CORETAN TERBARU NADH

Bloglist khas teka-teki by MR!

ASSALAMUALAIKUM.

Semua orang busy dengan bloglist kan? Jadi tanganku gatal untuk menambah bloglist. Bagi penuh blog! Tak adalah. 

Saje gedik. Korang cuma kena jawab semua teka-teki aku dengan betul. Check kat label teka-teki. Ada 9 kot. Siapa dapat jawab salah satu akan masuk ke bloglist khas teka teki!

SYARAT:
1. Jawab salah satu teka-teki yang ada di Label TEKA-TEKI blog ini. Siapa cepat dia dapat.
2. Tak payah follow.
3. Tak payah tag mengetag.
4. Hanya buat satu entry tajuk Bloglist Teka-teki by Miss Ran di entry, bersama jawapan anda.
5. Letak banner atas tu dan linkkan ke blog ini.
6. Dah post, bolehlah hantar link anda ke sini. INGAT! Siapa cepat dia dapat!

ps: Tak faham jangan malu-malu untuk tanya. Kalau minta jawapan teka-teki kompem tak bagi.=)

Duit

Assalamualaikum.
Ni short entry je. Pasal tak ada mood. Tengok tajuk terus sadis. Bukan apa. Elaun keluar. Yeah tapi tak keluarkan dari bank lagi. Yang membelenggu diri ini ialah elaun berkurang. Kerajaan memotong macam-macam. Banyak juga bezanya dari tahun lepas. Kecewa? Ya betul. Tak bersyukur? Sikitlah. Sebab memanglah orang dah bagi kita kena redha. Jangan demand sangat.

Tapi pelik kenapa boleh potong banyak. Sangat! Dahlah semester ni first time praktikal. Of course segalanya melibatkan duit. Baju kurung aka baju yang sesuai untuk pergi praktikal. Bahan-bahan untuk mengajar. Duit minyak kerana mahu membawa lari kereta mak dari selangor ke melaka ini.

Semua guna duit. Duit untuk kelas pun RM 200 untuk semester ini sahaja. Buku-buku lagi. Hatiku menjadi gundah gulana. Bertambah dengan sikap boros tegar yang ada dalam diri. Tak ada duit ke ada ke laju je lari. Contoh dua minggu lepas. Sehelai baju RM 16 telah selamat dibeli dengan duit RM10 di tangan. +6 dari purse member. Hehe.

Semalam pula, RM 23 telah selamat ke sebuah beg vantage yang sangat aku inginkan. Sedangkan duit hanya tinggal RM 50 semalam. Sekarang dalam tangan ada RM 5 kot. Esok nak pekena MCD prosperity burger sebelum naik bus lagi. Aiyo.

Kenapalah aku terlalu boros. Okeh siapa nak tampar aku sekarang? Aku letak dia kat bloglist sebagai tanda kesedaran!

PS: IPG lain elaun korang berapa ye?
Post by,
Miss Ran 

Give Away Ferrero GArden by ShahJihan

klik banner untuk join
Cadangan nama domain www.shahjie.com
7 huruf je!
Sebab: Shah adalah nama anda. Ingat nak letak sweet stand for kebaikan anda untuk menyedekahkan coklat yang sedap kepada kami-kami para blogger tapi macam tak kena. Jie stand for anda sendiri. Kalau tukar domain kenalah tarik orang balik. So Jie orang akan kenallah. hehe Lastly, mudah orang nak ingat link anda. Lagipun trademark anda kan SJ!


Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers