CORETAN TERBARU NADH

Menangis mati laki

Geram dengan ibu bersalin ni. Mentang tengah cuti berpantang kat rumah, dia boleh bergembira skodeng blog ni.

Dilah: "Menangis macam mati laki" petikan ini dari blog gula-gula pelangi. Persoalannya, pernah mati laki ke? Hahaha Ibu gelak sakan. Sumber: Wall FB Iffah Afeefah.

Kan dah kata. Tu dah jadi bahan lawak. Masin sungguh mulut aku. Ketawalah puas-puas ye kakakku. Dengan ibu sekali join. Kalau ibu ketawa mesti sampai keluar air mata. Tak faham aku.

Bagi menjawab soalan pasal pernah mati laki ke? Sebenarnya kahwin pun belum lagi. Secara sahnya aku tak ada laki. Itukan perumpamaan. Kira macam hiperbola. Menangis mati laki membawa maksud tangisan yang terlampau sedih. Siapa tak sedih suami dia mati angkat kaki?

Aku kena sedia mental fizikal. Balik cuti depavali ni kena bahan lagilah jawabnya. Sabar jelah. Tak cukup dengan gula-gula terbakar. Rasa memang kena tukar bloglah macam ni. Haha oh ye terima kasih kepada mama Ayeen sebab masukkan duit kat adiknya yang sengkek. Budimu dibalas bila ai dah kerja ye. Sekarang no money is no money.

Ps: Dia pun tengah pokai gamaknya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

Shiema Sufian said...

kelakar -.-'

Unknown said...

aku ngah pokai ni..

aamalinaazman said...

kekekekee
cian kak ngohhhh yeee
x pe..spare kan bedak besi
supaya muke tahan jek kat umah nnti
heee =]

maszull said...

salam iffah...hehehe ada2 jer cite kelakar nyer...:)

budak penjara said...

ohh..klu gembira mati laki cmne plak mksud dia??haha

KaK LimAh Si SupiR said...

ehehe..balik nt, kene tahan j laa kene bahan :P

Unknown said...

menangis mati laki... sgt perit woo... =(

fazrulnoor said...

lawak giler :)

Cik Pulau said...

bukan setakat yu.
ai pun pokai ni..
dah la nak pi johor jumaat ni..hishh..

cikgu said...

pokai gak..kongsi la duit tu ngan cf..hehe

FaKArePa!n said...

Ibu Ipah nak jadi follwer setia blog Ipah dan FB Ipah tu.. hihi

fRaMe+LenSeS said...

adehhh.. sebab tu tak rela orang terdekat kenai belog Nadh. nt kena gelak. hihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers