CORETAN TERBARU NADH

Entah apa tak kena dengan aku hari ni...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak meluahkan perasaan aku rasa serba tak kena. Sejak pagi sebelum pergi kerja lagi. Berikut adalah rentetan kesilapan yang aku lakukan.

1. Aku keluar pagar siap kunci, aku pakai kasut kerja padahal kena pakai kasut sukan sebab harini konon nak ajar PJ.
2. Aku terlupa pakai name tag, masa aku ingat aku dah kunci 2 mangga dan aku patah balik pergi ambil.
3. Aku lupa pakai lipstick, patah balik bukak mangga pertama. *Aku kena pakai sebab nanti nampak kusam dan tak bermaya. Lagipun barulah ceria macam anak murid kan?

Itu kisah pagi tadi. Kisah kad raya dan pos pula.
Siapa tuan mereka?
Aku siap print alamat, ada dua hamba Allah lambat bagi, terpaksalah aku tulis tangan dengan tulisan buruk. Lepas tu aku pun pergilah beli sampul dan tampal alamat kat sampul dalam kereta. Serba tak kena aku jadinya. Sampai aku berhenti dan aku ambil keputusan pergi pejabat pos dan beli setem. Konon balik rumah nak tampal elok-elok.

Sekali bila pergi aku terpandang gam kat pejabat Pos tu. Aku pun terfikir nak gam. Patah balik ke kereta ambil kad dan sampul serta alamat. Tengah menampal, boleh pulak gam meleleh sebab terbuka penutupnya. Aku pun tadah guna kertas yang ada. Aku gam jelah pakai jari yang selebihnya.

Kemudian aku nampak satu kad tak ada alamat, puas aku fikir. Rupanya Paripariputih tak ada lagi. Kebetulan alamat dalam handphone yang ada dalam kereta. Patah balik ambil handphone dan salin alamatnya laju-laju. Tulisan sangat buruk. Lepas tu aku terpandangkan span basah untuk lekat stem, tapi setem pulak ada kat purse yang telah aku campak dalam kereta sebab tangan penuh. Kembalilah aku ke kereta semula.

Lepas tu aku putus asa. Letih dengan kecuaian sendiri, aku pun gam sampul dan setem dalam kereta dengan tak selesanya. Senget benget setem aku tampal. Aku serabut sangat masa tu. Akhirnya, siap juga 20 keping kad selamat dicampakkan dalam box merah. Tinggal satu sebab alamatnya di Kajang. Pandailah aku pusing cari rumahnya. Yang terasa nak kad dari aku, ampun maaf. Aku bagi yang cepat bagi alamat je. Lagipun pos dua puluh keping pun dah serabut. 

Kbai.

10 comments:

Dayang Deno said...

sbb puasa agaknya.. take care ifa :)

Unknown said...

ni tak boleh jadi artis popular nih..baru 20 keping dah macam2 hal..hahahah...kalau banyak beratus2 cemana la gamaknya..hehe

Kira Sakura said...

adehhhhhhhhhhhhhhh banyak kalinya patah balik @.@

a said...

aku balik ganu baru nak cari kad raya.. kih2.. hope sempat lah antr sblom raye nih

syakirahmn said...

biasalah. mmg kdg ada satu hari tu kalut semuanya.

Unknown said...

Nama aku lagi naik... PPP huhuhu itu aku saja2 jer lewat2 pah hahaha aku tahu nama yg sorang kat kajang tu jeng jeng jeng kbai :P

Unknown said...

exercise tuuuuuu nak wet raye wehhh !;p

maszull said...

assalamualaikum iffah...sabar yer moga boleh melakukannya...salam ramadhan ke 23...;)

Nong Andy said...

aku ada lalui saat mcm tu.. serabut betul.. semua tak kena. dan aku dapati ia sebab aku buat kerja last minit.. hurm..

kay_are said...

memamng mencabar perjalanan ko nak mengepos kad raye tu ye? dasat2.. memang boleh wat drama.. =P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers