Apa isinya? Biarlah aku dan dia je tahu. Malu pulak bila baca. Aku delete boleh? Aku agak blogger tu dah baca sebab dia online! Dia datang blog PPP dan komen. Dia datang blog Zaitul jugak. Itu dah cukup membahagiakan PPP dan semua yang risaukan dia. Blog aku? Okey fine tacing hahahaha.

Ayat cari gaduh aku agak
Hari baru baru muncul semula
Yang aku geramnya, dulu dia sorang je kata aku punya blog macam kuih lapis. Dah muncul semula pun tetap kata benda sama. Hey blogger tu saja je kan? Korang nampak macam kek lapis ke rupa blog aku ni? Pelangi kena melengkung-lengkung ke? Err kek lapis apa ada 7 warna pelangi? Macam-macamlah kau Miko. Janji kau happy, kau muncul semula. Aku tak kisahlah kek lapis ke apa ke. Blog aku lawa dan meriah je aku rasa haha.

#Tulis lebih-lebih kang ada orang kata skandal. Baik aku chow laju-laju. Nah link blog dia, http://encikcopypaste.blogspot.com/ dan korang mesti rasa kagum sebab macam-macam ada =)
#Kawan alam maya, kadangkala lebih besar impaknya dari realiti. Dan itu hakikat yang masyarakat perlu tahu...

Surat terbuka untuk kau!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu aku nampak kau senyum gembira. Walau jauh, tapi aku tahu kau bahagia. Selalu aku nampak kau ketawa sambil buat gaya annoying Mata ke atas tangan letak di dada. Aku ajar lain. Kau praktiskan lain. Tapi kau kata ada aku kisah? Aku ketawa je. Kau hebat, pandai buat orang ketawa.

Tapi semalam kau murung. Kau kata kau banyak kerja. Tapi kau tetap ada untuk aku. Kau buat duck face sambil besarkan mata. Sebab kau kata kau tension. Jadi perlu rehat. Aku layankan je. Semalam kau banyak diam. Aku malas nak tegur takut kau rasa tak kena. Kau makin sepi.

Semalam juga kau diasak dengan macam-macam karenah. Aku juga stress. Kau ditekan lalu tertekan. Kau hamburkan rasa penuh hemat. Tapi kau sendiri terluka. Kau kembali sunyi. Kau diam. Tak seperti selalu. Selalu kau jadi matchmaker dalam group. Kau buat semua ketawa dengan hadirnya kau di sana. Tapi kau tetap fikir akan orang yang benci terhadap kau. Kau kata kau senyum padahal aku tahu dalam hati kau bernanah lukanya.

Kau senyum dalam duka. Kau ketawa dalam sengsara. Kau hiburkan hati orang tatkala hati kau terhiris dalam. Kau umpama pari-pari yang menyenangkan semua hati. Cuma kau saja yang berusaha membahagiakan hinggakan kau lupa diri kau perlu bahagia sama. Aku harap kehadiran aku dan yang lain bisa melupuskan rasa sakit kau yang terdalam. Aku tak harap kau terharu dengan kehadiran surat ini tapi aku harap sangat supaya kau tahu aku dan semua yang kenal kau, sayang kau, ambil berat pasal kau. Sahabat kau masih di sini, setia untuk kau!

We love you, PPP!!! Ayuh pulihkan semangat blogger yang umurnya nak masuk 42 tahun rabu depan ni. Visit her athttp://www.paripariputih.com/

Ini bukan cerita keluarga Iskandar!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku nak bercerita pasal keluarga Iffah Afeefah. Haha. Kenapa tiba-tiba? Sebab akak blogger ni tanya macam-macam pasal keluarga aku hari tu. Semua sebab panggilan uncle untuk satu-satunya abang aku.

Kami sekeluarga ada 9 semuanya. Dua je lelaki dalam keluarga Seri Iman. Satu ayah. Satu abang aku yang aku panggil Mad. Ada tiga kakak dan dua adik perempuan. Kaklong adalah satu-satunya kakak yang kami panggil kakak. Sila jangan pelik. Mula dengan kakak kedua hinggalah adik kedua akhir panggil nama je. Dila, Nini, Mad, Ipah, Adik dan Ena. Ena je kena panggil kami akak dan abang sebab dia masih sekolah. Orang lain dah kerja, dah jauh menuntut ilmu di menara gading.

Yang "adik" sebab jarak Ena dengan dia 6 tahun. Faham kan? Jadi ia tak jadi masalah sehinggalah cucu sulung lahir. Tak tahu nak bahasakan apa. Kecuali Kak long. Automatiklah Mak Long. Kami penat fikir okey. Jadilah panggilan suka hati janji kami happy. Bermulalah nama Cik Long, Cik Ngah, Mak Lang *sebab dia dah ada anak dulu, Uncle Mad, Cik De *akulah tu, Cik Teh dan Cik Cuk aka Cik Su.

Bukan kami je yang suka hati tetapkan panggilan. Ibu pun sama. Like mother like daughter and son kan? Jadinya ibu memang tak nak cucu panggil nenek. Dia rasa muda. Kakak aku dapat anak umur 22 macam tu. Akhirnya setelah meneliti nenek dalam bahasa lain. Dapatlah Onnie dalam bahasa Jepun. Aku tak tahu sebutan sebenar macam mana. Tapi sebutan yang kami sebut gaya korea panggil kakak unnie.

Itulah kisah kami. Sekarang baru ada 3 anak buah, dah macam ibu tunggal aku ni. Belum masuk yang bakal lahir beberapa minggu lagi. Pening =P

Silence Day of Wednesday - 1# Kakak Rendah Adik Tinggi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini adalah kali pertama aku join Silence Day of Wednesday by http://www.silenceblogz.com. Boleh terjah link ini untuk maklumat lanjut.

Disebalik kistot itu...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terima kasih Boni sebab komen tu. Buat aku ada idea nak update entry. Oh ya, komen apa? Mohon rujuk kat entry sebelumnya. Entry KISTOT: Kesudahan cerita kita.

Kistot tu sebenarnya aku patut taip masa hari jumaat last sebelum cuti sekolah. Aku dengan roommate dah kenal dah dekat 6 tahun. Lama kan? Kami kembar tarikh lahir. Jadi, memang rapat. Start sem 2, 2008 aku duduk sebilik dengan dia. 2011 aku tukar bilik. 2012 kembali sebilik. Tapi hubungan tetap rapat. Keluar sama-sama. Shopping sama-sama. Ada pakwe sama-sama. Aku kenal pakwe muda, dia pun sama. Aku kenal pakwe tua dan dia pun sama.

Sekarang dia dah nak bertunang. Aku je tak. Dah tak sama sekarang. Haha bak kata mak dia, jangan risau. Mesti ada jodoh yang baik tu. Terima kasih makcik sebab lahirkan anak makcik yang sengal tu. Yang menjadi sebahagian warna pelangi dalam hidup saya. =)

Lepas tu, pasal kemalangan tu bukan ada yang mati pun sebenarnya. Aku cuma tokok tambah pengalaman sendiri. Ya, accident 27.8.2011 tulah. Aku keluar kereta dengan kaki ayam dan lari sendiri ke bahu jalan raya sendiri dengan kaki sakit. Sebab semua tak berani nak dekat dengan aku. Mohon bertabah wahai Ipah! Itu pengalaman berharga. Mungkin sebab itu kistot sebelum ni nampak real. Itu je perkongsian aku. Sekian.



Kistot: Kesudahan cerita kita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kosong. Bilik itu dibiarkan kosong. Hanya dua katil bujang bercantum. Yang tiada berbaju. Gamaknya seperti rumah kosong saat mereka baru berpindah di bilik ini. Lama bilik itu dihuni oleh dua jasad. Dua hati dan dua akal. Akhirnya kini kembali sunyi. Yang ada hanyalah habuk dan debu hama bersarang sana sini.
Air mata menitis perlahan. Raihan memandang sahabatnya sayu.
“Apasal muka kau tu?” Delaila mengerutkan wajah.
“Aku sedih beb!” Raihan hanya ketawa. Masakan hati keringnya bisa rasa sedih saat hujung mereka berpisah. Kalau dia menangis sekalipun, pastilah ditutup dengan sebiji bantal.
“Tak payah nak sedih sangat. Kau pun bukan pergi mati pun…” Delaila mencebik.
“Kau ni aku mati betul-betul baru tahu…” Rajuk hatinya. Bukan dia tak tahu perangai Raihan. Tapi itulah yang dia tak boleh elakkan.
“Kau jangan cakap macam tu boleh tak? Kalau betul-betul jadi macam mana?” Amarah menyelubunginya. Entah mengapa dia tak suka dengan kalimah keramat yang sahabat ujarkan. Baginya mati itu benar-benar membuatkan dirinya tersentak. Benar mati itu pasti tapi dia masih belum sanggup nak kehilangan buat kali kedua. Benar-benar meninggalkan kesan mendalam saat kekasih hatinya maut dalam kemalangan ngeri.
“Rai…sorry…” Delaila mula serba salah. Punggungnya diletakkan benar-benar sebelah dengan teman menangis dan ketawa. Namun tiada balasan dari Raihan. Diam seribu bahasa. Sepi memenuhi segenap ruang kelam.
"Rai please... aku tahu yang mulut aku ni langsung tak ada penapis. Laju je keluar weh..." Nada sebak kedengaran. Raihan menoleh ke arah sahabatnya.
“Delaila… kau tak salah. Aku je beremosi tadi. Maafkan aku. Aku tahu aku orang yang gagal…” Delaila segera memeluk erat tubuh sahabatnya.
“Syhhh… kau jangan nak kata kau gagal. Aku selalu bangga dengan kau. Aku selalu kagum dengan kau. Kau bukan orang yang gagal!” Raihan tertawa. Lantas rangkulan dileraikan.
“Aku gagal Lai… Aku gagal kawal emosi… Aku terlalu ikutkan rasa… Padahal ini hari terakhir kita bersua. Entah bila kita nak berpeluk sebegini bukan? Maafkan aku. aku masih…”
“Baik kau diam. Kau ni makin banyak mulut kan?” Delaila ketawa. Air mata diseka laju. Raihan cuma memerhatikan lagaknya.
“Raihan yang aku kenal seorang yang tabah. Raihan yang satu ketika dulu terbabit dalam kemalangan ngeri. Yang melibatkan kematian seorang lelaki yang benar-benar dia kasihi. Lelaki yang disangka jodoh yang terbaik buat dirinya. Raihan yang berjalan berkilo meter demi mendapatkan bantuan. Raihan inilah yang masih hidup, dengan sisa kenangan Qalif walaupun peristiwa itu seperti bayang-bayang yang menghantui. Aku kenal Raihan Iman yang cekal orangnya. Walaupun parut sana sini, kau tak perlu malu dengan diri kau. Kau sentiasa yakin dengan satu kekuatan entah dari mana kau dapatkan. Sehinggakan aku tak henti kagum dengan kau… aku kagum…” Dan serentak itu mereka berpelukan semula. Seakan tak mahu lepaskan. Kadang kala persahabatan tak perlukan apa-apa pengorbanan. Cukuplah dengan hanya sebuah pengertian.

#Sebenarnya dah lama aku karang untuk roommate aku masa hari akhir kami jumpa. Ini untuk kau Bie.. Miss you, tunang jangan lupa inform okey... 

Sesat di Kajang kerana BLOGGER INI!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi ayat tak tahan. Okey aku cerita terus jelah. Aku sebenarnya nak pergi kenduri kahwin kawan aku sekolah lama kat KL. Tapi sampai pukul 11 pagi tadi tak ada confirmation. Apalagi, aku kontek adik blogger ni kata jom jumpa. Akak free. Maka akupun lekaslah pergi jemput dia. Kat satu taman yang aku tak pernah sedar kewujudannya. Setelah sesat sejam baru jumpa.

Aku kata kat adik aku, buat malu je jadi orang Kajang tapi tak tahu. Memang serius aku rasa teruk sangat pengetahuan jalan Kajang. Sekolah Menengah Teknik Kajang pun kena berhenti tanya orang. Serius malu. Mohon jangan contohi aku. Loser kan? Tak apalah aku belajar lalu jalan yang aku sendiri tak tahu. Yang aku tak pernah jejak. Learn from mistake right?

Aku pun jumpalah NORAIM ISMAIL. Adik blogger aku. Dia memang duduk kelantan je. Ini pun kebetulan dia konvo kat Shah Alam semalam. Tak sempat wish tahniah. Maaf Aim! Kami pun pergi Jusco Cheras Selatan. Mula jalan bayar bil semua. Adik aku dah gelisah. Sebab dia nak tengok wayang. Aim dahlah tak tengok wayang. Adik aku nak TWILIGHT BREAKING DAWN part 2. Seksa mata dengan scene dia. Maaf sekali lagi Aim.

Lepas tengok, aku boleh kasi 4 bintang. Memang permulaan agak lembab, tapi part kemuncak aku suka. Serius tak sangka. Dan tamat dengan kissing scene lagi. Sabar jelah. Lepas tu kami makan fast food dan hantar Aim balik semula. Sempat snap picture untuk kasi cemburu itu pengantin basi. Kak Kiera, sila jeles. Haha seronok jumpa dia. Agak pemalu aku rasa. Lepas ni siapa nak jumpa aku? Tettt...

Peragut, perempuan dan beg

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jagalah diri. Jagalah beg. Jagalah harta sendiri.

Peragut tak kenal mangsa. 
Pantang lepa dia tala. 
Lagi-lagi kalau disua. 
Hati-hati semua. 
Bimbang kita nangis merana.

Perempuan selalu leka.
Barang banyak bawak merata. 
Bagai ingin kasi derma. 
Buat peragut di luar sana.

Beg besar nampak kaya. 
Penuh isi entah apa-apa. 
Jalan sana sini alpa. 
Terus kena ragut tak terkata.

Ketiga-tiga sangat berkait rapat. Kakak aku dua kali kena ragut. Satu kat pasar malam sebab sibuk dukung anak. Satu lagi kat perumahan sendiri. Sibuk hantar anak nursery, tapi tak kunci pintu kereta. Semua barang habis. Mujur kereta tak angkat sekali. Mohon jangan cuai wahai manusia. Peragut ada di mana-mana.

Aku sendiri

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry ini ditulis oleh Iffah Afeefah pada pagi hening yang sunyi lagi dingin. Umurnya 23 tahun untuk tahun ini. Dia seorang perempuan. Dia juga seorang bakal guru yang masih menunggu berita untuk dipanggil bekerja. Sementara itu dia duduk menjaga anak-anak buahnya sambil menjadi Admin kepada satu group yang jiwang dan sengal iaitu Masih Cinta. Boleh request untuk join. Dia juga single. Haha

Serius muntah tulis macam karangan kanak-kanak. Okey, itu baru mukadimah. Sebenarnya aku nak menjawab kepada soalan-soalan cepu mas dari kawan-kawan. Bukan dari family. Aku tak tahu motif family aku sikit pun tak kisah yang aku masih sendiri.

Kawan aku tanya,"Kawan-kawan kita dah kahwin, kau bila lagi pah?"

Ada blogger lelaki tanya,"Turn kau bila pulak?"

Ada pula tanya, "Sampai bila kau nak sendiri?"

Adik blogger tanya juga, "Akaknya giliran bila?"

Dan aku tak ada jawapan untuk itu. Aku masih sendiri dan aku senang begini. Jiwang tak semestinya dah nak kahwin kan? Lagipun untuk bercakap pasal cinta, tak semestinya perlu bercinta. Aku masih senang begini. Aku tak nak dianggap desperate sebab main pilih je lelaki yang nak pimpin aku bila dah kahwin nanti. Aku memang memilih. Yang penting, ada hikmahnya semua ini. Aku tahu Allah nak aku berkhidmat dengan ibu ayah aku dulu. Kalau dah kahwin boleh buat tapi ia terhad. Percayalah! Aku nampak melalui pengalaman orang terdekat dengan aku.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers