CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cinta Tersimpul Rapi



Gedegang!!!!
Bunyi pintu dihempas.  Aku melihat suamiku dengan mata yang kabur dek air mata yang telah bertakung.  Hanya menanti masa untuk meletus.  Aku memandangnya dengan sayu.  Hatiku berbisik.  Tidakkah suamiku lupa tentang peristiwa mengaibkan semalam?  Kenapa pandangannya begitu.

Suamiku pandang semula.  Matanya redup.  Mata itulah menarik hatiku mendekati dan menerima dia pada malam pernikahan.  Mata redup bak Zul Huzaimy membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama kepada bakal suamiku.  Sudah tuga bulan kami melayari bahtera perkahwinan.  Hidup kami sederhana.  Kami bahagia.  Mungkin aku sahaja yang bahagia kalau bahagia pasti peristiwa semalam tak berlaku lagi.  Sungguh aku malu dan takut.

“Aaa..bang…” tegurku kerana terlalu lama sang pemilik mata redup memerhatikan aku.  Aku takut.
Seakan suamiku tersedar dari lamunan.  Sungguh aku hairan.  Dia terus berlari mendapatkan tubuhku yang kecil molek ini.  Lantas didakapnya dengan penuh rasa sayang.  Aku sukakan pelukan sebegini.  Aku menangis teresak di dadanya.  Suamiku yang aku cintai walaupun bukan pilihanku sejak awal lagi.

“Maafkan Jiha, bang,” suaraku kelam dek esakanku yang kuat.  Aku menangis lagi.  terasa tubuhku ditolak kedepan dengan perlahan.  Saat itu mata kami bertentangan.  Debar di dada makin terasa.  Aku hairan dengan perubahan ini.  Sebelum ini belum pernah dia memelukku bersendirian.  Selalu hanya lakonan semata.  untuk mengaburkan mata-mata yang memandang.  keluarga yang prihatin dan jiran tetangga yang sentiasa menjadi SPY.
“Abang yang patut minta maaf pada Jiha, Jiha isteri yang baik.  Abang yang…” aku mendiamkan suamiku.  Jari ini kuletak di bibirnya.  Aku hanya menggeleng.  Jika ini takdirnya, aku terima dan redha Tuhanku.  Pelukan itu kembali bertaut sehingga fajar terbit esok hari.  Bahagia milik kami.

Aku terjaga.  Aku tidur berbantalkan lengan suamiku.  Aku sangat gembira.  Inilah saat-saat yang ku tunggu-tunggu.  Bukan wang dan emas yang menjadi utama tapi kasih suci dari suami tercinta.  Benarlah kata orang cinta boleh dipupuk.  Aku tersenyum bahagia.

Aku menyiapkan sarapan istimewa kerana kami akhirnya bergelar suami isteri dalam istilah sebenar.  Sebagai isteri aku mula sedar tanggungjawab yang perlu aku laksanakan.  Aku teringat ceramah Ustaz Kazim Elias tentang kelebihan bagi isteri yang taat suami.  "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, dan menjaga kemaluannya drpd melakukan perkara yg haram dan toat pula ia pada suaminya, maka akan dipersilakan ia masuk ke syurga dari mana mana pintu yg ia kehendaki"- HR Ahmad dan ThabraniAku bukanlah hamba yang jahil namun bukan pula yang warak.  Jadi segala ilmu yang aku dapat, aku jadikan pedoman hidup.

Suamiku tiba.  Tubuhku ditarik dan dipeluk dari belakang.  Aku suka.  Aku bahagia.  Tipulah kalau aku kata tidak.  Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku hairan.  Kenapa tiba-tiba suamiku berubah laku.  Sungguh aku tak mengerti. 

Aku berpaling kepadanya.  Riak wajahnya berubah.  Aku tarik tangan suamiku ke ruang tamu.  Kami perlu berbincang.  Itulah yang perlu kami buat ketika ini.  Wajahnya masam mencuka.  Aku tak faham reaksi suamiku itu.  Namun, aku kuatkan semangat.  Cerita kelmarin aku rungkaikan satu persatu.  Dia mula tak senang duduk.  Aku nampak segalanya.  Aku sebagai isteri ada hak.  Aku bukan hamba abdi yang tak ada hak langsung.  Sebagai wanita islam aku perlu bangkitkan diri dari tersu dibelenggu dengan beribu persoalan. 

“Jiha nak abang berterus terang dengan Jiha.  Kenapa malam itu abang mencabul hak Jiha.  Kenapa abang tak minta dengan elok?  Kenapa abang???” Aku mula menangis.  Terasa begitu rendah martabatku sebagai isteri.
“Jiha, maafkanlah abang…” kata-kata suamiku terhenti.  Aku mendongak. Linangan air mata tak mampu aku hentikan.  Hilang segala ego yang ada pada diri.  Kali ini aku lemah di hadapannya. 

Pagi damai itu menjadi saksi.  Segala telah terungkai.  Aku kini dapat senyum dengan tenang.  Hatiku jauh lebih bahagia.  Rahimku telah terisi.  Hampir enam bulan sahaja lagi akan ku bergelar seorang ummi kepada anakku.  Aku sungguh bersyukur.

Diariku yang disayangi,

Aku terkejut sebentar tadi.  Rasa mahu melompat.  Aku dilamar oleh suamiku sendiri.  cintanya yang kudamba telahpun menjadi milikku.  Aku bersyukur sangat.  Rupanya sebelum malam itu suamiku terlihat aku berbual dengan rakan sekerjaku dengan mesra.  Kemudian timbullah gossip yang tak enak didengar.  Rakan sekerjaku pula pernah meminati aku sebelum ini.  Hati siapa yang mampu menahan gelora amarah jika isteri sendiri curang.  Malam itu aku telah menjadi mangsa amarahnya.  Dalam terang aku dinodai seorang lelaki yang amat ku cintai.  Seorang lelaki yang bergelar suami.  Namun, aku redha.  Aku tak pula menyimpan dendam bahkan aku menganggap segala yang terjadi ini hikmah dan rahmat ALLAH S.W.T. kepada keluarga kami.  Insyaallah, benih halal ini akan menjadi anak yang soleh kelak.  Aku gembira tak terkata.  Buat suami, sambutlah kasihku ini kerana kasihku padamu takkan pernah luput dan cintaku kepada tetap utuh bersandarkan agamaku.  Salam sayang diari.  Aku mahu melelapkan mata.  Suamiku telah lama berdengkur menantiku berada disisinya.  Good night!


NUKILAN owner blog...11.15 P.M.


Gembira tak terkata...Terus mengilham cerita...Agar dapat bersama...sama menghayatinya...



Post by,

Miss Ran 

Special 4 u mom

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


NUKILAN ini di post oleh syahirul.com...sy hnye meminjam kerna tibe2 tringat kat rumah...rindu bertandang lagi



Post by,
Miss Ran 

Pantun Nan Vs Mi

NAN:
Jalan-jalan pergi ke rasah,
Sampai di rasah terpijak duri,
Jgn hanya pandai bermadah,
Buktikn dulu siapa diri.

MI:
Kalau kasihku sudah bersatu,
Dalam jambangan pasti beregu,
Akanku bilang satu persatu,
Supaya kau tak tertunggu-tunggu.

NAN:
Pagi-pagi naik perahu,
Singgah sebentar dirumah nyonya,
Bukan bicaramu yg ku mahu,
Tapi ku tunggu bukti cintanya.

MI:
Pergi ke kedai beli penyapu,
Beli juga santan dan jamu,
Buat apa kau mahu tahu,
Sedangkan dia bukti kasihku.

NAN:
Hidup ini hanya sekali,
Bila berjuang biar sampai mati,
Kata hati jgn diikuti kata akal mesti difahami,
Jangn smpi kasihmu terbiar seorang diri.

MI:
Dalam hari ada dia,
Dalam dia ada cinta,
Kalau hati dah suka,
Kasih diberi tanpa dipinta.

NAN:
Bila hati bisikkan cinta,
Lidah pun berbicara serupa,
Rujuklah akal sentiasa,
Kelak sesalmu tiada.

MI:
Jika hati berdiam shj,
Tanda setuju berdiam diri,
Hati mana tak rasa kecewa,
Jika kisah cinta tak menjadi.

NAN:
Kecewa itu lumrah kehidupan,
Asam garam sblm kau bina mahligai,
Tapi ingtlah sahabat sekalian,
Ble dia pergi beerti bukan dia yg kau cari.

Bukan disini p'hujungnya,
Kerana yg dicari blom ditemui,
Masanya akan tiba cuma kte perlu percaya,
Akan tiba suatu ketika putera dtg dengan kuda.

MI:
Kita hidup zaman sekarang,
Jangan asyik duduk melamun,
Kita pasti akan disayang,
Perlu tunggu hati disamun.


Nukilan owner blog n her friend, Naniey TJ
hal ini berlaku kerana kami berbalas komen di FB dan menggunakan pantun berkerat2 untuk membalas komen,,,akhirnye terjadilah perkara ini.. kredit to NAN...





Post by,
Miss Ran 

Pantun K.A.M.I


Kalau tidak kerana bulan,
Tidaklah bintang terbit tinggi,
Kalau tidak kerana sayang,
Tidaklah aku sedih begini.

Kalau tidak kerana sayang,
Tidaklah aku sedih begini,
Syg kanda takkn berkurang,
Kasihnya dinda sampai ke mati.

Syg kanda takkn berkurang,
Kasihnya dinda sampai ke mati,
Niat di hati ingin meminang,
Sayangnya si dia tak sudi.

Niat di hati ingin meminang,
Sayangnya si dia tak sudi,
Sudahlah tua tapi miang,
Siapalah sudi jadi isteri.

nukilan owner blog n her goku aidil











Post by,
Miss Ran 

Akanku Buka Hatiku

Akanku buka hatiku
Untuk mengecap sinarmu
Akanku buka hatiku
Untuk mengenalmu
Akanku buka hatiku
Untuk mendekatimu
Akanku buka hatiku
Untuk mengasihimu
Akanku buka hatiku
Untuk menyayangimu

tapi berilah aku masa
berilah aku waktu
agar aku bisa denganmu
sepanjang hidupku~~~~

nukilan owner blog



Post by,
Miss Ran 


Kau tak tahu

Aku tak tahu
Kau tak tahu
Aku tak tahu
Kau jua tak tahu
Kenapa begitu
Kau tak tahu jua
Kerna kau egois
Kau pentingkan diri
Aku tak niat
Kau tak tahu
Kau tahu dirimu
Kau tak tahu aku
Bukan jua orang di sisimu
Kau tak tahu
Aku lama tersisih
Kerna kau bukan aku


Aku cuba hindarkan
Aku cuba hilangkan
Aku cuba musnahkan
Tapi hampa
Kecewa yang mendatang
Kenapa begitu
Kau harus tahu
Hatiku rapuh bak salju
Senang cair senang pula beku
Mengapa kau begitu........



nukilan owner blog




Post by,
Miss Ran 

Aku bukan aku

Entah mengapa hati terpanggil
untuk mengarang rahsia hati
segala yang telah menjadi pekasam di lubuk sana
segala cereka yang bermain di tubir mataku
segala tipu muslihat yang hadir tanpa ku duga
benar segalanya berakhir
aku tahu
tapi aku tak mahu mengakhirinya
bukan
bukan sekarang
aku mahu dendam kesumat terbakar sepi
biarkan ia berlalu pergi
dari jendela hati yang makin rapuh
jauh dari pandangan manusia
yang ku panggil sayang
jauh pandangan manusia
manusia yang menggelarkan ku ________
ah biarkan aku sahaja yang tahu
aku jenuh berlari
mencari siapa aku
larianku makin perlahan
aku terhenti di sudut sepi
kelam tanpa suara
aku sunyi
aku perlukan sedatifmu
untuk aku pantas berlari seperti selalu
mengecap angin yang menderu
agar aku bisa menghela nafas
sungguh aku jemu
punah segala rasa padamu
sungguh kerana kau
kau tak pernah menerusi laluan hati
menelaah segala rasa yang terbiar kaku
kau senyum tanpa sedar hatiku kau luka
kau gembira disaat aku berduka
kau jua insan egois
yang tak pernah mengenal siapa aku
lantas layakkah kau menjadi dia
dia yang ada untukku
dia yang selalu menyinggah di kamar sepiku
teratak yang mula kosong
disaat itu dia hadir mendekati hati ku
meruntun jiwaku
membawa hatiku lari
sejauh yang mungkin kerna
kau tak pernah mengerti
sejak aku denganmu aku lupa
aku lupa siapa diri aku
dan izinkanlah aku kembali
kembali ke pulau kecil di hatiku
agar dapat aku cari siapa aku
hanya satu pintaku
kau kembalilah jua
sesungguhnya kau sesat
sesat dalam bayangan manusia itu
hingga kau tak sedar akan
hidupnya aku untukmu
hidupnya segala hanya untukmu
kembalilah
hilangkan segala anganmu yang akan memakan diri
sungguh aku 
merayu~~   











nukilan owner blog



Post by,
Miss Ran 

Sayang ayang...

dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung
. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang






Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...




Post by,
Miss Ran 

Cerpen: Bila aku rasa terpinggir

"susah betul jadi manusia!" kata ku dalam hati. seolah-olah tak bersyukur dijadikan  oleh ALLAH SWT sebagai makhluk paling agung di muka bumi ini.
"hari-hari sedih, sakit hati, geram, terasa, menyampah! kadang-kadang rasa lagi baik mati dari hidup macam bangkai kat dunia ni" kelu
han demi keluhan dilemparkan sendiri. tanpaku sedar kata-kataku bisa menggoncangkan hati yang mendengar. Bisa merosakkan hati yang ada.
"asyik aku mengalah.  ingat aku malaikat ke??" luahku lagi. anasir-anasir jahat telah membisikkan sesuatu kepadaku. benar kita manusia sering alpa. setiap kata yang keluar tanpa kita sedar telah merosakkan hati kita sendiri.

SENYAP SEKETIKA...

aku teringat lagu ini:
TIDAKKU PINTA LAHIR KEDUNIA
TIDAK KU PINTA CACAT BEGINI....

"aku sedar aku insan lemah tapi aku tak nak jadi manusia yang tak bersyukur!"

oleh itu, segala kudrat tulang 4 kerat aku ni aku telah berazam untuk tidak lagi berkata begitu. semoga ALLAH membantu aku dalam niatku ini.  kita bukan sempurna.  sakit hati adat dalam perhubungan. mengalah bukan bererti kita yang kalah.  jangan biar hati kita dicemari dengan tipu daya bisikan SYAITAN.

memang kadangkala kita rasa tak berguna.  kita fikir lebih baik kita mati dari hidup kerana kita rasa kita ada atau tidak tak beri kesan kepada sesiapa.

aku jua terasa begitu.  aku tersisih.  terpinggir.  selalu menjadi orang yang terlepas pandang. mungkin mereka tak perasan kewujudan aku. aku tahu perasaan itu.  aku jua insan lemah. nangis sebati dalam diriku.  susah nak mengharapkan kasih orang jika diri tak sehebat mana.  susah jika ada perbezaan yang memisahkan aku dan mereka yang hebat.  tapi aku bangga dengan diri aku. aku adalah aku. jika seribu kali aku disisihkan maka seribu kali jualah aku menyisihkan diri aku..kerna aku tahu tak perlu harapkan segunung impian jika hakikatnya sukar dicapai. aku redha ketentuan Tuhan.  aku bukan cantik. bukan baik. bukan juga hebat.  tapi aku tahu tanggungjawab aku.  aku tahu wujudnya aku di dunia untuk berbakti pada semua.  aku tak perlu mengharapkan tiang untuk sokong aku kerana aku tau ALLAH sentiasa ada untukku!

bila aku terpinggir pasti hati menangis.  bila aku terpinggir pasti sungai mengalir.  bila aku terpinggir pasti aku dihujani. bila aku terpinggir pasti aku berdiam diri. bila aku terpinggir aku sunyi lagi. bila aku terpinggir aku sendiri. bila aku terpinggir aku kecil hati.  bila aku terpinggir aku sepi. bila aku terpinggir aku berserah diri...sesungguhnya aku makan hati.

Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers