CORETAN TERBARU NADH

Hobi yang menguntungkan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tabung aku, jangan curi!
Ini antara tabung yang aku ada. Semua hadiah orang bagi. Sejak umur 21 aku suka simpan duit syiling dalam tabung. 
*Tabung lembu tu ada duit paling besar. 50 sen. Dah berat!
*Tabung rumah tu masa birthday bila entah, mak ayah aku kasi. Ada nama EFA kat tabung. Yang tu aku letak 20 sen. Hampir penuh rumah aku dengan syiling.
*Tabung kek baru dapat tahun ni aku letak duit syiling 10 sen. Berat jugak weh!
*Tabung teddy bear Naniey kasi tahun bila entah, letak 5 sen dan duit syiling negara luar.

Kenapa menguntungkan?
Sebab korang boleh menabung. Macam aku, aku lagi suka simpan duit syiling. Lepas tu dah berat sangat, aku bawak pergi bank. Bank inkan! Tahun lepas aku dah buat. Dapat RM200++. Siapa nak kasi duit free macam tu masa tak ada kerja? Inilah masa menguntungkan. Bila kau menabung, walaupun syiling ia tetap akan membantu kau bila susah. Macam aku.

Jadi marilah menjadikan menabung ini hobi anda. Serius tak rugi. Bukan payah pun nak menabung. Kalau tak nak pergi bank, korang tukarlah dengan pekedai-pekedai. Diorang mesti nak guna duit syiling. Wah untung! Tapi jangan niat nak menabung sebab nak berboros, agak-agaklah. Masa kritikal baru guna. =)

22 comments:

Unknown said...

Wahh akak iffah rajin menabung...dah try menabung, tapi tak berat2 pong..ahahahah :P =,=

laskar pelangi said...

Betul tu..Macam abah kita, jenis letak duit syiling penuh tabung..bila kira kira,dekat rm2k jugak aritu..banyak tabung,banyak duit..best best ;)
kat kolej kita tak leh nak menabung sangat..duit syiling guna untuk mesin basuh..hihi

Unknown said...

mohon ko mengigihkan diri untuk menabung secara pesat utk tampung kos perkahwinan ko nanti. amin..

hana hadi said...

dah ada pengalaman la ni... baguslah. sebab hana was2 ni

kalau nak simpan kat bank duit syiling cmna ek? letak dalam 1 plastik lepastu terus bagi kat bank ka? huhu ka kita kena kira dulu pastu isi borang..

jenuh la nak kira syiling banyak2.nak usung p bank lagi..

camna ek

Nong Andy said...

masalahnya kan Iffah.. aku tak sampai hati nak bank in duit2 yg aku kumpul tu.. ada sentimental value gitu kekekekkekekeke

Akupenghibur.com said...

menabung memang menabung ..tapi masalahnye hujung bulan mesti korek balik

ewanthology said...

mesin syilling kat bank selalu rosak

Unknown said...

Di saat hujung bulan atau krtikal... lima sen tu pun ibarat 50 hengget hahahaha

Nur Zulaikha said...

akak..nk duit raye..hehehe

4feet8 said...

selamat menabung.. ;)

kay_are said...

aku ade gak menabung syiling ni tapi takde r nak separate setiap tabung, seposen,duoposen, limoposen aku masuk sekali je.

Anonymous said...

pasni ade lagi satu koleksi tabung ko..

errr..tabung aku tu ko simpan duit kertas yek..pastu bank in kat aku..
errrkbai..

cikzaitul

reenapple said...

Aku menabung sebab aku nak guna syiling untuk basuh baju. Wakakaka.

Unknown said...

Nak saving duit syiling la lepas ni. comel-comel je tabung2 iffah.

haryzkhairuddin said...

sama jugak.. suka menabung duit syiling. sebab nak ringankan wallet. pasni mungkin buleh guna idea ni. guna tabung berasingan untuk setiap duit.. ;D

anak ayah said...

hee.kte smpan wet syiling dlm bekas prune je.haha :p

best bila angkat sbb berat.macam da kumpul wet ribu-ribu.huhu

Unknown said...

zaman kecik dulu suka menabung. zaman besar ni, tak sempat nak menabung, asyik pakai duit je

Syazana Zainn said...

samalah, suka gak kumpul duit syilling ni. hahaha

tp ada 1 tabung je, campur je semua dalam tu :p

Dayang Deno said...

deno baru je ke bank hantar duit tabung bulan lepas :)

Nurul Says said...

uu i loike

Kira Sakura said...

dorg kata kalau tukar kat bank kena cas kan? baik tukar kt kedai je huuuu

Encik H said...

aku ada 2 tabung jer skg ni..satu tu mmg dah penuh..satu lagi belum smpai separuh..:D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers