CORETAN TERBARU NADH

Hanya kerana saya bertudung

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jangan awak kata saya baik hanya kerana saya bertudung, kerana menutup aurat itu wajib.

Jangan awak kata saya sopan hanya kerana saya bertudung, kerana ada masa saya terkurang sopan bila emosi mengawal minda.

Jangan kata saya kuno hanya kerana saya bertudung, kerana saya rela tak mengikut peredaran fesyen yang memakan diri kelak.

Jangan kata saya alim hanya kerana saya bertudung, kerana saya cuma sampaikan apa yang saya tahu dan ajak awak semua untuk tahu.

Jangan kata saya islamik hanya kerana saya bertudung, kerana sememangnya kita orang Islam yang seharusnya menjalani hidup dengan cara Islam.

Jangan kata saya arif tentang agama Islam hanya kerana saya bertudung, kerana saya pun masih tidak tahu banyak perkara tentang agama sendiri.

Yang saya tahu, bertudung itu adalah salah satu cara untuk melengkapkan penutupan aurat saya. Bukan dengan hanya bertudung, aurat tertutup. Tidak sama sekali. Kalau kita pakai tudung tapi aurat lain masih terdedah maknanya kita bukan baik mana. Malah yang bertudung labuh juga masih ada cacat celanya yang masih mereka perbaiki. Jadi jangan hanya kerana kami semua bertudung, awak dah anggap yang terlalu tinggi nilainya.

5# Quotes

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Harta dunia terlalu asyik dicari, sampai lupa akhirat menanti...

Sahabat untuk selamanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sumber: FB
Aku bukan sahabat yang baik. Tapi aku percaya, saat kau, kau dan kau yang bergelar sahabat, kawan, teman dan rakan jatuh tersungkur pastilah tangan aku yang tak sempurna akan menyambut, menarik dan berusaha untuk membangkitkan kau semula. Itu janji aku =)

Buat sahabat yang tak putus-putus bagi semangat kat entry sebelum-sebelum ni aku ucapkan terima kasih. Aku hargai sangat. Tapi jangan risaukan aku. Setahun dah aku begini dengan tangan tak sempurna. Aku dah boleh terima. Kalau orang tak boleh terima, itu hak mereka. Aku yakin dan aku takkan biarkan keyakinan aku berkurang sebab tu. Percayalah sahabat!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers