CORETAN TERBARU NADH

part3: Kurasakan sesuatu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Part 1 sini
Part 2 sini
"Okey, let me explain," Nurin duduk di hadapan Izamir di sebuah restoran. Lunch seperti yang telah dijanjikan.
"Bos, saya tak paksa bos terangkan pun. Saya faham. Bos mesti terpaksa lakukan semua ni," Izamir masih tenang. Dia risau melihat bosnya agak clumsy hari ini. Tak seperti selalu. Sempat dia melirik ke arah bosnya. Wanita itu masih sibuk membetulkan tudungnya. Angin kuat seperti meraikan sesuatu. Tapi Izamir tak pasti apa.
"Izamir, sudahlah memandang saya. Saya okey sekarang," Izamir termalu sendiri.
"Sorry bos. Ingat bos tak okey lagi," Senyum. Dia sedaya menyembunyikan sesuatu yang dia sendiri tak tahu. Perasaan aneh ini kembali sejak pertama kali bertemu muka dengan bosnya. Disebabkan desakan keluarga yang memerlukan wang, Izamir menukar kerja. Dia tekad beerja di bawah naungan bos perempuan kerana maknya memerlukan wang. Mata mak makin melarat.
"Jauh menung. Ingat buah hati ke?" Nurin memecah kesunyian. Hanya mereka berdua yang duduk jauh dari pengunjung yang lain. Memang Nurin mahukan privasi.
"Buah hati? Tak adalah bos," Izamir menggaru kepala yang tak gatal.
"So, apa kata awak ceritakan latar belakang awak. Atleast bila papa tanya I tahu nak jawab," Nurin menyedut minuman perlahan.
"Bos, saya ni orang biasa-biasa je. Tak ada apa special tentang saya ni," Izamir membuang pandangan jauh ke seberang jalan. Dia tak selesa berduaan dengan bosnya. Bukan apa. Risau dia tewas dengan perasaan sendiri.
"Izamir, awak terlalu merendah dirilah. Mana tahu kita sememangnya ada jodoh," Laju je Nurin cakap tanpa sedar. Izamir terbatuk.
"Eh maaf. Saya ni selalu cakap tak fikir. Sorry. Oh ya, awak ada siblings?" Nurin cepat-cepat tukar topik. Malu dengan diri sendiri.
"Oh ada. Saya berdua dengan abang. Abang saya pun dah ada familu sendiri. Tinggal saya dengan mak je,"Izamir senyum. Nurin serba salah.
"Er kalau saya tanya awak jangan marah. Ayah awak mana?" Nurin dengan sendiri berminat untuk tahu semua tentang Izamir. Baginya ada sesuatu yang memaksa dia rasa ingin tahu.
"Ayah lama meninggal, Umur saya 10 tahun ketika itu. Masa tu kami golongan berada juga. Cuma entah macam mana, ayah muflis. Semua berubah sekelip mata," Izamir senyum melihat Nurin di hadapannya. Dia tak kisah membangkit isu lama. Baginya, Nurin terkecuali.
"Oh sorry. Saya ni banyak tanya pulak. Okey, makanlah. Kang sejuk pulak," Nurin menyuakan makanan ke mulutnya. Dia mengerling lelaki itu. Ada sesuatu yang membuatkan hatinya tertarik.
xxxxx
"Awal pulak baliknya," Mak mengusap kepalanya. Izamir duduk bersebelahan.
"Iz keluar dengan bos tadi. Dia suruh terus balik. Tu Iz balik awal. Masuk pejabat belah pagi je Mak," Hasunah mengangguk.
"Iz boleh tolong mak tak? Ada kotak kat atas kabinet dapur. Ambilkan nak," Izamir laju bangun mengambilnya. Hasunah bangga punya anak taat seperti Izamir. 
"Kotak apa ni mak?"
"Duduk dulu nak," Hasunah menarik tangan anaknya. Izamir menurut.
"Iz ingat tak rupa arwah ayah?" Hasunah membuka kotak tersebut perlahan.
"Iz ingat-ingat lupa. Kenapa mak? Mak rindukan arwah ayah ke?"
"Selamanya mak akan rindu nak. Nanti Iz dah jatuh hati Iz akan faham perasaan mak nak," Tersenyum.
Izamir melentokkan kepalanya ke bahu emaknya. Lama dia tak berkesempatan bermanja. Rindu zaman kecilnya.
"Iz, ni ayah nak. Ayah masa muda-muda. Mak simpan sebab mak tak nak Iz sedih bila tengok gambar arwah. Iz dah cukup terseksa sebab jadi anak yatim masa kecil lagi. Mak tak dapat berikan kasih sayang seorang ayah untuk Iz. Maafkan mak," Sendu mula kedengaran.
"Mak, apa cakap macam ni. Ayah tak ada pun Iz tak terasa. Sebab mak ada. Mak selalu ada untuk kami berdua. Maklah ibu mak jugalah ayah. Iz cukup kasih sayang. Iz tak mintak lebih. Iz sayang mak," Peluk kemas. Hasunah terharu. Pelukan terlerai.
"Iz, mak bukan apa. Kalau boleh mak nak Iz jadi macam abang tu. Abang Ilman dah bahagia dengan Razan, isterinya," Hasunah memegang tangan anaknya lembut. Jelas kedutan di tangannya.
"Mak ni kenapa cakap macam ni tiba-tiba? Iz nak jaga mak. Biar bujang selamanya pun tak apa. Iz tetap dengan mak,"
"Iz, kenapa cakap macam tu? Tak sayang mak ke? Mak tak nak anak mak bujang. Kahwinlah nak. Mak suka kalau anak-anak mak bahagia," Air mata berderai. Izamir terdiam.
Iz sayang mak sampai bila-bila!
Ps: Penulis tak dapat menaip lagi. Sedih pulak. Hehe apa yang aku nak sampaikan harap korang faham. Sayangilah mak anda. Sayu pulak malam-malam begini. 

Orang dalam percintaan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak malu aku kata aku cinta padamu=P
Suka sangat tengok orang yang dilamun cinta. Sweet je. Tak payah berpacaran. Tak payah kata-kata manis. Hanya hati dan jiwa mengiyakan rasa yang sama. Cinta sememangnya indah. Serius jeles tengok orang dilamun cinta.

Makin lena tidur sebab teringat yang tersayang. Risau kalau tak cukup tidur. Sakit siapa susah? Mandi selalu. Kalau yang malas mandi makin rajin mandi sebab ingat yang tersayang tak suka orang malas mandi. Pengotor katanya. Makin selera makan. Uih yang tersayang risau kalau tak cukup makan. Nanti ada yang mula membebel. Makan tu jaga. Kang jatuh sakit siapa susah?

Sweet kan? Siapa kata bercinta tu couple? Tak couple pun boleh bercinta. Banyak pengaruh tvlah ni. Asal bercinta je couple. Asal bercinta je kena pegang-pegang tangan. Asal bercinta je buat anak? Erk tak. Lari. Aku bukan nak menggalakkan orang bercinta.

Biarlah berlandaskan Islam. Ye tak? Kata agama kita. Cara hidup kenalah seiring. Ni tak nama je Islam. Bila buat maksiat tolak tepi. Bila time halal haram. Time orang hina agama kita laju je tegakkan. What? Salah ke aku cakap? Realitilah beb.

Cinta itu indah. Jadi indah lagi jika berlandaskan Islam. Kita ada Al-Quran. Kita ada himpunan hadis. Rajin-rajin baca. Sambil tu bercintalah=P

Batik kelantan memang da bomb

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk je da tahu apa aku nak share kat korang. Sebenarnya masa aku pergi kelantan hari tu sempat singgah kilang batik. Ibu suka tempah batik kat situ. Diorang buat sekali banyak. Trend sekarang tudung bawal bercorak batik. Tudung tu ada lukisan batik kat atasnya. Mahal weh.

Tak mampu beli. Sehelai RM60 - RM80. Depends jenis bawal. Serius cantik. Kreatif orang kelantan ni ye. Haha tumpang bangga sikit. Aku nak share gambar batik yang sedang di proses. Memula CORAK. Kalau guna canting memang banyak guna lilin. Lepas tu WARNAkan. Lepas tu corak lagi. Warnakan biar habis. Then baru celup. Masak. Keringkan. 

Entah aku pun tak tahu. Tapi memang banyak benda kena buat. Susah sebenarnya. Tapi memang hasil cantik gila. Harga pun mahal gila. Paling murah seratus lebih. Kain memang keras. Tak lembut sangatlah. Yang standard harga RM 400 ke atas. Tu memang mantop.

Mahal gila kan? Tapi batik macam ni kegilaan ramai. Khususnya wanita bekerjaya. Oleh itu kumpul duit banyak-banyak untuk belinya. Nak harap ibu beli? Hah kirim salam jela. Tolong gosok bolehlah. Tolong pakai? Tak sama saiz pulak=P
Tukang pegang je. Cantik coraknya.

Dari Dapur Seri Iman 40

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku kembali. Setelah mencuba resepi merepek. Jadi tau. Huhu aku buat strawberry milk pudding. Nak rasa? Sedap tau.
Rupa buruk tapi rasa sedap tau
Resepinya di bawah. Simple sangat.
800 ML Air
200 ML Susu Cair
Agar-agar separuh paket
Gula 5 sudu besar
Satu sudu besar emulco strawberry
Contoh agar-agar. Sumber gugel
Cara:
Cairkan agar-agar bersama air.
Masukkan gula dan susu.
Masukkan emulco.
Kacau-kacau dan siap.
Masukkan dalam acuan mengikut kreativiti.
Sejukkan dan boleh dimakan bersama kuah kastard.
Ps: Buah strawberry tak ada. Main bantai je. Tapi sedap=) Cubalah sendiri.

Part2: Kurasakan sesuatu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik sini untuk baca part1
"Iz, bos cakap apa je?" Sibuk betul mamat ni. Iqbal dipandang sepi.
"Iz cakaplah. Kau berahsia dengan aku pulak. Jangan kata kau pun nak tackle dia?" Izamir rimas.
"Bukanlah. Pasal kerja. Kau ni tak ada kerja ke?" Iqbal senyum.
"Aku ingatkan personal tadi, " Sengihan melebar. Izamir telah air liur. Rasa bersalah menyelinap. 'Tak baik menipu'
xxxxx
"Izamir jom," Terkejut.
"Bos sekarang ke? Kata lunch?" Izamir blur. Rakan lain pandang pelik.
"Sekarang! Saya ada tugas di luar. Jadi saya nak awak ikut sama settlekan," Nurin perasan mata-mata yang memandang.
"Oh ya, Azlini. Saya keluar sampai petang. Kalau ada call ke apa cakap je saya outstation," Azlini hanya mengangguk.
"Iqbal, saya nak tahu perkembangan baru pasal tender Serijaya tu esok. Pastikan lengkap!" Bos menggerunkan. Tegas. Iqbal terdiam. Banyak perlu disiapkan.
"Izamir apa tunggu lagi. Jomlah," Bos melangkah ke depan. Izamir diam mengikut sahaja.
xxxxx
"Awak rasa saya menakutkan ke Izamir?" Nurin memasang tali pinggang keledar.
"Er kenapa bos tanya macam tu?" Debaran kian rancak. Bos bertukar nada. Lama dia memendam rasa. Tapi dia cepat tersedar. Cintanya takkan mungkin terbalas. Lagipun dia sudah ada tunang.
"Bukan apa. Saya tengok semua takut je bila saya keluar dari bilik. Kenapa?"
"Bos, biasalah. Diorang hormat," Nurin gelak kecil.
"Izamir pandai awak buat lawak. But saya tak rasa macam tu pun. By the way, kita kena pergi satu tempat,"
"Satu tempat? Kenapa?" Izamir pelik.
"Jumpa papa saya. Then baru saya bincangkan dengan awak. Lagipun papa tetiba nak jumpa,"
"Papa? You mean big boss?" Anggukan Nurin sudah cukup melajukan jantungnya berdegup.
"Papa okey. Tugas awak ialah jawab apa yang papa tanya. Buat biasa je." Nurin membelok ke kanan. Hotel Impiana menanti mereka.
"Kenapa hotel?" Izamir pelik lagi.
"Izamir awak ni banyak tanyalah. Papa ada kat sini. Awak ingat saya suka-suka datang hotel?"
Izamir ketawa kecil. Dia mengakui kesalahannya.
xxxxx
"Papa!" Nurin memeluk manja.
"Yes dear. Datang pun. Kawan ke?" Datuk Nadzri memandang kepada Izamir.
"Eh tak Datuk. Saya pekerja je,"Izamir laju menghulurkan salam. Ternyata salamnya bersambut. Dia terkejut. Dia ingatkan golongan Datuk semakin tinggi darjat semakin tinggi memandang langit.
"Jemputlah duduk encik...err.." Datuk Nadzri memandang ke arah anak tunggalnya. 
"Izamir pa," Sengih. Izamir terkedu. Tak pernah dia melihat bosnya semanja ini. Berbeza benar sikapnya apabila di pejabat.
"Izamir, duduklah. Uncle tak sangka anak uncle ni betul-betul bawak calonnya,"
"Calon?" Izamir merenung mata bosnya. Nurin senyum sahaja.
"Papa dah berkenan sangat. Tapi Nurin kena ingat. Tunang Nurin tu macam mana?" Izamir senyap sahaja. Dia masih tak faham apa yang berlaku. Diam itu lebih baik.
"Ala papa ni. Lupakan pasal tunang tu. Entah-entah tak ada pun," Nurin minum Chocolate Mint Shake kegemarannya. Papa awal-awal lagi dah orderkan air untuknya. Izamir seperti tiada di situ.
"Tak boleh. Papa dah janji. Arwah kawan baik papa," Datuk Nadzri tegas.
"Papa ni. Kan suruh bawak calon. Nurin bawak dah. Ikut cakap papa. Sekarang papa kata nak cari tunang yang tak wujud tu pulak?" Nurin tak berpuas hati.
"Izamir, uncle bukan tak suka kat Izamir. Buat masa ni uncle rasa baik kamu balik dulu," Izamir terpinga-pinga.
"Papa, Iz tak salah. Nurin bagi masa sebulan untuk papa cari tunang Nurin tu. Kalau tak Nurin akan kahwin dengan dia ni," Tersedak Izamir. 'Kahwin? Aku?"
"Iz, awak tak apa-apa? Sorrylah. Jom kita pergi," Nurin mengambil handbagnya. 
"Baiklah Nurin. Papa janji. Tapi ingat kalau papa jumpa tunang Nurin. Sebulan akan datang Nurin akan perlu bersedia untuk nikah dengannya.
"Baik pa," Nurin berjalan pantas meninggalkan Izamir dan papanya.
"Datuk, saya pergi dulu. Maaf dari saya," Mereka bersalaman dan Izamir segera mengejar Nurin aka bosnya.
"Adi, akan aku cari anak kau sampai jumpa. Ingatlah aku tak pernah lupa janji kau," Datuk Nadzri berkata seorang diri. Teman karibnya sudah lama menghadap Ilahi. Matanya bergenang air. Sebak tiba-tiba.

Part 2 habis. Nak lagi ke? Haha serius aku rasa seronok merepek. Time nilah nak merepek kan? Korang nak sambungan ke?

Pelakon tambahan:
Ady Budika sebagai Adi
Nadh sebagai Datuk Nadzri

Part1:Kurasakan sesuatu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Iz, bos dah datang," Iqbal menepuk bahu Izamir.
"So? Biarlah bos tu," Izamir terus menghadap komputer di depannya. Iqbal Hakimi dibiarkan sendiri.
"Morning boss!" Iqbal tersengih macam kerang busuk. Bos segera pandang ke arahnya.
"Morning Iqbal. Awak tak ada kerja ke? Saya tak rasa sekarang masa rehat," Laju langkah wanita korporat ke biliknya.
"Haha padan muka kau. Tulah sibuk nak sapa singa tu kenapa?" Izamir berdekah ketawa.
"Iz, jangan kata singa. Beruang kutub utara pun aku dah tawan hatinya," Izamir mencebik. 'Dasar playboy'
"Cik Nurin tu takkan terpikat dengan kaunya. Dia lain dari yang lain," Izamir senyum.
"Dahlah kau. Bukan nak sokong member," Laju Iqbal kembali ke tempat duduknya. Dia geram. Dia akan pastikan bos muda itu akan jatuh ke tangannya kelak.
xxxxx
"Mak, kenapa mak duduk luar ni?" Izamir pantas mendapatkan emaknya di buaian.
"Mak tunggu anak mak balik. Lewat hari ni?" Izamir menggeleng.
"Mak, Iz kan dah cakap. Tak payah tunggu. Sejuk kat luar ni. Kita borak kat dalam ye mak?" Izamir laju memimpin emaknya. Rabun emaknya makin parah. Pembedahan tak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan.
"Iz, mak tanya tak jawab. Kenapa lewat hari ni?" Hasunah merenung mata anaknya.
"Iz ada kerja sikit mak. Kan Iz lelaki. Mak ni risau sangatlah," Izamir duduk sebelah maknya. Letih tak terkata.
"Iz, kalau mak dah tak ada nanti. Iz jagalah diri ye," 
"Mak! Dahlah jangan cakap lagi. Mak dah makan belum ni?" 
"Belum, mak tunggu Izlah. Abang kamu tak balik malam ni. Dia makan dengan isterinya kat luar,"
"Biarlah mak. Abang kan dah berkeluarga. Ni anak mak yang bujang kan ada?" Izamir berseloroh. Hasunah tertawa. Mereka berdua makan bersama. Izamir memang anak yang baik dan taat.
xxxxx
"Bos panggil kau Iz," Azlini setiausaha bos memberitahu. Izamir segera bangun.
"Eh kenapa bos panggil kau Iz? Kenapa bukan aku?" Iqbal pelik. Izamir menggeleng. Lantas dia menuju ke bilik keramat. Dia sungguh berdebar bila berdepan dengan wanita muda yang merupakan anak tunggal syarikat Mekar Holdings.
"Lini, kenapa?" Iqbal tak berpuas hati. Azlini hanya menggeleng.
"Cik Nurin tak kata apa. Dia just kata nak jumpa. Yang kau sibuk sangat ni kenapa?" Azlini duduk dan meneruskan kerjanya yang tertangguh. Malas melayan buaya darat tak cukup makan.
xxxxx
"Tok, tok, tok." Izamir makin berdebar. Dia cuba menenagkan gelora jiwa.
"Masuk," Serentak tangan memulas tombol pintu. Sejuk hingga ke tulang. Debaran tak dapat dihentikan. Cik Nurin menghadap jendela.
"Duduk Encik Izamir," Serius. Nurin berpaling.
"Izamir, saya kan suruh duduk,"
"Er ba...baik," Gagap pula.
"Kenapa bos nak jumpa saya? Ada yang tak kena pasal proposal tu ke?" Izamir bertindak profesional. Malunya ditolak tepi.
"Tak ada. Perfect! Ini yang saya harapkan dari pekerja-pekerja bawah pimpinan saya," Nurin tersenyum.
"Terim kasih bos. Saya akan berusaha lebih lagi,"
"Okey, baguslah macam tu," Nurin senyap. Izamir juga. Lama.
"Kalau tak ada apa, saya keluar dululah bos," Izamir berkira-kira untuk bangun.
"Nanti dulu Izamir. Saya ada hal nak cakap dengan awak. Personal," Nurin memberanikan diri.
"Personal? Bos saya rasa tak sesuai kita bincangkan di pejabat. Lagipun ini masa kerja," Izamir menegur sopan.
"Baiklah, betul jugak. Kalau macam tu lunch dengan saya," Nurin serius.
"Er bos nanti pekerja lain kata apa pula. Saya tak nak imej bos terjejas sebab saya," Izamir serba salah.
"Jangan risau. Kita cakap je lunch atas nama kerja. Awak rahsiakan je. Lagi-lagi dengan kawan awak si buaya," Nurin tegas. 'Berani nak tolak pelawaan aku?'
"Baik bos. Kalau tak ada apa, saya minta diri dulu," Izamir tersenyum. 'Buaya? Gasaklah'
"Baiklah," Nurin pura-pura sibuk membuat kerja. Hatinya bergelodak. Jiwa kacau.

Ps:Cerita ni rekaan semata. Cerpen bersiri sebab terpanjang pulak. Nantikan part seterusnya. Tak berniat nak panjangkan. Mungkin 2 atau 3 part je. Kepada para pelakon. Pinjam nama ye=P Dah ada green light. Apalagi. Post entry please!
Berikut adalah para pelakon:
Izamir Ridzwan sebagai Izamir
Puteri Katek sebagai Nurin
Iqbal Hakimi sebagai Iqbal Hakimi
SunahSukaSakura sebagai Hasunah
Cik Pulau sebagai Azlini

Pagi-pagi makan sambal

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rajin pulak aku masak pagi ni. Bukan masak apa pun. Buat sambal ikan bilis. Nak makan roti canai frozen. Tak seleralah pulak asyik makan dengan susu. Kencing manis baru tahu. Hari ni aku ada mood nak menulis. Jadi aku dah cari mangsa seterusnya.

Sorang je dah setuju. Pinjam nama bukan nak buat apapun. Haha seronok pulak bila ada mood ni. Rasa nak merepek tahap gaban. Hehe mood bukan selalu nak baik kan?

Korang sarapan apa tadi? Jangan skip sarapan sebab sarapanlah paling penting dalam hidup. Tenaga yang cukup untuk sihat. Kalau tak makan pagi dah letih siang hari. Tak dapat menaip. Siapa susah? Korang jugak. Jangan lupa makan. =p

Hukum merokok

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ustaz Kazim Elias suruh rujuk Fatwa. Tapi ada yang kata Selangor dah mengharamkan rokok. Erm tak berani komen lebih. Ni nak share kesan rokok. Untuk kaum hawa dan anak.


Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah : 
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan 
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 
- Lebih terdedah kepada kanser 
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok : 
- Lebih mudah mendapat lelah 
- Mendapat jangkitan paru-paru 
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Ini baru kesan sebagai perokok pasif. Belum yang merokok. Perempuan kalau merokok orang kata tak sopan. Dah tu lelaki macho sangat ke? Dua-dua tak elok untuk kesihatan. Jangan kena reject dengan mertua sebab merokok sudah. Time tu maki hamun pun tak guna. Mestilah nak pilih suami yang sihat kan? Tak gitu wahai perokok?

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
rokok
klik sini untuk join
Entry tak nak merokok banyak dah aku post. Klik sini untuk entry benci perokok. Klik sini untuk tips berhenti merokok. Klik sini untuk baca kenapa aku tak suka pada rokok, perokok, bau rokok, asap rokok dan sebagainya. Serius benci merokok. Katakan tak nak pada rokok, asap rokok, perokok!


Tolonglah tampar muka masing-masing dan berhenti merokok! Rokok membahayakan kesihatan anda dan orang sekeliling. Saya benci rokok, perokok, asap rokok, bahan rokok, bau asap rokok, sampah puntung rokok

Aku jatuh hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam ni nak jiwang boleh? Tak apa kot. Sedap pulak aku dengar lagu ni. Sebab ada Remy ke? Haha berangan. Lagu ni Lena nyanyi masa AF minggu 8 dan juga Mentor semalam. Shiha kalau tak silap. Sedap semua. Semua ada bakat.

Lagu ni sedap. Marilah nyanyi sama-sama. Semua yang kita harapkan tak semestinya akan menjadi kenyataan. Macam aku selalu karang cerita happy ending. Dunia realiti tak semestinya begini kan? Jadi aku decide nak karang cerita sad ending.

Biar semua bangun dari khayalan. Asyik nak berseronok. Cerita yang seronok. Padahal dunia tak semua cerita berakhir dengan gembira. Aku pun harap happy ending dalam kehidupan. Tapi kita hanya merancang. Apa yang aku boleh buat? Aku nak garapkan unsur sedih dalam cerita.

Hidup ni suka duka. Bukan suka semata. Ye tak?

Bila aku berbicara soal cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lama dah tak bukak topik cinta. Aku suka semua yang berkaitan dengan cinta. Semua bagi aku indah je. Drama bertemakan cinta. Itu aku. Lagu-lagu cinta itu aku juga. Cinta adalah jiwang. Jadi aku memang seorang yang jiwang. Peduli orang nak kata. Sebab semua memerlukan cinta. Tak perlu sangkal lagi kawan.

Cinta bagi aku diri kita sendiri. Sejauh mana kita ingin bercinta. Ingin dibuai rasa cinta. Ingin mendalami perasaan cinta. Cinta memang mengasyikkan sehingga kita alpa siapa kita. Cinta memang klise. Banyak kali tengok cerita cinta. Yang sama je jalan cerita kerana itulah cinta. Berapa jauh kita berjalan kita tetap perlukan cinta.

Kenapa semua nak menidakkan cinta yang hadir dalam diri. Adakah salah jika kita mempunyai rasa cinta. Jikan anda ada rasa cinta sila luahkan. Sila ajukan kepada yang berkenaan. Buktikan anda juga insan yang punya rasa cinta. Jangan malu untuk mengatakan anda sebenarnya telah tewas. Tewas dengan kehebatan cinta.

Kenapa pelik? Cinta tu perasaan anda sendiri. Perasaan cinta boleh dipupuk. Memang tak boleh paksa. Tapi kalau kita pujuk hati untuk menerima cinta pasti cinta datang dengan izinNya. Cinta pada manusia memang perlu. Tapi cinta yang hakiki hendaklah diutamakan. Sila bercinta dengan tuhanmu. Cintailah Allah. Cintailah seperti mana Dia mencintaimu sebagai hambaNya.

Kenapa kau lokek sangat nak beri sedikit rasa cinta kau tu. Kau agungkan cinta manusia sehingga lupa cinta yang wajib untuknya. Semua cinta akan berlaku dengan izinNya. Jadi kau bercinta puas-puas denganNya. Kemudia barulah kau isikan hati kau dengan cinta sesama manusia. Serius cinta memang indah. Tak percaya? Tepuk dada tanya imanmu=)

Happy Belated Birthday BPBC

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku asyik update sampai aku lupa hari lahirnya. Sorry! Dah setahun umurnya. Diam tak diam. Kalau baby mesti dah boleh berjalan tanpa orang pimpin. So sweet. Selamat hari lahir. Kedatangan kau memang memberi seribu satu erti untuk aku. Sayang kau lebih. Tanpa kau takkan aku ada di sini.

Tanpa kau takkan ada Iffah si penulis blog. Tanpa kau tiada kawan-kawan blogger. Takkan ada cerita kreatif. Takkan ada pengalaman pahit manis alam maya. Terima kasih sangat sebab kau hadir dalam hidup aku. Aku hargai kau. Tanpa kau tiada aku yang suka menaip laju. Tanpa kau...Terimalah sajak untuk kau.

Hari ini hari kau
sungguh aku lupa
maafkan aku sayang
aku abaikan kau 

bukan aku pinta
kau sinar bahagiaku
takkan aku siakanmu
tolonglah setia 

janjimu padaku
akan kupegang
hingga akhir nanti
usah kau pergi

hari ini kau ada
kerna itu aku ada
tanpa kau tiada aku
sejuta penghargaan
buatmu BPBC

SELAMAT HARI LAHIR! 28 MEI 2010-30 MEI 2011
Masih kecil dan kau dah besar sedikit. Jangan lupa diri okey sayang=)

Benci perokok

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Serius. Aku bukan nak kata apa. Tapi sakit mata memandang perbincangan di FB. Tak perlulah cakap siapa. Memanglah rokok nyata membahayakan kesihatan. But kenapa kena menidakkan kematian atas sebab punca. Yes ramai yang tak mati sebab merokok. Dan merokok tak mempercepatkan kematian.

Nenek tua kat kelantan tu. Setiap hari datang minta duit. Sebab nak beli rokok. Sejak aku membesar kat sana. Sampai hari tu. Tabiat dia sama. Minta duit nak merokok. Nenek aku yang kena strok. Bertahun tak baik-baik. Tak merokok pun. Muda lagi dari nenek tu. Tapi kenapa nenek tu tak sakit apapun?

Siapa kita nak bercakap pasal takdir? Siapa kita nak campur tangan hal urusan Allah. Kita hanya berdoa. Hanya beribdah kepadanya. Kenapa baby tu mati sedangkan dia muda lagi? Kenapa penuh dengan persoalan di benak kita. Asyik bersoal jawab tentang kerja Allah. Kerja kita? 

Merokok memang membahayakan. Memang kau tak mati sekarang. Tapi dengan izin Allah. Bila-bila masa nyawa kita akan ditarik. Punca kematian macam-macam boleh. Itu hanya alasan untuk kematian. Satu kematian takkan kita jangka. Rokok memang memudaratkan dan boleh bawa kematian. Kenapa susah sangat nak faham?

Bukan sebab rokok kita mati. Kalaupun kita rokok bertahun lamanya, tapi Allah tak nak tarik nyawa kita mesti ada sebab. Bukan suka-suka. Mati itu pasti kawan-kawan. Tak kesian ke kat anak-anak kecil Kena hidu asap korang tu? Sedih tengok bebudak tu. Kalau korang scan paru-paru korang mesti ada kesan. Cuma Allah tak nak tunjukkan kat korang.

Bila satu saat korang akan rasa menyesal sebab korang penggemar rokok, perokok tegar, mengakibatkan orang lain jadi perokok pasif, membazir duit. Masa tu korang menyesal tak guna. Sebab memang rokok tak ada faedah pun. Jangan kata cool, ikut hak memasing. Islam bukan paksaan. Tolonglah tampar muka masing-masing dan berhenti merokok!

Si dia pun merokok. Aku tahu susah berhentitapi atleast trylah. Ingat orang sekeliling!

Seluar kotak-kotak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak tahu kenapa orang tak suka dengan seluar kotak-kotak. Adakah hina bila memakainya? Trend ke apa aku tak peduli. Bagi aku pakai biar selesa. Aku selesa dengannya. Teringat masa nak pergi Melaka Wonderland hari tu. Syarat masuk, pakai seluar yang tak berzip. 

Selalu kalau mandi open air macam tu aku akan pakai seluar trek. Longgar dan sopan. Aku pun katalah kat seseorang, seluar berzip je banyak. Kalau yang tak berzip seluar kotak-kotak, seluar tidur polka dot, belang-belang. Dia gelak.

Malulah pakai macam tu. Jom pergi beli seluar tak ada zip. Semata-mata-mata nak mandi. Aku kecewa. Salahke pakai seluar kotak-kotak. Seluar panjang. Longgar lagi. Bukan legging yang nampak segala bentuk. Aku turutkan kata orang. Pergilah beli seluar baru.

Sejenis legging. Oh haram pakai. Tapi legging ni pelik. Longgar benar. Aku hairan. Tapi yang agak berisi mungkin akan ketat. Sebab free size. Memang sekali tengok macam slack. Pakailah dengan gembira sebab TAK KETAT. Aku pelik.

Hari ni aku beli seluar kotak-kotak lagi. Gabungan warna pink dan biru laut. Selesa okey. Sempat aku pengaruh adik beli sama. Haha bukan salah pun. Janji selesa. Lagipun pakai kat rumah. Bukan nak pergi pasar malam pun. Buat apa nak malu kan? Salah ke pakai seluar kotak-kotak?

Jangan tengok pada rupa. Kalau baju pun ada je kotak-kotak. Ramai je yang pakai. Tak malu pulak. Ada jugak trend skinny kotak-kotak. Ya aku tahu tu seluar memang untuk melaram. Kotak-kotak jugak kan? Adik beradiklah tu. So jangan pandang rendah pada seluar murah macam ni. Sebab ia tetap sejenis seluar=P

Segmen: Keywords bersama SunahSukaSakura

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini keywords untuk hari ni

Malam menjelang. Iffah segera kerling jam tangannya. Sudah lewat malam. Tapi matanya masih belum menunjukkan riak ingin lelap. Segera dipasang radio suka.fm secara online. Kini segalanya dihujung jari. Gigit jarilah peniaga yang menjual radio-radio di luar sana. 

Lagu Nurul berkumandang kuat. Tajuknya tidak tahu. Tapi liriknya seperti ini   itulah air mata yang jatuh ke pipiku .Iffah jatuh cinta dengan bait lirik lagu ini. Segera dia membuka link blogger.com. Niatnya ingin menyertai yang dianjurkan oleh Ben Ashaari yang sememangnya popular dalam kalangan blogger. 

Juruhebah segera membingitkan malamnya. Malam ini sibuk dengan cerita Mentor sebuah program realiti TV.  Salma juara mentor musim kali ini. Sememangnya Iffah telah mengagak. Bakat yang dikurniakan oleh Allah sememangnya hebat. Juruhebah memuji tentang kehebatan vokal Salma. Ya Iffah sangat setuju dengan penyataan ini iaitu .

Tapi sayang sekali. Tiada seorang pun bercerita tentang. Yang mereka sibuk bercerita hanyalah dunia hiburan semata. Iffah hanya menggeleng. Dia terus menutup siaran radio semakin memeningkan kepalanya.

Iffah segera membuka link seorang ustazah gebu. Dia tertarik dengan pengisian cerita tentang si. Tapi malangnya zaman sekarang. Ramai sindiket mengambil kesempatan terhadap golongan kelainan upaya ini. Iffah segera mendapat idea untuk menulis entri baru tentang cinta si buta.

Sekian. Diingatkan bahawa ini adalah entry suka-suka. Tiada niat nak sindir sesiapa. Siapa makan cili padi dia yang berasap. Oh ya ustazah gebu tu main-main je. Kang ada yang marah pulak=) Sunah ada segmen ke ni? Gasak!

What? Cepat-cepat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terlalu nak cepat tadi. Panik je tadi. Ibu tetiba gedik nak berhantar dan ambil. Okey, ayah call paksa ambil ibu cepat. Selamat dekat je. Aku pun bergegaslah. Tak perasan ada call. Aku paksa adik aku ikut. Sekali kereta kena kunci sterengnya. Gilalah. Aku mana pernah bukak benda ni.

Pokcik gugel
Nak sebijik sama dengan yang tadi. Kejap gambar benda ni berfungsi.
Gugel jugak
Macam nilah kunci. Buat para pemandu terutamanya wanita, kena ada benda ni. Kang bila kereta hilang baru nak nangis. Serius payah bukak ni. 5minit jugak aku pusing-pusing. Tengah panik pulak tadi. Lagilah berpeluh.

Sekali aku sampai ke destinasi, ibu masih gembira. Siap masuk balik pergi ambil kek. Adoi aku punya cuak ingat ibu aku dah tunggu lama sangat. Ibu-ibu. Ayah pun satu suka over. Kitorang main sarung jaket dengan sweater je.

Dua-dua pakai skirt. Selekeh. Pergi Tesco membeli barang keperluan rumah. Ayam kan dah kena kebas dengan kucing semalam. Selamat aku pakai sopan sikit. Kalau tak malu nak masuk Pizza Hut tadi=P

Moral of the story, jangan nak panik tetiba. Coolkan diri. Kita beriya cepat pun bukan dapat apa. Selamat bawak kereta keadaan normal tadi. Kalau gila-gila panik mesti langgar sesiapa. Oh ya aku langgar troli. Bengong pergi letak troli sepah-sepah. Inilah masyarakat MALAYSIA!

Merayu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ku pujuk ku rayu kepadamu wahai blogger.com. Mana dia menghilang. Genap 3 hari tak dapat tengok dashboard. Macam tak ada life pulak. Bukak secara manual untuk tengok komen dan update.

Serius geram. Penat nak tunggu dia pulih seperti dulu. Aku dah macam kera sumbang. Tak tahu apa update terkini. Bukan hafal semua link kawan-kawan. Yang ingat adalah bukak. Yang tak ingat terus senyap gitu. Nak update pasal masakan pun malas.

Sebab gambar tak transfer. Nak update pasal cerpen bersiri pun tak semangat. Makan tidur semua tak kena. Wahai blogger, kembalilah normal. Aku merayu. Idea tak ada sebab otak tak berkembang. Kena tengok kawan-kawan update baru semangat. BLOGGERRRRRRRRRRRRRRRRR!

Ada ayam bagi kat kucing

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tulah namanya tak ada rezeki. Macam ustazah pernah share kat entry dia sebelum ni. Aku redha. Walaupun agak marah. Sebab orang tu sengaja memberi laluan kepada kucing untuk masuk dan ambil ayam.

Macam kitalah. Kita tahu benda tu salah tapi kita nak jugak biarkan diri kita terjerumus dalam kancah maksiat. Alah tak apa mak. Keluar bertiga bukan berdua-duaan pun. Lepas bosan keluar bertiga. Kita pun tukar rentak. Kesian kawan tu kena teman kita dating. Biarlah kita berdua je.

Lepas berdua terus tak beritahu mak keluar. Kalau kita berdua, yang ketiganya ialah syaitan. Tengok! Kita sengaja memberi peluang dan ruang untuk dipengaruhi syaitan. Kita berdegil. Tapi kedegilan itu merugikan diri kita akhirnya.

Konsep kucing dan ayam juga sama. Kita tahu kalau kita letak ayam depan kucing, kucing akan makan. Tapi kita tetap juga letak ayam berdekatan kucing. Jadi nak marah siapa? Kucing ke ayam? Kita selalu salahkan orang lain padahal itu salah diri sendiri. 

Jadi, kenapa perlu marah kepada syaitan kalau kita yang membiarkan diri kita mengikut telunjuk  syaitan durjana. Sekian tazkirah aku pada malam ni. Geram tak dapat makan ayam sebenarnya. BUKAN REZEKI=(

Donut gebu selamat di perut

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nyummi. Masakan ibu memang lazat. Sekali sekala buli ibu apa salahnya. Time nilah nak merasa masakan dia. Ye tak? Hehe ibu aku buat donut. Semalam karipap. Kenyang. Sempat merepek. Buat bentuk pelik-pelik. Last-last bentuk bulat kecil jadi kegemaran.

Gambar ada tapi malas pulak upload. Nantilah upload. Nak jeleskan semua je. Minum petang bersama  keluarga terbaik. Tak sabar nak makan malam pulak. Kadang kita rasa annoying sebab kena makan on time sama-sama tapi bila dah ramai yang kahwin. Ada anak sendiri. Dah ke benua lain. Makin kurang family. Baru rasa sunyi. Jangan biarkan ia berlaku. Hargainya sebelum terlambat okey=)

ps: Gembira rakan seperjuangan kembali mempunyai idea untuk dikongsikan kepada pembaca. Gambate!

Coretan penulis

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kita sebenarnya adalah golongan penulis. Bila kata blogger ramai yang tak tahu sebenarnya ramai blogger yang berbakat besar dalam penulisan. Bila kita menulis kita dapat bawa sang pembaca memahami setiap isi hati yang kita nak sampaikan.

Bila kita berkomunikasi secara bukan lisan kadangkala timbul salah faham. Namun begitu, bidang penulisan inilah membuatkan ramai berminat nak jadi blogger. Bukan senang nak jadi blogger. Blogger bukan setakat menulis aktiviti harian bagai diari.

Tu silap besar. Mungkin ada blogger yang membuat diari. Tapi bukan aku. Blogger tegar jauh sekali. Cuma aku suka menulis. Setiap yang terpendam pasti terluah dalam penulisan. Aku lebih gemar menulis dari membicarakan soal hati melalui lisan. Setiap orang berbeza.

Tapi bila hati kita enggan berbicara. Rasa yang nak sampaikan kepada pembaca akan tidak sampai. Menulis mesti pakai hati. Biar pembaca dekat dengan kita. Bila kita sepi dari menulis, ibarat mulut tak keluar kata. Ibarat hidup tidak berupaya.

Jadi buat kawan blogger. Teruskan menulis. Luahkan rasa, pendapat, pengalaman, pengetahuan. Jadikan ini sebagai cabaran untuk membuatkan anda lebih maju dari hari ini. Lebih baik. Kita jana pemikiran kita melalui penullisan. Walaupun hanya datu dua yang membaca tapi ingat niat ikhlas akan melahirkan rasa puas dalam diri.

Otak kita perlu berehat. Jadi rehatlah kalau rasa tak dapat meluahkan kata. Bukan senang nak jadi penulis. Kita bukan tulis ikut suka. Kita tulis ikut apa yang telah terzahir dari hati dan ditapis melalui akal fikiran. Jangan belenggu diri dengan rasa tidak semangat. Kerana rakan blogger yang juga penulis akan sentiasa dahagakan kehadiran penulisan kamu semua=) Positifkan minda okey?

Mandi | Kartun | Ipad

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku memang jenis malas mandi. Tapi atas kesedaran diri yang menebal pergi mandi jugak. Tu pun asyik kena kacau suruh bangun makan. Tension. Cuti-cuti ni pun ada jugak nak mengetuk pintu. Haha padan muka kena jerit sekali.

Aku tidur lewat semalam. Bukan kerana bola ye. Tak minat langsung. Sebab layan kartun. Komik menyerang aku dan kawan-kawan. Dia asyik tengok kartun kat youtube. Siap download ikut samsung galaxy ace dia. Agak  jeles.

Aku apalagi gunalah lappy kesayangan download cerita sambil tengok kartun online. Ada jugak try cakap dengan ibu beli handset lagi canggih dari ibu boleh tak? Ibu pun bisinglah apalagi. Dia dah tua baru pakai touch screen. Yelah-yelah aku pergi beli ipadlah macam ni. 

Bajet banyak duit. Ikutkan nafsu semua aku nak beli. Tulah manusia. Bak kata pelakon cakerama semalam, perempuan ada 99 nafsu. Apalagi layankan jelah. WATDEHEK! Ingat main sedap je ikut nafsu. Macam-macam. Cepat sedarkan aku supaya tak terikut sangat dengan nafsu gadjet ni=P

Sham Kamikaze | Berubah kerana Allah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lama dah aku nak share video ni. Lepas layan AF tadi, aku terdetik kenapa Sham nak jugak pergi jadi pengkritik. Tapi dalam video ni ada menyebut pasal AF tu. Tapi tulah orang kata jangan mungkir janji. Antara ciri orang munafik.

Pada pandangan aku, memang aku salute dia. Masa beri komen Bismillah, bagi salam. Tak pandang muka pelajar wanita masa komen. Dia betul-betul menjaga batas matanya. Tapi orang melayu, Islam. Orang berubah je fikir lain.

Ada je komen kat FB dia tentang perubahan drastik ni. Kata macam-macam. Orang berubah ke arah kebaikan pun nak mengata lagi. Aku tak faham. Tapi aku harap hidayah ni berkekalan. Saudara Sham memang banyak dugaan lepas ni. Tabahkan hati. Jangan terpesong ke jalan mungkar lagi.

Aku sokong kebaikan. Apa yang dia buat memang betul. Janji ditepati. Bukan dia nak sangat jadi pengkritik tu. Jangan kondem dia lagi. Biar dia nak beribadat. Kita pun patut contohi. Bukan sibuk ukur kesalahan dia. Hanya dia dan Allah je tahu. Siapa kita nak jatuhkan hukum kan?

Aku pun harap jadi macam dia. Allhamdullilah=)

Blogger buat hal dari pagi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mood nak update pun jadi hambar. Bukan apa. Aku nak tengok kawan-kawan yang update pun tak dapat. Approve comment apatah lagi. Macam ada komen. Serius rasa geram.

Ni pun dapat update sebab bukak blog link. Terus tekan new post. Kalau tak dapat update lagi haru hidup aku. Kenapa jadi macam ni. Button follower muncul. Makin ramai follow aku. Terima kasih ye=) Sedar tak sedar. Dah 800. Macam mimpi pulak. Ikutkan aku nak buat peratus follower datang dari mana. Tapi ikut suka hati jelah ni. 

50% aku yakin betul dari blog BEN ASHAARI. Kalau bukan blog sifu ni takkan banyak macam ni. 25% dari blog Ustazah. Yalah dia banyak menyumbang trafik dan pengunjung setia blog ni. 10% dari FB sebab asal aku ping ada orang cakap i follow you, follow me back. Haha ingat aku follow ke kalau tak ikhlas macam tu?

Lagi 20% mana ye? Aku rasa 5% dari kawan-kawan gathering tu sendiri dan 10% adalah hasil usaha aku sendiri. Perasan sikit. Wakaka tapi macam biasalah tak sampai 10% pun yang rajin bertandang ke sini. Tu normal. Aku faham. Aku pun malas BW=p

PS: Kawan-kawan yang update manakah kalian? Aku nak baca entry korang=(

Ham Tum Hara Sanam

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Layan hindustan sabtu ni. Seronok. Tengah tunggu B4U channel pulak. Boleh mengisi masa menonton cerita hindustan. Cerita ni lama dah. Aku lebih suka cerita lama. Banyak menyentuh jiwa. Cerita sekarang more to sex.

Malu aku. Dulu hindustan cium mulut pun tak. Ni lebih dari itu. Siap tunjuk adegan tu lagi. Tapi komen orang ramai. Amatur. Nak tunjuk adegan begitu kena belajar dari orang putih. Nampak sangat tipunya.

Oh ya cerita Ham Tumhara Sanam ni mengisahkan dua kawan baik. Suraj dan Radha. Lepas Radha kahwin dengan Gopal mereka still macam dulu. Tu yang Gopal jeles tu. Bagi aku Gopal yang salah. Tak kenal isterinya betul-betul.

Perempuan tu patut jaga jugak batasnya. Erm apapun banyak kali layan pun still nak tengo. Sebab ada Shah Rukh Khan. Seronok pulak layan hindustan. TV3 tak layan sangat. Sebab cerita tu tak diikuti dari awal. Lagipun cerita baru jugak kan?

Setiap orang ada minat masing-masing. Terpulang kepada kita. Jangan minat tengok adegan seks sudah=P

SEGMEN : Froogy Ady Budika Cari Jodoh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ady Budika
klik
Namaku Bobo. Aku sebatang kara. Aku berjantina wanita. Aku sepi kerana tuanku sibuk dengan kekasih hati yang lain. Dulu aku dipuja kerana saizku yang comel. Buluku yang lebat. Kini tuanku suka yang tiada bulu. Aku kecewa. Lantas aku terpandang mahluk hijau. Aku sungguh tertawan. Kerana mahluk itu sungguh pandai bergaya.

Aku ialah wanita berhati lembut. Aku sudah jatuh cinta sama Mr Froggy yang menjadi kegilaan ramai. Oh abang Froggy, sudikah kau memandang rupaku ini?
Jangan salah sangka. I wanita asli tau
Abang Froggy sudi tak? Malulah. Nak tutup muka boleh?

Pengalaman menggunakan samsung galaxy ace

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ceh macam aku punya pulak. Haha menjawab soalan Nadh ni. Seronok pakai. Sesuai saiz dia nak pegang. Tak berat mana pun.

Type mesej okey. Guna jari kalau nak klik mana-mana. Pen atau kuku tak kan jalan kecuali jari je. Pastikan jari tak gemuk. Haha setakat ni member aku guna okey je. Selalu dapat detect wifi dengan cepat. Murah jugaklah. Kalau nak beli memang disyorkan. Sesuai yang student macam kita=P

Yang penting boleh update blog=P. Boleh update ringkas jela. Kalau type panjang-panjang takut pengsan menaip je. Haha puas hati Nadh? Pinjam pakai je. Lupa pulak kamera pun okey. Sekali tengok macam iphone pulak.

Bilalah nak merasa duit nuff ye?

Seoul Garden | Makan dengan gembira

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak update pakai samsung galaxy ace kawan akunya tak dapat. Baru konon nak jadi blogger tegar. Kena beli satulah. Berminat pulak pasal gajet. Member aku kata jangan beli ipad. Itu online memanjang je. Assignment tak dapat buat jugak.

Aku kembali sedar diri. Haha bukan itu ceritanya. Tadi aku telah menggemukkan diri dengan Mash. Terima kasih. Having fun. Gemuk sangat. Tu keluar awal tu. Sebenarnya tempat tu makan masak sendiri. Tapi konsep bayar sekali masuk.

Jadi kami sayang duit yang dilabur dengan banyak. Ambil dua pinggan daging dan ayam pelbagai rasa. Sepinggan coleslaw yang sedap, sepinggan udang untuk sup tomyam yang lazat. Mihun, mee. Aiskrim pelbagai jenis. Air juga pelbagai jenis. Banyak kan?

Kenyang sangat bila makan kat situ. Puas hati. Ala-ala korea style. Aku ada try kimchi. Kalau tengok cerita korea selalu buat kimchi iaitu sayur jeruk. Rasa tak adalah pelik sangat. Boleh ditelan. Rasa sayur bersambal je. 

Lagi satu daging-daging yang ada juga dihiris. Jadi korang ambil mentah-mentah. Masak sendiri kat dapur memasing. Memang sedap. Sama macam kat korea rasanya. Puas hati sebab harga student. Weekdays murah sikit tambah student card dan tukar sup biasa kepada tomyam total RM23+ sorang. 

Murahlah tu. Kalau weekend sampai harga RM40 mungkin. Jadi kami menghabiskan masa dari 12.30 sampai 2.15 dalam tu. Lepas tu perut sakit. Tulah siapa suruh makan tak ingat. Perut tak berapa sihat lagi. Selamat drive tadi tak sakit. 

Jammed gila Melaka nak keluar ke highway. Biasa setengah jam ni sejam. Campur lampu trafik yang lama lagi. Sabarlah wahai hati. Alhmdullilah umur panjang. Banyak kali terlelap. Tak larat. Sebab makan banyak kot.

Artis itu seronok ke?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tadi aku baca komen kata aku macam artislah. Apalah. Saja bergurau sesama blogger tak gitu kawan-kawan. Oh ya terima kasih yang telah serbu. Aku tak sempat nak serbu balik. Hehe biasalah kata artis.

Artis ni adalah orang yang menjadi ikon kepada semua manusia. Bila dah nama artis mesti dikenali. Semua tindak tanduk diperhati. Seronok ke macam tu? Tapi kita yang biasa-biasa memang suka berangan nak popular. Kalaulah aku yang kat tv tu.

Ala jangan tipu. Aku pun pernah berangan nak popular. Tapi aku nampak banyak buruknya popular ni. Bila popular aku mesti nak ikuti fesyen supaya orang tak perlekehkan aku. Lepas dah ikuti fesyen kena buka aurat. Ni tak syok ni. Lepas tu aku bergaul dengan semua tak kira siapa.

Terikat kontrak syarikat dan macam-macam yang tak best nila jadi artis. Buat salah sikit habis semua orang tahu. Benda baik kita buat orang takkan percaya 100% lah. Contoh aku pakai tudung labuh. Orang lain akan kata "Yeke dia nak pakai tudung labuh sebab insaf. Entah-entah salib kat leher.

Jadi aku tak suka jadi artis. Aku tak memuja artis pun. Cukuplah sekadar boneka yang menghiburkan. Kejam kan ayat aku? Tapi diorang memang boneka yang kerjanya menghiburkan. Kalau peminat tak suka dia kena ikut. Nak jaga reputasikan. Ibarat boneka yang diikat tali. Hidupnya diatur oleh seseorang untuk menggerakkan.

Pendapat akulah. Aku tak tujukan mana-mana artis. Jadi popular atau tak itu tak penting. Yang penting diri kita, identiti kita, agama kita. Sekian.

Paparazzi terjah aku?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jangan memain sekarang ni. Paparazzi ni memang suka tengok blogger. Memang terbaiklah paparazzi ni. Selalu asyik usha pasangan hangat. Kali ini sibuk bersegmen juga hangat. Terbaik dari ladang.

Kenapa? Sebab peminat serbu tadi. Tu tengok bilangan follower tu. Paparazzi tu punya kerjalah. Paparazzi ni lagi popular dari artis tahu! Apapun terima kasih sebab promot blog ni secara tak langsung=)

Promot? Mesti korang hairan. Alah paparazzi gila segmenlah. Tak kenal? Abang ketak-ketak kenal? Tak jugak? Nak kena ni!

Eksklusif | Rahsia disebalik Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Wah tajuk bikin gempak. Tak adalah saja nak buat di sebalik tabir sebab ada ustazah aka heroin cerita tanya kenapa tergantung untuk part kali INI

Bukan sengaja aku meninggalkan cerita tergantung. Kan dah namanya cerpen bersiri. Memang akan biarkan orang tertanya-tanyalah. Lagi satu sebab sebenarnya ialah penulis dikejutkan berita kecemasan. Jadi brek mengejut. Tak sempat nak brek lembut=P

Okey, sambung sebalik tabir cerita ni. Sebenarnya kisah dua uda dan dara bermula dari mereka sendiri. Aku berminat dengan mereka. Dari satu entry makian yang sangat tak puas hati tentang orang yang kondem cinta alam maya hinggalah ceritera bibit cinta alam maya.

Kisah ni aku lanjutkan menjadi satu kisah lain tetapi uda dan daranya tetap sama. Konsep paparazzi berasal dari blogger-blogger popular sendiri. Yang sibuk menghangatkan mereka yang memang sedang hangat. Aku bertindak berani untuk mencuba satu ceritera yang baharu.

Kemudian terbit pula ilham membuat segmen. Pertama kali dalam sejarah dan segmen itu mendapat sambutan. Ramai juga memohon untuk menjadi pelakon di samping uda dan dara. Para pelakon juga tak kurang hebatnya. Ada yang popular turut mencemar duli datang memohon kerja.

Tugas aku makin sulit kerana semua pelakon berbakat. Aku mula menggunakan seorang demi seorang untuk berlakon. Lantas, makin ramai watak dalam ceritera ini. Pada hari ini, genap 8 bab ceritera mereka. Tapi aku biarkan dia seketika cuma.

Biarkan mereka tertanya-tanya apakah ranjau berduri yang aku sendiri belum fikirkan kerana aku suka menaip sambil berfikir. Sebab itulah ceritera ini lambat ditayangkan. Nantikan siri seterusnya apabila idea datang. Terima kasih kepada pelakon dan penggemar ceritera ini. Sekian=)

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Santai Bersama BEN ASHAARI
klik
Meh melawat aku meh

Putus cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Broken heart
cilok dari gugel
Orang cakap senanglah sebab mereka tak rasa. Tak pijak kat tempat kita. Tapi tulah masa dulu aku rasa. Sekarang aku gelak sendiri. Tetiba nak nyanyi macam ni. BETAPA BODOHNYA DIRIKU... Tapi sebab putus cinta sangat memeritkanlah aku macam sawan.

Masa tu inesen kot. Setiap masa aku pasang lagu ni.
Gila tak gila kena tanya kembar aku. Dia sampai bosan layan lagu ni. Kadang aku pakai headfon. Serius sadis kisah dulu. Aku malas cerita bagaimanakah berkenalan, berapa lama bercinta, kenapa putus dan sebagainya. Aku nak cerita peritnya pengalaman bercinta. 

First time aku rasa betul-betul remuknya hati seorang gadis bila putus cinta. Jadi bila orang putus cinta yang memang dia harap ke jinjang pelamin korang janganlah cakap rilekslah kumbang bukan seekor, bukan jodoh nak buat macam mana. Memang nak lempang!

Apa yang boleh korang buat biarkan dia melayan rasa dulu. Dah cooldown sikit baru nasihatkan dia. Tapi kena kasi empati bukan simpati. Aku kesiankan kaulah. Kau janganlah macam ni. Bukan! Jiwanya dilanda kesakitan. Jangan bebani dengan simpati. Ringankan dengan empati. 

Kalau kau tak tahu rasa putus cinta jangan pandai-pandai jadi doktor cinta. Orang putus cinta ni jiwa kacau. Aku pernah rasa dan aku tak nak laluinya lagi. Sekian.

Tahniah kepada pemenang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Serius tak kecewa pun tak menang. Cuma kecewa sebab penyertaan terlalu umum. Dia tak kategorikan setiap peringkat. Lecturer aku masuk jugak pertandingan menulis sajak dan cerpen tu rupanya. Dia dapat saguhati. Tu lecturer BM yang memang mengamalkan BM sebagai rutinnya.

Dapat saguhati. Inikan pula student yang muda-muda. Jadi aku agak terkilan sebab yang menang banyak orang-orang yang memang kerja di tempat sastera. Kata kakak sebelah aku, aku datang jauh-jauh tak menang. Jom balik. Padahal dia adalah ahli sastera yang telah menghasilkan antologi baru bersama berbelas orang yang lain.

Hah kau. Dia yang dah terbit buku pun tak menang. Budak sekolah ramai jugak tadi. Agak hairan dengan pertandingan ni. Tapi bukan rezeki. Lagipun kami bukan orang sastera. Jadi redha. Larikan diri adalah terbaik. Dua jam tunggu. Majlis baru start. 

Tak ambil pun sijil tu. Biarlah. Yang penting kitorang dah sertaikan. Cukuplah. Lagipun bagi aku ni macam tak adil. Lain kali buat pertandingan biarlah banyak sediakan hadiah. Untuk beberapa kategori. Pelajar IPT lain, Sekolah lain, yang dah kerja lain. Supaya lebih adil dan sedapkan hati semua. Apalah.

Part 8: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Baca sebelumnya: 12345, 67 Semoga terhibur.

Ketukan pintu membingitkan telinga. Pantas saja Tasha berlari membuka pintu. Harapkan Deqdeq yang asyik dengan Mp4 memang takkan bergerak.
"Iya kejap-kejap," Tasha melaung. Segera pintu dibuka tanpa melihat siapa gerangan yang datang mengetuk sebegitu rupa.
"Oh my! Terkejut I. Deq cuba tengok siapa datang. Deq!" Tasha segera angkatkan beg Sunah. Sunah hanya tersenyum. Mesti kawan-kawannya pelik dia kenapa dia sampai awal.
"Sun, you ni. Dahlah pergi tak tunggu I pun. Tahulah ada kakak nak sponsor your holiday," Tasha duduk di sofa empuk.
"Ala Sha. I bukan sengaja. You tahukan lama I tak jumpa kakak I tu. Tapi tak apa sekarang I dah balik kan?" Sunah sengih lalu mengangkat beg ke bilik. Tasha hanya memandang Sunah.
"Siapa datang tadi Sha?" Deqdeq berpaling ke Tasha yang duduk di tepinya. 
"Deq! You ni, saja buat I geram. Si Sunah dah balik tu. You tak sedar ke?" Tasha merengus.
"Sunah? Kenapa tiba-tiba je? Bukan dia nak cuti lama ke?" Deqdeq pelik.
"Don't know. Yang I tahu dia ada kat bilik. You sibuk sangat tengok MV siapa suruh?" Tasha mengangkat punggung dan masuk ke biliknya.
xxxxx
"Kau nampak tak tadi?"
"Nampak apa?" Putera garu kepala.
"Aku nampak teksi tadi. Dalam tu macam Sunah je," Ady mengingat semula.
"Ah kau biar betul. Dahlah semalam aku syif malam. Kau paksa aku intip rumah dia pepagi buta lagi. Mana aku larat nak tengok," Putera menguap.
"Hish suruh teman je pun. Tak guna punya member. Aku yakin. Tu Sunah aku. Dia dah balik," Wajahnya berseri.
"Dah balik baguslah. Boleh kita pun balik," Putera memakai seatbelt.
"Eh kau nak pergi mana dy?" Putera tengok Ady mengemas rambut dan bajunya.
"Pergi jumpa dialah apa lagi,"
"Kejap! Dia baru balik. Kau nak ganggu dia terus. Tunggulah sehari dua dulu baru jumpa,"
"Gila kau. Lama tu. Tak sanggup aku. Lama aku tunggu dia beb. Kau pun tahu aku macam mana?"
"Aku tahu. Tapi dia mesti tak nak jumpa kau kalau kau pergi mengejut macam ni," Putera cuba meyakinkan.
"Betul jugak. Tak apa. Malam ni aku datang,"
"Kau ni kan Dy, betul-betul angau. Kau kata je kenal Sunah. Kau tahukan dia tak keluar malam?" Ady menepuk dahi. 'Apa masalah otak aku ni'
"Jomlah," Ady memakai seatbelt dan terus memecut. Putera hanya menggeleng.
xxxxx
"Sun, ada call," Laungan Deqdeq kedengaran. Sunah masih sibur di dapur.
"You jawabkanlah. Takpun biar je dia senyap sendiri," Sunah balas.
Deqdeq segera mengangkat call tersebut. Dia tahu siapa yang call Sunah.

"Waalaikumussalam, ye Ady. Akak ni. Sunah? Ada tengah masak,"
"Kak, Sunah okey ke?" Ady takut-takut.

"Okey je. Jangan risau. Nak cakap tak ni?"
"Naklah kak. Ni kan telefon dia," Ady sengih.
"Kejap..." Ady senyum bahagia.
"Sunah, oh sunah. Call ni. Emergency katanya," Deqdeq tipu.
"Yeke kak? Kejap," Dia mengelap tangan. Pantas menjawab panggilan tanpa melihat skrin.
"Hello, assalamualaikum," Sunah kontrol suara. Panggilan rasmi kononnya.
"Waalaikumussalam, Sunah. Abang ni," Ady cuak.
"Hah? Deq, you tipu I!" Sunah geram.

"Sun, dengar dulu abang cakap. Jangan marah dia. Dia tak salah. Abang tunggu Sunah balik. Lama bercuti. Tak kesiankan kat abang ke?"
"Kesian?" Sunah bengang. Terimbau peristiwa Ady dan seorang perempuan.

"Sunah, masa Sunah tinggalkan abang tu abang kemalangan. Luka. Tu tak sempat nak kejar. Bukan tak nak kejar," Ady panjang lebar menerangkan.
"Yeke luka? Bukan ada perempuan lain? Tulah abang suka mak abang cakap pasal kahwin kan?" Sunah terus masuk ke bilik. Gusar rakan serumahnya terdengar.
"Eh perempuan mana pulak? Abang ada kawan perempuan dua je Sunah dan kak Deqdeq. Tu je," Ady peluh.
"Yelah tu. Lelaki sekarang memang mulut je manis. Belakang kita bermesra dengan perempuan lain. Abang tak ingat dosa ke bang?" Sunah mula berceramah.
"Dosa apa pulak?" Sunah letak telefon.

Follower bertambah normal ke?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Normal je kan. Bagi yang popular. Tapi mendadak naik. Tak banyak. Aku rasa semua sebab segmen bro ben hari tu. Bukan malas nak join cuma tak ada masa. Selama 3 minggu korang akan nampak aku je online.

Jangan jeles. Aku sudah merdeka. Apalagi. Nak berjimba kat mana ye? Esok terbang ke Kajang. Konon terbang. Haha cuti bermula. Sesiapa nak ajak aku dating silakan.=P Kalau berani cubalah. Hoho nak keluar pergi majlis rasmi pulak.

Sesiapa area Melaka marilah meriahkan Majlis tu=P

Cuti memang seronok tapi berhati di jalan. Kita kena ingat orang tersayang.

CHORI CHORI SAPNO versi kelate ke apa?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Anak siapa cepat mengaku
Geli gila dengar. Korang layanlah sendiri=P

Membilang waktu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu membilang waktu. Perasaan ni sama je. Orang kata penantian satu penyeksaan tapi penyeksaan itu yang kita terkejarkan. Sebab kita yang pilihkan. Cuba kita jadikan penantian kita indah. Pasti tak terseksa.

Aku pun dalam mood penantian. Penantian untuk sesuatu yang pasti. Aku tahu korang juga sedang menanti. Jadi murahkan senyuman kurangkan gula dalam darah. Jangan nak menyirap je masa menanti okey. Penantian aku satu keseronokan.

Itu sudah pasti. Biarkan aku menantimu, sampai bila pun aku akan tetap membilang waktu. Sama seperti kamu.

Mood: Study! Esok exam pagi lepas tu?

M.E.R.D.E.K.A Apa itu kawan itulah merdeka, siapa merdeka kawan-kawan, Iffah Afeefah tuan blog ini, mari-mari semua jeles, Iffah sudah merdeka kini!(Ce korang buat cheers macam cerita PAPADOM)

Rojak Mak Bee

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sedap. Walaupun kacang menimbun. Pedas. Belacan. Akan makin banyak jerawat. Tapi tetap ini kegemaran. Hehe aku tengah santap rojak ni. Exam tadi susah. Tulah siapa suruh baca sikit-sikit. Susah ke tak keluar awal jugak.

Tapi tak seawal semalam dan kelmarin. Sedar tak sedar esok last paper. Yehuu makin dekat nak graduate. Dekat ke? Lama jugak tu. Tapi sebelum study update satu dua entry sambil makan rojak mak bee. Okey kot.

Rojak Mak Bee asal dari Kedah kan? Sebab tu orang pergi kedah borong banyak. Senang. Kat sini mahal sangat. Melaka RM6. KL RM4.50. Kat sana RM3 je kot. Semua nak untung. Yelah kos pengangkutan lagi kan.

Tapi tulah igauan para gadis di sini. Kawan-kawan sekelas makan rojak ni siap letak cili padi berbakul-bakul. Gila. Aku yang standart ni pun berair hidung jugak. Tapi tulah orang kata lain orang lain ragam. Tapi yang penting kita makan bacalah doa makan dan selepas. Bak kata si Ustazah tu. Amalkan okey=)

Oh ya nak baca cerpen terbaru aku kat sini=P

Kreatifkah aku?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila berbicara pasal kreatif pasti aku yang kebelakang sekali. Sebab ramai yang kaitkan kreatif dengan dunia seni. Seni suara, senia tari, seni lakonan, seni lukis, seni segala senilah. Tapi bila aku menceburkan diri dalam dunia blog.

Makin lama makin banyak tentang diri aku yang aku sendiri tak tahu. Apa dia? Ya, aku juga orang seni. Kenapa? Sebab aku berminat dalam penulisan kreatif yang berseni. Seni penulisan adakan? Aku ni main sedap je menaip. 

Tak kisahlah semua tu. Bila dah sedar minat aku ke arah itu, banyak seni yang nak aku tonjolkan yang tak dapat aku adaptasikan dalam lukisan, gerakan gemalai atau suara yang mengasyikkan. Yang aku ada ialah otak yang memberi idea dan jari yang mula menaip.

Karya macam aku dah berlambak kat pasaran. Dulu boleh kira penerbit yang menerbitkan novel. Sekarang berlambak-lambak. Setiap penulis ada identiti masing-masing. Itu impian satu ketika dulu. Tapi aku tahu batas pemikiran aku. Aku tahu keluar idea tapi aku tak tahu nak olah rasa dalam cerita.

Jadi aku lebih suka menghasilkan cerpen. Jangan tanya kenapa e novel aku tak gerak-gerak. Bukan mudah nak menepati citarasa orang. Juga bukan mudah nak main dengan emosi pembaca. Aku harap aku dah ada pembaca setia. Bukan hanya penulisan kreatif tapi penulisan harian. Sekian.

Bertemu cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sayu betul lagu ni. Aku teringin nak tengok drama Nur Kasih dari mula. Mesti nangis. Ni dah lama tak tengok. Time kena kahwin paksa tu. Oh sedih. Sesiapa ada full episode?

Kenapa lelaki suka perempuan begini?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Perempuan begini. Maksud aku agak lincah, semangat, tak malu, ceria, semua orang dia nak berkenalan. Macam tulah. Happy go lucky.

Kadang aku rasa malu pun ada. Sebab perempuan tu macam agak tak malu bagi aku. Tapi pada pandangan kaum lelaki mungkin tak sama. Mereka suka kot perempuan yang begitu.

Aku bukan macam tu. Jadi aku tertanya-tanya. Kenapa selalu aku tengok lelaki akan tertarik dulu pada perempuan yang aku kata tu. Tertarik sebagai apa-apa je. Kawan, adik, makwe. Isteri aku tak tahu pulak sebab tak ada pulak dengar pasal kahwin.

Ada lelaki boleh jawabkan tak kenapa? Bagi aku perempuan macam tu terlebih yakin. Terlalu menonjol dan aku rasa tak perlu semua tu. Bagi korang?

SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Filem terbaru arahan.....
"Kalau dah itu kata abah, apa yang Lini boleh cakap," Azlini berlalu pergi. Abah tersenyum puas. Hanya ibunya, Mai merenung langkah anaknya. Sayu hatinya. 
"Abang, tak boleh ke bagi Lini kenal hati budi orang tu dulu. Ni tak terus nak tunangkan," Si Ibu cuba berlembut.
"Awak apa tahu? Dulu kitapun macam ni," Dengus kuat. Segera Dollah keluar menghidupkan enjin motor cabuknya.
"Abang nak ke mana lagi tu? Malam dah ni," Mai risau. Si suami tidak mengendahkan langsung.
xxxxx
"Apa anak kampung tu ayah?" Shariff segera bangun.
"Kenapa kau tak suka ke?" Hujung misainya dipegang.
"Er ayah. Tak ada orang lain ke? Perempuan tu dah lah miskin. Memang tak padanlah," Shariff berterus-terang.
"Shariff! Jaga kata-kata kau tu. Memang mereka miskin. Tapi sebab mereka kau hidup tahu?" 
"Tapi tu cerita lama. Shariff dah kenal orang lain kat KL tu yah," Shariff seakan memujuk.
"Tapi ayah dah janji," Anak kesayangannya meminta apa saja. Pasti dia akan tunaikan. Entah kenapa dia boleh tergerak menerima lamaran kawannya Dollah. Pak Usop mengeluh.
"Boleh, tapi dengan syarat. Biar si Lini tu sendiri yang putuskan. Macam mana sekalipun," Pesanan terakhir Pak Usop sebelum masuk tidur. Shariff buntu.
xxxxx
"Nadh kau kena tolong aku, Nadh!" Shariff serius.
"Apahal kau ni? Aku datang jauh-jauh dari KL bukan nak hidang aku air ke apa" Nadzri mengeluh.
"Oh air ya? Kejap," Shariff laju menghilangkan diri.
"Apa sangatlah pertolongan yang dia nak aku buat ni," Nadh memejamkan mata. Letih drive ke Johor masih terasa.
"Nadh, kenapa tidur pulak ni," Sergah Shariff dari belakang.
"Aku tutup mata je pun,"
"Nah air kau. Special punya," Sengih.
"So kenapa? Apa yang penting sangat kau call aku malam tadi suruh datang ni?"
"Rileks dulu. Kau kan penat. Kejap lagi aku cerita," Shariff senyum lagi.
"Aku tak sabar. Cepat cakap kau nak aku tolong apa ni? Kau buat masalah lagi ke?" Shariff laju geleng.
Shariff pun ceritalah dari A sampai Z. Nadh hanya tergelak.
"Kau main-main pulak Nadh. Aku serius beb! Ni Yana aku nak campak mana?"
"Aku gelak sebab tak sangka ada kes kahwin macam kau ni," Gelak bersambung.
"Serius sekarang. Kita bincang tugas kau pulak," Shariff berdiri.
"Wah, semangat. So apa tugas aku?" Nadh sengih.
"Kau pikat minah tu. Sampai dia lupakan aku dan lamaran bapak dia. Then, bila aku selamat kau pun tinggalkan dia. Kau pun bukan pernah duduk kampung kan?"
Nadh terdiam. Besar tugasnya tu.
"Kau betul-betul nak aku buat? Bukan orang lain?" Nadh curiga.
"Betullah. Kau single. Kau kat KL syarikat mak bapak kau punya. Jadi tak datang kerja sebulan tak apa kot," Shariff tepuk bahu kawan lamanya.
xxxxxx
"Tumpang tanya, kat sini ada rumah tumpangan tak?" Nadh bertanya. Dia pasti inilah Azlini, gadis kampung yang diceritakan Shariff.
"Er Assalamualaikum. Kat sini tak ada pulak rumah tumpangan. Rumah orang tua-tua adalah," Azlini senyum. Nadh kelat. 'Baru hari pertama, perempuan ni liat sikit.' Bisik hati Nadh.
"Oh kalau macam tu tak ada tempat bermalamlah saya ni," Ayat sedih.
"Encik ni pendatang asing ye?" Nadh tergamam. 'Pendatang asing dia kata kat aku?'
"Eh cik adik pandai bergurau. Saya memang orang Malaysia. Datang kampung ni nak buat kajian sedikit," Nadh cuba kawal emosi.
"Kajian apa ya? Tak sangka kampung buruk ni pun ada orang luar nak buat kajian," Azlini sengih.
"Kajian tanah kat kampung ni. Kukuh ke tak. Maklumlah, sekarangkan musim tanah runtuh," Nadh petah membalas. 'Dia belum kenal siapa Nadh.' Getus hatinya.
"Saya faham. Encik kalau tak tahu nak tidur mana malam ni, pergilah surau. Surau memang ramai orang malam-malam. Jadi Encik tak perlulah takut,"
"Okey, terima kasih saudari," Nadh bengang. 'Bukan nak ajak aku tidur rumah dia ke apa!'
xxxxx
"Macam mana Dollah? Aku dengar anak kau dah berkenan dengan budak kolumpo tu?" Pak Usop pandang sepi.
"Nampaknya begitulah. Budak tu pun baik aku tengok. Rajin menolong kat surau," Tak sedar memuji Nadzri.
"Kalau macam tu, tak dapatlah kita berbesan," 
"Eh janji tetap janji. Anak aku pandailah aku uruskan. Anak kau si Shariff sebulan tak balik. Apa khabar dia sekarang?" Dollah pelik.
"Entahlah. Mungkin dia tahu anak kamu tak nak kat dia. Tu dia tak balik tu." Pak Usop pandai sembunyikan hal sebenar.
"Aku bersalah dengan kamu Usop," Dollah memegang bahu Usop.
"Nak bersalah apanya. Aku rasa ada baiknya kamu jodohkan si Nadh tu dengan anak kamu. Kang lain cerita timbul."
"Anak kamu macam mana Usop?" Dollah bersalah. Dia suka akan Nadh tapi janjinya mesti dikotakan.
"Anak aku biar dia pulih sendiri. Kat kolumpo banyak perempuan Dollah. Pilih je. Aku ni pun boleh kahwin lagi. Sengaja aku tak mahu," Keduanya gelak besar.
xxxxx
"Abah dah buat keputusan. Abah tengok kamu bukan main dengan budak kolumpo tu," Azlini terpaku.
"Keputusan apa bah?"
"Abah nak jodohkan kamu. Tak nak orang kata belakang pasal kamu. Kamu tu anak abah. Anak ibu," Dollah serius.
"Abang betul ke ni? Shariff macam mana?" Mai bertanya suaminya.
"Kamu jangan risaulah. Budak tu lelaki. Senang dapat ganti," Azlini tersenyum.
"Kamu setuju tak Lini?" Malu-malu dia mengangguk. Tak sangka hanya sebulan cinta mula berputik di hatinya. Banyak benda yang dia tahu dari Nadzri. Maklumlah belum pernah keluar dari kampung ini.
xxxxx
"Shariff kau punya plan memang menjadi. Masalahnya aku ni,"
"Kau kenapa pulak?" Shariff pelik. 
"Aku kena kahwin dengan minah tu!" Nadh buntu.
"Kau bukan suka suasana kampung? Aku suruh duduk sebulan dulu kau kata tak nak. Tapi bila aku ajak balik kau nak lekat kat sana," Pening dengan sikap kawannya itu.
"Aku tak sedia nak pikul tanggungjawab," Gelak kuat.
"Apasal kau gelak?"
"Yelah aku ingat kau tak suka dia,"
"Aku suka dia. Senang borak dengan dia. Tapi..."
"Kau jangan risau. Kahwin je kan. Bukan buat apa pun," Shariff yakinkan kawannya.
"Kahwin je kau kata? Papa Mama aku macam mana? Mahunya diorang terkejut dengan berita ni."
"Kau jangan susah. Aku kan ada. Aku cakap kat diorang lepas kau dah kahwin. Diorang tak ada kat Malaysia kan?"
"Memanglah. Harap perkara ni tak menyusahkan aku kelak,"
xxxxx
"Abang betul ke Lini dengar abang kahwin sebab terpaksa?"
"Eh siapa cakap?"
"Yelah masa akad nikah pun mak ayah abang tak datang pun," Azlini kecewa.
"Bukanlah. Diorang kat luar negara. Nanti diorang balik kita buat majlis belah abang pulak," Nadh memujuk hati isterinya.
Sejak lafaz ijab dan kabul termeterai, sejak itulah dia berjanji akan menjaga Azlini walaupun perkenalan mereka dirancang awalnya. Cinta memang tak kenal siapa. Siapa sangka Shariff juga tak kahwin sampai sekarang. Entah mana perginya kekasih yang diagungkan dulu. Azlini dan Nadh semoga berbahagia.

Pengarah:
Iffah Afeefah aka MissRan
Penulis Skrip:
Iffah Afeefah aka MissRan
Para pelakon:
Azlini aka Cik Pulau
Nadzri aka Nadh
Shariff aka Ujang
Puan Maizatul aka My
Dollah aka durian tak sedap
Usop aka Zacky

Okey ni semestinya rekaan. Jangan buat gosip. Gian nak karang cerita. Macam nilah jadinya. Ingat tak sempat nak hantar. Baru nak kecewa. Apapun para pelakon terima kasih.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers