CORETAN TERBARU NADH

Kenapa berzina?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Aku tak fahamlah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak faham langsung motif perempuan ambil gambar banyak-banyak. Muncung itik, muncung tikus dan seangkatan dengannya. Dah tu close up. Lubang hidung pun boleh nampak. Aku tak faham kenapa mereka rasa mereka comel buat gaya comel macam tu? Dan kenapa mereka suka dipuji melambung-lambung. Seronok agaknya menayangkan kecomelan kat ajnabi.

Klik...klik...

Snap time!

Klik...klik...

Choose the best photo...

Klik...klik...

Uploading...

DONE!

Klik...klik...

Liking... 1 LIKE, 2 LIKES, 21 LIKES, 89 LIKES....

Commenting...

1: Comelnya awak.

4: Cantik sungguh ciptaan tuhan.

10: You look very beautiful babe!

23: Gojes! Anak siapalah ni...

38: Geram tengok bibir tu rasa nak gigit je...


l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
V
V

SENYUM SENDIRI DEPAN LAPTOP =)

Persoalannya sekarang kenapa perlu upload gambar banyak-banyak? Gaya yang sama. Dapat pujian beratus-ratus. Tayang kecomelan kat semua orang. Lagi seronok kalau ada komen berbaur lucah, reti pulak nak marah. Report comment lah apalah. Tapi tak sedar, gambar dia di copy and paste buat stok dalam laptop lelaki gila seks! Untung-untung esok keluar surat khabar seorang perempuan dirogol di semak. Jangan tanya kenapa? Lu fikirlah sendiri~~~~ Ikutlah nak sentap ke apa. Takkan nak tunggu datang musibah baru nak terasa insaf kan?

Harapan, harapan menjadi layu...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak bercerita pasal harapan. Ya, teringat lagu harapan masa nak menaip. Bukan apa, manusia dan harapan tak dapat dipisahkan. Macam nyawa, kalau tiada harapan. Maknanya tiadalah nyawa. Apa yang aku nak luahkan yang aku tak suka perkara iaitu harapan dihancurkan. Serius siapa suka bila beria mengharap akhir sekali punah begitu saja.

Macam ingat dia suka kita, kita suka dia. Rupanya dia dah ada isteri. Contoh Beto Khusyairi. Eh, kecewa bila dapat tahu dia sudah berpunya. Sedangkan kita punyalah berharap dialah yang akan jadi kekasih halal kita. Tapi dah tahu sakit bila dikecewakan, kenapa masih perlu berharap?

Harapan musnah kita sengsara. Harapan tak semestinya akan menjanjikan kebahagiaan. Jadi kenapa manusia ni degil dan teruskan juga untuk berharap. Lebih-lebih lagi mengharap sesuatu yang tak pasti akhirnya merana sendiri. Tapi ada juga yang pandai memberi harapan. Ayat manis bak madu. Rupanya pahit rasanya bak hempedu.

Sakit! Ditipu. Dikhianati. Dikecewakan! Lepaskan segala harapan yang tak pasti. Jangan terlalu mengharap bimbang sendiri yang terluka. Jangan juga memberi harapan palsu jika tak mahu menunaikan harapan itu. Jangan buat begitu. Hati wanita lembut, sekali dia berharap, selamanya dia akan kekal berharap hingga satu masa dia dikecewa. Harapan akan pudar, tapi takkan pernah hilang. Kerana susah untuk memadam rasa berharap yang amat sangat. T.T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers